TIPS HADIAH UNTUK IBU MENGIKUT ZODIAK

Tiap orang punya cara tersendiri untuk melahirkan rasa sayang kepada insan yang paling istimewa dalam hidup mereka iaitu ibu. Salah satunya adalah dengan memberikan sesuatu hadiah sebagai tanda kasih di hari yang penting dalam hidup mereka seperti hari jadi. Apa pula hadiah yang paling sesuai untuk mereka? Sebenarnya hadiah untuk ibu juga boleh ‘dikenalpasti’ menerusi tarikh lahir ibu tersebut. Tentu lebih mudah, lagipun takkan seorang anak tak tahu bilakah tarikh lahir ibu mereka yek??

Aries
Ibu Aries dikatakan mempunyai masa yang agak terhad untuk menguruskan hal rumahtangga akibat kerjaya mereka. Jadi apa kata permudahkan urusan hidup mereka dengan hadiah hadiah seperti ‘microwave’, vakum dan sebagainya lagi.

Taurus
Ibu Taurus ini seorang yang gemar berada di rumah untuk berehat. Apa kata kamu belikannyapengurut kaki elektrik, sepasang selipar lembut atau sebuah buku tentang masakan!

Gemini
Ibu berbintang Gemini gemarkan sesuatu yang boleh memberikannya kejutan. Apa kata hadiahkan dia sebuah VCD karaoke, parti hari jadi secara mengejut atau sepasang sandal yang cantik.

Cancer
Mereka ini selalunya menghargai apa yang dilakukan kepada mereka dan tidak semestinya berbentukmeterial. Mereka sudah tentu sangat menghargai sekiranya kamu memasakkan hidangan istimewa untuknya hari itu dan membuat sendiri hadiah untuknya walaupun sekadar sebuah kad ucapan! Yang penting, ia dilakukan dengan tangan kamu sendiri.

Leo
Mereka ini sukakan sesuatu yang nampak mewah. Jika kamu berhasrat hendak belikan ia sejambak bunga, pastikan jambanga itu besar dan cantik sekali!

Virgo
Bagi mereka, tindakan lebih menggambarkan segalanya berbanding kata kata. Pastikan kamu melakukan tiap suruhannya dan itu dah cukup memadai daripada hadiah mahal.

Libra
Hadiah yang paling sesuai untuk mereka adalah sesuatu yang membantu mereka kelihatan lebih cantik seperti baju dan mekap.

Scorpio
Mereka ini sukakan air dan apa kata kamu membawa mereka bercuti di pandai atau kawasan air terjun. Tentu mereka suka!

Sagitarrius
Mereka ini kaya dengan sifat kelakar dan sebuah kad dengan kata kata yang kelakar dan lucu dah cukup buat mereka atau sehelai baju T yang tertera kata kata lucu.

Capricorn
Belikan saja mereka barangan antik, pasti mereka suka!

Aquarius
Hadiah yang paling disukai adalah benda yang pelik pelik.

Pisces
Mereka yang berjiwa sentimental ini dah cukup tersentuh jika kamu hadiahkan mereka potret keluarga yang berbingkai cantik.

Selalunya bila tiba hari jadi ibu anda.. apa yg anda berikan pada ibu…ibu anda tidak kisah apapun pemberian anda..sekadar ucapan sudah memadai.

20 ALASAN TAK PERLU MINTAK MAAF

Kalau kita berbuat salah, sudah tentu kita perlu meminta maaf terlebih dahulu. Tetapi ada juga di antara kamu yang sering meminta maaf walaupun hakikatnya bukan kita yang melakukan kesalahan/kesilapan. Demi menjaga hati ataupun sebagai tanda hormat, kamu yang mengalah. Adakah ini patut terjadi sedangkan pihak lain terus tersenyum kerana kamu yang memikul kesalahannya ataupun kamu yang menyerah diri walaupun tahu yang kamu tidak bersalah?

Jangan begitu! Jika ternyata kesalahan bukanlah berpunca dari kamu, adalah menjadi hak kamu untuk tidak meminta maaf. Kami telah mengenal pasti 20 sebab mengapa kamu tidak perlu meminta maaf.

1 – PERASAAN KAMU
Apa yang kamu rasa dan fikir, sepenuhnya adalah hak kamu. Jadi jangan rasa bersalah kalau apa yang kamu rasakan itu menjadi satu kesalahan walaupun mungkin kamu sendiri terpaksa bermasam muka dengan orang lain. Kamu berhak mempertahankan pendapat kamu kerana setiap individu mempunyai sifat ego tersendiri. Bukan semua orang tahu menghargai perasaan kita sebagaimana mereka mahu kamu menghargai perasaannya. Bukan semua orang berupaya menyelami perasaan kamu, selain dari diri kamu sendiri.

2 – LEBIH BERKEBOLEHAN
Mungkin gaji kamu lebih tinggi dari kekasih mu ataupun kamu lebih berkebolehan dalam bidang tertentu berbanding orang-orang yang terdekat dengan kamu. Setiap manusia mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Jika ada orang lain yang tidak dapat menerima keistimewaan kamu, pedulikan saja!! Kamu harus sentiasa berfikiran positif dan menganggap inilah kelebihan yang kamu miliki dan bersyukur dengan kurniaan tersebut. Kalau ada yang mempertikaikan kebolehan itu, katakan saja yang setiap manusia dilahirkan mempunyai kelebihan dan kekurangan sendiri. Jangan takut untuk mengakui kelebihan kamu yang dimiliki kerana anugerah Tuhan tidak harus dipersiakan!

