JALAN-JALAN TAIWAN PART III

Hari kedua seminar saya habis awal jadi hari ni saya pergi ke tempat yang jauh sikit. Selain tu misi mencari nasi. Almaklum raya kedua..tak dapat makan lemang nasi pun ok.

Masjid Besar Taipei

Dari Station Metro Daan Park (line merah) ke masjid ni kita kena berjalan kaki dalam 15 minit jugaklah dan kena lalu Daan Park. Tambang kalau tak silap dalam NT 20 kalau dari Taipei Main Station. JANGAN ambil station Daan tau sebab masjid tu jadi agak jauh klu turun di Daan Station.

20190612_203401

20190612_203536.png

Station Metro Daan Park

20190612_203107.png

Dalam station Daan Park

IMG-20190609-WA0018

Berhampiran Station ada Daan Park. Besar sangat taman tu. Saya tak masuk, lalu jer..panas lit2 sebab summer kan.

IMG-20190609-WA0021

Jalan kaki dalam 15 minit nanti akan jumpa masjid tu. Alhamdulilah boleh solat di masjid kat Taiwan ni.

IMG-20190609-WA0030

Dah siap solat saya ke Restoran Royal Cafe milik orang Indonesia. Alhamdulilah dapat makan nasi selepas beberapa hari makan maggi jer. Lokasi kedai makan ni kalau anda keluar je dari pintu masjid pergi ke arah KANAN dan kedai tu dalam 2-3 minit jer dari masjid. Tapi kena cepat sebab seingat saya ia tutup pukul 2.30 petang sampai pukul 5 ptg. Makanan sedap alhamdulilah. Recommended.

20190612_203850.png

20190612_203820.png

Taipei One Trade Center 101

Solat sudah makan pun sudah saya meneruskan perjalanan ke Taipei One Trade Centre yang famous dengan bangunannya yang tinggi tu. Boleh jugak nak naik tengok pemandangan sekitar Taipei tapi saya tak naik.

Naik je dari Daan Park tu terus ke Station Taipei One Trade Centre. Tapi jangan terkejut train akan berhenti di Daan Station. Kita kena keluar tapi still tunggu jer kat situ then naik train baru ke Station Taipei One Trade Centre tu ya. Tambang saya tak silap NT 16 jer sebab dari station Daan Park tadi.

20190612_210229

20190612_210146

IMG-20190609-WA0023

Tamsui

Perjalanan dari Taipei One Trade Centre ni diteruskan ke station paling hujung iaitu Tamsui Station. Banyak jugalah station nak kena lalu. Tambang tak silap NT 40 dari Taipei One Trade Centre tu. Kat situ ada old street yang ada macam-macam jenis barang dijual, boleh naik cruise, boleh tengok sunset etc.

20190612_210355.png

20190612_210429.png

20190612_210328

 

20190612_204729.png

20190612_204705.png

Ok esoknya saya check out hotel dan jalan-jalan sekitar hotel jer seperti di K Mall Underground, butik2 baju jenama, Watson, Tomod etc sebab suami pun solat Jumaat. Bagi saya di Taiwan best kalau shopping barang mekap dan baju. Contoh face mask sekotak baru 99 NT (dalam RM 13) dan sabun tu baru 25 NT (RM 3.40).

20190605_211744.jpg

20190605_212641

Cadangnya selepas check out nak ke zoo dan menaiki kereta kabel, tapi sebab kepenatan dan suami nak solat Jumaat tak dapat nak kesana. Researcher Taiwanese suggest sangat ke zoo sebab besar dan tiket murah giler. NT 60 jer ( RM 7.95)..siap ada panda tau..mana nak dapat tiket zoo murah gitu..takpelah ada rezeki insyaallah boleh repeat lagi bawa anak pulak.

Harap perkongsian saya bermanfaat.

JALAN-JALAN TAIWAN PART II

Hari kedua selepas seminar saya habis, saya berjalan sikit ke Ximending dan  Raohe Night Market.

Ximending

Kawasan ni memang meriah. Sesiapa yang suka shopping tempat ni memang best. Bubble tea pun banyak kat sini. Harga 35 NT (RM 4.60) untuk bekas kecil. Kat sini pun ada kawasan bersejarah. Bagaimana untuk ke sini banyak cara.

