Ketahui Keistimewaan dan Khasiat buah pitaya

Dragon Fruit atau buah naga kini semakin mendapat tempat di kalangan penduduk tempatan. Buah ini turut dikenali dengan nama pitaya iaitu panggilan yang berasal dari bahasa Sepanyol, manakala dragon fruit adalah nama yang diberikan oleh orang Vietnam kerana kulitnya yang seakan kulit naga. Berasal dari keluarga kaktus, pitaya dapat tumbuh dengan baik di negara yang beriklim kering. Berbanding dengan negara lain, Malaysia mempunyai potensi yang baik untuk maju dalam penanaman buah pitaya ini.

Keistimewaan yang terdapat pada buah pitaya telah menarik minat seorang pengusaha tempatan yang berhasrat untuk mengkomersilkan buah ini di pasaran tempatan. Bertekadkan azam dan keyakinan, Kerk Loong Sing, 62 tahun sanggup melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pengarah Eksekutif sebelum ini dalam sebuah syarikat swasta untuk menceburi bidang penanaman buah pitaya secara sepenuhnya. Berasal dari keluarga petani telah memberi kelebihan kepada beliau untuk menguruskan tanaman secara sistematik dan teratur.

Untuk menjayakan tanaman buah pitaya ini, Kerk telah memohon pinjaman sebanyak RM600,000 dari cawangan Bank Pertanian Malaysia (BPM) di Melaka yang bertindak sebagai agensi yang bertanggungjawab dalam menyediakan kemudahan kredit kepada pengusaha baru atau sedia ada. Dengan pinjaman yang diterima, Kerk memajukan tanah miliknya seluas 13 ekar di Durian Tunggal, Melaka. Terletak 15 kilometer dari bandar Melaka, kawasan perladangan Kerk mempunyai persekitaraan yang lapang supaya pokok pitaya dapat tumbuh dengan subur. Menurutnya lagi, penanaman buah pitaya mempunyai potensi berdaya saing memandangkan permintaan yang tinggi dalam pasaran tempatan.

Bagi anda yang tidak mengenali buah pitaya, tentu ingin tahu bagaimana rupa dan rasanya buah ini bukan? Buah pitaya yang belum matang berbentuk bulat dan terdapat dalam tiga warna yang berlainan. Kulitnya seakan buah nenas, tetapi lebih lembut dan dilitupi dengan bunga-bunga yang berwarna merah. Biasanya, sebiji buah pitaya boleh mencecah purata berat dari 150 hingga 500 gram. Buah pitaya berwarna hijau ketika belum matang dan bertukar kemerahan menandakan buahnya telah matang dan sedia dipetik.

Pemilihan buah pitaya untuk dikomersialkan bergantung kepada rasa, saiz, tempoh pembesarannya dan kualiti buah iaitu tidak mudah pecah di hujungnya. Buah pitaya ini bukan sahaja sedap dimakan tetapi khasiat yang terkandung di dalamnya juga banyak dan ianya berguna dari isi sehinggalah ke batang pokoknya. Keunikan buah ini ialah setiap satunya mengandungi khasiat yang berlainan untuk kesihatan. Menurut beliau, buah yang berisi putih kaya dengan serat, vitamin C dan B serta beta karotin yang tinggi. Manakala, buah pitaya yang isinya merah jambu dikatakan berkesan untuk awet muda kerana antioksidan (anthocyanim) yang terkandung didalamnya tinggi dan dapat mengurangkan kerosakan kulit akibat radikal bebas. Buah pitaya berisi merah dapat membantu dalam mengawal tekanan darah tinggi manakala kelebihan buah pitaya yang isinya kuning pula terletak pada rasanya.

Selain buah, bunga-bunga pada pokok ini juga boleh dimakan. Bunga yang masih segar boleh dihidangkan sebagai salad, sup ataupun digoreng, manakala daun yang kering pada hujung buah yang hampir masak boleh dikeringkan dan kemudian dikisar halus dan dibuat minuman seakan teh. “Selain dimakan secara mentah, ianya boleh dijadikan jus, jem, pai, jeli, wain dan cuka kesihatan,” kata Kerk. Tambahnya lagi, buah pitaya merupakan buah yang tahan lama dan boleh tahan segar selama 2 minggu. Jika disimpan dalam peti sejuk buahnya boleh tahan sehingga 2-3 bulan tanpa menjejaskan rupa luaran buah ini.

Pitaya atau nama jolokannya ‘buah masa depan’ dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan dan setiap satunya mempunyai nama saintifik yang tersendiri;

Pitaya berkulit merah isinya putih

– Hylocereus undatus Britt & rose

Pitaya berkulit merah isinya merah jambu

– Hylocereus costa – ricensis (weber)

o Britt & rose

– Hylocereus poly – rhizus (weber)

o Britt & rose

Pitaya berkulit kuning isinya berwarna putih

– Selenicereus mega – lanthus

o (schum) Britt & rose

Kerk menjelaskan, biasanya sebatang pokok pitaya mengeluarkan hasilnya yang pertama dari 6 bulan hingga 1 tahun selepas ditanam. Pada dasarnya, pokok pitaya mampu menghasilkan buah dalam jangka masa 30 hingga 60 tahun. Apabila ditanya kenapa menceburkan diri dalam bidang penanaman ini, beliau menjelaskan minatnya untuk melibatkan diri dalam bidang ini sebenarnya tercetus daripada idea rakannya yang mengusahakan tanaman yang sama di Taiwan.

