PANDUAN TANAM BUAH NAGA

Buah naga adalah tanaman yang berasal dari Amerika Selatan dan termasuk di dalam keluarga kaktus. Terdapat tiga jenis iaitu buah naga isi putih (Hylocereus undatus), buah naga isi merah (Hylocereus polyrhizus) dan buah naga kuning (Selenicereus megalanthus).

buah naga 5

pic dari cantikitu.com

Buah naga adalah sumber makanan berkhasiat yang semakin popular di negara Asia termasuk Malaysia serta mempunyai manfaat bagi kesihatan manusia di antaranya sebagai pengimbang kadar gula darah, pelindung kesihatan mulut, pencegah kanser usus, mengurangi kolestrol, pencegah pendarahan dan mengubati keputihan. Buah naga juga dikenali dengan nama pitaya, ada kalanya mempunyai rasa manis atau masam mengikut jenisnya. Walaupun ia buah eksotik, buah naga selamat dimakan oleh ibu hamil dan ibu menyusukan bayi di samping mengandungi vitamin C, kaya dengan asid lemak serta fosforus.

Mari kita lihat panduan asas untuk menanam buah naga ini:

Keperluan Asas Tanaman

  • Iklim: Suhu sekitar 20 hingga 30 darjah celcius dengan sekurang-kurangnya 7 jam sinaran matahari
  • Taburan hujan: antara 500 – 1,500 mm
  • pH : 6-7
  • Jenis tanah : tanah berpasir dan tanah loam berpasir terutama yang kaya dengan bahan organik

Penyediaan Kawasan

  • Lubang perlu ditabur kapur + baja organik + baja CIRP (Christmas Island Rock Phosphate) dengan nisbah 2 tan kapur: 1.25 kg/h: 50 gram/pokok CIRP pada setiap lubang sebelum proses penanaman.
  • Persekitaran yang tidak mempunyai lindungan.
  • Saiz lubang ialah 45 cm x 45 cm x 60 cm (kedalaman).
  • Tiang sokongan berukuran 1.8 m x 12 cm x 12 cm ditanam sedalam 60 cm.
  • Jarak tanaman tiang sokongan ialah 3.3 m x 3.3 m dan para perlu ditempatkan pada setiap tiang sokongan.
  • Pastikan tanah digembur sekeliling tiang seperti busut kecil sesudah tiang ditanam.

Penyediaan Anak Benih

Semaian biji

  • Ambil biji buah naga daripada buahnya.
  • Keringkan di atas bekas bersesuaian.
  • Semai biji benih di atas kertas/tisu lembab dan tunggu sehingga bercambah.
  • Sediakan campuran tanah lembut dengan baja kompos 1:1 dan taburkan benih yang telah bercambah pada media tanaman.
  • Tutup dengan tanah halus dan perlu disiram secara berkala. Tunggu hingga cukup besar untuk dialihkan di polibag.
buah naga 2

Buah naga dari biji benih. Pic dari gagaspertanian.com

Keratan batang

  • Keratan batang perlu dikeringkan di tempat yang kering udara selama dua minggu.
  • Keratan berukuran 30 cm–60 cm.
  • Potong secara melintang (clean cut) dan rata bersih (tanpa luka) dan potongan mesti licin dengan menggunakan parang yang tajam.
  • Sekiranya ladang mempunyai dua varieti, rawatan hendaklah dilakukan secara berasingan bagi mengelak berlakunya percampuran. Pelabelan perlu dibuat bagi menunjukkan bahagian atas (pucuk) atau bawah (akar).
  • Selepas masa pengeringan keratan akan ditanam ke dalam polibeg sebelum ditanam ke ladang apabila tunas dan akar telah keluar. Keratan boleh juga boleh ditanam secara terus ke ladang.
Image result for semaian biji buah naga

