Encik Ahmad Nordin Bin Che Wan Mat Usahawan Ternakan Ikan Siakap Dalam Sangkar PPK Pelagat

Encik Ahmad Nordin b. Che Wan Mat, ahli PPK Pelagat, Terengganu telah memulakan projek ternakan ikan siakap dalam sangkar ini semenjak bulan Februari 2005. Dengan berbekalkan modal sendiri, beliau telah memasang 140 buah sangkar untuk menternak ikan siakap. Secara purata, terdapat 500 ekor ikan bagi setiap sangkar yang telah dimasukkan secara berperingkat semenjak bulan Mei 2005.

Bermula bulan Mei 2006 iaitu selepas 8 bulan pemeliharaan, ikan siakap yang matang akan mula dituai secara berperingkat mengikut gred yang telah ditetapkan untuk dijual kepada peraih tetap. Mengikut perancangan, sebanyak 5 tan metrik ikan akan dituai setiap minggu, dimana setiap ekor ikan telah mencapai berat sehingga 1.2 kg seekor. Pada masa kini, harga ikan siakap di pasaran adalah antara RM10 – RM12 sekilogram. Beliau tidak menghadapi sebarang masalah pemasaran kerana pada masa kini permintaan ikan siakap adalah sangat tinggi dan urusniaga di peringkat sangkar.

Encik Ahmad Nordin adalah seorang usahawan yang berpandangan jauh dan berdaya maju. Beliau amat yakin projek ini berpotensi tinggi, oleh itu beliau telah mendapat kebenaran menggunakan secara TOL tanah Kerajaan seluas 50 ekar untuk tujuan pembinaan 90 buah kolam tambahan. Bermula bulan Mei 2006 beliau telah menggunakan 40 buah kolam tambahan tersebut untuk asuhan anak ikan siakap yang berukuran 2 inci sehingga mencapai berat 500 gram sebelum dipindahkan ke dalam sangkar. Anak ikan siakap ini bukan sahaja untuk kegunaan sangkar beliau sendiri, tetapi turut dijual kepada pengusaha yang berminat mendapatkan bekalan anak ikan.

Ternakan ikan dalam sangkar En. Ahmad Nordin Bin Che Wan Mat mempunyai prestasi fizikal yang baik. Perancangan usahawan melaksanakan projek kolam asuhan memungkinkan projek ini untuk berkembang.

Pembinaan sangkar dan kolam asuhan telah melibatkan kos melebihi RM1 juta. Jangkaan hasil yang akan diperolehi oleh Encik Ahmad Nordin adalah sebanyak RM672,000 dengan keuntungan bersih sebanyak RM134,400 sepusingan. Secara purata beliau mampu meraih pendapatan bersih sebanyak RM11,000 sebulan.


Gambar 1: Sejumlah 100 buah sangkar yang sedang digunakan untuk menternak ikan siakap.


Gambar 2 : En. Ahmad Nordin sedang memberikan ikan siakapnya makan ikan baja yang diperolehi daripada nelayan sekitar.


Gambar 3 : Salah sebuah daripada 140 sangkar ikan siakap milik En. Ahmad Nordin di Pelagat.


Gambar 4: Ikan siakap yang berumur 8 bulan dan hampir sedia untuk dituai.


Gambar 5: En. Ahmad Nordin memberikan penerangan di tapak baru pembinaan kolam mengasuh anak ikan siakap yang baru diteroka.


Gambar 6: Tanah TOL Kerajaan yang disewa seluas 50 ekar ini akan menempatkan 90 buah kolam berukuran 40’ X 200’ seunit.

58 thoughts on “Encik Ahmad Nordin Bin Che Wan Mat Usahawan Ternakan Ikan Siakap Dalam Sangkar PPK Pelagat

  1. assalamualaikum,

    saya cukup kagum dengan kesungguhan En. Ahmad Nordin dalam mengusahakan ternakan ikan siakap dalam sangkar. Memandangkan industri penternakan ikan siakap dalam sangkar mendatangkan keuntungan yang lumayan serta permintaan yang tinggi dipasaran, saya sendiri ingin mendalami ilmu menternak ikan ini. Adakah pihak tuan mengizinkan saya melawat kolam/sangkar serta memberi bimbangan kepada saya? bagaimanakah cara untuk saya berhubung dengan En. Ahmad Nordin? Diharap encik dapat pertimbangkan pemohonan saya. Ini adalah no saya, 012-2856825.

