PANDUAN TERNAKAN LOBSTER AIR TAWAR

UDANG karang atau lebih dikenali sebagai lobster merupakan hidangan enak tetapi berharga mahal. Di pasaran, harga bagi yang bersaiz enam inci ialah RM60 sekilogram. Lobster air tawar (LAT) saintifiknya Cherax Quadricarinatus merupakan jenis Red Claw, jenis krustasia yang hidup di sungai-sungai kecil di utara Australia.Walaupun saiznya lebih kecil berbanding udang kara laut, tetapi isinya mendapat permintaan tinggi kerana isinya lebih enak. Berikut adalah maklumat ringkas ternakan lobster air tawar.

Pemilihan induk

  • Saiz matang Lobster Air Tawar utk dijadikan induk adalah yg berumur 7-10 bulan.
  • Saiz sesuai : Jantan bersaiz 4in ke atas manakala betina pula saiz 3.5in- 4in keatas. Boleh menghasilkan 80- 300 biji telur setiap kali bertelor.

Anatomi kelamin lobster air tawar, kiri betina dan kanan jantan


https://harizamrry.files.wordpress.com/2015/03/4f9e7-redclaw.jpg

Lobster air tawar  jantan

Makanan

  • Pemberian makanan : 2x sehari. 30 % waktu pagi dan 70 % waktu petang.
  • Palet makanan yang tenggelam dalam air.
  • Kekacang dan sayuran yang seeloknya dimasak terlebih dahulu/dikisar halus.
Tempat ternakan
  • Kolam simen
  • Kolam kanvas
  • Bak fiber

  • Poly tank

  • Aquarium (sbg hiasan)

Kualiti air

  • Setiap kolam ternakan mesti mempunyai sumber air tersendiri sama ada dari sungai dan bekalan air bawah tanah (air boring atau telaga). Air dari sumber sebegini kaya dengan kandungan mineral.
  • Sebarang sumber air perlu dikumpulkan dalam satu tempat dan diheningkan (dibiarkan) sekurang-kurangnya sehari semalam. Ini bertujuan memendapkan bahan-bahan terlarut dalam air seperti kelodak atau lumpur.
  • Kandungan klorin dalam air juga harus dihapuskan terlebih dahulu dengan anti-klorin.
  • Suhu air yang sesuai ialah antara 25 hingga 29 darjah Celsius.
  • pH air sesuai 7-9.
  • Pastikan air sentiasa jernih.
  • Beri garam air -bergantung pada kandungan air pada bekas yang diguna.

Kandungan oksigen

  • Oksigen yang terlarut dalam air sangat penting. Perlu pam dengan saiz yang sesuai untuk memastikan air sentiasa mengalir dan menghasilkan buih oksigen.
  • Pam perlu beroperasi 24 jam.

Tempat persembunyian

  • Penting semasa hari siang dan bersalin kulit.
  • Contoh: hidupan atas air seperti keladi bunting atau kangkung.
  • paip pvc/kayu yang sesuai dengan saiz lobster.

Proses bersalin kulit

  • Untuk pembesaran. Perlu tempat persembunyian untuk mengurangkan proses kanabalisme.
  • Kepadatan populasi sesuatu tempat ternakan perlu dihadkan untuk mengelakkan kanabalisme.

Penetasan anak udang dan pembesaran

  • Penetasan telur dilakukan di akuarium dengan memindahkan induk jantan ke lain tempat.
  • Tempat penetasan boleh berupa akuarium ukuran 4o cm x 3o cm x 3o cm.
  • Setelah 8-15 hari,  anak lobster sudah memiliki bentuk yang mirip ­induknya dan sesuai untuk dipindahkan ke tempat ternakan yang terpisah dari induknya.
  • Benih yang ditebarkan berumur 8-15 hari dengan kepadatan 20-30 ekor/m2 luas kolam.
  • Pemeliharaan pertama selama 2 bulan. Selanjutnya, pemeliharaan dilakukan selama 4 bulan untuk memperoleh lobster  20-30 g/ekor.

