Sistem Osmosis -Siram, membaja serentak

Mohd Syafiq anak kelahiran Sik, Kedah, berkelulusan diploma dalam bidang pertanian dari University College Of Agroscience Malaysia (UCAM) ini berjaya mencipta inovasi dalam teknologi penanaman dikenali sebagai Sistem Osmosis (OS). Menurutnya, idea menghasilkan inovasi itu bermula sejak 2013 apabila beliau mengusahakan penanaman pokok tin di kebun Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV). Idea ini bertujuan untuk mencipta satu sistem yang dapat membantu memudahkan proses penyiraman air dan pembajaan untuk tanaman secara serentak. Beliau yang juga felo Kolej Aminuddin Baki (KAB) berkata, selepas pelbagai usaha dan kajian dibuat, terhasil sistem diberi nama OS iaitu penyiraman air dan baja yang disalurkan secara serentak kepada tanaman.

Maklumat berkaitan Sistem Osmosis:

  • Satu sistem penyiraman air dan baja yang disalurkan secara serentak kepada tanaman.
  • Proses penyiraman air dan baja ini berlaku secara automatik iaitu dengan menggunakan daya graviti dan pergerakan molekul air dari kecerunan tinggi ke kecerunan rendah.
  • Kebaikan sistem ini ialah penyerapan baja dan air adalah sekata kepada semua pokok, sekali gus tidak berlaku pembaziran baja dan air semasa proses penyiraman.
  • Tidak menggunakan tenaga elektrik tetapi hanya menggunakan daya graviti.
  • OS boleh digunakan sama ada untuk tanaman secara kecil-kecilan mahupun komersial.
  • OS tidak memerlukan pemantauan rapi terhadap penyiraman air dan pembajaan kerana sistem itu sendiri dianggap efisien kerana menjimatkan kos.
  • Maklumat lanjut berkaitan sistem yang dibangunkan boleh dikongsi menerusi Facebook Cikgu Kebun (CK).

Cara menggunakan Sistem Osmosis pada pokok kobis

 

Sumber: Harian metro

Tanam Pokok Buah Dalam Pasu

Image result for tanam buah dalam pasu

pic kredit to akubuahsehat.blogsport

Kaedah penanaman pokok buah di dalam pasu atau lebih dikenali sebagai tabulanpot bukan lah sesuatu yang baru. Terdapat pelbagai jenis pokok buah-buahan yang boleh ditanam di dalam pasu antaranya limau, belimbing, mangga, ciku, duku dan jambu. Berikut info penting yang perlu anda tahu tentang tabulanpot.

1.Penyediaan anak pokok
Terdapat dua kaedah sama ada melalui pembiakan biji benih atau kaedah yang paling mudah adalah tut. Namun kaedah tut antara yang paling berjaya dan memberi hasil cepat dan baik. Tetapi, kaedah tut mempunyai masalah apabila pokok semakin membesar, akar mudah lemah dan ada kalanya boleh menyebabkan pokok tumbang jika tidak diselenggarakan dengan baik.

Image result for tut pokok mangga

Kaedah tut.Pic Anim Hosnam

2.Penyediaan medium tanaman
Medium yang sering digunakan oleh para penggemar tabulanpot terdiri daripada tanah, bahan kompos dan sekam arang dengan komposisi 1:1:1. Selain itu juga, bahan organik lain yang boleh digunakan termasuklah cocopeat, sekam padi dan sebagainya. Jika tanah atau medium yang disediakan mengandungi kadar asid yang tinggi ia tidak sesuai untuk pembiakan tabulanpot. Untuk meneutralkan semula tanah yang berasid, campurkan sedikit kapur pertanian.

3.Pemilihan pasu
Terdapat pelbagai jenis pasu yang boleh digunakan, antaranya pasu tanah liat, plastik simen, kayu mahupun daripada barang terpakai seperti tong drum. Namun pasu yang dibuat daripada tanah liat atau kayu amat sesuai dijadikan sebagai wadah untuk tabulanpot kerana ia mempunyai pori-pori atau rongga udara yang berupaya menstabilkan kondisi tanah di dalam pasu. Selain itu juga, pasu yang digunakan perlu mempunyai kaki atau sokongan di bahagian bawah untuk mengelakkan dasar pasu bersentuhan dengan permukaan tanah atau lantai. Hal ini penting untuk memastikan sistem saliran dalam keadaan yang baik dan akar dapat dikawal supaya ia tidak keluar dari pasu dan menembusi tanah.

