Cara buat tepung tulang ikan

Harga makanan ternakan seperti kambing, lembu, ayam dan ikan banyak bergantung kepada kos makanan ternakan berkenaan. Ramai penternak yang hampir gulung tikar akibat kos makanan ternakan yang melambung akibat permintaan yang semakin bertambah saban tahun. Oleh itu, alternatif penghasilan makanan ternakan sendiri amat menjimatkan. Tepung tulang merupakan salah satu bahan untuk menghasilkan makanan ternakan sendiri.

Secara umum, terdapat tiga kaedah untuk pembuatan tepung tulang iaitu kaedah basah, kaedah kering, dan cara penyulingan. Untuk  pembuatan di rumah berskala kecil, yang paling tepat digunakan dan termurah adalah dengan cara kering.

Langkah 1

Bahan utama ialah ikan. Ikan yang dipilih semestinya ikan yang murah. Biasanya ikan yang kecil dan sudah tidak laku. Jika menggunakan ikan besar, najis ikan bolehlah dibuang.

Langkah 2

Hancurkan ikan menggunakan alat pengisar

Langkah 3

Kukus ikan yang telah hancur tadi selama 1 jam atau sehingga benar-benar hancur seperti bubur.

Langkah 4

Untuk proses pengeringan lebih sesuai menggunakan alat pengeringan seperti oven. Pendedahan kepada cahaya matahari boleh digunakan tetapi akan mengambil masa yang agak lama untuk kering.

Langkah 5

Kandungan minyak atau lemak ikan yang masih tinggi perlu dikurangkan supaya tepung ikan yang dihasilkan lebih tahan lama. Ia dilakukan dengan memerasnya, samada secara manual ataupun menggunakan mesin. Sebaik-baik tepung tulang hanya mempunyai 8% atau kurang kandungan airnya.

Langkah 6

Untuk mendapatkan produk akhir tepung ikan, maka tepung ikan yang telah dilakukan proses pemerasan tersebut perlu dikisar secara halus, sehingga boleh  ditapis dengan saiz 40-60 mesh. Tepung ikan sebaiknya disimpan dalam guni plastik atau di dalam bekas kedap air.

tepung-ikan

Tepung ikan. Pic dari agrobisnis probalinngo

Sumber: kerjausaha.com

4 thoughts on “Cara buat tepung tulang ikan

  1. *saya merupakan pesara tentera, menetap di bahagian Simunjan Sarawak. Mempunyai dua tapak tanah kosong dgn keluasan lebih kurang 4 ekar. Hasrat untuk menanam kelapa batak/matag kerana mungkin itu yg paling sesuai kerana berada di renungan sungai. Walaubagaimanapun saya tidak modal dan pengelaman dalam hal tersebut. Bolehkah pihak tuan beri pandangan/cadangan siapa harus dirujuk untuk membantu melistarikan serta mampu memberi bantuan menyeluruh. Sekian terima kasih.

Tinggalkan komen