Panduan menanam cili dalam Pasu/Polybag.

Sayuran cili menjadi salah satu ramuan dalam kebanyakan resepi masakan mampu hidup lebih subur didalam pasu sekiranya ditanam mengikut kaedah penanaman yang betul.

Berikut adalah kaedah penanaman didalam pasu yang boleh dijadikan panduan.

  • Gunakan tanah campuran yang mengandungi tiga bahagian tanah, satu bahagian tahi ayam reput atau kompos dan satu bahagian pasir. isikan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5cm dari permukaan pasu.

  • Semai terus3 atau 4 biji benih kedalam pasu sedalam 2 hingga 5 cm. Tinggalkan hanya sepokok setiap satu dua minggu selepas menanam.

  • Siram pokok pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali pada hari hujan.

  • Tabur sebanyak satu sudu teh atau 5 gram baja di sekeliling pokok setiap minggu.

  • Gunakan juga rumput-rumput kering yang diletakkan di sekeliling pokok sebagai kompos semulajadi.

  • Hasil tuaian lada selalunya dapat dikutip selepas kira-kira 12 minggu ditanam. Anggaran hasil mengikut kaedah ini adalah diantara 0.8 – 15 kilogram sepokok.

Bagaimanapun bagi mereka yang mempunyai tanah yang luas, panduan berikut boleh diikuti.

  • Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15-22 cm. Sediakan batas berukuran 1.2 meter lebar dan 22 – 30 cm tinggi. Panjang batas mengikut keadaan kawasan manakala jarak antara batas pula ialah 45 cm. Gaulkan tahi ayam reput sebanyak 25 kg bagi 50 meter persegi kawasan.

PENYEDIAAN ANAK BENIH


Semaian anak benih cili

  • Sediakan kotak semaian berukuran 45 cm panjang, 22 cm lebar dan 10 cm tinggi. Isikan kotak semaian dengan tanah campuran mengandungi tiga bahagian tanah, satu bahagian tahi ayam reput dan satu bahagian pasir.

  • Semai lima gram biji benih ke dalam kotak semaian secara barisan dan tutp benih dengan lapisan nipis tanah. Jarak tanaman adalah 5 cm antara baris dan 2 cm antara pokok.

  • Siram dengan penyiram yang mempunyai semburan halus dua kali sehari.

  • Kotak semaian mesti dilindungi daripada cahaya matahari dan air hujan yang berlebihan.

  • Ubah anak benih ke ladang 3 – 4 minggu selepas disemai .

  • Sebelum diubah ke ladang, dedahkan anak benih kepada cahaya matahari selama 3-4 hari untuk mengeraskannya.

MENANAM

  • Anak benih yang berumur enam minggu boleh diubah terus ke batas.

  • sebelum mencabut basahkan kotak semaian supaya anak benih senang digali. Kemudia, gali anak beni dengan segumpal tanah dan tanam terus ke batas.

  • Jarak tanaman adalah 90 cm antara pokok dan 150 cm antara baris.

PENJAGAAN

  • Tabur baja di keliling pokok dengan kadar satu sudu besar atau 10 gram sepokok setiap dua minggu.

  • Gunakan rumput-rumput kering atau pelepah kelapa sebagai sungkupan.

  • Bersihkan batas daripada rumpai menggunakan tanah, cangkul atau tajak.

TUAIAN HASIL


Tuaian hasil cili merah

  • Cili boleh dipetik lapan minggu selepas diubah ke ladang dan pungutan hasil dibuat setiap tiga atau empat hari.

  • Anggaran hasil dari kawasan 50 meter persegi adalah 100-200 kg.

107 thoughts on “Panduan menanam cili dalam Pasu/Polybag.

  1. saya ingin jadikan menanam cili sebagai permulaan untuk berniaga,tetapi saya tidak tahu bagaimana sekiranya saya hendak menjual cili2 saya .

  2. saya dari sabah.
    saya nak beli polybag untuk menanam cili.
    bagaimana cara nak beli polybeg tersebut?
    (melalui pos)

  3. saya amat tertarik dengan penanaman cili merah. memang bagus bagi yang ingin memulakan penanaman cili merah tetapi saya tidak tahu cara penanaman yang khusus untuknya.