Keratan perlu dicelup dengan racun kulat 5-10 min

Penanaman di Ladang

  • Jarak tanaman adalah 3 m X 2.5 m bagi setiap perdu.
  • 1 tiang konkrit akan ditanam dengan 3-4 batang anak pokok dan dibiarkan menjalar mengikut tiang.
  • 1 hektar = 1250 tiang konkrit sebagai sokongan.
  • Pangkal keratan yang telah berakar ditanam sedalam 5 cm dalam tanah.
  • Apabila pokok buah naga sudah membesar dan memenuhi para sokongan, ia hendaklah dijarangkan supaya ia tidak bertindih-tindih. Sulur air (stem) yang memanjang hendaklah dijaga supaya tidak mudah patah.

 

Pokok ditanam hendaklah diikat supaya tidak mudah patah

Pembajaan

buah naga 4

Pemangkasan

  • Cantasan dibuat dengan menggunakan gunting dan biarkan empat atau lima cabang pada setiap dahan.
  • Sulur air (stem) yang keluar hendaklah dibuang supaya pokok utama dapat membesar dengan baik.
  • Dahan-dahan yang sihat, subur dan kedudukan seimbang di atas para sahaja dipilih. Dahan yang menegak keluar daripada para hendaklah ditinggalkan.
  • Dahan yang telah cukup panjang dan dahan yang telah menghasilkan buah dan tidak produktif lagi perlu dipangkas supaya tidak bersaing dengan dahan muda dalam mendapatkan makanan.
  • Kanopi pada pokok jangan terlalu rimbun dan hendaklah dilakukan pangkasan mengikut bentuk tengah terbuka (open centre).
  • Kerja pencantasan perlu dibuat secara berkala untuk menjamin pengeluaran hasil tidak terjejas.

Dedahkan dan galakkan bahagian atas dahan kepada sinaran matahari. Pic dari budidayabagus

 Pengairan

  • Pokok naga adalah jenis pokok kaktus padang pasir yang boleh menyimpan air. Walaubagaimanapun pokok naga amat perlu penyiraman air bagi mempercepat pemanjangan ruas dan pokok meninggi terutama pada musim panas.

Pengurusan Perosak dan Penyakit

Bakteria Xanthomonas campestris 

  • Simptom: Penyakit batang reput (stem rot).  Simptom penyakit ini kelihatan pada batang dan dahan yang mempunyai lesion berpusar yang mengeluarkan cecair busuk dan berlendir.
  • Kawalan : Rawatan pemberian racun berbentuk broad spectrum seperti Decis, Rogor atau racun yang mempunyai bahan aktif dimethoate adalah sesuai. Sekiranya jangkitan disebabkan bakteria, racun Kocide boleh digunakan.

Phyllosticta sp.

  • Simptom: bintik coklat pada batang
  • Kawalan : Rawatan pemberian racun berbentuk broad spectrum seperti Decis, Rogor atau racun yang mempunyai bahan aktif dimethoate adalah sesuai. Sekiranya jangkitan disebabkan bakteria, racun Kocide boleh digunakan.

Collectrotrichum sp., Alternaria dan Lasiodiplodia sp.

  • Simptom: tanda bulatan kuning (lesion) berpusar pada kulit.
  • Kawalan : Rawatan pemberian racun berbentuk broad spectrum seperti Decis, Rogor atau racun yang mempunyai bahan aktif dimethoate adalah sesuai. Sekiranya jangkitan disebabkan bakteria, racun Kocide boleh digunakan.

Kulat Phomopsis

  • Simptom: menyebabkan bintik berwarna coklat pada buah.
  • Kawalan : Rawatan pemberian racun berbentuk broad spectrum seperti Decis, Rogor atau racun yang mempunyai bahan aktif dimethoate adalah sesuai. Sekiranya jangkitan disebabkan bakteria, racun Kocide boleh digunakan.

Serangga perosak, burung, tupai, tikus dan kelawar.

  • Kawalan: racun serangga seperti chloropyrifos dan cypermethrin  dan perangkap serangga (sticky insect traps) boleh dipasang.
  • Buah hendaklah dibungkus untuk mengelak serangan perosak.