3 – MASA LALU
Jangan meminta maaf di atas keputusan yang pernah kamu laksanakan di masa lalu. Ia adalah kerana apa jua keputusan yang kamu lakukan bergantung pada situasi di saat itu. Walaupun ada yang menentang keputusan yang telah kamu lakukan, jangan cepat tersentuh. Ingat! Kamu tentunya sudah boleh berfikir, mana yang baik dan buruk. Segala keputusan adalah terletak di tangan kamu dan ianya amat mempengaruhi hidup di masa akan datang. Tidak harus meminta maaf kerana bukan kamu tahu apa yang akan berlaku di masa depan kan?

4 – MENJADI PERHATIAN
Bukan semua orang meminta dirinya menjadi perhatian. Kamu jangan risau jika diri mu menjadi perhatian orang. Mungkin ada sebab-sebab tertentu mengapa kamu yang dipilih berbanding dengan orang lain. Kamu tidak perlu meminta maaf jika ada yang cemburu kerana kamu yang mendapat lebih perhatian berbanding mereka. Jika kamu ingin lari dari terus menjadi perhatian orang, usahakan agar kamu berjaya menghindarinya. Jangan melibatkan orang lain jika kamu tidak mahu diri dipersalahkan.

5 – MEMUTUSKAN CINTA
Kalau kamu rasa bukan berpunca dari silap kamu, kamu berhak meminta putus. Untuk apa kamu terus menyeksa diri untuk terus bersama si dia sedangkan ternyata dia sendiri yang bersalah. Jangan rasa takut untuk melaksanakan dan kamu juga tidak perlu memaksa diri untuk meminta maaf kerana perpisahan ini bukanlah yang kamu ingini. Tetapi keadaan yang memaksa!

6 – BERKATA JUJUR
Kejujuran merupakan resipi utama dalam sesebuah perhubungan. Kamu tidak perlu takut untuk berterus-terang andai ianya mendatangkan kebaikan pada diri kamu. Walaupun mungkin ia boleh mencetuskan salah faham antara kamu dan si dia, terpulanglah pada si dia sama ada boleh menerima kejujuran kamu ataupun tidak.

7 – BERTERUS TERANG
Kita mungkin mampu membohongi orang lain, tapi tidak pada hati sendiri. Contohnya, kamu sudah tertarik pada orang lain sedangkan kamu baru saja menjalinkan hubungan dengan si dia. Salah satu sebabnya ialah mungkin kamu tidak dapat menerima cara si dia. Jalan terbaik ialah dengan berterus-terang, daripada kamu terus menipu si dia dan diri kamu sendiri. Nyatakan sebab-sebab mengapa kamu tidak dapat menerima si dia lebih daripada seorang teman biasa. Daripada kamu terus menyeksa diri kerana terpaksa menerima si dia, lebih baik kamu bertindak lebih awal lagi agar perasaan itu tidak terlajak jauh.

8 – TIDAK MENEPATI CITA RASA
Bukanlah perkara yang mustahil untuk kamu mementingkan cita rasa kamu sendiri. Contohnya dalam memilih pasangan. Untuk apa bersikap hipokrit andai pasangan yang kamu pilih langsung tidak menepati cita rasa kamu. Sudah tentu kamu mahu menjalinkan hubungan dalam tempoh yang lama dan berharap agar ia berkekalan. Lalu kamu sepatutnya mencari si dia yang mempunyai ciri-ciri yang kamu impikan. Walaupun tidak secara seratus peratus, sekurang-kurangnya ada juga ciri-ciri tersebut pada diri si dia.

9 – TERUS BERTANYA
Untuk mendapatkan kepastian, tentu kamu harus melemparkan pertanyaan. Walaupun pertanyaan itu bertubi-tubi, selagi tak mendapat jawapan yang pasti, selagi itulah kamu tidak akan berpuas hati. Kamu mahu bertanya sehinggalah kamu faham. Jangan rasa bersalah kalau kamu harus bertanya berulang-ulang kali. Ada kalanya pertanyaan kamu itu boleh membuatkan seseorang itu rimas dan bosan, tetapi bukan mudah untuk dia mengakui kesalahannya ataupun menjelaskan perkara yang sebenarnya.

10- MINTA NAIK GAJI/PANGKAT
Tak salah kalau kamu meminta agar gaji/pangkat kamu dinaikkan setanding dengan usaha yang telah kamu laksanakan selama ini. Sudah tentu kamu berusaha bersungguh-sungguh demi memantapkan lagi prestasi dan kualiti kerja semata-mata untuk syarikat. Jadi tidak salah kalau kamu meminta imbuhan. Memandangkan kos sara hidup semakin tinggi, kamu juga memerlukan perbelanjaan yang lebih banyak. Tapi kamu perlu yakin dan lebihkan usaha di masa akan datang.

11 – MASIH SOLO
Inilah hidup kamu! Walaupun ada kalanya kamu berasa bosan kerana masih tidak mempunyai kekasih, ia bukan salah kamu. Terpulang pada diri kamu sama ada ingin mempunyai kekasih ataupun sanggup bersendirian. Soal cemburu ataupun usikan teman-teman, ketepikan saja. Apa yang penting ialah soal hidup kamu sendiri. Bukan menjadi satu kesalahan jika kamu memilih untuk bersendirian. Mungkin kamu perlukan masa untuk mencari pasangan yang sesuai.

12 – TENTANG KEGEMARAN
Setiap orang mempunyai kegemaran ataupun hobi tertentu. Jangan risau sekiranya ada yang memperkecilkan hobi kamu. Pertahankan hobi kamu itu dan katakan yang setiap orang mempunyai perangai yang berbeza. Jangan malu-malu mengakuinya kerana ia bukanlah mengganggu kehidupan orang lain, malah menyerikan hidup mu sendiri.

