Usahawan Roselle raih kejayaan singkat

 

BERILAH gelaran apa sahaja kepadanya sama ada bekas tentera, peladang jaya, usahawan gigih atau sekadar anak didik Jabatan Pertanian. Yang pasti, dunianya kini hanyalah roselle, satu daripada tanaman industri yang sedang giat dipromosikan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Roselle atau ramai yang mengenalinya sebagai asam paya, satu tanaman yang cantik terutama pada buahnya yang bagaikan sebuah mahkota dari segi bentuk dan warnanya yang merah. Bagi Md. Yusof Johori, warna dan bentuk roselle bukanlah tanaman lain yang lebih menarik, malah jauh lebih menarik serta berbau wangi. Dia lebih ‘terpaut’ dengan khasiat tanaman yang tergolong dalam keluarga bunga raya dan pokoknya yang menyerupai kacang bendi dan itulah nilai ekonominya.

Roselle dikenal pasti sebagai tanaman industri yang berpotensi untuk dikembangkan menjadi sumber ekonomi sama ada untuk melahirkan usahawan dan juga menyelamatkan tanah-tanah terbiar. Jabatan Pertanian Daerah Bentong, Pahang telah mengenal pasti potensi itu dan kini merancang untuk memulih kawasan seluas 60 hektar (150 ekar) di sekitar Kampung Benus untuk dimajukan dengan tanaman tersebut.

Menurut Penolong Pegawai Pertanian Daerah Bentong, Khairul Zamar Zakaria, projek pembangunan projek melibatkan industri huluan dan hiliran iaitu dari penanaman hingga ke pemerosesan produk. Cadangan projek termasuk penanaman di Kampung Benus (10 hektar) dan tambahan di Kg Lebu dan Mempaga (lima hektar) bengkel roselle Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Karak, pembinaan kilang mini di bawah aperantis Kompleks Pertanian Bentong.

“Tempoh yang diperlukan untuk projek tersebut ialah selama antara 20 dan 30 tahun dan boleh disambung sekiranya berjaya dibangunkan,” katanya ketika di temui di Kompleks Pertanian Bentong baru-baru ini.

Md. Yusof antara usahawan yang telah dilahirkan di bawah projek tersebut dan pengusaha terbabit kini seratus peratus menumpukan kepada industri roselle selain mengusahakan sayur-sayuran secara kecil-kecilan, usaha awalnya sebelum itu. “Saya tertarik dengan khasiat vitamin C yang tinggi dalam roselle selain tidak ada penguasa yang terbabit dalam pemerosesan di Bentong,” ujarnya. Justeru, dia menggalas cabaran tersebut dengan memulakan tanaman sebanyak 250 pokok di kawasan rumah berkeluasan 60 kaki persegi, bermodalkan hanya RM200 pada 2005. Penghujung tahun tersebut, dia memperluaskan kawasan penanaman kepada 5,000 pokok dengan pembukaan kawasan baru di Kampung Benus seluas 0.8 hektar (dua ekar).

Sebahagian dari hasil tanaman dipasarkan secara segar manakala bakinya untuk diproses. Md. Yusof yang juga Pengurus syarikatnya Yuszelle Enterprise mengambil langkah susulan tersebut dengan mengeluarkan produk berasaskan roselle seperti kordial, acar dan halwa kerana berpendapat pasaran segar semata-mata mengundang risiko. Dia menghasilkan kordial di kawasan Pusat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) PPK Bentong manakala acar dan halwa dihasilkan dari rumah.

Untuk itu dia memohon modal tambahan dari PPK Bentong bermula tahun lalu berjumlah RM50,000, selain bantuan Bank Pertanian Malaysia RM10,000. Bantuan modal itu perlu kerana dia sedang meluaskan lagi kawasan penanaman dengan pembukaan kawasan baru seluas 10 hektar. Hari ini dia mampu mengeluarkan 500 liter kordial atau 150 botol sebulan. Menurut beliau, usaha penanaman roselle tidak terlalu rumit. Perkara penting yang perlu diberi perhatian ialah memastikan air tidak bertakung dan kerja-kerja penuaian perlu dibuat dengan teliti untuk memastikan ia tidak rosak terutama pada bahagian kaliks buah.

Roselle sesuai ditanam di tapak semaian sebelum dipindahkan ke ladang. Buah boleh dituai selepas 80 hari ditanam dan jangka hayat pokok boleh bertahan sehingga enam bulan. Dalam tempoh itu, sepokok roselle mampu mengeluarkan buah sebanyak empat kilogram. Sementara itu menurut Khairul Zamar, kilang pemerosesan di Kompleks Pertanian Bentong yang sedang dalam fasa akhir pembinaan dan memasukkan kelengkapan peralatan akan digunakan sebagai pusat pengeluaran produk proses selain pusat bimbingan melahirkan usahawan baru.

