PANDUAN TANAM KACANG PANJANG

Sumber: Jabatan pertanian Pulau Pinang, http://alamtanimoden.blogspot.my/

     Kacang panjang atau nama saintifiknya Vigna sesquipedalis (L.) memang kaya dengan nutrien penting seperti fosforus (33.0 mg), vitamin C (48.5 mg) dan kalsium (61.0 mg). Pokok ini mempunyai batang yang boleh memanjat dengan cara melilit pada penyokong dan boleh mencapai sehingga 4 m. Bunganya berwarna putih kuning atau ungu, berukuran 2 – 2.5 cm dan terdapat dalam kelompok 3 – 6 kuntum setiap tangkai bunga. Manakala lenggai berukuran antara 20 – 70 cm dan purata garis pusat 1.2 cm. Warnanya berbeza dari hijau muda hingga merah hati mengikut varieti.

Keperluan asas tanaman

  1. Suhu : 20 – 30°C
  2. Taburan hujan : 138 – 168 mm/bulan
  3. Jenis tanah : Berbagai jenis tanah termasuk tanah gambut, BRIS (Beach Ridges Interspersed with Swales) dan tanah bekas lombong.

Tanah gambut terbentuk secara pemendapan bahagian tumbuhan yang mereput yang berada di bawah air yang bertakung

Tanah Bris : Kandungan nutrien dan aktviti biologi yang sangat rendah.

Tanah bekas lombong merupakan bahan buangan yang berbagai jenis yang telah ditinggalkan selepas bijih timah dikeluarkan

4. pH tanah : 5.5 – 6.8

5. Masa kutipan hasil : 35 – 45 hari selepas menanam.

6. Tempoh kutipan hasil : 30 – 40 hari.

7. Penyimpanan : 5 – 10°C dengan 90 – 95% kelembapan relatif .

Penyediaan Kawasan :
Kawasan dibajak dan digembur. Batas dibentuk selebar 1.2 m dan tinggi 20-30cm. Pengapuran dilakukan tidak kurang 14 hari sebelum menanam semasa pembajakan pada kadar 3-7.5 tan/ha (tanah gambut), 1-3 tan/ha (tanah BRIS) dan 3-5 tan/ha bagi tanah mineral.

Batas kacang panjang

Ukuran batas yang juga boleh digunakan

Penyediaan anak benih :
Jenis bahan tanaman : Biji benih
Keperluan biji benih : 1.5 kg
Rawatan biji benih : Guna racun thiram pada kadar 3g/1000g benih .

Pilih benih yang tidak rosak atau cacat dan tiada hama penyakit

 

Penanaman di ladang :
Cara menanam : Biji benih digaulkan dengan pasir halus atau tanak peroi dan taburkan sama rata ke dalam jalur-jalur pada batas
Penjarangan : Dilakukan 10 hari selepas bercambah.
Jarak tanaman : 20 cm antara baris dan 10 cm antara pokok

Contoh jenis penyokong untuk pokok kacang


Pengurusan Air :
Kacang panjang memerlukan air yang banyak untuk tumbesaran. Penyiraman 2 kali sehari secara manual atau sistem renjis adalah disyorkan jika tiada hujan.

 Pengurusan Perosak :

Jenis Serangga/Penyakit Simptom Amalan Kultur Kawalan Kimia
Ulat Pengorek Buah (Maruca testulalis Gayer)

Lenggai berlubang dan terdapat sisa najis pada bahagian yang diserang Kutip dan musnahkan ulat dan lenggai yang diserang i. lambda
ii. cyhalothrin
iii. carbaryl
Pemakan buah kacang(Euchrysops cnejus F)

Terdapat lubang-lubang di atas permukaan buah
i. carbaryl
Lalat kacang (Melanagromyza phaseoli)

Terdapat larva dalam daun dan batang menyebabkan pokok layu dan akhirnya mati
i. diazinon
ii. dimethoate
Kutu daun (Aphis craccivora Kock) Bahagian yang diserang terbantut dan kerekot
i. profenfos
ii. malathion
Antraknos (Colletotrichum lindemuthianum) Bintik-bintik berwarna keperangan dan melekuk ke dalam Kutip dan musnahkan pokok yang berpenyakit i. captan
ii. mancozeb
Bintik daun (Cercospora canescens Ell. & Mart) Terdapat bintik-bintik warna perang pada daun Kutip dan musnahkan daun yang diserang i. mancozeb
ii. maneb
Karat (Uromyces appendiculatus) Bintik bulat dan berwarna perang terdapat pada daun Kutip dan musnahkan bahagian yang diserang i. cyproconazole
ii. oxycloride
iii. mancozeb
iv. cuprous oxide
Lecuh anak benih (Pythium sp.) Anak benih layu dan akhirnya mati Pastikan saliran baik. Tentukan siraman air tidak berlebihan i. captan
Mozek daun (Mosaic virus)