Saya kesini dengan menaiki MRT Bannan line (Warna Biru). Tambang dari Taipei Main Station ke Ximen Station Exit no 6 dalam 16 NT.

20190611_005521.png

20190611_010420

20190611_010458.png

20190611_010535

IMG-20190609-WA0022.jpg

IMG-20190609-WA0031

IMG-20190609-WA0032

Raohe Night Market

Selepas ke Ximending saya ke night market pulak. Taiwan ni terkenal dengan mcm2 pasar malam. Ok pasar malam ni recommended by Taiwanese Researcher yg saya jumpa semasa seminar. Bagi saya jika non muslim seronok rasanya sebab banyak street food boleh dicuba. Macam2.

Saya kesini dengan menaiki MRT berwarna hijau turun di Station Songshan Exit 1. Tak silap tambang NT 20 dari Ximending ke Songshan.

20190611_204010

20190611_203519

20190611_204059

IMG-20190609-WA0016

IMG-20190609-WA0017

Ok nanti saya sambung bagaimana nak ke masjid di Daan.

Jalan -jalan Taiwan Part 1

Assalamualaikum buat pembaca semua. Ini adalah post saya yang pertama berkenaan perjalanan ke luar negara saya. Sebenarnya saya dah lama nak buat untuk kumpul semula maklumat negara- negara yang pernah saya lawati untuk memudahkan saya jika ingin repeat semula tapi almaklum busy sangat asyik tak buat- buat.

Baiklah trip saya ke Taiwan ni adalah atas urusan kerja saya. Jadinya kos untuk transportation agak mahal (return dalam RM 1500 sorang walaupun Air Asia) sebab saya pergi masa hari raya hari tu. 4hb-7hb Jun 2019. Sekejap jer..

Ok..saya sampai di Airport Taoyuan International di Terminal satu dalam pukul 12 tgh (perjalanan dalam 4 jam setengah) Waktu Malaysia dan Taiwan tak ada beza. Since saya hanya bawa hand carry cepat jer urusan kastam pun sempoi…x de check bag pun. Lupa nak inform..Malaysian tak perlu visa ya jika ke Taiwan.

Ok saya ke hotel (Taipei Main Station) naik MRT sebab nk jimat walaupun penat puasa2. Nak ke MRT lepas je keluar dari arrival tu tgk ke arah kiri dan akan nampak signage MRT.. so ikut je.

20190610_235837

MRT DI AIRPORT

20190610_195333

MRT di airport ada dua jenis:

a) Express – warna purple. Berhenti 2 station sahaja antara airport dan Taipei Main Station. Lebih cepat dan lebih selesa.

20190610_195436

b) Local – warna biru. Berhenti 15 station sehingga ke Taipei Main Station.

TIKET MRT

Ada beberapa cara nak beli tiket MRT di airport sehingga di hotel anda. Antaranya:

a) Kaunter kkday – Lokasi memang terletak di tgh2 laluan pejalan kaki bila nak ke MRT..memang tak akan miss punya. Hanya gunakan card credit sahaja. Tambang saya dari airport ke hotel di Taipei Main Station NT 145 sahaja (Rm 20 sehala). Boleh beli untuk 2 hala terus.Tetapi perlu guna dalam tempoh 6 hari ( jika tak silap). Saya guna option ini lagi pun harga sama sahaja untuk express dan local. Of course saya ambil yang express.

Screenshot_20190610-195240

20190610_195403

b) Beli online siap – siap di Malaysia dan ambil di kaunter syarikat di airport.  Contoh klook, kkday.

c) Pakai easycard – Yang ni kena beli card dulu NT 100 di station metro, bus station atau di convenience store. Topup di machine dan kaunter. Saya memilih untuk membeli easycard di vending machine di station metro.

20190610_212717

20190610_214502

20190610_221024

20190610_221108

d) Beli tiket dari machine atau kaunter- NT 160.

20190610_220913.png

20190610_221200

e) Pass – pass lain (maaf saya tidak menggunakan perkhidmatan ini. Oleh itu tiada maklumat).

Bila dah dapat token atau card untuk menggunakan MRT tu lebih kurang je macam kat malaysia.

