Pendahuluan
Cendawan didefinasikan sebagai organ pensporaan kulat yang boleh dimakan. Ia mengandungi banyak protein,vitamin dan zat-zat galian seperti Kalium(K) dan Posforus(P) yang penting untuk kesihatan badan. Ia juga mempunyai rasa yang sedap. Selain daripada tumbuh semulajadi ,ada
tumbuhan yang telah reput dan menyerap zat-zat makanan daripadanya. Bentuk cendawan adalah pelbagai, tapi kebiasaanya ia mempunyai batang atau tangkai dan tudung yang berbentuk seperti payung
Jenis-jenis Cendawan
Tiram Kelabu Telinga Kera
Tiram Putih Abalone
Proses Penanaman Cendawan
PENYEDIAAN BEG CENDAWAN
Bahan/Peralatan:
Cara:
1.Gaulkan habuk kayu getah, dedak dan kapur pertanian pada kadar 100:10:1
2.Campurkan air sehingga campuran habuk kayu lembab dan apabila dikepal tidak berderai.
3.Masukkan campuran habuk kayu getah ke dalam beg plastik dan hentak sehingga padat.
4.Pasangkan gegelang PVC dan tutup dengan penyumbat kapas atau ditutup dengan kertas surat khabar lama dan diikat dengan getah.
Peralatan penyediaan beg cendawan MediaCampuran
Mengaulkan Campuran Media Mencampur-kan Air
Masukkan Ke Dalam Beg Memasang Penutup
PENGUKUSAN BEG CENDAWAN
- Bahan/Peralatan:
- Drum,Set Dapur Gas
Cara:
- Letakkan lapik (dari bata atau kayu dan dawai jaring) ke dalam tong drum setinggi 20cm.
- Isikan air ke dalam tong drum bawah sedikit daripada pelapik tadi.
- Susun menegak beg-beg cendawan yang telah siap ke dalam tong drum dan tutup rapat.
- Kukus 5-6 jam.
- Sejukkan sebelum disuntik benih.
Peralatan Mengukus Memasukkan Pelapik Ke Dalam Tong
Isikan Air Menyusun Beg
Kukus 5-6 jam Sejukkan
PENYUNTIKAN BENIH
Bahan/Peralatan:
- Benih Cendawan
- Pencungkil Benih
Cara:
1.Penyuntikan benih ini hendaklah dilakukan di dalam keadaan bersih.
2.Hancurkan benih cendawan dengan pencungkil.
3.Buka mulut beg cendawan dan masukkan benih cendawan sebanyak satu sudu besar dan tutup kembali mulut beg cendawan.
4.Susun beg cendawan secara menegak di tempat yang redup dan sejuk (terlindung dari
cahaya matahari)
5.Biarkan maisiliam tumbuh hingga memenuhi keseluruh beg cendawan (30-40 hari selepas disuntik benih).
Peralatan Penyuntikan Benih Membasmi Kuman
Menghancurkan Benih Memasukkan Benih Dalam botol
Membuat Catatan; Biarkan 30-40 hari
MEMUNGUT HASIL
1.Setelah maisilium memenuhi keseluruh beg cendawan, susunkan ke atas rak dengan cara merebahkannya.
2.Buka mulut beg cendawan dan tunggu hingga hasil pertama keluar (2-4 hari selepas dibuka).3.Sembur air dengan percikan yang halus pada waktu pagi dan petang untuk meninggikan kelembapan dan merendahkan suhu.
4.Pungut cendawan yang telah berkembang sebelum tepi kelilingnya menjadi berombak-ombak.
5.Tutup kembali beg cendawan yang telah dipungut hasil dan tunggu hingga 7-10 hari untuk dibuka kembali.
Maisilium Kelihatan Tumbuh Menyusun Beg Memungut Hasil
PENJAGAAN BEG CENDAWAN SEDIATUAI
1.Baringkan beg cendawan di tempat yang lembab dan teduh.
2.Rehatkan 7-10 hari, sambil itu siram bahagian luar beg,jika keadaan cuaca kering dan panas.
3.Setelah 7-10 hari buka penutup beg cendawan dan biarkan 2-3 hari untuk pengeluaran hasil yang pertama. Jangan siram atau sembur air pada cendawan-cendawan kecil yang baru tumbuh. Biarkan ia membesar sehingga cukup mengembang (sebelum tepi cendawan berombak).
4.Petik cendawan dengan cara menarik keluar kesemua rumpun cendawan.
5.Bersihkan bahagian mulut beg cendawan dan sembur sedikit air. Tutup semula mulut beg
6.Rehatkan selama 10 hari dan jalankan penjagaan seperti no.2 dan seterusnya.
7.Hasil boleh dipungut sebanyak 5-6 kali bagi setiap beg cendawan.
8.Beg-beg cendawan yang hendak dibuang boleh juga dipecah-pecahkan dan ditabur
sekeliling pokok sebagai baja organan.
di mana dapat sy perolehi barang2 tersebut? kerana sy berminat untuk menceburi bidang ini! sy harap impian sy berjaya dgn adanya tunjuk ajar dari tuan/puan..
macam mana saya boleh dapatkan barang2 tersebut? especially benih cendawan..saya sangat berminat
saya sangat berminat dengan bidang ini..boleh kah saya tahu kos permulaan bagi memulakan perusahaan ini?
saya ber minat dalam bidang ni, tapi saya x mempunya modal yang besar, ada pinjaman tak bagi perusahaan ini,segi kos?