Image result for jenis pasu sesuai tanam buah

Antara jenis pasu yang digunakan untuk menanam buah. Pic dari tanambuahan.blogspot

4.Penyiraman
Penyiraman perlu dilakukan setiap hari untuk pokok yang masih belum matang. Waktu yang sesuai untuk melakukan penyiraman adalah awal pagi dan lewat petang.

5.Pemangkasan
Terdapat 3 tujuan pemangkasan tabulanpot, sama ada ia untuk pemangkasan bentuk, pemangkasan untuk penghasilan produk atau pemangkasan untuk menghasilkan pucuk baru. Pemangkasan bentuk dilakukan untuk membentuk pokok menjadi bentuk tertentu seperti topiari atau bonsai. Kebiasaannya ia digunakan untuk tujuan hiasan sahaja. Terdapat kaedah atau teori yang telah dihasilkan oleh peminat tabulanpot supaya ia sentiasa kelihatan cantik dan menghasilkan produk yang berkualiti iaitu 1:3:9. Ia membawa maksud, dalam setiap 1 batang primer terdapat maksimum 3 batang sekunder dan dalam satu batang sekunder mempunyai 3 batang tertier maksimum. Batang yang dipilih untuk dibiarkan tumbuh adalah yang sihat dan kuat.

6.Pembajaan
Tabulanpot tidak perlu pembajaan yang kerap seperti tumbuhan lain. Ia bertujuan untuk mengawal pembesaran pokok. Oleh itu pembajaan tabulanpot perlu dikawal rapi supaya tidak berlebihan. Pembajaan kali pertama hanya boleh dilakukan selepas pokok mencapai usia satu bulan selepas dipindahkan dari bekas semaian. Untuk pembajaan seterusnya ia hanya boleh dilakukan selepas 3 hingga 4 bulan daripada tarikh pembajaan pertama dilakukan. Gunakan baja organik siap proses untuk memastikan pokok mendapat nutrisi yang mencukupi.

7.Pemindahan pasu
Apabila tabulanpot telah mencapai ukuran tertentu, ia perlu dialihkan ke dalam pasu baru yang lebih besar dari saiz asal. Secara tidak langsung, pemindahan tersebut melibatkan penggantian medium tanaman. Selepas pemindahan selesai, pemangkasan perlu dilakukan untuk memastikan pokok dapat menyesuaikan diri dengan kondisi tanah yang baru, di samping dapat mengurangkan kadar penyejatan air pada pokok selepas proses pemindahan selesai.  Akar serabut yang halus perlu dipangkas sedikit untuk membolehkan akar baru tumbuh dan stabil bersama tanah di samping dapat mengurangkan kadar kepadatan akar di dalam tanah. Secara tidak langsung ia boleh membetulkan pengudaraan.

Sumber : http://www.impiana.my/

Pengeraman mudah alih

ikan04_1473736663

Rega (anak ikan) yang hampir menetas dalam mulut induk

Kejayaan ciptaan alat pengeraman telur tilapia mudah alih oleh Pusat Penyelidikan Perikanan Air Tawar Glami Lemi, Jelebu, Negeri Sembilan seharusnya dinobatkan sebagai yang terbaik. Alat berkenaan diperkenalkan kepada umum oleh Unit Inovasi, Promosi dan Pengkomersialan (InProKom) Jabatan Perikanan Malaysia setelah berjaya didaftarkan sebagai harta intelek.

Ia mampu diguna pakai secara meluas oleh semua peringkat pemain industri perikanan khususnya pengeluar benih ikan terutama tilapia. Paling menarik harganya mampu milik serta mudah dipasang. Penggunaannya cukup kompetitif berikutan permintaan pasaran terhadap benih berkualiti dengan harga murah begitu tinggi.

Penggunaan sistem inkubator untuk pengeraman dan penetasan benih ikan tilapia adalah lebih baik serta efisien. Malah, bekalan benih boleh dilakukan secara berjadual mengikut permintaan pelanggan. Bagi menjamin benih berkualiti, pilihan induk matang perlu dilakukan dengan teliti. Induk terbaik ialah yang mencapai berat 150 hingga 500 gram. Namun, yang paling produktif ialah antara 150 hingga 300 gram berat induk.

