PERANCANGAN PROJEK |
|
Di dalam mengusahakan sesuatu projek, empat perkara perlu diberi perhatian, iaitu:
- Modal
- Ladang
- Pengurusan
- Pasaran
Keempat-empat perkara ini sentiasa bergandingan bagi mencapai satu kejayaan di dalam sesuatu bidangusaha disamping sikap dan kesanggupan penternak itu sendiri, Jika salah satu daripada perkara ini diabaikan, besar kemungkinan usaha tersebut akan menemui kegagalan.
MODAL |
Di dalam menjayakan projek ini, modal yang diperlukan adalah seperti berikut:
-
- KOS TETAP:
- Reban/bangsal termasuk upah binaan ( keluasan 1 ekor 1 – 1 kaki persegi)
- Tangki air (serta sambungan pvc)
- Alat pemanas (jika menggunakan hover : 1 hover kecil = 500 ekor anak ayam)
- Bekas minuman anak ayam ( 4 biji = 100 ekor)
- Bekas makanan anak ayam ( palung panjang : 3 biji = 100 ekor)
- Bekas minuman automatik ( 2 biji = 100 ekor)
- Bekas makanan ayam jenis gantung (2 biji = 100 ekor)
- Setor minyimpan peralatan dan makanan ayam
- Lain-lain perbelanjaan luar jangka
-
- KOS BERULANG
- Anak ayam
- Makanan Ayam – makanan permulaan dan makanan penghabisan
- Elektrik/minyak tanah atau gas/air
- Vaksin dan ubatan
- Susut nilai atas bangunan (5 tahun)
- Susut nilai atas alatan (3 tahun)
- Faedah pinjaman bank
- Lain-lain perbelanjaan luar jangka
KEPERLUAN ASAS LADANG |
Pemilihan Kawasan
- Keluasan yang mencukupi
- Mempunyai pengaliran yang sempurna
- Seelok-elok di kawasan yang tinggi supaya mendapat udara yang baik
- Jauh dari kesibukan, mempunyai kemudahan perhubungan jalanraya, bekalan letrik, bekalan air yang bersih dan selamat dari musuh ayam
- Tidak bercampur aduk dengan ternakan lain seperti itik dan ayam kampong
- Tidak terlalu hampir dengan kawasan perumahan
- Berdekatan dengan pengguna dan pemasaran
Sistem dan Bentuk Perumahan
Rumah atau bangsal ayam mestilah mempunyai ciri-ciri seperti berikut:-
- Peredaran udara yang sempurna. peredaran udara yang baik menolong mengeringkan kelembapan dan menghapuskan gas amonia dari najis ayam.
- Saiz rumah, mestilah sesuai dengan jumlah ayam. Jangan membina terllu kecil atau besar kerana ianya tidak menguntungkan. Saiz yang sesuai ialah 1 kaki persegi bagi satu ekor ayam dewasa.
Contoh: 5000 ekor ayam ialah 5000 kaki persegi.
- Ukuran yang dicadangkan ialah: 25 kaki x 200 kaki (1 bangsal) atau 25 kaki x 100 kaki (2 bangsal)
- Kedudukan bangsal, seelok-eloknya hendaklah dibina mengikut arah Timur ke Barat supaya dapat mengurangkan kesan panas kepada ayam.
Sistem Perumahan
Boleh dibahagi kepada 2 iaitu:
- Sistem Lantai Atas
- Sistem Lantai Bawah
Maju atau mundur sesuatu projek adalah bergantung kepada kecekapan pengurusan. Penternak yang cekap akan menitikberatkan semua aspek pengurusan bagi mencapai satu tahap penghasilan yang maksima dengan kos perbelanjaan yang minima.
Di dalam pengurusan ayam daging, beberapa aspek pengurusan mestilah tersemat di dalam diri penternak. antaranya ialah:
PEMILIHAN BAKA |
Ciri-ciri anak ayam yang berkualiti
- Aktif, mata terang dan bulat, kaki kuat, berdiri dengan baik dan bulunya kering dan lembut.
- Saiznya tidak terlalu kecil dan mempunyai saiz yang sama .
- Bebas dari kecacatan seperti kaki bengkok, tali pusat yang tidak kering, kepak patah, buta dan sebagainya.
- Belilah anak-anak ayam daripada pembekal atau mendapat keterangan lanjut.
PEMAKANAN |
Pemakanan adalah salah satu faktor yang terpenting yang perlu dititikberatkan oleh penternak. Ini adalah kerana 2/3 dari kos pengeluaran adalah daripada makanan. Penternak mestilah memastikan tiada pembaziran berlaku ketika memberi makan dan menyimpan.
Terdapat 2 jenis makanan ayam pedaging:
- Makanan permulaan untuk ayam berumur 1 hari – 4 minggu
(kandungan protin kasar = 22 – 24 %)
- Makanan pengemok/penghabisan untuk ayam berumur 5 minggu – 7 minggu/jual
(kandungan protin kasar = 19 – 20 %)
- Makanan diberi tanpa had.
