Penternak puyuh komersial kurang


NOHAN menunjukkan burung puyuh yang sedia dipasarkan.

KUANTAN: Keenakan rasa daging puyuh yang sesuai disediakan dengan pelbagai jenis masakan Melayu menyebabkan permintaan terhadap burung berkenaan semakin menggalakkan.

Bagaimanapun, kekurangan pihak yang mengusahakan ternakan burung puyuh daging secara komersial menyebabkan masalah bekalan daging puyuh berkurangan di pasaran tempatan.

Penternak puyuh, Nohan Mohd Nor, 33 berkata dia memasarkan kira-kira 2.5 tan sebulan iaitu antara 12,000 hingga 15,000 burung puyuh yang sudah diproses.

Menurutnya, jumlah berkenaan masih tidak mencukupi berikutan permintaan menggalakkan daripada pengguna pelbagai kaum yang berpendapat daging burung puyuh lebih sedap daripada ayam.

Katanya, aktiviti ternakan burung puyuh daging tidak banyak diusahakan terutama di negeri ini, sekali gus menyebabkan bekalan tidak mencukupi.

“Di Pahang, saya seorang saja yang mengusahakan ternakan burung puyuh daging secara komersial dengan purata pengeluaran melebihi 12,000 ekor sebulan.

“Sokongan yang diberikan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan Jabatan Haiwan tidak berupaya menarik minat terutama golongan muda untuk menceburi bidang ternakan burung puyuh,” katanya yang mengusahakan projek berkenaan sejak 2004.

Beliau berkata, ternakan burung puyuh tidak terlalu sukar, pengawasan yang teliti hanya pada peringkat anak. Selepas berumur seminggu penternak hanya memberi tumpuan kepada makan dan kebersihan.

Burung puyuh daging matang boleh dijual pada umur 22 hingga 34 hari, sekiranya tempoh berkenaan dilanjutkan selain faktor kos, daging puyuh menjadi keras.

Nohan berkata, dia menjual puyuh yang sudah diproses pada harga antara RM15 hingga RM18 sekilogram dan boleh disimpan sehingga enam bulan pada suhu beku.

Dia yang mengusahakan ternak puyuh di Kampung Cendering, di sini, berkata masalah mendapat bekalan anak puyuh sedikit sebanyak menjejaskan usahanya menambah jumlah ternakan dan memperbesarkan projek berkenaan.

“Selain masalah bekalan anak burung puyuh, peningkatan kos makanan yang kini mencecah RM98 seguni (50kg) menyebabkan dia tertekan.

“Bantuan peralatan penetasan daripada Jabatan Haiwan diharap dapat mengurangkan masalah bekalan anak burung puyuh yang kini berharga sehingga 50 sen seekor,” katanya.

31 thoughts on “Penternak puyuh komersial kurang

  1. as’kum..
    saya dari kuantan ingin mengetahui di mana terletaknya Kampung Cendering..
    Ini kerana, sekarang ini saya membuat kajian mengenai penternakan burung puyuh ini..
    harap dapat beri kerjasama..
    terima kasih

  2. Nasarudin – Kuala Krau.
    Assalamualikum.
    Saya amat berminat untuk menceburi bidang ternakan puyuh ini, utk itu bolehkah saudara memberikan sediket maklumat mengenai berapakah kos yg dirasakan sesuai untuk memulakan ternakan puyuh ini, dan berapakah untung kasar yg boleh diperolehi.

  3. Assalamualikum.
    Saya amat berminat untuk menceburi bidang ternakan puyuh ini, utk itu bolehkah saudara memberikan sediket maklumat mengenai
    1.kos kasar
    2.kaedah perlaksanaan
    3.pembekal bahan mentah(ank puyoh,mkann n dll)

  4. Assalamualikum.
    Saya berminat untuk menceburi bidang ternakan burung puyuh ini secara komersial, tetapi bolehkah saudara memberikan sedikit maklumat mengenai
    1.kos untuk memulakan ternakan
    2.pembekal bahan mentah(ank puyoh,makanan & dll)
    3.cara-cara penternakan yang sesuai
    4.agensi-agensi yang dapat membantu untuk memulakan bidang ternakan ini.