Image result for Mosaic virus

Daun berbintik dan kerekot. Pokok terbantut dan lenggai menjadi kecil Amalkan kebersihan kawasan i. malathion
Reput pangkal (Rhizoctonia solani) Pokok layu dan pangkal menjadi reput Cabut dan bakar pokok-pokok yang berpenyakit i. captan

 Pembajaan :
Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut :

Jenis Tanah Jenis Baja Kadar
(t/ha/musim)
Masa
(Minggu lepas tanam)
Cara
1. Bris
Rudua Organik 5.0 2
Tabur atas tanah
Inorganik 0.8 10,17,24
Tabur antara pokok
Baging
Organik 15 – 20 2
Tabur atas tanah
Inorganik 1.0 10,17,24
Tabur antara pokok
 2. Bekas Lombong
Pasir Organik 20 2
Tabur atas tanah
Inorganik 1.0 10,17,24
Tabur antara pokok
3. Gambut Inorganik 10 10,18
Tabur antara pokok
4. Mineral Organik 3.0 – 5.0 2
Tabur atas tanah
Inorganik 0.6  10,18
Tabur antara pokok

Kenalpasti 12 Perosak Utama Mangga-Part IV

1. PENGOREK BUAH MANGGA

  • Nama scientifik : Sternochetus frigidus
  • Bahagian yang diserang: Buah.
  • Kitaran hidup:  Telur 7 h, larva 30-36 h, pupa 5-7 h, dewasa 42-50 h.
  • Simptom:
  1. Mula menyerang buah berumur 4-6 minggu.
  2. Larva mengorek ke dalam isi buah.
  3. Tiada fras di permukaan buah.
  4. Bila kumbang keluar dari buah ia akan menebuk lubang di permukaan.

2. PENGOREK BATANG MANGGA

  • Nama scientifik : Rhytidodera simulans
  • Bahagian yang diserang: Ranting, dahan dan batang.
  • Kitaran hidup:  Telur 7-10 h, larva 108-360 h, pupa 20-30 h, dewasa 100-120h.
  • Simptom:
  1. Kumbang berterlur pada ranting.
  2. Larva akan mengorek ke dalam kayu dan menyebabkan dahan patah.
  3. Serangan serius pada batang akan menyebabkan pokok mati.

3. ANAI-ANAI

  • Nama scientifik : Coptotermes curvignathus
  • Bahagian yang diserang: Ranting, dahan dan batang.
  • Kitaran hidup:  Telur 7-10 h, larva 108-360 h, pupa 20-30 h, dewasa 100-120 h.
  • Simptom:
  1. Serangga dewasa makan dan merosakkan kulit pada akar dan pada pangkal batang utama.
  2. Menjejas pertumbuhan pokok dan membunuh pokok.

Sumber: Ithnin Badri -Mardi

 

Kenalpasti 12 Perosak Utama Mangga-Part III

1. HAMA LELABAH MERAH

  • Nama scientifik : Tetranychus cinnabarinus
  • Bahagian yang diserang: Daun.
  • Kitaran hidup:  Telur 2-4 h, larva 6-8 h, dewasa 30 h.
  • Simptom:
  1. Menghisap cairan sel pada daun.
  2. Daun kering.
  3. Sisi daun menggulung dan gugur.

 

2. LALAT BUAH

  • Nama scientifik : Bactrocera papayae, B. carambolae, B. umbrosus, B. cucurbitae
  • Bahagian yang diserang: Buah matang.
  • Kitaran hidup:  Telur 2-3 h, larva 8-10 h, kepompong 9-10 h, dewasa 5-7 h.
  • Simptom:
  1. Perosak menyerang buah yang matang (berumur 8-10 minggu).
  2. Buah masak mempunyai isi yang lembut.
  3. Telur menetas dan larva mengorek dan merosakkan isi.

