Kembang potensi roselle

Al-Faiz hasil produk kosmetik, eksport ke Kemboja, Vietnam dan Afrika

AL-FAIZ Industries Sdn Bhd mengembangkan potensi tumbuhan roselle daripada kelazimannya dihasilkan sebagai minuman, kepada pengeluaran produk kosmetik.

Pengarah Urusannya, Azhar Md Yusoff, berkata syarikat itu yang memulakan pengeluaran produk kosmetik daripada roselle di bawah jenama ‘Le Roselle’ pada November tahun lalu, kini sedang dalam proses mengeksportnya ke Kemboja, Vietnam dan negara Afrika.

“Jika selama ini roselle hanya digunakan untuk menghasilkan minuman, tetapi kajian kami mendapati ia juga baik sebagai ejen anti-penuaan dan dijadikan serum dengan tumpuan kepada produk pembersihan, antipenuaan dan pencerahan.

“Kami mendapat kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) serta Mara, dan sedang menunggu kelulusan untuk mengeksport produk itu yang dijangkakan tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas perasmian ekspo Gerak Usahawan Nasional 2009 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, minggu lalu.

Pada perasmian ekspo anjuran MeCD itu juga, Al-Faiz bertukar dokumen memorandum perjanjian (MoA) dengan Sirim Bhd yang diwakili Ketua Eksekutif, Yahya Ahmad.

Menerusi MoA itu, Pusat Teknologi Alam Sekitar dan Bioproses Sirim, akan menawarkan khidmat pembangunan formula produk, keselamatan dan keberkesanan produk, perkhidmatan kejuruteraan serta pembungkusan produk yang dihasilkan Al-Faiz.

Azhar berkata, ada lapan produk penjagaan diri dan kelengkapan mandian yang dikenal pasti akan dibangunkan syarikat itu dengan kerjasama Sirim, termasuk susu pembersih muka, penyegar, pelembap, pelindung matahari dan serum malam.

Produk kelengkapan mandian pula termasuk buih pembersih muka, syampu rambut dan gel mandian.

Azhar berkata, Al-Faiz turut menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Pertanian Negeri Kedah dan Mardi untuk mendapatkan bekalan roselle yang bermutu tinggi.

“Program perladangan kontrak dijalankan bersama petani tempatan di Daerah Jeli, Kelantan; Tasik Gelugor, Pulau Pinang dan Changlun, Kedah atas nasihat dan pemantauan Jabatan Pertanian Negeri.

“Di Jeli, penanaman roselle adalah seluas 18 hektar, lapan hektar di Tasik Gelugor sementara di Changlun seluas 15 hektar,” katanya.

Al-Faiz yang berpangkalan di Jitra, Kedah, sudah berkecimpung selama lapan tahun dalam pembuatan produk minuman kesihatan berasaskan roselle atau nama saintifiknya ‘Hibiscus Sabdariffa’ dengan membekalkannya secara kontrak kepada stesen Mesra Petronas di seluruh negara.

Minuman yang dibekalkan adalah `Roselle Tongkat Ali’ dan Roselle Kacip Fatimah’ atas jenama `GLUPTM’.

6 thoughts on “Kembang potensi roselle

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s