Sumber: Jabatan pertanian Pulau Pinang, http://alamtanimoden.blogspot.my/
Kacang panjang atau nama saintifiknya Vigna sesquipedalis (L.) memang kaya dengan nutrien penting seperti fosforus (33.0 mg), vitamin C (48.5 mg) dan kalsium (61.0 mg). Pokok ini mempunyai batang yang boleh memanjat dengan cara melilit pada penyokong dan boleh mencapai sehingga 4 m. Bunganya berwarna putih kuning atau ungu, berukuran 2 – 2.5 cm dan terdapat dalam kelompok 3 – 6 kuntum setiap tangkai bunga. Manakala lenggai berukuran antara 20 – 70 cm dan purata garis pusat 1.2 cm. Warnanya berbeza dari hijau muda hingga merah hati mengikut varieti.
Keperluan asas tanaman
- Suhu : 20 – 30°C
- Taburan hujan : 138 – 168 mm/bulan
- Jenis tanah : Berbagai jenis tanah termasuk tanah gambut, BRIS (Beach Ridges Interspersed with Swales) dan tanah bekas lombong.

Tanah gambut terbentuk secara pemendapan bahagian tumbuhan yang mereput yang berada di bawah air yang bertakung

Tanah Bris : Kandungan nutrien dan aktviti biologi yang sangat rendah.

Tanah bekas lombong merupakan bahan buangan yang berbagai jenis yang telah ditinggalkan selepas bijih timah dikeluarkan
4. pH tanah : 5.5 – 6.8
5. Masa kutipan hasil : 35 – 45 hari selepas menanam.
6. Tempoh kutipan hasil : 30 – 40 hari.
7. Penyimpanan : 5 – 10°C dengan 90 – 95% kelembapan relatif .
Penyediaan Kawasan :
Kawasan dibajak dan digembur. Batas dibentuk selebar 1.2 m dan tinggi 20-30cm. Pengapuran dilakukan tidak kurang 14 hari sebelum menanam semasa pembajakan pada kadar 3-7.5 tan/ha (tanah gambut), 1-3 tan/ha (tanah BRIS) dan 3-5 tan/ha bagi tanah mineral.

Batas kacang panjang

Ukuran batas yang juga boleh digunakan
Penyediaan anak benih :
Jenis bahan tanaman : Biji benih
Keperluan biji benih : 1.5 kg
Rawatan biji benih : Guna racun thiram pada kadar 3g/1000g benih .

Pilih benih yang tidak rosak atau cacat dan tiada hama penyakit
Penanaman di ladang :
Cara menanam : Biji benih digaulkan dengan pasir halus atau tanak peroi dan taburkan sama rata ke dalam jalur-jalur pada batas
Penjarangan : Dilakukan 10 hari selepas bercambah.
Jarak tanaman : 20 cm antara baris dan 10 cm antara pokok

Contoh jenis penyokong untuk pokok kacang
Pengurusan Air :
Kacang panjang memerlukan air yang banyak untuk tumbesaran. Penyiraman 2 kali sehari secara manual atau sistem renjis adalah disyorkan jika tiada hujan.
Pengurusan Perosak :
Jenis Serangga/Penyakit | Simptom | Amalan Kultur | Kawalan Kimia |
Ulat Pengorek Buah (Maruca testulalis Gayer)
|
Lenggai berlubang dan terdapat sisa najis pada bahagian yang diserang | Kutip dan musnahkan ulat dan lenggai yang diserang | i. lambda ii. cyhalothrin iii. carbaryl |
Pemakan buah kacang(Euchrysops cnejus F)
|
Terdapat lubang-lubang di atas permukaan buah |
–
|
i. carbaryl |
Lalat kacang (Melanagromyza phaseoli)
|
Terdapat larva dalam daun dan batang menyebabkan pokok layu dan akhirnya mati |
–
|
i. diazinon ii. dimethoate |
Kutu daun (Aphis craccivora Kock) | Bahagian yang diserang terbantut dan kerekot |
–
|
i. profenfos ii. malathion |
Antraknos (Colletotrichum lindemuthianum) | Bintik-bintik berwarna keperangan dan melekuk ke dalam | Kutip dan musnahkan pokok yang berpenyakit | i. captan ii. mancozeb |
Bintik daun (Cercospora canescens Ell. & Mart) | Terdapat bintik-bintik warna perang pada daun | Kutip dan musnahkan daun yang diserang | i. mancozeb ii. maneb |
Karat (Uromyces appendiculatus) | Bintik bulat dan berwarna perang terdapat pada daun | Kutip dan musnahkan bahagian yang diserang | i. cyproconazole ii. oxycloride iii. mancozeb iv. cuprous oxide |
Lecuh anak benih (Pythium sp.) | Anak benih layu dan akhirnya mati | Pastikan saliran baik. Tentukan siraman air tidak berlebihan | i. captan |
Mozek daun (Mosaic virus)
|
Daun berbintik dan kerekot. Pokok terbantut dan lenggai menjadi kecil | Amalkan kebersihan kawasan | i. malathion |
Reput pangkal (Rhizoctonia solani) | Pokok layu dan pangkal menjadi reput | Cabut dan bakar pokok-pokok yang berpenyakit | i. captan |
Pembajaan :
Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut :
Jenis Tanah | Jenis Baja | Kadar (t/ha/musim) |
Masa
(Minggu lepas tanam) |
Cara |
1. Bris
|
||||
Rudua | Organik | 5.0 | 2 |
Tabur atas tanah
|
Inorganik | 0.8 | 10,17,24 |
Tabur antara pokok
|
|
Baging
|
Organik | 15 – 20 | 2 |
Tabur atas tanah
|
Inorganik | 1.0 | 10,17,24 |
Tabur antara pokok
|
|
2. Bekas Lombong
|
||||
Pasir | Organik | 20 | 2 |
Tabur atas tanah
|
Inorganik | 1.0 | 10,17,24 |
Tabur antara pokok
|
|
3. Gambut | Inorganik | 10 | 10,18 |
Tabur antara pokok
|
4. Mineral | Organik | 3.0 – 5.0 | 2 |
Tabur atas tanah
|
Inorganik | 0.6 | 10,18 |
Tabur antara pokok
|