13 – BIJAK DAN AKTIF
Orang yang cantik/kacak tidak semestinya bijak dan aktif. Jangan menilai paras rupa dalam menentukan tahap kebijaksanaan seseorang. Ia juga tidak boleh melabelkan seseorang itu aktif ataupun tidak hanya kerana paras rupa. Kamu patut rasa bertuah kerana dianugerahkan kebijaksanaan dan kamu juga seorang yang aktif.

14 – MEMINTA BANTUAN
Kalau tidak tahu, eloklah bertanya. Bukan cara terbaik untuk berpura-pura tahu ataupun segan mahu meminta pertolongan orang lain. Ingat, hidup dalam budaya bermasyarakat ini harus saling tolong-menolong antara satu sama lain. Kalau kamu memerlukan bantuan, jangan segan-segan meminta pertolongan daripada orang yang boleh membantu kamu menyelesaikan masalah. Jika ada yang mentertawakan kamu kerana perkara kecil pun kamu tidak tahu, terus-teranglah mengatakan lebih baik bertanya daripada jadi bodoh sombong! Tak ada faedah langsung!

15 – BUKAN BERPUNCA DARI KAMU
Ada seorang teman memarahi kamu kerana rahsianya terbongkar, sedangkan kamu bukanlah puncanya. Jadi untuk apa rasa takut kerana bukannya salah kamu. Berterusteranglah pada si dia yang kamu tidak melakukannya sebaliknya mungkin ada pihak lain yang cuba mempergunakan nama kamu. Nyatakan sebab-sebab kukuh dan relevan tentang pengakuan kamu. Yakinkan dirinya yang kamu seorang penyimpan rahsia yang boleh dipercayai. Kalau boleh selidiklah siapa yang punya angkara untuk membuktikan kamu benar-benar tidak bersalah!

16 – PANDU BERHATI-HATI
Salah satu perkara normal yang diperkatakan ialah pemandu wanita suka memandu perlahan! Selalu juga kena hon. Katakan saja pada diri sendiri yang kamu ini pemandu berhemah dan berhati-hati di jalan raya. Kalau ada pemandu lain yang membunyikan hon ataupun memarahi kamu, pedulikan saja. Janji kamu tidak melanggar peraturan lalu lintas. Kalau setiap kali kamu meminta maaf jika ada yang membunyikan hon ataupun memarahi kamu, tentu nanti ada pula yang mengambil kesempatan di atas ‘kebaikan’ kamu itu.

17 – ORANG MENUDUH KAMU
Jika memang bukan kamu yang lakukan, mengaku saja. Jangan biarkan orang memaksa kamu mengaku sedangkan kesalahan itu berpunca dari orang lain. Walaupun mungkin ketika itu kamu agak gelabah kerana digertak, jangan cepat meminta maaf. Bak kata pepatah, ‘Berani kerana benar, takut kerana salah.’ Kalau kamu mengaku, alamatnya kamu akan disalah sangka. Jangan sesekali mengucapkan ‘Saya minta maaf’, sedangkan dalam hati kamu meronta-ronta mengatakan bahawa kamu tidak bersalah dan menjadi mangsa keadaan.

18 – TIDAK TERLALU MEMENTINGKAN PENAMPILAN
Jangan merendah diri jika ada yang memperkatakan penampilan kamu tidak sesuai dengan perkembangan semasa. Jangan terlalu mengikut telunjuk orang dan ini membuatkan diri kamu hipokrit. Jangan takut-takut untuk membantah kalau ia tidak bersesuaian dengan jiwa kamu. Tapi kalau kamu membantah, ucapan meminta maaf bukan cara terbaik untuk dilafazkan. Ikut prinsip kamu dan jangan mudah dipengaruhi oleh orang lain.

19 – TIDAK SAMA HALUAN
Kamu mempunyai teman rapat. Ke mana saja pasti berdua bagaikan belangkas. Tetapi ada beberapa perkara yang kamu tidak boleh melakukan bersamanya iaitu kamu suka bersukan sedangkan dia gemar menonton wayang. Jika percanggahan ini berlaku, kamu harus bijak menanganinya. Katakan saja perkara ini tidak boleh dipaksa. Kamu tidak boleh memaksa dia meminati sukan dan sebaliknya. Usah minta maaf walaupun ada kalanya tercetus perselisihan faham. Walaupun rapat, suatu hari nanti, pasti akan membawa haluan sendiri. Sampai bila hendak bergantung antara satu sama lain.

20 – DIPAKSA
Sukar untuk melakukan sesuatu pekerjaan ataupun perkara yang dipaksa oleh orang lain. Jika dilakukan juga, timbul rasa jengkel dan tidak ikhlas. Jadi lebih baik tidak melakukannya dan katakan saja yang kamu tidak suka dengan tugasan tersebut. Jangan berasa bersalah dan meminta maaf kerana kamu tidak melakukan tugasan tersebut.

Karektor Dalam Keluarga

Ini satu lagi topik yg saya utarakan utk hampa semua. Jadi kalau blh tu rajin-rajin la antar komen. Ada tak tempias-tempias ciri-ciri kat hampa??? Dikatakan kedudukkan seseorang itu dalam bilangan adik-beradik turut mencorakkan personaliti hidup mereka. Nak tau lebih lanjut? Klik la seterusnya..hehe

Anak Sulung

anak sulung merupakan cahaya mata pertama di dalam keluarga dan menjadi tumpuan kasih sayang dan perhatian ibu bapa. sehinggalah kedatangan adik baru. namun apabila mereka meningkat remaja, mereka lebih pandai membawa diri masing-masing dan sanggup berkorban demi demi adik-adik.

