ASMA TIADA UBAT, TAPI PERLU DICEGAH

Asma atau lelah ialah serangan sesak atau kesusahan bernafas berserta bunyi termengah-mengah di dada. Ia juga menghasilkan bunyi seperti siulan kerana penyempitan pada saluran cabang tenggorok di paru-paru.

Asma terjadi apabila otot pada saluran udara yang menghubungkan hidung kepada paru-paru menjadi kejang. Ketika otot kejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan.

Keadaan menjadi teruk apabila pesakit mempunyai kahak pekat yang menutup salur pernafasan menyebabkan udara susah keluar masuk.

Apabila ini terjadi, paru-paru akan kekurangan udara dan pesakit boleh pengsan serta boleh menyebabkan kematian.

Antara tanda lain asma ialah sukar hendak bernafas, terbatuk-batuk dan pernafasan menjadi pendek.

Antara faktor yang boleh memburukkan asma ialah alahan kepada habuk rumah, bulu binatang, debunga rumput dan asap rokok.

Terlalu banyak bersenam dan melakukan kerja-kerja juga memungkinkan mendapat asma. Begitu juga jika sering mengalami tekanan perasaan dan mendapat jangkitan pada paru-paru.

Bagi mereka yang alah kepada ubat-ubatan seperti aspirin dan penisilin, wajar berhati-hati kerana kemungkinan mendapat serangan asma jika mengambil ubat berkenaan.

Asma pada kanak-kanak

Serangan asma pada kanak-kanak adalah masalah biasa kerana 10 – 20 peratus kanak-kanak di dunia ini mengalami asma.

Ia selalunya bermula dengan serangan selesema, batuk dan kemudian sesak nafas. Jika tidak diubat dengan sempurna, kanakkanak itu berkemungkinan akan menghidap asma hingga dewasa.

Menurut kajian, kira-kira 80 peratus kanak-kanak penghidap asma akan hilang penyakit mereka apabila mencapai usia 5 tahun.

Bagi kanak-kanak menghidap asma yang sederhana, serangan ini akan hilang dalam lingkungan usia 12 -13 tahun. Sebilangan 50 – 60 peratus akan sembuh apabila mereka dalam lingkungan 20 – 25 tahun dan 20 peratus lagi akan mendapat asma berterusan dan hanya sebilangan kecil akan sembuh.

Asma tidak boleh diubati tetapi biasanya kanak-kanak akan sembuh apabila usia mereka meningkat. Manakala orang dewasa yang baru mendapat asma akan kekal menghidapnya.

Asma tidak memberi apa-apa kesan kepada jantung tetapi boleh memudaratkan paru-paru.

Perubatan

Sedutan (Inhaler)

Ubat sedutan ini bertujuan mencegah asma yarig kerap terjadi. Antaranya ialah Becotide, Pulmicate, salbotomol dan theophylline. Apabila mengalami serangan asma, doktor akan memberi ubat sama ada dalam bentuk tablet, kapsul, bancuhan, penyedutan, aerosol atau supositori.

Ubat yang diberikan itu selalunya mampu mengatasi masalah penyempitan saluran cabang tenggorok pada paru-paru. Pesakit juga kadangkala diberi sejenis steroid untuk meredakan kesesakan nafas yang dialami.

Pesakit juga mungkin diberi ubat sodium cromoglycate yang akan membantu mereka mengelakkan serangan asma.

Ubat sedutan ini antara lain:

1. Selamat dan cepat memberi kesan.

2. Ubatnya berkesan selama empat jam.

3. Boleh diambil selalu dan apabila diperlukan.

4. Ulang setiap dua atau tiga jam

5. Boleh digunakan sebelum bersenam.

6. Tetapi tidak berkesan pada asma yang teruk.

Perbezaan antara penyedut dan ubat tablet (makan)

Ubat penyedut memberi kesan yang lebih cepat berbanding ubat makan yang hanya akan berkesan setelah setengah jam mengambilnya.

Penyedut pula mempunyai dos yang lebih rendah dan kesan sampingan kurang berbanding ubat yang dimakan.

Alahan asma

1.Binatang peliharaan adalah penyebab utama penyakit asma atau lelah. Penghidap asma sering alah kepada bulu binatang peliharaan mereka terutama kucing dan anjing.

2.Alat solek dan kelengkapan dandanan diri.

