Penternakan Burung Layang-Layang

Pengenalan

Burung Walet merupakan burung pemakan serangga yang bersifat aerial dan suka meluncur. Burung ini berwarna gelap, terbangnya cepat dengan ukuran tubuh sedang/kecil, dan memiliki sayap berbentuk sabit yang sempit dan runcing, kakinya sangat kecil begitu juga paruhnya dan jenis burung ini tidak pernah hinggap di pohon. Burung walet mempunyai kebiasaan berdiam di gua-gua atau rumah-rumah yang cukup lembab, remang-remang sampai gelap dan menggunakan langit-langit untuk menempelkan sarang sebagai tempat beristirahat dan berbiak. Klasifikasi burung walet adalah sebagai berikut:

Superorder : Apomorphae
Order : Apodiformes
Family : Apodidae
Sub Family : Apodenae
Tribes : Collacaliini
Genera : Collacalia

Species : CollacaliafuciphagaHasil dari peternakan walet ini adalah sarangnya yang terbuat dari air liurnya (saliva). Sarang walet ini selain mempunyai harga yang tinggi, juga dapat bermanfaat bagi duni kesehatan. Sarang walet berguna untuk menyembuhkan paru-paru, panas dalam, melancarkan peredaran darah dan penambah tenaga.

Perladangan Burung Layang-Layang.

Bermula sedekat yang lalu apabila burung layang-layang berhijrah dari gua ke bandar menjadikan bangunan lama yang mempunyai suasana hampir sama dengan keadaan dalam gua sebagai habitat barunya Akibat mempunyai nilai pasaran yang tinggi banyak premis dalam kawasan bandar telah diubahsuai untuk perladangan burung layang-layang.Pengubahsuaian premis asasnya ialah menjadikan suasana dalamannya sama dengan gua. terutamanya gelap dan lembab. Antara ubahsuai utama dilakukan ialah :-

  • Penutupan pintu dan tingkap
  • Pembinaan lubang pengudaraan
  • Penyediaan pintu masuk
  • Penyusunan bluti di siling sebagai tempat pembiakan
  • Sistem irigasi dalam dan luar bangunan bagi mengawal suhu
  • Memasang sistem audio

Suasana persekitaran yang diperlukan dalam rumah burung ialah suhu yang setabil antara 25 hingga 28 darjah celsius, kelembapan antara 80 hingga 90 peratus dan kegelapan kurang dari 1 lux. Bumbung bangunan hendaklah dibuat daripada bahan-bahan yang dapat menahan kepanasan matahari.Pembinaan persekitaran yang sesuai telah menyebabkan burung walit sesuai dengan habitat barunya dan memberi pulangan yang tinggi kepada pemiliknya.

Pembinaan Rumah Burung Layang-Layang

Mengikut buku Amalan Baik Untuk Perladangan Burung layang-layang/ Aerodramus dan Perumahannya” terbitan Jabatan Perkhidmatan Haiwan, premis hendaklah dibina di atas tanah pertanian atau perusahaan pada jarak minima 100 meter dari kawasan kediaman. Disamping itu kelulusan daripada Pihakberkuasa Tempatan perlu diperolihi.Reka bentuk bangunan perlulah berdasarkan kepada kehendak dan keperluan burung bagi menjamin burung walit akan menetap dan terus menetap. Rumah walit perlu disediakan roving room kerana semasa memasuki bangunan burung walit akam berputar-putar dulu mengikut putaran jam sebelum menuju ke sarangnya. Resting room perlu disediakan sebagai tempat burung walit beristerehat dan membina sarang. Lubang keluar masuk burung sesuai diletakan di bahagian atas bangunan dengan arah bertentangan daripada matahari naik atau jatuh bagi menjaga kegelapan dalam bangunan. Antara ciri-ciri lain rumah walit yang perlu diambil kira dalam pembinaannya ialah ;-

  • Sistem ventilasi bagi mengawal suhu
  • Bahagian dalam terlindung dari cahaya matahari
  • Ketinggian ideal melebihi 15 kaki dengan keluasan melebihi 20 kaki persegi
  • Penyediaan beluti untuk burung bersarang
  • Kalis tikus, ular, biawak dan pemangsa.
  • Pemasangan sistem audio
  • Notis amaran di lokasi sesuai.