Info berkaitan:

  • Kaedah ini dijangka dapat mengatasi masalah kekurangan benih ikan yang semakin meruncing.
  • Penggunaan bahan terbuang seperti botol plastik air mineral boleh digunakan sebagai bekas pengeraman. Ia mudah dibina sendiri menggunakan paip serta pam kecil untuk aruhan air mengalir
  • Kaedah ini sesuai untuk menghasilkan benih tilapia kerana induk spesies berkenaan mengeram telurnya di dalam mulut.
  • Peringkat awal, induk terpilih diasingkan antara jantan dan betina selama 10 hingga 14 hari. Ia bertujuan merangsang pembiakan berlaku dengan sempurna. Nisbah pasangan paling baik ialah 1:3 atau seekor induk jantan dipasangkan dengan tiga betina.
  • Pasangan berkenaan dibiarkan bersama selama 12 hingga 14 hari di kolam pembiakan. Dalam tempoh itu, proses persenyawaan berlaku dan induk betina akan ditangkap serta diperiksa rongga mulutnya. Jika terlambat membuat pemeriksaan mulut, telur berkenaan akan menetas dalam mulut induk dan ia akan menimbulkan banyak risiko kepada rega yang baru menetas.
  • Perlu berhati ketika menangkap untuk mengeluarkan telur dari mulutnya. Induk berkenaan akan menelan telur atau rega yang baru menetas jika ia terkejut atau terasa dirinya terancam. Selain itu, ia akan melepaskan semua telur berkenaan dan akan dimakan oleh induk lain.
  • Telur yang dikutip akan dimasukkan ke dalam bekas pengeraman. Kaedah air mengalir dalam sistem inkubator mampu mempercepatkan proses penetasan berlaku.
  • Telur yang berwarna kuning bersinar berjaya disenyawakan dengan sempurna akan menetas dalam tempoh satu hingga dua hari. Di peringkat itu pemeriksaan bekas pengeraman perlu kerap dilakukan.Telur putih perlu dibuang.
  • Anak ikan atau rega yang baru menetas dibiarkan selama dua minggu. Kemudian dipindahkan ke dalam hapa di kolam asuhan selama sebulan. Di peringkat itu, penjagaan kualiti air bersih serta makanan perlu diberikan mengikut jadual.
  • Di peringkat ini pengusaha hatceri boleh mengira berapa jumlah stok benih yang dimasukkan ke dalam setiap hapa. Justeru, jumlah pengeluaran boleh dirancang mengikut permintaan. Selepas sebulan setengah benih itu boleh diedarkan kepada penternak dan lazimnya benih berkenaan mampu mencapai saiz satu hingga satu setengah inci.

Sumber: Harian metro

PANDUAN TANAM KOBIS DALAM PASU

kobis

Kobis atau nama sainstifiknya Brassica oleracea L., merupakan sayuran yang dimanfaatkan daripada daunnya. Ia merupakan salah satu sayuran yang popular di Malaysia dan mempunyai banyak khasiat. Antaranya:

  • Dapat mengeluarkan racun dari badan.
  • Mengatasi sakit kepala.
  • Mencegah kanser.
  • Menurunkan berat badan.
  • Mencantikkan kulit.

Seperti jenis sayuran lainnya, kubis juga kaya dengan vitamin, mineral dan serat. Diantaranya vitamin C, K, E, A serta memiliki kandungan sulfur, kalsium, zat besi, kalium, dan magnesium. Di dalam 70 gram kubis terdapat kandungan 15 kalori; 4.3 g karbohidrat; 2.2 g serat; dan 0.1 g lemak.

Jom kita belajar tanam kobis secara ringkas.

Langkah 1
Dapatkan anak benih–Beli di nurseri/online/pusat beli belah.

Langkah 2
Cambahkan biji benih– Untuk mula mencambahkan biji benih, sediakan satu dulang atau apa-apa bekas sesuai dan letakkan tanah. Masukkan biji benih dan tekan sedalam 1/2 inci. Tapi kalau tabur je pun insyaallah boleh hidup. Letak tempat teduh sikit tapi masih dapat cahaya matahari.

kobis

Anak pokok kobis. Pic dari oursimplegarden.blogsport

Langkah 3
Penyediaan tanah-
Gunakan tanah yang kaya dengan kandungan nutrien organik. Tekstur tanah harus dalam keadaan yang polos dan tidak padat. Anda juga boleh menggunakan media campuran dengan nisbah 2:1:1 iaitu 2 bahagian tanah lom, 1 bahagian kompos dan 1 bahagian pasir sungai. Gaul media tersebut dan selesai. Saya pakai je tanah dibeli nurseri campur baja tahi ayam.