Antara penyakit buah naga

Buah naga dibungkus untuk mengelakkan perosak

Pungutan Hasil

  • Berbuah apabila berumur 7 – 12 bulan selepas ditanam.
  • Buah naga adalah sejenis buah yang bukan klimatrik iaitu tidak akan bertambah manis selepas dipetik. Oleh itu buah hanya boleh dipetik apabila mencapai kematangan dan masa yang sesuai.
  • Jangka masa dari pengeluaran kudup bunga sehingga buah boleh dipetik adalah di antara 50 – 53 hari.
  • Buah yang masak akan menukar warna kulitnya daripada hijau kepada merah dan mempunyai berat antara 200-700 gram.
  • Berat buah juga dipengaruhi oleh varieti tanaman. Pengeluaran buah juga tidak bermusim.
  • Purata hasil seekar (0.4 ha) pada tahun pertama ialah 500 – 800 biji. Keuntungan bergantung kepada harga pasaran iaitu RM1 – RM2 setiap kg bagi varieti putih dan varieti merah adalah RM5 – RM7 setiap kg. Hasil akan meningkat sekurangkurangnya dua kali ganda pada tahun berikutnya dan bertambah pada tahun-tahun akan datang.

Buah naga dijadikan kosmetik

sumber: http://ebuletin.mardi.gov.my/, http://reg.upm.edu.my/, http://www.hmetro.com.my/

Jambu Unda Menguntungkan

jambu1.png_1468878706

Che Soh menunjukkan buah jambu Unda

Rasanya manis dan saiz buah yang besar menjadikan jambu batu jenis ‘Unda’ yang baru diperkenalkan mendapat permintaan tinggi daripada pengemar buah-buahan tempatan.

Che Soh Haron, 48, berkata dia menanam jambu batu jenis Unda sejak lebih enam tahun lalu membabitkan dua kawasan seluas lebih 8.4 hektar di Kampung Bukit Serdang dan Kampung Sepayang, Rompin. Katanya, mengusahakan tanaman jambu jenis Unda mampu memberi pulangan menguntungkan jika dilakukan bersungguh-sungguh dan mengikut jadual kerja membabitkan aktiviti membaja, memangkas dan meracun.

“Sebelum berjaya seperti hari ini, saya berdepan ujian mencemaskan apabila kemarau panjang pada 2014 menyebabkan banyak pokok hampir mati selain mengalami masalah pembesaran disebabkan kekurangan bekalan air.

“Pokok jambu mengeluarkan buah sepanjang tahun, namun kemuncaknya hanya dua kali. Setiap pokok berbuah antara 100 hingga 200 biji setahun tetapi 10 hingga 15 peratus akan rosak,” katanya yang menjadi individu pertama mengusahakan tanaman jambu batu jenis Unda di negara ini.

“Untuk membantu memasarkan jambu terutama pada kemuncak pengeluaran buah, saya terpaksa mendapatkan bantuan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Pahang termasuk Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Rompin.

“Saya juga menjalankan aktiviti promosi dan pemasaran di pekan sehari dan pasar tani. Permintaan terhadap buah jambu Unda kini makin menggalakkan,” katanya yang merancang meluaskan pasaran ke seluruh negara.

Sedikit maklumat mengenai Jambu Unda:

  • Pokok jambu yang dihasilkan menerusi kacukan jenis Lohan dan GU8 ini mampu menghasilkan buah sepanjang tahun selepas matang.
  • Jambu batu dikategorikan sebagai pokok manja yang memerlukan perhatian lebih serta mudah diserang penyakit dan serangga jika pengawalan tidak dilakukan dengan sempurna.
  • Pokok jambu batu akan mengeluarkan hasil apabila mencapai usia setahun setengah hingga dua tahun bergantung kepada penjagaan, kesuburan dan kadar kelembapan tanah.
  • Kemuncak pengeluaran buah ketika pokok berusia lapan tahun.
  • Dibahagikan kepada tiga gred iaitu A, B dan C bergantung kepada saiz dan kualiti.
  • Harga ladang ialah antara RM3 hingga RM3.50 bergantung kepada gred.
jambu2.png_1468878709