  5. assalamualaikum….
    saya skg terlah menternak burung puyuh, boleh sy tahu kampung cendering kat mana dan boleh saya dapatkan no telefon en mohan. terima kasih

  6. assalamualaikum.

    saya sekarang sedang merancang utk menternak burung puyuh.disini sy ingin tahu beberapa perkara iaitu:

    1- kos permulaan
    2- kaeadah perlaksanaan
    3- pembekal bahan mentah
    4- agensi yg dpt membantu utk memulakan ternakan ini dan khidmat nasihat.
    sekian terima kasih.

  7. assalamualaikum.

    saya sedang menjalankan research tentang penternakan burung puyuh ini.bolehkan saudara memberikan petunjuk kpd saya mengenai….

    1- kos permulaan
    2- kaeadah perlaksanaan
    3- pembekal bahan mentah
    4- agensi yg dpt membantu utk memulakan ternakan ini dan khidmat nasihat.
    sekian terima kasih.

  8. assalamualaikum
    saya antara yang meminati menternak puyuh.bolehkah saudara menerangkan bagaimana hendak menternak puyuh dari segi kos,pembekal mentah,barang-barang yang diperlukan&khursus.
    adakah cara menternak puyuh sama dengan ayam kampung.sebab sekarang saya sedang menternak ayam kampung.

    terima kasih…….

  9. Assalamualaikum….
    sy Effandi suppler puyuh di Kuala Lumpur
    boleh sy dptkn contac no. untuk sy berbincang dgn lebih terperinci dgn En.Nohan.tq.
    ni no fon sy 017-6979529

  10. sy rozaini dari hub halal tg. malim. tolong bantu sy untuk dapatkan bekalan puyuh hidup 600 ekor seminggu harga berapa se ekor?

    • saya menternak puyuh dan kalau berminat saya bolah membekalkan dengan kuantiti yang banyak dan penghantaran di sediakan…..0124560012 wan

  11. salam,
    saya begitu berminat untuk mjadikan perusahan puyuh sbg peerniagaan.boleh tak abg tlg beri serba sedikit maklumat
    1.penternakan-mcmana nak bermula?bpr kos?pe persiadaan diperlukan
    2.pemasaran
    tlg abg ye.sbb nak mperbykkan usahawan melayu dlm peternakan puyuh.
    tq

  12. assalamualaikum….
    sy ibrahim – kelantan
    sy sekarang menternak puyuh secara kecil kecilan di kelantan….
    1) sy ingin tahu berat bersih seekor puyuh y sudah diperoses n berape ekor puyuh sekilogram….
    2) bagaimana ingin mencari inkubator y boleh memuatkn telur 1000 biji pada satu mase….
    3) bagaimana ingin meminta bantuan dr jabatan haiwan dari segi kos makanan n inkubator…

    sy hrap en.nohan

  13. salam semua…
    kini saya adalah pembekal terbesar BURUNG PUYUH DAN BENIH PUYUH di sekitar lembah kelang dan selangor,di luar kawasan pun boleh.sebarang pertanyaan sila hubungi saya Effandi: 017-6979529

  14. suami saya baru hendak memulakan penternakan puyuh. boleh kami dapat tunjuk ajar dr encik. kampung chendering encik yang kat trengganu ker? leh bg alamat. boleh kami pg jumpa sendiri. lebih mudah untuk bertanya kan.. atau leh bg no untuk dihubungi?

    • Salam…
      Saya mencari anak burung puyuh di sekitar kedah dan perlis. Saya berminat untuk menternak, cuma mencari harga yang berpatutan.

  15. salam,
    mkcik sy ad menternak puyoh, tp ssh sket nk pasarkan..byk restoran di kawasan kami xberminat utk membeli krn dikatakan tidak ramai yg ske..
    cmne ye?
    ad ape2 cadangan atau ad sesiapa yg berminat untuk membelinya??

    • salam wbt,

      saya juga memerlukan bekalan puyuh di sekitar kl.. blh sy tau makcik noruru ni dkt area mane? terima kasih byk, harap dapat respon.

  16. saya menternak dan mengeluarkan puyuh yang siap di proses dengan kadar yang banyak dan harga boleh di bincang.untuk sebarang pertanyaan contac saya 0124560012…..wan

  17. salam…

    saya nak cari benih anak puyuh…lau boleh kat arae johor @ kluang k

    lau ada sesaper yang ada benih puyuh tu leh call saya kat no ni…07-9316793 (pej)

  18. saya ingin menceburkan diri dalam penternakan puyuh. dimana saya bleh dapat kn bekalan anak puyuh dan makanannya. alamat sy skrg di bentong, pahang. sesiapa yang berhampiran sila hubungi saya. 017-7942454 saiful

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s