Selain kagum dengan khasiat buah ini, beliau menyatakan tanaman ini mudah ditanam lagipun, hasilnya boleh diperolehi pada awal tanaman. Tambah beliau lagi, sebatang pokok pitaya boleh menghasilkan kira-kira 20 biji buah dalam masa sebulan. Beliau menjelaskan tanah seluas 1 hektar dapat mengeluarkan hasil dari 10 hingga 30 tan buah dalam masa setahun. Walau bagaimanapun, hasil pengeluaran buah pitaya yang ada cuma cukup untuk pasaran tempatan dan masih belum dapat memenuhi permintaan yang semakin tinggi.

Dalam usaha untuk menepati arah tuju pertanian masa kini yang berorientasikan mesra alam, penanaman buah pitaya menggunakan sistem pembajaan secara organik. Beliau tidak menggunakan baja kimia sebaliknya menggunakan baja organik sebagai alternatif bagi mengekalkan kesegaran dan rasa semulajadi. Sebagai langkah memudahkan buah pitaya ini dipungut, tiang sokongan simen setinggi 4 atau 5 kaki didirikan supaya pokok menjalar ke atas dan bukannya di atas tanah, cara ini dapat memastikan proses pembesaran pokok tidak terganggu.

Menurut Kerk, satu lagi kelebihan pokok ini ialah ianya tidak mudah terdedah kepada serangan lalat buah atau penyakit tanaman yang lain. Ladang tanamannya dimulakan dengan 24,000 biji benih pokok pitaya yang diperolehi dari Kluang, Johor. Kerk berpendapat pokok pitaya senang dikendalikan jika diberi teknik penjagaan yang betul iaitu air dan cahaya matahari yang cukup, mampu memberi hasil yang memberangsangkan.

Dalam usaha untuk memajukan industri tanaman selari dengan era masa kini, beliau memperkenalkan mekanisma baru dalam perusahaannya iaitu ‘contract farming’ di mana semua kerja-kerja bagi mendapatkan pinjaman bank, penanaman sehinggalah pengeluaran hasil serta pasaran diuruskan oleh beliau sendiri tanpa bantuan orang tengah. Beliau yang sentiasa peka kepada peredaran zaman, menanam hasrat untuk menjadi pembekal dan pengekspot buah pitaya ke seluruh negara. Pada masa hadapan, pengusaha baru bolehlah mendapatkan benih pokok pitaya daripadanya untuk memulakan perusahaan tanaman buah pitaya. Berbekalkan pengalamannya selama 3 tahun, beliau bersedia untuk membantu sesiapa yang berminat dalam memulakan ladang pitaya mereka sendiri.

Kerk mampu tersenyum gembira melihat usahanya kini membuahkan hasil yang membanggakan. Beliau berasa lebih yakin dengan kemampuan dirinya dan berhasrat untuk mempelbagaikan perusahaannya dengan mendirikan kilang membuat jus buah pitaya di atas tanah yang seluas 80 ekar di Melaka. Inilah keistimewaan dragon fruit, walaupun bukan buah tempatan, ia tetap dapat menawan hati penggemarnya. Hendak berjaya seperti Kerk? Jika mempunyai masalah pembiayaan, hubungilah mana-mana cawangan Bank Pertanian Malaysia yang berdekatan untuk keterangan lanjut.

Sumber : Buletin Patriot, Bank Pertanian Malaysia

Skop: Harrani buktikan pertanian beri hasil lumayan

Berita Harian, 30 Julai 2001

Belia kerap menganggap sektor pertanian tidak mampu memberi pulangan dan jaminan masa depan.Mereka lebih suka berhijrah ke bandar bagi mendapatkan pekerjaan yang menjanjikan pendapatan tetap.Keadaan itu menimbulkan masalah besar kepada sektor pembangunan pertanian negara pada masa depan. Jika belia tidak mahu mengerjakan tanah, siapa lagi akan berbuat demikian selepas generasi tua tidak mampu mengusahakannya.Menyedari hakikat itu, Kementerian Pertanian melancarkan pelbagai program untuk menarik minat belia berbakti kepada tanah. Wartawan Berita Harian, KARIM SULAIMAN dan MOHD HAMIZAR HAMID, mengupas persoalan itu dan mendedahkan kejayaan belia yang bergiat dalam bidang pertanian.

PETANI muda, Harrani Dayat, 32, yang mengusahakan kebun tomato membuktikan bahawa bidang pertanian mampu memberi pendapatan lumayan jika diusahakan dengan bersungguh-sungguh melalui teknologi moden.

