TERNAKAN UDANG HARIMAU SECARA INTENSIF

Udang Harimau Penaeus Monodon

> PENGENALAN
Udang Harimau (Penaeus Monodon) adalah alah satu jenis udang air payau / laut yang sesuai diternak di kolam kerana ianya mempunyai daya ketahanan yang tinggi dan kadar tumbesaran yang cepat.
Di Malaysia akhir-akhir ini, usaha menternak udang harimau sedang berkembang pesat dengan semakin bertambahnya penglibatan dari pihak swasta, agensi kerajaan dan juga orang perseorangan.
Antara faktor yang menggalakkan penternakan udang harimau adalah

  • Terdapatnya banyak kawasan yang berpotensi.
  • Permintaan yang tinggi
  • Jaminan harga pasaran yang baik di dalam negeri mahupun di luar negara. Contoh:
  • Pada masa ini harga pasaran bagi udang yang bersaiz dalam lingkungan 25-35 ekor/kg ialah di antara RM 20 –RM 30/kg.

    Penglibatan pihak kerajaan dan swasta dalam membangunkan ternakan udang harimau seperti LKIM

  • Penggunaan teknologi tinggi dalam ternakan.
  • KRITERIA YANG SESUAI UNTUK PEMILIHAN TAPAK

    Kriteria-kriteria asas yang perlu diambilkira sebelum kolam dibina adalah seperti berikut:-

  • Berhampiran dengan punca air payau/laut yang mempunyai kadar kemasinan 15-30ppt. Dan ianya mestilah juga bebas dari pencemaran (seperti bahan buangan industri dan pertanian).
  • Mempunyai kemudahan infrastrukturseperti jalan raya, bekalan elektrik, air dan sebagainya.
  • Berhampiran dengan pusat penetasan.
  • Keadaan tanah yang berupaya menakung air seperti liat berpasir ataupun liat dimana kemasaman pH 6.5-8.5 (basah)
  • Mempunyai modal yang mencukupi mengikut keperluan sistem ternakan yang akan dijalankan.
  • Mempunyai strategi pemasaran yang baik.
  • PEMBINAAN KOLAM

    1. Kolam boleh dibina antara saiz 0.3 – 1.0 hektar luas permukaannya dan kedalaman antara 1.5m – 2.0 m.Pembinaan kolam hendaklah berhampiran dengan punca air.

    2. Saluran air masuk dan keluar perlu dibina untuk kemudahan pertukaran air semasa pemeliharaan udang dan ia juga perlu untuk pengeringan air selepas hasil dikutip. Penggunaan pam untuk memasuk dan mengeluarkan air boleh digunakan tetapi melibatkan tambahan kos.

    3.Untuk ternakan secara intensif susun atur,reka bentuk dan pembinaan kolam mestilah dibuat dengan bijak dan berhati-hati, terutamanya aspek asas yang penting iaitu ban, pintu air masuk dan keluar. Jika pembinaannya betul dan mematuhi kehendak, kejayaan berterusan operasi akan dapat dicapai bagi kaedah ternakan secara intensif.

    4. Sistem air kolam intensif.
    a. Punca air
    b. Sistem pam
    c. Kolam takungan
    d. Pintu air masuk/keluar

    5. Reka Bentuk Kolam Intensif
    a. Kedalaman 1.3m-1.5m
    b. Lerengan ikut jenis tanah 1:2, 1:1, 2:1
    c. Kecerunan dasar 1: 200
    d. Saiz kolam 0.5 – Iha.
    e. Pintu air masuk dan keluar.

    PENYEDIAAN KOLAM

    Sebelum ternakan dijalankan, kerja-kerja penyediaan kolam perlu dilakukan. Tempoh penyediaan kolam berbeza mengikut cuaca, keadaam kolam dan masalah setempat.
    1. Pembuangan Lumpur:
    -Lumpur hitam perlu dirawat atau dibuang setiap kali selepas sesuatu pusingan ternakan dijalankan samada secara mekanikal, biologikal atau menggunakan bahan kimia.
    -Cara mekanikal boleh dibuat dengan menggunakan jentera, pam atau mengalirkan melalui pintu
    -Cara biologikal iaitu menggunakan bakteria yang boleh mengeluarkan enzim untuk menghalang pembentukan lumpur hitam.
    -Cara kimia pula adalah dengan menggunakan bahan seperti Calcium peroxide, Potassium permanganate, Zeolite, Iron oxide dan Ozone.

  • Penjemuran :
  • Penjemuran dibuat sehingga dasarnya retak, biasanya 1 hingga 2 minggu bergantung pada cuaca. Tujuannya untuk mengoksidakan bahan organan atau lumpur hitam.