  2. Salam,
    Adakah ternakan ikan siakap dlm sangkar ini boleh diternak di dalam kolam atas tanah yang biasa seperti ikan2 yg lain.
    Bagaimana pula dgn cara kanvas ataupun fish tank HDPE?

    Sekian, teruskan usaha murni anda.
    Tksh

  3. saya mempunyai keluasan tanah yang saya anggarkan cukup luas untuk menjalankan penternakan ikan di pulau pinang..di sini saya ingin bertanya pada encik nordin adakah ikan siakap sesuai diternak di dalam kolam buatan sendiri ataupun kolam kanvas?berapakah anggaran kewangan yang di perlukan untuk menjalankan parniagaan ini..di sini saya tinggalkan no fon saya..0174369636

  4. saya ingin bertanyakan banyak soalan.saya seorang yang tak pernah tahu dalam bidang ni.Untuk membela ikan siakap di dalam kolam canvas adakah cukup sekiranya saya bemodalkan sebanyak 15k.Berapa kolam yang saya boleh buat?berapa ekor ikan yang saya boleh bela?macam mana dengan modal pusingan dari segi makanan,rawatan air dan rawatan ikan?.Dan berapa keuntungan yang saya boleh dapat?

  5. assalamualaikum..

    saya amat berminat untuk mempelajari dan mendalami ape yang En usahakan sekarang..
    jika tidak keberatan sudilah En berkongsi sedikit pengalaman En dengan saya..
    En boleh memberi alamat atau no telefon untuk saya hubungi melalui email saya sekiranya ada ruang masa..
    tq..

  6. Akum…bangga dengan kesungguhan yg dilakukan..saya baru saja hendak menceburi bidang ini, projek saya di Johor Lama Kota Tinggi…banyak dugaan yang terpaksa saya lalui…sebagai contoh org yang dipercayai mempergunkan duit modal untuk pembuatan kalong sehingga badjet diluar jangkaan…selepas itu kami terpaksa bergaduh mempertahan kan hak kalong..sehingga kini jalan penyelesaian belum lagi ada…minta jasa baik tuan untuk saya serta suami dan saudara saya melawat dan mengambil ilmu2 yang tuan ada, supaya saya tidak lagi ditipu dan diperdaya…saya mengharap benar tuan dapat menghungi saya terima kasih 017-3647224 019-3503841

  7. assalamualaikum……saya amat berminat dengan projek ternakan ikan siakap ini….tapi…kurang berpengalaman dengan projek ini….sy ingin bertanyakan tentang projek ini….belehkah kita jalankan projek ikan siakap ini di dalam kembes….boleh tuan terangkan kpd sy dan emailkan kpd sy serta gambarnya sekali….serta kos yg harus kita tanggung sehingga dpt keluarkan hasilnya….

  8. saya ingin sangat menternak ikan siakap,harap en bersetuju memberi tunjuk ajar bagaimana ternakan ikan siakap..adakan ikan siakap boleh diternak didalam sangkar..tolong hubungi saya 0167424472,atau emailkan alamat dan no tlpn enck kepada sitam28@yahoo.com.my..termia kasih

  9. suami saya ada buat ternakan ikan air payar (ikan siakap).tapi ada masalah.ikan tu sakit.ada putih2 kat kulitnya.sekarang nie dah banyak mati.tolong saya…

    • Salam Pn.Fieza.

      Dalam penternakan ikan kolam, kualiti air harus dititikberatkan kerana pelbagai jenis virus dan bakteria dapat hidup dan tersebar di dalamnya. Rawatan air yang sempurna amat penting untuk memastikan kesihatan ikan didalamnya selain memastikan kandungan oksigen yang mencukupi untuk kehidupan, tumbesaran dan daya tahan penyakit. Insya Allah, saya dapat membantu Pn. dlam menyelesaikan masalah ini dengan menjalankan teknik rawatan air menggunakan teknologi ozon.
      Sila hubungi saya untuk maklumat lanjut.
      Yazry Helmy B Baba Ismail
      019-6681 786
      yazry.helmy@gmail.com

  10. saya berminat untuk menternak siakap didalam kolam tangki fiber…
    bagaimanakah sistem penapisan air yg sya harus lakukan untuk menternak siakap didalam tangki fiber?
    boleh kah jika saya menbuat sistem penapisan air seperti membela ikan air masin yg lain?
    perlu atau tidak jika saya menggunakn protein skimmer untuk membuang sisa toksik yang terhasil drpd najis ikan?
    saya bekrja sbgai penyelenggara ikan air masin perhiasan didalam akuarium…
    saya ingin tahu…

