Sistem Osmosis -Siram, membaja serentak

Mohd Syafiq anak kelahiran Sik, Kedah, berkelulusan diploma dalam bidang pertanian dari University College Of Agroscience Malaysia (UCAM) ini berjaya mencipta inovasi dalam teknologi penanaman dikenali sebagai Sistem Osmosis (OS). Menurutnya, idea menghasilkan inovasi itu bermula sejak 2013 apabila beliau mengusahakan penanaman pokok tin di kebun Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV). Idea ini bertujuan untuk mencipta satu sistem yang dapat membantu memudahkan proses penyiraman air dan pembajaan untuk tanaman secara serentak. Beliau yang juga felo Kolej Aminuddin Baki (KAB) berkata, selepas pelbagai usaha dan kajian dibuat, terhasil sistem diberi nama OS iaitu penyiraman air dan baja yang disalurkan secara serentak kepada tanaman.

Maklumat berkaitan Sistem Osmosis:

  • Satu sistem penyiraman air dan baja yang disalurkan secara serentak kepada tanaman.
  • Proses penyiraman air dan baja ini berlaku secara automatik iaitu dengan menggunakan daya graviti dan pergerakan molekul air dari kecerunan tinggi ke kecerunan rendah.
  • Kebaikan sistem ini ialah penyerapan baja dan air adalah sekata kepada semua pokok, sekali gus tidak berlaku pembaziran baja dan air semasa proses penyiraman.
  • Tidak menggunakan tenaga elektrik tetapi hanya menggunakan daya graviti.
  • OS boleh digunakan sama ada untuk tanaman secara kecil-kecilan mahupun komersial.
  • OS tidak memerlukan pemantauan rapi terhadap penyiraman air dan pembajaan kerana sistem itu sendiri dianggap efisien kerana menjimatkan kos.
  • Maklumat lanjut berkaitan sistem yang dibangunkan boleh dikongsi menerusi Facebook Cikgu Kebun (CK).

Cara menggunakan Sistem Osmosis pada pokok kobis

 

Sumber: Harian metro

Tanam Pokok Buah Dalam Pasu

Image result for tanam buah dalam pasu

pic kredit to akubuahsehat.blogsport

Kaedah penanaman pokok buah di dalam pasu atau lebih dikenali sebagai tabulanpot bukan lah sesuatu yang baru. Terdapat pelbagai jenis pokok buah-buahan yang boleh ditanam di dalam pasu antaranya limau, belimbing, mangga, ciku, duku dan jambu. Berikut info penting yang perlu anda tahu tentang tabulanpot.

1.Penyediaan anak pokok
Terdapat dua kaedah sama ada melalui pembiakan biji benih atau kaedah yang paling mudah adalah tut. Namun kaedah tut antara yang paling berjaya dan memberi hasil cepat dan baik. Tetapi, kaedah tut mempunyai masalah apabila pokok semakin membesar, akar mudah lemah dan ada kalanya boleh menyebabkan pokok tumbang jika tidak diselenggarakan dengan baik.

Image result for tut pokok mangga

Kaedah tut.Pic Anim Hosnam

2.Penyediaan medium tanaman
Medium yang sering digunakan oleh para penggemar tabulanpot terdiri daripada tanah, bahan kompos dan sekam arang dengan komposisi 1:1:1. Selain itu juga, bahan organik lain yang boleh digunakan termasuklah cocopeat, sekam padi dan sebagainya. Jika tanah atau medium yang disediakan mengandungi kadar asid yang tinggi ia tidak sesuai untuk pembiakan tabulanpot. Untuk meneutralkan semula tanah yang berasid, campurkan sedikit kapur pertanian.

3.Pemilihan pasu
Terdapat pelbagai jenis pasu yang boleh digunakan, antaranya pasu tanah liat, plastik simen, kayu mahupun daripada barang terpakai seperti tong drum. Namun pasu yang dibuat daripada tanah liat atau kayu amat sesuai dijadikan sebagai wadah untuk tabulanpot kerana ia mempunyai pori-pori atau rongga udara yang berupaya menstabilkan kondisi tanah di dalam pasu. Selain itu juga, pasu yang digunakan perlu mempunyai kaki atau sokongan di bahagian bawah untuk mengelakkan dasar pasu bersentuhan dengan permukaan tanah atau lantai. Hal ini penting untuk memastikan sistem saliran dalam keadaan yang baik dan akar dapat dikawal supaya ia tidak keluar dari pasu dan menembusi tanah.

Image result for jenis pasu sesuai tanam buah

Antara jenis pasu yang digunakan untuk menanam buah. Pic dari tanambuahan.blogspot

4.Penyiraman
Penyiraman perlu dilakukan setiap hari untuk pokok yang masih belum matang. Waktu yang sesuai untuk melakukan penyiraman adalah awal pagi dan lewat petang.