 

3.KOYA

  • Nama scientifik : Rastrococcus iceryoides, Dysmicoccus neobrevipes, D. brevipes, Pseudococcus lilanus, Ferrisiana virgata                 
  • Bahagian yang diserang: Bunga, daun, buah.
  • Kitaran hidup:  Ovoviviparus, nim -26-55 h, dewasa 31-80 h Simbiosis dengan semut.
  • Simptom:
  1. Menghisap cairan sel di permukaan bahagian tanaman menyebabkan pertumbuhan pokok terencat.
  2. Pertumbuhan kulat Meliola sp.dan Capnodium sp. di permukaan daun dan buah.

 

Bersambung di Part IV

Teknologi vermikompos bantu promosi pertanian organik

Vermikompos: baja daripada proses perkumuhan cacing terhadap bahan-bahan organik seperti sayur -sayuran, dedaun, habuk kayu, serbuk sabut kelapa malah sehingga kertas pejabat sekali pun berpotensi tinggi untuk dijadikan baja yang terbaik. bahan seperti lebihan sayur-sayuran, habuk kayu mahupun cebisan kertas perlu digaul sekata dan diletakkan bersama cacing tersebut.

  • Fakta

Pengutipan hasil

  • Vermikompos boleh dituai selepas dua atau empat bulan.
  • Vermikompos yang terhasil diasingkan dengan mengumpulkannya dalam satu bahagian dan bahan sisa tanaman baru ditempatkan di sebelahnya.
  • Cacing-cacing akan berpindah dengan sendirinya ke bahan sisa tanaman baru.
  • Vermikompos yang telah diasingkan ditapis sebelum dibungkus dan dijual atau digunakan.

Kebaikan vermikompos

  • Memperbaiki struktur tanah.
  • Memperbaiki kandungan biologi tanah dengan penambahbaikan mikrorganisma, hormon dan juga enzim.
  • Membekalkan unsur-unsur yang diperlukan untuk pertumbuhan pokok.
  • Mengandungi humus yang berguna untuk meningkatkan kesuburan tanah.

 

Sumber: http://www.utusan.com.my

 

Mudah ditanam, kos rendah

Sering kali kita melihat haiwan ternakan seperti lembu dan kambing berkeliaran meragut rumput di tepi jalan sehingga mengancam keselamatan pemandu kenderaan.

Ada pemandu membunyikan hon bagi memberi amaran kepada haiwan berkenaan kerana bimbang ternakan itu akan melintas jalan.

Masalah itu turut merungsingkan pemilik ternakan kerana bimbang haiwan mereka dicuri.

Bagaimanapun, masalah itu dapat diatasi dengan menggunakan sistem Fodder (rumah hijau) bagi menghasilkan rumput ternakan, sekali gus dapat menjimatkan kos makanan, pekerja dan ruang.

Bagi pengusaha yang menternak pada skala komersial, sudah pasti pembelian makanan lengkap membebankan mereka berbanding penggunaan makanan segar.

Pengurus Myternak Trading Dr Fakar Fariz Abd Wahab, 34, berkata, teknologi itu menggunakan kaedah hidroponik sederhana untuk menghasilkan rumput makanan ternakan.

Beliau berkata, kaedah ini sangat menjimatkan dan mudah dilakukan sendiri penternak yang mengusahakan ladang lembu, kambing, arnab atau ayam secara komersial.

“Antara bijirin rumput ternakan yang digunakan ialah benih biji jagung, barli, padi, bunga matahari dan pelbagai bijian jenis kekacang.

“Proses penyediaan benih berkenaan melalui peringkat pemilihan benih, cucian benih, rendam selama 12 jam, semai, siram dan tuai. Ia mengambil masa lapan hari untuk rumput panjang sehingga 30 sentimeter.

“Kos membina Fodder tidak terlalu mahal dalam anggaran RM600 bagi saiz 2×2 meter yang boleh memuatkan lapan bekas semaian pada satu masa,” katanya yang ditemui di pejabatnya di Kedai IKS, Kampung Jenderam Hulu, Dengkil, Selangor, baru-baru ini.

Dr Fakar Fariz yang turut mengendalikan kursus ternakan berkata, pembinaan rumah Fodder hanya menggunakan kayu, jaring, rak, bekas semaian benih, semburan air secara manual atau menggunakan pam automatik.