“Kita akan jadikan Md Yusof sebagai mentor kepada 15 peserta baru yang bakal dilahirkan dalam projek ini,” ujarnya.

Fakta ringkas roselle

● Nama saintifik: Hibiscus sabdariffa L.
● Jolokan : SekuntumRoselle Sejuta Khasiat
● Khasiat: Kaliks buah mengandungi vitamin C sebanyak dua kali ganda berbanding blackcurrant, sembilan kali ganda berbanding citrus dan tiga kali ganda berbanding anggur.
● Mengandungi vitamin lain seperti A dan D, B1, B2 dan B2 kompleks serta zat mineral seperti kalsium dan fosforus.
● Boleh dimanfaatkan dalam industri makanan dan minuman dengan penghasilan halwa, acar dan kordial dan jus selain industri kosmetik, barangan mandian dan wangian, farmaseutikal dan industri biomas seperti ternakan, gentian dan kertas.
●Sehingga kini terdapat 14 buah syarikat industri kecil dan sederhana (IKS) di beberapa negeri yang berkecimpung menghasilkan produk proses daripada roselle
● Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah menggerakkan Majlis Industri Roselle Malaysia, (MIR) dipengerusikan Ketua Pengarah, Jabatan Pertanian bagi melaksanakan Pelan Strategik Industri Roselle Negara pada 2002.
● Ia disertai oleh pengeluar, pengilang, pemasar dan penyelidik berkaitan roselle terdiri daripada 10 buah universiti agensi penyelidikan dan pembangunan (R&D) seperti SIRIM Berhad, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Agensi Nuklear Malaysia,Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan profesional daripada MOA Inc.
● Tanaman roselle adalah antara yang tersenarai dalam kumpulan produk baru dan industri masa hadapan dan diterima untuk dibangunkan dalam Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3).
●Malaysia memiliki roselle yang terbaik di dunia.
● Satu dunia sudah mengetahui pokok roselle tetapi dikenali dengan pelbagai nama iaitu karkade di Afrika, hibiscus atau roselle (Eropah) dan florida cranberry di Amerika Syarikat.

Objektif projek penanaman roselle di Bentong

● Membangunkan tanah-tanah terbiar kepada satu projek pertanian bersepadu bagi mendatangkan pulangan hasil tinggi dan menguntungkan.
● Meningkatkan pengeluaran bahan tanaman berasaskan pemerosesan makanan untuk memenuhi permintaan semasa.
● Meningkatkan bekalan bahan mentah kepada industri pembuatan negara
● Mewujudkan satu kawasan yang boleh dijadikan lokasi strategik pelancongan tani di Bentong.
● Membuka peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar di samping menjana ekonomi kawasan setempat.

Fasa pembangunan projek roselle Bentong

● Seluas 0.8 hektar (dua ekar) telah ditanam dengan 5,000 pokok.
● Hasil 10 tan yang mana lima tan dijual secara segar dan bakinya diproses.
● Lima tan yang diproses dijadikan
– kordial sebanyak 7,500 botol
– acar roselle sebanyak 1,000 botol
– halwa sebanyak 2,000 botol
● Pendapatan kasar sebanyak RM75,000.
● Pendapatan bersih RM15,000.
● Modal sebanyak RM55,000 termasuk peralatan dan mesin dan RM5,000 untuk penyenggaraan.
● Promosi dijalankan di sekolah, aktiviti atau program gotong-royong, sukaneka dan kebajikan

46 thoughts on “Usahawan Roselle raih kejayaan singkat

  1. Boleh saya tahu tentang roselle terutamanya tentang
    – cara penanaman
    -jangka hayat tanaman
    -berapa kali sepokok menghasilkan bunganya mengikut musim atau bulan.
    -cara penjagaan

  2. saya ingin belajar serba sedikit tentang penanaman rossele di negeri sabah khususnya di daerah papar dan potensi untuk memajukan tanaman rossele.

  3. dari syarikat Emg Biotech Technology – menghasilkan produk pisang salai berteknologi mesin (ciptaan sendiri) di samping menanam pokok Roeselle serta memproses Roselle termasuk mengeringkan bunga roselle menggunakan mesin (hasil lebih cantik dan berkualiti – hanya dlm masa 8 jam dpt menghasilkan kuantiti sebanyak 100kg Roselle dgn nisbah 10:1 kg), membuat jus dan jem roselle serta menghasilkan benih yang bberkualiti. Bertempt d FAMA lama di Manong, Kuala Kangsar. Hubungi saya sendiri – 0195187262 atau pejabat – 05 7432768 atau melalui boleh menghantar pesanan melalui fax – 05 7432769.

