TIPS/PETUA PERTANIAN

Assalamualaikum w.b.t.

Ruangan ini dikhaskan untuk sebarang petua @ tips-tips berkaitan pertanian/ternakan. Jika ada pembaca yang sudi berkongsi sebarang tips/petua sangatlah dialukan-alukan untuk kebaikan bersama. Terima kasih.-Admin-

———————————————————————————————————————————————————————————

Cara mudah tanam cili di rumah

1. Pilih kawasan yang menerima cahaya matahari yang banyak di rumah.

2. Pilih kawasan yang redup akan menyebabkan pokok menjadi tinggi daripada biasa dan saiz buah menjadi kecil.

3. Cara pemilihan medium penanaman bergantung kepada kaedah penanaman yang dipilih sama ada tanaman dalam pasu atau terus dalam tanah.

4. Medium penanaman untuk pasu yang sesuai adalah tanah campuran tiga bahagian tanah merah, dua bahagian tanah hitam dan satu bahagian pasir.

5. Saiz pasu yang sesuai adalah 16 inci x 20 inci bagi musim penanaman enam bulan.

6. Sekiranya bercadang untuk musim penanaman yang lebih panjang dari enam bulan, sila guna saiz pasu yang lebih besar seperti 30 inci x 50 inci.

7. Kaedah penanaman secara terus di tanah bagi kawasan rumah teres adalah tidak digalakkan kerana tanah tidak subur.

8. Sekiranya ingin meneruskan hasrat menanam di tanah kawasan rumah teres, tanah perlu diganti dengan tanah yang baru.

9. Pastikan tiada pokok buah-buahan seperti mangga, belimbing dan jambu berdekatan dengan kawasan tanaman. Ini bagi mengelakkan serangan lalat buah.

10. Umur paling sesuai untuk memindah tanam anak pokok atau tanah adalah ketika anak pokok sudah berusia tiga ke empat minggu.

11. Kelewatan memindah tanam anak pokok yang sudah cukup umur boleh menyebabkan pokok terbantut.

12. Waktu yang sesuai pindah tanam adalah pada waktu lewat petang.

13. Jangan pindah tanam anak pokok pada waktu tengah hari kerana pokok boleh terkena kejutan haba dan layu seterusnya mati.

14. Waktu yang sesuai untuk menyiram pokok adalah pada waktu awal pagi dan lewat petang.

15. Pokok cili harus disiram dua kali sehari, sekiranya waktu hujan tidak perlu disiram.

16. Pastikan kawasan penanaman tidak menyebabkan air bertakung. Air bertakung boleh menyebabkan lembap dan menggalakkan pertumbuhan kulat.

17. Kayu pancang perlu dipasang ketika peringkat awal selepas pindah tanam untuk mengelakkan kerosakan pada akar sekiranya dipasang pada umur matang.

18. Jenis kayu pancang yang sesuai adalah seperti buluh yang boleh bertahan sehingga lebih enam bulan.

19. Pemasangan kayu pancang bertujuan untuk mengelakkan pokok rebah apabila sudah berbuah lebat.

20. Baja organik seperti baja tahi ayam amat sesuai diberikan kepada pokok untuk menggalakkan tumbesarannya.

21. Sekiranya menggunakan baja kimia, pastikan mengikut kuantiti yang disarankan.

22. Pemberian baja kimia secara berlebihan boleh menyebabkan pokok mati kepanasan daripada baja.

23. Tempoh pemberian baja yang sesuai adalah setiap 10 hingga 14 hari.

24. Kehadiran semut yang banyak pada pokok cili adalah disebabkan ia menghurungi aphid atau bena putih yang terdapat di bahagian bawah daun.

25. Gunakan larutan pencegah serangga yang dirumus daripada bahan semula jadi seperti ekstrak semambu dan bawang putih.

26. Larutan mencegah serangga daripada bahan semula jadi mudah hilang apabila hujan.

27. Selepas hujan berhenti, larutan haruslah disembur semula.

28. Waktu paling sesuai untuk menyembur larutan pencegah serangga adalah pada waktu petang menghampiri Maghrib.

29. Tahap umur cili paling sesuai untuk dituai adalah apabila 80 peratus daripada cili yang matang sudah mencapai warna kirau (warna hijau bertukar sedikit merah).

30. Waktu paling sesuai untuk menuai adalah pada jam 9 pagi ke atas iaitu ketika embun sudah kering.

31. Sekiranya cili ingin disimpan lama, jangan basuh hasil tuaian cili. Sekiranya perlu dibasuh, harus dikeringkan segera.