DR Fakar Fariz menunjukkan rumput ternakan sebelum memberikannya kepada kambing.

“Saya biasa menggunakan benih jagung kerana ia murah dan mudah didapati selain menghasilkan rumput yang kehijauan hanya dalam tempoh lapan hari.

“Dengan Fodder yang kecil ini, ia mampu menyediakan rumput kira-kira 60 kilogram (kg) sehari dan cukup untuk makanan 30 ekor kambing,” katanya.

Katanya, kebaikan rumah Fodder untuk menghasilkan rumput ternakan ialah penyediaan makanan tanpa mengira musim, mudah diaplikasi, tidak memerlukan kawasan luas dan kecekapan kos pemakanan.

“Selain itu, kecekapan penggunaan tenaga kerja, meningkatkan produksi ternakan dan mengurangkan kos ubatan serta makanan tambahan.

“Rumput ternakan ini juga berkualiti, bersih, segar, kaya dengan vitamin, mineral, enzim, disukai ternakan dan mencegah masalah pencernaan,” katanya.

RUMPUT ternakan sudah berakar dan menampakkan hasil.

Beliau berkata, dengan menggunakan sistem Fodder, kos yang diperlukan untuk sekilogram rumput sekitar 25 sen berbanding RM1.20 hingga RM1.50 bagi pemberian makanan secara tradisional.

“Cara tradisional memerlukan penternak memberikan ternakan mereka dedak dan rumput yang tahap khasiatnya boleh diragui sedangkan rumput yang dihasilkan daripada sistem Fodder terbukti berkhasiat.

“Kaedah ini bebas racun serangga dan kimia selain tiada pencemaran, parasit, kuman dan cacing. Penternak dijangka dapat menjimatkan kos harian dengan jaminan makanan berkualiti dan berkhasiat untuk ternakan mereka,” katanya.

Dr Fakar Fariz berkata, setakat ini, beliau sudah memberi latihan kepada 30 pengusaha ternakan di seluruh negara dengan menggunakan kaedah berkenaan.

“Ia mendapat maklum balas baik daripada penternak yang menggunakan kaedah ini kerana dapat menjimatkan kos operasi dan masalah kekurangan pekerja,” katanya.

Myternak Trading turut menawarkan seminar mengenai ternakan dan menjual vitamin ternakan kepada orang ramai. Mereka yang berminat boleh menghubungi Dr Fakar Fariz melalui e-mel fakar@ternak.my.
– Sumber: http://www.hmetro.com.my

Snek biji rambutan

Siapa sangka biji rambutan boleh dijadikan snek. Ia dibuktikan pensyarah Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang Mohamad Azli Razali, 38, yang menghasilkan snek dipanggil Rambuseed Florentine.

Beliau berkata, snek menggunakan 40 peratus biji rambutan yang dikeringkan sebagai bahan utama itu adalah sejenis manisan berasal dari Itali.

BIJI rambutan

Katanya, selepas biji rambutan dikeringkan, ia disimpan dalam bekas kedap udara. Apabila ingin digunakan, biji itu dicencang sebelum dicampur dengan bahan lain mengikut resipi Rambuseed Florentine.

“Idea menjalankan kajian terhadap biji rambutan ini sebenarnya rentetan daripada kajian terhadap biji durian sebelum ini yang pernah dijadikan tepung untuk digunakan dalam makanan.

“Potensi menjadikan biji rambutan sebagai snek memang ada. Florentine adalah snek bersira yang menggunakan pelbagai kacang import seperti badam dan walnut.

“Dengan menggunakan biji rambutan, ia dapat mengurangkan penggunaan kacang badam dalam resipi asli snek ini.

“Penggunaan biji rambutan juga dapat menjimatkan kos kerana harga kacang badam agak mahal di pasaran,” katanya.

Mohamad Azli berkata, objektif kajian itu untuk mengurangkan penggunaan kacang import dengan meng­gantikannya dengan bahan tempatan.

“Masih ramai tak tahu khasiat biji rambutan yang mempunyai lemak polifenol tinggi. Polifenol adalah antioksidan yang dapat melindungi tubuh manusia daripada kerosakan sel akibat radikal bebas.

“Ia memberi manfaat seperti antipenuaan, antiinflamasi, antibarah dan antipatogen. Selain itu, biji rambutan dapat membantu merawat penyakit kencing manis.

