Rumpai Laut

Ecuhema adalah sejenis spesis rumpai laut yang tumbuh liar dalam kelompok yang banyak terutamanya di Negeri Sabah, Malaysia Timur. Ianya boleh didapati tumbuh dalam air yang tenang atau dalam medium air yang bergerak perlahan. Kajian saintifik menunjukkan Eucheuma mengandungi bahan berguna yang boleh digunakan dalam proses bio-kemikal dan bio teknologi. Carrageenan, adalah produk yang diperolehi dari rumpai laut yang banyak digunakan oleh pelbagai industri seperti farmasi, kosmetik, kilang penapisan, pengawetan dan juga dalam industri pembuatan bahan letupan dan peluru. Kultur rumpai laut telah menjadi satu bidang yang diminati oleh pelbagai agensi kerajaan terutamanya Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia.

Jenis-jenis rumpai laut

Eucheuma Cottoni dan Echuema Spinosum adalah dua spesis rumpai laut yang lazim ditanam pada masa kini. Perbezaan diantara kedua-dua spesis ini ialah Eucheuma Spinosum mempunyai dahan yang seakan-akan berduri manakala Eucheuma Cottoni tidak.

Kriteria Pemilihan Kawasan

  • Kawasan yang mempunyai pengaliran air perlahan supaya nutrien dibawa dan diganti secara semulajadi untuk tumbesaran rumpai laut. Tiada arus ombak angina kuat, kawasan batu karang dan berpasir adalah yang paling sesuai.
  • Elakkan daripada muara sungai atau di mana terdapat percampuran air tawar. Kemasinan air adalah antara 27-35 bahagian dalam seribu (ppt).
  • Suhu air hendaklah antara 25c – 30c. paras air mestilah tidak kurang daripada 0.15 meter dalam semasa surut dan 2 meter dalam semasa.
  • Dasar laut mestilah kuat supaya boleh menampung pemagaran/ pncang atat lain-lain struktur binaan manusia di atasnya.
  • Lain-lain perkara yang perlu dipertimbangkan ialah kemudahan mendapat pekerja, pengangkutan dan sistem komunikasi yang baik.
  • Kaedah Penanaman Laut

    Tedapat 3 cara yang berlainan untuk menanam rumpai laut bergantung kepada peruntukan kewangan dan keadaan sekeliling:

    1. Penanaman secara panjang (staking) – Separa rakit

  • Cara ini sesuai di air yang cetek iaitu 0.5 meter.
  • Tali yang sesuai direntang antara dua pancang dan seterusnya benih rumpai laut diikat ke tali yang direntang tadi.
  • 2. Penanaman secara separuh terapung (semi floating)

     

  • Penanaman cara ini paling sesuai di kawasan perairan sedalam 1 hingga 3 meter.
  • Mempunyai persamaan dengan cara di atas kecuali hujung tali diapungkan dengan pelampung. Benih digntung tali di bawah paras air dan kedudukannya akan turun naik mengikut pasang surut air
  • 3. Penanaman secara Rakit (Raft Floating)

  • Penanaman cara ini paling sesuai di kawasan perairan sedalam 1 hingga 3 meter batang kayu yang boleh terapung atau 2 unit pelampung diikat ke sauh di dasar laut supaya kedudukannya kukuh, seterusnya tali-tali diikat merentasi kedua-dua kayu / pelampung dan akhirnya benih-benih diikat pada tali-tali tersebut.
  • Pelihara ayam dengan reban mudah alih

    SETAKAT tahun lepas, terdapat 185.1 juta ekor unggas di negara ini dengan 9.2 juta ekor (lima peratus) merupakan ayam kampung dan itik. Daripada jumlah tersebut, 75 peratus atau 6.9 juta dipelihara dengan cara sistem lepas bebas.


    MODUL reban mudah alih yang dicadangkan untuk Program Bumi Hijau

    Sehubungan itu, satu inovasi telah dihasilkan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) bagi memperkenalkan satu kaedah penternakan yang sistematik, selamat dan bersih. Ia bukan sahaja boleh diusahakan oleh penduduk kampung tetapi juga bagi mereka yang tinggal di tamantaman perumahan di bandar. Teknologi tersebut bertujuan mewujudkan satu kaedah pemeliharaan ayam kampung saiz sederhana yang sistematik berasaskan teknologi reban mudah alih.

    Teknologi reban mudah alih ini yang antara pendekatan yang diperkenalkan bagi membantu menjayakan Kempen Bumi Hijau iaitu bagi penternakan ayam kampung dan burung puyuh. Sejumlah peruntukan akan disediakan bagi tujuan tersebut bagi menarik lebih ramai penternak terutama di kawasan bandar Konsep reban ayam ini diperkenalkan bagi mengelakkan jangkitan penyakit selesema burung Highly Pathogenic Avian Influenza (HPAI), penyakit sampar ayam yang berpunca daripada ayam kampung yang dipelihara secara bebas.

    Dengan pengenalan konsep ini, Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) akan memberi pemahaman di peringkat negeri dan daerah menerusi kursus sehari iaitu penternak yang berjaya menyertai program Bumi Hijau diberi penerangan oleh agensi terbabit.

    Ciri-ciri reban mudah alih

    ■Reban tersebut bersaiz tujuh kaki panjang, lebar lima kaki dan tinggi tiga kaki.
    ■ Dindingnya diperbuat daripada jaring, manakala bumbungnya boleh diangkat.
    ■ Reban ini mempunyai komponen-komponen asas antaranya pintu, tempat eraman, bekas makanan, bekas minuman, tangki air, takungan tinja (najis) dan empat roda.
    ■ Pada masa ini, rangkanya dibina daripada besi dan dianggarkan berharga tidak lebih RM3,000 satu set lengkap.
    ■ Bekalan 20 ekor anak ayam kampung iaitu 50 peratus jantan dan 50 peratus betina. Peserta dicadangkan membuat pilihan pada umur 16 minggu untuk mengekalkan sebanyak 1-2 ekor jantan.
    ■ Muatannya antara 20 dan 30 ekor ayam kampung berumur 15 minggu.
    ■ Antara satu dan dua ekor jantan dan empat atau lima ekor betina dan dipilih disimpan untuk pembiakan seterusnya.

    Kebaikan sistem

    1. Memudahkan pengawalan penyakit dengan adanya sistem reban yang sistematik
    2. Dapat menyumbang menjayakan program Bumi Hijau yang disarankan kerajaan
    3. Tinja dapat dapat dikumpul dengan mudah dan dijual atau digunakan sebagai baja organik
    4. Sistem pemantauan dapat dijalankan dengan lebih mudah tepat dan berkesan
    5. Ekonomi negara dapat ditingkatkan apabila wujudnya sistem kawalan penyakit yang efektif.
    6. Sistem ini secara tidak langsung akan mewujudkan keadaan yang selamat dan keyakinan kepada pelabur untuk melabur di negara ini.

     


    Cadangan pelaksanaan projek ternak ayam bagi progam Bumi Hijau

    Perkara Kos Setiap Peserta Peruntukan yang diperlukan
    Jumlah anak ayam kampung untuk 1,000 peserta 20 ekor 20,000 ekor
    Kos reban mudah alih RM1,000 RM1,000,000
    Kos anak ayam umur 1 hari @RM3/ekor RM60 RM60,000
    Kos makanan ayam 100 beg (50kg) atau RM60/beg RM60 RM60,000
    Bekas makanan dan minuman@ RM80 RM80 RM80,000
    JUMLAH RM1,200 RM1.2 juta

    Kursus dan latihan JPH sepanjang tahun 2008

    BAGI menghasilkan usahawan ternak berjaya, Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) telah merangka beberapa latihan penternakan. Tahun ini kursus dijadualkan di lima pusat latihan bertujuan meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman kepada mereka yang berminat dalam bidang tersebut. Lima pusat berkenaan ialah Institut Haiwan, Kluang, Johor; Institut Pengurusan Veterinar Jalan Cheras, Kajang, Selangor; Institut Kemajuan Ternakan Ayam, Johor Bahru, Johor; Pusat Latihan Ternakan Ayam, Ayer Keroh, Melaka dan Pusat Latihan Veterinar, Jerangau, Terengganu.