PENCEGAHAN DAN KAWALAN PENYAKIT |
Terdapat banyak jenis penyakit ayam. Penyakit yang biasa menyerang dan memerlukan kawalan diperingkat awal ialah:
- Sampar
- Puru ayam
- Saluran Pernafasan
- Pullorum (Berak Kapor)
Oleh itu jadual untuk menyuntik ayam-ayam bagi melawan serangan penyakit seperti sampar dan puru ayam perlulah diadakan.jadual suntikan yang mesti diikuti oleh setiap penternak ialah:
Umur 1 hari – Sampar “F”
Umur 3 minggu – Cacar puru
Umur 6 minggu – Sampar “S”
Selain itu penternak haruslah mengawal kawasan rumah ayam tersebut dari dicerobohi oleh anasir-anasir pembawa kuman seperti burung, ayam kampong dan lain-laian ternakan. Kemasukan orang luar dan pelawat haruslah ditegah sama sekali.
PEMASARAN |
Pemasaran ayam yang telah meningkat dewasa adalah patut difikirkan. Pasaran yang baik dari segi permintan dan harga menjamin kejayaan projek.
Strategi Pemasaran
Empat faktor penting yang boleh dilakukan oleh penternak di dalam urusan perniagaannya:
- Tempat (Berdekatan dengan pasaran, tiada masalah perhubungan).
- Pengeluaran (Boleh dijual dalam bentuk hidup, bersih dibekukan, dan bahagian berpotong dll.)
- Harga (Berbeza mengikut tempat dan saluran pemasaran)
- Pengiklanan (Biasanya dilakukan oleh pengusaha besar)
Pendapatan
Pendapatan – Kos Berulang
Kos Pengeluaran Se kg
Kos Berulang
Berat ayam
PENYIMPANAN REKOD |
Penternak hendaklah menyediakan catitan setiap aktiviti melibatkan kewangan. 2 jenis rekod yang dicadangkan ialah:-
1. Rekod Pengurusan
- Untuk membaiki kelemahan pengurusan disetiap peringkat
- Menentukan baka ayam yang baik
- Menentukan jenis makanan yang baik
- Mengurangkan kadar kematian
- Menggunakan ubat-ubat yang sesuai.
2. Rekod Kewangan
- Menentukan paras keuntungan/kerugian
- Mengurangkan kos-kos yang membazir
- membantu menyediakan kertas kerja bagi tujuan membesarkan projek dimasa-masa akan datang.
sy ni br mula nk berjinak2 dengan penternakan ayam daging. boleh x bg taw sy berapa kos anggaran untuk menternak dari permulaan sehingga hendak dipasarkan. agak nak bela dalam 5000 ekor dlu…ad x cecah RM30,000…
saya rse dlm 25 sen kot
sy baru nk memulakan projek menternak ayam pegaging secara sambilan. sy nak tahu anggaran untuk menternak 1000 ekor ayam.
sini untuk ternak ayam pedaging bukan ayam pegaging.
maaf ye.
anda boleh keluar dari web ni secepat mungkin
sy baru bercadang ingin membuka projek trnakan ayam daging di sabah tapi sy blum ada sebarang pengalaman tentang menternak ayam sebelum ini,sy ingin tahu bagaimanakah sy boleh mendapatkan lbih informasi dan berapakah anggaran kos jika sy ingin menghasilkan sekitar 4000 ekor ternakan ayam muda yg telah di gredkan bagi permintaan pelanggan.tetapi bekalan anak ayam,makanan,dan ubat-ubatan telah disediakan oleh pelanggan cuma sy hanya perlukan anggaran kos projek dari mula membina kawasan projek sehingga operasi boleh dijalankan?
balas
Salam penulis,
Saya baru menceburkan diri dalam hobi menternak ayam. Untuk permulaan ini, saya baru membela 5 ekor ayam daging dan sedang dalam proses mengenali mereka. 🙂 Umur mereka sudah mencecah 1 bulan lebih. Tergerak hati pada ketika ini untuk menternak ayam dan mendapatkan pulangan modal dari hobi ini.Bolehkah penulis kongsikan modal yang dianggarkan untuk menternak 1000-5000 ekor ayam?
—————————————–
Terima kasih kepada penulis kerana sudi berkongsi maklumat. Sangat berguna untuk kami.
