Baka Bebiri
Baka bebiri di negara ini adalah terhad. Kebanyakannya adalah jenis tempatan. Jenis eksotik telah diimport untuk tujuan pembiakan dengan jenis tempatan ini. Pada keseluruhanya, baka bebiri dibahagikan kepada dua:
|
baka bebiri yang banyak terdapat di negara ini. bertubuh kecil dan pendek, berbulu putih, kehitaman dan kadangkala perang dan hitam di bahagian kepala dan kaki. ulunya sederhana panjang dan agak lurus serta berkeupayaan untuk menggugurkan bulunya sendiri. Baka jantan mempunyai tanduk. Telinganya sederhana besarnya dan kadang kala genit (vestigial). Ciri-ciri yang baik untuk baka ini ialah tahan kepada cuaca dan penyakit. |
2. Baka Eksotik
|
|
|
Bebiri Polled Dorset
|
Wiltshire
|
Baka Kacukan
|
|
CARA PEMILIHAN BAKA
Baka atau keturunan | Bentuk badan dan pengamatan |
Berat anak semasa dilahirkan hendaklah tinggi. | Badan besar dan padat terutama pada bahagian rusuk dan punggung. |
Kadar kenaikan berat badan yang cepat. |
Badan lurus dan tidak melentuk ke bawah, kaki tegap, lurus dan selari. |
Berat badan pada umur 1 tahun lebih dari 20 kg. | Bulu teratur dan kemas, tiada tanda-tanda najis dibahagian ekor. |
Keluaran susu yang banyak. | Ambing susu terletak dengan baik dan mempunyai cantuman yang padat dengan badan. |
Jarak antara kelahiran yang singkat – kurang dari 8 bulan. |
Untuk menentukan bebiri mempunyai daging yang padat cara perabaan hendaklah dibuat, Bahagian tulang belakang mempunyai daging yang banyak. |
umur tidak melebihi 1 1/2 tahun Umur bebiri boleh diketahui dari tuan punya atau secara anggaran mengikut pertumbuhan gigi. | |
Tentukan juga bebiri tidak mempunyai kudis atau parasit kulit dan bulu. Ini dapat dipastikan dengan membuka bulu yang tebal sehingga menampakkan kulit bebiri. |
PENGURUSAN PENTERNAKAN
- Lahir hingga 3 bulan
- Anak bebiri yang baru lahir dikurung bersama ibunya selama 2 minggu.
- Ibu bebiri beserta anak-anaknya tidak akan dilepas meragut selama 4 – 6 minggu
- Selepas cerai susu hingga dewasa
- Selepas cerai susu (umur 3-4 bulan), anak bebiri dipisahkan dari ibu.
- Penjagaan bebirl dewasa
- Setiap ekor diperiksa gigi, kaki dan ambingnya.
- Pemberian ubat cacing dan penyemburan ubat kutu dibuat mengikut jadual.
- Penjagaan dalam Penggemukan
- Faktor yang penting ialah makanan yang bermutu.
- Anak bebiri boleh digemukan bila telah meningkat 3 – 4 bulan.
- Penggemukan ini memerlukap empat hingga lapan bulan dimana berat badan mencapai antara 20 – 35 kg.
Pengurusan Am
- Pemberian Tanda (Tagging) Pengenalan
- Perawatan Kuku
- Pencukuran Bulu Bebiri
Sistem berkurung
Sistem meragut bebas
Sistem separuh berkurung
PEMAKANAN BEBIRI
Keperluan dan Manfaat Makanan
Pada umumnya makanan diperlukan untuk pembesaran, pembiakan, pengeluaran susu dan kesihatan. Makanan bermutu tinggi dapat mempercepatkan pertumbuhan anak bebiri dan juga kualiti daging bebiri yang disembelih akan lebih baik. Makanan juga mempengaruhi sistern reproduksi ternakan.