Karektor :
ü anak sulung dikaitkan dengan sikap pelindung, suka bertolak ansur, serta ego.
ü sering berjaya dalam hidup.
ü ebih pandai mengambil hati orang tua.
ü nilai tanggung jawab yang tinggi.

Anak Tengah

biasanya anak tengah lebih pelik sedikit dari anak-anak yang lain. mereka lebih gemar berdikari dan membuat hal sendiri. ini kerana mereka adalah antara yang paling kurang ‘favourite’ di kalangan adik-beradik yang lain. seringkali mereka juga teras terpinggir. dalam banyak hal mereka merasakan diri mereka dipaksa untuk mengalah kepada si sulung atau si bongsu. sebab itu di kalangan mereka juga kadangkala mudah dilanda tekanan. oleh itu, anak tengah juga cuba untuk melakukan yang terbaik bagi diri mereka tanpa mengharapkan bantuan orang lain.

Karektor :
ü lebih berdikari berbanding dengan si sulung atau adik beradik yang lain.
ü lebih percaya dengan keyakinan sendiri.
ü suka mencuri perhatian dengan cara tersendiri.
ü sering merasakan diri mereka terpinggir.
ü terlalu mengalah

Anak Bongsu

mendengar ungkapan anak bongsu saja cukup memadai untuk membuat tafsiran bagaimanakan sikap anak bongsu. mereka sering digambarkan sebagai seorang yang manja dan besar kepala dan mahukan orang lain mengikut kehendak mereka sahaja. mereka perlukan orang lain untuk melakukan apa saja dalam hidup. sering dikatakan mereka kurang berjaya dalam hidup memandangkan sikap ketidakpercaya ibu bapa terhadap mereka. biarpun mereka berjaya namun sikap ibu bapa sendiri membuatkan hidup mereka terbatas. mungkin ibu bapa sentiasa berasakananak bongsu memerlukan perlindungan mereka buat selama-lamanya.

Karektor :
ü happy go-lucky dan yakin diri.
ü manja.
ü berkeinginan dan bercita-cita tinggi.
ü sukar membuat keputusan sendiri.

Anak Tunggal

dalam banyak kategori, ramai ingin menjadi anak tunggal. ramai yang beranggapan seronok menjadi anak tunggal memandangkan hanya mereka satu-satunya anak dalam keluarga. mereka akan menjadi tempat sepenuh tumpuan, perhatian dan curahan kasih sayang ibu bapa. mereka juga tiada persaingan dari adik-beradik yang lain. dari sudut hubungan bersama ibu bapa, tidak dinafikan hubungan anak tunggal lebih kukuh dan erat. mereka saling memerlukan antara satu sama lain, saling menyokong dan menggalakkan.

Karektor :
ü sering merasakan diri mereka kesunyian.
ü lebih berkeyakinan kerana sudah terbiasa segala yang dihajati tercapai.
ü lebih bijak bergaul.
ü lebih cepat matang.
ü terlalu rapat dengan ibu bapa walau usia makin meningkat.
ü sukar nak bertolak ansur dengan orang lain.
Prev: Karektor Dalam Keluarga
Next: TIPS HADIAH UNTUK IBU MENGIKUT ZODIAK

10 ADEGAN TAK LOGIK DALAM DRAMA TV TEMPATAN

Untuk renungan bersama…

1. Seorang lelaki berjalan menuju ke pondok telefon dan memasukkan syiling. Kemudian dia mendail nombor yang hendah dihubungi. Setelah sahaja menekan nombor, tidak sampai dua saat dia sudah berkata… Hello. Satu adegan yang tidak logik sedangkan talian telefon memerlukan masa lebih kurang lima saat untuk disambung. Belum dicampur lagi masa yang diperlukan oleh si penjawab bangun, berjalan dan menjawab panggilan. Adegan tidak logik ini memang wujud dalam drama tempatan melayu sejak dahulu hingga kini.

2. Dalam drama bersiri Gerak Khas, sebelum babak perbualan di pejabat polis, kamera fokus diluar ibu pejabat polis dimana terdapat dua anggota polis wanita berjalan seiringan keluar dan masuk… Dua anggota polis berkenaan muncul hampir setiap siri drama tersebut dengan gaya seperti orang berkawat malas.

3. Kebanyakkan filem seram tempatan memaparkan banyak adegan menjerit. Pengarah filem tersebut lupa bahawa sebenarnya penontonlah yang perlu menjerit ketakutan, bukannya pelakon.

4. Jika anda orang utara, pastinya anda meluat dan menyampah bila melihat pelakon-pelakon yang cuba berlakon dan bercakap loghat utara. Ini kerana mereka fikir mereka boleh membawa watak orang utara. Pada hakikatnya tidak.

5. Dalam drama melayu, jika ada babak perbualan antara seorang wanita cina dengan ahli keluarganya, perbualan tersebut dalam bahasa melayu!!! Bukannya bahasa cina. Tetapi dalam drama cina pula, babak perbualan antara wanita melayu dengan ahli keluarganya adalah dalam bahasa melayu juga….

6. Ayat yang sering digunakan dalam drama bersiri Gerak Khas…. “Tuan ada baca akhbar semalam?” .

7. Satu babak dalam drama bersiri slot Samarinda… Seorang lelaki bekerja di pejabatnya… Tiba-tiba handphonenya berbunyi.. Handphone yang digunakan adalah jenis Nokia yang mengunakan ringtone polifonik tetapi bunyi yang kita dengar adalah bunyi handphone biasa (monofonik).