  11. salam..kami ada membekalkan benih siakap air tawar dan air payau..selain itu, benih kerapu harimau juga ada.. kepada tuan/puan yang berminat untuk membeli sila hubungi kami.

    selain itu, pihak kami menyediakan perkhidmatan perniagaan menarik dalam bidang ternakan ikan siakap samada sangkar dan tangki..

    sekiranya anda berminat untuk berkecimpung bidang ini secara serius..masalah tapak tidak perlu risau..penjagaan..pasaran..semuanya telah diuruskan..

    berminat hubungi kami ditalian 017-3441778 shah

    • Saya penternak ikan siakap sangkar,berlokasi di daerah port dickson,dan saya ingin bertanya lajut banyak perkara,mohon tuan sudi untuk menelifon saya di talian..019 2759030
      Terima kasih

  12. assalamualaikum…
    saye merupakan seorang pelajar lepasan diploma, kini saya ingin menjalankan projek ternakan ikan siakap secara sangkar, disini saya ingin tahu,modal permulaan yang diperlukan untuk menternak ikan siakap sebanyak lebih kurang 100 sangkar termasuk harga benih ikan, makanan ikan pada permulaan dan lain-lain…diharap tuan sudi membalas komen saya ini, ni no fon saya,017-9771741..kerjasama daripada pihak tuan amatlah saya hargai…sekian..

  13. Assalamualaikum Encik Ahmad Nordin,

    Apa pandangan dan komen Encik Ahmad Nordin tentang modal dan kualiti ikan siakap dibela menggunakan sangkar dalam sungai dan kolam tanah (berpasir) di tepi pantai.
    Saya bercadang menternak siakap dengan kaeadah ternakan kolam seluas 4 ekar di Berserah Kuantan. Lokasi tapak kurang dari 1km dari pantai.

  14. asalamualaikum..
    sy ingin belajar mengenai cara-cara membela ikan siakap.. ini.. harap ad kesempatan boleh la memberikan tunjuk ajar kepada sy..

  15. Asalam…Saya Mohd.Hirwan Bin Arabi(28Tahun)juga seorang penternak ikan siakap dan ketam dari sarawak,buat masa ini saya telah membuat projek usahasama yang pihak kami mempunyai 2 kandang dan setiap kandang mempunyai 5 petak yang bersaiz 20meter X 20meter dan menjadikan kesemua ada 10 petak.Buat masa ini saya kekurangan dari segi modal pusingan dan peralatan.Oleh yang sedemian saya memohon untuk mendapatkan informasi dan khidmat nasihat daripada pihak tuan.Sila hubungi saya dengan segera memandangkan saya pada masa ini telah menjalankan separuh projek tersebut.No.H/P:013-5796962.

  16. sya ingin ceburi ternakan ini,tp xde pengetahuan n lgkh2 pembenihan ikan,,,blh sye mndalami ilmu di tempat tuan

    yus 013-7846786

  17. benih ikan siakap SETIU untuk DIJUAL…

    1 inci 20 sen
    2 inci 50 sen
    3-4 inci RM 1.20
    4-5 inci RM 1.60

    harga termasuk pghantaran. min 5K..
    019-5144239 syah
    kg fikri,setiu…

    • ingin dapatkan bekalan berterusan ikan siakap dlm 1 tan sehari(besar 400,500,600grm) berapa harga 1 kilo

  18. sya btul2 berminat utk menjalankn perniagaan meternak ikan siakap dalam sangkar.tapi sya tak tau macamana harus saya mulaknnya.ape yg sya harus lakukan.minta jasa baik en.ahmad nordin bg tunjuk ajar.

  19. saya berminat untuk menjalinkan kerjasama di antara pihak tuan dengan pihak saya. di sini saya memerlukan siakap bersaiz 600gram – 900gram. saya berharap agar pihak tuan dapat menghubungi saya terus 017-666 6659.
    terima kasih.