5.Pemangkasan
Terdapat 3 tujuan pemangkasan tabulanpot, sama ada ia untuk pemangkasan bentuk, pemangkasan untuk penghasilan produk atau pemangkasan untuk menghasilkan pucuk baru. Pemangkasan bentuk dilakukan untuk membentuk pokok menjadi bentuk tertentu seperti topiari atau bonsai. Kebiasaannya ia digunakan untuk tujuan hiasan sahaja. Terdapat kaedah atau teori yang telah dihasilkan oleh peminat tabulanpot supaya ia sentiasa kelihatan cantik dan menghasilkan produk yang berkualiti iaitu 1:3:9. Ia membawa maksud, dalam setiap 1 batang primer terdapat maksimum 3 batang sekunder dan dalam satu batang sekunder mempunyai 3 batang tertier maksimum. Batang yang dipilih untuk dibiarkan tumbuh adalah yang sihat dan kuat.

6.Pembajaan
Tabulanpot tidak perlu pembajaan yang kerap seperti tumbuhan lain. Ia bertujuan untuk mengawal pembesaran pokok. Oleh itu pembajaan tabulanpot perlu dikawal rapi supaya tidak berlebihan. Pembajaan kali pertama hanya boleh dilakukan selepas pokok mencapai usia satu bulan selepas dipindahkan dari bekas semaian. Untuk pembajaan seterusnya ia hanya boleh dilakukan selepas 3 hingga 4 bulan daripada tarikh pembajaan pertama dilakukan. Gunakan baja organik siap proses untuk memastikan pokok mendapat nutrisi yang mencukupi.

7.Pemindahan pasu
Apabila tabulanpot telah mencapai ukuran tertentu, ia perlu dialihkan ke dalam pasu baru yang lebih besar dari saiz asal. Secara tidak langsung, pemindahan tersebut melibatkan penggantian medium tanaman. Selepas pemindahan selesai, pemangkasan perlu dilakukan untuk memastikan pokok dapat menyesuaikan diri dengan kondisi tanah yang baru, di samping dapat mengurangkan kadar penyejatan air pada pokok selepas proses pemindahan selesai.  Akar serabut yang halus perlu dipangkas sedikit untuk membolehkan akar baru tumbuh dan stabil bersama tanah di samping dapat mengurangkan kadar kepadatan akar di dalam tanah. Secara tidak langsung ia boleh membetulkan pengudaraan.

Sumber : http://www.impiana.my/

Pengeraman mudah alih

ikan04_1473736663

Rega (anak ikan) yang hampir menetas dalam mulut induk

Kejayaan ciptaan alat pengeraman telur tilapia mudah alih oleh Pusat Penyelidikan Perikanan Air Tawar Glami Lemi, Jelebu, Negeri Sembilan seharusnya dinobatkan sebagai yang terbaik. Alat berkenaan diperkenalkan kepada umum oleh Unit Inovasi, Promosi dan Pengkomersialan (InProKom) Jabatan Perikanan Malaysia setelah berjaya didaftarkan sebagai harta intelek.

Ia mampu diguna pakai secara meluas oleh semua peringkat pemain industri perikanan khususnya pengeluar benih ikan terutama tilapia. Paling menarik harganya mampu milik serta mudah dipasang. Penggunaannya cukup kompetitif berikutan permintaan pasaran terhadap benih berkualiti dengan harga murah begitu tinggi.

Penggunaan sistem inkubator untuk pengeraman dan penetasan benih ikan tilapia adalah lebih baik serta efisien. Malah, bekalan benih boleh dilakukan secara berjadual mengikut permintaan pelanggan. Bagi menjamin benih berkualiti, pilihan induk matang perlu dilakukan dengan teliti. Induk terbaik ialah yang mencapai berat 150 hingga 500 gram. Namun, yang paling produktif ialah antara 150 hingga 300 gram berat induk.

Info berkaitan:

  • Kaedah ini dijangka dapat mengatasi masalah kekurangan benih ikan yang semakin meruncing.
  • Penggunaan bahan terbuang seperti botol plastik air mineral boleh digunakan sebagai bekas pengeraman. Ia mudah dibina sendiri menggunakan paip serta pam kecil untuk aruhan air mengalir
  • Kaedah ini sesuai untuk menghasilkan benih tilapia kerana induk spesies berkenaan mengeram telurnya di dalam mulut.
  • Peringkat awal, induk terpilih diasingkan antara jantan dan betina selama 10 hingga 14 hari. Ia bertujuan merangsang pembiakan berlaku dengan sempurna. Nisbah pasangan paling baik ialah 1:3 atau seekor induk jantan dipasangkan dengan tiga betina.
  • Pasangan berkenaan dibiarkan bersama selama 12 hingga 14 hari di kolam pembiakan. Dalam tempoh itu, proses persenyawaan berlaku dan induk betina akan ditangkap serta diperiksa rongga mulutnya. Jika terlambat membuat pemeriksaan mulut, telur berkenaan akan menetas dalam mulut induk dan ia akan menimbulkan banyak risiko kepada rega yang baru menetas.
  • Perlu berhati ketika menangkap untuk mengeluarkan telur dari mulutnya. Induk berkenaan akan menelan telur atau rega yang baru menetas jika ia terkejut atau terasa dirinya terancam. Selain itu, ia akan melepaskan semua telur berkenaan dan akan dimakan oleh induk lain.
  • Telur yang dikutip akan dimasukkan ke dalam bekas pengeraman. Kaedah air mengalir dalam sistem inkubator mampu mempercepatkan proses penetasan berlaku.
  • Telur yang berwarna kuning bersinar berjaya disenyawakan dengan sempurna akan menetas dalam tempoh satu hingga dua hari. Di peringkat itu pemeriksaan bekas pengeraman perlu kerap dilakukan.Telur putih perlu dibuang.
  • Anak ikan atau rega yang baru menetas dibiarkan selama dua minggu. Kemudian dipindahkan ke dalam hapa di kolam asuhan selama sebulan. Di peringkat itu, penjagaan kualiti air bersih serta makanan perlu diberikan mengikut jadual.
  • Di peringkat ini pengusaha hatceri boleh mengira berapa jumlah stok benih yang dimasukkan ke dalam setiap hapa. Justeru, jumlah pengeluaran boleh dirancang mengikut permintaan. Selepas sebulan setengah benih itu boleh diedarkan kepada penternak dan lazimnya benih berkenaan mampu mencapai saiz satu hingga satu setengah inci.

Sumber: Harian metro

Cara buat tepung tulang ikan

Harga makanan ternakan seperti kambing, lembu, ayam dan ikan banyak bergantung kepada kos makanan ternakan berkenaan. Ramai penternak yang hampir gulung tikar akibat kos makanan ternakan yang melambung akibat permintaan yang semakin bertambah saban tahun. Oleh itu, alternatif penghasilan makanan ternakan sendiri amat menjimatkan. Tepung tulang merupakan salah satu bahan untuk menghasilkan makanan ternakan sendiri.

Secara umum, terdapat tiga kaedah untuk pembuatan tepung tulang iaitu kaedah basah, kaedah kering, dan cara penyulingan. Untuk  pembuatan di rumah berskala kecil, yang paling tepat digunakan dan termurah adalah dengan cara kering.

Langkah 1

Bahan utama ialah ikan. Ikan yang dipilih semestinya ikan yang murah. Biasanya ikan yang kecil dan sudah tidak laku. Jika menggunakan ikan besar, najis ikan bolehlah dibuang.

Langkah 2

Hancurkan ikan menggunakan alat pengisar

Langkah 3

Kukus ikan yang telah hancur tadi selama 1 jam atau sehingga benar-benar hancur seperti bubur.

Langkah 4

Untuk proses pengeringan lebih sesuai menggunakan alat pengeringan seperti oven. Pendedahan kepada cahaya matahari boleh digunakan tetapi akan mengambil masa yang agak lama untuk kering.

Langkah 5

Kandungan minyak atau lemak ikan yang masih tinggi perlu dikurangkan supaya tepung ikan yang dihasilkan lebih tahan lama. Ia dilakukan dengan memerasnya, samada secara manual ataupun menggunakan mesin. Sebaik-baik tepung tulang hanya mempunyai 8% atau kurang kandungan airnya.

Langkah 6

Untuk mendapatkan produk akhir tepung ikan, maka tepung ikan yang telah dilakukan proses pemerasan tersebut perlu dikisar secara halus, sehingga boleh  ditapis dengan saiz 40-60 mesh. Tepung ikan sebaiknya disimpan dalam guni plastik atau di dalam bekas kedap air.

tepung-ikan

Tepung ikan. Pic dari agrobisnis probalinngo

Sumber: kerjausaha.com

PANDUAN TANAM KOBIS DALAM PASU

kobis

Kobis atau nama sainstifiknya Brassica oleracea L., merupakan sayuran yang dimanfaatkan daripada daunnya. Ia merupakan salah satu sayuran yang popular di Malaysia dan mempunyai banyak khasiat. Antaranya:

  • Dapat mengeluarkan racun dari badan.
  • Mengatasi sakit kepala.
  • Mencegah kanser.
  • Menurunkan berat badan.
  • Mencantikkan kulit.

Seperti jenis sayuran lainnya, kubis juga kaya dengan vitamin, mineral dan serat. Diantaranya vitamin C, K, E, A serta memiliki kandungan sulfur, kalsium, zat besi, kalium, dan magnesium. Di dalam 70 gram kubis terdapat kandungan 15 kalori; 4.3 g karbohidrat; 2.2 g serat; dan 0.1 g lemak.

