PANDUAN MEMBUAT DEDAK/ MAKANAN ALTERNATIF UNTUK AYAM KAMPUNG

Saya dan suami bercadang untuk membela ayam kampung. Salah satu kos tertinggi bagi membela ayam kampung ni adalah dari segi pemakanannya. Harganya yang boleh melambung tinggi dan tidak boleh diimbangi dengan kadar pertumbuhan ayam kampung yang agak perlahan boleh menjadi isu besar bagi para penternak yang baru berjinak-jinak seperti saya . Oleh itu, maklumat yang saya perolehi daripada hasil carian saya antara altenatif makanan bagi ayam kampung adalah seperti berikut:

Cara 1

Bahan-bahan:

  1. Pokok keladi
  2. Beras merah
  3. Dedak padi
  4. Tepung tulang  – boleh jika tidak dicampur

Cara pembuatan:

  1. Cincang halus pokok keladi sampai saiz lebih kurang 1 cm.
  2. Campuran utk 2 kg makanan: 1 kg pokok keladi, 1/2 kg beras merah, 1/2 kg dedak,  satu senduk tepung tulang.
  3. Campurkan air secukupnya untuk ramuan di atas dan rebus sampai semua bahan hancur dan tercampur rata.
  4. Sejukkan dan boleh diberi makan kepada ayam anda.

Nota: ayam mungkin akan menolak makanan tersebut pada awalnya sehingga ayam dapat mengadaptasi makanan tersebut.

sumber: http://www.infopeternakan.com

Cara 2

Bahan-bahan

  1. Bijian seperti kekacang dan jagung
  2. buah-buahan dan sayuran seperti kangkung, bayam (sayuran murah).
  3. Dedak
  4. Air gula
  5. Tepung ikan/tulang

Cara pembuatan:

  1. Giling kacang dan potong sayur dan buah-buahan hingga saiz kecil
  2. Campur semua ramuan di atas. dikukus untuk sempan lama. kalau nak guna terus tidak perlu dikukus.Cukup dicampurkan sahaja semua ramuan.
  3. Jika dikukus- hendaklah digiling selepas dikukus dan dikeringkan sehingga betul2 kering.

 

Cara Membuat Pakan Ayam yang Terbuat dari Bahan Alami untuk Menjaga Kesehatan Ayam dan Menekan Biaya Pakan Ternak

Hasil makanan ayam alternatif yang dihasilkan

Sumber: https://ayamhiasjogja.wordpress.com

5 thoughts on “PANDUAN MEMBUAT DEDAK/ MAKANAN ALTERNATIF UNTUK AYAM KAMPUNG

  1. Asalamualikum semua..saya ada buat mesen untuk buat dedak…bahan2 encik buat tu boleh dijadikan palet (bentuk dedak…)berminat untuk membeli mesen atau keterangan lanjut wassap saya rosli 0129100446

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s