PANDUAN TANAM KELAPA MATAG

Kelapa MATAG ialah singkatan daripada ‘MA’ (Malayan) dan ‘TAG’ (Tagnanan). Ia merupakan kelapa hibrid yang dihasilkan daripada pendebungaan silang Kelapa Rendah Malaya dan Kelapa Tagnanan. Ketinggian pokok MATAG boleh mencapai 15 meter. Daun, bunga dan buahnya berwarna sama ada hijau atau jingga pucat, bergantung kepada jenis pokok induk Kelapa Rendah Malaya. Hasil purata bilangan buah kelapa dan berta kopra adalah tinggi daripada hibrid MAWA. S. Ramai petani termasuk penduduk kampung dan pinggir bandar tertarik dengan kelapa MATAG kerana walaupun pokoknya rendah, buahnya besar, cepat berbuah dan lebat. Bagaimanapun, jangan terkejut jika pokok kelapa MATAG yang ditanam tidak berbuah. Jika berbuah pun, ia tiada ciri MATAG.

Snap 2016-07-23 at 00.07.52

Maklumat berkaitan ketulenan benih matag terdapat di DOA

Ia mungkin disebabkan pokok kelapa itu ditanam menggunakan anak benih diambil daripada buah kelapa MATAG yang dicambah. Jika benar, anda sebenarnya menanam benih tidak tulen atau dalam istilah saintifiknya dipanggil Generasi F2. Bagi mendapatkan hasil kelapa hibrid MATAG sebenar, petani perlu memastikan benihnya tulen iaitu hasil pendebungan antara Tagnanan dengan MRD atau MYD atau istilah saintifiknya dipanggil Generasi F1.

Buah kelapa Tagnanan

Buah kelapa Malayan

Berikut adalah cara penanaman kelapa matag:

Keperluan Asas Tanaman

  1. Suhu: 27-28 oC
  2. Taburan hujan: 1300-2300 mm/tahun.
  3. Kelembapan relatif: 80-90%
  4. Altitud: kurang dari 100 meter daripada aras laut.
  5. Jenis tanah: Pada umumnya, tanaman kelapa memerlukan tanah yang rata, bersaliran baik, berprofil dalam, berstruktur lom berpasir dan subur.

Penyediaan Kawasan

Tanaman kelapa matag di Bagan Dato’ Perak

  1. Kawasan terbuka yang telah dibersihkan.
  2. Menanam kekacang penutup bumi. Campuran jenis kekacang yang sesuai ialah 3 bahagian Calapogonium mucunoides, 2 bahagian Pueraria phaseoloides dan 1 bahagian Ceutrosema pubescens.
  3. Tanaman kekacang ditanam di kawasan selebar 2m di antara tiap baris anak benih kelapa.

Penyediaan Induk

  1. Kriteria penting dalam memilih pokok induk Tagnanan (jantan) mesti berusia lapan tahun ke atas kerana pengeluaran buahnya sudah seragam.
  2. Pemilihan pokok induk MRD (betina) mesti mencapai usia lima tahun ke atas bagi memastikan ia berkualiti.
  3. Pendebungaan dibuat dengan menyapukan debunga jantan Tagnanan pada bunga betina yang matang kemudian di balut/ tutup dengan plastik telus cahaya.
  4. Pendebungaan pada setiap bunga betina diulang setiap hari selama lima hingga tujuh hari atau sehingga stigma berwarna hitam.

 

Benih jantan akan dipotong sebelum proses pendebungaan

 

Polen

Snap 2016-07-23 at 03.55.53

Proses pendebungaan

Penyediaan Anak Benih

  1. Benih yang berjaya didebungakan akan dibuka plastik penutup dan dibiarkan sehingga 6-8 bulan untuk menjadi buah kelapa hibrid.