“Kajian dilakukan pakar pemakanan Pram Pramono mendapati ekstrak metanol pada biji rambutan mengandungi flavonoid dan fenolik,” katanya.

Menurutnya, ada pesakit menggunakan biji rambutan sebagai perubatan alternatif untuk merawat kencing manis.

“Biji rambutan juga dipercayai mampu merawat sakit pinggang. Asid oleic dan asid stearic dalam biji rambutan juga mampu mencegah penyakit berkaitan jantung.

“Kajian mendapati biji rambutan mengandungi nutrisi seperti protein (7.8 peratus), karbohidrat (46 peratus), serat (11.6 peratus) selain asid lemak seperti oleic (40.3 peratus), arachidic (6.1 peratus), palmitic (7.1 peratus) dan stearic (6.3 peratus),” katanya.

Mohamad Azli berkata, snek biji rambutan mendapat maklum balas positif kerana rangup, lemak manis dan sedap.

“Saya yakin produk ini mendapat sambutan jika dipasarkan kerana setakat ini belum ada pihak menghasil­kan snek biji rambutan.

“Produk ini memasuki pertandingan reka cipta dan memenangi pingat gangsa di Pertandingan Inventions, Innovations and Design (IID) peringkat UiTM,” katanya.

Beliau yang juga juara pertandi­ngan realiti memasak ‘Maggi Mencari Bintang’ mengadaptasi makanan Itali mengikut selera tempatan.

MOHAMAD Azli menunjukkan proses menghasilkan snek daripada biji rambutan.

PANDUAN MENANAM BAWANG MERAH

Bawang merah memang menjadi salah satu bahan utama dalam masakan di Malaysia. Memandangkan harga barang-barang di Malaysia semakin mahal, elok rasanya kita cuba-cuba untuk menanam sayuran sendiri. Selain boleh menjimatkan duit, kepuasan juga dapat diperoleh apabila kita menuai hasil sayuran kita nanti.

Khasiat bawang merah untuk kesihatan dan kecantikan memang tidak dapat dinafikan. Antaranya:

  1. Mengawal tekanan darah dan menurunkan kadar kolestrol.
  2. Mengurangkan risiko diabetes.
  3. Mencairkan kahak.
  4. Mengurangkan risiko penyakit kanser.
  5. Mencegah penuaan.
  6. Mencegah dan merawat jerawat.

Penanaman bawang di kebun pula bermanfaat sebagai penghalau serangga perosak, memperoleh daun bawang dan bawang. Panduan ini sesuai untuk tanaman di rumah atau kawasan kecil sahaja.

Cara penanaman bawang merah untuk mendapatkan daun bawang:

  1. Sediakan bebawang yang dibeli daripada kedai @ pasar.

Image result for pokok daun bawang

2. Penyediaan bebawang :a)  Potong 1/3 atas bawang untuk mempercepatkan pertumbuhan. b) Cara lain: biarkan bawang beberapa minggu dalam peri sejuk @ bekas bawang sehingga keluar tunas.

20151014_193722

Bawang yang dipotong 1/3 bahagian atasnya dan bawang yang dibiarkan bertunas dalam peti sejuk

3. Penyediaan medium tanah dan bekas tanaman: Letakkan medium tanah yang sesuai (Saya menggunakan tanah hitam yang dibeli dinurseri. Sepaket RM 1.50-2.00) di dalam bekas yang sesuai.

20151014_193058

Bekas air mineral 1.5l yang telah dipotong

20151014_193126

4. Pembajaan : Sepanjang tempoh penanaman bawang, kita perlulah membajanya sebanyak 2 kali iaitu semasa penanaman dan beberapa minggu selepas penanaman. Saya menggunakan baja organik.

20151016_192655

Selepas 3 hari ditanam. Tunas telah memanjang bagi bawang yang disimpan dalam peti sejuk. Tunas telah muncul untuk bawang yang dipotong 1/3 bahagian atas.

5.Penyiraman :Siram 2 kali sehari – 1x waktu pagi, 1x waktu petang. (saya renjiskan air sahaja 2 hari sekali).

6. Tuaian : Daun bawang boleh dituai 2 minggu selepas penanaman apabila sudah panjang.

Sumber: http://www.kebunbandar.com

Daripada 20 ekor kepada 2,000 ayam sebulan

RUSLIN memegang seekor ayam ternakannya.