8. Babak ini yang kelakar… Seorang pelakon memberitahu rakannya bahawa dia hendak menulis email kepada seseorang. Dia kemudiannya duduk di hadapan komputer dan mula menaip. Kamera yang ketika itu fokus pada monitor jelas menunjukkan pelakon berkenaan melulis email menggunakan Microsoft Word!!!.

9. Dalam satu adegan dalam sebuah filem, satu babak tembak-menembak telah berlaku diantara polis dengan penjahat. Pihak polis menggunakan sebuah kereta Mitsubishi Lancer (evo berapa tak ingat) sebagai perisai dan berlindung di balik kereta berkenaan. Polis secara berterusan dihujani berpuluh-puluh peluru dari penjahat… Tetapi kereta tersebut hanya kena satu das sahaja.

10. Semua filem seram karya penerbit tempatan akan berakhir dengan mimpi semata-mata. Anda tak perlu lagi ke panggung wayang… (Jika ada filem seram baru) kerana kesudahannya sudah anda ketahui, hanyalah mimpi. Ini adalah garis panduan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Penapisan Filem….

7 JENIS CINTA

1. CINTA PERTAMA
Kadang-kadang boleh berubah seiring dgn waktu. SO, pandai2la bagaimana merawatnye supaya cinta pertama tetap segar..first love never dies..yang pertama belum tentu yg terbaik..tetapi yang terakhir biasanya yg terbaik..

2. CINTA PEMBIMBING
Hmm..yg ni biasanye dialami oleh sebahagian besar wanita. Kebanyakan drp kita ingin mendapatkan pasangan yg blh memberi pengetahuan tentang segalanya. Pasangan yg juga blh menjadi ‘guru’, seorang yg blh kita jadikan idola dan yg dpt menolong mengembangkan bakat @ diri kita.

3. CINTA MENGGODA
Seseor yg terlalu mencintai kekasihnya, walaupun telah ditinggalkan pergi tetap yakin bahawa si dia tetap akan kembali kepadanya.

4. CINTA BERBEZA STATUS
Hal ini tak jadi masalah andainya kedua2 belah pihak aman bahagia. Tapi perbezaan status social yg terlalu jauh kadangkala blh membuat salah satu pihak merana…bila ikatan emosi di antara keduanya kurang kuat…mcm kisah cinta Kassim Selamat peniup saksofon dgn Sabariah anak Nyonya Mansor tu la…

5. CINTA 3 SEGI
Tak kurang juga ada wanita yg tertarik kpd lelaki yg dah ‘terikat’ atau sebaliknya ada wanita yg gemar main cinta walaupun dah terikat. Dalam hal ini, ‘terikat’ itu telah menimbulkan cabaran dan dugaan yg cukup sukar ditepis.

6. CINTA SI PENYELAMAT
Ini kisah cinta apb kita selalu menolong si dia setiap waktu, setiap masa. Si dia menganggap bantuan kita ikhlas, sedangkan kita pula menunggu balasannya.. so, berikanlah cinta yg tulus kpdnya..Think positive!

7. CINTA DAN USAHA
Cinta itu perlukan usaha jugak..mana boleh kita duduk dalam rumah menunggu saja org masuk meminang..usaha kene ada juga. Oleh itu..berusahalah kita utk mendapatkan cinta yg kita inginkan…

Apa yg pasti…cinta yg Agung itulah yg kekal abadi…kasih manusia sering bermusim…sayang manusia tiada abadi…Kasih Tuhan tiada bertepi..sayang Tuhan janjiNya pasti.

JODOH

Sedikit info utk dikongsi bersama…
Bacalah…

1.Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti ‘magnet’ yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekahdan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang
dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang
menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi
perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan.
perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.
32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda.Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa : sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama
mengenai hubungan : tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal
pasangan.Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal
pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau kegilaan bakal pasangan anda.
Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami
terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman, bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi, timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah.
Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

Besi dari langit

Sembilan puluh peratus meteor ditemui di bumi berasal dari meteoroid

BESI yang jatuh dari langit atau bebola api gugur dari angkasa adalah antara tanggapan umum mengenai meteor (tahi bintang), objek semula jadi berasal dari angkasa yang berjaya mengekalkan bentuk dan komposisi bahan asasnya walaupun berlaku impak perlanggaran ketika menembusi atmosfera bumi.

Ketika di angkasa, meteor mempunyai jaringan orbitnya yang tersendiri dan lebih dikenali sebagai meteoroid (saiz rentas kurang dari satu kilometer) dan juga asteroid (apabila membabitkan saiz lebih besar (lebih satu kilometer).

Ada juga meteor yang pada asalnya berbentuk ketulan besar berubah menjadi debu akibat sesaran udara dan perubahan suhu yang ketara (batu menjadi cair) ketika menembusi atmosfera bumi dan apabila jatuh ke permukaan bumi tidak meninggalkan kesan nyata.

Difahamkan, fenomena meteor jatuh ke bumi berlaku setiap malam dengan bilangan purata empat bilion meteor, kebanyakannya bersaiz kecil (besar sedikit daripada saiz atom) dan berat terkumpul melebihi beberapa tan metrik.

Satu jumlah yang agak besar dan memeranjatkan namun boleh diabaikan kerana kebanyakannya menjadi debu dan jika ia berjaya merentasi halangan sesaran serta suhu yang amat tinggi, saiz batu terbabit tidak berbahaya dan amat kecil jika dibandingkan dengan berat keseluruhan bumi pada 6,600,000,000,000,000,000,000 tan metrik.

Meteoroid dan Asteroid yang sudah melengkapkan putaran mengelilingi orbit masing-masing (ada yang sudah berputar mengikut orbit berjuta-juta tahun lamanya) berhenti berfungsi dan dipercayai akan ditarik sistem graviti yang paling dekat dengan posisi di mana mereka berhenti berpusing.


