Rahsia Anggota Badan Bergerak-gerak

Kepala

Jika kulit kepala bergerak-gerak, alamatnya anda akan mendapat pekerjaan dan sesuatu yang boleh membanggakan keluarga

Sekiranya kepala kanan bergerak-gerak menandakan anda akan dikhianati atau seseorang yang iri hati dan jika kepala kiri bergerak-gerak, seseorang itu akan mendapat harta atau pujian dari sahabat mahupun keluarga
Mata

Jika ekor mata kanan bergerak-gerak menandakan anda akan melihat orang yang jauh dan jika ekor mata kiri bergerak-gerak alamatnya anda akan mendapat sakit seperti demam atau penyakit-penyakit ringgan
Hidung

Jika hidung kanan bergerak ia bermaksud anda akan menemui musuh dan sekiranya hidung kiri yang bergerak seseorang akan terlepas dari bebanan seperti hutang
Telinga

Cuping telingga kanan bergerak-gerak menandakan anda akan memperolehi durian runtuh.Jika cupin telingga kiri pula menandakan anda akan bertemu dengan sahabat lama ataupun adik-beradik yang berjauhan
Bibir

Sekiranya bibir kanan bergerak menunjukkan anda berada dalam keadaan aman manakala jika bibir kiri atas bergerak menandakan anda akan menerima berita baik

Kedua-dua bibir bergerak menandakan akan bertemu kekasih
Lidah&Lelangit

Berlainan pula dengan gerak lidah ia memberi alamat anda akan memperoleh harta.Lelangit mulut bergerak menandakan orang itu mengalami masalah yang berpanjangan
Kerongkong

Kerongkong kanan bergerak menandakan anda dalam perhatian dan memperoleh kebaikan daripadanya.Sebaliknya jika kerongkong sebelah kiri menandakan anda akan memperoleh durian runtuh
Bahu

Gerak bahu kanan menandakan anda akan mendapat pertolongan jika kiri anda akan naik pangkat secara mendadak
Siku

Jika siku kanan bergerak alamatnya kebaikan jika geraknya lama pula maksudnya keburukan.Jika siku kiri bergerak maksudnya anda akan mendapat sakit
Telapak Tangan

Jika telapak tangan kiri bergerak menandakan anda akan memperoleh emas ataupun perak.Jika 4 jari tangan kanan bergerak menandakan harta akan diperolehi.
Telunjuk

Telunjuk kiri bergerak menandakan rahsia akan terbongkar.Kelingking kiri bergerak menandakan anda akan mendengar nasihat daripada orang jahat
Dada

Jika dada kanan bergerak menandakan anda akan mendapat kekasih.Sebaliknya jika dada kiri bergerak anda akan memperoleh ketenangan hati
Rusuk

Rusuk kanan bergerak menandakan terlepas daripada penyakit bahaya.sekiranya rusuk kiri yang bergerak seseorang akan memperoleh harta kekayaan
Pinggang

Jika bahagian kanan pinggang bergerak seseorang akan mendapat kebaikan atau kelebihan melebihi daripada anggota badan yang lain dan jika pinggang kiri yang bergerak anda akan memperoleh isteri
Kaki

Jika pergelangan kaki kanan bergerak menandakan ada orang yang berhasad dengki.Jika kaki kiri pula akan mendapat kebaikan

Jika kaki atau tapak kaki anda bergerak menandakan ada orang yang menaruh dendam atau anda akan mendapat kesakitan .Sebaliknya jika tapak kaki kiri yang bergerak anda akan memperoleh kekayaan

Sekiranya 4 anak kaki kanan bergerak menandakan anda akan mendengar khabar berita sakit.Jika telunjuk kaki kanan bergerak anda seorang yang berhati mulia.Kelingking kaki kanan bergerak menandakan anda akan mendapat pakaian baru

15 thoughts on “Rahsia Anggota Badan Bergerak-gerak

  1. Pingback: Shah’s thoughts » Blog Archive » of twitchy lips
  2. tiap2 kejadian tuhan..ada hikmahnya..
    kalau kita x mencari ilmu..memang kita x tahu samada benar atau salah.renung2 kan

  3. masalah aku dah 2 minggu kakai ,peha ,tangan ,kepala hidung,dagu.sekarang nie selalu bergerak gerak samapi aku tak selesa nak buat kerja,tolong lah aku.aku dah tak tahan mcm nie.sumpah aku tak berbohong

  4. kalu tubuh byk bergerak ingat lah mati..
    100hari-Seluruh badan rasa bergegar.
    60hari-Pusat rasa bergerak-gerak.
    40 hari-Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.
    7hari-Mengidam makanan.
    5hari-Anak lidah bergerak-gerak
    3hari-Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.
    2hari-Seluruh dahi rasa bergerak-gerak
    1 hari-Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh and asar.

    • Jangan taksub akak saya pernah alami dah bbertahun2..xde pape pun..pusat dia pernah bergerak2…dulu?sekarang alhamdulillah sihat sediakala…ajal,jodoh,sakit,itu rahsia allah mati xkira waktu dan masa..jangan buat andaian atau mengkaji tanda kita nak mati..itu melawan kuasa allah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s