32. Selepas cili dituai, baja perlu segera diberikan pada waktu petang yang sama atau keesokan harinya bagi mengelakkan pokok tertekan.

 http://www2.hmetro.com.my/myMetro/articles/Caramudahtanamcilidirumah

———————————————————————————————————————————————————————–

7 Bahan Suburkan Tanah Secara Semulajadi
TANAH merupakan  asas penting dalam penanaman pelbagai tumbuhan sama ada untuk tanaman makanan, tanaman industri atau tanaman lain.  7 tip suburkan tanaman anda secara semulajadi.
  • Tanaman berpasu juga ingin ‘minum teh’ . Anda agak kurang sabar dengan bunga dalam pasu yang lambat mengeluarkan bunga? Cuba anda siram dengan air teh sejuk. Air teh ini membantu membekalkan banyak mineral kepada tanaman berpasu apabila ia sering disiram dengan air teh setiap hari.
  • Sisa kotoran kolam makanan enak buat tanah anda. Jika anda mempunyai kolam hiasan, apabila anda membersihkannya, jangan dibuang terus lga dan air kotor tersebut. Siram dan letak keatas tanah berhampiran tanaman hiasan anda. Nutrien yang terkandung akan diserap oleh tanaman anda.
  • Berikan kalsium tambahan kepada tanaman anda. Kisar halus kulit telur ayam lalu siramkanya pada tanaman anda.
  • Suburkan tanah dengan habuk pada beg hampa gas anda. Selepas anda melakukan kerja menyedut kotoran dan habuk di rumah menggunakan hampa gas, anda boleh buang habuk tersebut di atas tanah berhampiran tanaman hiasan. Habuk ini akan memperkayakan tanah anda.
  • Tempurung kelapa elok untuk sungkupan bagi mengekalkan kelembapan tanah dan dalam masa yang sama mengawal kehadiran rumpai. Berbeza dengan sungkupan lain, tempurung kelapa juga membekalkan nitrogen dan mineral lain sewaktu proses decompose berlaku. Ini semua mampu memperbaharui kualiti tanah anda.
  • Bukan anda sahaja suka minum kopi. Tanaman anda juga ada yang menyukainya. Jangan buang hampas kopi anda ke dalam singki. Tapis dan taburkannya di atas tanah. Tanaman hiasan anda terutamanya yang suka kan keadaan tanah berasid amat perlukan ‘sumbangan’ ini. Lakukannya sekali sebulan sahaja.
  • Tahu kah anda bahawa rambut manusia mempunyai 30 kali ganda nitrogen berbanding baja najis haiwan? Anda boleh menyumbangkan nitrogen tersebut dengan menabur rambut yang telah digunting di kawasan berhampiran tanaman anda.
——————————————————————————–

6 Tip Berkebun Guna Pot/Pasu/Bekas terbuang

1. Lokasi pasu: Letak pasu pada tempat yang ada sinaran matahari seperti di tepi tingkap dan tepi bangunan.

2. Tanaman: Perlu juga tahu jenis tanaman hendak ditanam di dalam bekas. Pilih yang senang ditanam dan kurang penjagaan seperti kangkung dan bayam. Lihat perkembangannya di lokasi yang dipilih.

3. Pengairan: Jangan keliru istilah pengairan dengan penyiraman. Pengairan bermaksud air siraman diserap pokok manakala lebihan air disalurkan keluar dari bekas tanaman. Kebanyakan sayur dan pokok buah tidak tahan air bertakung di dalam bekas. Akar tumbuhan akan lemas, seterusnya menyebabkannya mati. Pastikan setiap bekas yang digunakan ada lubang pengairan di bawahnya agar air siraman yang lebih mengalir keluar dari pasu.

4. Baja: Pembajaan penting kepada poko di dalam bekas. Oleh itu, selalu bekalkan kompos sebagai baja organik kepada tanaman di dalam bekas. Selang selikan dengan baja kimia jika lihat kesannya lambat.

5. Media tanaman: Untuk tanaman di dalam pasu, lebih elok gunakan media yang tidak berat seperti kompos. Campuran kompos dan tanah atas (top soil) sangat disarankan. Selain kompos boleh menjadi baja, ia juga bertindak sebagai media yang bagus untuk penanaman seperti tanaman sayur.

6. Penyiraman: Ada dua sistem siraman iaitu automatik dan manual. Biasanya kita lebih senang menggunakan sistem siraman manual iaitu dengan terus menyiram dari paip air atau tong siraman. Ada beberapa inovasi yang boleh digunakan untuk menyiram secara automatik. Jika ada duit lebih, boleh naik taraf menggunakan sistem titisan berasaskan sistem fertigasi. Tetapi jika ingin jimat kos, guna sahaja siraman automatik menggunakan bahan terbuang.

——————————————————————————–

Tips Tanam Bunga –Sumber Harian Metro

Teknik ini boleh digunakan untuk menanam pokok dari beg semaian ke dalam pasu atau ke dalam lubang penanaman di tanah sama ada pokok besar atau kecil

  • Guna pasu yang berlubang – pasu tiada lubang sesuai untuk tanaman akuatik sahaja.
  • Masukkan serpihan pasu atau batu menutup lubang – bagi mengelak campuran tanah terkeluar selain mengatasi masalah air mengalir deras sehingga membawa keluar tanah.

Serpihan pasu atau batu untuk menutup lubang

  • Masukkan tanah campuran sebanyak satu pertiga pasu.

Tanah campuran sebanyak 1/3 pasu

  • Potong bahagian bawah beg semaian yang menjadi tempat semaian pokok dan tanam di dalam pasu. Timbus tanah campuran untuk menutup akar pokok.

Potong bawah beg semaian

Tinggalkan komen