Klasifikasi Makanan
Zat Pemakanan | Keterangan |
Protin | pembinaan otot-otot dan proses pemulihan tisu-tisu badan. la juga adalah mustahak untuk pertumbuhan dan pengeluaran susu. |
Karbohidrat (Kanji) dan Lemak | memberi tenaga, pertumbuhan dan pengeluaran susu. Kekurangannya akan menyebabkan kadar pertumbuhan bebiri terencat, berat badan menurun, pembiakan terganggu dan juga boleh menyebabkan kematian. serta ketahanan melawan parasit dan penyakit juga menurun. |
Garam Galian diperolehi dalam 2 bentuk iaitu campuran atau batu garam. Campuran yang diberi biasanya mengandungi 1% TCP (Tricalcium phosphate) 1% garam biasa, 0.5% “trace minerals” dan 0.5% batu kapur. Garam galian akan mengambil tempat jagung 3 – 5% dari peratus makanan tambahan | untuk pertumbuhan tulang, gigi, pembentukan cecair badan dan juga bagi menjamin kesihatan ternakan. contoh- kalsium, fosforan, natrium, magnesium, chlorine, sulphur, kuprum, kobalt dan selenium. Keperluan/ekor = 7 ke 14 gm. garam setiap hari. |
Vitamin biasanya dicampurkan dalam makanan tambahan atau pun dalam garam galian | diperlukan dalam kuantiti yang kecil, vitamin penting dalam mengaturkan proses-proses badan bagi menjamin pertumbuhan, pengeluaran, pembiakan dan kesihatan ternakan. Vitamin B dan C dapat dibina sendiri dalarn badan ternakan, hanya vitamin-vitamin A, D dan E patut diberi penekanan. |
Serabut kasar | la memenuhi ruang dalam perut dan akan menggalakkan dan mencepatkan aktiviti bakteria untuk menghadarn makanan tersebut dan selanjutnya akan meningkatkan daya kecekapan penghadaman |
Air | mengawal suhu badan, perjalanan dan pengambilan zat oleh badan, ibu bebiri yang mengeluarkan susu. Jumlah air yang diminum bergantung kepada suhu udara, kelembapan udara, jenis bahan makanan dan juga peringkat umur dan kumpulan ternakan. Purata keperluan- sebanyak 3 – 4 bahagian berat bahan kering yang dimakan. Contohnya jika seekor ternakan mernerlukan 4 kilo berat kering makanan sehari biasa ia memerlukan 12 – 16 liter air sehari. Cara yang baik dan praktikal untuk memenuhi keperluan air bagi semua ternakan di ladang adalah dengan memastikan air bersih sentiasa ada |
Pada umumnya jika zat-zat ini tidak mencukupi pertumbuhan bebiri akan terjejas, pengeluaran susu akan berkurangan dan ternakan akan mudah dijangkiti penyakit.
JENIS BAHAN MAKANAN
Bahan makanan yang diberikan pada ternakan bebiri dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:
Makanan Hijauan
Rumput, kekacang dan tumbuhan lain adalah bahan hijauan yang biasa dan penting di dalam pemakanan bebiri. Tumbuhan ini pada umur yang sesuai, bukan sahaja mempunyaj nilai pemakanan dan zat yang tinggi tetapi mengandungi bahan serabut mentah yang penting bagi pengeluaran susu yang lemak. Kandungan bahan serabut dan isipadu yang besar dapat merangsang perut besar agar menjadi lebih cekap dalarn penghadaman. Kawasan-kawasan yang mudah dan baik untuk mendapatkan makanan hijauan ini adalah di estet-estet dan kebun-kebun getah, kelapa sawit, kelapa dan pokok jati. Jika kerja merumput tidak dijalankan, pertumbuhan rumput rumpai yang tebal di antara pokok-pokok ini akan dapat dijadikan makanan untuk ternakan bebiri.
|
Makanan Tambahan
Dalam pemeliharaan bebiri makanan tambahan hendaklah dihadkan kepada 6 – 10% dari jumlah berat makanan ternakan tersebut. la hanya diperlukan untuk bebiri seperti berikut sahaja.
Makanan tambahan biasanya berbentuk campuran tepung atau until. Until-until konsentret ini boleh diperolehi daripada kilang-kilang atau peniaga-peniaga makanan ternakan manakala tepung konsentret boleh dibuat sendiri. Sebagai panduan, makanan tambahan boleh dibuat dengan campuran jagung dan bahan-bahan sampingan pertanian yang lain seperti berikut
Contoh I
Contoh II
Contoh III
Di dalam membuat makanan tambahan, kos bahan-bahan mentah hendaklah diambil perhatian dan tidaklah perlu mengikut contoh bahan-bahan yang tersebut di atas. Bahan-bahan sampingan pertanian tempatan seperti hampas ubi kayu, hampas sagu, sagu kering, kulit koko, palpa kopi, hampas membuat arak, baja tinja ayam, kulit nenas, tahi gula dan hampas tauhu boleh digunakan bagi maksud ini. Sebagai contoh bahan-bahan yang diperolehi dengan mudah dan dengan harga yang rendah hendaklah diberi keutamaan. Secara keseluruhannya yang penting dalam pemakanan ialah jumlah makanan yang akan dimakan oleh ternakan hendaklah dapat memenuhi keperluan pemakanan mengikut peringkat-peringkat umur dan pertumbuhan ternakan tersebut.
Seperkara yang perlu juga ditegaskan ialah bahan-bahan yang mempunyai kandungan kuprum hendaklah dielakkan dalam pembuatan makanan tambahan ini. Sebagai contoh hampas isirong palma dan dedak kopra yang mana kedua-duanya mempunyai kandungan kuprum lebih daripada 20 p.p.m. (bahagian dalam sejuta) adalah tidak sesuai dimakan oleh ternakan bebiri untuk jangka panjang.