Sebanyak 90 peratus daripada meteor yang dijumpai di muka bumi di seluruh dunia berasal daripada meteoroid yang berlegar di antara planet Marikh dan Jupiter, manakala selebihnya berasal luar dari lingkaran itu.

Apa yang menarik mengenai fenomena kejatuhan meteoroid adalah pada keindahan cahaya yang dipancarkan.

Cahaya berkenaan terhasil apabila meteoroid berlanggar dengan molekul udara membuatkan kehilangan elektron pada jumlah yang banyak dan pertemuan antara atom yang tertinggal dengan elektron dari udara membuatkan cahaya terpancar pada warna tertentu.

Di udara apabila kelihatan meteoroid berwarna jingga kekuningan, elemen natrium dipercayai hadir dan jika cahaya yang terpancar berwarna kuning, kemungkinan besar elemen pada meteor itu adalah besi.

Bagi cahaya biru kehijauan, elemen magnesium, ungu menandakan kehadiran kalsium, manakala cahaya merah menandakan kehadiran elemen silikon.

Di Malaysia, bagaimanapun, fenomena kejatuhan meteoroid jarang berlaku tetapi di rantau Asia beberapa insiden kejatuhan serta penemuan meteor kerap dilaporkan dan terbaru membabitkan kejatuhan meteoroid di sebidang tanah bendang di Kemboja yang menyebabkan tanah di sekitar tempat jatuhnya batu itu terbakar.

Dari segi jenis meteor, ia boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu batu, besi dan batu berbesi. Batu meteor jenis berbatu pula terbahagi kepada jenis chondrites beku dan chondrites cair.

Chondrites dipercayai terbentuk pada satu masa yang sama dan dari bahan sama seperti planet berbatu di bahagian tengah sistem suria.

Pengkajian chondrites boleh menjelaskan mengenai bagaimana planet tercipta dan bahan asal yang membentuk planet dalam sistem suria.

Secara saintifik, Chondrites adalah campur-aduk daripada pelbagai bahan; kebanyakan mengandungi bintik campuran logam besi dan tembaga putih yang berkilat, serta tompok berwarna pucat CALs (Calcium and Aluminium-rich Inclusions) yang mengandungi sedikit kalsium dan aluminium.

Mekanisme pembentukan planet boleh diselidik melalui tiga cara, sama ada dengan melihat kepada batu yang terbentuk diawal sejarah sistem suria atau cara kedua dengan memerhati bintang muda untuk mendapatkan tanda pembentukan planet.

Cara ketiga adalah melalui model teori pembentukan planet. Ketiga-tiga pendekatan ini berupaya menambah pengetahuan manusia mengenai asal usul planet.

Batu meteor yang melalui sedikit pencairan boleh memberikan gambaran mengenai struktur dan komposisi bumi.

Komposisi yang terkandung dalam batu meteor ini merangkumi keseluruhan lapisan utama yang menjadikan bumi ini – dari isi perut besinya hingga kelapisan luar batu batan.

Dengan adanya bukti fizikal berupa serpihan batu meteor, pengkajian mengenai pembentukan planet serta ciri fizikal luar dan dalam bumi dapat dicapai dan pengetahuan ini dapat memberi faedah kepada generasi sekarang dan akan datang.

Meteor berusia berjuta-juta tahun yang ditemui di bumi bukan saja amat bernilai untuk kajian seumpama itu malah ada sesetengah pihak yang mengambilnya untuk diproses dan dijadikan perhiasan seperti cincin, rantai dan pelbagai lagi. Malah keris yang ditempa daripada meteor dipercayai lebih berbisa dan mempunyai kekuatan tersendiri.

Kini pameran meteor sedang diadakan di Bastion House dekat Jalan Kota, Melaka sehingga hujung bulan ini.

FAKTA: Meteor

  • Meteor dianggap besi atau bebola api jatuh dari dari angkasa
  • Terbahagi kepada tiga jenis iaitu batu, besi dan batu berbesi
  • Dikenali sebagai meteoroid (saiz rentas kurang dari satu kilometer) dan asteroid (apabila membabitkan saiz lebih besar (lebih satu kilometer).
  • Fenomena meteor jatuh ke bumi berlaku setiap malam dengan bilangan purata 4 bilion meteor
  • Terdiri daripada batuan dan bongkahan logam seperti besi dan nikel.
  • Meteor yang sampai ke atmosfera selalunya jatuh ke bumi. Apabila jatuh, kerosakan yang dilakukannya adalah berdasarkan kepada saiznya.
  • Meteor besar yang jatuh ke bumi akan membentuk kawah seperti kawah Barringer di wilayah Arizona. Kawah ini terbentuk oleh meteor yang jatuh kira-kira 40,000 tahun lalu.
  • Jika jatuh, mempunyai cahaya yang melewati langit seperti bola api.
  • Orang Yunani mengatakan maksud meteor ialah tinggi di udara.
  • Tiga jenis meteor iaitu batu, besi dan batu berbesi.
  • Tahi bintang besi yang mempunyai komposisi 90 peratus besi dan 10 peratus nikel, lebih sukar didapati.
  • Rahsia Di Sebalik Tulisan

    Tiap manusia ini mempunyai corak tulisan yang berbeza-beza. Walaupun ada yang
    cuba untuk meniru tulisan orang lain, tapi jika diperhatikan sebaik mungkin
    pasti ada perbezaannya. Dipercayai, melalui tulisan juga kita boleh belajar
    mengenali diri seseorang. Wah! Ini sudah bagus kan? Tapi ada syaratnya. Alah,
    bukannya susah. Tapi tulisan yang hendak di’baca’ itu mestilah ditulis dalam
    keadaan tenang. Seandainya ia ditulis dalam mood yang tak tenteram dan
    tergesa-gesa, mungkin tulisan itu lebih kotor dan hodoh.. Itu tak boleh dikira
    kerana bentuk tulisan yang tergambar itu bersifat sementara saja.