  20. saye just nk beri cadangan jer ni…en. ahmad nordin pernah terpikir x kos pengeluaran ternakan siakap ni di malaysia masih tinggi berbanding dgn thailand dan indonesia…ape kata encik gunakan teknik kacukan spesies siakap australia dikacuk dgn siakap malaysia,maybe dgn cara ini akan dapat melahirkan benih siakap cepat membesar.Dengan itu kos akan berkurang dan memberi keuntungan lebih……tapi teknik kacukan ini perlu penyelidikan terperinci,sekarang bidang bioteknologi baru nak naik.Bidang ini boleh memberi keuntungan kepada usahawan..en boleh tengok teknik yang telah dilakukan kepada ternakan ayam sekarang yang menggunakan teknik trangenic…..sekian

  21. saya baru nak menceburi bidang peniagaan menternak ikan siakap…. jadi dimana oleh mendapat ikan siakap bersaiz 4-5 inci…. kalau bole tolong saya… nie no sy 012-6920811

  22. Assalamualaikum Encik Ahmad Nordin.
    Saya pelajar dari Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat, UITM Dungun.
    saya dan rakan2 ingin membuat research mengenai penternakan ikan siakap dalam sangkar. saya dan rakan2 bercadang hendak melawati tempat penternakan encik tapi saya tidak tahu dengan jelasnya dimana Pelagat terletak. disini saya ingin mendapatkan no.tel Encik bagi memudahkan saya mendapatkan maklumat. kerjasama dari Encik amat dialu-alukan. Terima Kasih.

  23. salam en syah..saya bercdang menternak siakap kolam pada awal jan 2011..bolehkah saya melawat projek ternakan anda untuk mempelajari ternik2 ternakan tersebut..
    sila hubungi 0175770566.ilyas

  24. Saya pengusaha kolam pancing dan ingin mendapatkan bekalan ikan siakap, siakap merah(kaci), jenahak utk dibekalkan setiap minggu ke kolam saya di bukit kemuning, shah alam.
    average keperluan adalah dalam 150 – 200 ekor seminggu bersaiz 1.2kg-1.7kg 70%, 1.8kg-3kg 25% 3.8kg ke atas 5%. sekiranya sudi utk membekalkan, terus hubungi saya 017-3852080 kerana sekarang saya ambil dari pembekal cina di perak dan harga agak tinggi.

  25. Kepada penternak-penternakn ikan sangkar, pihak kami adalah pembekal input akuakultur seperti dibawah ini:-
    1.Benih ikan kerapu harimau (E. fuscoguttatus, kertang (E. lanceolatus), (E. Coioides), (E. malabarleus), tikus (cromileptes altivelis)
    dari telur, 1inci, 2inci, 3inci dan 4inchi)
    2.Makanan ikan kerapu Protin dari 42% – 46%.
    Hubungi: 017-247 3640 Azhari @ Pejabat: 03-8943 8707

  26. kepada semua pertenak ikan/// saya menjual benih ikan siakap merah …. untuk tempahan telifon no / 0145093637 / terima kasih

  27. lau ikan kerapu 200 ekor 50 inggit sy nk ikan lmbe2 200 ekor 50 inggit….
    sbb sy nk bkak sa2 snweylgon…
    nie bkan tpu2 nie tuk dq2 kcit jew . . .

  28. sya pernah bela ikan sangkar di daerah pasir gudang johor bahru…saya ada 20 sangkar..masalah saya..ialah air yg tercemar dari kilang yg berada di di pasir gudang serta bahan buangan dari pelabuhan kapal.ship yard..sekarang sya sya cuma buat tempat rehat dan pancing..sya sekarang ingin belajar cara ternak dlm tanki..bleh pehak tuan beri saya tunjuk ajar. Terima kasih.

  29. Benih ikan SIAKAP utk DIJUAL….

    2.5 inci +- 85 sen – 90sen
    3 inci 95 sen – RM1.00
    3.5 inci +- RM1.10- RM1.15
    4-5 inci RM1.25- RM1.30

    HRGA tmasuk pghntrn n bdsarkn kuantiti… 019 5144239

    Pusat 🙂 kg fikri, SETIU, TERENGGANU

  30. saya menternak benih ikan siakap dalam kolam,sekarang ni umur baru 6 hari sesiapa yang berminat hubungi saya di talian 0179295671 abang mat kg.keluang.

  31. Saya perlukan Ikan Siakap Putih(Sangkar) saiz 600gsm – 900gsm seekor, kuantiti 7 ton ke 10 ton Sebulan, kalau sesiapa boleh dapatkan bekalan sila emailkan ke rizalmansor@ymail.com atau terus hubungi saya di no : 012-545 6001, saya perlukan harga termurah dan berpatutan, Pembayaran Tunai “Cash N Carry” —

Tinggalkan komen