PANDUAN TANAM LIMAU NIPIS

limau

Kaya dengan vitamin A dan C

Genus Citrus mengandungi banyak spesies yang boleh dimakan termasuklah oren, lemon, limau, limau bali dan limau mandarin. Limau nipis merupakan salah satu limau yang sangat popular terutama dikalangan orang Melayu bagi tujuan perubatan dan kecantikan serta untuk tujuan masakan dan minuman. Limau nipis tergolong di dalam famili Rutaceae dan nama saintifiknya adalah Citrus aurantifolia. Buahnya kecil dan bulat, berukuran 2.5cm – 5 cm garis pusat. Kulitnya berkilat dan licin dan isinya berwarna hijau kekuningan, berair tetapi masam.

IMG-20171210-WA0007

Pokok limau mengeluarkan hasil sepanjang tahun, dan puncak pengeluaran hasil ialah dari bulan Okt – Nov dan Mac – April.

Keperluan asas tanaman

  1. Iklim tropika bersuhu 20-32 oC
  2. Tanah liat kurang 50 %.
  3. Saliran yang baik.
  4. Kaya dengan bahan organan dan kelembapan tanah yang cukup.
  5. pH di antara 5.0 – 6.5.

Pembiakan

  • Biji benih

tanam lemon dari biji

  • Dibiak secara tampang iaitu secara tut.

Tut-Pokok-Limau-Nipis.jpg

  • Bagi semaian biji atau tut yang berjaya, boleh dipindahkan ke kebun apabila mencapai umur tujuh hingga 12 bulan.

Penyediaan kawasan

  1. Pokok limau biasanya ditanaman dengan jarak 4 m x 5 m, 5 m x 5 m, 6 m x 6 m atau 3 m x 3 m untuk sistem tanaman padat.

    IMG-20171210-WA0005

    Jarak tanaman bagi ladang ialah 6m x 6m

  2. Lubang berukuran 0.6 m x 0.6 m x 0.6 m digali dan dibiarkan selama 2 – 4 minggu.
  3. Sebanyak 5 – 10 kg bahan organik berserta 200 g CIRP dimasukkan ke dalam lubang tanaman dan digaul rata.
  4. Anak pokok ditanam di tengah lubang, ditimbus dan dipadatkan pada pangkalnya. Pokok disiram selepas ditanam dan diikat pada kayu pancang.
  5. Lindungan perlu disediakan bagi mengurangkan panas terik matahari.
  6. Limau perlu diberi air secukupnya bagi menggalakkan pertumbuhan dan kecergasan terutama pada peringkat awal pertumbuhan.

Pemangkasan

  1. Cantasan dibuat bagi membentuk pokok supaya seimbang, tidak perlu rendah dan tidak terlalu tinggi.
  2. IMG-20171210-WA0006

    Bentuk pokok limau yang baik ialah bentuk kon rimbun, rendang dan seimbang bagi memudahkan kerja – kerja pengurusan tanaman terutamanya pengutipan hasil.

  3. Pemangkasan bermula selepas beberapa bulan ditanam. Bahagian atas batang utama dipangkas apabila mencapai ketinggian 30 – 45 cm dari paras tanah.
  4. Dahan – dahan baru akan tumbuh dan pilih 3 – 4 cabang yang subur bagi membentuk rangka pokok seterusnya.
  5. Buang tunas air yang keluar dari dahan tersebut dari masa kesemasa serta dahan – dahan yang lemah, berpenyakit dan dahan yang tumbuh dibahagian tengah pokok.
Pembajaan
limau nipis baja

Program pembajaan yang disyorkan

Pengurusan perosak
limau nipis perosak

Penyakit utama limau nipis dan limau lain

limau nipis perosak 2.png

Antara serangga utama limau nipis

Kawalan Rumpai

  1. Bersihkan kawasan keliling pokok pada peringkat awal pertumbuhan.
  2. Sungkupan adalah disyorkan bagi mengurangkan pertumbuhan rumpai di keliling pokok dan juga kelembapan dikekalkan.
  3. Rumpai di antara barisan dikawal dengan bahan kimia atau dengan menanam penutup bumi.

Pengeluaran Hasil

  1. Hasil pada tahun pertama pengeluaran iaitu 4 tahun selepas menanam.
  2. Hasil lebih kurang 8,000 kg / ha
  3. Tahap maksimumpengeluaran pada umur 6 tahun iaitu 24,000 kg / ha.
  4. Penyimpanan pada suhu 10°C dengan R.H 85 – 90% boleh dilakukan sehingga tempoh 3 – 4 minggu.
  5. Harga borong bagi limau nipis boleh mencecah RM 4-5 sekilo
IMG-20171210-WA0008

Buah limau perlu dipasarkan secepat mungkin kerana tempoh simpanan limau ialah 4 – 5 hari pada suhu ambien ( 25°C – 30°C )

Penggredan Buah

limau nipis 1

Cara penentuan kualiti buah limau nipis

limau nipis 2

Indeks kematangan, spesifikasi gred dan pengelasan saiz

Sumber:

  1. http://ww1.utusan.com.my/utusan
  2. http://myagri.com.my/
  3. Buku panduan tanam limau-UPM
  4. Siri panduan kualiti limau nipis-FAMA

2 thoughts on “PANDUAN TANAM LIMAU NIPIS

  1. As salam, saya berminat untuk projek itik samada telur atau daging. Saya perlukan perbincangan lanjut dengan tuan. Terima kasih

    WHWA
    20 May 18

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s