  4. saya juga amat tertarik dengan penanaman cili tapi masih di peringkat hendak memulakan penanaman. oleh itu bolehkah terangkan kepada saya serba sedikit hal2 yang berkaitan:
    1.bolehkah cili di tanam dengan menggunakan sekam padi,habuk kayu dan sebagainya,,kalau boleh,boleh terangkan serba sedikit bagaimana cara yang lebih sesuai cili di tanam di dalam polybeg.(tanah atau campuran bahan2 yang saya sebutkan tadi)
    2.di manakah saya bleh mendapatkan benih cili yang berkualiti dan terjamin harganya,,perlukah bertanya pada pihak jabatan pertanian.
    bagaimanakah cara penjagaan cili yang paling berkesan.
    3.adakah terdapat risiko besar di dalam proses pertanian ini?
    4.bilakah hasil tuaian boleh di kutip..
    5.bagaimakah cara pemasaran yang paling sesuai?

    • didlm website ini ada panduan cara menenam cili kt atas tanah/beg plastik dan juge kawan2 kita ada juge jual benih2 cili,biasenye bila awk nk beli benih tu pasti ada yg murah dan yg mahal same mcm beli kereta,kalau kereta murah kite dpt kereta yg mcmni begitulah seterusnye,pemasaran yg paling sesuai kite cari pasaran itu sendiri jgn harap kt kerajaan je itu rezeki kite kena cari sendiri dan jgn lupa berdoa juge supaya rezeki allah beri,kalau kite nk jdi org bisnes kena jumpe org bnyk2 lah bru dpt pelangan

    • Maksudnya ialah baja kompos. Campurkan tahi ayam, tanah dan flora sehingga reput dan tidak berbau. Gemburkan dan terus boleh digunakan.

  5. saya tertarik hati setelah membaca panduan menanam cili dan akan mula membina tapak semaian.
    Soalan:

    1. Bolehkah tanaman cili ini di tanam di kawasan tanah yang sudah di tanami pokok getah dan buah-buahan?

    2. Berapa banyak pokok cili padi yang harus di tanam dalam sehektar?

    3. Berapa lamakah cili padi ini bertahan?

    4. Jika cili padi di tanam secara besar-besaran, contohnya untuk 10 ekar atau lebih, berapakah ongkosnya dan bolehkah mendapat kemudahan pinjaman dari bank atau bantuan teknikal?

    5. Adakah kawasan tanah berbukit sesuai di tanami cili padi?

    6. Apakah jenis tanah yang sesuai untuk penanaman cili ini.

    7. Jika berhasil kelak saya akan pasarkan hasil cili ini kepada siapa? dan saya tak nak jual kepada pihak ketiga kerana terlalu murah.

  6. Saya ingin mendapatkan khusus/latihan penuh untuk menceburi dalam bidang penanaman cili. Tolong beri idea untuk saya. Skian.

  7. orang ramai sepatutnya mengusahakan tanaman semua cili kerana kerana hampir lebih 80% cili segar di Malaysia adalah diimport dari negara luar….cili mempunyai harga yang tinggi dan stabil dipasaran….

  8. kaedah menanam cili menggunakan kaedah fertigasi (gunakan polibeg dan serkam padi atau sabut kelapa sebagai medium) adalah yang paling baik dan hasil pengeluaran sangat baik dan lumayan berbanding menanam di atas tanah, penyakit bawaan tanah dapat dielakkan dan baja dapat digunakan secara optimun selain tidak perlu menyiram dan merumput…..

  9. Saya tanam cili dalam pasu di tingkat 3 rumah apartmen. Bunga banyak tapi tidak menjadi buah. Bagaimana untuk lakukan pendebungaan sendiri tanpa bantuan serangga?

    Terima kasih.

  10. Saya telah menanam cili sekitar rumah tapi malangnya daun pokok cili luruh setelah hidup subur and banyak batang cili putus. Apa kah masalah yang sebenarnya?

    Terima kasih

  11. saya telah cuba menanam 500 pokok cili padi.. d tanam dalam poli beg. hasilnya lumayan juga. harga paling murah Rm8.00 sekilo dan harga paling tinggi pernah ada dalam pasaran ialah Rm68.00 sekilo.

    • bole kongsi x pengalaman masa mula2 nak tanam cili 2 sampaila nak tuai hasil.lokasi tempat tanaman 2 katne ek??kalau sudi,bagila no hp,bule saya kontek terus.lagi 1,bule saya tau katne nak amik anak benih??

  12. saya baru mula merancang untuk buka perniagaan penanaman cili padi.tetapi saya tidak berapa mahir.bolehkah bagi saya cara-cara untuk memulakan perniagaan ini yang lengkap?termasuklah cara penanaman, membaja, penjagaan, & menuai?terima kasih.