  4. boleh x sy nk tau lebih lanjut mengenai perusahaan roselle terutama mengenai kordial roselle.

    diharap dapat sertakan sekali kos pengeluaran roselle..

    terima kasih

  5. saya amat berminat untuk menceburi bidang tanaman roselle ini dan telah mennyamai benih untuk kajian secara sendiri,

    saya ingin tahu cara memproses untuk di jadikan jus dan sebagainya.untuk tujuan pasaran.kerana jikalau benih benih yang disemai baru baru ini menjadi saya bercadang menanam secara kormesil di kawasan kebun seluas 2.5 ekar.

    terima kasih

  6. salam…
    saya berminat untuk menanam roselle.
    sebelum tu, saya ingin menyertai mane2 kursus tentang penanaman roselle.
    sesiapa yg ada info tentang ini, bleh hubungi saya di talian 019-3889031.

    terima kasih atas kerjasama anda

    • saudara wan di mana? kalau di perak, boleh jual terus roselle2 pada sykt saya di manong 05-7432881 (office).

      pasaran memang besar rosele skrg.. permintaan dr china je main kontena skrg.

  7. ABIAGRO ENTERPRISE

    kami merupakan supplier bunga roselle yg diimport dari negara jiran..
    harga yang kami tawarkan adalah berpatutan dan lebih rendah dari harga pasaran biasa di malaysia..
    kepada pihak-pihak yang berminat untuk maklumat lanjut bolehlah hubungi kami melalui email : abiagro@yahoo.com

    terima kasih..

    • kepada Abiagro enterprise

      Saya muskil tentang syarikat Tuan/Puan.ini kerana pihak syarikat meng import bunga-bunga roselle dari luar,sedangkan di malaysia masih ada para pekebun masih tidak dapat menjual hasil mereka dimana-mana pun.

      Kenapa perkara terjadi

      • ini adalah kerana harga pasaran di malaysia adalah lebih tinggi.bunga-bunga roselle yang kami import dari negara jiran ini mempunyai standard kualiti yang bagus dan kami menawarkan harga yang lebih rendah drpd harga pasaran di malaysia.walaupun perlu menampung kos penghantaran namun harga kami adalah masih jauh lebih rendah dan amat memuaskan.

      • kepada Abiagro enterprise.

        Boleh terangkan standard kualiti yang bagus dan bagai mana proses proses supaya ia menjadi lebih berkualiti untuk kami buat rujukan serta panduan.kerana kami terlalu baru dalam bidang ini,rasanya terlalu banyak yang perlu di pertimbangkan sebelum memulakan operasi secara all out.

        terima kasih

  8. saya pelajar dari universiti industri selangor.saya dan 4orang rakan dikehendaki melakukan tugasan mengenai perniagaan.dan tugasan itu berkenaan agriculture.kami memilih tanaman roselle.oleh itu kami meminta kerjasama pihak tuan utk melakukan kajian tntang roselle.kami juga ingin membuat lawatan ke ladang tuan.dan sebolehnya secepat yg mungkin..minta maklum balas dari pihak tuan secepat yg mungkin..terima kasih.. 🙂

    • Cik Nadiah,tak payahlah susah2 nak pi ladang untuk buat penyelidikan tu.sebab sekarang org tak mo tanam dah.sebab tak laku-laku.kebanyakan pekilang mengimport roselle ni dari negara jiran(harga lebih muarah).so takder point kat situ untuk cik nadiah buat rujukan.

  9. saya ada 3 ekar rossel yang sedia untuk di tuai. bertempat di kampar, perak. sekiranya ada sesiapa yang berminat untuk membeli secara borong, boleh hubungi saya dan melakukan lawatan di ladang. 012 2364545.

  10. Salam

    Saya dah tanam roselle lebih kurang 2000 batang. masalah saya ialah pokok kena jangkitan kulat d pangkal. macamana nak atasi. Racun apa yang sesuai. Tolonglah. No.hp saya ialah 013-6264040. terima kasih

  11. salam
    kenapa sykt abiagro ent. menyokong industri tanaman roselle dari negara jiran semata-mata kerana kos lebih rendah. tanaman roselle negara kita sebenarnya lebih bermutu.

  12. Salam…Suatu masa dahulu saya adalah pelajar yg menulis thesis mengenai Roselle ini yg tamat pada tahun 2000 dengan tajuk kesan terhadap cahaya, pH, suhu serta masa simpanan, malah tahap vitamin C bukanlah sekali ganda dari ribena tetapi 13 kali ganda vitamin C berdasarkan kajian saya pada masa tersebut.Saya juga melaksanakan kajian terhadap antosianin (bahan pewarna)dan mengkaji sifat2 antosianin.

