Tips Kenalpasti Kain Sutera

Assalamualaikum.

Kali ini saya nak share pulak bagaimana puan-puan nak check kain kita beli tu sutera asli atau tidak. Tapi ada yang boleh diuji di makmal shj. Sebab kain sutera ni mahalkan…kalau tertipu mesti frust.

Jenis-jenis Fiber

Sebenarnya ada 3 jenis sumber fiber. Fiber ni bahan asas utk jadi fabrik/ kain.

1. Semulajadi. Ada 2 sumber:

a) Tumbuhan spt kain cotton dan kain linen. b) Haiwan spt kain sutera dan wool.

2. Sintetik. Daripada proses kimia sepenuhnya spt kain polyester dan kain nylon.

3. Regenerated. Daripada sumber semulajadi yang melalui proses kimia. Cthnya kain rayon.

Info Sutera

20190630_131411

Ianya perlu penjagaan yang sangat teliti kerana mudah rosak. Haiwan2 kecil pun suka pada kain silk. Begitu juga semua kain2 daripada sumber semulajadi. Perlu lebih penjagaan termasuk cucian.

Sekiranya fabrik itu dikatakan vietnam silk…tidak semestinya ianya daripada sutera. Kerana kebanyakan fabrik yang dijual dipasaran bukanlah 100% sutera. Atau lebih malang bukan sutera pun. Adalah biasa kalau manufacturer campur2 fiber dalam satu kain tu.

20190630_131348

Sebab kain sutera asli ni sangat mahal. Tapi berbaloilah sebab kainnya pun sangat lembut, cantik (berkilat) dan sejuk jer (serap lembapan).

Kain sutera ni lebih kuat daripada kain cotton dan linen kerana fiber daripada sutera adalah jenis filament..panjang2 bukan staple ( serat pendek2) mcm kain cotton.

Analisis

Apa yang boleh anda check ialah spt berikut. Tapi rasanya ujian bakar je yg boleh kita cuba dirumah:

1. Ujian bakar

Kain sutera asli akan bau seperti bau rambut terbakar.

Lihat juga cara api membakar dan ash hasil bakaran tersebut. Ini sangat penting.

20190630_133900

2. Ujian mikroskopik

Allah bagi semua jenis fiber ni berbeza satu sama lain.mcm fingerprint. Hanya boleh diuji dgn peralatan mikroskopik.  Contohnya Light microscope dan SEM.

Pelbagai jenis fiber yang diuji menggunakan SEM

20190630_131513

Fiber silk menggunakan mikroskop20190630_131440

3. Ujian kelarutan

Menggunakan Sodium hydroxide.

1 thoughts on “Tips Kenalpasti Kain Sutera

  1. Assalamualaiku,

    Info yang bermanfaat kepada semua pengguna. Info seumpama ini amat berguna dan memberi pendidikan kepada semua. Pendekatan yang saintifik dan mesra pembaca. Terima kasih kepadaadmin.

Tinggalkan komen