20190610_220953

Ok bila sekarang kita nak naik MRT, perlu diingat kalau anda tak nak rushing @ santai2 bila naik escalator tu sila berdiri sebelah KANAN ya dan sila tunggu train di garisan tempat menunggu yg disediakan.

20190610_224703

20190610_235922

TAIPEI H IMPERIAL HOTEL

Ok selepas perjalanan dalam 40 minit alhamdulilah kami sampai di Taipei Main Station. Kat sini yang mencabar nak cari hotel sebab tak sempat study.

Bagi saya secara peribadi, signage di Taipei Main Station agak kurang user friendly berbanding di Jepun. Anyway bagi saya yang penting kena tau nama jalan contoh hotel saya di laluan Zhongshan dan exit ya. Sbb Taipei Main Station sgt2 besar. Nasib kami dah siap2 sewa portable wifi dari Malaysia. So senang sikit cari location. Portable wifi RM 18 je sehari unlimited utk 5 devices. Best sangat tak sangkut2.

20190610_235809

Ok dipendekkan cerita kami sampai di hotel. Mula2 ingat hotel ni memang macam hotel biasa..rupanya kami kena naik di level 11 utk check in, then baru ke bilik di level 7. Tapi hotel ni sgt wise dari segi location dan servicenya.

Yang saya tandakan merah tu exit Z2 dari Taipei Main Station betul2 depan bangunan hotel. Dan nak inform K Underground Mall yang banyak giler kedai2 tu kat bawah bangunan hotel tu ya dan boleh turun ikut exit Z2 tu. Exit yang berhampiran spt M6 dan M5.

20190610_225843

Hotel ini juga provide service simpan luggage free tiada tempoh waktu. Ada washing machine nak basuh secara free dan boleh lepak2 sambil minum coffea dan bakar2 roti di level 11 tu dari pagi sampai malam. And of course WIFI pun laju. Harga bilik saya utk dua orang yg standard smlm RM 255.

20190610_232146

Taipei Main Station tu just opposite je dari Hotel.

Ok nanti saya sambung berkenaan tempat yang sempat saya lawati dan apa yang best di Taiwan.

PANDUAN TANAM LIMAU NIPIS

limau

Kaya dengan vitamin A dan C

Genus Citrus mengandungi banyak spesies yang boleh dimakan termasuklah oren, lemon, limau, limau bali dan limau mandarin. Limau nipis merupakan salah satu limau yang sangat popular terutama dikalangan orang Melayu bagi tujuan perubatan dan kecantikan serta untuk tujuan masakan dan minuman. Limau nipis tergolong di dalam famili Rutaceae dan nama saintifiknya adalah Citrus aurantifolia. Buahnya kecil dan bulat, berukuran 2.5cm – 5 cm garis pusat. Kulitnya berkilat dan licin dan isinya berwarna hijau kekuningan, berair tetapi masam.

IMG-20171210-WA0007

Pokok limau mengeluarkan hasil sepanjang tahun, dan puncak pengeluaran hasil ialah dari bulan Okt – Nov dan Mac – April.

Keperluan asas tanaman

  1. Iklim tropika bersuhu 20-32 oC
  2. Tanah liat kurang 50 %.
  3. Saliran yang baik.
  4. Kaya dengan bahan organan dan kelembapan tanah yang cukup.
  5. pH di antara 5.0 – 6.5.

Pembiakan

  • Biji benih

tanam lemon dari biji

  • Dibiak secara tampang iaitu secara tut.

Tut-Pokok-Limau-Nipis.jpg

  • Bagi semaian biji atau tut yang berjaya, boleh dipindahkan ke kebun apabila mencapai umur tujuh hingga 12 bulan.

Penyediaan kawasan

  1. Pokok limau biasanya ditanaman dengan jarak 4 m x 5 m, 5 m x 5 m, 6 m x 6 m atau 3 m x 3 m untuk sistem tanaman padat.