Keluasan minima 20 X 30 kaki. Lebih ekonomik jika dibina bertingkat. Ketinggian dari lantai ke bumbung antara 6 hingga 15 kaki. Bahagian dalam bangunan diplaster dengan campuran pasir, kapur dan simen. Bahagian luar dengan campuran pasir dan simen sahaja.Tempat burung layang-layang berehat dan membuat sarang dibuat petak-petak daripada papan yang kuat serta dilekatkan di bahagian siling bangunan.Sistem paip jaringan (sprinkle) diletakan pada bahagian bumbung dan dalam bangunan. Bila cuaca panas paip dipasang bagi menjamin suhu sentiasa rendah dan kelembapan tinggi.Pintu keluar masuk burung berukuran 20 X 20 cm dibina dibahagian atas bangunan.

Pemasangan Sistem Audio

Sistem audio dipasang bagi dimainkan suara burung pada waktu tertentu bertujuan bagi memanggil burung masuk kedalam bangunan , membuat sarang dan seterusnya meningkatkan pengeluaran. CD dengan suara burung yang berlainan digunakan untuk memanggil burung , membuat sarang dan meningkatkan pengeluaran.Pada pintu masuk dipasang minima 2 buah tweeter dan dimainkan pada awal pagi dan petang bertujuan memandu burung masuk kedalam bangunan. Bagi bangunan berukuran 20 X 30 kaki, minima 10 buah tweeter dipasang pada bahagian siling bangunan secara tersebar bertujuan untuk mengundang burung bersarang dalam bangunan.Jika audio sistem dipasang secara yang betul mengikut nasihat perunding, kemungkinan burung akan masuk kedalam rumah walit dalam jangka masa dua hingga tiga bulan adalah tinggi. Audio sistem sebenarnya berfungsi untuk menarik perhatian walit menuju kearah sumber suara.

Pemilihan Lokasi

Persyaratan lingkungan lokasi rumah adalah:

  • Dataran rendah dengan ketinggian maksimum 1000 m dari aras laut.
  • Daerah yang jauh dari jangkauan pengaruh kemajuan teknologi dan perkembangan masyarakat.
  • Daerah yang jauh dari gangguan burung-burung buas pemakan daging.
  • Persawahan, padang rumput, hutan-hutan terbuka, pantai, danau, sungai,rawa-rawa merupakan daerah yang paling tepat.

Bagi kejayaan pembinaan rumah walit, ujian kesesuaian lokasi perlu dijalankan terlebih dahulu. Tujuannya menentukan kawasan tersebut sesuai atau tidak untuk dibina rumah walit. Alat pengesan khas digunakan, walit akan mendekati alat pengesan jika bilangannya banyak. Ujian diperlukan bagi mengurangkan risiko pelaburan. Ujian dijalankan dikawasan tapak cadangan rumah burung atau pun di premis yang dicadang untuk di jadikan rumah burung. Ujian kesesuaian dijalankan pada awal pagi dan lewat petang. Kehadiran burung walit yang banyak semasa ujian akan dijadikan penunjuk kawasan itu berpotensi dibangunkan rumah burung walett.

MATERIAL SOKONGAN

Mp3 Cd Suara Burung Layang-Layang

Satu set mengandungi 3 MP3 CD yang masing-masing berfungsi untuk menarik wallet masuk kedalam rumah baru, mendiami dan membuat sarang serta meningkatkan pengeluaran.

Audio Cd

Suara Burung Layang-Layang Satu set mengandungi 3 CD yang masing-masing berfungsi untuk menarik walet masuk kedalam rumah baru, mendiami dan membuat sarang serta meningkatkan pengeluaran

Player Mp3 dan Amplifier

Satu set mengandungi MP3/CD plyer dan amplifier yang masing-masing berfungsi untuk memasang lagu bagi menarik Walet kedalam rumah baru, mendiami dan membuat sarang serta meningkatkan pengeluaran.