Che Soh di ladangnya di Kampung Bukit Serdang

 

Sumber : Diubahsuai dari Harian metro

Cat Momento Vs Wall Paper

Hiasan dinding merupakan salah satu teknik untuk menyerikan kediaman anda. Pelbagai cara boleh digunakan untuk mencantikkan lagi ruang dalam rumah anda. Salah satunya menggunakan cat dan menggunakan kertas dinding. Saya sendiri sangat meminati kertas dinding antaranya kerana:

  • Pelbagai corak yang ditawarkan
  • Mudah dibersihkan
  • Membuatkan dinding anda tampak mewah

Motif damask menjadi pilihan golongan elit

  • Ruang yang hambar akan terus berubah jadi menarik tanpa perlu sebarang hiasan di dinding

Kertas dinding corak grafik mampu memberikan impak yang menonjol bagi mana-mana ruang

Set cat momento. Pic dari Lizzieasamummy

Walau bagaimanapun, disebabkan kos yang agak tinggi bagi pemasangan wall paper bagi saya (mungkin ada wall paper yang murah tetapi saya tidak jumpa) jadi saya menggunakan alternatif lain yang lebih murah. Anda pernah dengar tentang cat Nippon Momento? Kalau anda belum pernah mendengarnya meh saya cerita sedikit tentang cat ini. Cat ini mempunyai kelebihan yang tersendiri. Antaranya:

  • Menghasilkan permukaan dinding bertekstur

Antara contoh tekstur

  • Boleh menghasilkan pelbagai corak mengikut kreativiti anda
  • Lebih murah – RM 100++
  • Boleh digantikan dengan mudah bila sudah bosan dengan corak tersebut
DSC01007

Cat Momento di homestay saya. Saya lekatkan dengan hiasan

20160809_192620

Cat momento di rumah saya dan ditambah teknik stensil. Teknik ada diterangkan di sini

Contoh daripada gugel

 

Selamat menghias kediaman anda. Serlahkan kreativiti anda.

Tips Untuk Menjadi Petani Berjaya

Saya sebenarnya bercita-cita hendak menjadi petani/penternak berjaya. Tapi buat masa ini belum ada kelapangan hendak membuatnya sepenuh masa. So tips di bawah merupakan antara keperluan yang perlu ada jika ingin menjadi petani berjaya. Kalau anda ada tips lain bolehlah tambah ya. Tips ini adalah sebagai motivasi diri saya sendiri dan pengunjung blog yang bercita-cita sama seperti saya.

  1. Minat dan Bersikap Positif

Bagi saya minat kepada pertanian adalah kriteria penting sebelum anda memilih pertanian sebagai kerjaya anda. Contohnya kalau anda tidak suka berpanas dan berlumpur tiba-tiba hendak menjadi petani mungkin agak sukar. Tapi yelah minat tu boleh dipupukkan. Bagaimanapun, sikap positif seperti kegigihan, kecekalan dan komitmen usahawan dapat memastikan kelangsungan perniagaannya walaupun memperoleh pendapatan yang tidak seberapa pada peringkat awal perniagaan. Oleh itu, minat sahaja tidak mencukupi jika anda tidak kuat semangat menanggung cabaran dan dugaan dunia perniagaan ya!

2. Perancangan Teliti

Perlu ada perancangan teliti meliputi aspek berikut:

  • Tanah

Perkara asas yang perlu ada untuk menjadi petani. Sekiranya anda tiada tanah sendiri, anda boleh sewa, pajak atau memohon tanah tol daripada pihak berkuasa. Besar kecil keluasan bergantung kepada projek yang ada ingin jalankan. Jika anda tidak mempunyai tanah yang luas anda boleh menggunakan teknik tanaman hidroponik dan bekas terbuang contohnya. Yang penting anda perlu kreatif dan inovatif.