    Antara kursus yang ditawarkan ialah Rancangan Perniagaan di bawah program Ekonomi dan Kewangan Veterinar serta Latihan Sangkut (Ternakan Lembu) di bawah program Pembangunan Usahawan yang diadakan di Institut Pengurusan Veterinar, Jalan Cheras, Kajang.

    Kursus Rancangan Perniagaan disasarkan kepada bakal dan pembimbing usahawan yang mana antara objektifnya adalah untuk menerangkan konsep dan kandungan rancangan perniagaan.

    Ia juga diadakan supaya para peserta dapat memahami serta menyediakan rancangan operasi, pemasaran, organisasi dan kewangan usaha niaga ternakan.
    Setelah menjalani kursus, para peserta diharap dapat membuat analisis daya saing usaha niaga dan menggunakan perisian spreadsheet dalam penyediaan rancangan perniagaan.

    Bagi tujuan itu, kandungan kursus akan menumpu kepada lima perkara utama.

    ● prinsip ekonomi dan kewangan dalam penyediaan rancangan perniagaan.
    ● penggunaan perisian spreadsheet dalam penyediaan rancangan perniagaan.
    ● pengenalan kepada rancangan perniagaan.
    ● rancangan operasi dan strategi pemasaran.
    ● rancangan organisasi dan kewangan.

    Mengenai Latihan Sangkut (Ternakan Lembu), objektifnya adalah untuk meningkatkan pengetahuan dalam penyelenggaraan ladang ternakan lembu berteknologi tinggi. Ia juga bertujuan mendedahkan peserta mengenai kemahiran menjalankan aktiviti aktiviti pengeluaran ternakan lembu menggunakanteknologi tinggi. Bagi mencapai objektif tersebut, kandungan kursus akan menyentuh aspek berkaitan penerangan mengenai pengendalian operasi ladang ternakan lembu pedaging yang menggunakan teknologi tinggi.

    Menerusi kursus itu juga, para peserta dilatih untuk menjalankan sendiri (handson) semua aktiviti ladang berkenaan. Bagaimanapun kursus itu hanya dikhaskan kepada usahawan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta pembimbing usahawan daripada jabatan atau agensi di bawah kementerian itu.

    Untuk keterangan lanjut sila hubungi pusat-pusat latihan Jabatan Perkhidmatan Haiwan berikut:

    ● Institut Haiwan, Kluang. Telefon: 07-7597000
    ● Institut Pengurusan Veterinar, Jalan Cheras, Kajang. Telefon: 03-87360411 atau 03-87373255
    ● Institut Kemajuan Ternakan Ayam, Johor Bahru Telefon: 07-2361313
    ● Pusat Latihan Ternakan Ayam, Ayer Keroh, Melaka Telefon: 06-2323280
    ● Pusat Latihan Veterinar Jerangau, Terengganu Telefon: 09-8384042

    Senarai kursus yang ditawarkan, 2007

    Institut Haiwan, Kluang.
    ● Teknologi pengurusan lembu pedaging
    ● Kemahiran teknikal lembu pedaging
    ● Pemakanan ternakan ruminan
    ● Pengurusan asas lembu tenusu
    ● Pengurusan kesihatan dan pemakanan lembu tenusu
    ● Penyelenggaraan loji dan mesin susu
    ● Pengurusan ladang lembu tenusu komersial
    ● Permanian beradas dan asas pembiakan lembu
    ● Ulang kaji pembiakan
    ● Lanjutan teknologi pembiakan
    ● Pengurusan kambing/bebiri
    ● Pengurusan kuda

    Institut Pengurusan Veterinar,Jalan Cheras, Kajang.
    ● Rancangan perniagaan
    ● Motivasi keusahawanan
    ● Teknologi pemprosesan makanan
    ● Latihan industri pemprosesan
    ● Keratan daging
    ● Masakan segar berasaskan produkhaiwan
    ● Latihan sangkut (ternakan lembu)
    ● Latihan sangkut (ternakan kambing)
    ● Penyembelihan halal
    ● Keratan daging
    ● Latihan sangkut Intergrated Farming System
    ● Seminar pembangunan industri ternakanlembu
    ● Seminar usahawan gemilang

    Institut Kemajuan Ternakan Ayam,Johor Bahru.

    ● Teknologi penternakan puyuh daging dan penelur komersial
    ● Pengurusan puyuh baka dan penetasan
    ● Teknologi sistem reban tertutup bagi penternakan ayam daging
    ● Pengurusan ayam kampung

    Pusat Latihan Ternakan Ayam,Ayer Keroh, Melaka.

    ● Asas penternakan ayam pedaging komersial
    ● Bimbingan usahawan makanan tempatan berasaskan unggas
    ● Asas penternakan itik komersial

    Pusat Latihan VeterinarJerangau, Terengganu.

    ● Asas pengurusan lembu pedaging
    ● Asas pengurusan kambing/bebiri pedaging
    ● Asas penternakan ayam pedaging komersial
    ● Pemprosesan makanan dan bajaorganik
    ● Kaedah memproses silaj dan garam

    Untuk semak jadual latihan , sila layari link dibawah.

    Institut Haiwan Kluang: http://agrolink.moa.my/jph/dvs/kursus/ihk.html
    Institut Pengurusan Veterinar,Cheras: http://agrolink.moa.my/jph/dvs/kursus/ipv.html

    Institut Kem Ternakan Ayam,J.Bahru:http://agrolink.moa.my/jph/dvs/kursus/ikta.html

    PusatLatihanTernakanAyam, Melaka: http://agrolink.moa.my/jph/dvs/kursus/plta.html
    Pusat Latihan Veterinar Cermin Kiri :http://agrolink.moa.my/jph/dvs/kursus/plv.html

    Sistem Fertigasi Sayuran


    TEKNOLOGI fertigasi tidak memerlukan kawasan yang luas kerana tidak menggunakan tanah.

    AMALAN pertanian menggunakan teknologi fertigasi di negara ini bermula sekitar awal tahun 90-an terutama di kawasan berhawa sederhana seperti di Cameron Highlands. Sejak daripada itu, amalan ini kemudiannya terus dikembangkan kepada jenis tanaman lain yang didapati sesuai dan mampu mengeluarkan hasil yang lebih bermutu sama ada di bawah kendalian Jabatan Pertanian mahupun Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP).
    Berasal daripada perkataan Inggeris, fertigation, sistem ini hanya menyalurkan larutan nutrien yang diperlukan oleh tumbuhan dengan menggunakan pam atau graviti dari tangki larutan nutrien ke tanaman-tanaman yang ditanam di dalam polibeg menggunakan bahan lengai seperti sekam padi bakar, cocoa peat dan sabut kelapa sebagai medium.
    Sistem fertigasi kini menjadi lebih mudah dan maju dengan adanya teknologi terbaru. Gabungan pengetahuan mengenai baja, peralatan dan strategi pengurusan nutrien yang efektif, menjadikan teknik fertigasi semakin diminati untuk diceburi. Teknologi fertigasi memerlukan individu untuk belajar beberapa prinsip sebelum memulakan projek untuk mengelakkan masalah di kemudian hari antaranya ialah:

    ● pengetahuan mengenai komposisi baja, perbezaan unsur dalam baja dan bahan baja.
    ● peralatan yang digunakan untuk sistem fertigasi mestilah bersesuaian dengan kuantiti tanaman dan penggunaan baja.

    Adalah penting untuk memilih teknik dan peralatan yang sesuai dengan sistem pengairan
    dan jenis tanaman. Pemilihan teknik dan peralatan yang tidak sesuai akan merosakkan sistem pengairan dan seterusnya memberi kesan kepada operasi dan mengurangkan hasil tanaman.

    Seperti teknologi tanaman yang lain, fertigasi juga ada kebaikannya.
    Antaranya ialah teknologi fertigasi tidak memerlukan kawasan yang luas kerana tiada
    lagi penggunaan tanah. Bukan itu sahaja, masa penanaman juga akan menjadi pendek dan ini bermakna lebih pusingan tanaman dalam tempoh setahun. Selain itu, kerja berat yang membebankan dapat dikurangkan dan penggunaan air dapat dijimatkan. Malah, serangan serangga dan penyakit tanaman mudah dikawal dengan menggunakan racun yang minimum.