    IMG-20171210-WA0005

    Jarak tanaman bagi ladang ialah 6m x 6m

  2. Lubang berukuran 0.6 m x 0.6 m x 0.6 m digali dan dibiarkan selama 2 – 4 minggu.
  3. Sebanyak 5 – 10 kg bahan organik berserta 200 g CIRP dimasukkan ke dalam lubang tanaman dan digaul rata.
  4. Anak pokok ditanam di tengah lubang, ditimbus dan dipadatkan pada pangkalnya. Pokok disiram selepas ditanam dan diikat pada kayu pancang.
  5. Lindungan perlu disediakan bagi mengurangkan panas terik matahari.
  6. Limau perlu diberi air secukupnya bagi menggalakkan pertumbuhan dan kecergasan terutama pada peringkat awal pertumbuhan.

Pemangkasan

  1. Cantasan dibuat bagi membentuk pokok supaya seimbang, tidak perlu rendah dan tidak terlalu tinggi.
  2. IMG-20171210-WA0006

    Bentuk pokok limau yang baik ialah bentuk kon rimbun, rendang dan seimbang bagi memudahkan kerja – kerja pengurusan tanaman terutamanya pengutipan hasil.

  3. Pemangkasan bermula selepas beberapa bulan ditanam. Bahagian atas batang utama dipangkas apabila mencapai ketinggian 30 – 45 cm dari paras tanah.
  4. Dahan – dahan baru akan tumbuh dan pilih 3 – 4 cabang yang subur bagi membentuk rangka pokok seterusnya.
  5. Buang tunas air yang keluar dari dahan tersebut dari masa kesemasa serta dahan – dahan yang lemah, berpenyakit dan dahan yang tumbuh dibahagian tengah pokok.
Pembajaan
limau nipis baja

Program pembajaan yang disyorkan

Pengurusan perosak
limau nipis perosak

Penyakit utama limau nipis dan limau lain

limau nipis perosak 2.png

Antara serangga utama limau nipis

Kawalan Rumpai

  1. Bersihkan kawasan keliling pokok pada peringkat awal pertumbuhan.
  2. Sungkupan adalah disyorkan bagi mengurangkan pertumbuhan rumpai di keliling pokok dan juga kelembapan dikekalkan.
  3. Rumpai di antara barisan dikawal dengan bahan kimia atau dengan menanam penutup bumi.

Pengeluaran Hasil

  1. Hasil pada tahun pertama pengeluaran iaitu 4 tahun selepas menanam.
  2. Hasil lebih kurang 8,000 kg / ha
  3. Tahap maksimumpengeluaran pada umur 6 tahun iaitu 24,000 kg / ha.
  4. Penyimpanan pada suhu 10°C dengan R.H 85 – 90% boleh dilakukan sehingga tempoh 3 – 4 minggu.
  5. Harga borong bagi limau nipis boleh mencecah RM 4-5 sekilo
IMG-20171210-WA0008

Buah limau perlu dipasarkan secepat mungkin kerana tempoh simpanan limau ialah 4 – 5 hari pada suhu ambien ( 25°C – 30°C )

Penggredan Buah

limau nipis 1

Cara penentuan kualiti buah limau nipis

limau nipis 2

Indeks kematangan, spesifikasi gred dan pengelasan saiz

Sumber:

  1. http://ww1.utusan.com.my/utusan
  2. http://myagri.com.my/
  3. Buku panduan tanam limau-UPM
  4. Siri panduan kualiti limau nipis-FAMA

HOMESTAY SHAH ALAM

AFIDA HOMESTAY (SA0394650-D)

HOMESTAY BUDGET MURAH DI SHAH ALAM

LOKASI DI SEKSYEN 8 SHAH ALAM

BERHAMPIRAN SEKSYEN 7 DAN SEKSYEN 9

MAKLUMAT HOMESTAY:

  1. Lokasi di Sek 8 Shah Alam
  2. Keluasan 594 sqft
  3. Dua bilik tidur dan satu bilik air
  4. Tingkat satu – Tiada lif
  5. Tiada pengawal keselamatan
  6. Parking terbuka-tiada masalah double park

20160807_173924

DSC01024

KEMUDAHAN DISEDIAKAN:

  1. Pendingin hawa dan kipas di setiap bilik
  2. Katil: Queen -2, single -1, extra tilam disediakan
  3. TV flat skrin bersama ASTRO NJOI
  4. Iron dan Iron board
  5. Water heater, peti sejuk satu pintu dan mesin basuh semi automatik
  6. Cerek elektrik, oven pemanas, dapur gas, tong gas dan peralatan memasak yang asas
  7. Garam, gula dan teh
  8. Tuala mandi, ubat gigi dan sabun mandi
  9. Sejadah dan al-quran
  10. WIFI