Water Spry

Water spry perlu untuk menarik minat wallet.

Penyukat Suhu & Kelembapan

Satu set mengandungi 2 unit yang masing-masing berfungsi untuk menyukat suhu dan kelembapan dalam rumah burung layang-layang dan unit yang lebih besar diletak dalam bilik kawalan tanpa wayar, untuk bacaan suhu dan kelembapan. Amat berguna untuk memantau suhu dan kelembapan rumah burung.

Sarang Tiruan

Perlu untuk peringkat awal menarik minat walet datang bersarang

Speaker Utama

 

Satu set mengandungi 2 unit yang masing-masing berfungsi untuk menarik walet masuk kedalam rumah baru. Dipasang pada lubang/pintu keluar masuk di tingkat paling atas. Minima 2 unit dipasang pada pintu keluar masuk.

Tweeter

Satu set mengandungi 10 unit yang masing-masing berfungsi untuk menarik walet masuk kerumah baru mendiami dan membuat sarang serta meningkatkan pengeluaran. Minima 10 buah dipasang pada setiap ruang bersaiz 60 meter persegi.

MUSUH DAN CABARAN

Mengawal bangunan daripada tikus, semut, cicak ,kelawar, biawak, burung hantu dan helang yang samada akan merosakan atau menakutkan burung untuk terus tinggal dalam bangunan.

Musuh dan Penyakit Cadangan Atasi
Tikus – Tikus memakan telur, anak burung walit/swallow bahkan sarngnya. Perosak ini juga mendatangkan suara dan kotoran yang merosakkan kondisi rumah walet · Cara pencegahan tikus dengan menutup semua lubang, tidak menimbun barang bekas dan kayu-kayu yang akan digunakan untuk sarang tikus.
Burung Hantu dan Helang – Memakan burung layang-layang. Tangkap dan pindahkan
Semut – Semut api dan semut gatal memakan anak walet dan mengganggu burung walet yang sedang bertelur. Cara pemberantasan dengan memberi umpan agar semut-semut yang ada di luar sarang mengerumuninya. Setelah itu semut disiram dengan air panas.
Cicak dan Tokek
Binatang ini memakan telur dan sarang walet. Tokek dapat memakan anak burung walet. Kotorannya dapat mencemari raungan dan suhu yang ditimbulkan mengganggu ketenangan burung walet.
ditutup.
· Cara pemberantasan dengan diusir, ditangkap sedangkan penanggulangan dengan membuat saluran air di sekitar pagar untuk penghalang, tembok bagian luar dibuat licin dan dicat dan lubang-lubang yang tidak digunakan


PELABURAN DAN PULANGAN

Ini adalah anggaran modal berdasarkan bangunan baru dibina, berkeluasan 40’x60′ persegi setinggi 3 tingkat:

Harta Tetap
Bangunan dan kelengkapan/material = RM 120,000
Modal Pusingan Setahun

Kos tenaga buroh = RM 12,000
Eletrik dan air = RM 1,000
Kos Permulaan Setahun = RM 133,000
Anggaran Hasil Sarang burung (minima)

Akhir tahun 1, 0.5 kg X RM 6,000 = RM 3,000
Akhir tahun 2, 7 kg X RM 6,000 = RM 42,000
Akhir tahun 3, 14 kg X RM 6,000 = RM 84,000
Akhir tahun 4, 20 kg X RM 6,000 = RM 120,000
Akhir tahun 5, 20 kg X RM 6,000 = RM 120,000

Keuntungan Tahunan

Tahun 1, RM 3,000 – (RM 7,000 + RM 25,000) = (- ) RM 130,000
Tahun 2, RM 42,000 – (RM 7,000 + RM 29,000) = (-)RM 88,000
Tahun 3, RM 84,000 – RM 7,000 = (-)RM 4,000
Tahun 4, RM 120,000 – RM 7,000 = RM 116,000
Tahun 5, RM 120,000 – RM 7,000 = RM 120,000

*Dalam masa 3 tahun modal yang dilabur dapat dipungut kembali sepenuhnya.