    Namun, fertigasi memerlukan kos permulaan yang tinggi dan perlukan sedikit pengetahuan untuk memulakannya. Selain itu, kaedah fertigasi juga memerlukan kemudahan asas seperti elektrik dan sumber air bersih yang secukupnya. Bukan itu sahaja, tidak semua jenis tanaman sesuai ditanam dengan menggunakan kaedah fertigasi kerana tempoh masa matang yang panjang dan pasaran yang terhad. Selain teknologi tanaman, LPP juga akan mengadakan program kaedah tanaman yang lain iaitu:

    ● Pengeluaran tanaman cendawan
    ● Teknologi pemprosesan Hasil Ubi Kayu dan Pisang
    ● Teknologi Pemprosesan Hasilan Soya (Susu, Taufufah dan Cincau)
    ● Teknologi Pemprosesan Makanan Berasas Buah-Buahan (Kordial, Jus, Minuman Terus)
    ● Teknologi Pemprosesan Mee, Kuetiau Mee dan Tauge
    ● Teknologi Pemprosesan Snek Buah- Buahan (Halwa, Gegulung dan Buah Kering)
    ● Teknologi Pemprosesan Sos Cili / Tomato, Pencicah dan Pacili
    ● Teknologi Pemprosesan Sos, Mee Kering, Cili Boh dan Bawang Goreng
    ● Pengeluaran Tanaman Hiasan untuk Landskap
    ● Pengeluaran dan pengendalian lepas tuai sayuran
    ● Teknologi Projek Sayuran (Kursus Sangkut)
    ● Kursus Sangkut Tanaman

    LPP juga menganjurkan program teknologi ternakan yang melibatkan:

    ● Ternakan Ayam Tertutup/Terbuka (Kursus Sangkut)
    ● Teknologi Ternakan Kambing (Kursus Sangkut)
    ● Teknologi Ternakan Lembu Feedlot (Kursus Sangkut)
    ● Penternakan Kambing Boer (Kursus Sangkut)
    ● Kursus Sangkut Ternakan
    ● Sistem Reban Ayam Tertutup

    Bagi program teknologi ternak air pula, LPP menyediakan lima buah program iaitu:

    ● Teknologi Pemprosesan Hasil Ikan (Fishball, Fishcake Watan, dll)
    ● Teknologi Pemprosesan Snek Ikan (Keropok Lekor Segera dan Sata)
    ● Teknologi Ternakan Udang (Kursus Sangkut)
    ● Ternakan Air Laut (Kursus Sangkut)
    ● Ternakan Air Tawar (Kursus Sangkut)

    LPP tidak hanya menumpukan pada program untuk pengeluaran sahaja malah LPP juga mengadakan program pengurusan am dan aplikasi komputer yang merangkumi 11 program iaitu:

    ● Komputerisasi Peladang (Asas/Tahap Pertengahan/Lanjutan/Internet)
    ● Asas Audit Dalaman Pertubuhan Peladang (PP)
    ● Pembangunan Peladang Pelapis
    ● Motivasi Minda Ke Arah Memupuk Sikap Positif
    ● Pembungkusan dan Pelabelan Makanan
    ● Perakaunan Peladang
    ● Pembangunan dan Pengiktirafan Unit Peladang
    ● Strategi Pemasaran Hasil Pertanian
    ● Train The Trainer’s (TOT)
    ● Pengurusan Pemantauan Simpanan dan Kredit PP
    ● Bina Insan Projek-Projek PMAK

     Mereka yang berminat bolehlah melayari laman web http://www.lpp.gov.my

    SISTEM fertigasi menjadi lebih mudah dengan adanya teknologi terbaru.

    Penternak muda usahakan kambing Boer

    WALAUPUN masih menuntut di salah sebuah kolej swasta di Subang Jaya, Selangor dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal, Azizul Faiz Omar, 22, nyata tidak kekok mengembala kambing. Biasanya selepas habis kuliah, anak muda yang lebih mesra dengan panggilan Faiz akan terus ke ladang ternakan keluarganya yang terletak di Kampung Kuantan, Kuala Selangor. Walaupun sibuk di tahun akhir pengajian, anak sulung daripada empat beradik ini masih ke ladang ternakan dan menghabiskan segala tugasannya di sana. Bagi memudahkan operasi ladang ternakannya, Faiz banyak dibantu oleh bapa saudaranya, Raja Badaruddin Raja Baharuddin.

    Ditanya bagaimana minatnya berputik terhadap ternakan kambing, Faiz menjawab dengan jujur, “Pada mulanya saya tidaklah berminat sangat tetapi atas saranan ayah agar saya membantu pakcik.

    “Tapi lama-kelamaan, saya semakin teruja dengan ternakan kambing dan saya terfikir apa salahnya saya mencuba.” Minat Faiz terhadap kambing tidak disia-siakan d a n kini anak muda ini telah faham selok-belok dalam pemeliharaan kambing.

    Menurut Raja Badaruddin, kehadiran Faiz di ladang ternakan sememangnya banyak membantu dalam bidang pentadbiran. “Lagipun ibu dan ayahnya tidak perlu risau anaknya melepak tidak tentu arah kerana Faiz akan berada di sini bersama-sama saya,” katanya.

    Malah Raja Badaruddin, dia pernah membawa Faiz ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi menyambut ketibaan kambing Boer seawal pukul tiga atau empat pagi dari luar negara. Katanya, tugasan berkenaan merupakan pelajaran penting sebelum Faiz boleh mengendalikan ladang berkenaan sendirian. “Faiz perlu tahu segalanya mengenai ternakan
    kambing sebelum boleh menguruskan semula,” katanya.

    Ladang ternakan keluarga di bawah pengurusan Penaerat Sdn. Bhd. bermula sebagai ladang ternakan ayam secara kontrak dengan dua buah syarikat besar. “Kami bermula dengan membeli tanah seluas empat hektar (10 ekar) pada tahun 1994 dan menjalankan penternakan ayam
    daging secara penternakan kontrak pada tahun 1995.

    “Ternakan dijalankan dengan beberapa buah syarikat dalam tempoh masa 10 tahun
    sebelum dihentikan operasinya,” kata Raja Badaruddin yang juga Pengarah Urusan Penaerat Sdn Bhd.
    Bagaimanapun harga ayam yang turun naik menyebabkan Penaerat Sdn. Bhd. menukar perniagaannya kepada ternakan ruminan iaitu kambing. Pada Februari 2005, kandang ayam diubahsuai sebanyak tiga kali sebelum menjadi dua buah kandang ternakan kambing seluas 30 x 600 kaki dan 30 x 300 kaki. Sebelum mula mengubahsuai kandang, Raja Badaruddin meninjau beberapa ladang ternakan bagi mendapatkan idea terbaik untuk mengubahsuai kandangnya. Bagaimanapun selepas kandang siap,masalah timbul apabila Raja Badaruddin sukar mencari baka terbaik untuk memulakan ladang ternakan kambing pada 2005.

    “Mencari baka terbaik bukan mudah kerana tidak ramai yang menternak kambing baka berbanding untuk jualan sembelihan,” kata beliau yang pada mulanya hanya memperolehi dua ekor kambing Boer jantan dan 15 ekor betina. Jumlah berkenaan sememangnya amat kecil memandangkan saiz kandangnya yang boleh memuatkan sehingga 1,000 ekor kambing pada satu-satu masa. Bagaimanapun segala usahanya tidak siasia apabila bertemu dengan seorang pembekalyang mempunyai permit import kambing Boer dari Australia.

    “Pada mulanya kami bercadang menternak kambing bagi tujuan jualan sembelihan tetapi memandangkan sukarnya penternak mendapatkan baka, kami berubah kepada penternak baka,” sampuk Faiz yang sejak tadi hanya mendiamkan diri.

    Kini Penaerat Sdn Bhd menternak kambing Boer baka tulen yang mempunyai sijil kelahiran, baka tulen Boer tanpa sijil kelahiran dan baka Boer kacukan yang diimport dari Australia. Kambing Boer baka tulen biasanya mempunyai sijil kelahiran bagi memastikan keturunan induknya selama beberapa generasi benar-benar tulen. Kebanyakan induk kambing Boer yang diimport dari Australia telah berjaya dibiakkan di ladang ternakan Penaerat Sdn Bhd.

    Selain itu terdapat juga kambing baka lain seperti kacukan Jamnapari, kacukan Ettawa, Jawarando dan Ferrall. Membangunkan ladang ternakan kambing menggunakan modal sendiri memang banyak cabarannya. “Modal yang dikeluarkan oleh keluarga perlu digunakan dengan penuh berhemah memandangkan kos penjagaan haiwan ternakan yang semakin meningkat,” jelas Faiz.