Langkah 4
Pindahkan anak semaian-
Biarkan biji benih bercambah sekurang-kurangnya 2 – 3 helai daun pucuk (dalam 2 minggu) barulah anda pindahkan ke pasu atau bekas yang lebih besar dan sesuai mengandungi tanah yang disediakan di atas.

kobis

Kobis di rumah saya di tanam dalam bekas air terbuang

Langkah 5
Menanam- 
Jangan dedahkan pada matahari secara langsung selama 1 minggu dan siram secukupnya. Lepas seminggu baru slow-slow dedahkan pada cahaya matahari.

Langkah 6
Menyiram- 
Jangan siram sehingga air bertakung dalam pasu/bekas. Cukup dengan membiarkan tanahnya lembap.

Langkah 7
Pembajaan-
Elok gunakan baja kompos. Saya beri 2 minggu ke sebulan sekali. Anda juga boleh menaburkan serbuk telur ayam yang diblender dan kulit pisang yang dipotong kecil-kecil. Anda juga boleh menyiramnya dengan serum EM1, baja cecair ikan dan kompos teh secara berselang seli (sumber tanomkinotuan.blogspot).

Langkah 8
Penuaian-
Tanaman kobis boleh dituai 3 bulan setengah atau lebih selepas ditabur. Bulu-bulu halus juga sudah hilang. Potong pada pangkalnya.

Image result for menuai kobis

Hasil tuaian kobis

Beka banyak khasiat untuk kesihatan

baka

Pokok Beka. Pic dari lovingwantie.blogsport

Sebut sahaja buah atau pokok beka, mungkin ramai tidak pernah mendengarnya terutama golongan muda. Ini kerana beka yang juga dikenali sebagai bonglai atau Oroxylum indicum jarang ditanam. Kalau adapun, kebanyakannya tumbuh liar di belukar tepi kampung, berhampiran sungai dan tali air.

Di utara dan pantai timur, kerabu buah beka muda menjadi hidangan pembuka selera, tetapi perlu dibakar terlebih dulu bagi mengurangkan rasa pahitnya. Pucuknya pula direbus sebagai ulaman atau dibuat sayur dan rasanya enak, rangup dan lemak. Bagi wanita selepas bersalin, daun beka digunakan sebagai lapik batu tungku. Bahagian yang digunakan dalam perubatan tradisional ialah buah, daun, batang dan akar.

Info berkaitan beka:

  • Buahnya berbentuk leper seperti parang, saiz 100-180cm panjang dan 7 cm lebar. Buah keluar pada hujung tangkai yang panjang.
  • Bijinya banyak, bersaiz 3.5-7.5 cm dan mempunyai kepak lutsinar.
  • Buah mudanya berwarna hijau, tetapi bertukar kehitam-hitaman apabila masak. Dalam satu tangkai mempunyai sehingga 10 papan buah.
  • Pokok beka boleh dibiakkan melalui biji benih dan keratan batang.
  • Daunnya merimbun di hujung dahan, berbentuk pinat dan mengandungi tiga hingga empat helaian anak daun dalam satu tangkai.
  • Khasiatnya : Menambahkan susu ibu terutama bagi mereka yang baru lepas bersalin, daun dan akar boleh mengurangkan deman, selsema dan sakit kepala.

     

    Image result for pokok beka ulam

    Kerabu beka. Pic dari Kamsiah-Yusoff.blogsport

    Sumber: Diubahsuai dari Harian Metro

Cat Momento Vs Wall Paper

Hiasan dinding merupakan salah satu teknik untuk menyerikan kediaman anda. Pelbagai cara boleh digunakan untuk mencantikkan lagi ruang dalam rumah anda. Salah satunya menggunakan cat dan menggunakan kertas dinding. Saya sendiri sangat meminati kertas dinding antaranya kerana:

  • Pelbagai corak yang ditawarkan
  • Mudah dibersihkan
  • Membuatkan dinding anda tampak mewah