Kelapa matag

Penyediaan Anak Benih di Tapak Semaian

  1. Buah yang telah matang di tuai dan yang berkualiti sahaja di susun dalam tapak semaian.
  2. Semaian selama 4-5 bulan ditapak semaian sehingga daun pucuk 3-5 helai keluar.
  3. Kemudian dibuat pemilihan (culling) sama ada ianya F1 (MATAG) atau jadi seperti MRD/MYD atau Tagnanan.
  4. Anak benih terpilih mestilah mempunyai warna sama pada pangkal pelepah dan lidi daun (hijau, keemasan, jingga kemerahan).
  5. Proses pengeluaran benih kelapa hibrid MATAG yang bermula daripada proses pendebungaan, semaian dan mencapai standard anak benih memakan masa sekurang-kurangnya 1 tahun 4 bulan.

Kelapa matag disusun sebelum dipindahkan ke petak lain

 

Anak benih yang telah mengeluarkan daun pucuk

Penanaman di Ladang

  1. Anak benih kelapa hibrid MATAG yang berusia 4-12 bulan boleh dipindahkan ke ladang untuk penanaman.

Cara menanam:

  1. Saiz lubang tanaman kelapa berukuran 0.45m x 0.45m x 0.45m perlu disediakan.  Seterusnya 200 gm baja fostat dimasukkan ke dalam lubang dan gaulkan bersama-sama tanah.
  2. Selepas dua minggu, anak-anak pokok kelapa ditanam ke dalam lubang tersebut.
  3. Padatkan tanah dengan memijak-mijak di sekeliling pangkal anak kelapa. Elakkan daripada memijak akar pokok.

Jarak Tanaman:

  1. Sistem penanaman tiga segi sama (8.1 m x 8.1 m (178 pokok/ ha) atau sistem empat segi (152 pokok/ha).

 

Jarak  sesuai diperlukan

Pengurusan Air

  1. Siram anak pokok sebelum di tanam di ladang.

Pengurusan Perosak

Kumbang Jalur Merah (Rhynchophorus schach)

  • Simptom: Larva memakan pucuk sehingga boleh menyebabkan pokok mati.
  • Kawalan kimia: Monocrotphos / methamidosphos sebanyak 5-10 ml/pokok. Bagi pokok kecil 3-4 butiran carbofuran pada lubang di pucuk pokok

Rama-rama Artona (Artona catoxantha)

  • Simptom: Larva memakan daun kelapa daripada bawah dan meninggalkan kesan makan yang berlajur-jalur di atas daun.  Daun yang teruk diserang akan kelihatan seperti terbakar.
  • Kawalan kimia: Racun monocrotophos (azordin) atau metamidophos (tamaron) pada kadar 5-10 m/pokok.

Ulat Beluncas (Setora nitens)

  • Simptom: Larva memakan daun daripada tepi ataupun tengah sehingga tembus.
  • Kawalan kimia : monocrotophos atau metamidophos pada 5-10 ml/pokok

Pembajaan

  • Baja 12:12:17:2 digunakan dengan kadar 100-150 gram sekali sebanyak 4 kali setahun.

Kutipan Hasil

  • Mula berbuah seawal berumur 3 tahun.
  • Buah melebihi 25,000 biji sehektar setahun.
  • Buah yang matang boleh dikenali dengan perubahan warna kulit daripada warna hijau kepada warna keperangan dan terdengar bunyi kocakan air apabila buah digoncang.
  • Sepohon pokok boleh terjual RM 25-50.
Snap 2016-07-22 at 23.55.25

Kos pengeluaran kelapa matag

Pembekal Sah

  1. Jabatan Pertanian
  2. Jabatan Pertanian Sabah
  3. Jabatan Pertanian Sarawak
  4. United Plantation Berhad (UPB)
  5. National Land Finance Cooperatives Society (NLFCS)

Sumber: http://www.hmetro.com.my/, http://bicaratani.blogspot.my, https://shawnagrofarm.wordpress.com, http://www.doa.gov.my/, http://traineeagriculturist.blogspot.my/, http://www.unitedplantations.com/

28 thoughts on “PANDUAN TANAM KELAPA MATAG

  1. Bagaimana sy boleh mendapat stok benih kelapa matag yg genuine utk ditanam diladang.Sy memerlukan antara 200-300 pokok utk ditanam dikebun saya.
    Terima kasih