Tuaian Hasil

Cara rampasan iaitu sarang yang telah siap dibina tetapi belum sempat Walet / Swallow bertelur diambil. Cara ini akan menyebabkan kepupusan burung walit kerana tidak dapat membiak.ara buang telur iaitu setelah Walet / Swallow bertelur, sarangnya diambil sementara telurnya dipindah kesarang seriti atau incubator untuk penetasan. Kadar penetasan yang rendah dan kadar kehidupan yang rendah juga tidak menjamin perkembangan jumlah burung walit. Cara ini diamal di Indonesia kerana jumlah seriti banyak disana tetapi jarang kedapatan di Malaysia.Cara penetasan iaitu sarang diambil setelah telurnya menetas dan anak Walet / Swallow terbang.Ini merupakan cara yang terbaik menjamin populasi burung walit terus meningkat dan industri ini akan terus berkembang.

46 thoughts on “Penternakan Burung Layang-Layang

  1. assalamualikum.adakah saudara berpengalaman dalam swiftlet farming ini.saya berminat untuk menceburinya serta mendapatkan pengetahuan dan nasihat

  2. Salam
    Saya sedang menyediakan garispanduan perancangan penternakan burung walit untuk tujuan penyelarasan ulasan-ulasan bagi permohonan ubahsyarat tanah yang banyak di terima oleh jabatan untuk penternakan burung walit. Sehubungan dengan itu saya memohon kerjasama tuan untuk memberikan pandangan mengenai perancangan fizikal yang sesuai untuk burung walit.

  3. Tuan,

    Syarikat kami dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH), sedang mengadakan kursus untuk bakal pengusaha dan pengusaha Burung Walit. Tujuan kursus adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta berkaitan dengan Amalan baik Penternakan Burung walit, perundangan, pelaburan dan sebagainya. Peserta akan diberikan sijil oleh JPH untuk berurusan dgn Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Adalah amat dihargai jika Tuan dpat mengiklankan kursus ini. Kursus akan datangadalah pada:

    Tarikh: 16hb April
    Tempat: Hotel Syuen, Ipoh
    Masa: 9 pagi – 5 ptg

    Sila hubungi: En. Sahar – 017 2810021
    En. Auzaimi – 012 288 6208 untuk keterangan lanjut.

    Terima kasih

  4. saya memerlukan konsultansi dan khidmat nasihat dari pihak tuan mengenai penternakan burung ini dengan lebih lanjut

  5. tuan,
    apakah punya contoh suara burung walet yang sedang ribut ( saat mereka diganggu kediamannya ) dan suara minta tolong atau suara meminta bantuan temannya saat kediamannya diganggu ? soalnya saya perlu untuk bahan penelitian ! sebelum dan sesudahnya saya ucapkan terima kasih?

  6. saudara harizamrry atau sesiapa yg dpt memberikan sedikit komen,…jika saya mahu membina rumah burung walit dgn keluasan paling minima 20’x 30′(setingkat),brpkah anggaran kos(bangunan shj tdk trmasuk peralatan)
    yg saya perlukan?,..terima kasih

  7. Saya pelajar Diploma Kejuruteraan Awam dan akan mengambil kursus ETR(Keusahawanan). Saya dikehendaki tampil dengan satu perusahaan dan saya rasa penternakan burung walet adalah sangat bagus dan sesuai untuk saya cuba sebagai projek ETR. Saya ingin cuba mendapatkan guideline daripada sesiapa yg dpt membantu, tlg emailkan kepada zEEk_sologuitarist@yahoo.com

  8. amik diploma pun tak reti nak cari maklumat dalam internet. kalau setakat nak maklumat dari tenet email aku, lxn_deria@yahoo.com, nanti aku emailkan link.