Beliau yang mengusahakan tanaman tomato dengan kaedah penanaman fertigasi kini mampu tersenyum apabila usahanya itu sungguh menguntungkan.

Selain keuntungan berlipat ganda, penjagaan sayur-sayuran menggunakan kaedah itu juga lebih mudah dan tidak perlu berhadapan dengan risiko tinggi jika sayur-sayuran diserang penyakit.

Kepakaran dan pengalaman yang ditimba dari Institut Pertanian Semenanjung Malaysia di Air Hitam, Johor banyak membantunya dalam mengusahakan projek itu.

Beliau yang pernah berkhidmat dengan Pertubuhan Peladang Negeri Johor turut menggunakan pengalaman bekerja dalam bidang pertanian bagi memajukan projek tanamannya.

Kejayaan petani muda seperti Harrani dalam bidang pertanian adalah hasil kesungguhan Kementerian Pertanian untuk melahirkan petani muda moden bagi menjadikan kegiatan pertanian sektor produktif dan menguntungkan.

Harrani membuktikan bahawa bidang pertanian mampu memberi keuntungan lumayan melalui corak pertanian moden dengan menggunakan teknologi terkini.

Teknologi fertigasi yang diamalkan oleh Harrani adalah teknologi terbaru dalam pengeluaran sayur-sayuran bernilai tinggi seperti tomato, terung dan cili.

Secara ringkasnya, teknologi fertigasi ialah satu sistem iaitu nutrien (NPK dan nutrien mikro) bagi pertumbuhan tanaman dilarutkan di dalam air dan dibekalkan kepada tanaman melalui sistem pengairan titis.

Dengan teknologi fertigasi, petani boleh mengawal dan membekalkan air dan nutrigen yang cukup dan seimbang mengikut fasa pertumbuhan pokok.

Kaedah itu juga membolehkan tanaman membesar dengan sihat dan subur serta berupaya mengeluarkan hasil yang maksimum dan bermutu tinggi.

Harrani berkata, dengan kaedah struktur pelindung hujan dan fertigasi, hasil satu pokok tomato yang diperolehi ialah empat hingga lapan kilogram.

Jumlah itu, katanya, sama dengan lapan hingga 16 kilogram tomato bagi setiap polibeg. Kos keseluruhan (termasuk benih, media, pembajaan dan buruh) ialah sebanyak RM5.50 bagi setiap polibeg.

Katanya, setiap hari ladang moden itu menghasilkan kira-kira 400 kilogram tomato dan beliau boleh memetik hasil setiap hari selepas mencapai peringkat berbuah.

Beliau tidak bermasalah pemasaran kerana ada dua saluran pasaran tetap iaitu kepada pembeli di Singapura dan pemborong di Pasar Batu Pahat.

Selain kaedah fertigasi, Harrani turut menggunakan rumah perlindungan dalam projek tanaman tomato itu.

Dengan kaedah perlindungan, tanamannya terlindung daripada sinaran ultraungu (UV) yang boleh mencederakan pokok, tidak terkena hujan dan dapat mengurangkan serangan penyakit.

Penggunaan rumah perlindungan, walaupun meningkatkan suhu dalaman dan seterusnya meningkatkan transpirasi tanaman, kehilangan air pada tomato boleh dikurangkan menerusi tindakan meningkatkan kekerapan pengairan.

Hasilnya, Harrani mendapati tomato tumbuh lebih sihat dan subur dengan kaedah pemugaran dan fertigasi.

Dengan fertigasi, beliau juga boleh membandingkan pembekalan nutrien pada pokok berdasarkan tanda pada setiap pokok.

Oleh itu, buah yang dihasilkan dapat dikawal mutunya dan kerosakan pada buah akan dapat dikurangkan.

Sistem itu juga membolehkan beliau meramal anggaran hasil dengan lebih tepat bagi tujuan pemasaran serta pokok lebih senang diurus.

Harrani berkata, dengan adanya pasaran tetap, beliau mendapati harga yang munasabah berdasarkan gred buah yang dibekalkan walaupun keadaan pasaran lembap.

Beliau memulakan projek berkenaan sejak Jun tahun lalu dengan pengeluaran modal permulaan sebanyak RM70,000 bagi keluasan 0.2 hektar.

“Kos modal yang meliputi kerja-kerja pembersihan, struktur perlindungan hujan, sistem pengairan titis serta keperluan lain untuk satu pusingan tanaman tomato sebanyak 4,000 pokok (dua pokok bagi setiap satu polibeg).

“Tuaian hasil yang diperolehi hingga akhir tahun lalu ialah sebanyak 25,000 kilogram tomato pada harga RM1.50 sekilogram,” katanya.

Beliau yang menjalankan fasa kedua tanaman terung yang dilaksanakan di kawasan seluas 0.2 hektar di kawasan terbuka turut menelan belanja sebanyak RM30,000.