  • Modal

Modal juga merupakan faktor penting yang perlu diambil kira. Modal sendiri, atau meminjam dari saudara mara atau pun daripada institusi perbankan. Saya lebih suka menggunakan modal daripada simpanan sendiri untuk memulakan perniagaan untuk mengurangkan tekanan membayar balik pinjaman jika perniagaan kurang berjaya. Aliran untung rugi tanaman juga penting untuk dipelajari untuk membuat pemilihan tanaman dengan betul, tepat, cepat dan hasil yang lumayan.

  • Khidmat nasihat

Bakal petani perlulah mendapatkan maklumat tentang sesuatu projek pertanian yang diminati melalui pelbagai sumber seperti internet, menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan pihak kerajaan atau swasta serta mendapatkan khidmat nasihat daripada usahawan yang telah berjaya dalam bidang mereka. Kalau anda ada wang yang banyak apa salahnya pergi ke negara maju dalam pertanian dan belajar dari mereka di sana !. Selain itu, para petani perlu mempunyai jaringan hubungan dengan para usahawan lain di dalam bidang yang sama supaya dapat bertukar-tukar pandangan dan idea.

3. Peka Terhadap Teknologi

Petani berjaya tidak hanya semata-mata menggunakan kaedah konvensional. Petani perlu peka terhadap pelbagai teknologi terkini yang dapat membantu meningkatkan hasil pertanian. Teknologi Tanaman boleh diikuti mengikut Kalender Tanaman bagi setiap komoditi. Pemilihan tanaman juga, perlu mengikut kesesuaian tanah di sesuatu kawasan yang hendak dijalankan. Teknologi  Benih yang berkualiti juga memainkan peranan yang penting. Buat masa ini benih tanaman tidak lagi dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian, ia boleh di dapati di MARDI. Petani juga boleh menggunakan pelbagai teknologi kejenteraan selain pelbagai teknologi dan inovasi terkini dalam pertanian untuk memaksimumkan pendapatan mereka.

Antara teknologi pertanian yang canggih

4. Mendapatkan Persijilan SALM dan SOM

Para petani yang ingin berjaya juga perlu berusaha untuk mendapatkan persijilan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian bagi membantu meluaskan pasaran mereka. Antaranya:

Skim Amalan Ladang Baik Malaysia ( SALM ) merupakan satu skim pensijilan yang dirangka oleh Jabatan Pertanian untuk member Pengikhtirafan kepada Pengusaha yang mengamalkan Amalan Ladang  yang Baik ( APB ) berkonsepkan mesra alam sekitar, menjaga kebajikan dan keselamatan pekerja bagi menghasilkan produk yang berkualiti, selamat dan sesuai dimakan. Skim ini berpandukan Standard MS 1784: 2005 Crop Commodities – Good Agricltural Practies ( GAP )

Skim Organik Malaysia ( SOM ) adalah satu skim pensijilan yang dibangunkan oleh Jabatan Pertanian untuk mengikhtiraf ladang-ladang yang diusahakan secara organik mengikut kriteria dan keperluan yang telah ditetapkan dalam Standard Skim Organik Malaysia ( SOM ) , Standard SOM adalah berasaskan kepada Malaysian Standard MS 1529:2001 The Production , Processing, Labelling and Marketing of Plant Based Organically Produced Foods.