  13. Salam,

    Saya ingin memulakan tanaman cili, kpd yg mempunyai pengalaman diharapkan dapat membantu,
    saya juga memerlukan input biji benih dan juga baja.
    Sila hubungi saya tel 01706213153/019 355 7065

    terima kasih

  14. Membaja pokok cili

    (1) Di Ladang

    Tabur baja NPK Blue Special (12:12:17:2) di keliling pokok dengan kadar 1 sudu besar atau 10 gm sepokok setiap dua minggu.

    (2) Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain

    Tabur sebanyak 1 sudu teh atau 5 gm baja NPK Blue Special (12:12:17:2) sepasu di keliling pokok setiap minggu.

    biasanya baja butir ini berwarna “biru” dan dicop dengan nombor 43….

  15. MENDAPATKAN POKOK CILI YANG RIMBUN
    (sumber: Suara KPW Oktober 1993)

    Untuk mendapatkan pokok cili yang rimbun dan subur, cara menanamnya perlu diberi perhatian. Menanam anak benih cili secara menyendeng dan melenturkannya adalah salah satu cara yang baik bagi memperolehi pokok cili yang banyak ranting. Bila pokok cili mempunyai ranting yang banyak, maka hasil cili juga akan bertambah berbanding dengan pokok cili yang kurang rantingnya. Disamping itu, amalan menggetu (memetik) pucuknya juga akan menambahkan bilangan ranting pokok.

  16. Menyediakan Anak Benih

    Bagi tanaman di ladang, sediakan kotak semaian berukuran 45 cm (18 inci panjang, 22 cmm (9 inci) lebar dan 10 cm (4 inci) tinggi. Isikan kotak semaian dengan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput dan 1 bahagian pasir. Semai 5 gm biji benih ke dalam kotak semaian secara barisan dan tutup benih dengan lapisan nipis tanah. Jarak tanaman ialah 5 cm (2inci) antara baris dan 2 cm (1 inci) antara pokok. Siram dengan penyiram yang mempunyai semburan halus dua kali sehari. Kotak semaian mesti dilindungi daripada cahaya matahari dan air hujan yang berlebihan. Ubah anak benih ke ladang 3 hingga 4 minggu selepas disemai. Sebelum diubah ke ladang, dedahkan anak benih kepada cahaya matahari selama 3 hingga 4 hari untuk mengeraskannya.

    Menanam:

    (1) Di Ladang

    Anak benih yang berumur 6 minggu boleh diubah terus ke batas. Sebelum mencabut, basahkan kotak semaian supaya anak benih senang digali. Kemudian, gali anak benih dengan segumpal tanah dan tanam terus ke batas. Jarak tanaman ialah 90 cm (30 inci) antara pokok dan 150 cm antara baris.

    (2) Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain

    Semai terus 3 atau 4 biji benih ke dalam pasu sedalam 2 hingga 5 cm (1 inci). Tinggalkan hanya sepokok

  17. saya ada some knowledge yang mungkin bolh dikongsi bersama tentang penanaman cili padi secara fertigasi dengan menggunakan cocopeat dan juga baja jenis liquid form. For further information, pls email me : gurangak_omie@hotmail.com

  18. sya dr negeri sabah berumur 18 tahun dan aku maw mnceburi bidang pertanian terutamanya pnanaman cili padi.tetapi masalah sya skarang ialah xlatihan khusus y ada pd sya.so,sepa y boleh bantu sa,pleaze contact me at the num.0138565562(kindy)

  19. assalaimualikum semua..saya heri dari pontian johor..kau orang kalu betul2 nak buat projek cili.guna habuk sabut memang bagus.perosak kurang..ramai kawan2 saya yang buat projek ni..dia beli habuk sabut dengan saya..satu guni 50kg hanya rm5.polybag boleh dapat 6 polybag.tapi aku hantar kawasan johor je..nombor saya 0172070531

  20. saya dah tanam cili merah tapi masalahnya bila buah nak bewarna merah, buah akan busuk… macammana ye? apa perlu saya letak supaya cili saya bewarna merah dan buah pun segar ? ada baja atau apa2 yang perlu diletak ? saya tanam atas batas.. tq..