Perbelanjaan yang diperlukan adalah bagi kerja pembersihan, penyediaan kawasan dan keperluan menanam 1,000 pokok terung.

Antara masalah yang dihadapi beliau ialah sistem terbuka mengundang banyak masalah serangan musuh dan kestabilan larutan nutrien akibat terkena hujan, banyak tanaman yang terpaksa dihapuskan.

Pusingan kedua tanaman tomato yang ditanam di bawah struktur perlindungan hujan iaitu sebanyak 1,500 pokok dan seterusnya tanaman tomato pada peringkat keempat.

Purata sepokok tomato hingga tamat enam bulan mampu menghasilkan purata sebanyak enam kilogram tomato sepokok iaitu 60 tan bagi setiap 0.4 hektar bagi satu pusingan atau 120 tan setahun.

Katanya, analisis yang dijalankan oleh Jabatan Pertanian menunjukkan bahawa projek yang dijalankan sangat berdaya maju dengan tempoh pulangan modal selama dua tahun.

Justeru, beliau menjalankan penanaman dengan mewujudkan struktur perlindungan hujan besi bagi kawasan seluas 0.2 hektar dengan kos lebih kurang RM70,000 bagi 0.4 hektar.

Hingga kini, beliau menanam 5,000 pokok tanaman tomato tanpa tanah yang berisikan campuran sekam padi dan sabut kelapa.

PENTERNAKAN AYAM SECARA KOMERSIL

Usia bukan penghalang bagi mencapai kejayaan, itulah pegangan hidup Encik Mohd Amran bin Abu Saman yang tekun mengusahakan projek ternakan ayam di Kampung Damai, Kuang, Selangor meskipun usianya telah menjangkau 60 tahun. Beliau yang mempunyai lima orang cahayamata pernah berkhidmat di Jabatan Ukur selama 13 tahun sebelum menceburkan diri dalam bidang ternakan ini. Pada mulanya, beliau mengusahakannya secara kecil-kecilan tetapi memandangkan permintaan ke atas bekalan daging ayam tidak mencukupi, akhirnya beliau mengambil risiko dengan memberanikan diri membuat pinjaman berjumlah RM75,000 pada bulan November 2000 lalu dari cawangan Sungai Buloh. Beliau menyatakan hasrat untuk menghasilkan kira-kira 30,000 ayam dalam masa seminggu. Untuk ini beliau harus mempunyai 27 buah kandang, yang mana kelulusan bagi pinjaman tambahan sebanyak RM3juta yang dirancangkan adalah diharapkan.

Beliau merupakan penternak ayam yang pertama mengamalkan ternakan secara ’close concept’ yang diperkenalkan oleh seorang rakan dari negara jiran, Thailand. Ayam-ayam ini diternak di dalam kandang dengan menggunakan teknologi kitaran udara melalui system semburan air. Kandang ini diperbuat dari papan dan atapnya dari PE plastik. Kandang ini dilengkapi dengan penapis udara yang menggunakan kuasa kuda bagi tujuan menyedut haba panas dan berbau seterusnya menghasilkan haba yang sejuk. Ia juga dilengkapi dengan ‘sprayer’ di mana ia berfungsi menyembur air ke atas ‘netting’, pada masa yang sama kipas sentiasa berpusing supaya udara ditapis oleh penapis untuk menyekat habuk, dengan cara ini ayam akan mendapat lebih gas oksigen. Penyemburan ini berlaku setiap 15 minit. Bahagian lantai kandang pula dipenuhi dengan dedak bagi membolehkan anak-anak ayam ini mendapatkan bekalan makanan yang mencukupi.

Anak-anak ayam yang berusia 1 hingga 10 hari ditempatkan di tingkat atas. Bagi kandang ayam yang berusia 1 hingga 10 hari, ia dilengkapi dengan ‘brooder’ iaitu sejenis gas silinder yang digunakan untuk memanaskan anak-anak ayam pada waktu malam. Ia akan digunakan selama 5 hari. Anak-anak ayam yang berusia 10 hingga 42 hari akan dipindahkan ke tingkat bawah. Tambah beliau lagi, dua perkara yang penting dalam penternakan ayam ini ialah air dan elektrik. Penggunaan air amat perlu kerana tanpa air ayam-ayam tersebut boleh mati dan penggunaan elektrik adalah untuk menjana kuasa mesin-mesin seperti ‘blower’, ‘sprinkler’ dan ‘brooder’. Encik Mohd Amran mendapat bekalan anak ayam jenis ‘broiler’ (ayam daging) dari CP (Charoen Porkpand) dengan harga 5 sen seekor.

Ayam-ayam ini diberi vitamin dan antibiotik bagi memastikan ianya sihat dan tidak berpenyakit. Setiap hari pada tiga minggu pertama vaksin akan dicampur ke dalam air minum yang disalurkan dalam ‘sprinkler’. Ianya merupakan langkah awal bagi mengelakkan serangan penyakit bermusim yang ditakuti iaitu ‘New Castle Disease’ atau dikenali sebagai sampah ayam. Apabila ini cukup besar saiznya yakni 42 hari, ayam-ayam tersebut akan dihantar kepada pihak Charoen Porkpand dengan perjanjian kontrak untuk tujuan pemasaran.