Persijilan yang diperoleh memberi tambah nilai pasaran pada produk anda

5. Mengkaji Pasaran

Langkah penting dalam merancang strategi pemasaran ialah mengetahui dan memahami keperluan dan kehendak pelanggan. Faktor tersebut usahawan akan berupaya merangka rancangan pemasaran yang berkesan dan mampu merangsang dan memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan. Rancangan pemasaran yang baik mengandungi penjelasan mengenai pasaran sasaran, trend dan saiz pasaran, persaingan, syer pasaran, ramalan jualan, strategi pemasaran dan belanjawan pemasaran.  Agensi yang boleh membantu di dalam pemasaran pertanian berskala kecil dan besar adalah Lembaga Pemasaran Persekutuan Malaysia (FAMA). Selain itu pasaran dalam talian menggunakan portal Agrobazaar.com.my contohnya boleh dijadikan wadah untuk mengembangkan pasaran anda.

6. Berdaya Saing

Ciri di atas sangat penting untuk maju. Jika kita mudah berpuas hati dengan apa yang ada tentu kita sukar untuk mengembangkan perniagaan pertanian kita. Pelbagai insentif yang ditawarkan oleh kerajaan yang boleh direbut para petani bagi mengembangkan lagi perniagaan anda. Terdapat beberapa garis panduan bagi insentif yang dilaksakanakan oleh Jabatan Pertanian iaitu:

a. Garis Panduan Pelaksanaan Insentif Pengeluaran Hasil Pertanian dibawah  Dasar Jaminan Bekalan Makanan 2008
b. Garis Panduan Permohonan Insentif / galakan dibawah seksyen 127, Akta Cukai Pendapatan 1967

Format Plan Perancangan Perniagaan

1.    Muka Depan
2.    Isi kandungan
3.    Ringkasan Eksekutif
a. Nama syarikat penggerak utama& cadangan projek
b. Pengurusan Projek
c. Kewangan projek
d. Pasaran dan ekonomi
e. Kos projek / daya maju
f.  Ekuiti dan keperluan pinjaman
g. Cagaran
h. Sokongan MOA.Inc

Sumber: http://www.doa.gov.my, http://agri.pahang.gov.my/

PANDUAN TANAM LONGAN

Ada yang memanggilnya buah mata kucing. Ada juga memanggilnya longan. Namun, jangan keliru dengan mata kucing dan longan kerana ia buah yang berbeza walaupun secara kasarnya ia kelihatan sama.

Pokok mata kucing sejenis subspesies pokok longan. Ia dinamakan demikian kerana rupa dan saiz buahnya seperti mata kucing, tetapi kecil sedikit berbanding longan. Pokok mata kucing berasal dari Malaysia dan Indonesia. Nama saintifiknya ialah Euphoria malaiense manakala pokok longan dikatakan berasal dari China nama saintifiknya ialah Dimocarpus longan Lour. Longan adalah sejenis buah yang isinya meliputi biji dan isi longan boleh dimakan segar dan dibuat jus . Ada pelbagai jenis longan antaranya Edaw, Chompoo, berlian dan Biew Kiew.

longan 3

Perbezaan antara jenis-jenis longan

Keperluan Asas Tanaman

  • Iklim: Sub tropika
  • Taburan hujan: 1200-1400 mm
  • Altitud: 300-600 m dari aras laut
  • pH tanah : 5.5-6.0
  • Jenis tanah : Tanah lanar sungai yang bertekstur halus

Penyediaan Kawasan

  • Kawasan perlu dibersihkan.
  • Kawasan rendah – parit perlu disediakan
  • Lubang kawasan perlu disediakan sebulan sebelum penanaman – saiz 60 cm x 60 cm x 60 cm.
  • Lubang perlu ditabur kapur GML sebanyak 0.5kg/lubang (jika pH tanah kurang 4.5) + 10kg bahan organan + Baja TSP 250g (digaul dalam lubang seminggu sebelum penanaman).

Penyediaan Anak Benih

  • Anak benih daripada proses tampang
  • Garis pusat 1.5-2.5 cm dan tinggi 45-60 cm.

longan 2

Penanaman di Ladang

  • Jarak tanaman yang disyorkan ialah 9 meter (m) x 9 m dengan menggunakan sistem segi empat sama
  • Jarak tanaman lain yang sesuai ialah 14m antara baris x 10m antara pokok. Kepadatan 166 pokok/ha.
  • Jarak boleh didapati selepas menebang pokok sebanyak 50 % pada tahunn ke-9 penanaman.