Hasrat murni seorang suri rumah menternak ayam kampung kira-kira 10 tahun lalu bagi meringankan beban suaminya yang bekerja kilang, nyata berbaloi apabila kini muncul antara usahawan industri asas ternak yang berjaya di Selangor.

Bermula dengan 20 ayam kampung pada 2005, Ruslin Wahidon, 42, terus maju apabila kini mampu mengeluarkan sekurang-kurangnya 2,000 unggas itu setiap bulan.

Pasaran yang luas membuatkan Ruslin tidak menang tangan bagi memenuhi permintaan bukan setakat di seluruh Lembah Klang, tapi mula diterima dari negeri lain.

Selain dijual secara segar pada RM15 sekilogram, ayam kampung yang diternak Ruslin menerusi syarikatnya, Lin Agro Enterprise turut diproses sebagai ayam berempah dan sate, sebelum dijual sebagai produk sejuk beku menggunakan jenama Lin Mas.

Mengimbas permulaan usahanya menternak ayam kampung itu, ibu kepada dua anak berkata, segala gala-galanya bermula dengan hasrat meringankan beban suaminya, Masrol Sulaiman, 49, yang bekerja di kilang membuat kereta untuk menyara kehidupan keluarga.

“Ketika bermula dengan 20 ayam itu, ada yang memandang sinis usaha saya kerana berpendapat kurang mendapat sambutan, tapi saya tidak tetap yakin.

“Hakikatnya 20 ayam yang diternak itu habis dijual, mendorong saya menambah bilangan 60 ayam selepas menyedari potensi pasarannya.

“Selepas tiga tahun mengusahakan secara kecil-kecilan, saya mula memperluaskan ternakan di belakang rumah sebagai reban yang berupaya menampung hingga maksimum 10,000 ayam,” katanya.

Katanya, bagi menjayakan hasrat itu, beliau mendapatkan khidmat nasihat daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Selangor, khususnya Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Kuala Langat dalam aspek pengurusan, penjagaan dan pemasaran ayam kampung.

Dalam usaha memastikan bekalan pasaran tidak putus, Ruslin memasukkan 500 anak ayam kampung yang berusia tiga hari setiap dua minggu ke dalam reban sebelum diternak selama dua bulan iaitu umur matang untuk dipasarkan.

Ruslin berkata, ayam kampung yang diproses sebagai ayam berempah disembelih ketika mencapai berat 1.3 kilogram (kg), sementara untuk jualan segar pula disembelih pada berat 1.8 kg.

Katanya, kos menternak setiap anak ayam yang berusia tiga hari hingga mencapai usia matang dua bulan sebelum dijual kira-kira RM8.50 seekor, mencakupi harga bekalan benih, penjagaan dan makanan.

“Penghasilan produk sejuk beku berasaskan ayam kampung membolehkan saya mengawal kos pemakanan di reban kerana semakin lambat disembelih, keperluan makanan semakin meningkat,” katanya.

Dalam usaha memastikan keberkesanan kos pemakanan, semua ayam kampung itu diberi makanan berasaskan Mikroorganisme Berkesan (EM) yang dikenali sebagai bokashi, diproses sendiri oleh Ruslin dengan bantuan suaminya dan anak.

Bokashi adalah makanan membabitkan campuran dedak padi dengan EM yang diperam dalam tong plastik selama dua minggu, sebelum diberikan kepada ayam.

BOKASHI dijadikan makanan tambahan

Makanan terbabit membantu kelancaran proses penghadaman ayam yang diternak, seterusnya mengurangkan masalah bau busuk dan lalat yang berpunca daripada tinja ayam yang dihasilkan.

“Kadar penyerapan nutrien yang tinggi daripada yang diberi, membuatkan ayam cepat kenyang dan meningkatkan daya tahan setiap ayam kampung terbabit terhadap penyakit berkaitan unggas serta mengurangkan penggunaan bahan kimia,”

.

RUSLIN membawa bekalan bokashi untuk diberi makan.

Kawasan reban ayam di Lot 2422, Lorong Bahagia, Batu 8, Kampung Sijangkang dekat Telok Panglima Garang, Selangor, itu juga disembur dengan semburan cecair EM untuk mengawal penyakit, bau dan lalat.

Ruslin berkata, kejayaan penggunaan EM di reban itu menarik perhatian Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang menghantar enam pelajar bidang biologi melakukan kajian dan latihan di situ sejak dua tahun lalu.