Kesihatan Ternakan
Penjagaan kesihatan bebiri adalah satu perkara yang amat penting dan perlu difahami oleh setiap penternak. Bebiri yang tidak sihat akan merugikan para penternak dari segi berikut:
Oleh kerana itu para penternak perlu mengetahui tanda-tanda penyakit dan cara-cara pencegahan dan pengawalannya. Mencegah lebih baik dari mengubati. Apabila ternakan telah sakit peluang untuk sembuh adalah tipis dan produktiviti akan menurun. Bagi para penternak yang baru, mengenal penyakit tertentu mungkin sukar tetapi apa yang patut diketahui adalah perbezaan antara ternakan sakit dan sihat. Pada amnya tanda-tanda Keadaan tersebut bolehlah dibezakan seperti berikut.
Bebiri Sihat | Bebiri Sakit |
Kelihatan segak, cergas dan aktif | Monyok dan kelihatan tidak bermaya |
Bulu kernas, teratur dan lebih bersih. | Bulu kusut, kering dan mudah gugur |
Berselera makan. | Tidak mahu makan |
Sentiasa berada dalam kumpulan dan berdamping dengan ternakan lain. | Mengasingkan diri dan selalu ketinggalan dari kumpulan |
Mata, hidung dan mulut bersih. | Mata, hidung dan mulut berair atau berhingus |
Tahi keras, bulat dan kurang berbau. | Tahi tidak bulat / terlalu cair |
Gempal dan tegap | Badan kurus kering |
Penyakit yang sering dihidapi oleh bebiri. | Penyakit-penyakit yang perlu dilaporkan kepada Jabatan Perkhidmatan Haiwan dengan segera untuk tindakan |
Pembiakan
Umur Dewasa Bebiri
Bebiri akan mula membiak apabila mencapai umur 6 – 9 bulan Kematangan bebiri itu bergantung kepada faktor-faktor berikut:
Faktor |
Keterangan |
Baka bebiri | Baka yang kecil seperti baka bebiri tempatan lebih cepat matang dari jenis besar |
Keadaan makanan | Bebiri yang mendapat makanan yang cukup dan berkualiti baik akan mencapai kedewasaan lebih cepat. |
Keadaan sekeilling |
Bebiri yang berasal dari negara tropika lebih cepat dewasa jika dibandingkan dengan bebiri di negara-negara dingin. |
Kedewasaan bebiri dari segi tubuh badan akan dicapai pada 1- 2 tahun. Umur yang baik bagi membiakkan bebiri betina pada peringkat 15 bulan dan yang jantan 18 bulan.
Sifat Reproduksi
Tanda-tanda berahi
Jangka masa bunting
144 – 152 hari atau purata 148 hari(lebih kurang 5 bulan)
Jarak kelahiran
Jarak kelahiran yang biasa didapati pada bebiri tempatan di Malaysia adalah 6-8 bulan. Dengan kadar kelahiran kernbar sebanyak 10 – 20% adalah dijangka purata bilangan anak yang boleh dliperolehi dalam setahun ialah 1.4 – 1.5 ekor anak untuk seekor ibu (ataupun 3 ekor anak dalam masa 2 tahun).
boleh bagitau saya baka bebiri apa yang sesuai di kacukan dengan baka tempatan bagi mendapatkan daging dan bulu yang terbaik??
betulkah bebiri ada yang dikacukkan dengan anjing?
Assalamualaikum,
Saya sudah mula menternak bebiri kampung secara kecil-kecilan, dan mengikut kata orang tua2 bebiri kalau kita potong bulunya…. lagi cepat gemuk…. masaalahnye dimana saya boleh dptkan mesin untuk potong bulu bebiri nie…. biasa guna gunting je… sebab dah banyak nie… nak cari cara yang senang dan cepat aa…
terima kasih..
Saya penternak bebiri di bekas sawah diAstana Raja, Rembau, N.Sembilan dengan kapasiti sediada 900ekor dimana 700ekor Induk, 18ekor Pejantan dan selebihnya anak &jantan untuk jualan.
Pada Oktober 2009 saya dapat menyewa tanah JPV di Kuala Pilah dengan topography berbukit dan paya. Kandang didirikan pada paras 2/3 ketinggian bukit dan merentang bukit ala roller coaster track concept. Sistem penternakan feedlot dimana rumput seluas 17ekar dipotong angkut dengan sedikit makanan tambahan campuran pkp, soya, molases, dll. Pemindahan 600ekor Induk dan 14ekor Pejantan dilakukan bermula 1 February ~ 1 August 2010. Program vaccination & kecacingan sama seperti di Astana Raja. Sejak pemindahan hingga sekarang 98ekor Induk & 2ekor Pejantan mati dimana 8ekor dimakan binatang liar dan selainnya misteri. Simtom kematian menung, hilang selera makan, mengeletar(macam parkinson) dan mati. Post mortem ada yang lebam hati,paru2 dan kutu dikulit. Berbagai ubat & vitamin telah diberi antaranya terrymiccine, ammoxycilline, bovex,thonopospan, B complex, dan terakhir Ivermactine Pour On. JPV membuat post mortem dan sample darah 100% ternakan dan keputusan belum diketahui.
Apakah bebiri saya menghidap coxidalisis. Jika ia apakah punca & bagaimana mengurus dan menghinmdari?