Jom kita belajar tanam kobis secara ringkas.

Langkah 1
Dapatkan anak benih–Beli di nurseri/online/pusat beli belah.

Langkah 2
Cambahkan biji benih– Untuk mula mencambahkan biji benih, sediakan satu dulang atau apa-apa bekas sesuai dan letakkan tanah. Masukkan biji benih dan tekan sedalam 1/2 inci. Tapi kalau tabur je pun insyaallah boleh hidup. Letak tempat teduh sikit tapi masih dapat cahaya matahari.

kobis

Anak pokok kobis. Pic dari oursimplegarden.blogsport

Langkah 3
Penyediaan tanah-
Gunakan tanah yang kaya dengan kandungan nutrien organik. Tekstur tanah harus dalam keadaan yang polos dan tidak padat. Anda juga boleh menggunakan media campuran dengan nisbah 2:1:1 iaitu 2 bahagian tanah lom, 1 bahagian kompos dan 1 bahagian pasir sungai. Gaul media tersebut dan selesai. Saya pakai je tanah dibeli nurseri campur baja tahi ayam.

Langkah 4
Pindahkan anak semaian-
Biarkan biji benih bercambah sekurang-kurangnya 2 – 3 helai daun pucuk (dalam 2 minggu) barulah anda pindahkan ke pasu atau bekas yang lebih besar dan sesuai mengandungi tanah yang disediakan di atas.

kobis

Kobis di rumah saya di tanam dalam bekas air terbuang

Langkah 5
Menanam- 
Jangan dedahkan pada matahari secara langsung selama 1 minggu dan siram secukupnya. Lepas seminggu baru slow-slow dedahkan pada cahaya matahari.

Langkah 6
Menyiram- 
Jangan siram sehingga air bertakung dalam pasu/bekas. Cukup dengan membiarkan tanahnya lembap.

Langkah 7
Pembajaan-
Elok gunakan baja kompos. Saya beri 2 minggu ke sebulan sekali. Anda juga boleh menaburkan serbuk telur ayam yang diblender dan kulit pisang yang dipotong kecil-kecil. Anda juga boleh menyiramnya dengan serum EM1, baja cecair ikan dan kompos teh secara berselang seli (sumber tanomkinotuan.blogspot).

Langkah 8
Penuaian-
Tanaman kobis boleh dituai 3 bulan setengah atau lebih selepas ditabur. Bulu-bulu halus juga sudah hilang. Potong pada pangkalnya.

Image result for menuai kobis

Hasil tuaian kobis

Beka banyak khasiat untuk kesihatan

baka

Pokok Beka. Pic dari lovingwantie.blogsport

Sebut sahaja buah atau pokok beka, mungkin ramai tidak pernah mendengarnya terutama golongan muda. Ini kerana beka yang juga dikenali sebagai bonglai atau Oroxylum indicum jarang ditanam. Kalau adapun, kebanyakannya tumbuh liar di belukar tepi kampung, berhampiran sungai dan tali air.

Di utara dan pantai timur, kerabu buah beka muda menjadi hidangan pembuka selera, tetapi perlu dibakar terlebih dulu bagi mengurangkan rasa pahitnya. Pucuknya pula direbus sebagai ulaman atau dibuat sayur dan rasanya enak, rangup dan lemak. Bagi wanita selepas bersalin, daun beka digunakan sebagai lapik batu tungku. Bahagian yang digunakan dalam perubatan tradisional ialah buah, daun, batang dan akar.

Info berkaitan beka:

  • Buahnya berbentuk leper seperti parang, saiz 100-180cm panjang dan 7 cm lebar. Buah keluar pada hujung tangkai yang panjang.
  • Bijinya banyak, bersaiz 3.5-7.5 cm dan mempunyai kepak lutsinar.
  • Buah mudanya berwarna hijau, tetapi bertukar kehitam-hitaman apabila masak. Dalam satu tangkai mempunyai sehingga 10 papan buah.
  • Pokok beka boleh dibiakkan melalui biji benih dan keratan batang.
  • Daunnya merimbun di hujung dahan, berbentuk pinat dan mengandungi tiga hingga empat helaian anak daun dalam satu tangkai.
  • Khasiatnya : Menambahkan susu ibu terutama bagi mereka yang baru lepas bersalin, daun dan akar boleh mengurangkan deman, selsema dan sakit kepala.