    Di sini saya ingin berkongsi dari pembacaan saya terkini, Roselle ini akan menjadi bahan buruan yg sangat penting di dalam industri kecantikan kerana ia merupakan bahan selamat untuk penyakit diabetis dan kegemukan (menurunkan berat badan) memandangkan kandungan Hydroxycitric Acid yg optimum di dalam Roselle. Malah saya sedang mencari Syarikat yang sanggup menaja bahan kajian saya untuk menjadikan satu suppliment yang berharga dan mendapat sambutan hangat dipasaran, sekaligus menjadikan permintaan Roselle berterusan, selain dari hanya menjadi bahan kordeal, jem atau halwa yg mana perkara tersebut telah 10 tahun di dalam pasaran.

    Saya akan membuat kajian untuk master dan insyallah untuk phd di dalam bidang ini, namun saya memikirkan untuk mendapat geran penyelidikan yg bersesuaian atau syarikat yg ingin mengembangkan lagi sumber dari Roselle dengan R & D ini. Untuk yuran pengajian, saya boleh mendapatkan biasiwa, namun saya perlukan MOU dengan syarikat dan menjadikan hasil penyelidikan ‘dipatenkan’ oleh syarikat tersebut.Oleh itu pada organisasi, syarikat dan NGO yang berminat, boleh menghubungi saya di talian 019-2268078.

    Saya sentiasa mengumpulkan bahan-bahan ilmiah mengenai Roselle ini, namun dari segi praktisnya, tuan/puan yang menanam atau mengusahakan roselle ini adalah lebih arif. Pada syarikat yg menjual dalam bentuk kering, ianya lebih berkualiti memandangkan nutrien tidak berubah walaupun setelah dikeringkan malah menambahkan mutu simpanan dan menjaga komposisi bahan di dalam Roselle tersebut. Malahan tuan/puan akan dapat menyimpan stok dengan jangka masa yg lebih lama (cara yg dieksport oleh negara China dan negara-negara jiran).

    Ini adalah pendapat dan perkongsian ikhlas dari saya kerana tahap Roselle mampu dikomersialkan dengan cara lebih agresif.

    NORIZAH BINTI MOHD NOOR
    019-2268078
    03-89394163
    nmn@mohe.gov.my
    norizah_mohd_noor@yahoo.com

  13. sya baru memulakan projek penanaman roselle di kg kopok, pasir gudang…… berminat nk wujud rangkaian, hubunngi saya… kami membuat konsep bersepadu.. ROSELLE-KELI-TILAPIA… masih dalam proses belajar…

    019-5144239

  14. wasalm..

    kami dlm proses R&D penanamn, pemprosesn & pmasarn.. alhmdulillah, skrg dh masuk fasa 2.. kami belajar dr pengalamn prktikl & teori kwn2.. i’allah akan dpt sesuatu utk dikongsi bila tiba masanya… tq

  15. BERAPAKAH KEUNTUNGAN BAGI 1 EKAR PENANAMAN ROSELLE?
    BAGAIMANA PULA DENGAN PASARAN ROSELLE,ADAKAH PASARANYA SANGAT LUAS ATAU SEBALIKNYA?
    ADAKAH RAMAI YANG TELAH MENCEBURI BIDANG INI?
    BAGAIMANA BOLEH DAPATKAN BENIH ROSELLE?
    ADAKAH TERDAPATNYA KURSUS YANG BOLEH DIIKUTI?

  16. bagaimana saya nak join mengusahakan pokok roselle. saya berminat nk tahu pasal pokok roselle ni.. macam mana nk dptkan anak pokok roselle ni

  17. kalau beli biji benih belum tentu akan dapat anak pokok sebab mesti benih yang hidup bkn yg dah rosak (roselle
    selangor)

  18. macam nie saya ada kawasan seluas dua ekar, tanah yang sangat subur ia berada ditebing anak sungai, sebelum nie saya ada tanam tebu, tapi plan nk tukar tanam roselle, tapi satu saja masalah saya dimana saya nak pasarkan roselle nie??? kalau ada yang nakkan roselle nie saya sanggup untuk jalankan pertanian nie….sebarang respon tolong telefon saya di nombor 014-8393753…

  19. assalamualaikum. ada jual atau tau x dimana ada jual anak pokok rosel. sy perlukan dalam 270 pokok. anything minta tolong roger saya ye 013-4043181. najwa. area klang/ shah alam/kl.

  20. Assalamualaikum, saya Nor Amanina, student UiTM, dan saya ada project yang akan dijalankan untuk community. Boleh saya tahu bagaimana saya nak dapatkan contact number Md Yusof, usahawan yang berjaya dalam perusahaan dan pernanaman roselle ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s