  21. saya dan membe mempunyai satu tanah keluasan 2 ekar.. kami bercadang untuk berjinak dalam bidang pertanian..iaitu cili…jadi masalah utama kami adalah pengalaman,modal dan juga pasaran cili…jadi kami minta nasihat encik untuk masalah kami.. sekian terima kasih

  22. saya membekal baja vermikompos bagus untuk tanaman cili,bersifat organik,mesra alam dan mampu menggandakan hasil tanaman.harga amat berpatutan dan penghantaran terus ke ladang-ladang.hubungi borhan 012-3516002 untuk keterangan lanjut.tq

  23. saya ingin bertanya…. jenis baja dan racun apakah yang baik dan sesuai yang digunakan untuk menanam jagung manis dari peringkat menyemai hingga jagung tersebut menghasilkan buah

  24. Sy ingin dapatkan benih cili,ape2 jenis benih pn xpe.Klu ada yg ingin membantu..hubungi sy,0192581232/0142926276-june,Bandar Baru Bangi.Klu boleh seberapa segera.Tq.

  25. seeloknya untuk tanaman jagung kita boleh gunakan baja organik vermikompos,di samping dapat membaja dapat juga menyuburkan tanah.fungsi 2 dalam 1.cecair vermikompos pula dapat menghalang dari serangan serangga perosak.

  26. saya berminat nak buat fertigasi… ada sesiapa yg tau dimana sy boleh beli polybeg dngan harga yg berpatutan? call saya sha 0173710936 atau 0136018671.. terima kasih

  27. boleh saya tahu cara tanam cili dan dari mana boleh dapat penih cili
    kalau boleh sms no. En/Puan kepada 019-2421748
    saya dari kuala selangor bahangian tanjong karang sungai yu

    • begini….awak pejam mata dan sebut nama awak 3 kali…kemudian buka mata…pasti didepan matamu..yang awak inginkan

  28. Aslmkm .. bagi memenuhi masa lapang saya wargamas , saya sedang mencoba menanam cili dalam pasu dan polybag ..

    Diawalnya pokok2 cili tersebut nampak cantik subur dan mengembirakan ..

    Anihnya pulak bila pokok2 tersebut mula nampak berbunga , daun2 bahagian atas nampak kercau , kerinting ..

    Saya guna baja tahi ayam dan baja organik (folier)

    Harap tolong bagi petua dan tunjuk ajar sikit bagi menjayakan projek kecil kecilan ini ..

    Terima kasih .

  29. Salam tuan;Saya ingin menanam cili padi di dalam poly bag,menggikut keterangan tuan tahiayam reput ,jadi apa kah istilah tahi ayam reput yang sebenar nya,fahaman saya adakah tahi ayam yang di biar kan lama.kalau ia nya lama,berapakah jangka masa baru dapat kita gunakan.?.terima Kasih.

  30. senang je nak cari benih..kat pasar2 tani ada di jual..beli yang masih merah atau yang nak buruk2 2..kan dah save byk drpada beli benih kat kedai…tp kena rendam dulu dgn sebatian baja EM 1 selama 1 jam untuk megelak jangkitan penyakit dan menjadikan benih tu kuat serta sihat..benih hidup lebih baik dr benih dlm plastik..tanaman dlm polibeg mmg bagus tapi blh di buat dlm satu musim dan tanaman organik atas tanah blh bertahan selama 2-3 tahun..namun perlu penjagaan yang rapi supaya dpt mengeluarkan hasil yang sangat baik..fertigasi kena guna modal yang byak berbanding tanaman cili d atas tanah..so..masing2 bleh buat pilihan..TK

  31. saya nk tanya di mana sy nk daptkan mklumat tentang tanaman cili di kawasan perak terutama di ipoh?ade x kawasan tanaman cili yang boleh saya kunjungi?

  32. saya nak tanya macam mana cara nak tanam pokok lada di kawasan mana yang sesuai dan di tempat saya tanahnya liat macam mana 2 bolehterangkan x

  33. adakah usia pokok 1 bulan setengah sudah boleh dibaja..???kalau boleh,baja apa yang sesuai diguna kan.dan adakah baja daun juga perlu di gunakan..???

  34. salam, nk tau sape2 ada ladang tanam cili padi ape2 jenis pon. sy nk g melawat sdd ada nk wat kajin cikit. jika ada minta email kt sy baya_come@yahoo.com atau telepon 012-2593901…di dahulukan dengan terima kasih.

  35. assalamualaikum……….saya nak bertanya cam ner nak mula kan menanam cili.yang saya tanam 2 x membesar pn.kalau boleh saya nak jd kan tanaman cili nie sebagai sumber pendapatan .

  36. saya nak tanya ckit. kalo saya nak buat tanaman secara fertigasi tapi baja yang saya guna bukan baja fertigasi a+b. saya guna baja butir npk blue. boleh tak???