    Kos yang meningkat sehingga RM14,000 hingga RM15,000 sebulan menyebabkan Penaerat Sdn Bhd menggunakan pelbagai alternatif lain. Misalnya bagi menjimatkan kos, sebahagian besar kawasan ditanam dengan rumput Napier sebagai makanan ternakan.
    “Kami juga telah memajak lima ekar tanah penduduk tempatan untuk ditanam dengan rumput Napier,” kata Faiz.

    Selain itu empat orang pekerja Penaerat Sdn. Bhd juga ditugaskan memproses daun sawit yang terdapat di ladang berhampiran sebagai makanan kambing memandangkan sebanyak tiga tan rumput diperlukan sebagai makanan ternakan. Bermula dengan ternakan kambing secara insentif kini, Penaerat Sdn. Bhd berubah kepada semi insentif bagi membolehkan kambing bersenam dan menerima cahaya matahari.


    Walaupun masih muda, Azizul Faiz Omar sudah boleh berbangga dengan usahanya menternak kambing.

     
    Azizul Faiz Omar tidak kekok mengembala kambing walaupun bakal bergelar jurutera.


    KEBANYAKAN induk kambing Boer telah berjaya membiak di ladang Penaerat Sdn. Bhd di Kuala Selangor, Selangor.


    BERMULA dengan ternakan kambing secara intensif kini Penaerat Sdn. Bhd. berubah kepada semi insentif.

    Memperhebatkan industri tanaman cendawan

    RAMAI daripada kita merupakan penggemar cendawan, sayur yang unik tetapi
    mempunyai banyak khasiat. Tahukah kita bahawa jumlah cendawan yang dimakan oleh rakyat Malaysia ialah 324 gram seorang setahun atau jumlah yang diperlukan ialah 8,100 tan setahun.
    Jumlah tersebut jauh lebih tinggi berbanding dengan pengeluaran cendawan negara pada masa ini iaitu sebanyak 5,500 tan. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyasarkan untuk meningkatkan pengambilan cendawan rakyat Malaysia dari 324 gram setahun kepada dua kilogram setahun. Ini memerlukan peningkatan pengeluaran cendawan kepada 50,000 tan setahun.

    Jawapan kepada masalah tersebut ialah perlunya industri tanaman cendawan diperhebatkan, sekali gus menjana pengeluaran yang mencukupi pada masa akan datang. Seperti juga tanaman lain, industri tanaman cendawan juga mengalami evolusi teknologi dan berdasarkan catatan, pada 1960- an cendawan ditanam pada batang kayu terutama jenis shiitake dan telinga kera.
    Sedekad kemudian, kaedah baru digunakan iaitu penggunaan jerami padi sebagai media tanaman sebelum penggunaan hampas kapas pada tahun 1980-an.

    Itu cerita dalam tempoh tiga dekat tetapi suntikan teknologi kini menjadikan tanaman cendawan diusahakan secara komersial dan berteknologi tinggi.

    Kaedah terkini ialah menanam cendawan menggunakan habuk kayu dalam polibeg atau beg media. Setengah pengusaha kini mampu menghasilkan benih sendiri dengan penggunaan kadah
    bioteknologi tetapi kosnya lebih tinggi. Menurut Timbalan Pengarah Seksyen Tanaman Industri, Bahagian Padi, Tanaman Industri dan Florikultur Jabatan Pertanian, Mohd. Zainuri Mohd Salim, pengeluaran cendawan segar yang tidak mencukupi untuk menampung keperluan memerlukan
    pelbagai usaha bagi memastikan bekalan mencukupi. Beliau berkata antara pendekatan yang digunakan ialah melahirkan usahawan cendawan menggunakan kaedah kontrak penanaman.
    “Kita menggalakkan kaedah tersebut iaitu sebuah syarikat besar memayungi pertumbuhan
    syarikat-syarikat kecil. “Tetapi kita juga menggalakkan pengusaha-pengusaha kecil berusaha memajukan tanaman masing-masing,” katanya.

    Mohd Zainuri berkata, pada masa ini terdapat sebanyak 133 pengusaha cendawan dan pihaknya menyasarkan untuk melahirkan 20 pengusaha setahun.
    Beliau berkata, tanaman cendawan berpotensi untuk dimajukan tetapi mereka yang berminat perlu meninjau aspek pasaran terlebih dahulu terutama bagi terutama yang inggin mengusahakan secara besar-besaran. Kata beliau, mereka perlu menghubungi Jabatan Pertanian di daerah masing-masing untuk mengemukakan permohonan sekiranya bercadang menceburi bidang tersebut.

    Pada masa ini , sebanyak 17 permohonan baru telah diluluskan untuk diberi bantuan awal sebanyak RM10,000.

    Dalam pada itu beliau memberitahu, empat Pusat Pengeluaran Benih Cendawan akan dibuka dalam tempah terdekat dan beberapa tahun akan datang secara berperingkat. Pusat seumpama itu telah dirancang dibuka di Serdang (Selangor), Pulau Pinang, Kelantan dan Johor (Pagoh).
    Sementara itu, menurut Penolong Pegawai Pertanian Bahagian Padi, Tanaman Industri dan Florikultur Jabatan Pertanian, Normah Ibrahim, teknik terkini dalam penanaman cendawan melibatkan penghasilan bijih benih. Katanya, jika sebelum ini, pengusaha menyediakan beg media untuk tanaman tetapi mereka boleh mendapatkan beg media yang telah disuntik dengan bijih benih cendawan pada harga yang tidak terlalu membebankan.
    Dalam pada itu, beliau yang pakar dalam penanaman cendawan berkata, pihaknya sentiasa turun padang membantu pengusaha dan bakal pengusaha memberi bimbingan dalam segenap aspek tanaman cendawan supaya mereka dapat berdikari.

    Persediaan bagi memulakan projek cendawan

    1. Minat dan pengetahuan mengenai teknologi
    ● mempunyai minat dalam penanaman cendawan
    ● tahu teknologi terkini
    ● tahu jenis cendawan yang hendak ditanam
    ● tahu keperluan asas jenis cendawan yang hendak ditanam

    2. Tapak/ Lokasi Projek
    ● pastikan di mana lokasi projek yang sesuai
    ● keperluan bangunan
    ● maklumkan kepada pejabat Pertanian Daerah terdekat

    3. Pembekal peralatan dan bahan
    ● Pastikan peralatan dan bahaya yang perlu
    ● Dapatkan senarai pembekal yang terdekat

    4. Sumber kewangan
    ● Kewangan penting untuk membangunkan projek
    ● Modal sendiri atau perlukan pinjaman
    ● Ambil tahu dan ambil peluang insentif kerajaan.

    5. Pemasaran
    ● Kaji keperluan dan permintaan cendawan semasa
    ● Dapatkan saluran pemasaran yang termudah
    ● Fikirkan bidang industri asas tani untuk cendawan yang ditanam.

    Jenis-jenis cendawan yang ditanam di negara ini

    Jenis Nama saintifik
    Tiram kelabu Pleurotus sajor-caju
    Tiram putih Pleurotus florida
    Abalone Pleurotus cystidiosus
    Telinga kera Auricularia polytrichia
    Jerami padi Volvariella licidum
    Ling zhi Ganoderma licidum
    Tiram kuning Pleurotus citronipileatus
    Tiram biru Pleurotus lungaria
    Tiram merah jambu Pleurotus flabellatus
    Cendawan bunga kubis Hericium erinceus
    Perut lembu Clitocybe sp
    Cendawan kukur Schizophyllum sp
    /sisik/ kerang
    Cendawan berangan Agrocybe sp
    Cendawan peha ayam Coprinus sp
    Shiitake Lentinus edodes
    Cendawan butang Agaricus bisporus
    Jarum Mas Flammulina velutipes

    Akiviti utama teknik penanaman cendawan

    1. Menyediakan beg media cendawan
    2. Mengukus beg media cendawan
    3. Menyuntik benih
    4. Eraman beg media cendawan
    5. Memungut hasil
    6. Pengendalian lepas tuai
    7. Pemasaran


    SALAH seorang pengusaha cendawan syarikat Vita Agro berjaya di Tanjung Sepat Selangor yang mendapat bimbingan Jabatan Pertanian

     

    Bantuan dan insentif dalam industri cendawan

    I. Pilihan pertama

    Peruntukan RM20,000 boleh diberi untuk pembesaran projek sama ada
    ● Penambahan rumah cendawan RM16,000/unit

    ● Pembelian mesin pembancuh media RM7,000 (jika penyediaan beg melebihi 300 sehari)
    ● Rumah eraman satu unit (10íx 20í) RM4,5000 seunit Setiap beg media cendawan dijangka mengeluarkan hasil 60 hari selepas penyuntikan benih. Oleh itu beg media pada musim kedua perlu disediakan tiga bulan lebih awal dengan anggaran penyediaan 200 beg sehari.