Tempoh seminggu diperlukan bagi tujuan membersihkan kandang dan memasukkan anak-anak ayam yang baru. Proses pembersihan ini termasuk membuang segala dedak dan tahu ayam yang sedia ada. Lazimnya, pada hari ke 42 saki baki najis ayam akan mula berulat, tetapi dengan teknologi yang digunakan, kira-kira 80% daripadanya akan menjadi kering dan dijadikan baja. Baja tahi ayam ini pula akan dijual pada harga RM4.00 setiap bag.

Setakat ini Encik Amran mempunyai 3 kandang yang mampu menempatkan kira-kira 60,000 hingga 80,000 ekor ayam. Menurut beliau, penjagaan rapi anak-anak ayam ini amat penting bagi mengekalkan kesihatan serta menghasilkan ayam yang bermutu.

Ditanya apakah benar kerja menternak ayam ini susah, jelas Encik Amran “ ..bela ayam ni mesti ada penglibatan yang padu, setidak-tidaknya, seorang pengusaha boleh membuat 3 kandang sebagai permulaan…” . Beliau yang boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris juga sanggup memberi tunjuk ajar bagi sesiapa yang berminat untuk melibatkan diri dalam ternakan ayam secara komersial.

Apa ditunggu lagi, mereka yang berminat untuk menceburkan diri dalam ternakan seperti ini bolehlah mendapatkan keterangan lanjut dengan mengunjungi mana-mana cawangan Bank Pertanian yang terdekat.

Sumber : Buletin Patriot, Bank Pertanian Malaysia.

JURUTERA MUDA USAHAWAN LIMAU MADU

Meskipun tanpa pengetahuan mendalam mahupun pengalaman luas dalam bidang pertanian, seorang anak muda kelahiran Kubang Pasu, Kedah telah memperjudikan nasibnya dengan mengusahakan limau madu secara komersil. Nazri Nayan, 31 tahun, ayah kepada 4 orang cahayamata merupakan seorang jurutera awam dan mempunyai syarikat kejuruteraannya sendiri di Salak Tinggi, Selangor. Beliau yang mempunyai kelulusan dalam bidang kejuruteraan dari UTM berazam meneroka sektor pertanian dengan berjaya.

Ekoran dari kegawatan ekonomi yang telah menjejaskan kedudukan pelbagai sektor pada sekitar 1998 termasuklah sektor pembinaan yang diceburinya, Nazri membuat keputusan mencuba bidang pertanian memandangkan ianya adalah yang terbaik, malah merupakan penyumbang kepada pendapatan negara.

Dengan bantuan seorang rakan kongsi iaitu abang ipar beliau sendiri, Bukhari bin Haji Ahmad, mereka berdua mengkaji corak pasaran dan permintaan semasa, lalu memilih untuk mengusahakan limau madu di atas tanah seluas 21.3 relong. Tanah ini dibeli dengan modal persendirian sebanyak RM300,000. Nazri memulakan langkah dengan memohon RM60,000 bagi projek limau ini pada tahun 2000. Kedudukan tanah pertanian yang terletak kira-kira 30 km dari Pekan Sik itu agak strategik memandangkan ianya berdekatan dengan sebatang sungai serta dilengkapi satu punca mata air telah memberi kelebihan daripada segi pengairan kepada kawasan tersebut.

Memandangkan tanaman limau madu memerlukan masa selama 3-5 tahun setengah untuk mengeluarkan hasilnya beliau telah menjalankan tanaman jangka pendek iaitu cili, tembakau dan pisang yang ditanam secara sistem giliran supaya kesuburan tanah terpelihara disamping mengelakkan jangkitan pada pokok limau madu yang sedang membesar. Hasil jualan tanaman berkenaan juga dapat digunakan bagi menampung kos perbelanjaan pekerja dan keperluan input projek semasa.

Menurut beliau, bidang pertanian mempunyai risiko yang rendah berbanding sektor lain cuma ia memerlukan tempoh masa yang agak panjang untuk mendapatkan hasilnya. Tanaman limau madu dapat mengeluarkan hasil sebanyak 8 tan sehektar pada tahun keempat dan dianggarkan mencecah 24 tan sehektar pada tahun ke 6 di mana tempoh hayat bagi tanaman ini adalah antara 15-20 tahun. Limau madu adalah daripada spesis tanaman buah-buahan yang tidak bermusim yang mana ini memberikan satu kelebihan. Ianya juga mempunyai musim utama pengeluaran iaitu sekitar Oktober hingga ke November dan Mac hingga April di mana hasil pengeluaran maksima boleh diperolehi.

Beliau yang menetap di Kuala Lumpur akan kembali ke Sik setiap bulan untuk menjalankan kerja-kerja pemantauan hasil tanaman beliau. Jadual waktu yang padat untuk menguruskan syarikat kejuruteraannya tidak melemahkan semangatnya kerana beliau yakin kemampuan rakan kongsinya yang menguruskan keseluruhan tanaman berkenaan.

