Hari kedua seminar saya habis awal jadi hari ni saya pergi ke tempat yang jauh sikit. Selain tu misi mencari nasi. Almaklum raya kedua..tak dapat makan lemang nasi pun ok.
Masjid Besar Taipei
Dari Station Metro Daan Park (line merah) ke masjid ni kita kena berjalan kaki dalam 15 minit jugaklah dan kena lalu Daan Park. Tambang kalau tak silap dalam NT 20 kalau dari Taipei Main Station. JANGAN ambil station Daan tau sebab masjid tu jadi agak jauh klu turun di Daan Station.

Station Metro Daan Park

Dalam station Daan Park
Berhampiran Station ada Daan Park. Besar sangat taman tu. Saya tak masuk, lalu jer..panas lit2 sebab summer kan.
Jalan kaki dalam 15 minit nanti akan jumpa masjid tu. Alhamdulilah boleh solat di masjid kat Taiwan ni.
Dah siap solat saya ke Restoran Royal Cafe milik orang Indonesia. Alhamdulilah dapat makan nasi selepas beberapa hari makan maggi jer. Lokasi kedai makan ni kalau anda keluar je dari pintu masjid pergi ke arah KANAN dan kedai tu dalam 2-3 minit jer dari masjid. Tapi kena cepat sebab seingat saya ia tutup pukul 2.30 petang sampai pukul 5 ptg. Makanan sedap alhamdulilah. Recommended.
Taipei One Trade Center 101
Solat sudah makan pun sudah saya meneruskan perjalanan ke Taipei One Trade Centre yang famous dengan bangunannya yang tinggi tu. Boleh jugak nak naik tengok pemandangan sekitar Taipei tapi saya tak naik.
Naik je dari Daan Park tu terus ke Station Taipei One Trade Centre. Tapi jangan terkejut train akan berhenti di Daan Station. Kita kena keluar tapi still tunggu jer kat situ then naik train baru ke Station Taipei One Trade Centre tu ya. Tambang saya tak silap NT 16 jer sebab dari station Daan Park tadi.
Tamsui
Perjalanan dari Taipei One Trade Centre ni diteruskan ke station paling hujung iaitu Tamsui Station. Banyak jugalah station nak kena lalu. Tambang tak silap NT 40 dari Taipei One Trade Centre tu. Kat situ ada old street yang ada macam-macam jenis barang dijual, boleh naik cruise, boleh tengok sunset etc.
Ok esoknya saya check out hotel dan jalan-jalan sekitar hotel jer seperti di K Mall Underground, butik2 baju jenama, Watson, Tomod etc sebab suami pun solat Jumaat. Bagi saya di Taiwan best kalau shopping barang mekap dan baju. Contoh face mask sekotak baru 99 NT (dalam RM 13) dan sabun tu baru 25 NT (RM 3.40).
Cadangnya selepas check out nak ke zoo dan menaiki kereta kabel, tapi sebab kepenatan dan suami nak solat Jumaat tak dapat nak kesana. Researcher Taiwanese suggest sangat ke zoo sebab besar dan tiket murah giler. NT 60 jer ( RM 7.95)..siap ada panda tau..mana nak dapat tiket zoo murah gitu..takpelah ada rezeki insyaallah boleh repeat lagi bawa anak pulak.
Harap perkongsian saya bermanfaat.