    II. Pilihan kedua
    Peruntukan RM20,000 boleh diberi untuk permulaan projek cendawan dengan pecahan kos

    ● Pembinaan rumah cendawan RM16,000 seunit
    ● Pembelian beg media 6,000 belum matang (50 sen setiap beg berjumlah RM3,000.
    ● Pelbagai – air, peralatan kecil dan lain lain sebanyak RM1,000.
    III. Pendapatan kasar RM3,000 sebulan

    ● Hasil harian cendawan : 20 kilogram dengan harga jualan pada RM5 sekilogram
    Pendapatan kasar harian 20 kilogram x RM5 = RM100 sehari.

    ● Kiraan penghasilan sehari
    ● Tiap beg dianggarkan 50 gram/ kutipan
    ● Setiap hari perlu buka beg media 400 beg/hari (400 beg x 50 gram = 20 kilogram)
    ● Setiap beg media diselang 15 hari sekali kutip hasil
    Perlu ada 400 beg media x 15 hari = 6,000 beg media
    Bantuan dan insentif yang ditawarkan dalam industri cendawan
    Bantuan teknikal Jabatan Pertanian

    ● RM10,000 setiap projek
    ● Latihan dan bimbingan
    ● Khidmat nasihat teknikal dan kepakaran
    ● Bekalan benih iaitu RM1.20 sebotol
    ● Sokongan bagi mendapatkan pinjaman

    Insentif Fiskal

    ● Pengecualian cukai pendapatan
    ● Potongan elaun pelaburan
    ● Potongan ke atas perbelanjaan modal.
    Terdapat tiga jenis dana pinjaman (soft loan) dari dana Bank Negara Malaysia (BNM)
    ● Tabung Usahawan Baru
    ● Tabung Ekonomi Desa
    ● Tabung Usahawan Siswazah

    Insentif di bawah Bank Pertanian Malaysia (BPM)

    BPM menawarkan insentif untuk menggalakkan pembangunan pertanian mapan.
    Tawaran diberikan kepada syarikat dan pengusaha yang terlibat dalam projek-projek pertanian.
    ● Tabung Untuk Makan (3F)

    ● Skim Pinjaman Untuk Usahawan Bumiputera (MPPB)
    ● Tabung Industri Kecil dan Sederhana (TIKS II)
    ● Skim Kredit Pengeluaran Makanan (SKPM).
    Insentif di bawah Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC)

    ● Program bantuan kewangan untuk EKS Enterprais Kecil dan Sederhana iaitu syarikat perkilangan yang mempunyai nilai jualan tahunan tidak melebihi RM25 juta dan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 150 orang. Insentif di bawah Perbadanan Pembanguan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE)

    ● Geran pembangunan pemasaran

    ● Geran promosi jenama Insentif di bawah Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF):

    Kemudahan disediakan meliputi
    ● Perkilangan
    ● Perkilangan berkaitan sektor perkhidmatan
    ● Lain-lain sektor perkhidmatan.
    ● Pinjaman untuk projek
    ● Pinjaman untuk mesin
    ● Pinjaman untuk kilang

    Jumlah syarikat yang melabur dalam industri cendawan dan menerima insentif yang dikendalikan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sehingga 2005

    Bilangan syarikat – lapan Keluasan projek – 35 hektar
    Kos projek/nilai pelaburan- RM26.03 juta

    Syarikat-syarikat yang ingin melabur dalam industri cendawan boleh memohon insentif yang dikendalikan oleh MoA Inc. boleh menghubungi Jabatan Pertanian Daerah terdekat atau dapatkan maklumat di Pusat Pembangunan Perniagaan (BDC) di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tni di Blok 4G1, Wisma Tani Putrajaya.


    PENGUSAHA boleh menjalankan projek kecil-kecilan atau berskala besar bergantung kepada permintaan pasaran.

    INDUSTRI tanaman cendawan berpotensi dimajukan memandangkan pasaran sentiasa ada.

    INKUBATOR TEKNOLOGI PEMPROSESAN MINYAK PATI

    Minyak pati ialah sejenis minyak meruap dan beraroma yang didapati daripada tumbuh-tumbuhan secara sulingan. Bahagian tumbuh-tumbuhan di mana minyak pati boleh diperolehi termasuklah bunga, buah (kulit), daun, biji, akar atau keseluruhan tumbuhan. Minyak pati biasanya digunakan di dalam industri wangian dan kosmetik terutama bagi penghasilan minyak wangi, penyegar udara, bahan cucian dan mandian, aromaterapi, minyak urut, balm dan sebagainya. Minyak pati juga berguna di dalam industri makanan sebagai bahan perisa dan bauan seperti minyak pudina di dalam gula-gula, minyak cengkih dan kayu manis di dalam minuman ringan. Selain itu, minyak pati digunakan dalam pengeluaran bahan kawalan serangga, antiseptik, anti kulat (fungal) dan pelbagai aplikasi dalam industri perubatan.

    Industri herba Malaysia mempunyai potensi yang tinggi untuk berkembang dan produk berasaskan herba tempatan (tropika) mempunyai ruang pasaran luas (domestik dan ekspot). Dianggarkan saiz pasaran minyak pati dunia ialah sebanyak USD 7.5 billion. Pada masa ini negara kita banyak bergantung kepada pengimportan minyak pati untuk kegunaan tempatan. Nilai import minyak pati ke dalam Malaysia adalah sebanyak RM 200 juta setahun dan nilai permintaan tempatan untuk produk yang berasaskan minyak pati (kosmetik dan produk penjagaan diri) dianggarkan sebanyak RM500 juta setahun. Justeru itu, industri herba Malaysia berpotensi untuk berkembang dengan lebih pesat lagi jika pengeluaran minyak pati berskala komersil dapat dibangunkan. Secara keseluruhannya kegiatan ini merangkumi aktiviti pengeluaran tanaman, pengurusan lepas tuai, pengekstraktan minyak pati, pembangunan produk berasaskan minyak pati serta perawatan bahan buangan kepada silaj dan kompos.

    Industri herba tempatan telah berkembang dengan pesatnya sejak kebelakangan ini tetapi tidak seimbang. Untuk membangunkan industri herba tempatan, pembangunan menyeluruh industri tersebut perlu dilaksanakan termasuk pembangunan pasaran dan penjenamaan.

    Di dalam program inkubator teknologi minyak pati MARDI, beberapa teknologi telah dibangunkan. Program ini merangkumi teknologi pengeluaran tanaman, pengeringan, penyulingan, penghasilan produk-produk berasaskan minyak pati, silaj dan kompos. Tanaman-tanaman yang telah dibangunkan terdiri daripada tiga jenis herba iaitu nilam, serai makan dan serai wangi. Teknologi penanaman telah dapat menghasilkan masing-masing sebanyak 30 tan, 40 tan dan 55 tan sehektar/tahun bagi tanaman nilam, serai makan dan serai wangi. Proses pengeringan pula telah dapat dilakukan melalui pembangunan teknologi pengeringan rumah solar yang berkapasiti pengeluaran sebanyak 750 kg/sehari.

    Teknologi pengekstraktan minyak pati melibatkan dua proses iaitu proses penyulingan (distillation) dan penyulingan berperingkat (fractionation). Proses penyulingan menggunakan wap tekanan tinggi yang dibangunkan berupaya menghasilkan 16,000 ml minyak pati sehari. Proses penyulingan berperingkat pula dapat menghasilkan minyak pati tulen berbilang gred.