     

    Image result for pokok beka ulam

    Kerabu beka. Pic dari Kamsiah-Yusoff.blogsport

    Sumber: Diubahsuai dari Harian Metro

PANDUAN TANAM BAYAM DALAM PASU

bayam (2)

Bayam kampung (Amaranthus spp)

TERDAPAT beberapa jenis bayam di negara kita. Antaranya ialah bayam hijau (Amaranthus spp.), bayam merah (Amaranthus gangeticus) dan bayam tricolor (Amaranthus tricolor). Semua bayam ini tergolong dalam keluarga Amaranthaceae dan berasal dari Amerika. Bayam spinach (Spinacia oleraceae) pula mengandungi gen, fizikal dan rasa yang berbeza walaupun berasal dari keluarga yang sama. Bayam spinach tidak sesuai ditanam di negara beriklim tropika seperti Malaysia kerana ia cepat berbunga dan tidak banyak daun.

Keistimewaan bayam:

  • Kaya dengan vitamin A, C dan E, fosforus, zat besi, kalium, magnesium, beta karoten dan zink.
  • Sumber baik asid berlemak omega 3, niasin dan selenium.
  • Bayam juga dipercayai memberi khasiat kepada kanak-kanak, ibu yang menyusu dan pesakit yang mengidap demam panas, kurang darah, mengalami pendarahan dan mereka yang menghadapi masalah ginjal.
  • Bayam tua yang direbus dan diminum dapat membaiki kualiti penglihatan dan memperkuatkan fungsi hati.

Jom kita belajar macam mana nak menanam bayam dalam pasu bunga.

Langkah 1
Dapatkan anak benih– boleh beli je dari nurseri dalam pek kecil. Saya menggunakan bayam kampung so ambil dari pokoknya sahaja.

bayam 2

Bayam yang telah berbunga di rumah saya

Langkah 2
Cambahkan biji benih– Untuk mula mencambahkan biji benih, sediakan satu dulang atau apa-apa bekas sesuai dan letakkan tanah. Masukkan biji benih dan tekan sedalam 1/2 inci. Kalau nak campurkan dengan pasir pun boleh sebab biji benih bayam kecil.

Image result for semai bayam

Bayam yang disemai. Pic dari disinidarilingkaranini.blogsport

Langkah 3
Pindahkan anak semaian-
Biarkan biji benih bercambah sekurang-kurangnya 2 – 3 helai daun pucuk (5 – 14 hari) barulah anda pindahkan ke pasu atau bekas yang lebih besar dan sesuai.

Langkah 4
Penyediaan tanah-
Gunakan tanah yang kaya dengan kandungan nutrien organik. Tekstur tanah harus dalam keadaan yang polos dan tidak padat. Saya pakai je tanah dibeli nurseri campur baja tahi ayam.

Langkah 5
Menanam-
Pastikan pasu anda sekurang-kurangnya 6 – 8 inci kedalamannya. Tidak perlu dapatkan yang terlalu dalam tetapi lebih baik ambil yang lebar. Sebaiknya ruang di antara dua pohon adalah 3 inci, jika anda mahu lebar daun yang lebih beri ruang sebanyak 5 inci. Jika anda mahu petik sayur pada usia muda, cukup ruang hanya 2 inci sahaja.

Image result for bayam ditanam dipasu

Bayam yang telah dijarangkan

Langkah 6
Menyiram- 
Jangan siram sehingga air bertakung dalam pasu/bekas. Cukup dengan membiarkan tanahnya lembap.

Langkah 7
Pembajaan-
Elok gunakan baja kompos. Saya beri 2 minggu ke sebulan sekali.

Langkah 8
Penuaian-
Tanaman bayam boleh dituai 3-4 minggu selepas ditabur. Tuai daun secara kerat dan tumbuh lagi. Pastikan pokok tidak berbunga kerana jika pokok berbunga, daun yang dihasilkan kecil dan rasanya terlalu kuat dan kurang enak untuk dijadikan salad atau ulam.

bayam 4

Bayam yang dikerat akan tumbuh semula. Saya biarkan ia berbunga untuk dibuat benih

Mi sihat atasi sembelit

mi sihat

Dr. Khadijah menunjukkan produk mi sayur

Pada mata kasar, mi dihasilkan ini tidak ubah seperti mi kuning lain di pasaran. Namun, ia sebenarnya mi sihat yang diolah daripada sayur-sayuran sekali gus membolehkan kanak-kanak memperoleh nutrisi yang terdapat pada bahan organik terbabit. Uniknya, mi ini bukan saja berwarna kuning, tetapi turut berwarna hijau dan oren berikutan menggunakan bahan sayuran diperlukan kanak-kanak serta golongan dewasa yang menghadapi masalah sembelit.

Pemilik resipi sihat ini Dr Khadijah Zakaria berkata, pengalaman 34 tahun berdepan pesakit sembelit memberi tamparan hebat kepadanya untuk mencari formula mi sihat, sekali gus mengurangkan risiko sembelit dalam kalangan kanak-kanak. Katanya, mi sayur memang diformulasi untuk kebaikan, apatah lagi isu sembelit sering dihadapi kanak-kanak, selain turut dihadapi golongan wanita yang menghadapi masalah haid tidak seimbang, fibroid dan pesakit ketumbuhan pada ovari (cyst).