Ladang longan di Thailand

Pengairan

  • Pengaliran sangat penting semasa peringkat awal penanaman, berbunga dan pembesaran buah.

Pembajaan

  • Peringkat belum matang  – Gabungan baja organik pada kadar 10kg/pokok/tahun dengan kekerapan 3-4 kali setahun. Baja 15:15:15 ditambah dengan kadar 1-4 kg/tahun.
  • Peringkat matang

baja longan

Pemangkasan

  • Pemangkasan pembentukan

Mula-mula guna sistem batang tunggal sehingga tinggi longan 60 cm. Pangkasan pertama dibuat. Biar 3 cabang utama tumbuh.  Pangkas pula cabang ini pada 30-45cm dan biar 3 cabang lagi tumbuh dari setiap cabang utama itu. Dahan akan tumbuh 3-4 dahan. Ini menjadikan kanopi longan mempunyai 27-36 dahan.

  • Pemangkasan penjagaan

Pangkas untuk mendapat bentuk “open center”-untuk menggalakkan cahaya matahari masuk ke dalam kanopi.

  • Pemangkasan Bunga dan Buah

Pemangkasan dilakukan 2 kali (jika perlu). Kadar pemangkasan bergantung pada kesuburan pokok dan jumlah buah. Jika buah terlalu lebat akan menjejaskan pertumbuhan dan mengurangkan hasil pada tahun berikutnya.

longan tree: Tasty longan fruit hanging on tree

Pemangkasan perlu dilakukan jika buah terlalu lebat untuk menjaga pertumbuhan dan kualiti buah dan pokok untuk tahun hadapan

Pengurusan Perosak

longan 3

Pungutan hasil

  • Longan perlukan aruhan pembungaan.
longan 4

Teknik aruhan longan

  • Longan mengambil masa 5-7 bulan untuk matang bergantung kepada kultivar.
  • Buah yang dipotong perlu segera disimpan dan elakkan daripada terdedah kepada cahaya matahari.
  • Buah yang baik dijual dalam keadaan bertangkai.
longan 1

Panduan untuk kualiti terbaik longan

longan 2

Tahap kematangan longan

Sumber: http://ww1.utusan.com.my/, http://www.reg.upm.edu.my/, http://www.hmetro.com.my/, http://www.fama.gov.my/, http://www.doa.gov.my/

Mangga Chokanan

Mangga Chokanan atau Magnifera indica antara variasi mangga yang menjadi kegemaran penduduk Malaysia. Biarpun namanya tidak sepopular harumanis yang menjadi kebanggaan Perlis, buah mangga itu ada kelebihan tersendiri.

Mangga harumanis

Mangga chokanan

Menyedari hakikat itu, Jabatan Pertanian Negeri Perak menerusi Projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) memberi peluang kepada 11 peserta mengusahakan tanaman mangga Chokanan seluas 80 hektar di Ladang Mangga Chokanan Pusat Latihan Pertanian Lekir, Batu 9, Lekir, Sitiawan. Mukim Lekir boleh dianggap pelopor tanaman mangga Chokanan kerana sering menjadi sebutan ramai apabila nama buah itu disebut.

Menjadikannya sebagai satu cabang pendapatan selain minat dalam bidang pertanian menyebabkan Ahmad Zaki Othman, 51, merebut peluang itu dengan mengusahakan tanaman berkenaan sejak 13 tahun lalu. Sehingga kini, dia memiliki ladang seluas 9.6 hektar dan sebanyak 2,300 pokok sudah mengeluarkan hasil selepas dua atau tiga tahun ditanam.

Ahmad Zaki memasarkan mangganya di beberapa negeri dengan bantuan Jabatan Pertanian dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) selain menjual sendiri.“Saya tanam empat jenis Chokanan iaitu Gred A, B, C dan D. Setiap gred berbeza harga mengikut saiz, kulit, berat dan rasa bermula daripada RM2 hingga RM6 sekilogram.