    Rangkaian operasi dalam inkubator teknologi produk berasaskan minyak pati meliputi sistem pemprosesan sabun, sistem pemprosesan produk toiletri bentuk cecair dan krim kosmetik, sistem pengisian produk cecair secara automatik dan sistem pembungkusan. Teknologi pemprosesan produk melibatkan pembangunan kilang yang menepati keperluan Good Manufacturing Practice (GMP) dengan spesifikasi susun atur mesin dan tatacara penyusunan bilik bersesuaian. Teknologi pembangunan produk (formulasi) berasaskan minyak pati ini berupaya mengeluarkan sebanyak 15,700 ml bahan aromaterapi dan 3,000 ketul sabun penjagaan diri dan ’toileteries’ sehari.

    Untuk melengkapkan program inkubator teknologi minyak pati, kesemua bahan buangan dari proses ini turut dirawat menjadi silaj dan kompos untuk menambahnilaikan lagi pakej teknologi ini juga menjadikannya lebih berdaya maju dan mesra alam. Teknologi penghasilan silaj melibatkan pemeraman (fermentation) bahan buangan daripada sistem penyulingan di dalam tong kedap udara yang dicampurkan bakteria IMO (Indigenous Microbial Organism). Silaj boleh digunakan sebagai sumber serat (fiber) untuk makanan ternakan ruminan seperti lembu dan kambing. Teknologi kompos pula melibatkan pemeraman terbuka (open fermentation) bahan buangan dari penyulingan dan dicampur dengan bahan-bahan lain seperti IMO, urea dan molases. Bahan kompos yang dihasilkan amat sesuai digunakan sebagai baja organik untuk pelbagai tanaman.

    Untuk mempercepatkan proses pengkomersilan teknologi ini MARDI telah membangunkan pusat inkubator teknologi minyak pati dan kilang perintis pemprosesan produk berasaskan minyak pati di Stesen MARDI Kuala Linggi, Melaka. Pusat inkubator teknologi ini telah dibangunkan sejak 2006 dan dijangka dapat melatih inkubati pertama pada penghujung tahun 2007. Jangkamasa pembangunan usahawan sebagai inkubati dalam sistem inkubator ini ialah selama 14 – 24 bulan bagi program inkubator teknologi penyulingan dan 6-12 bulan bagi penghasilan produk berasaskan minyak pati. Melalui kaedah ini sekurang-kurangnya dua syarikat inkubati dapat dibangunkan dalam setiap pusingan.

    Program inkubator teknologi minyak pati ini telah dibangunkan berasaskan kepada teknologi pakej yang telah dihasilkan juga unjuran analisis kewangan. Kilang yang dibangunkan diunjur memerlukan bekalan bahan mentah (nilam, serai wangi dan serai makan) yang perlu dihasilkan dari ladang yang sekurang-kurangnya seluas 45 hektar.

    Analisis kewangan pengeluaran minyak pati dan produk berasaskan minyak pati menunjukkan pelaburan ini secara teknikalnya berkebolehan (feasible) dan berdaya maju (viable) dari segi ekonomi. Berasaskan kepada saiz operasi kilang yang menghasilkan sebanyak 16,000 ml minyak pati sehari pelaburan ini dijangka dapat memberi kadar pulangan dalaman (Internal Rate of Return) sebanyak 28%, nilai kini bersih (Net Present Value) sebanyak RM4.9 juta, nisbah keuntungan kepada perbelanjaan (Benefit Cost Ratio) sebanyak 1.3 dan tempoh bayar balik modal (Payback Period) selama 4 tahun.

    Untuk perancangan masa hadapan, inkubator teknologi minyak pati MARDI di Kuala Linggi akan membangunkan minyak-minyak pati berasaskan herba-herba lain seperti limau purut, sireh, kulit kayu manis, tee-tree, bunga cengkih dan bunga-bunga haruman. Pembangunan produk minyak pati akan dipertingkatkan kepada produk-produk spa khusus dan terpilih yang mempunyai potensi pasaran tempatan dan ekspot. Pembungkusan (packaging) dan penjenamaan (branding) yang sesuai akan juga dibangunkan di masa hadapan bagi meningkatkan penguasaan pasaran tempatan dan antarabangsa. Di masa hadapan, dijangkakan lebih ramai lagi usahawan dapat dibangunkan melalui sistem inkubator luar-capaian (out-reached incubator) yang boleh diwujudkan apabila teknologi ini dikembangkan ke kawasan-kawasan pertumbuhan yang lain.

    Inkubator teknologi minyak pati ini merupakan pakej teknologi lengkap yang mengintegrasikan aktiviti-aktiviti huluan (up-stream), hiliran (down-stream) dan pemasaran (market). Program inkubator teknologi ini adalah berasaskan kepada teknologi-teknologi asli yang dibangunkan oleh MARDI. Pakej teknologi ini dijangka dapat membantu meningkatkan lagi pembangunan industri herba tempatan ke tahap berdaya maju dan berdaya saing.

    Teknologi minyak pati ini telah dapat dipakejkan sebagai satu entiti pelaburan yang dapat memberi pulangan yang lumayan dan disyorkan kepada pengusaha-pengusaha enterprise kecil dan sederhana (EKS). Teknologi minyak pati ini dapat memperkasakan konsep aktiviti perniagaantani dari ladang ke kilang (farm to factory).

    MASPINE – NANAS KALENG BERDAUN TANPA DURI

    Nanas merupakan tanaman buah-buahan penting di Malaysia terutama dalam perusahaan nanas kaleng. Sumbangan industri nanas kepada negara dari tahun 2000 hingga 2003 adalah berjumlah RM493.098 juta. Dua pertiga (RM328.511 juta) dari jumlah ini adalah dari nanas kaleng, manakala satu pertiga (RM164.587 juta) adalah sumbangan dari export nanas segar.

    Walaupun permintaan pasaran nanas dunia kian meningkat, industri nanas Malaysia mengalami pengucupan kebelakangan ini. Keluasan tanaman nanas telah menurun dari 15,000 hektar tahun 1980an kepada 6,434 hektar (2003). Pengeluaran juga turut menurun hinggakan beberapa kilang nanas terpaksa beroperasi di bawah paras keupayaan. Dari lima kilang nanas yang wujud di zaman kegemilangan industri ini, hanya tinggal dua syarikat perusahaan nanas kaleng yang masih beroperasi di negara ini, iaitu Lee Pineapple (Peninsular Plantations) dan Pineapple Cannery of Malaysia (PCM).

    Tanaman nanas berkembang pada mulanya di tanah mineral, bersama dengan tanaman getah. Penanaman nanas secara komersil telah bermula pada tahun 1937 dan berkembang pesat di negeri Johor. Kesan hakisan tanah telah mendorong supaya tanaman nanas beralih ke tanah gambut yang tidak sesuai ditanam dengan komoditi lain.

    Kebanyakan ladang nanas pada mulanya ditanam dengan nanas jenis Masmerah (1960-1980). Selepas 1980an ladang nanas ditanam pula dengan varieti Gandul. Lain-lain varieti seperti Moris, N36, Sarawak, Selangor Sweet (Cayenne) dan Josapine diusahakan untuk kegunaan segar.

    Selama lebih 20 tahun berulang tanam, hasil nanas Gandul di tanah gambut mula menurun secara mendadak. Keadaan ini adalah di antara penyebab utama kemerosotan industri nanas terutamanya dalam perusahaan nanas kaleng. Untuk mengatasi kemerosotan bekalan nanas kaleng dan seterusnya mengujudkan semula daya saing dalam industri nanas, satu varieti baru nanas yang lebih cergas dan produktif, berhasil tinggi lagi berkualiti perlu diwujudkan. Atas keperluan ini varieti Maspine dibangunkan.

    Varieti ini berjaya dibangunkan selepas 10 tahun penyelidikan (1993-2004) dan telah diiystiharkan oleh YB Menteri Pertanian & Industri Asas Tani pada 5 Mei 2005 di Stesen MARDI Pontian, Johor.