3. Debunga. Ini sering terjadi kepada mereka yang berada di negara yang mempunyai 4 musim. Debunga banyak pada musim bunga.

  4. Pewarna makanan.
5.Asap dan debu.

6. Debu/kutu rumah (house mite).
7. Senaman berlebihan.
8.Tekanan

9.Jangkitan seperti vlrus dan selsema.

10.Pekerjaan yang membabitkan debu dan asap.

11. Genetik.

Apa patut anda buat jika diserang asma.

Sebaik sahaja serangan bermula, ambil ubat sedutan. Tunggu hingga 15 20 minit dan ulang jika ia tidak berkesan. Ubat yang dimakan akan mengambil masa 30 minit hingga sejam untuk menunjukkan kesan.

Jika anda merasakan kesan ubat, ulangi mengambilnya pada masa yang disyorkan.

Jika ubat yang diambil tidak berkesan, cepat-cepat berjumpa doktor.

Bagaimanapun, ubat-ubatan yang dicadangkan itu boleh meninggalkan kesan sampingan kepada pesakit seperti terlalu mengantuk, loya, muntah, darah gemuruh, kesukaran hendak tidur dan letih.

Jika ubat yang diambil meninggalkan kesan sampingan dan menjejas kehidupan seharian, anda dinasihatkcm supaya segera berjumpa doktor.

Pesakit juga dinasihatkan supaya mendapatkan pandangan daripada doktor atau pakar farmasi kerana pengambilan ubat-ubatan tanpa mengikut dos boleh menjejaskan keberkesanan ubat itu.

Sebaik-baiknya ambil ubat terakhir anda sebelum masuk tidur kerana serangan asma lebih kerap berlaku pada sebelah malam.

Selepas mengambil ubat, anda perlu berkumur-kumur, terutama jika anda diberi ubat jenis sedutan. Amalan ini penting untuk mengelakkan mulut dan tekak anda menjadi kering.

Pesakit juga harus ingat, selain rawatan ubat-ubatan, mereka perlu berusaha mengelakkan bahan-bahan yang boleh menyebabkan serangan asma.

Peringatan :

1. Ambil ubat seperti dicadangkan doktor dan jangan berhenti hingga dinasihat oleh doktor.

2. Jangan tunggu hingga janji temu yang seterusnya jika serangan asma anda semakin meruncing.

3. Bawa ubat anda ke mana-mana anda pergi terutama penyedut/inhaler.

4. Elakkan menghisap rokok atau berada berdekatan orang yang menghisap rokok.

5. Senaman baik untuk kesihatan (ketika anda tidak mendapat serangan asma) tetapi dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

6. Ambil ubat sebelum anda jangka akan ke tempat yang mungkin akan menimbulkan serangan asma

7. Jika anda sering mendapat serangan asma yang teruk, sentiasa bawa nota (untuk ubat) daripada doktor anda.

Akumulasi kalsium dalam tisu lembut punca masalah kesihatan

SATU penyelidikan perubatan pelengkap yang berorientasi ekologi menyimpulkan ketidakseimbangan dalam bendalir badan membawa kepada akumulasi kalsium dalam tisu lembut tubuh yang menjadi punca banyak daripada gangguan kesihatan yang lazim, di sebalik pendapat saintik.

Pakar ekologi Dr V.M. Palaniappan yang menjalankan kajian pencegahan penyakit bagi lebih tiga dekad berkata penemuannya pasti merevolusi bidang sains kesihatan.

“Saya yakin penduduk dunia akan menyedari penemuan signifikan ini yang sebenarnya menyediakan strategi yang boleh dipercayai bagi meneruskan dengan kehidupan yang bebas daripada masalah kesihatan,” kata bekas pensyarah University Malaya ini yang dikenali mesra sebagai Dr Palani.

FAKTOR PENYUMBANG LAIN

Dr Palani, apabila ditemui di pejabatnya di Bandar Sri Damansara dekat sini, berkata beliau percaya yang terdapat faktor penyumbang lain bagi penyakit dan gangguan kesihatan yang kini dianggap mempunyai kaitan genetik.

Dr Palani mempunyai pendapat berlainan mengenai bagaimana masalah kesihatan berpunca, memandangkan kajian dan pemerhatian beliau mendedahkan beberapa trend menarik yang kesemuanya berhubung secara langsung dan tidak langsung dengan ketidakseimbangan bendalir (air) yang seterusnya menyebabkan akumulasi kalsium dalam tisu-tisu lembut.

