Hari kedua selepas seminar saya habis, saya berjalan sikit ke Ximending dan Raohe Night Market.
Ximending
Kawasan ni memang meriah. Sesiapa yang suka shopping tempat ni memang best. Bubble tea pun banyak kat sini. Harga 35 NT (RM 4.60) untuk bekas kecil. Kat sini pun ada kawasan bersejarah. Bagaimana untuk ke sini banyak cara.
Saya kesini dengan menaiki MRT Bannan line (Warna Biru). Tambang dari Taipei Main Station ke Ximen Station Exit no 6 dalam 16 NT.
Raohe Night Market
Selepas ke Ximending saya ke night market pulak. Taiwan ni terkenal dengan mcm2 pasar malam. Ok pasar malam ni recommended by Taiwanese Researcher yg saya jumpa semasa seminar. Bagi saya jika non muslim seronok rasanya sebab banyak street food boleh dicuba. Macam2.
Saya kesini dengan menaiki MRT berwarna hijau turun di Station Songshan Exit 1. Tak silap tambang NT 20 dari Ximending ke Songshan.
Ok nanti saya sambung bagaimana nak ke masjid di Daan.