Katanya, sebagai pengamal perubatan membabitkan wad bersalin dan kanak-kanak, dia lebih gemar menggunakan kaedah rawatan tanpa ubat. Beliau yang pernah memenangi Anugerah Inovasi Agro Johor pada 2013 dan terbaru dinobatkan johan Anugerah Cabaran Inovasi Johor 2016 anjuran Bahagian Teknologi dan ICT Negeri Johor (BSTICT), menasihatkan pesakit supaya mengubah cara makan untuk mengelak sembelit termasuk tidak makan malam, selain minum air dengan banyak dan amalkan pemakanan sunah.

Mereka yang ingin mengetahui mengenai mi sihat itu boleh melayari Facebook (FB) Rabbisyfina Food Industry.

Info berkaitan Mi sihat:

  • Diolah dengan empat perisa sayur-sayuran seperti labu, sawi, bayam dan lobak merah. Sayur bayam atau nama saintifiknya Amaranthus mempunyai banyak zat besi, lobak merak pula kaya dengan karotenoid, sawi pula kaya dengan klorofil dan labu pula kaya dengan antioksidan dan selenium.
  • Dapat merangsang kanak-kanak atau mereka yang tak gemar makan sayur memperoleh khasiat diperlukan tubuh, sekali gus mengelak penyakit berikutan kurang minum air dan makanan tinggi serat.
  • Tidak menggunakan bahan kimia berbahaya, bebas monosodium glutamat (MSG), pewarna tiruan, bahan pengawet dan tiada asid borik.
  • Bahan utama yang dihasilkan daripada bahan karbohidrat mengandungi serat dan protein supaya kadar gula dapat diseimbangkan. Ia membolehkan kanak-kanak memberi tumpuan, fokus, emosi stabil dan tenteram berbanding mi kuning yang mengakibatkan kanak-kanak hiperaktif dan mudah marah. 

     

    Sumber: Diubah suai dari Harian Metro

PANDUAN TANAM BUAH NAGA

Buah naga adalah tanaman yang berasal dari Amerika Selatan dan termasuk di dalam keluarga kaktus. Terdapat tiga jenis iaitu buah naga isi putih (Hylocereus undatus), buah naga isi merah (Hylocereus polyrhizus) dan buah naga kuning (Selenicereus megalanthus).

buah naga 5

pic dari cantikitu.com

Buah naga adalah sumber makanan berkhasiat yang semakin popular di negara Asia termasuk Malaysia serta mempunyai manfaat bagi kesihatan manusia di antaranya sebagai pengimbang kadar gula darah, pelindung kesihatan mulut, pencegah kanser usus, mengurangi kolestrol, pencegah pendarahan dan mengubati keputihan. Buah naga juga dikenali dengan nama pitaya, ada kalanya mempunyai rasa manis atau masam mengikut jenisnya. Walaupun ia buah eksotik, buah naga selamat dimakan oleh ibu hamil dan ibu menyusukan bayi di samping mengandungi vitamin C, kaya dengan asid lemak serta fosforus.

Mari kita lihat panduan asas untuk menanam buah naga ini:

Keperluan Asas Tanaman

  • Iklim: Suhu sekitar 20 hingga 30 darjah celcius dengan sekurang-kurangnya 7 jam sinaran matahari
  • Taburan hujan: antara 500 – 1,500 mm
  • pH : 6-7
  • Jenis tanah : tanah berpasir dan tanah loam berpasir terutama yang kaya dengan bahan organik

Penyediaan Kawasan

  • Lubang perlu ditabur kapur + baja organik + baja CIRP (Christmas Island Rock Phosphate) dengan nisbah 2 tan kapur: 1.25 kg/h: 50 gram/pokok CIRP pada setiap lubang sebelum proses penanaman.
  • Persekitaran yang tidak mempunyai lindungan.
  • Saiz lubang ialah 45 cm x 45 cm x 60 cm (kedalaman).
  • Tiang sokongan berukuran 1.8 m x 12 cm x 12 cm ditanam sedalam 60 cm.
  • Jarak tanaman tiang sokongan ialah 3.3 m x 3.3 m dan para perlu ditempatkan pada setiap tiang sokongan.
  • Pastikan tanah digembur sekeliling tiang seperti busut kecil sesudah tiang ditanam.