  37. x semestinya guna baja a+b je akan bagus..guna tahi ayam pun ok bah..berbuah jugak 2 nti..npk blue pun boleh coz mmg baja buah 2..jgn tabur dkat batang..tabur keliling batang sahaja dah cukup bangat dong..lau nak bagus guna baja cecair..coz baja cecair paling cepat meresap dalam pokok..x membazir mcm baja butir lama mau tunggu larut masa siram air..logik tak?? selamat mencuba..
    baja cecair tu mcm baja foliar npk 15:15:15..tq

  38. saya baru membuat baja kompos jenis cecair dalam beberape bulan ni. Hasilnye positif dimana daun pokok tanaman lebih lebar dan menghijau. Btg pokok lebih besar dan sihat. dan saya sedang mencuba pada pokok cili.. hasilnye buah cili lebih besar dan sihat (montel gitu) serta tak kerinting seperti kebiasaan. Pertambahan berat pada buah cili. Saya juga dalam proses memasarkan baja tersebut. Kelebihan baja ni ianye berbentuk cecair dan jika guna baja ni tak perlulah siram air lagi ciz dah campur air. Boleh digunakan setiap hari utk siraman. So, cost air tak lah banyak coz baja ni daj ada air. jika berminat boleh lah email saya di sbi_7579@yahoo.com. Saya juga dah cuba di pokok sawit dan hasilnye pun memuaskan. Kalu dulu purata 60tandan baru setan, tapi sekarang purata 50tandan setan.. bayangkan… memuaskan bukan?..

  39. saya juga b’minat dgn penanaman cili ini. skrg ni sy sdg m’cuba secara tanaman dapur kat blkg rumah jek.ada mslh cket la..knapa daun pokok cili saya kekuningan yek??t’lalu panas ke???

  40. Kata org yg berpegalaman,daun pokok cili akan jadi keriting kalau terlebih air atau musim hujan.Tu pasal bekalan cili kurang dan mahal musim tengkujuh.Bulan ke dua dan ke tiga,buah lada sesuai di petik untuk jualan pasar.Bulan ke 4 biasanya lada dah kecut.Hanya sesuai dijual ke kedai2 makan yg tak kisah dgn saiz sebab nak blender buat lada botol.

  41. saya nk mulakan penanaman cili ni tapi x tau nak dapatkan benih cili ni..sape yg nk bantu kol saya d no 0123520705.

  42. nk start taman wat side income. boleh ada kawan2 yan nk bantu berkenaan sumber.. pendapat.. bja.. risiko dan lain2.. pengalaman dan cadangan dari kawan2 semua sangat diperlukan.. call atau msj saya.. 0194176901,,tq

  43. salam
    saya nak tanam cili petigasi.
    dalam satu ekar berapa pokok boleh tanam,
    berapa angaran kos setiap poly bag termasuk tanah, paip, atau kos untuk seekar termasuk biji benih,

  44. atuk saye cakap tanam pokok cili ni senang jer……dan perlu ade kepandaian mcm saye ni…..hahaha……tanam cili ni kene tanam kat tanah yang lembab……jangan tanam kat polybag nanty x jady.cili jugak kene siram tiap2 hari jangan malas tau….hahaha……..

  45. utk menanam cili, jagung dan apa juga jenis sayur, langkah pertama adalah menyuburkan tanah dengan baja organik. saya boleh bekalkan baja organik ‘zeo organik’. tapi biarlah dalam kuantiti melebihi 50kg. harga dan penghantaran boleh dirundingkan.

  46. Hai. Saya dari sabah dan berminat nak buat penanaman cili. Ada sesiapa yang dah expert dan bleh bantu saya bagaimana cara nak mulakan smua ni. Bleh emel atau hubungi hp saya. (dudeharto@gmail.com or 0168198793). Mudahan ada yang sudi share info. Terima kasih terlebih dahulu.

  47. Jualan CoCo peat:
    Kami ada stock coco peat untuk d jual Harga RM 5 satu katul 5 kg.
    1 ketul bolh dapat lebilh dari 5 poly bag selepas rendam air.
    gudang dkt port klang.
    urusan hantar bolh d buat.
    Fauzi Nooska(mobile) 0193560188
    chandra (mobile) 0123795729

  48. sy dr kedah ingin nk tanam cili padi bresama tanaman kontan yg lain spt pisang. org ckp cili padi ni x sesuai dgn panas terik.Sesuai ditmpat yg agak redup. Betul ke

Tinggalkan komen