    komen akun pada thread ni… nampak je cantik atas kertas… tapii tak semudah itu. ramai yg boleh buat bird call test, sampai beribu2 datang, tapi memanggil burung banyak dan memikat burung masuk bersarang dua benda berbeza.

    kaji dulu sebelum masuk industri ni. jgn ikut bute cakap ‘CON-sultant’. ramai sangat bumi tertipu. duit dah keluar, 5-6 tahun sekor burung tak masuk. kalau rajin usahakan carik org yang dah succeed. nak tgk samada rumah burung tu ada penghuni ke tak tgk waktu awal pagi subuh dan 6.30-maghrib. kalau nak lagi maklumat, search kat lowyat forum… lagi banyak maklumat dan trasparency dari website consultant.

  9. Akum!Saya mempunyai kira-kira 100 kg sarang burung wallet dari Gua Madai Sabah.Saya sedang mencari pembeli yang berminat.Boleh perkenalkan kepada saya pembeli?

    • sukry sharifudin,….. pembeli tu… ramai,terpulang pada u… nak jualkah tidak?bergantung pada harga yang u nak jual… jenis sarang apa yang u ada?mcm mana nak berhubung dgn u ni?

  10. cam mane cara untuk membela burung layang2??
    dan kos untuk kesemua?
    macam mane nak dapat kan bantuan kewangan..?

    berminat sangat2 untuk menjadi usahawan

  11. saya sangat berminat dengan pertenakan sarang burung wallet,saya ada sebidang tanah dikampong,kawasan cantek tepi sungai dan dekat dgn muara laut,saya sedang mencari business partner untuk ini yang bolih mengeluar modal dan saya menyediakan tanah, kpd siapa yang berminat boleh hubungi saya.for your info tanah tu berada di kawasan Tumpat Kelantan.

  12. i baru nak satu rumah burung.betul ka boleh buat rumah dengan batu 20’x80′ rm120,000.00.bila lagi ada kursus atau forum di ipoh atau utara lagi?

  13. Saya ingin mencari sesiapa yang berminat untuk kongsi buat sarang burung walit. Saya ada sebidang tanah dan sebuah rumah . rumah 40kaki X 55 kaki boleh diubah suai untuk buat sarang burung. Kawasan rumah tersebut adalah laluan burung walit untuk balik ke sarangnya. Banyak diwaktu petang dan awal pagi. sesiapa yang berminat bolehlah email ke saya untuk urusan selanjutnya. Lokasinya di Kuala Rompin, Pahang

  14. Kami membantu meningkatkan sarang burung dengan cepat.

    Kami (Multilink Enterprise) adalah syarikat pertama yang menghasilkan produk ‘Swallow’s Insect Powder’.

    Produck ini adalah sejenis serbuk, setelah tuangkan dengan air didih, serbuk ini akan berubah menjadi serangga (makanan burung layang-layang). Ini akan meningkatkan dan mempertahankan burung layang-layang and meningkatkan sarang burung wallet dengan cepat. Anda boleh dapatkan keputusan yang jelas.

    ”Swallow’s Insect Powder’’ hanya RM120 untuk satu bungkus. Harga boleh dibincangkan jika pembelian dalam jumlah yang besar. Setiap bungkusan boleh digunakan selama 3-4 bulan. Jika anda memerlukan sebarang maklumat lanjut, sila kunjungi http://multilink-products.blogspot.com.

    Kami melakukan penjualan borong dan runcit. Jika anda tertarik dengan produk kami atau rakan niaga kami anda dipersilakan untuk menghubungi 016-3020250 / multilink_enterprise@hotmail.com (Denice Lau)

  15. 01 JUN 2010
    Baru-baru ini industri burung walit dikejutkan dengan skim pelaburan yang hanya bertujuan untuk keuntungan pihak tertentu.
    Kami menasihatkan kepada usahawan yang berminat supaya tidak terpedaya dengan skim pelaburan sebegini.
    Walaubagaimanapun, kerajaan masih memberi sokongan kepada industri yang semakin berkembang ini. Pihak Agro juga telah memperuntukkan RM67.7 juta bantuan pinjaman kepada usahawan-usahawan yang berminat.