  • Membaiki Sturuktur Kolam
  • Pemeriksaan rapi perlu dibuat agar sebarang kerosakan boleh diatasi/baiki segera sebelum ternakan diteruskan termasuk memasang jaring pada pintu air.

  • Mengapur
  • Kapur adalah untuk meneutralkan kandungan asid tanah dan mengurai bahan organan serta mengurangkan pengumpulan bahan kimia yang toksik pada udang.

    5. Kawalan Perosak/Pemangsa :
    Pengeringan sepenuhnya serta menggunakan penapis yang sesuai boleh mengawal ikan-ikan pemangsa. Bagi kolam yang tak boleh dikeringkan sepenuhnya maka penggunaan racun perlu digunakan.
    6. Pemberian Makanan :
    Makanan biasanya diberi 3- 4 kali sehari.Jenis makanan pellet yang diberi mengikut saiz udang.

    PENGGUNAAN PERALATAN MEKANIKAL

  • ‘Automatik Feeder’
  • –Tidak memerlukan tenaga buruh
    -Jimat kos.
    – Mengelak pembaziran
    – Waktu pemberian makanan lebih tepat.

  • Sludge Pump.
  • -Kaedah mekanikal untuk mencuci dasar kolam.

    Kolam HDPE
    -Dasar kolam lebih bersih.
    -Ruang untuk udang makan lebih luas.
    -Mengelak kebocoran kolam.

    PARAMETER YANG SESUAI UNTUK TERNAKAN UDANG HARIMAU SECARA INTENSIF
    -Oksigen Terlarut – 5 ppm
    -pH – 7.5-8.5
    -Hardness – 70 ppm (masalah warna air jika kurang 50 ppm)
    -Suhu – 27-32
    -Karbon Dioksida – <2 PPM
    -Copper – <0.1 ppm
    -Hydrogen Sulfid – <0.1 ppm
    -Saliniti – 15-25 ppt
    – Ketelusan – 30-60 cm
    -Kedalaman air – 1.3 -1.5 m

    CIRI-CIRI RINGKAS UNTUK MEMILIH BENIH UDANG YANG BERKUALITI

  • Bentuk dan Sifat:
  • Keadaan benih yang aktif, saiz sekata, warna dari coklat muda ke coklat, badan yang tidak melengkung, uropod (sirip ekor) sentiasa kembang.
  • Analisis Mikroskopik:
  • Benih bebas dari organisma seperti Zootharnnium, Epistylis dan Detritus Antenanya (sesungut) panjang lurus dan rapat.
  • Badan mesti bersih dari kotoran, licin dan jernih.
  • Rostrall spines 6-7
  • Otot dalam segmen abdominal ke 6 cukup lengkap penuh dengan kulit.
  • KUALITI AIR

  • Oksigen Terlarut (D.O):
  • 1. Air dapat menampung oksigen yang rendah pada suhu yang tinggi. D.O. akan lebih tinggi pada suhu yang rendah. Perkara yang sama berlaku pada siliniti. D.O. rendah pada siliniti tinggi dan D.O. tinggi pada siliniti rendah.
    2. Bagaimana D.O. Memasuki Air:
    a. Air yang mempunyai D.O yang rendah perlu diganti dengan air baru yang mempunyai D.O yang tinggi.
    b. Bloom (plankton) dan alga di dasar kolam menambah D.O. semasa siang (Fotosintisis).
    c. Udara diserapkan kedalam air melalui ombak, hujan, pam dan kincir angin.

  • Apabila D.O<3.0 ppm ketegangan mula berlaku. Udang akan berenang ke permukaan air dan ke tepi kolam. Apabila D.O < 1.5ppm udang akan mulai mati.
  • SALINITI

  • Udang membesar dengan baik pada saliniti air yang rendah. (10-20 ppt). Saliniti dalam tahap biasa adalah diantara 12-15ppt. Apabila saliniti melebihi 15ppt, air dalam badan udang akan meresap keluar. Untuk mengganti kehilangan air, udang mestilah mengepam air dari luar badan ke dalam badan. Tenaga pam ini menggunakan makanan yang sepatutnya digunakan untuk tumbesaran udang. FCR akan bertambah kerana lebih makanan akan digunakan untuk menjalankan pam tersebut.
  • SUHU

  • Pada suhu tinggi( >35 C ) banyak kejadian berlaku dengan cepat. Udang mengalami tekanan, mudah dijangkiti penyakit serta D.O. dan pH berubah dengan cepat.
  • Suhu yang tinggi menyebabkan :
  • Air kolam akan menampung D.O yang sedikit.
  • Udang membesar dengan cepat dan memerlukan lebih makanan.
  • Bloom dan komuniti dasar cepat membesar.
  • Pengurusan kolam menjadi lebih sukar apabila suhu meningkat.
  • PUNGUTAN HASIL

    Selepas 3-5 bulan udang sudah sampai ke saiz pasaran. Udang boleh dipungut dengan cara:

    i.. Tangkapan sebahagian, iaitu menggunakan pukat, tangkul, pukat perangkap, jala dan pukat permindahan terbuka.
    ii. Tangkapan semua, iaitu menggunakan pukat keroncong dan pukat tarik.

