PETUA RAWATAN TRADISIONAL UNTUK TERNAKAN

MASALAH KUTU

a. GARAM ½ kg & air setengah baldi. Campurkan hingga larut. Campuran ini digunakan sebagai bahan mandi ATAU

b. DAUN BETIK. Beberapa helai daun betik yanh muda diambil dan digunakan untuk menggosok ke bahagian badan ternakan yang dijangki kutu ATAU

c. ABU. Ambil abu kayu api dan gosokkan pada badan ternakan (lembu). Nescaya kutu-kutu yang ada akan mabuk & jatuh ke tanah. Kutu-kutu ini boleh dibakar kemudian atau direndam dalam minyak tanah.

KECACINGAN

a. MINYAK MARGOSA. 150 ml (½ botol) diberi kepada anak lembu berumur 6 bulan hingga 1 tahun ATAU

b. KICAP. Sebanyak 350 ml kicap diberi minum kepada lembu/kerbau ATAU

c. BUAH PERIA. 2 biji buah peria diberi makan kepada tiap-tiap seekor lembu yang kurus kerana cacing ATAU

d. PUCUK BETIK. Pucuk betik beberapa kali digunakan bagi mengubati/menghapuskan cacing.

URI MELEKAT

BATU. Menggantungkan batu @ benda-benda yang berat dihujung bahagian uri yang telah keluar

DAUN BULUH MUDA. 300 – 600 gm daun ini ditumbuk hingga hancur kemudian dicampur dengan air diberi minum.

KULIT BUAH NENAS. 1 kati (600 gm) @ lebih kulit nenas diberi makan kepada lembu/kerbau. Perlu diberi setiap hari selama 2-3 hari.

TERMAKAN RACUN

a. ½ kg ASAM JAWA dicampurkan dengan 1 liter air selepas diramas asam jawa, buang isi dan bijinya dan tapis. Campur 250 gm garam sebelum diberi minum ATAU

b. 6 auns MINYAK MASAK @ minyak Jarak diberi minum ATAU

c. AIR KELAPA (10 biji) yang muda diberi minum. Ini diikuti dengan kerap kali memberi minum 20 biji telur (bahagian putih sahaja).

KEMBUNG

a. HALIA. Ambil ½ kg halia, buang kulit, kemudian diparut atau ditumbuk. Airnya diambil & diberi minum. Dalam keadaan biasa sekali pemberian adalah mencukupi. Jika tidak sembuh dan diberi minum.

b. ASAM JAWA. Ambil asam jawa dan campurkan dengan air, diperah dan airnya diambil & diberi minum.

c. INGU. 50gm ingu diambil & ditumbuk hingga halus, kemudian dicampurkan dengan air campuran ini diberi kepada ternakan yang terlibat ATAU

d. MINYAK KELAPA. Minyak kelapa @ sebarang minyak masak boleh digunakan untuk melawan kembong. Satu botol minyak (500 ml) diberi minum ATAU

e. OMATHANI. Air ubat India ini diberi sebanyak 6 auns dua kali sehari.

CIRIT BIRIT

a. BUAH PINANG. 5 biji buah pinang muda yang dikupas kulitnya dicampurkan dengan gambir. Kedua-dua bahan dicampurkan dan ditumbuk. Diberi makan @ minum kepada lembu yang sakit. Buat sekali sehari selama 3 hari ATAU

b. DAUN JAMBU BATU. 20 helai daun ini dipetik dari pokok ditumbuk @ digiling hinga lumat/hancur. Kemudian campur dengan 4-6 auns susu lembu yang mentah dan diberi 2 kali sehari selama 2-3 hari ATAU

c. BUAH CIKU. 5 biji buah ciku yang masih muda diambil & diparut/ ditumbuk hingga lumat/hancur. Kemudian diberi minum sekali sehari selama 2-3 hari ATAU

d. BUAH LIMAU. Perah 3 biji limau nipis & campur air limau dengan 4-6 auns susu lembu yang mentah & diberi 2 kali tiap-tiap hari ATAU

e. DADIH MASAM. 4 auns dadih masam diberi kepada anak.

DEMAM

Air kelapa muda, 300 gm halia dan air badak (1 botol) dicampurkan dan diberi minum untuk mengurangkan panas badan (demam).

PATAH TULANG

½ kg kunyit serbok dicampurkan dengan 250 gm garam & putih telur dengan secukupnya supaya menjadikan kream. Keadaan tulang berkenaan diperbetulkan jika perlu & kream disapu sekeliling kawasan tersebut dan diikat dengan buluh supaya tegak & tidak bergerak

KURAP

600 gm belerang ditumbuk halus & dicampurkan dengan 1 botol minyak tanah & ¼ botol minyak masak. Kemudian digosok kepada kulit yang terlibat pada tiap-tiap hari selama 1-2 minggu

PURU

Jangkitan tersebut dipotong & kemudian disapu dengan kapur sirih. Kadangkala, belerang & minyak tanah dicampur & disapukan kepada tempat jangkitan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s