Projek ternak kambing Boer

Program diusahakan Koperasi Pembangunan Desa di Kampung Kabang mampu atasi pergantungan daging import

PAPAR: Bermatlamat menjadi ladang ternakan terunggul di Sabah, Pusat Pembiakan dan Pembakaan Kambing Boer milik Koperasi Pembangunan Desa (KPD) di Kampung Kabang, dekat sini, dilihat mempunyai kemampuan untuk memenuhi impian itu.

Pusat ternakan yang mula beroperasi pada akhir 2005 itu semakin menjadi tumpuan dan kelebihan Sabah yang bebas daripada beberapa penyakit utama ternakan menjadikan industri itu berkembang pesat.

Justeru, usaha memajukan Pusat Pembiakan dan Pembakaan Kambing Boer itu sebagai pusat pembiakan utama di Sabah tidak mustahil, selain berupaya menampung permintaan yang terus meningkat.

Malah penternakan kambing Boer oleh KPD membuka laluan ke arah usaha membantu kerajaan mengurangkan pergantungan 60 peratus daging import terutama dari New Zealand dan Australia.

Tinjauan Berita Harian ke ladang ternakan itu mendapati, Kampung Kabang dipilih sebagai lokasi projek perintis dan pelaksanaannya dilakukan secara berperingkat bagi menampung 2,000 kambing dalam tempoh lima tahun akan datang.

Pengurus Besar KPD, Datu Basrun Datu Mansor, ketika sasaran itu mampu dicapai melalui bantuan kepakaran Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi).

“Usaha ini diharap dapat membantu menzahirkan matlamat kerajaan negeri memajukan industri penternakan kambing.

“Sebelum ini agak sukar kami menjual kambing tetapi permintaannya meningkat kebelakangan ini berikutan kesedaran orang ramai terhadap kebaikan daging kambing yang rendah kolesterol.

“Kami turut menerima tempahan dari Brunei. Bagaimanapun, usaha promosi KPD setakat ini agak terhad kerana kami masih pada peringkat meningkatkan pembiakan dan pembakaan,” katanya.

Pusat itu yang memberi tumpuan kepada pembiakan dan pembakaan kambing jenis Boer adalah yang pertama dan terbesar dikendalikan KPD di Sabah.

Setakat ini, pusat yang memperoleh persijilan MS ISO 9001:2000 pada Julai 2007 itu mempunyai 843 kambing Boer merangkumi 33 jantan, 686 betina dan 124 anak kambing.

Antara objektif KPD ialah menjadikan ladang ternakan kambing terunggul dalam pembiakan dan pembakaan kambing kacukan Boer, selain menjadi pembekal utama baka kambing kacukan Boer bermutu tinggi kepada penternak di Sabah.

Ia juga meletak sasaran menjadi ladang contoh dalam kaedah penternakan kambing secara intensif yang moden dan pusat kajian serta pembangunan (R&D) ternakan kambing, termasuk pembiakan secara permanian beradas dan pemindahan embrio.

Selain melaksanakan program pembiakan dan pembakaan kambing kacukan Boer, aktiviti lain di pusat itu ialah penjualan kambing untuk daging dan biak baka, penanaman rumput bermutu tinggi bagi keperluan ternakan dan program latihan dalam bidang penternakan kambing.

Datu Basrun berkata, program pembiakan dan pembakaan di pusat itu dilaksanakan dengan bantuan kepakaran Mardi.

“Kita memilih baka Boer berdasarkan kadar pembiakannya yang cepat dan sesuai sebagai kambing pedaging bagi memenuhi permintaan daging kambing yang semakin meningkat.

“Selain itu, kambing Boer didapati tahan lasak, cepat menyesuaikan diri dengan cuaca persekitaran dan dagingnya berkualiti tinggi.

“Jika kambing Boer banyak dibiakkan di pusat ini, penternak tidak perlu membeli baka dari Australia yang jauh lebih mahal kosnya,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Projek Ternakan KPD, Dr Mohd Shahrom Salisi, berkata kambing Boer memiliki kadar tumbesaran pantas, manakala dagingnya lebih banyak berbanding baka lain dari luar negara seperti Jamnapari.

“Walaupun saiz kambing Jamnapari lebih besar berbanding Boer, Jamnapari sebenarnya lebih kurus dan kurang daging. Kajian kita mendapati baka Boer adalah yang terbaik setakat ini,” katanya.

Beliau berkata, kambing berkenaan mampu melahirkan lima anak dalam satu masa kerana induknya mempunyai lemak susu yang tinggi.

Katanya, keadaan itu dengan sendirinya mampu meningkatkan pengeluaran ke tahap optimum dengan syarat keperluan asas dan penjagaan ternakan dilakukan dengan sempurna mengikut aturan.

FAKTA NOMBOR: Pusat Pembiakan dan Pembakaan Kambing Boer KPD Kampung Kabang

# 843 – Jumlah ternakan

# 7 bulan – Tempoh kematangan kambing betina

# RM3,500 ke atas – Harga baka pejantan tulen dewasa

# RM3,000 ke atas – Harga baka betina tulen dewasa

# RM2,500 ke atas – Harga baka pejantan dan betina kacukan dewasa.

11 thoughts on “Projek ternak kambing Boer

  1. Salam,

    Saya dari Brunei berminat untuk membeli anak kambing untuk diternak dan di besarkan kira-kira 82 ekor.

    Selain Boer adakah lagi jenis kambing lain ?

    Berapakah harganya termasuk penghantaran?

    Wassalam,

  2. kami dari indonesia membekali kambing jamnapari orignal dan kambing jamnapari putih susu( penghasil susu) dan kami kirim juga kesemenanjung,sabah dan labuan

  3. saya ingin memula kan bisnes menternak kambing boer. boleh serta kan quotation ke email saya seberapa segera supaya senang untuk berurusan. terima kasih.

  4. di indonesia sememang nya punya ladang penternak kambing boer yg besar?..kami dari brunei mahu mencari pembekal kambing boer untuk kami import dari indonesia jika ada. pada sesiapa yg punya maklumat di indonesia mengenai pembekalan kambing boer terbanyak dan termurah di indonesia. sila email kn kepada saya di

    Anwarr_85@hotmail.com

    jangan lupa serta kan alamat syarikat atau ladang beserta no, telephone syarikat dan no. anda yg mudah untuk di hubungi..terima kasih.

    semoga kita dapat menjalin kan kerjasama dalam memaju kan industri penternakan kambing di antara dua wilayah iaitu Brunei Dan indonesia.

Tinggalkan komen