Wasalam.
hampirsetahun saya ceburi bidang ternakan ayam pendaging atau broiler,. sebelum saya ceburi bidang ni,3 tahun lebih saya dah belajar dan banyak membaca cara2 menternak ayam ni,takpuas dengan tu saya cuba untuk dapatkan info2 lebih terperinci dari yang pernah bekerja dengan pengusaha2 besar ayam broiler,. pada masa itu saya sedia dan yakin mampu untuk memulakan menternak dengan jumlah sedikit,. pada masa tu,saya cuba dapatkan bekalan dari pengeluar doc atau anak ayam di kampung,… sebenarnya kalau nak mulakan ternak kecil2an punsusah,..besar2an lagi susah,……haha.. ayam ni kalau setakat ternak ayam 200-300 komfirm boleh bankrup. margin dia sebenarnya, kalau ternak ayam dalam 100 ekor,keuntungan dia kalau tk ada masalah hanya boleh dapat RM 120-190. tupun kalau takda masalah kematian banyak,. ok camni saya jelaskan dengan kalkulator,..
modal untuk 100 ekor ayam.
DOC atau anak ayam 100 x RM 2.20 = RM 220
makanan ayam untuk tempoh 42 hari, 350kg. 350kg x RM 2.40 = RM 840 jumlah makan system kontrol
vitamin dll RM 50
pengankutan ambil anak ayam dan jual RM 120
jumlah tak termasuk bil elektrik,air.
jumlah; RM 1230.
jualan,..
100 ekor darab berat rata 2.0kg total 200kg
200kg x RM 6.50 = RM 1300.
harga pasaran berbeza setiap tempat pasaran.
kunci untuk dapat untung banyak,adalah,………………
“ternak sikit,sikitlah untungnya,…
‘ternak banyak,maka banyaklah untungnya,……………………………
kalau setakat nak belajar atau nak mengenali cara menternak ayam memang sesuai kalau 200-300..
tapi kalau nak sara atau bagi nafkah untuk keluarga dengan menternak ayam broiler 200 ekor memang tak sesuai sangat,.. melainkan menternak 5000 ekor,insyallah bolehlah goyang kaki dapat untung lebih,..
cuma menternak ayam ni perlukan modal besar,walaupun hanya setakat 200 ekor,..
perkiraann: 100 ekor wajib sedia modal RM 1400.
kalau 1000 ekor maknanya kena standby RM 14000.
kalau 5000 ekor kena standby dalam RM 70000.
sekian,.. tu je yg boleh saya kongsikan,.. kalau nak tanya lebih lanjut boleh hubungi saya.
019830980.azman. saya boleh jelaskan dengan pengalaman saya lalui,harapan saya agar kita dapat berkongsi tips atau cara menternak broiler ni,..wassalam.
Tq info yg dikongsi..moga Allah mudahkan urusan anda.
Salam,
Saya ingin menternak ayam anggaran dlm 20-50 ekor.Apakah peralatan² yg penting untuk ternakan yg bakal saya ternak.
Info yg sangat berguna, terima kasih.
saya ada menyediakan khidmat nasihat untuk pembukaan reban baru tertutup.saya juaga boleh supply peralatan,perkakas untuk reban tertutup dgn harga yg sangat murah di pasaran.no tel 0169509900.thanks for support us.
bekas makanan,feeding pan,nipple drinking,ventilation fan,hubungi saya.harga terendah di pasaran.
Salam bang nii contact saya 017-8707228.. Saya berminat nak menternak ayam daging tp saya tak tahu kos bina reban ayam tertutup dan ap yang perlu ada… Abg boleh bg harga tak? Sebab nak buat kira-kira pengeluaran modal
Salam..ade kursus penternakan Tak?sy ingin belajar mnternak ayam daging..modal permulaan berapa ya?
Boleh saya tahu katne ladang ayam pedaging ni? Saya nk gi tengok dan beli ayam untuk projek final year saya…
Salam..ade kursus penternakan Tak?sy ingin belajar mnternak ayam daging..modal permulaan berapa ya?
w.salam.cuba saudara tgk blog fatonah farm.tapi kursus tu berbyr ye.
Kalau ada RP ni boleh cuba buat betul2. Ayam ni semua orang makan. Dan hari2 sumber makanan semakin perlu ditambah. Tapi itu lah kalau bela ayam ni masalahnya kena jauh dari perumahan. Nanti ada plak komplain dengan PBT. Sebab bau busuk dan lalat.
Salam.. saya berminat perniagaan ayam daging ni.. dan sudah bermula..tp masih tidak tahu cara yang betul. 0166381201 no saya.
Mohon dapatkan sedikit pencerahan sekiranya kita mahu mengeluarkan ayam daging secara harian sebanyak 5000 ekor sehari… berapakah tanah yang diperrlukan utk tujuan tersebut…. terima kasih.
assalam encik..maaf bertanya…apakah wajib untuk sy dptkan kelulusan dari majlis daerah utk membuat ladang dlm kapisiti 10ribu ekor? tq
ingin meminta pendapat, saya ingin menternak ayam secara kecilan,anggaran 20ekor sebagai permulaan (tiada modal kasar),,tapi saya tiada kawasan,,dimana saya harus bermula?,,,ada rakan menyatakan pihak JPS ada menyediakan perkhimatan sewa tapak untuk penternak,