Pendapatan RM80,000 sebulan hasil ternak ikan air tawar

19-02-2007 12:26:19 PM
Zabidi Ishar

KOTA BAHARU: Dengan pendapatan sebanyak RM80,000 sebulan, Raja Zakaria Raja Abdullah yang muncul sebagai antara penternak dan pembekal ikan air tawar yang berjaya di Pantai Timur, kini mampu tersenyum megah.

Pada usia hanya 34 tahun, beliau menjadi contoh anak Melayu yang berjaya menjadikan ternakan ikan air tawar sebagai punca pendapatan lumayan, memecahkan dominasi bukan bumiputera dalam bidang itu.

Kejayaannya itu bagaimanapun penuh liku, terutama mengenangkan kisah silamnya apabila pernah menjadi bahan ketawa rakan-rakan dan penduduk kampung kerana sanggup meninggalkan kerjaya terjamin di sebuah bank tempatan kira-kira 10 tahun lepas semata-mata ingin bekerja sendiri menjaga kolam ikan.

“Banyak sindiran dan kata-kata pedas saya telan sahaja, kini siapa yang ketawakan siapa,” katanya ketika ditemui Bernama di kawasan ternakan kolam ikannya yang terletak di Kampung Bilok Banggu, di sini, yang juga tanah kelahirannya.

“Rakan sebaya lain semua minat makan gaji, tapi saya degil nak berniaga juga. Bukan salah mereka ketawakan saya sebab makan gaji lebih terjamin, berniaga pula ikut untung nasib,” katanya yang mengadu masih berasa letih dan mengantuk setelah semalaman menuai hasil ternakan ikan air tawar bagi keperluan pembekal dari Pahang.

“Waktu mula-mula, ramai yang tanya bolehkah saya tanggung keluarga dengan bela ikan kerana mereka tahu bukan senang nak buat kerja itu terutama dengan persaingan bukan Bumiputera dari luar Kelantan, tapi saya tekad untuk buktikan saya boleh,” katanya.

Hasilnya setelah bertahun, kini bau hanyir ikan yang melekat di tubuh badannya menjadi lambang kejayaan sebagai anak Melayu yang berjaya dengan hasil pendapatan yang lumayan.

“Saya mula dengan hanya RM3,000 bagi bina dua buah kolam ikan. Sekarang saya ada hampir 30 buah kolam simen dan 13 kolam ikan (bertanah) termasuk beberapa sangkar ikan di tali air,” katanya tersunyum megah dengan hasil kudratnya.

Kesemua kolam itu mengandungi pelbagai spesies ikan air tawar yang mempunyai pasaran tinggi seperti tilapia, patin, keli dan jelawat, yang mampu mengeluarkan 60 metrik tan hasil sebulan.

Menurutnya dahulu beliau bertindak sendiri memasarkan ikannya hingga ke luar Kelantan tetapi tugasnya kini lebih mudah apabila pemborong dari Terengganu dan Pahang pula yang muncul di kolamnya.

Dengan bantuan tujuh pekerja bagi menyelenggara kesemua kolam dan sangkar ikan, kejayaan Raja Zakaria turut menarik minat pelbagai agensi lain apabila menjadikan kawasan ternakan usahawan muda itu sebagai lokasi pembelajaran peserta kursus dalam bidang itu termasuk orang ramai.

Walaupun dikagumi ramai dengan sikap “pantang menyerah kalah”, Raja Zakaria dengan rendah diri berkata kejayaan yang dikecapinya itu adalah hasil kerjasama Jabatan Perikanan dan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) yang banyak membantu.

“Saya ucap terima kasih sangat kepada agensi ini terutama KADA yang membenarkan kami menggunakan tali airnya sebagai tempat menternak ikan,” katanya.

Menurut Raja Zakaria di kampung itu sahaja lebih 50 petani telah memanfaatkan tali air sepanjang lebih lima kilometer milik KADA di situ.

“Alhamdulillah tali air ini sangat baik untuk kami menternak ikan kerana airnya yang bersih dan mengalir baik,” katanya.

Raja Zakaria kini bertekad untuk mempertingkatkan pemasaran ikan ternakannya terutama bagi menembusi beberapa pasaran di negeri-negeri di Pantai Barat sambil berharap ada pihak tertentu akan membantunya.

Kepada siswazah yang menganggur, beliau turut menasihati mereka untuk tidak malumalu menceburi bidang itu yang menjanjikan pulangan lumayan sekiranya mereka cekal dan berdedikasi.

“Potensi ikan ini terutama patin dan keli sangat baik kerana ramai rakyat Malaysia mulai suka makan ikan ini. Daripada menganggur lebih baik ceburi bidang ini,” katanya yang mengakui kini banyak agensi pertanian boleh memberikan khidmat nasihat berbanding semasa beliau mula menceburi bidang itu.

Sementara itu, Pengurus Besar KADA Sayutti Hussin berkata lembaga itu sememangnya mengharapkan lebih ramai petani memanfaatkan tali air agensi itu yang mengalir di beratus-ratus buah kampung di Kelantan.

“Sambil menternak ikan air tawar, air yang sama juga dapat mengairi bendang mereka dan ini boleh beri pendapatan lumayan,” katanya.

Sayutti berkata beliau sedia memberi kebenaran untuk petani menggunakan tali air sepanjang 1,000km dalam kawasan KADA bagi memperoleh pendapatan sampingan, asalkan ia dijaga dengan baik dan mengikut peraturan. BERNAMA

26 thoughts on “Pendapatan RM80,000 sebulan hasil ternak ikan air tawar

  1. sy benar2 beminat nak menceburi ternakan air tawar ini.memandangkan tahap pembelajaran sy hanya di tahap spm sahaja.sy ingin minta pandangan d mana sy tdk mempunyai modal utk memulakannya tapi sy sangat2 berminat utk menjayakan bidang ini.yg ada pd saya hanya tapak yg membolehkan sy bermula dr 2 kolam dahulu.sy berdoa agar luahan sy ni dapat di beri pertolongan yg x ternilai hargannya.walaupun terpaksa aku mengharungi lautan bergelora.