KEISTIMEWAAN:

  1. Kawasan kejiranan yang baik
  2. Harga berpatutan
  3. Berdekatan dengan tempat-tempat menarik/penting:

20160807_112858

  • 1 minit dari Kedai makan, kedai runcit dan surau
  • 1 minit dari Taman Pertanian bukit Cahaya Shah Alam
  • 5 minit dari Shah Alam Mall (SACC), Alam Sentral, Kompleks PKNS, Taman Tasik Shah Alam
  • 2-3 minit dari pejabat dan kompleks perniagaan Seksyen 9
  • 3 minit dari Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah , Masjid Negeri Selangor
  • 10 minit dari Stadium Shah Alam dan Stadium Melawati
  • 3 minit dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Unisel, I-City, Hospital Shah Alam, Butik-butik pakaian terkenal.

LOKASI HOMESTAY:

Screenshot_2016-07-26-09-11-21

SYARAT-SYARAT:

  1. Max 7 orang dewasa.
  2. Check in : 2 ptg, Check out : 12 tgh
  3. Tidak boleh membawa binatang peliharaan.
  4. Untuk pengesahan tempahan  : a) Bayaran booking RM 100 bagi tempahan 4 malam ke bawah (Tidak akan dikembalikan). b) Bayaran booking RM 300 bagi tempahan 5 malam ke atas (Tidak akan dikembalikan)  duit selebihnya perlu dibayar sebelum @ semasa menerima kunci bersama-sama duit deposit keselamatan. Pengesahan tempahan akan diberi kepada pelanggan yang membayar deposit tempahan terawal.
  5. Deposit keselamatan RM 60–akan dipulangkan sepenuhnya by hand/bank in sekiranya tiada kehilangan dan kerosakan harta benda dan rumah dalam keadaan bersih dan kemas. Jika tetamu didapati tidak mengikuti syarat tersebut, maka deposit keselamatan akan dipotong berdasarkan kerugian yang ditanggung dan jika jumlah kerugian yang dianggarkan masih tidak mencukupi, tetamu perlu membayar gantirugi tambahan.
  6. Sebarang tumpahan cecair (Contohnya air kencing, susu, darah etc) ke atas tilam akan dipotong deposit keselamatan sekurang-kurangnya RM 30.
  7. Check in awal dibenarkan selepas pada pukul 9.30 pagi sahaja bergantung pada kekosongan dengan bayaran tambahan. Mohon tetamu yang ingin check in lewat sebelum pukul 12.00 pagi sahaja. Segala kesulitan amat dikesali.
  8. Lanjutan masa penginapan perlu dimaklumkan semasa mendapat kunci dan akan dikenakan bayaran tambahan bergantung pada kekosongan.
  9. Hanya makanan yang halal sahaja dibenarkan untuk dibawa ke dalam homestay kami dan alkohol/dadah tidak dibenarkan sama sekali.
  10. Mohon tidak membuat bising@ keramaian di dalam rumah – dikhuatiri mengganggu jiran.
  11. Mohon tidak merokok dan membawa durian di dalam rumah.
  12. Untuk tetamu beragama islam sahaja.
  13. Pasangan yang belum bernikah TIDAK dibenarkan sama sekali menginap.

HARGA:

  1. RM 130/Smlm – Isnin-Khamis
  2. RM 150/Smlm -Jumaat -Ahad
  3. RM 150/Smlm -Cuti umum, cuti persekolahan dan konvo Uitm
  4. Diskaun untuk penginapan 7 hari dan seterusnya sahaja.
  5. TIDAK mengambil tetamu untuk sewa bulanan buat masa ini.