    Sebelum diisytiharkan, Maspine dikenali sebagai titisan ‘73-50’. Maspine adalah hibrid kompleks hasil dari kacukan lima jenis nanas. Maspine tergulung dalam kumpulan nanas ‘Manzanah’, mempunyai ciri istimewa berdaun licin tanpa duri (piping-leaf). Maspine mewarisi kecergasan dari nanas Queen, kandungan gula yang tinggi dari Cayenne, warna kuning keemasan dan bentuk buah dari Singapore Spanish, ketahanan kepada penyakit dari Pernambuco dan berdaun licin tanpa duri dari Perolera. Dengan adanya ciri kesesuaian yang meluas (wide adapatability), Maspine sesuai dalam pelbagai keadaan persekitaran. Diserta dengan ketahanan terhadap penyakit reput teras (Bacterial Heart Rot, BHR), Maspine berpotensi tinggi dikembangkan ke kawasan tanah mineral yang biasanya lebih kondusif kepada penyakit BHR. Ciri positif Maspine ini amat bersesuaian dengan usaha untuk mengembangkan penanaman nanas hingga mencapai 35,000 hektar pada tahun 2010.

    Nanas Maspine dapat mengeluarkan hasil yang lebih tinggi, 40% dan 70% lebih tinggi masing-masing daripada varieti Gandul dan Josapine. Hasil yang mampu dicapai Maspine ialah 56 ton/hektar.

    Maspine mempunyai ciri pengelangan yang baik. Di antara ciri-ciri pengalengan yang istimewa adalah saiz buahnya yang sederhana besar (1.8 kg) berbentuk silinder dan berkulit nipis dan kadar perolehan (recovery) yang tinggi (lebih 20%) berbanding varieti Gandul (6-18%). Ukuran diameter empulurnya yang kurang dari 30 mm juga membuatnya mudah diterima pihak kilang. Warna isi Maspine kuning keemasan dan warna keemasan ini didapati kekal selepas pemperosesan. Isi Maspine juga tidak mudah pecah apabila dipotong bulat untuk ditinkan. Maspine megandungi pH yang sesuai untuk pengalengan. Kandungan asid Maspine adalah rendah (0.58%) manakala kadar gulanya adalah tinggi iaitu 14-17% ketika segar. Kandungan TSS yang meningkat kepada 16-18% selepas diproses dapat membantu menjimatkan input gula semasa pemprosesan. Maspine berpotensi tinggi dalam industri pengkalengan dan boleh digunakan sebagai varieti alternatif kepada varieti Gandul.

    Selain dari nanas yang ditinkan dalam jus, Maspine juga sesuai dibuat jus untuk diminum segar, dikalengkan tanpa gula atau dibotolkan sebagai jus nanas jernih (clarified) berkarbonat atau tanpa karbonat. Imbangan kandungan gula yang tinggi dan asid yang rendah menjadikan cita rasa Maspine manis dan enak ’tanpa gigitan’, sesuai untuk ia dijadikan hidangan pencuci mulut (dessert). Selain dari itu, produk kering dan produk separa kering juga boleh dihasilkan dari Maspine. Dalam pada itu, daun Maspine yang tidak berduri pula berpotensi digunakan sebagai makanan ternakan.

    Dengan bercirikan daun tanpa duri, tanaman Maspine senang dikendalikan di ladang. Keadaan ini memudahkan penuaian buah dan seterusnya meningkatkan kecekapan tenaga kerja. Unsur ini dapat mengurangkan kos pengeluaran.

    Kandungan gula semula jadi yang tinggi dapat menjimatkan input gula semasa pemprosesan, sekaligus mengurangkan kos pemprosesan dalam industri nanas kaleng.

    Dari segi pembiakan benih, Maspine dihasilkan melalui teknik ’quartering’. Kaedah pembiakan vegetatif ini menjamin ketulenan baka Maspine. Sejumlah lebuh 12, 000 sulur telah disediakan pada 2005. Proses pembiakan benih melalui sistem ’quartering’ diteruskan untuk mencapai sasaran 128,000 sulur.

    Sebagai langkah untuk mempertingkatkan kerjasama dengan sektor industri, hibrid MASPINE kini telah diperkenalkan kepada syarikat Lee Pineapple dan Pineapple Canery of Malaysia. Sejumlah 500 sulur telah diberikan kepada setiap estet untuk penilaian pada skala yang lebih besar. Agensi-agensi lain yang turut terlibat termasuk IADP Sarawak dan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM).

    Dengan hasil yang lebih tinggi dan tahan pada penyakit empulur serta dengan kesesuaian di pelbagai persekitaran, Maspine boleh disyorkan di kawasan yang lebih luas. Maspine merupakan satu varieti nanas kaleng alternatif kepada Gandul. Dengan penerimaan tinggi pihak pengilang, Maspine dijangka mampu memperbaiki keadaan industri nanas semasa.

    Nanas Maspine yang berkualiti tinggi dijangka akan mendapat harga pasaran yang baik.Ini akan memberi kelebihan untuk Malaysia bersaing dengan negara-negara pengeluar lain. Dengan rangkaian pasaran keluar negeri yang melibatkan 32 buah negara pembeli, adalah mudah bagi industri untuk memasarkan produk nanas dan seterusnya meningkatkan syer pasaran nanas dunia.

    Sasaran pasaran ekspot adalah ke negara-negara seperti China, Japun, Timur Tengah dan Eropah

    TEKNOLOGI PEMPROSESAN MINIMUM BUAH NANAS DAN NANGKA

    Pemprosesan minimum nanas dan nangka merupakan produk hirisan segar buah-buahan ini dalam bentuk sedia untuk dimakan terus dan masih mengekalkan ciri asal buah yang normal iaitu dari segi bau, rasa dan juga warna.

    Produk pemprosesan minimum biasanya tidak tahan lama. Ini ada kaitan dengan sifat biologi buah-buahan yang masih meneruskan tindak balas kimia, pernafasan dan aktiviti metabolik selepas dilakukan pemprosesan minimum. Perubahan semasa operasi penyediaan (seperti pembuangan kulit, pemotongan dsb.) meningkatkan aktiviti proses asas ini berlaku lebih rancak berbanding dengan hasilan yang normal. Faktor ini menyebabkan produk pemprosesan minimum buah-buahan tidak tahan lama berbanding dengan buah/hasilan normal atau produk buah diproses secara konvensional. Bagaimanapun melalui teknologi yang dihasil di MARDI, warna, bau, rasa dan tekstur buah nangka dan nanas dapat dikekalkan walaupun setelah 5-6 hari produk tiba di negara pengimport melalui pengangkutan udara.

    Di pasaran sekarang buah-buahan pemprosesan minimum ini disediakan tanpa input teknologi semasa operasi penyediaan. Faktor kebersihan dan jaminan kualiti tidak diambil berat menyebabkan tempoh simpanan buah sangat terhad iaitu satu hari di suhu ambien dan 3-4 hari di suhu pasar kering (10-15oC). Justeru itu penjualan hanya terhad untuk pasaran tempatan sahaja.

    Sebelum teknologi ini dihasilkan, nangka dan nanas dieksport dalam bentuk segar buah asal ‘whole fruits’. Pasaran eksport ke Eropah kebanyakanya dilakukan melalui udara. Kos pengangkutan udara yang tinggi; contoh, RM6.80/kg untuk ke Netherlands, menyebabkan aktiviti pengeksportan tidak begitu aktif. Bagi nangka dan nanas, 50-60% bahagian buah merupakan komponen yang tidak boleh dimakan seperti kulit yang tebal, jerami, empulur, biji, tangkai dan jambul bagi nanas. Pengasingan komponen ini semasa operasi penyediaan dapat menjimatkan kos pengangkutan.

    Bentuk buah nangka yang tidak konsisten juga menyebabkan reka bentuk kotak sentiasa menjadi kesulitan bagi pengeksport. Justeru itu, teknologi yang dihasilkan ini memudahkan operasi penyediaan untuk pasaran bagi tujuan pembungkusan, penyimpanan, pengangkutan dan penjualan.

    FAEDAH DARI TEKNOLOGI

    1) Peningkatan kualiti produk

    Melalui pengunaan kalsium klorida bagi mengekalkan ketegaran sel produk dan asid askorbik bagi menghalang proses fermentasi berlaku pada nanas yang diproses secara minimum

    2) Teknik pra-penyejukan

    Kaedah pra-penyejukan dijalankan bagi mengatasi masalah kesulitan mengasingkan isi nangka. Lelehan getah dapat dihindari dan peluhan (condensation) buah dalam bekas pembungkus juga dapat diatasi. Usaha mengatasi masalah ini membolehkan kualiti buah dikekalkan untuk tempoh yang panjang. Proses pra-penyejukan buah nangka dilakukan di bilik sejuk pada suhu 2 – 5°C selama lapan jam sebelum pemotongan kulit. Bagi nanas, teknik pra-penyejukan ini dilakukan semasa rendaman air sejuk (5°C) selama 10 minit selepas pemotongan kulit. Ketahanan produk adalah lebih baik berbanding nanas tanpa melalui proses pra-penyejukan.