Penyediaan Anak Benih

Semaian biji

  • Ambil biji buah naga daripada buahnya.
  • Keringkan di atas bekas bersesuaian.
  • Semai biji benih di atas kertas/tisu lembab dan tunggu sehingga bercambah.
  • Sediakan campuran tanah lembut dengan baja kompos 1:1 dan taburkan benih yang telah bercambah pada media tanaman.
  • Tutup dengan tanah halus dan perlu disiram secara berkala. Tunggu hingga cukup besar untuk dialihkan di polibag.
buah naga 2

Buah naga dari biji benih. Pic dari gagaspertanian.com

Keratan batang

  • Keratan batang perlu dikeringkan di tempat yang kering udara selama dua minggu.
  • Keratan berukuran 30 cm–60 cm.
  • Potong secara melintang (clean cut) dan rata bersih (tanpa luka) dan potongan mesti licin dengan menggunakan parang yang tajam.
  • Sekiranya ladang mempunyai dua varieti, rawatan hendaklah dilakukan secara berasingan bagi mengelak berlakunya percampuran. Pelabelan perlu dibuat bagi menunjukkan bahagian atas (pucuk) atau bawah (akar).
  • Selepas masa pengeringan keratan akan ditanam ke dalam polibeg sebelum ditanam ke ladang apabila tunas dan akar telah keluar. Keratan boleh juga boleh ditanam secara terus ke ladang.
Image result for semaian biji buah naga

Keratan perlu dicelup dengan racun kulat 5-10 min

Penanaman di Ladang

  • Jarak tanaman adalah 3 m X 2.5 m bagi setiap perdu.
  • 1 tiang konkrit akan ditanam dengan 3-4 batang anak pokok dan dibiarkan menjalar mengikut tiang.
  • 1 hektar = 1250 tiang konkrit sebagai sokongan.
  • Pangkal keratan yang telah berakar ditanam sedalam 5 cm dalam tanah.
  • Apabila pokok buah naga sudah membesar dan memenuhi para sokongan, ia hendaklah dijarangkan supaya ia tidak bertindih-tindih. Sulur air (stem) yang memanjang hendaklah dijaga supaya tidak mudah patah.

 

Pokok ditanam hendaklah diikat supaya tidak mudah patah

Pembajaan

buah naga 4

Pemangkasan

  • Cantasan dibuat dengan menggunakan gunting dan biarkan empat atau lima cabang pada setiap dahan.
  • Sulur air (stem) yang keluar hendaklah dibuang supaya pokok utama dapat membesar dengan baik.
  • Dahan-dahan yang sihat, subur dan kedudukan seimbang di atas para sahaja dipilih. Dahan yang menegak keluar daripada para hendaklah ditinggalkan.
  • Dahan yang telah cukup panjang dan dahan yang telah menghasilkan buah dan tidak produktif lagi perlu dipangkas supaya tidak bersaing dengan dahan muda dalam mendapatkan makanan.
  • Kanopi pada pokok jangan terlalu rimbun dan hendaklah dilakukan pangkasan mengikut bentuk tengah terbuka (open centre).
  • Kerja pencantasan perlu dibuat secara berkala untuk menjamin pengeluaran hasil tidak terjejas.

Dedahkan dan galakkan bahagian atas dahan kepada sinaran matahari. Pic dari budidayabagus

 Pengairan

  • Pokok naga adalah jenis pokok kaktus padang pasir yang boleh menyimpan air. Walaubagaimanapun pokok naga amat perlu penyiraman air bagi mempercepat pemanjangan ruas dan pokok meninggi terutama pada musim panas.

Pengurusan Perosak dan Penyakit

Bakteria Xanthomonas campestris 

  • Simptom: Penyakit batang reput (stem rot).  Simptom penyakit ini kelihatan pada batang dan dahan yang mempunyai lesion berpusar yang mengeluarkan cecair busuk dan berlendir.
  • Kawalan : Rawatan pemberian racun berbentuk broad spectrum seperti Decis, Rogor atau racun yang mempunyai bahan aktif dimethoate adalah sesuai. Sekiranya jangkitan disebabkan bakteria, racun Kocide boleh digunakan.

Phyllosticta sp.

  • Simptom: bintik coklat pada batang
  • Kawalan : Rawatan pemberian racun berbentuk broad spectrum seperti Decis, Rogor atau racun yang mempunyai bahan aktif dimethoate adalah sesuai. Sekiranya jangkitan disebabkan bakteria, racun Kocide boleh digunakan.

Collectrotrichum sp., Alternaria dan Lasiodiplodia sp.

  • Simptom: tanda bulatan kuning (lesion) berpusar pada kulit.
  • Kawalan : Rawatan pemberian racun berbentuk broad spectrum seperti Decis, Rogor atau racun yang mempunyai bahan aktif dimethoate adalah sesuai. Sekiranya jangkitan disebabkan bakteria, racun Kocide boleh digunakan.