Kini, Nazri merasa lebih yakin dengan kemampuan diri beliau dan menanam hasrat untuk memperbesarkan lagi kawasan tanaman tersebut disamping mempelbagaikan aktiviti sedia ada. Pinjaman kedua beliau sebanyak RM100,000 juga telah diluluskan oleh BPM di bawah Skim Pembiayaan 3F pada 2001 dan ini seterusnya memberi dorongan baru kepada beliau. Dengan sumber tenaga pekerja tetap seramai 4 orang, Encik Nazri mengatakan kemungkinan untuk kawasan tersebut dibuka kepada umum pada satu hari kelak dengan menjadikannya kawasan agro-tourism. Untuk tujuan tersebut, Encik Nazri merancang untuk menambah keluasan tanah sedia ada, menjalankan aktiviti projek hiliran merangkumi penternakan ayam dan lembu. Disamping itu, kini beliau juga telah mula menanam pokok buah-buahan seperti nangka madu dan petai serta menjalankan ternakan ikan dalam kolam. Di sinilah dapat kita lihat keazaman diikuti perancangan yang teliti sememangnya menjanjikan kejayaan yang berpanjangan.

Nazri menyarankan agar golongan muda melibatkan diri dalam bidang pertanian terutamanya yang berasaskan makanan dan dengan adanya Skim Pembiayaan 3F yang diperkenalkan oleh BPM memberi peluang kepada golongan ini menceburkan diri dalam bidang pertanian.

Tanah anugerah Tuhan yang perlu dimanfaatkan, bakti yang dicurah dan keringat yang yang mengalir InsyaAllah akan memberi pulangan yang tidak merugikan.

Sumber : Buletin Patriot, Bank Pertanian Malaysia.

POTENSI TERNAKAN IKAN PUYU

Usia bukan penghalang bagi mencapai kejayaan, itulah pegangan hidup Encik Mohd Amran bin Abu Saman yang tekun mengusahakan projek ternakan ayam di Kampung Damai, Kuang, Selangor meskipun usianya telah menjangkau 60 tahun. Beliau yang mempunyai lima orang cahayamata pernah berkhidmat di Jabatan Ukur selama 13 tahun sebelum menceburkan diri dalam bidang ternakan ini. Pada mulanya, beliau mengusahakannya secara kecil-kecilan tetapi memandangkan permintaan ke atas bekalan daging ayam tidak mencukupi, akhirnya beliau mengambil risiko dengan memberanikan diri membuat pinjaman berjumlah RM75,000 pada bulan November 2000 lalu dari cawangan Sungai Buloh. Beliau menyatakan hasrat untuk menghasilkan kira-kira 30,000 ayam dalam masa seminggu. Untuk ini beliau harus mempunyai 27 buah kandang, yang mana kelulusan bagi pinjaman tambahan sebanyak RM3juta yang dirancangkan adalah diharapkan.

Beliau merupakan penternak ayam yang pertama mengamalkan ternakan secara ’close concept’ yang diperkenalkan oleh seorang rakan dari negara jiran, Thailand. Ayam-ayam ini diternak di dalam kandang dengan menggunakan teknologi kitaran udara melalui system semburan air. Kandang ini diperbuat dari papan dan atapnya dari PE plastik. Kandang ini dilengkapi dengan penapis udara yang menggunakan kuasa kuda bagi tujuan menyedut haba panas dan berbau seterusnya menghasilkan haba yang sejuk. Ia juga dilengkapi dengan ‘sprayer’ di mana ia berfungsi menyembur air ke atas ‘netting’, pada masa yang sama kipas sentiasa berpusing supaya udara ditapis oleh penapis untuk menyekat habuk, dengan cara ini ayam akan mendapat lebih gas oksigen. Penyemburan ini berlaku setiap 15 minit. Bahagian lantai kandang pula dipenuhi dengan dedak bagi membolehkan anak-anak ayam ini mendapatkan bekalan makanan yang mencukupi.

Anak-anak ayam yang berusia 1 hingga 10 hari ditempatkan di tingkat atas. Bagi kandang ayam yang berusia 1 hingga 10 hari, ia dilengkapi dengan ‘brooder’ iaitu sejenis gas silinder yang digunakan untuk memanaskan anak-anak ayam pada waktu malam. Ia akan digunakan selama 5 hari. Anak-anak ayam yang berusia 10 hingga 42 hari akan dipindahkan ke tingkat bawah. Tambah beliau lagi, dua perkara yang penting dalam penternakan ayam ini ialah air dan elektrik. Penggunaan air amat perlu kerana tanpa air ayam-ayam tersebut boleh mati dan penggunaan elektrik adalah untuk menjana kuasa mesin-mesin seperti ‘blower’, ‘sprinkler’ dan ‘brooder’. Encik Mohd Amran mendapat bekalan anak ayam jenis ‘broiler’ (ayam daging) dari CP (Charoen Porkpand) dengan harga 5 sen seekor.