HUBUNGI:

  1. Puan Afida -013 9796685 (call/w.app)
  2. Email: fidatasirin@yahoo.com.my

ULASAN TETAMU:

Mohon like FB Afida Homestay : facebook.com/afidashahalamsek8

KEADAAN RUMAH:

Ruang Tamu dan Ruang Makan

DSC01115.JPG

DSC00936.JPG

DSC00935.JPG

Bilik tidur satu : Terdiri dari satu katil queen dan satu katil single – Mempunyai penghawa dingin

DSC00915.JPG

DSC00916.JPG

Bilik tidur kedua: Terdiri dari satu katil queen-mempunyai penghawa dingin

DSC00919.JPG

DSC00931

Dapur dan Bilik Air

DSC00946.JPG

DSC00942

DSC00945

DAFTAR, PINDAH & PASANG ASTRO

HARIZAMRRY ENTERPRISE (SA0394658-K)

Sukar mendapatkan installer?

Caj terlalu mahal?

servis lambat?

Saya ada penyelesaiannya….

Servis yang ditawarkan:

1. Pemasangan baru
2. Pemasangan sedia-ada
3. Pindah dan pasang
4. Upgrade to PVR

 

 HARGA PROMOSI

BEYOND NEW REGISTRATION

*Offer 1 :* *RM 99 ( Zapper )*
🔧 *Installation RM 99*
T & C*
I) Contract 24 Bulan

 

*Offer 2 ( Non Contract Camp )*
🔧Installation RM 199

PVR
🔧Installation RM 299
✂ Rebate RM 26.50 X 24 Bulan Untuk subscription RM84.80 > Keatas _

 

*T&C*
i) contract 24 bulan
ii) customer *tidak upgrade kpd bundle pack* ( value pack/ SP/SPP) dan *tidak boleh upgrade ke PVR*, rebate Akan hilang .
iii) customer *boleh add pack* Secara ala cart ( tanpa Disney XD) *mini pack,Prime pack , Plus pack, ABOM and special interest* dan rebate masih Akan dapat.
iv) Customer tidak Akan dapat rebate Jika *Acc disconnect* tanpa bayaran pada bulan tersebut dan rebate Akan *continue* Di bulan hadapan Jika Acc Sudah disambung.
v) Rebate Akan start drpd bulan Kedua.

*3) Chinese CNY offer*
RM 35 Autodebit
RM 128 Zapper
RM 199 PVR

——————————————————-

PEMASANGAN BARU:

  • Maklumat yang diperlukan adalah Nama penuh, No I/C, Alamat pemasangan dan No. Telefon untuk dihubungi..pakej astro yg dikehendaki beserta  salinan I/C berwarna depan dan belakang.Umur 21 tahun keatas sahaja layak memohon. (Whatssap ke no: tel- 0192100068)

Package atau channel dan senarai harga, sila rujuk di bawah:

Nota: Pastikan anda tiada baki hutang akaun terdahulu sekiranya ingin melanggan kerana akan menyukarkan proses permohonan akaun.

2949 Rate Card 2014 FA

pakej 2

 2. SERVIS PEMASANGAN ASTRO SEDIA_ADA
-Harga sekitar Lembah Klang dari RM100 (Beyond/Njoi)
– PVR RM150

3. SERVIS PINDAH DAN PASANG
– Harga sekitar lembah Klang dari RM150 (beyond/Njoi).
– PVR RM200

4. FREE UPGRADE TO PVR
-Maklumat yang diperlukan adalah Nama penuh, No account astro,No Kad pengenalan, Telefon, No Smart Card dan No siri Decoder.

 

 

Sila Hubungi segera untuk temujanji di talian 0192100068

Dua beradik tunjuk kebolehan

Abdullah sering berbincang dengan Asmah dalam hal berkaitan pengurusan ladang ternakan.

Tiada erti kata gagal dan malu dalam kamus perniagaan yang cuba diterokainya meskipun semuanya serba baharu dan mencabar.

Menternak lembu dan kambing bukan mudah. Apatah lagi jika tiada ilmu. Tetapi berkat kesabaran, Abdullah Sulaiman, 23, dan adiknya Asmah, 22, boleh berbangga dengan pencapaian mereka ketika ini.

Dalam usia yang masih muda, perniagaan yang mereka uruskan berisiko tinggi tetapi pasarannya memang ada.

Apatah lagi musim Hari Raya Aidiladha sekarang, permintaan lembu dan kambing untuk tujuan ibadah korban agak tinggi.

Permintaan yang tinggi dan jualan yang meyakinkan menjadi pendorong kepada Asmah dan abangnya untuk sentiasa berusaha mengurus projek tersebut – legasi daripada ibu bapa mereka.

