Almaklum kerjaya saya sebagai chemist memerlukan saya menerima pelbagai sampel. Antaranya check jenis kulit. Ok kan..saya share ilmu sikit2. Mana tau berguna.
Mula2 kalau anda ingin membeli kasut atau apa2 produk kulit saya syorkan anda check dulu secara mata kasar kulit tu ya. Takut terbeli kulit khinzir. Sebab kebanyakan sampel yang dihantar sebenarnya bukan kulit pun tapi plastik. So dah rugi kasut cantik2 tak dipakai.
So tipsnya :
1. Kalau kata produk yang dikatakan kulit tu tulis PU leather..ha yang ni senang. Itu plastik / polymer..bukan kulit langsung. Wording leather tu adalah untuk tujuan komersil.
2. Produk kulit yang menggunakan kulit khinzir biasanya digunakan dilapisan dalam ( lining).
3. Kulit khinzir akan mempunya tiga lubang folikel yang rawak. TIDAK akan kelihatan seperti ditebuk (corak yang sekata sahaja). Ada juga kes kulit khinzir, lubang hampir tidak kelihatan kerana telah melalui proses seperti gosokan. Lubang adalah slanting (condong).
Polimer: Corak lubang yang seragam. Lubang tidak slanting dan tidak tembus sehingga ke belakang.
kulit khinzir: Corak lubang tidak sekata, slanting dan tembus sehingga belakang.
4. Kalau anda memang sangat was2 contohnya telah terbeli kasut sebegitu, apa yang saya boleh cadangkan ialah ambil sedikit shj bahagian kulit tu then bakar. kalau bau rambut terbakar. Maksudnnya itu kulit haiwan. Nanti ada yang tanya mcm mana bau rambut terbakar tu?.. Ambil sehelai rambut..then bakar..ha itulah baunya.
5. Ok anda dah bakar kemudian nak sahkan lagi, ambil sedikit je kulit tu then tgk kalau lubang tu tembus dari surface ke belakang (grain) maksudnya tu bulu khinzir ya.
Kulit khinzir:lubang folikel pada kulit akan tembus dari permukaan ke belakang kulit. Binatang lain tidak akan kelihatan lubang folikel rambut sehingga ke lapisan belakang.
6. Kalau was2 jugak ha hantar je sampel tu ke Jakim ke atau Jabatan Agama Islam negeri terdekat atau KPDNHEP terdekat ya. Then nanti kami boleh check dimakmal sebab ada further analysis ya 😊.