PELIHARA IKAN KELI SECARA INTEGRASI DALAM SAWAH

 keli_1.jpg

Pendahuluan

Pengkulturan ikan di sawah secara tradisional telah diamalkan sejak turun temurun lagi, namun amalan ini telah ditinggalkan sejak penanaman padi dua kali setahun dan penanaman padi tabur terus diamalkan. Penggunaan varieti padi yang berhasil tinggi dan peka kepada serangan perosak tanaman telah mengakibatkan penggunaan racun perosak yang banyak dan berlebihan. Keadaan ini menjadikan sawah-sawah padi tidak lagi sesuai untuk kehidupan ikan air tawar.

keli_2.jpg

Kebaikan Pemeliharaan Ikan Keli

Antara kebaikan utama pemeliharaan ikan keli di sawah ialah :

1. Menambah pendapatan dan sumber protein dalam makanan.

2. Sebagai agen biologi kawalan makhluk perosak sawah padi, di mana ikan-ikan keli ini akan memakan

ulat/larva, cacing dan serangga yang terdapat di sawah.

3 . Mengurangkan kos pengeluaran tanaman padi melalui pengurangan penggunaan racun perosak.

4. Aktiviti membalik-balikkan tanah dengan mulut oleh ikan membantu mengawal pertumbuhan benih rumpai.

5. Mengekalkan keadaan semula jadi ekosistem tanaman padi.

Keperluan Kawasan Peliharaan

Sawah yang dipilih perlulah rata dan yang mempunyai parit ladang serta sistem kawalan air sawah yang berkesan.

Parit kecil berukuran 45 cm dalam dan 60 cm lebar dibina di setiap lot. Ia dibuat di keliling bahagian dalam sawah supaya ikan dapat dipindahkan ke parit ini semasa mengeringkan sawah. Parit buang yang terdapat berhampiran sawah dibersihkan. Dua kolam atau telaga kecil dibina di tempat air keluar sebagai tempat ikan berkumpul dan berlindung. Reka bentuk sistem pemeliharaan ikan di sawah padi ditunjukkan di dalam rajah 1.

keli_3.jpg

Jaring dipasang di punca air masuk dan keluar untuk mengelakkan ikan-ikan lain masuk ke dalam sawah dan ikan yang dipelihara keluar dari sawah. Jaring, contohnya jaring pukat di pasang setinggi 50 cm dan ditanam 10 cm dalam di sempadan projek/sawah untuk mengelakkan ikan melompat keluar dan untuk kawalan musuh/pemangsa seperti ikan haruan dan katak.

Pelepasan

Jenis ikan yang disyorkan adalah dari kacukan ikan keli Afrika (Clarias gariepinus) dan ikan keli bunga (Clarias macrocephalus).

· Anak ikan keli berukuran 7.5 cm panjang (berumur 5 minggu ) dilepaskan terus ke dalam sawah padi di mana paras air ialah 7.5 – 10 cm iaitu 15 – 21 hari selepas padi ditabur. Sebanyak 3000 – 4000 ekor anak ikan dilepaskan dalam sehektar sawah. Pelepasan dibuat pada awal pagi atau petang.

· Anak-anak ikan yang bersaiz 2.5 cm panjang tidak dilepaskan tems ke dalam sawah, tetapi dilepaskan ke dalam sangkar untuk diasuh. Saiz sangkar berukuran 1.2 m x 0.9 m (satu hektar memerlukan dua sangkar). Sebanyak 4000 ekor dilepaskan ke dalam satu sangkar. Anak-anak ikan ini diberi makan dedak halus dua kali sehari iaitu 400 gram sehari untuk satu sangkar. Selepas anak ikan berukuran 5 – 7.5 cm panjang, sangkar dibuang dan anak-anak ikan bebas di dalam keseluruhan petak sawah. Pada masa ini tiada makanan tambahan diberi. Anak-anak ikan keli,ini memakan apa sahaja makanan yang ada di dalam petak sawah. Paras air sawah perlu dikekalkan pada kedalarnan 10– 15 cm dan perlu bebas daripada bahan-bahan toksik.


Hasil

Hasil mula dikutip selepas 60 – 70 hari ikan dilepaskan di sawah, di mana ikan keli telah mencapai purata berat 200 – 250 gram seekor. Pada masa ini padi berada di peringkat bunting/hampir terbit. Air dikeluarkan ke parit buang dan ikan ditangkap dalam sangkar/kolam yang disediakan. Setelah itu air dimasukkan semula ke dalam sawah. Kutipan hasil boleh dibuat berperingkat-peringkat bergantung kepada permintaan/ pasaran. Setelah padi di peringkat berisi penuh, air sawah dikeringkan. Ikan dialirkan ke dalam parit buang/kolam.
Daripada jumlah keseluruhan anak ikan yang dilepaskan, dianggarkan 20 % akan mati disebabkan masalah penyesuaian ternpat dan dimakan musuh seperti burung dan ikan haruan. Oleh itu anggaran hasil ialah 2,400 ekor. Dengan keberatan 200 gram sekor, ini menjadikan hasil keseluruhan ialah 480 kilogram. Pada harga jualan RM 3.00/kg, jumlah hasil dianggarkan bernilai RM 1440. Keuntungan kasar setelah ditolak kos iaitu RM 650 [yang terdiri daripada anak ikan (RMO.20/ekor), dedak dan jaring (RM 50)] dianggarkan bernilai RM 790.

11 thoughts on “PELIHARA IKAN KELI SECARA INTEGRASI DALAM SAWAH

  1. Assalamualaikum… saya nak tahu mana lebih baik beli ikan keli/talapia didalam canvas atau kolam tanah???
    Ada info pasal penyediaan kolam ikan tak?

  2. assamualaikum,saya ingin tahu selain dedak apa yg patut dberi makanan kepada ikan keli.Juga ingin tahu cara @kaedah utk ikan keli ini cepat membesar.Terima kasih

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s