Ayam-ayam ini diberi vitamin dan antibiotik bagi memastikan ianya sihat dan tidak berpenyakit. Setiap hari pada tiga minggu pertama vaksin akan dicampur ke dalam air minum yang disalurkan dalam ‘sprinkler’. Ianya merupakan langkah awal bagi mengelakkan serangan penyakit bermusim yang ditakuti iaitu ‘New Castle Disease’ atau dikenali sebagai sampah ayam. Apabila ini cukup besar saiznya yakni 42 hari, ayam-ayam tersebut akan dihantar kepada pihak Charoen Porkpand dengan perjanjian kontrak untuk tujuan pemasaran.

Tempoh seminggu diperlukan bagi tujuan membersihkan kandang dan memasukkan anak-anak ayam yang baru. Proses pembersihan ini termasuk membuang segala dedak dan tahu ayam yang sedia ada. Lazimnya, pada hari ke 42 saki baki najis ayam akan mula berulat, tetapi dengan teknologi yang digunakan, kira-kira 80% daripadanya akan menjadi kering dan dijadikan baja. Baja tahi ayam ini pula akan dijual pada harga RM4.00 setiap bag.

Setakat ini Encik Amran mempunyai 3 kandang yang mampu menempatkan kira-kira 60,000 hingga 80,000 ekor ayam. Menurut beliau, penjagaan rapi anak-anak ayam ini amat penting bagi mengekalkan kesihatan serta menghasilkan ayam yang bermutu.

Ditanya apakah benar kerja menternak ayam ini susah, jelas Encik Amran “ ..bela ayam ni mesti ada penglibatan yang padu, setidak-tidaknya, seorang pengusaha boleh membuat 3 kandang sebagai permulaan…” . Beliau yang boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris juga sanggup memberi tunjuk ajar bagi sesiapa yang berminat untuk melibatkan diri dalam ternakan ayam secara komersial.

Apa ditunggu lagi, mereka yang berminat untuk menceburkan diri dalam ternakan seperti ini bolehlah mendapatkan keterangan lanjut dengan mengunjungi mana-mana cawangan Bank Pertanian yang terdekat.

Sumber : Buletin Patriot, Bank Pertanian Malaysia.

PENANAMAN PISANG DI KG. PAMAH KULAT

kiat-145-pisang.jpgpisang.jpg

Pisang merupakan penanaman yang utama bagi penduduk Kampung Pamah Kulat. Kebanyakkan penduduk di kampung tersebut mempunyai kebun pisang yang diwarisi dari turun temurun. Pisang yang dihasilkan disini adalah bermutu tinggi kerana tanahnya yang subur dan persekitaran yang sesuai untuk penanaman pisang. Pisang Sematu, Kelat, Raja, Emas, Lemak manis dan Rastali adalah di antara jenis pisang yang ditanam di Kampung Pamah Kulat. Pisang ini dipasarkan di sekitar Raub, Pahang dan Kuala Lumpur.

Pengusaha Pisang
Pengalaman: Lebih 30 tahun berkecimpung dalam penanaman pisang yang diwarisinya turun temurun.
Luas ladang: 9 ekar
Jenis pisang: Sematu, Raja, Kelat, Emas, Lemak manis, Rastali