Assalamualaikum….saya nak tau market untuk cendawan ini…saya akan mulakan bidang ini untuk 1ekar tanah.Saya mahu menjadi wholesaler…saya mahu tahu pasaran dan buyer.hubungi saya 0129044995….Terima Kasih
Saya berminat untuk tanaman cendawan. Bagainama boleh tak kalau rumah batu dijadika tempat tanamanan cendawan.Adalah ianya sesuai dengan cendawan. terima kasih.
adakah harizamrry telah melakukan projek ini? kenapa tiada perkembangan dari penulis sejak sekian lama.
saya sedang buat kertas kerja untuk membuat pinjaman bank. semoga saya berjaya. insyaAllah akan bermula projek saya selepas hari raya nanti. sebarang pertanyaan atau ingin memberi nasihat sila hubungi saya di ez_eft@yahoo.com
berapa modal minimam yg di perlukan utk menusahakan penanaman cendawan secara commercial
assalamualaikum wbt..
saya berminat untuk memulakan projek menanam cendawan seperti di dalam website encik tetapi saya zero knowledge dari semua segi..
rasanya semua yang saya nak tanya telah ditanya oleh semua rakan2 yang memberi respone kepada encik tetapi saya nak temui jawapan dari encik
terhadap semua solan yang ditanya.sila beri respone.
terima kasih
Maaf kerana kurang response pasal perusahaan cendawan.
Untuk pengetahuan, segala info yg terdapat di sini adalah sebagai bahan bacaan dan rujukan sahaja. Saya sebagai webmaster hanya menyediakan mklumat sahaja dan membantu sedaya ada. Untuk mendapatkan lebih lanjut sesuatu produk/maklumat disini, saya nasihatkan anda untuk berusaha sendiri. Try searh di google berkenaan info cendawan…saya pasti anda akan mendapat maklumat yg saudara perlukan.
Kalau semua maklumat yg saudara perlukan saya yang cari..saudara pula apa sumbangannya? Harap dapat terima penjelasan saya.
salam, saudara sebagai web master sepatutnya membantu mereka yang ingin mengetahui… bila mereka ingin megetahui dan berminat maknanya saudara berpeluang untuk menunjukan mana-mana pusat tanaman cendawanm termasuk perusahan anda sendiri… jika mereka ini mahu mengikuti kursus sudah tentula saudara dapat jugak manafaatnya.. perserta ini juga dapat faedahnya….mahu saya tunjukan macamana.. ? saya berpendapat saudara bukan webmaster jauh sekali mempunyai perusahaan cendawan sendiri…bagi mereka yang berminat sila hubungi pusat cendawan berhampiran tempat anda tidak payah cari pakai google… orang biul saya cari pakai google.. di sini saya cadangkan.. agroteck, bakri agro. cendawan puchong dan fatisha agro tech dan banyak lagi
Salam,
Saya sebagai webmaster hanya menyediakan satu kemudahan maklumat & flatform untuk sesiapa sahaja yang berminat untuk mendapatkan pengetahuan tentang pertanian serta berurusniaga berasaskan hasil pertanian diblog ini. Kepada yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan amatlah dialu-alukan untuk memberi tunjuk-ajar pada mana2 yang berkesulitan.
Sila rujuk pada Terma2 yang terdapat di sudut kanan blog ini.
Harap maklum dengan penjelasan yang diberi. Terima kasih.
dimana kami boleh dpt informasi (secara praktikal dan terperinci)lebih lanjut tentang perusahaan cendawan?
habuk kayu yg dh guna, yg dh xproduktif 2 nk hapus mcm mana?blh guna utk buat benda lain x?
TERIMA KASIH KRANA SDI BERKONGSI MAKLI=UMAT
askum
saya berminat dlm projek ternakan itik dan penanam cili (telah mula dgn 7ekor & 30 pokok)
so saya nak dptkan company yang boleh sign kontrak untuk menguruskan tunjuk ajar serta juga menjadi pembeli kepada hasil tanaman atau ternakan segera..
call segera 0133217934
lokasi:batu pahat johor
saya berminat dengan perusahaan ini tapi langsung tiada pengetahuan dan kos permulaan untuk bisnes ni berapa ye? moga tuan dapat memberi panduan dan cadangan.
salam. saya dah cuba penanaman cendawan secara kecil kecilan semua maisilium dah penuh tapi apabila saya buka dari penutup rehat sampai 5 – 6 hari tapi cendawan tak keluar juga.
salam saye dan rakan berminat utk mengetahui business cendawan.ke mane saye boleh mndpt info lg ttng business ni?contoh modal?cara penyediaan yg lbh terpeinci?dan bagaimana nk buat pemamsaran cendawan ni?tQ
boleh tunjukkan beberapa lagi panduan dalam bentuk dvd atau vcd?
mana nak dapat benih kulat? berapa harga