                                                             Anak lobster yang baru ditetaskan.

Sumber: http://infobudidayadanbeternak.blogspot.com,  http://udanggaloh.blogspot.com, http://danielkawalo.blogspot.com

35 thoughts on “PANDUAN TERNAKAN LOBSTER AIR TAWAR

  1. Asalamualaikum saya mohamad khairul hafiz dari perak ingin bertanya dimanakah pembelian induk dan anak benih diperak ?

  2. asalamualaikum……..sya amt. tertarik dgn penternakan using Kara air Tawar ni…sya. hrap jabatan perikanan sabah adakan seminar ttg prkra ni… khusuanya di kwsn beluran..tq…..

    • salam en Lanun Kuuga..
      sitiawan di mana? sy asal dr sana. ada kesempatan boleh sy singgah ke tmpt encik? berminat utk tahu lebih lanjut..

    • Menjual LOBSTER AIR TAWAR (Crayfish) “READY STOCK”
      10-15/15-20/20-25/25-30 E/kg. Bisa sistim kontrak mingguan.
      Silahkan hubungi :
      EXPORTIR Anto JBL
      (Jaya Bahtera Lestari)
      Jakarta – Indonesia
      +6282310582889

  3. boleh ke lobster ni dibela tanpa oksigen yg pam air ke.. sbb sy bru beli n bru cuba nk bela sbg hiasan?? n apa sbb bila lobster buat buih dy sndri? mohon pencerahan. tq.

    • dulu sy pernah bela sbg hiasan.perlu pam oksigen. tapi dia thn juga klu x de pam tu dlm bbrp jam (kes tetiba black out). buat buih tu x pasti. kena tanya yg pakar.

    • Lobster boleh hidup tanpa pam oksigen tetapi dgn pam oksigen,lobster dapat bernafas dgn suhu yg sesuai .Buih tu sbb dia bernafas.Lobster masih boleh hidup di darat tapi hanya utk masa yg singkat.

      • Ye..lobster mampu hidup di darat selama 2 hari dan jika blackout,kurangkan air sehingga separuh bdn lobster untuk die bernafas.(info dari penternak lobster)

    • Tempat terbaik adalah kolam yang dilindungi daripada air hujan tetapi mempunyai pengudaraan baik dan dapat ditembusi cahaya matahari- sumber
      Rena zainal2, Research Scientist at Demenshin

  4. saya di Sabah, duduk area Kinarut Papar Sabah, ada tak pengusaha yang boleh membekalkan bibit udang kara ini di sekitar ini. Jika ada sila hubungi saya di no 0168418926. #saya sangat berminat dengan penternakan ini…terima kasih.

  5. Jika ingin membeli induk lobster boleh hubungi
    Akhim:01126935369
    Area:Puncak Alam,selangor
    Induk:jantan

    👉🏿🔴SENARAI HARGA LOBSTER
    SEKOR 🔴
    ➡Saiz 1 inci RM 2.00 #benih
    ➡Saiz 2 inci RM 3.00 ⬆
    ➡Saiz 3 inci RM 6.00 ⬆
    ➡Saiz 4 inci RM 12.00 #induk
    ➡Saiz 5 inci RM 15.00 ⬆
    ➡Saiz 6 inci RM 18.00 ⬆

  6. Assalamualaikum, sy dari melaka,
    Adatak pembekal benih dikawasan melaka, dan boleh tak menternak mengunakan kotak gabus .

  7. saya tinggal di johor bahru.. siapa ad nombor penjual benih udang d johr bahru skudai atau d melake. sy memerlukan number supplier berdekatan..

  8. adakah benih udang diberi makan yang sama seperti udang dewasa atau benih udang memerlukan makan yang khusus dan berbeza dari pemakanan udang dewasa?
    adakah udang boleh hidup di dalam kolam terbuka yg sama seperti kolam ikan?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s