Kulat Phomopsis

  • Simptom: menyebabkan bintik berwarna coklat pada buah.
  • Kawalan : Rawatan pemberian racun berbentuk broad spectrum seperti Decis, Rogor atau racun yang mempunyai bahan aktif dimethoate adalah sesuai. Sekiranya jangkitan disebabkan bakteria, racun Kocide boleh digunakan.

Serangga perosak, burung, tupai, tikus dan kelawar.

  • Kawalan: racun serangga seperti chloropyrifos dan cypermethrin  dan perangkap serangga (sticky insect traps) boleh dipasang.
  • Buah hendaklah dibungkus untuk mengelak serangan perosak.

Antara penyakit buah naga

Buah naga dibungkus untuk mengelakkan perosak

Pungutan Hasil

  • Berbuah apabila berumur 7 – 12 bulan selepas ditanam.
  • Buah naga adalah sejenis buah yang bukan klimatrik iaitu tidak akan bertambah manis selepas dipetik. Oleh itu buah hanya boleh dipetik apabila mencapai kematangan dan masa yang sesuai.
  • Jangka masa dari pengeluaran kudup bunga sehingga buah boleh dipetik adalah di antara 50 – 53 hari.
  • Buah yang masak akan menukar warna kulitnya daripada hijau kepada merah dan mempunyai berat antara 200-700 gram.
  • Berat buah juga dipengaruhi oleh varieti tanaman. Pengeluaran buah juga tidak bermusim.
  • Purata hasil seekar (0.4 ha) pada tahun pertama ialah 500 – 800 biji. Keuntungan bergantung kepada harga pasaran iaitu RM1 – RM2 setiap kg bagi varieti putih dan varieti merah adalah RM5 – RM7 setiap kg. Hasil akan meningkat sekurangkurangnya dua kali ganda pada tahun berikutnya dan bertambah pada tahun-tahun akan datang.

Buah naga dijadikan kosmetik

sumber: http://ebuletin.mardi.gov.my/, http://reg.upm.edu.my/, http://www.hmetro.com.my/

Jambu Unda Menguntungkan

jambu1.png_1468878706

Che Soh menunjukkan buah jambu Unda

Rasanya manis dan saiz buah yang besar menjadikan jambu batu jenis ‘Unda’ yang baru diperkenalkan mendapat permintaan tinggi daripada pengemar buah-buahan tempatan.

Che Soh Haron, 48, berkata dia menanam jambu batu jenis Unda sejak lebih enam tahun lalu membabitkan dua kawasan seluas lebih 8.4 hektar di Kampung Bukit Serdang dan Kampung Sepayang, Rompin. Katanya, mengusahakan tanaman jambu jenis Unda mampu memberi pulangan menguntungkan jika dilakukan bersungguh-sungguh dan mengikut jadual kerja membabitkan aktiviti membaja, memangkas dan meracun.

“Sebelum berjaya seperti hari ini, saya berdepan ujian mencemaskan apabila kemarau panjang pada 2014 menyebabkan banyak pokok hampir mati selain mengalami masalah pembesaran disebabkan kekurangan bekalan air.

“Pokok jambu mengeluarkan buah sepanjang tahun, namun kemuncaknya hanya dua kali. Setiap pokok berbuah antara 100 hingga 200 biji setahun tetapi 10 hingga 15 peratus akan rosak,” katanya yang menjadi individu pertama mengusahakan tanaman jambu batu jenis Unda di negara ini.

“Untuk membantu memasarkan jambu terutama pada kemuncak pengeluaran buah, saya terpaksa mendapatkan bantuan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Pahang termasuk Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Rompin.

“Saya juga menjalankan aktiviti promosi dan pemasaran di pekan sehari dan pasar tani. Permintaan terhadap buah jambu Unda kini makin menggalakkan,” katanya yang merancang meluaskan pasaran ke seluruh negara.

Sedikit maklumat mengenai Jambu Unda:

  • Pokok jambu yang dihasilkan menerusi kacukan jenis Lohan dan GU8 ini mampu menghasilkan buah sepanjang tahun selepas matang.
  • Jambu batu dikategorikan sebagai pokok manja yang memerlukan perhatian lebih serta mudah diserang penyakit dan serangga jika pengawalan tidak dilakukan dengan sempurna.
  • Pokok jambu batu akan mengeluarkan hasil apabila mencapai usia setahun setengah hingga dua tahun bergantung kepada penjagaan, kesuburan dan kadar kelembapan tanah.
  • Kemuncak pengeluaran buah ketika pokok berusia lapan tahun.
  • Dibahagikan kepada tiga gred iaitu A, B dan C bergantung kepada saiz dan kualiti.
  • Harga ladang ialah antara RM3 hingga RM3.50 bergantung kepada gred.
jambu2.png_1468878709

Che Soh di ladangnya di Kampung Bukit Serdang

 

Sumber : Diubahsuai dari Harian metro