“Gred B dan C mendapat permintaan tinggi kerana buahnya lebih sedap dan manis selain harganya juga murah.“Selain enak dimakan segar, saya turut memperkenalkan produk berasaskan mangga yang dijadikan jus, kordial dan merancang menghasilkan kerepek mangga Chokanan selepas ini,” katanya.

Sedikit maklumat mengenai mangga chokanan:

  • Sesuai ditanam di kawasan bercuaca panas  ia memerlukan sekurang-kurangnya satu atau dua minggu untuk proses menggalakkan pengeluaran bunga sebelum berbuah.
  • Boleh ditanam di tanah bekas sawah atau tanah gambut.
  • Pokok perlu sentiasa dipangkas -supaya tidak terlalu tinggi dan dapat menghasilkan buah yang banyak.
  • Dituai 2x setahun : dari Mac hingga Julai dan Oktober hingga Februari.
  • Hasil mencecah 80 tan semusim.

Ahmad Zaki menunjukkan ladang mangganya

Sumber: diubahsuai dari http://www.hmetro.com.my/

CARA BUAT GULA APONG SARAWAK

Gula apong dihasilkan menggunakan nira pokok nipah. Pokok Nipah adalah sejenis palma yang tumbuh di lingkungan hutan bakau atau daerah pasang-surut dekat tepi laut, juga dikenali sebagai buyuk di Indonesia. Penggunaan gula apong oleh penduduk tempatan pula sangat popular sebagai bahan untuk membuat pelbagai jenis kuih muih tradisional masyarakat Sarawak dan ia juga dijadikan perisa bagi menambah kelazatan sesuatu makanan atau masakan disamping dipercayai dapat mengurangkan penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Pokok nipah

Berikut adalah cara membuat gula apong sarawak secara ringkas:

Mengambil Nira Pokok Nipah

  1. Pilih pokok nipah yang sesuai. Biasanya satu pohon nipah boleh menghasilkan nira yang optimum selama 6-7 bulan.
  2. Pilih pokok nipah yang mempunyai buah nipah. Pokok nipah yang mempunyai buah nipah yang menegak tidak boleh digunakan.

Buah masih menegak

  1. Pokok nipah yang sesuai mempunyai tangkai yang sudah melentur dan jatuh ke bawah.

Tangkai yang sudah melentur ke bawah

4. Potong buah nipah tersebut dan buang hujung tangkai yang dipotong sebanyak dua kali.

tangkai nipah

5. Tadah air nira dengan bekas buluh dan biarkan selama 15 jam (4 ptg-7 pagi)

 

bekas nira

Memasak Nira Pokok Nipah

  1. Kumpul bekas buluh yang mengandungi nira dan masukkan dalam kawah masakan. Masak nira selama 3-4 jam.

masak nira 1

2. Peralatan yang digunakan masih menggunakan kaedah tradisional. Bekas kayu dan tempat memasak daripada tanah.

masak nira 2

3. Semakin lama, air nira akan melimpah keluar daripada bekas kayu dan memasuki kuali besar.

masak nira 3

4. Nira semakin memekat

masak nira 4

5. Angkat bekas kayu. Nira berada sepenuhnya di dalam kuali besar.

masak nira 5

6. Nira di dalam kuali yang semakin pekat. Kikis nira yang memekat di tepi kuali. Kacau selalu supaya tidak hangus dan melekat.

masak nira 5

7. Nira yang telah diangkat dari api. Sambung mengacau supaya tidak melekat.

masak nira 6

8. Teruskan mengacau sehingga likat

masak nira 7

9. Nira telah sedia untuk dimasukkan dalam acuan

masak nira 8

10. Gula apong yang berada dipasaran

 

Sumber: http://memori-kedah.com/, Persatuan Belia G2 Felda Pemanis