Beka banyak khasiat untuk kesihatan

baka

Pokok Beka. Pic dari lovingwantie.blogsport

Sebut sahaja buah atau pokok beka, mungkin ramai tidak pernah mendengarnya terutama golongan muda. Ini kerana beka yang juga dikenali sebagai bonglai atau Oroxylum indicum jarang ditanam. Kalau adapun, kebanyakannya tumbuh liar di belukar tepi kampung, berhampiran sungai dan tali air.

Di utara dan pantai timur, kerabu buah beka muda menjadi hidangan pembuka selera, tetapi perlu dibakar terlebih dulu bagi mengurangkan rasa pahitnya. Pucuknya pula direbus sebagai ulaman atau dibuat sayur dan rasanya enak, rangup dan lemak. Bagi wanita selepas bersalin, daun beka digunakan sebagai lapik batu tungku. Bahagian yang digunakan dalam perubatan tradisional ialah buah, daun, batang dan akar.

Info berkaitan beka:

  • Buahnya berbentuk leper seperti parang, saiz 100-180cm panjang dan 7 cm lebar. Buah keluar pada hujung tangkai yang panjang.
  • Bijinya banyak, bersaiz 3.5-7.5 cm dan mempunyai kepak lutsinar.
  • Buah mudanya berwarna hijau, tetapi bertukar kehitam-hitaman apabila masak. Dalam satu tangkai mempunyai sehingga 10 papan buah.
  • Pokok beka boleh dibiakkan melalui biji benih dan keratan batang.
  • Daunnya merimbun di hujung dahan, berbentuk pinat dan mengandungi tiga hingga empat helaian anak daun dalam satu tangkai.
  • Khasiatnya : Menambahkan susu ibu terutama bagi mereka yang baru lepas bersalin, daun dan akar boleh mengurangkan deman, selsema dan sakit kepala.

     

    Image result for pokok beka ulam

    Kerabu beka. Pic dari Kamsiah-Yusoff.blogsport

    Sumber: Diubahsuai dari Harian Metro

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s