Beliau percaya seseorang yang minum lebih kurang 2 hingga 2 1/2 liter air setiap hari dan mengeluarkan kesemuanya dengan pengencingan sebanyak 810 kali, selain memakan dalam kuantiti sederhana, mengelakkan akumulasi racun daripada sumber luar dan dalaman, dan meneruskan dengan aktiviti fizikal hariannya tanpa berpeluh tidak perlu bimbang akan masalah kesihatan selain daripada selesema biasa.

Selesema harus dilihat sebagai satu ganguan kesihatan mesra tubuh, memandangkan ia membetulkan keseimbangan asid alkali dalam tubuh, yang perlu bagi kesejahteraan kesihatan manusia.

TREND YANG DIPERHATIKAN

Minum air secara liberal (lebih kurang 4 liter setiap hari), kurang pengencingan (kurang daripada 4 kali), aktiviti yang menyebabkan peluh yang turut termasuk senaman fizikal teruk, mandi air panas dan penggunaan kipas pada kelajuan tinggi boleh mencetuskan asma, batuk tegar, masalah sinus, berpeluh dengan banyak dan pengencingan kerap yang dikenali sebagai diabetes insipidus.

Pengencingan yang kurang (kurang tiga kali sehari) dengan meminum air lebih kurang 1 hingga 4 liter dan mengelakkan makanan karbohidrat dan gula membawa kepada diabetes melitus Type2 dan diabetes semasa mengandung.

Sembelit kronik dan aktiviti yang menyebabkan peluh nampaknya memburukkan lagi keadaan kesemua tiga jenis diabetes yang dinyatakan di atas.

Dr Palani juga berpendapat bahawa pengambilan karbohidrat berlebihan atau gula, dan pengencingan yang kurang (tidak kira kuantiti air yang diminum) menyebabkan diabetes yang disebabkan oleh kekurangan insulin dan tidak kena mengena dengan mana-mana masalah kesihatan lain.

Pengurangan ketara dalam isipadu air yang diminum (contoh kurang 200 ml sehari), terlalu kurang pengencingan (contoh 100ml sehari) serta sembelit kronik boleh menimbulkan kusta.

Dr Palani berkata bakteria yang dikenali sebagai Mycobacterium leprae hanya penceroboh sekunder dan ia dengan sendiri tidak menyebabkan kusta.

Ulser duodenal berlaku kerana kekurangan tenaga daripada makanan, dan bakteria H. pylori yang dikatakan punca bagi penyakit ini sebenarnya hanya penceroboh sekunder.

MASALAH BERKAITAN DENGAN KURANG PENGENCINGAN

Pengencingan yang kurang (sebagai contoh, kurang daripada 3 kali sehari) menyebabkan akumulasi berlebihan kalsium dalam tisu-tisu lembut tubuh, pengambilan air yang kurang (sebagai contoh, setengah liter sehari), sembelit kronik, dan mengambil makanan diperkaya kalsium dan vitamin D membawa kepada masalah berikut: obesiti yang menyebabkan penyakit, gumpulan pada payudara, sista, fibroid, kehamilan di luar rahim, barah servikal, tenaga batin berkurang, kemandulan wanita dan lelaki, baligh lewat, haid tidak menentu, putus haid awal, lelehan putih, masalah pemutihan kulit (vitiligo), batu ginjal, masalah prostat, kelenjar tiroid bengkak, tekanan darah tinggi, peningkatan dalam saiz dan bilangan sel darah putih, leukaemia mieloid, penebalan saluran darah dan sekatan pada saluran darah jantung, sakit jantung, strok pada lelaki, ketumbuhan dan kebanyakan daripada kanser dan kehilangan daya pendengaran.

Menurut Dr Palani, punca yang sama seperti dinyatakan di atas juga bertanggungjawab bagi osteoporosis dan sakit jantung pada wanita yang putus haid dan leukaemia limfositik.

Di sebaliknya, pendedahan teruk kepada sinaran berbahaya dan pengambilan kimia beracun juga boleh menyebabkan leukaemia mieloid akut.

Walaupun kalsium berlebihan boleh menyebabkan beberapa penyakit utama, ia juga menyediakan kekebalan terhadap jangkitan virus.