Motif damask menjadi pilihan golongan elit

  • Ruang yang hambar akan terus berubah jadi menarik tanpa perlu sebarang hiasan di dinding

Kertas dinding corak grafik mampu memberikan impak yang menonjol bagi mana-mana ruang

Set cat momento. Pic dari Lizzieasamummy

Walau bagaimanapun, disebabkan kos yang agak tinggi bagi pemasangan wall paper bagi saya (mungkin ada wall paper yang murah tetapi saya tidak jumpa) jadi saya menggunakan alternatif lain yang lebih murah. Anda pernah dengar tentang cat Nippon Momento? Kalau anda belum pernah mendengarnya meh saya cerita sedikit tentang cat ini. Cat ini mempunyai kelebihan yang tersendiri. Antaranya:

  • Menghasilkan permukaan dinding bertekstur

Antara contoh tekstur

  • Boleh menghasilkan pelbagai corak mengikut kreativiti anda
  • Lebih murah – RM 100++
  • Boleh digantikan dengan mudah bila sudah bosan dengan corak tersebut
DSC01007

Cat Momento di homestay saya. Saya lekatkan dengan hiasan

20160809_192620

Cat momento di rumah saya dan ditambah teknik stensil. Teknik ada diterangkan di sini

Contoh daripada gugel

 

Selamat menghias kediaman anda. Serlahkan kreativiti anda.

Tips Untuk Menjadi Petani Berjaya

Saya sebenarnya bercita-cita hendak menjadi petani/penternak berjaya. Tapi buat masa ini belum ada kelapangan hendak membuatnya sepenuh masa. So tips di bawah merupakan antara keperluan yang perlu ada jika ingin menjadi petani berjaya. Kalau anda ada tips lain bolehlah tambah ya. Tips ini adalah sebagai motivasi diri saya sendiri dan pengunjung blog yang bercita-cita sama seperti saya.

  1. Minat dan Bersikap Positif

Bagi saya minat kepada pertanian adalah kriteria penting sebelum anda memilih pertanian sebagai kerjaya anda. Contohnya kalau anda tidak suka berpanas dan berlumpur tiba-tiba hendak menjadi petani mungkin agak sukar. Tapi yelah minat tu boleh dipupukkan. Bagaimanapun, sikap positif seperti kegigihan, kecekalan dan komitmen usahawan dapat memastikan kelangsungan perniagaannya walaupun memperoleh pendapatan yang tidak seberapa pada peringkat awal perniagaan. Oleh itu, minat sahaja tidak mencukupi jika anda tidak kuat semangat menanggung cabaran dan dugaan dunia perniagaan ya!

2. Perancangan Teliti

Perlu ada perancangan teliti meliputi aspek berikut:

  • Tanah

Perkara asas yang perlu ada untuk menjadi petani. Sekiranya anda tiada tanah sendiri, anda boleh sewa, pajak atau memohon tanah tol daripada pihak berkuasa. Besar kecil keluasan bergantung kepada projek yang ada ingin jalankan. Jika anda tidak mempunyai tanah yang luas anda boleh menggunakan teknik tanaman hidroponik dan bekas terbuang contohnya. Yang penting anda perlu kreatif dan inovatif.

  • Modal

Modal juga merupakan faktor penting yang perlu diambil kira. Modal sendiri, atau meminjam dari saudara mara atau pun daripada institusi perbankan. Saya lebih suka menggunakan modal daripada simpanan sendiri untuk memulakan perniagaan untuk mengurangkan tekanan membayar balik pinjaman jika perniagaan kurang berjaya. Aliran untung rugi tanaman juga penting untuk dipelajari untuk membuat pemilihan tanaman dengan betul, tepat, cepat dan hasil yang lumayan.

  • Khidmat nasihat

Bakal petani perlulah mendapatkan maklumat tentang sesuatu projek pertanian yang diminati melalui pelbagai sumber seperti internet, menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan pihak kerajaan atau swasta serta mendapatkan khidmat nasihat daripada usahawan yang telah berjaya dalam bidang mereka. Kalau anda ada wang yang banyak apa salahnya pergi ke negara maju dalam pertanian dan belajar dari mereka di sana !. Selain itu, para petani perlu mempunyai jaringan hubungan dengan para usahawan lain di dalam bidang yang sama supaya dapat bertukar-tukar pandangan dan idea.