    3) Ketahanan tempoh simpanan

    Melalui penggunaan pembungkusan atmosfera terubahsuai (MAP), dan dengan penyimpanan di suhu 2°C, kehilangan berat dan kualiti produk dapat dikekalkan sehingga 2-3 minggu. Dengan mengekalkan aras karbon dioksida di tahap 2 – 5%, oksigen pula dibiar stabil pada aras 10 – 15% dan dengan penyimpanan di 2°C, kesegaran buah boleh dikekalkan selama tiga minggu.

    4) Bekas pembungkus

    Pengunaan bekas polipropilena bagi pembungkusan runcit dan kotak penebat dapat mengawal kerosakan fizikal dan membolehkan bekas disusun secara bertindan. Amalan ini menjimatkan kos semasa penyimpanan dan pengangkutan terutama bagi pasaran eksport.

    5) Penyejuk produk

    Pengunaan bekuan gel/ais kering dalam pembungkusan pukal dapat menyejukan produk semasa pengangkutan. Tindakan ini memberi kesan kepada pernafasan buah dan hayat simpanan produk boleh dilanjutkan.

    PERTAMA DI DUNIA

    Teknologi bagi nanas dan nangka ini mula diperkenalkan di pasaran dunia semasa Floriade 2002 di Amsterdam. Kualiti produk diterima baik dan seterusnya mendapat perhatian pengeksport untuk terus mengeksport nangka yang diproses secara minimum untuk pasaran Netherlands, Zurich dan Belgium.
    Teknologi bagi nanas dan nangka ini mula diperkenalkan di pasaran dunia semasa Floriade 2002 di Amsterdam. Kualiti produk diterima baik dan seterusnya mendapat perhatian pengeksport untuk terus mengeksport nangka yang diproses secara minimum untuk pasaran Netherlands, Zurich dan Belgium.

    Pemprosesan minimum nangka mengunakan label pengeksport yang di jual di Rotterdan hypermarket dengan harga Euro 4.50/RM21.00 bagi pek 500g.

    Selepas kejayaan nangka yang diproses secara minimum di pasaran eksport Eropah, MARDI dengan kerjasama pengeksport telah menghantar sampel promosi nanas yang diproses secara minimum ke Nertherlands, Zurich dan Belgium. Sehubungan dengan respon yang mengalakkan dari sampel promosi, pengeksport telah memohon khidmat nasihat MARDI bagi menilai kualiti dan penerimaan nanas ini. Susulan dari permohonan tersebut, MARDI dengan kerjasama FAMA dan LPNM telah dengan jayanya menjalankan kajian pengekportan nanas di Rotterdam dan Amsterdam pada Jun 2006. Penilaian kualiti juga tururt dilakukan pada nangka yang diproses secara minimum semasa kajian ini. Hasil kejayaan ini, LPNM dijangka akan menyediakan beberapa insentif bagi mengalakkan aktiviti eksport nanas yang diproses secara minimum bagi mengikuti jejak kejayaan pengeksportan nangka.

    PERTAMA DI MALAYSIA

    Teknologi yang dihasil merupakan yang pertama di Malaysia yang boleh digunapakai untuk penjualan buah-buahan di pasaran kering dan pasaran basah. Selain itu teknologi ini boleh diguna untuk sajian buah-buahan semasa penerbangan, di hotel, restoran dan majlis majlis tertentu. Teknologi yang dihasilkan merupakan teknologi pakej yang bermula dari penuaian buah sehingga produk tiba pada pengguna.

    Teknologi telah dihasil melalui:

    1.Kajian asas – pemilihan varieti, tahap kematangan, operasi penyediaan, bekas pembungkus, keselamatan makanan, pemastian kualiti, suhu penyimpanan dan kesesuaian pengangkutan untuk edaran semasa pengangkutan dan jualan

    2.Kajian simulasi untuk pasaran tempatan dan eksport

    3.Kajian pengangkutan eksport sebenar

    IMPAK TEKNOLOGI

    Teknologi yang dihasilkan bagi buah nangka kini digunapakai untuk pasaran eksport. Buah nangka merupakan buah jenis besar. Berat sebiji buah boleh mencapai 5-20 kg. Buah yang sebegini besar akan menyulitkan pengguna semasa pembelian dan tidak habis dimakan terutama apabila ahli keluarga adalah kecil. Kesulitan mengambil isi disebabkan kulit yang tebal dan bergetah merupakan faktor penyebab kenapa buah ini tidak popular. Bagaimanapun melalui teknologi MARDI halangan ini sudah dapat diatasi.

    Faktor peningkatan ekonomi dan perubahan gaya hidup penduduk dijangka akan mempopularkan pasaran buah yang diproses minimum. Aahaliran sebegini sudah dapat dilihat di Amerika, Australia, New Zealand, Jepun dan lain-lain negara maju. Dijangkakan permintaan buah segar di pasaran akan berubah. Selaras dengan misi kerajaan menjadikan sektor pertanian sebagai penyumbang ketiga ekonomi negara adalah dijangka permintaan buah-buahan akan meningkat seiring dengan peningkatan penanaman buah-buahan yang berlaku sekarang.

    Sekarang ini nangka dieksport (dalam bentuk sebiji penuh) ke Hong Kong, Singapura, Indonesia, Thailand, Timur Tengah, dan United Kingdom dengan nilai dagangan mencapai RM3 juta/tahun. Pada tahun 2008 – 2010 nilai ini dijangka mencecah RM10 juta. Kawasan penanaman nangka dijangka meningkat dari 6,000 hektar ke 55,000 hektar pada tahun 2010 akan membuka ruang bagi nangka dieksport dengan pesat lagi khususnya dalam bentuk diproses secara minimum. Arahaliran sebegini juga dijangka akan berlaku pada buah nanas.

    FAEDAH TEKNOLOGI

    a) Kesan Kepada Produk

    1.Masalah kemerosotan kualiti produk dapat dihindarkan selama 2-3 minggu (bergantung
    pada jenis buah). Kesegaran produk dapat dijamin kerana penyediaan buah dilakukan
    dalam bilik terkawal yang mematuhi keperluan HCCP dan GMP sepenuhnya.

    2.Masalah pemasakan buah nangka dapat diatasi dengan proses
    pemasakan secara aruhan menggunakan gas etilena.

    3.Masalah pelembutan tisu dan fermentasi bagi nanas dapat diatasi dengan penggunaan
    kalsium klorida dan asid askorbik.

    4.Masalah kehilangan air dan bau dari produk dapat dihalang dengan mengguna bekas
    pembungkus yang sesuai. Bagi pembungkusan runcit, disyor digunakan polipropilena
    kedap udara, manakala kotak penebat dan bekuan terma/gel ais bagi pembungkusan
    pukal.

    b) Kecekapan Operasi

    1.Penjimatan masa kerana produk sedia untuk dimakan terus. Pengguna tidak perlu mengalami kesulitan memotong buah bagi mendapat isinya.

    2.Tiada pembaziran kerana pengguna hanya perlu membayar komponen yang boleh
    dimakan sahaja. Bahagian kulit/jerami, tangkai, jambul telah dipotong semasa proses
    penyediaan.

    3.Penggunaan mesin pemotong membantu operasi penyediaan buah nanas.Produk yang
    dihasilkan adalah lebih konsisten.

    4.Penjimatan kos pengangkutan terutama melibatkan pengangkutan udara.

    Teknologi pemprosesan minimum yang diwujudkan untuk nangka dan nanas bagi tujuan pengeksportan melalui pengangkutan udara juga berpotensi untuk diguna bagi pasaran eksport melalui kapal laut ke China, Taiwan dan juga Hong Kong. Ini adalah kerana perjalanan melalui kapal laut ke destinasi ini hanya mengambil masa 5-7 hari. Penggunaan kontena bersuhu sejuk akan dapat mengekalkan kualiti produk semasa pengangkutan dan penggunaan rantaian sejuk seterusnya akan menjamin kualiti produk bertahan selama 5-6 hari di pasaran jualan runcit.