    ANALISA PENDAPATAN & PERBELANJAAN UNTUK 1 PUSINGAN
    -Pendapatan: Jualan (RM 17.00/kg ) RM 76,500
    -Kos Operasi : Penyediaan Kolam – 1,000

    Benih 5,400
    Makanan 31,500
    Letrik 12,000
    Buruh 2,000
    Pelbagai 2,000
    Jumlah = 53900
    Lain-lain kos: Pengurusan 1,500
    Penyelenggaraan 2,000
    Jumlah 3,500
    JUMLAH BESAR 57,400
    UNTUNG BERSIH 19,100

    NOTA
    Saiz kolam – 1 hektar
    Kepadatan – 30 ekor/m2
    Tempoh Ternakan – 120 hari
    Kadar Hidup – 60%
    Saiz pasaran – 40 ekor/kg
    FCR – 2.0
    Tuaian – 4.5 mt
    Kaedah ternakan secara intensif adalah satu perniagaan yang memberi pulangan yang lumayan tetapi ianya berisiko tinggi, dimana ia memerlukan kawalan dan pengurusan yang berpengalaman luas. Banyak pengurusan kolam gagal kerana tiada dan kurang berpengalaman awal dalam industri ini. Masalah ini biasanya berkaitan dengan perngurusan air yang tidak baik berpunca dari kelemahan pengurusan, reka bentuk kolam, aspek teknikal, hatchery dan sistem kolam pembesaran tersebut.

    28 thoughts on “TERNAKAN UDANG HARIMAU SECARA INTENSIF

    1. Salam sejahtera,

      Saya berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut serta terperinci tentang cara-cara
      menternak dan memlihara udang harimau. Dan bagaimana cara membina kolam-kolam bagi menternak udang harimau.. Boleh berikan saya transkrip penuh..

      Sekian terima kasih.

    2. saya inginkan penjelasan lanjut/terperinci tentang cara2 dan masa yang amat sesuai bagi pemberian makanan udang harimau dari usia 1 hari hingga ke 120/150 hari.Apakah peralatan/teknologi yang sesuai bagi mengawal/mengetahui parameter seperti yang yang diterangkan diatas agar sesuai untuk ternakan udang harimauBermaksud suatu sistem berkomputer dimana kita dapat mengetahui dan mengawalsupaya parameter udang harimau sentiasa dalam keadaan sesuai..Terimakasih

      Azahari:Sarikei,bahagian ke 6 Sarawak..,

    3. Saya mewakili syarikat untuk memohon pengadaan kursus udang harimau dengan lebih detail dan secara langsung.. tolong bagi tahu kami bagaimana kami boleh mendapatkan kursus tersebut berikut senaraikan kos pengadaannya, terima kasih…

    4. Saya Haris dari Melaka mohon kepada sesiapa yang tahu dimana saya boleh mengikuti kursus Udang Harimau… 016 602 0727, Seberapa segera… Terima Kasih

    5. “KURSUS ASAS PENTERNAKAN UDANG GALAH” di UKM pada 27/7//2008.Yuran RM30, berminat sila sms nama dan nbr ic kpd zul di 0130126989

    6. Saya memerlukan beberapa kakitangan yang berpengalaman dalam industri udang harimau/udang. Gaji boleh dirundingkan.
      Jawatan – Lab Technicians
      Farm Managers
      Pakar Hatchery
      Dll berkaitan udang galah
      Sila hubungi e-mel tersebut azizsab@tm.net.my

    7. tolong emailkan sy kos ternakan udang harimau untuk 1 pusingan dan juga kos kalau nk wat kolam pancing udang harimau ni dan cmner dier pnyer market skrang…tqvm

    8. sy pnntut UiTM pulau pinang,sy sdg mrncang prjk pnternakan udang harimau untk sbjek keusahawanan sy.boleh berikan transkrip penuh untuk ternakan udang harimau ini??