    Dapatkan Perkhidmatan Perundingan dan Pembangunan dari agensi yang diiktiraf.

    BINA AGRO NUSANTARA RESOURCES SDN BHD.
    Berdaftar dengan MOA.INC.

    Web: http://www.banwalit.com
    email: admin@banwalit.com
    Tel: 03 26940595

    • hei…..azman (BANwalit)ingat!!!!! U cakap 4.300rm tidaklah banyak tapi sampai sekarangpun belum kau tunaikan. Macam mana U punya janji????? apakah kau betul2 tak punya uang????? klo tak pnya uang knapa harus suruh orang kerja ???? Macam itukah kau seorang consultan burung layang2 terbesar di Malaysia????????????????????????

      • bagi orang ramai yang nak melaburkan uang untuk binaan rumah burung layang2 harap hati2 memilih consultan…..BAN walit.com tak boleh dipercaya…..banyak client yang dikecewakan dan ditipu oleh azman shah…..sangat banyak….pilih consultan yang bonafit yg dpt memberikan produktivitas pada rumah burung….kepada kalian yang nak tahu jelas siapa asman / BAN walit.com boleh hubi saya di http://www.mochas3553@yahoo.com

      • btl, saya dah melabur rm10k utk rumah walit yg di uruskn konsultan tu, tapi sampai sekrng tak ada berita, bila hubungi langsung tak angkat

  16. saya nak tahu ada tak bantuan untuk membantu kepada sesapa yang ingin memulakan pembinaan sarang burung walit??

    • salam……..saya bagi arahan tuk awak, u kena cari consultan yang best…. not BAN walit.com milik Azman shah, dia penipu…..any body deal with him,may be disappointed, sure!!!!!! you will lost much money but not take effect/unproductive

  17. ada tak syarikat yg akan mengeluarkan modal untuk perkongsian rumah burung walet jika saya mempunyai tanah??emailkan pada malilovika@gmail.com ataupun smskan ke no 01-77882060 jika sesiapa mempunyai info..tq..

  18. salam. Saya tlah bina rumah burung layang2 hampir 9 bulan dan telah siap sepenuhnya ada Mac 2010. Saya telah mula on radio pada Mac lalu. Mmang banyak burung datang dan main-main, keluar an masuk. Akan tetapi satu sarangpun tak ada. Ada idea tak? Sepekara lagi,di mana boleh saya dapat arang burung tiruan?

  19. kalau rumah kedai setinggi 12kaki tinggi dibahagikan 2 tingkat , 6kaki setingkat ,adakah
    ia menganggu penerbangan walit di dalam rumah/sesuai atau tidak ?
    ( suhu akan dijaga dalam 27`-29` , kolam dan longkang pengairan di dalam rumah)
    diucapkan terima kasih kerana menjawap soalan saya

  20. Mrwee saya rasa 6′ tidak sesuai utk burong walit itu. 12′ is batter buat 1 tingkap sahajalah baik pada selepas buat tak ada burong masuk atau kurang masuk.Kolam tidak perlu itu kolam dlm bilik modal lama dah tak pakai lagi dah,suhu maintain dlm 25c – 28c ok.

  21. ..salam saya nak tanya sikit.. baru baru ada org datang hendak menyewa tanah saya untuk membangunkan rumah burung ni….tapi saya tak tahu berapa harga nak sewakan tanah tersebut…kawasan cantik, tepi jalan..boleh sapa sapa bagi info?…ikat kontrak berapa tahun agaknya?

  22. Salam semua,

    Saya ada sejumlah 100kg gred c sarang burung layang-layang. Hubungi saya di 0177040405 untuk maklumat lanjut..sekian terima kasih..

  23. Truly an absolutely stimulating site. I was searching above ground pool for 2 hrs today and ultimately detected the information i was looking for!
    Thank you a 1000 times! -Alyssa

  24. Pingback: webpage
  25. Pingback: Enlace Home Page

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s