No. telefon: 09-3659046

Penanaman Pisang

Varieti /Klon

Botani Kawasan Penanaman Penjagaan Kitaran pokok pisang
Sematu, Raja & Kelat
– sesuai di buat kerepek dan goreng. Pisang sematu adalah yang paling sesuai untuk di buat kerepek
Mempunyai saiz pokok yang besar
(lebih kurang 10 kaki tinggi)
Ketiga-tiga jenis pisang ini boleh di tanam di kebun yang sama kerana mempunyai saiz pokok yang besar dan tidak memerlukan kawasan tanah yang baru. Biasanya kebun pisang Sematu boleh diusahakan dalam jangka masa yang panjang iaitu lebih dari 20 tahun manakala pisang Raja dan Kelat dapat bertahan sehingga 15 tahun. Ini adalah kerana anak pokok pisang tersebut akan tumbuh berpanjangan dan ladang-ladang tersebut tidak perlu penjagaan rapi. Pembakaran dan pengapuran adalah perlu untuk penanaman pisang di kebun yang baru. Di antara 150 ke 200 pokok pisang boleh di tanam dalam satu ekar kebun dengan jarak di antara satu pokok ke pokok yang lain adalah 12 kaki. Tidak memerlukan penjagaan yang rapi.Pembajaan hanya perlu di buat sekali sekala untuk memastikan pengeluaran hasil yang baik. Sekiranya kebun pisang tidak dibajai langsung, hasil dan kualiti pisang akan berkurangan. Baja yang digunakan adalah baja 151515. Rujuk di bawah.
* Emas, Lemak Manis & Rastali
– sesuai di makan mentah
* Mempunyai saiz pokok yang kecil
(lebih kurang 8 kaki tinggi)
* Kebun-kebun pisang ini hanya mampu bertahan selama 4 tahun sahaja. Selepas itu pokok-pokok pisang tersebut akan pupus dengan sendirinya. Kawasan tanah yang baru adalah diperlukan untuk penanaman semula. Kawasan tersebut perlulah dibersihkan dahulu dengan membakarkannya . Selepas itu bolehlah di tanam dengan anak pokok pisang yang di ambil dari kebun kawan-kawan ataupun saudara mara yang berdekatan. Lebih kurang 200 pokok pisang boleh di tanam dalam satu ekar kebun dengan jarak di antara satu pokok ke pokok yang lain adalah 12 kaki. * Penjagaan yang rapi adalah diperlukan. Biasanya setiap minggu kebun pisang tersebut akan dibersihkan dengan membuang atau meracun rumput rampai yang tumbuh di sekeliling pokok pisang, jantung dan daun pisang akan di cantas. Pembajaan adalah diperlukan sekiranya kebun tersebut berusia dua tahun ke atas. Pokok pisang yang mempunyai batang pokok yang cantik akan menghasilkan buah yang berkualiti.JBaja yang digunakan adalah baja 151515. * Satu pokok pisang akan mengeluarkan 2 ke 3 anak pokok pisang. Anak-anak pokok pisang ini akan di alihkan ke kebun baru ataupun dibiarkan hidup di tempat yang sama.
Anak-anak pokok pisang tersebut akan membesar dan mengeluarkan jantung pisang dalam masa 7 ke 8 bulan dari tarikh penanamannya. Dalam jangkamasa 9 ke 11 bulan, buah pisang sudah cukup tua dan bolehlah di tebang.

Pengeluaran Pisang

Pokok pisang yang buah pisangnya sudah tua akan ditebang. Pusingan penebangan pokok akan dilakukan setiap minggu. Sekiranya dibiarkan, pisang tersebut akan masak dan rosak sebelum sempat dijual. Pengeluaran pisang dianggarkan diantara 200kg – 500kg seminggu.

Satu pokok pisang akan menghasilkan satu tandan pisang dan beratnya dalam lingkungan 20 ke 30 kg. Harga borang untuk se kilogram bagi pisang Sematu, Raja & Kelat adalah 40 sen manakala bagi pisang Emas, Lemak manis & Rastali adalah mengikut gred (Gred A – 60 sen dan Gred C – 30 sen).

Pengeluaran pisang untuk tahun pertama adalah kurang berbanding dengan tahun 2 dan seterusnya. Ini adalah kerana satu pokok pisang akan menghasilkan 2 ke 3 pokok anak pisang.

Pemasaran Pisang

Buah pisang dipasarkan melalui orang tengah. Pekebun pisang akan melonggokkan buah-buah pisang tersebut di tepi-tepi jalan untuk dikutip oleh orang tengah. Biasanya kutipan dilakukan pada hari Ahad dan Selasa. Orang tengah akan memasarkan buah pisang tersebut di sekitar Raub, Pahang dan Kuala Lumpur.

Terdapat juga sesetengah pekebun yang ingin menjual buah pisang mereka secara terus kepada pembeli tetapi tidak mempunyai tapak untuk berjual. Walaupun terdapat kemudahan yang disediakan oleh pihak-pihak tertentu seperti Pasar Tani, namun ianya masih belum mencukupi.

Terdapat beberapa pemasalahan yang dihadapi oleh pengusaha pisang iaitu :

  • Pokok pisang dirosakkan oleh tupai yang banyak datangnya dari hutan-hutan yang tidak dibersihkan.
  • Pokok pisang akan mati disekiranya terdapat pokok-pokok yang lebih besar di dalam kebun yang lebih besar di kebun yang sama.
  • Pengeluaran pisang berkurangan pada musim panas kerana batang-batang pisang akan patah.
  • Pisang raja senang dijangkiti penyakit di mana batangnya mudah berkerang dari dalam yang akan menyebabkan daunnya menjadi kuning dan akhirnya pokok pisang tersebut akan mati.
  • Permintaan yang berkurangan pada bulan puasa menyebabkan pisang terbiar begitu sahaja.
  • getdataphp.jpg getdataphp3.jpg

    ERTI SEBUAH PERSAHABATAN

    Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri. Tetapi dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

    Sebagaimana kita mengharapkan keiklasan dan kejujuran seorang sahabat, begitulah juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.

    Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.

    Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati. Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa. Tetapi kita sering terlupa.

    Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami, yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya. Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan. Harapan dan impian juga kita luahkan. Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

    Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya?
    Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita. Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?

    Dapatkah kita yakinkan dia yang kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah.? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan? Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya bercerita.

    Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat kerana dia juga seorang manusia. Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat sebagai kekuatan. Jadilah kita sahabatnya itu.

    Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan. Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan. Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan. Kita tidak tahu.
    Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu.

    RENUNGILAH…

    “HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA.”