    • encik boleh menghubungi pihak pejabat pertanian terdekat untuk dapatkan maklumat berkenaan spesis hibrid ini. maaf dan harap membantu 🙂

    • Salam
      Saya hj.Jamil dari kampung seri makmur.simpang tiga kuala kurau perak.ingin meminta panduan dari mana saya bulih dapatkn benih kelapa matag atau mawar dan beri sadikit khidmat nasihat
      Terima kaseh

    • Salam, saya merupakan seorang mahasiswi universiti malaya, pengajian Tahun ke 2, semester 1, bernama amelia. Saya seorg pelajar alam sekitar, dari jabatan geografi. Saya sangat berbesar hati, ingin mengetahui lebih lanjut, sekiranya pihak tuan/puan ingin berkongsi maklumat tentang kebun kelapa dan hal2 yang berkaitan penanaman kelapa. Sila hubungi saya melalui email .

  2. Bagaimana sy boleh mendapatkan stok benih kelapa matag yg genuine utk ditanam ladang sy.Sy memerlukan antara 200-300 pk.

  3. Bolekah tanam pokok kelapa di kawasan bukit?adakah ada kesan buruk?
    Atau tanam di kawasan banjir setahun sekali…

  4. Sy mencari pembekal kelapa muda Jenis MATAG atau Pandan dalam kadar segera? dengan siapa sy boleh berhubung terus? terima kasih banyak..

  5. Bolekah/ sesuai tak menanam kelapa matag di lereng bukit yang curam. Adakah yang pernah tanam sedemikian dan bagaimana hasilnya. perlukan penjelasan.

  6. salam. apkah hasil matag brkurang secara ketara apabila saya menanam kelapa matag pada tanah tidak berpasir

  7. Bagaimana sy boleh mendapat stok benih kelapa matag yg genuine utk ditanam. Sy memerlukan antara 150-200 pokok utk ditanam.
    Sy bercadang utk membuat ladang di serian srwk.
    Terima kasih

  8. Bagaimana sy boleh mendapat stok benih kelapa matag yg genuine utk ditanam. Sy memerlukan antara 150-200 pokok utk ditanam.
    Sy bercadang utk membuat ladang di serian srwk.
    Terima kasih

  9. Assalam
    1. Berapa benih pokok yang boleh saya tanam sekiranya tanah berkeluasan luas 52 kaki dan panjang 140 kaki.
    2. Dimanakah saya boleh mendapatkan benih pokok kelapa di sekitar kawasan Johor.

  10. Sya memerlukan benih buah kelapa mataq sebanyak 150 biji
    Dimanakah sya boleh dapatkan benih kelapa mataq tersebut .Harap maklimkan kepd sya
    Nama sya mansor Hussin
    Tempat tinggal perak k.kangsar.

  11. Mana saya nak dptkan benih kelapa ni utk jumlah yg sedikit je nak tanam depan rumah je atau kawasan yg kecil

  12. Assalam
    Mana sy nk dptkn benih kelapa ini dlm jumlah yg sedikit je,nk tanam depan rumah atau di kawasan yg kecil je

  13. Selamat petang encik
    Saya alice saya ingin tanam pokok kelapa matang boleh bagi nasihat kepada saya ke
    Tanah 30 ek berape pokok???
    Di mana boleh saya dapat pokok benih
    Terimakasih

  14. saya nak tanya .kalau nk usahakan nursery kelapa matag perlukan lesen apa2 tak ye? dan kene berurusan dengan siapa ya
    ?

  15. betul ker sekarang ada kelapa yg lebih baik ada dr thailand.? hasib hibrid kelapa santan siam dan tacunan yg isi lebih tebal dan air yg lebih manis dr mataq yg di pangil chumpon 11 atau mapaun king

    saya rasa buah kelapa paling besar ialah nyok gelok/ kelapa gelok. sayangnya pokok nyok ini tinggi di kampung saya. alangkah baik jika dihibrid dgn baka ini supaya nyok besar dn pokok rendah dn lebat buahnya.

Tinggalkan komen