3. Peka Terhadap Teknologi

Petani berjaya tidak hanya semata-mata menggunakan kaedah konvensional. Petani perlu peka terhadap pelbagai teknologi terkini yang dapat membantu meningkatkan hasil pertanian. Teknologi Tanaman boleh diikuti mengikut Kalender Tanaman bagi setiap komoditi. Pemilihan tanaman juga, perlu mengikut kesesuaian tanah di sesuatu kawasan yang hendak dijalankan. Teknologi  Benih yang berkualiti juga memainkan peranan yang penting. Buat masa ini benih tanaman tidak lagi dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian, ia boleh di dapati di MARDI. Petani juga boleh menggunakan pelbagai teknologi kejenteraan selain pelbagai teknologi dan inovasi terkini dalam pertanian untuk memaksimumkan pendapatan mereka.

Antara teknologi pertanian yang canggih

4. Mendapatkan Persijilan SALM dan SOM

Para petani yang ingin berjaya juga perlu berusaha untuk mendapatkan persijilan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian bagi membantu meluaskan pasaran mereka. Antaranya:

Skim Amalan Ladang Baik Malaysia ( SALM ) merupakan satu skim pensijilan yang dirangka oleh Jabatan Pertanian untuk member Pengikhtirafan kepada Pengusaha yang mengamalkan Amalan Ladang  yang Baik ( APB ) berkonsepkan mesra alam sekitar, menjaga kebajikan dan keselamatan pekerja bagi menghasilkan produk yang berkualiti, selamat dan sesuai dimakan. Skim ini berpandukan Standard MS 1784: 2005 Crop Commodities – Good Agricltural Practies ( GAP )

Skim Organik Malaysia ( SOM ) adalah satu skim pensijilan yang dibangunkan oleh Jabatan Pertanian untuk mengikhtiraf ladang-ladang yang diusahakan secara organik mengikut kriteria dan keperluan yang telah ditetapkan dalam Standard Skim Organik Malaysia ( SOM ) , Standard SOM adalah berasaskan kepada Malaysian Standard MS 1529:2001 The Production , Processing, Labelling and Marketing of Plant Based Organically Produced Foods.

Persijilan yang diperoleh memberi tambah nilai pasaran pada produk anda

5. Mengkaji Pasaran

Langkah penting dalam merancang strategi pemasaran ialah mengetahui dan memahami keperluan dan kehendak pelanggan. Faktor tersebut usahawan akan berupaya merangka rancangan pemasaran yang berkesan dan mampu merangsang dan memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan. Rancangan pemasaran yang baik mengandungi penjelasan mengenai pasaran sasaran, trend dan saiz pasaran, persaingan, syer pasaran, ramalan jualan, strategi pemasaran dan belanjawan pemasaran.  Agensi yang boleh membantu di dalam pemasaran pertanian berskala kecil dan besar adalah Lembaga Pemasaran Persekutuan Malaysia (FAMA). Selain itu pasaran dalam talian menggunakan portal Agrobazaar.com.my contohnya boleh dijadikan wadah untuk mengembangkan pasaran anda.

6. Berdaya Saing

Ciri di atas sangat penting untuk maju. Jika kita mudah berpuas hati dengan apa yang ada tentu kita sukar untuk mengembangkan perniagaan pertanian kita. Pelbagai insentif yang ditawarkan oleh kerajaan yang boleh direbut para petani bagi mengembangkan lagi perniagaan anda. Terdapat beberapa garis panduan bagi insentif yang dilaksakanakan oleh Jabatan Pertanian iaitu:

a. Garis Panduan Pelaksanaan Insentif Pengeluaran Hasil Pertanian dibawah  Dasar Jaminan Bekalan Makanan 2008
b. Garis Panduan Permohonan Insentif / galakan dibawah seksyen 127, Akta Cukai Pendapatan 1967

Format Plan Perancangan Perniagaan

1.    Muka Depan
2.    Isi kandungan
3.    Ringkasan Eksekutif
a. Nama syarikat penggerak utama& cadangan projek
b. Pengurusan Projek
c. Kewangan projek
d. Pasaran dan ekonomi
e. Kos projek / daya maju
f.  Ekuiti dan keperluan pinjaman
g. Cagaran
h. Sokongan MOA.Inc

Sumber: http://www.doa.gov.my, http://agri.pahang.gov.my/