  2. sya ingin memulakan penternakan ikan keli tp sya tk thu nak ambil anak ikan keli kt mne n hrga anak ikan tersebut…leh bntu sya??

      • As salam…saya baru menceburkan diri dalam bidang ternakan ikan ni…saya mencari anak benih ikan patin…. kalau boleh dapatkan amaun harga lagi elok… lokasi kolam sungai saya di Gunong Bachok Kelantan.. tq

  3. salam
    sekarang saya tengah mencari pembekal untuk 3 jenis ikan iaitu keli, patin talapia untuk d pasarkan d kota bharu..
    sebanyak 900 kilo untuk 3 jenis ikan.. jadi sekarang maslah saya adalah bagaimana saya nk berhubung dengan pembekal ini

    • saya ada ikan patin kak….ternak dalam sangkar sungai…air bersih n makanan saya bg pellet jek..xda bau lumpur…sekarang besar dalam 600g-800g…xtau nak jual kat maner…bru mencebur diri..klu akak nak..saya trus hantar fresh dari sungai..call saya 012-7471317 (hafriz)..

    • Assalam, puan masih berminat kah untuk membeli ikan keli, talapia kalau berminat keli dan talapia yg jenis saiz atau satu kilo berapa ekor.

      Saya menunggu jawapan

      Kalau masih ada rezeki

      Tolong emailkan saya : warisan_naning@yahoo.com

  4. Ikan air tawar memang menawarkan pendapatan lumayan kerana kenaikan harga ikan dari laut. Saya pun berminat untuk mengusahakan penternakan ikan air tawar. Berada di area kuantan. Bleh membekalkan anak ikan keli. sesiapa berminat boleh reply disini ataupun email haziriamin[at]gmail.com

    pst: gantikan ‘[at]’ dengan ‘@’. ini mengelakkan email saya di spam.

  5. membekal benih ikan :

    KELI
    2 inci 7.5-8.5 sen
    2.5 inci 9-10 sen
    3 inci 11-12 sen

    TILAPIA

    2 inci 18-20 sem
    3 inci 30-35 sen

    hrga tmasuk pghnrn. MIN pghntrn 5000 ekor..
    pusat : KB & SETIU..

    kami juga menawarkan PAKEJ PENTERNAKAN dengan jaminan pembelian balik secara TETAP RM 3.60/KG..

    • mcm mana saya nak beli anak benih tu..
      saya di muar berapa lama penghantaran..
      pembelian semula itu untuk jangka masa berapa lama…

  6. salam..
    saya ada ternak ikan tilapia merah.. area bkt kayu hitam, kedah..
    sesiapa berminat nak beli samaada benih dari pelbagai saiz hinggalah yang bersaiz pasaran.. leh hubungi saya untuk maklumat lanjut
    019-9173517

  7. Pada semua penguhasa ternakan agro..samada aquakultur (Kolam ikan, udang dll) dan penternak (livestock: lembu,kambing, ayam, itik dll) kami ada teknik berteknologi Jepun berasakan Bacillus Subtilis iaitu sejenis bakteria hebat untuk agro industri. Ia dapat menghadam makanan ternakan serta menjaga sistem pencernaan haiwan dan melawan penyakit dengan baik sekali. Untuk ternakan kolamia jugan merawat air dan melawan kuman dan bakteria jahat. Haiwan sihat cepat membesar dan meneurunkan kos makanan dan rawatan. ingin tahu… Tel Saya 012-3127516

  8. Assalamualaikum..sya ramli pasir mas kelantan…penternak ikan kolam… mencari pemborong ikan patin..skarang ade dlm 8 tan ikan patin..keli pun ade..Tel sya 0179800286

  9. Salam.. All.. Saya mencari pembekal ikan air tawar seperti rohu,leko,pacu,lampam,tongsan,jelawat,keli dan lain2 ikan air tawar untuk dijual di Pasar Borong Selangor,Seri Kembangan,Selangor…Kuantiti dalam jumlah yang banyak saya perlukan… Jika ada yang berminat boleh hubungi saya ditalian dengan kadar segera.. 0123562579

    • Pls update projek..nk cuba buat d jb On 14 Jul 2016 10:18, “Teratak Maya Tempatku Lepak” wrote:

      > FADZLY commented: “Salam.. All.. Saya mencari pembekal ikan air tawar > seperti rohu,leko,pacu,lampam,tongsan,jelawat,keli dan lain2 ikan air > tawar untuk dijual di Pasar Borong Selangor,Seri > Kembangan,Selangor…Kuantiti dalam jumlah yang banyak saya perlukan… > Jika ada yang” >

  10. As salamualaikum….saya ade bekal ikan patin sangkar sungai pahang.. kl, selangor, n sembilan. Melake. Johor….. minat call..0122989214… onn..

  11. Assalamualaikum. Saya muhammad hazwan bin mustafa. Terengganu. Umur saya sekarang 24 tahun. Saya kerje sebagai security di sutera semai. Tempat kerja saya tu dah tujuh tahun tak beroperasi. Tanah kat situ tanah kerajaan. Kat tempat saya kerja tu ada sebuah kolam hiasan terbiar. Dan saya telah pelihara lebih 40 ekor ikan keli dalam kolam tersebut. Jadi saya nak tanya macam mana saya nak kembang kan lagi pertenakan ikan air tawar ni. Boleh ke saya minta bantuan kerajaan untuk buka kolam di kawasan tersebut

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s