Kejayaan Ruslin dalam ternakan ayam kampung mendapat pengiktirafan apabila dia pernah dinobatkan sebagai Usahawan Ternak Jaya Bukan Ruminan Negeri Selangor pada 2011.

Sumber: http://www.hmetro.com.my

PANDUAN TANAMAN DAUN SADERI

Image result for daun saderi

Pengenalan

Daun Saderi, daun sup atau ranting suri merupakan sejenis sayur yang berbatang lembut yang kaya dengan zat besi, fosforus, natrium, kalium, karotena, vitamin A, B-Kompleks dan C dan magnesium.

Kegunaan

Daun saderi merupakan herba yang sangat berguna bagi penawar beberapa penyakit antaranya:

  • Menurunkan tekanan darah tinggi.
  • Mengubati keracunan yang berpunca dari jangkitan bakteria seperti terpijak paku.
  • Merawat penyakit sendi
  • Merawat penyakit pundi kencing
  • Menghapuskan parasit usus

Cara Penanaman

  • Beli Daun Sup dari pasar yang mempunyai akar.
  • Rendamkan pokok daun sup itu di dalam bekas yang berisi air paip selama lebih kurang 1 hari.
  • Potong daunnya (untuk dibuat masakan) dan tinggalkan akar dan pangkal pokok lebih kurang 1 – 2 inci.
  • Tanam dalam pasu dan pastikan tanahnya sentiasa dijirus air dan sentiasa lembab.
  • Letak ditempat teduh dan jangan siram terlampau banyak.
  • Jangan cabut semua pokok apabila hendak mengambil daun saderi.

Sumber: http://www.pertanianperak.gov.my, https://ms.wikipedia.org

Pelajar wanita Politeknik Kota Bharu cipta budu bentuk kiub

Sekumpulan pelajar Politeknik Kota Bharu berjaya mengharumkan nama pusat pengajian itu apabila mencipta sebuah produk iaitu budu yang dibuat dalam bentuk kiub.

Sekumpulan pelajar terbabit yang masing-masing berumur 21 tahun iaitu Norlee Mohd. Nawi, Siti Nabilah Mohd. Yusof, Nurnadzirah Abdul Hadi dan Norhafiza Hussin, mencipta produk perencah makanan itu dalam bentuk baharu selepas membuat kajian selama setahun.

Ketua projek, Norlee Mohd. Nawi berkata, mereka telah berusaha memodenkan penghasilan budu memandangkan makanan tradisi rakyat Kelantan itu menjadi bahan keperluan bagi setiap keluarga di rumah.

“Idea menghasilkan budu bentuk kiub ini terjadi apabila kami melihat botol budu senang pecah apabila terlalu lama berada di dalam beg akibat perjalanan yang jauh.

“Jadi kami memikirkan untuk memudahkan bahan itu dibawa ke mana-mana, disesuaikan dengan keperluan setiap pengguna, tanpa bimbang botolnya pecah dan menerbitkan bau yang mungkin tidak menyenangkan,” katanya di sini baru-baru ini.

Menurutnya, budu dalam bentuk kiub segitiga itu hanya perlu dicampur sedikit air suam dimana langsung tidak mengubah rasa asalnya.

Katanya, mereka menamakan produk itu sebagai ‘Dulis’ dan me­rupakan produk 100 peratus halal.

“Bagi memudahkan usaha penghasilan budu kiub ini, mereka be­kerjasama dengan pengeluar Budu Cap Ketereh dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

“Dalam proses pembuatan, kami mendapatkan sos budu daripada pemilik Budu Cap Ketereh. Kemudian sos itu akan dimasak sehingga menjadi pekat untuk diuli dalam bentuk kiub dan dikeringkan di dalam ketuhar pengeringan tahap tinggi selama 17 jam,” katanya.

Menurut Norlee, projek mereka telah memenangi Inovasi Terbaik Jabatan Perdagangan dalam Majlis Innotex 2015 yang diadakan di Politeknik Kota Bharu di sini baru-baru ini.

“Projek kami juga pernah mendapat tempat ketiga dalam Anugerah Inovasi Terbaik di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS),” jelasnya.

Katanya, dia berharap produk yang dihasilkan ini akan dapat dipasar di peringkat antarabangsa nanti.

Sumbert: http://www.utusan.com.my