Tanam Pokok Buah Dalam Pasu

Image result for tanam buah dalam pasu

pic kredit to akubuahsehat.blogsport

Kaedah penanaman pokok buah di dalam pasu atau lebih dikenali sebagai tabulanpot bukan lah sesuatu yang baru. Terdapat pelbagai jenis pokok buah-buahan yang boleh ditanam di dalam pasu antaranya limau, belimbing, mangga, ciku, duku dan jambu. Berikut info penting yang perlu anda tahu tentang tabulanpot.

1.Penyediaan anak pokok
Terdapat dua kaedah sama ada melalui pembiakan biji benih atau kaedah yang paling mudah adalah tut. Namun kaedah tut antara yang paling berjaya dan memberi hasil cepat dan baik. Tetapi, kaedah tut mempunyai masalah apabila pokok semakin membesar, akar mudah lemah dan ada kalanya boleh menyebabkan pokok tumbang jika tidak diselenggarakan dengan baik.

Image result for tut pokok mangga

Kaedah tut.Pic Anim Hosnam

2.Penyediaan medium tanaman
Medium yang sering digunakan oleh para penggemar tabulanpot terdiri daripada tanah, bahan kompos dan sekam arang dengan komposisi 1:1:1. Selain itu juga, bahan organik lain yang boleh digunakan termasuklah cocopeat, sekam padi dan sebagainya. Jika tanah atau medium yang disediakan mengandungi kadar asid yang tinggi ia tidak sesuai untuk pembiakan tabulanpot. Untuk meneutralkan semula tanah yang berasid, campurkan sedikit kapur pertanian.

3.Pemilihan pasu
Terdapat pelbagai jenis pasu yang boleh digunakan, antaranya pasu tanah liat, plastik simen, kayu mahupun daripada barang terpakai seperti tong drum. Namun pasu yang dibuat daripada tanah liat atau kayu amat sesuai dijadikan sebagai wadah untuk tabulanpot kerana ia mempunyai pori-pori atau rongga udara yang berupaya menstabilkan kondisi tanah di dalam pasu. Selain itu juga, pasu yang digunakan perlu mempunyai kaki atau sokongan di bahagian bawah untuk mengelakkan dasar pasu bersentuhan dengan permukaan tanah atau lantai. Hal ini penting untuk memastikan sistem saliran dalam keadaan yang baik dan akar dapat dikawal supaya ia tidak keluar dari pasu dan menembusi tanah.

Image result for jenis pasu sesuai tanam buah

Antara jenis pasu yang digunakan untuk menanam buah. Pic dari tanambuahan.blogspot

4.Penyiraman
Penyiraman perlu dilakukan setiap hari untuk pokok yang masih belum matang. Waktu yang sesuai untuk melakukan penyiraman adalah awal pagi dan lewat petang.

5.Pemangkasan
Terdapat 3 tujuan pemangkasan tabulanpot, sama ada ia untuk pemangkasan bentuk, pemangkasan untuk penghasilan produk atau pemangkasan untuk menghasilkan pucuk baru. Pemangkasan bentuk dilakukan untuk membentuk pokok menjadi bentuk tertentu seperti topiari atau bonsai. Kebiasaannya ia digunakan untuk tujuan hiasan sahaja. Terdapat kaedah atau teori yang telah dihasilkan oleh peminat tabulanpot supaya ia sentiasa kelihatan cantik dan menghasilkan produk yang berkualiti iaitu 1:3:9. Ia membawa maksud, dalam setiap 1 batang primer terdapat maksimum 3 batang sekunder dan dalam satu batang sekunder mempunyai 3 batang tertier maksimum. Batang yang dipilih untuk dibiarkan tumbuh adalah yang sihat dan kuat.

6.Pembajaan
Tabulanpot tidak perlu pembajaan yang kerap seperti tumbuhan lain. Ia bertujuan untuk mengawal pembesaran pokok. Oleh itu pembajaan tabulanpot perlu dikawal rapi supaya tidak berlebihan. Pembajaan kali pertama hanya boleh dilakukan selepas pokok mencapai usia satu bulan selepas dipindahkan dari bekas semaian. Untuk pembajaan seterusnya ia hanya boleh dilakukan selepas 3 hingga 4 bulan daripada tarikh pembajaan pertama dilakukan. Gunakan baja organik siap proses untuk memastikan pokok mendapat nutrisi yang mencukupi.

7.Pemindahan pasu
Apabila tabulanpot telah mencapai ukuran tertentu, ia perlu dialihkan ke dalam pasu baru yang lebih besar dari saiz asal. Secara tidak langsung, pemindahan tersebut melibatkan penggantian medium tanaman. Selepas pemindahan selesai, pemangkasan perlu dilakukan untuk memastikan pokok dapat menyesuaikan diri dengan kondisi tanah yang baru, di samping dapat mengurangkan kadar penyejatan air pada pokok selepas proses pemindahan selesai.ย  Akar serabut yang halus perlu dipangkas sedikit untuk membolehkan akar baru tumbuh dan stabil bersama tanah di samping dapat mengurangkan kadar kepadatan akar di dalam tanah. Secara tidak langsung ia boleh membetulkan pengudaraan.

Sumber : http://www.impiana.my/

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s