    Tulisan berubah-ubah

    Ada orang yang bentuk tulisannya tidak pernah berubah-ubah sejak dari dulu lagi.
    Ha..itu menandakan bahawa dia juga seorang yang sukar untuk berubah. Maknanya
    dia lebih suka mengekalkan personaliti dirinya yang sedia ada sejak dulu.
    Sebaliknya jika tulisannya sering berubah-ubah, bermakna dia sentiasa mengalami
    pembentukan dan pembangunan personaliti dirinya malah dia juga bersikap
    individual. Dari segi membuat sebarang keputusan, orang yang tulisannya tidak
    berubah sejak dulu lagi lebih tetap pendirian dan lebih tegas. Manakala mereka
    yang sering berubah corak tulisan mereka dikatakan lebih mudah untuk berubah
    fikiran. Bukan bermaksud mereka ini tidak berpendirian langsung tapi keputusan
    mereka itu masih boleh dipengaruhi oleh orang lain.

    Kecondongan tulisan

    Tegak – Sekiranya tulisannya itu tegak saja bermakna dia seorang yang rajin,
    bertanggungjawab, pandai bergaul dengan orang lain dan sikapnya amat
    menyenangkan. Dia juga mampu membuat keputusan dengan wajar dan tepat.
    Condong ke kanan – Orangnya bersikap terbuka sama ada dalam pergaulan biasa atau
    hubungan cinta. Namun dia ini juga sentiasa memerlukan bantuan dan tunjuk ajar
    daripada orang lain dalam apa juga yang dilakukannya. Dalam erti kata lain,
    mereka ini kurang yakin dengan tindakan yang diambil dan memerlukan pendapat dan
    pandangan orang lain untuk menyakinkan diri mereka sendiri. Mereka juga mudah
    ditimpa perasaan cepat bosan jadi sebab itu cukup pantang kalau mereka kena
    tunggu lama!

    Condong ke kiri – Dia ini seorang yang sensitif walaupun mungkin dari segi
    luaran nampak dia ini seolah-olah tak kisah sangat. Selain itu, dia juga seorang
    yang amat berhati-hati dalam apa juga yang dilakukannya kerana dia tidak mahu
    timbulnya sebarang penyesalan di kemudian hari nanti. Walau bagaimanapun jangan
    tak tahu, mereka ini seorang yang cukup setia kepada orang yang dicintainya!
    Cayalah!

    Saiz tulisan

    Besar – Ini menandakan dia seorang yang kurang matang namun dia inginkan orang
    lain mengikut caranya. Sebab itu mungkin akan timbulnya perselisihan dengan
    orang sekeliling. Bahkan dia juga amat gembira jika ada orang yang memandang
    tinggi terhadap keupayaan dirinya.

    Kecil – Bentuk tulisan kecil ini menandakan dia seorang yang berfikiran jauh dan
    bersikap akademik. Selain itu dia juga sebenarnya seorang yang sensitif dan
    mudah tersentuh jiwanya.

    Semakin lama semakin besar – Jika dilihat, mulanya saiz tulisannya taklah besar
    sangat tapi semakin banyak dia menulis, saiznya bertambah besar. Ini menandakan
    dia seorang yang berfikiran terbuka tetapi agak kurang berhati hati dalam
    tindakannya.

    Semakin kecil – Ha.. ini pula membawa maksud bahawa dia seorang yang cukup
    berhati hati tetapi suka menyimpan rahsia. Tapi awas, dia mungkin sanggup
    berbohong untuk menutup kesalahan dirinya. Kata orang, bohong sunat!

    Bentuk tulisan

    Lebar – Ia menandakan bahawa dia seorang yang aktif dan suka melibatkan diri
    dalam pelbagai persatuan dan pertubuhan. Selain itu dia juga gemar mengembara
    sambil bercuti. Tapi nampaknya dia ini kurang bijak dalam menjaga hati
    teman-teman.

    Tulisan kurus – Ternyata dia akan melakukan perkara-perkara yang hanya
    digemarinya saja.

    Tulisan bersegi empat – Otak matematik rupanya dia ni.

    Tulisan bulat – Ini menandakan dia seorang yang suka bergaul dan penyayang.

    Bersambung – Pemikirannya berdasarkan logik.

    Bercerai cerai – Segala tindakannya lebih cenderung mengikut gerak hatinya saja!

    Jarak tulisan

    Tulisan jauh – Sekiranya dia mempunyai jarak antara tulisan agak jauh, bermakna
    dia sukar didekati dan tak suka orang lain terlalu rapat dengan dirinya. Bukan
    apa, jika dia mungkin akan bersikap mengongkong atau bergantung pada orang-orang
    yang rapat dengan dirinya itu.

    Tulisan rapat – Memang mudah untuk berdampingan dengan dia ini kerana dia juga
    berfikiran terbuka.

    Ruangan di tepi

    Perhatikan ruang yang ditinggalkan pada muka surat itu.

    Sekiranya :
    Ruang kiri kanannya sama, jarak ruang di kiri dan kanan muka surat itu adalah
    sama besarnya
    -Itu bermakna dia seorang yang berfikiran optimistik.

    Ruang muka surat sebelah kiri kecil – Itu menandakan dia seorang yang amat
    sensitif sebenarnya!