Beroperasi dengan syarikat SS Jaya Trading di Umbai Melaka, kedua-dua mereka mula serius dalam projek itu sejak 2009 selepas bapa mereka, Sulaiman Abdullah menyerahkan sepenuhnya kerja-kerja mengurus projek tersebut.

Menurut Asmah, bapanya memulakan projek tersebut sejak 1990 di sekitar Umbai dengan menjalankan perniagaan jualan ternakan.

Kandang pertama katanya, dibina di belakang rumah mereka di Bukit Tembakau di Umbai selepas meraih sedikit pengalaman menjalankan perniagaan yang sama pada 1980-an di Kuantan Pahang dan di Pulau Besar, Melaka.

“Bapa ketika itu membekalkan lembu kepada Felda,” ujarnya.

Berkongsi dengan lebih lanjut, Asmah berkata, pada 1999, usaha penternakan dipergiatkan ekoran kejayaan perniagaan jualan sebelum itu dan kawasan tanah seluas 14 ekar telah dikenal pasti untuk tujuan itu.

Pada 2009 di tapak yang diusahakan di Kampung Bukit Tembakau itu dimulakan dengan pembinaan kandang pertama seluas 30 kali 50 kaki dengan modal awal sebanyak RM30,000 yang mampu memuatkan antara 70 dan 80 ekor lembu pada satu satu masa.

Abdullah menambah, dua tahun kemudian, dia dan adiknya berasakan mereka perlu meluaskan perniagaan dengan membina kadang lembu seluas 30 kali 100 kaki dengan modal RM60,000 yang mampu memuatkan 140 ekor ternakan.

Kandang lembu tersebut dibina dengan bantuan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).

Selepas usaha tersebut menampakkan hasil, Asmah berkata, dia tidak menoleh ke belakang lagi.

Apatah lagi, dia telah nampak ada sinar kejayaan di sebalik semua itu dan sebagai menghargai legasi usaha ibunya Salha Sipan yang telah memulakannya sejak 20 tahun lalu.

“Kami menyahut cabaran penduduk sekitar selain ibu bapa yang mahu ia diteruskan. Keadaan bapa yang uzur ketika kami ambil alih perniagaan menguatkan semangat saya meskipun tidak sempat mengambil peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia),” ujarnya.

Sambil memberitahu bahawa kemudahan di tapak yang ada sekarang dikembangkan dengan pembinaan beberapa lagi kandang lembu dan kambing, Asmah berkata, sejak terlibat dalam industri ternakan, dia sedaya upaya mempelajari cara mengurus termasuk membantu pekerja melakukan kerja-kerja rutin harian.

Selaku pemilik, dia tidak semestinya mengarahkan sahaja pekerja, sebaliknya melakukan sendiri kerja membersihkan kandang dan memberi makan ternakan.

Malah katanya, ladang tersebut ibarat universiti ternakan tempat dia belajar segala-galanya yang berkaitan.

“Saya perlu belajar dan bimbang dengan persaingan,” ujar Asmah lagi.

Sementara itu menurut Abdullah, dia berasa cabaran mula muncul sedikit demi sedikit berkaitan modal pusingan.

Pada 2009, dia hanya menggunakan modal sebanyak RM50,000 dan berjaya mengembangkan projek tersebut dengan dibantu enam pekerja.

Ini kerana dalam usia yang terlalu muda ketika itu, agak sukar memperoleh pinjaman daripada mana-mana institusi kewangan.

“Saya kena beli sedikit demi sedikit dan memperoleh bekalan (ternakan) daripada rakan,” tambahnya yang memberi makan pelet dan rumput untuk ternakan.

Abdullah bertuah kerana sepanjang empat lima tahun lepas dia belum pernah berdepan masalah penyakit yang serius.

Mengenai petua yang dikongsi daripada ibu bapa, Abdullah berkata, mereka berpesan supaya memastikan ternakan sentiasa sihat dan jaga nama baik keluarga. Perkembangan syarikat terbabit juga banyak dibantu oleh sebuah syarikat lain, Ternakan N&A Wawasan yang menjadi pembekal.

Kredit to:

Oleh LAUPA JUNUS
Gambar ASHRIQ FAHMY AHMAD