    9. saya sangat berminat dengan peernakan undang harimau ini,bolehkan emailkan artikel penuh berkaitan kepada saya dan adakah udang harimau boleh diternak dengan kolam tiruan maksudnya kita buat sendiri sebabnya tempat saya ni kawasan pedalaman dan jauh dari kawasan laut

    10. saya amat berminat dengan penternakan udang harimau, ada tak sesiapa yang sudi memberikan saya maklumat dimana kursus penternakan udang harimau terutama di sabah….
      dan lagi satu sesiapa yang boleh bagi saya maklumat tentang orang yang membeli segala jenis udang terutama di semanjung…kerana disandakan udang terlalu banyak hingga tidak mempunyai harga pasaran yang sepatutnya…

    11. Saya berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut serta terperinci tentang cara-cara
      menternak dan memlihara udang harimau. Dan bagaimana cara membina kolam-kolam bagi menternak udang harimau.. Boleh berikan saya secara terperinci untuk menternak udang tersebut.

    12. Saya ingin mengetahui struktur membuat kolam pancing udang, merawat air, dan bekalan dan harga sekiranya saya akan membuka kedai di kawasan Bandar Melaka.

    13. Saya,Aziyuddin,berminat untuk membuka kolam memancing udang harimau (dalam kedai)di Senawang,N.Sembilan. Bagaimana caranya?
      1.Kursus cara membuka kolam dan pemeliharaan
      2.Angaran kos permulaan
      Sekira saya tertinggal apa2 soalan saya harap pihak tuan dapat memperjelaskan kepada saya cara terperinci kerana saya terlalu berminat dengan perniagaan ini. Terima kasih saya pada pihak tuan yang prihatin

    14. salam,
      saya sedang mencari pembekal udang harimau hidup untuk kolam pancing saya.kepada pembekal udang harimau sebelah kawasan utara harap dapat menghubungi saya 016-4617018 agar dapat membincangkan jumlah, saiz,harga dan penghantaran dengan lebih detail t.kasih

    15. salam,
      saya mawi dari w.p. labuan.
      saya berminat nak menceburi bidang ini.tapi untuk memulakanya sya tidak tahu bagaimana.klu boleh minta tunjuk ajar pada saya tentang kos, tempat ternakan, teknologi, pemasaran, ubat-ubatan@rawatan, benih nak beli di mana dan lain-lain..
      minta bantuan agar saya dapat menceburi bidang ini..
      terima kasih..

    16. Salam Sejahtera..
      Saya Amil dari kelantan..memohon pihak tuan memberi tunjuk ajar dan pengetahuan yang penuh tentang ternakan udang galah ini secra komersial. saya baru sahaja mendapat tapak kolam di sebuah pulau di kelantan (Pulau Chendor, Tumpat) yang mana mempunyai 70 buah kolam yang amat sesuai dijadikan pusat ternakan udang.
      saya bersama abang ingin menjalankan projek ini dalam kadar segera tetapi kurang pengetahuan dari segi kos dan penjagaannya. pada peringkat permulaan kami bercadang untuk membuka 3 hingga 5 buah kolam dahulu dan kuantiti kolam akan digunakan dari peringkat keperingkat..harap dapat bantuan dari pihak tuan untuk memberi sedikit sumber.

      sila email kan ke amilthelimited@gmail.com

      sekian terima kasih

    17. syarikat kami membekalkan anak benih udang galah sudah 9 tahun,
      jika siapa minat , sila hubungi 013-4394463 TQ

    18. assmkm dan salam sejahtera.sya akid dari sabah kota kinabalu.umur 23 tahun.tujuan sya nak komen ni,ingin mengatahui tentang pemakanan udang harimau.boleh tak kongsi pengalaman admin dgn sya.sya ingin tahu apa nama dan jenis baja/makanan udang harimau.?mohon di balas komen tersebut.TQ

    19. Assalamuailaikum w.b.t ,
      Saya ingin mengetahui lebih lanjut mengenai penternakan udang , sy tdk prnh mnceburi bidang ini , dan saya berminat utk berjaya dlm bidang Kolam udang galah ini ,
      Saya mempunyai tanah yang cukup luas utk projek tersebut sama Ada tanah di darat dn tanah berhampiran paya bakau dn laut ,
      Tetapi saya tidak mempunyai pengalaman dan ilmu dalam bidang perkolaman .
      Saya berharap dapat memperolehi pengetahuan dan ilmu mengenai Kolam udang Dari pihak tuan ,

      Kerjasama Dari pihak yuan amatlah saya hargai dan di atas bantuan yang pihak tuan Berikan .

      Sekian ,
      Terima kasih .

      • As salam saya berminat sagat tentang pertenak kan udang harimau ni jadi saya nak tau ada x kusus ni. Lebe lebe lgi d kawasan utara.

    Tinggalkan komen