JALAN-JALAN TAIWAN PART II

Hari kedua selepas seminar saya habis, saya berjalan sikit ke Ximending danĀ  Raohe Night Market.

Ximending

Kawasan ni memang meriah. Sesiapa yang suka shopping tempat ni memang best. Bubble tea pun banyak kat sini. Harga 35 NT (RM 4.60) untuk bekas kecil. Kat sini pun ada kawasan bersejarah. Bagaimana untuk ke sini banyak cara.

Saya kesini dengan menaiki MRT Bannan line (Warna Biru). Tambang dari Taipei Main Station ke Ximen Station Exit no 6 dalam 16 NT.

20190611_005521.png

20190611_010420

20190611_010458.png

20190611_010535

IMG-20190609-WA0022.jpg

IMG-20190609-WA0031

IMG-20190609-WA0032

Raohe Night Market

Selepas ke Ximending saya ke night market pulak. Taiwan ni terkenal dengan mcm2 pasar malam. Ok pasar malam ni recommended by Taiwanese Researcher yg saya jumpa semasa seminar. Bagi saya jika non muslim seronok rasanya sebab banyak street food boleh dicuba. Macam2.

Saya kesini dengan menaiki MRT berwarna hijau turun di Station Songshan Exit 1. Tak silap tambang NT 20 dari Ximending ke Songshan.

20190611_204010

20190611_203519

20190611_204059

IMG-20190609-WA0016

IMG-20190609-WA0017

Ok nanti saya sambung bagaimana nak ke masjid di Daan.

Jalan -jalan Taiwan Part 1

Assalamualaikum buat pembaca semua. Ini adalah post saya yang pertama berkenaan perjalanan ke luar negara saya. Sebenarnya saya dah lama nak buat untuk kumpul semula maklumat negara- negara yang pernah saya lawati untuk memudahkan saya jika ingin repeat semula tapi almaklum busy sangat asyik tak buat- buat.

Baiklah trip saya ke Taiwan ni adalah atas urusan kerja saya. Jadinya kos untuk transportation agak mahal (return dalam RM 1500 sorang walaupun Air Asia) sebab saya pergi masa hari raya hari tu. 4hb-7hb Jun 2019. Sekejap jer..

Ok..saya sampai di Airport Taoyuan International di Terminal satu dalam pukul 12 tgh (perjalanan dalam 4 jam setengah) Waktu Malaysia dan Taiwan tak ada beza. Since saya hanya bawa hand carry cepat jer urusan kastam pun sempoi…x de check bag pun. Lupa nak inform..Malaysian tak perlu visa ya jika ke Taiwan.

Ok saya ke hotel (Taipei Main Station) naik MRT sebab nk jimat walaupun penat puasa2. Nak ke MRT lepas je keluar dari arrival tu tgk ke arah kiri dan akan nampak signage MRT.. so ikut je.

20190610_235837

MRT DI AIRPORT

20190610_195333

MRT di airport ada dua jenis:

a) Express – warna purple. Berhenti 2 station sahaja antara airport dan Taipei Main Station. Lebih cepat dan lebih selesa.

20190610_195436

b) Local – warna biru. Berhenti 15 station sehingga ke Taipei Main Station.

TIKET MRT

Ada beberapa cara nak beli tiket MRT di airport sehingga di hotel anda. Antaranya:

a) Kaunter kkday – Lokasi memang terletak di tgh2 laluan pejalan kaki bila nak ke MRT..memang tak akan miss punya. Hanya gunakan card credit sahaja. Tambang saya dari airport ke hotel di Taipei Main Station NT 145 sahaja (Rm 20 sehala). Boleh beli untuk 2 hala terus.Tetapi perlu guna dalam tempoh 6 hari ( jika tak silap). Saya guna option ini lagi pun harga sama sahaja untuk express dan local. Of course saya ambil yang express.

Screenshot_20190610-195240

20190610_195403

b) Beli online siap – siap di Malaysia dan ambil di kaunter syarikat di airport.Ā  Contoh klook, kkday.

c) Pakai easycard – Yang ni kena beli card dulu NT 100 di station metro, bus station atau di convenience store. Topup di machine dan kaunter. Saya memilih untuk membeli easycard di vending machine di station metro.

20190610_212717

20190610_214502

20190610_221024

20190610_221108

d) Beli tiket dari machine atau kaunter- NT 160.

20190610_220913.png

20190610_221200

e) Pass – pass lain (maaf saya tidak menggunakan perkhidmatan ini. Oleh itu tiada maklumat).

Bila dah dapat token atau card untuk menggunakan MRT tu lebih kurang je macam kat malaysia.

20190610_220953

Ok bila sekarang kita nak naik MRT, perlu diingat kalau anda tak nak rushing @ santai2 bila naik escalator tu sila berdiri sebelah KANAN ya dan sila tunggu train di garisan tempat menunggu yg disediakan.

20190610_224703

20190610_235922

TAIPEI H IMPERIAL HOTEL

Ok selepas perjalanan dalam 40 minit alhamdulilah kami sampai di Taipei Main Station. Kat sini yang mencabar nak cari hotel sebab tak sempat study.

Bagi saya secara peribadi, signage di Taipei Main Station agak kurang user friendly berbanding di Jepun. Anyway bagi saya yang penting kena tau nama jalan contoh hotel saya di laluan Zhongshan dan exit ya. Sbb Taipei Main Station sgt2 besar. Nasib kami dah siap2 sewa portable wifi dari Malaysia. So senang sikit cari location. Portable wifi RM 18 je sehari unlimited utk 5 devices. Best sangat tak sangkut2.

20190610_235809

Ok dipendekkan cerita kami sampai di hotel. Mula2 ingat hotel ni memang macam hotel biasa..rupanya kami kena naik di level 11 utk check in, then baru ke bilik di level 7. Tapi hotel ni sgt wise dari segi location dan servicenya.

Yang saya tandakan merah tu exit Z2 dari Taipei Main Station betul2 depan bangunan hotel. Dan nak inform K Underground Mall yang banyak giler kedai2 tu kat bawah bangunan hotel tu ya dan boleh turun ikut exit Z2 tu. Exit yang berhampiran spt M6 dan M5.

20190610_225843

Hotel ini juga provide service simpan luggage free tiada tempoh waktu. Ada washing machine nak basuh secara free dan boleh lepak2 sambil minum coffea dan bakar2 roti di level 11 tu dari pagi sampai malam. And of course WIFI pun laju. Harga bilik saya utk dua orang yg standard smlm RM 255.

20190610_232146

Taipei Main Station tu just opposite je dari Hotel.

Ok nanti saya sambung berkenaan tempat yang sempat saya lawati dan apa yang best di Taiwan.