Mohd Syafiq anak kelahiran Sik, Kedah, berkelulusan diploma dalam bidang pertanian dari University College Of Agroscience Malaysia (UCAM) ini berjaya mencipta inovasi dalam teknologi penanaman dikenali sebagai Sistem Osmosis (OS). Menurutnya, idea menghasilkan inovasi itu bermula sejak 2013 apabila beliau mengusahakan penanaman pokok tin di kebun Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV). Idea ini bertujuan untuk mencipta satu sistem yang dapat membantu memudahkan proses penyiraman air dan pembajaan untuk tanaman secara serentak. Beliau yang juga felo Kolej Aminuddin Baki (KAB) berkata, selepas pelbagai usaha dan kajian dibuat, terhasil sistem diberi nama OS iaitu penyiraman air dan baja yang disalurkan secara serentak kepada tanaman.
Maklumat berkaitan Sistem Osmosis:
- Satu sistem penyiraman air dan baja yang disalurkan secara serentak kepada tanaman.
- Proses penyiraman air dan baja ini berlaku secara automatik iaitu dengan menggunakan daya graviti dan pergerakan molekul air dari kecerunan tinggi ke kecerunan rendah.
- Kebaikan sistem ini ialah penyerapan baja dan air adalah sekata kepada semua pokok, sekali gus tidak berlaku pembaziran baja dan air semasa proses penyiraman.
- Tidak menggunakan tenaga elektrik tetapi hanya menggunakan daya graviti.
- OS boleh digunakan sama ada untuk tanaman secara kecil-kecilan mahupun komersial.
- OS tidak memerlukan pemantauan rapi terhadap penyiraman air dan pembajaan kerana sistem itu sendiri dianggap efisien kerana menjimatkan kos.
- Maklumat lanjut berkaitan sistem yang dibangunkan boleh dikongsi menerusi Facebook Cikgu Kebun (CK).

Cara menggunakan Sistem Osmosis pada pokok kobis
Sumber: Harian metro
Asssalamualaikum…saya ingin membeli peria katak… tlg hubungi saya.. 01115295984
Sangat menarik sekali,,terimakasih