    Ruang muka surat kanan kecil – Sememangnya dia seorang yang rajin namun sukar
    membuat pertimbangan yang sewajarnya.

    Penuh satu muka surat – Ternyata dia seorang yang amat tegas dan mempunyai
    banyak ide bernas yang boleh dikongsi bersamanya.

    Rahsia Warna Kegemaran Secara Umum

    Semua orang mempunyai salah satu jenis warna yang sangat disukai dari
    sekian banyak warna atau warna kegemaran. Tahukah kamu warna kegemaran
    dapat memperlihatkan watak kamu secara umumnya?

    Warna Biru

    Jika kamu menyukai warna biru, kamu tergolong sebagai pemurung dan selalu
    bertindak pasif dalam banyak hal. Mendambakan ketenangan dan ketenteraman.
    Kamu selalu mendapat kesulitan dalam pergaulan. Begitu juga dalam bercinta
    kerana kamu cenderung menyembunyikan perasaan.

    Warna Hijau

    Warna kesukaan kamu hijau, maka kamu tergolong seseorang yang sangat
    romantik, menyukai keindahan, menyenangi alam dengan udara yang nyaman.
    Kamu adalah seseorang yang selalu memegang prinsip. Dalam hal bercinta
    kamu mengidam-idamkan calon teman hidup yang penuh toleransi dan dapat
    dipercayai.

    Warna Kuning

    Kesukaan kamu warna kuning menandakan bahawa kamu memiliki sifat optimis.
    Kamu seorang periang dan senang bergaul, tidak memiliki penampilan yang
    muram. Sifat tolong-menolong selalu ada dalam diri kamu,kerana menolong
    merupakan suatu kewajiban mutlak bagi kamu. Kamu orang yang tidak pernah
    meremehkan siapapun jua, walaupun seseorang itu lemah dan bodoh.

    Warna Ungu

    Jika warna Ungu (Violet) menjadi warna kegemaran kamu maka kamu adalah
    seseorang yang benar-benar luar biasa. Dalam menghadapi masa depan kamu
    tidak pernah ragu-ragu, apa yang dikerjakan kamu adalah yang terbaik. Kamu
    pandai mengikuti perkembangan zaman. Dalam bercinta, hanya merekalah yang
    kuat mental yang dapat mendekati dan menjadi kekasih kamu.

    Warna Putih

    Jika kamu menyukai warna putih, maka kamu adalah orang yang dilahirkan ke
    dunia dengan sempurna, banyak orang mengagumi kamu kerana sifat anggun,
    sifat idealis dan moral kamu yang teramat tinggi. Tak pernah angkuh,
    senang menolong siapa saja yang memerlukan bantuan kamu.

    Warna Hitam

    Kamu sangat lincah dalam hal-hal tertentu saja. Jika kamu berada
    dilingkungan yang tidak disukai, maka kamu akan menjadi murung. Kamu
    selalu tampil menarik dan rapi. Ramai orang cuba mengejar dan merebut
    cinta kamu.

    Warna Merah

    Kamu seseorang yang sangat berwibawa. Walaupun sering kali bergaul dan
    bersosial dengan lawan jenis tapi kamu dapat menahan diri. Banyak orang
    meluahkan cinta, tapi kamu selalu berfikir dan berfikir lagi. Kamu
    termasuk golongan yang sukar jatuh cinta.

    Rahsia Keperibadian Di Sebalik E-mel Seseorang

    Gunakan Nama Penuh

    Sekiranya dia menggunakan nama alamat emelnya dengan nama penuhnya, contohnya nurhanis_alias@yahoo.com . Ia menggambarkan bahawa dia seorang yang penuh tanggungjawab dan tidak suka berahsia. Dia juga boleh dipercayai dan jujur dalam setiap perbuatannya.Tapi ingat ,jangan cuba hendak memperlekehkannya.

    Nama Depan Dan Tengah

    Contoh: Amir Hanif Abdullah. Dia menggunakan alamat emelnya sebagai amirhanif@yahoo.com iaitu nama awal dan tengah tanpa nama bapanya. Ia menunjukkan bahawa dia seorang yang sangat menghargai dirinya sendiri dan sanggup ketepikan hal orang lain demi kepentingan sendiri. Selain itu dia juga berani untuk tampil di khalayak ramai dan mengeluarkan pendapat dengan lantang.

    Nama Dan Tahun

    Contoh: FaraH2003@yahoo.com. Dia dikatakan seorang yang mempunyai ego yang tinggi. Pantang sesiapa yang cuba menentang pendapatnya. Selain itu dia juga tidak sukakan komitmen dalam jangka masa terdekat ini. Kewujudan tahun di akhir nama seolah olah memperlihatkan dia tidak luas pandangan.Pendek kata dia juga menunjukkan .. pegangan yang mudah berubah-ubah.

    Nama Samaran

    Hehheh… ramai yg suka buat email begini..Contohnya funny_girlz@yahoo.com. Dikatakan seorang yang gemar hidup dalam khalayan hingga kadangkala menyusahkan orang lain. Namun dia disukai ramai kerana sifat humor yang dimilikinya membuatkan oarang selesa berada di sisinya.Jika diasah dia boleh menjadi pemimpin dengan gaya yang
    tersendiri.

    Nombor Dan Abjad

    Contoh: wbi1208@yahoo.com. Nama diwakili dengan nombor +abjad sahaja. Ia menggambarkan seorang yang bersikap tertutup dan memerlukan masa yang agak lama sebelum mampu “membuka” dirinya kepada seseorang. Itupun jika kepercayaannya mampu diraih. Jika tidak … kirim salam sahajalah..