PENGENCINGAN BERLEBIHAN JUGA MENJADI MASALAH

Di sebaliknya, Dr Palani menunjukkan bahawa pengencingan berlebihan (contoh lebih daripada 14 kali sehari) selepas meminum air berlebihan (contoh lebih daripada 4 liter sehari) boleh membawa kepada masalah kesihatan berikut: badan kurus dan tulang jelas dapat dilihat, ulser duodenal, tekanan darah rendah, denyutan cepat jantung, stres, payudara yang tidak berkembang dengan sempurna, sakit pra haid yang teruk, haid tidak menentu, rabun dekat, tingkah laku hiperaktif pada kanak-kanak, reumatisme, artritis, gout, rambut uban lebih awal, sakit tekak, selesema, dan kehilangan kekebalan terhadap penyakit yang dibawa virus.

Beliau menjelaskan pengurangan drastik dalam pengambilan makanan sahaja, tanpa meningkatkan isipadu air yang diminum dan bilangan kali pengencingan, tidak dapat membantu dalam mencegah gangguan dan penyakit.

Lagipun, aktiviti fizikal yang mengeluarkan peluh menyebabkan bilangan kali pengencingan berkurang dan ini hanya mempercepatkan perkembangan semua masalah kesihatan utama.

Selain daripada menyebabkan penyakit terus merosot, sembelit kronik nampaknya bertanggungjawab bagi peningkatan dalam paras kolesterol dan gula dalam darah, barah pada kolon dan juga masalah tertentu kulit.

Dr Palani kini menjalankan program terapi berkumpulan bagi mereka yang daif, dan sibuk menulis buku berikut mengenai diabetes. Beliau boleh dihubungi di talian: (603) 62722284 atau emel: vmpalani@streamyx.com.

To help them grow

Optimal nutrition starts with serving the foods your child needs.

LIKE most parents, we are prepared to do everything we can to help our children grow well and develop their potential. This includes meeting their needs, especially for optimal nutrition. More than just ensuring they are fed every day, it also includes understanding their nutritional requirements, guiding them towards choosing nutritious foods, teaching them good eating habits and helping them overcome mealtime problems.

It’s always amazing how a child changes from being a helpless baby into a toddler and then a preschooler. It’s a dramatic transformation that increases his nutritional needs, compared with infancy. The best way to meet those needs is by giving a wide variety of nutritious foods that, together, supply all the major nutrients (carbohydrates, protein, fats), micronutrients (vitamins and minerals) as well as the many other healthful substances that are naturally present in many foods (eg phytochemicals in fruits and vegetables).

·Carbohydrates are your child’s best source of energy, especially for the brain. Carbohydrates are found in grains, cereals, tubers, fruits, vegetables and legumes. Brown rice, wholemeal breakfast cereals and bread, beans and, of course, fruits and vegetables also supply fibre which helps reduce constipation, a common problem in childhood.

Nutritious: Carbohydrates found in grains, cereals, tubers, fruits, vegetables and legumes are your child’s best source of energy.
·Protein is needed to develop, repair and replace body tissues, even bone and blood. Sources of protein include fish, meat, poultry, legumes, milk and dairy products.

·Fats are important as they help maintain body temperature and promote hormone and cell development. Some foods and beverages also supply essential fatty acids (EFA), like omega-3 and omega-6, which promote brain, nervous system and eye development.

Fats are two times richer than carbohydrates or proteins so do limit your child’s fat intake. Avoid using excessive cooking oil; discard the fatty bits from meat and chicken skin; limit fried foods and oily ready-to-eat snack foods (eg. potato chips and keropok).

The latest research suggests that you should minimise intake of foods (eg. commercially-prepared baked and processed foods) that contain high amounts of hydrogenated fats. Read the labels every time before buying a packaged food product.

Vitamins and minerals are vital to total body health and function. They work individually as well as with each other to enable the utilisation of energy and nutrients from food, strengthen the immune system, aid the development of cells and keep the organs performing well.

All the vitamins and minerals your child needs can be obtained from a varied diet. Fruits, vegetables, cereals and red meat are excellent sources of vitamins. Milk, cheese, yoghurt, fish with edible bones, bean products and leafy green vegetables are great choices when it comes to bone-building calcium. You would do well to remember that about 99% of the body’s calcium is stored in the bones. Meat, fish, liver, green leafy vegetables, cereals, nuts and beans and certain fortified foods provide iron for the vitality that your child needs to keep playing and learning well through childhood.

A healthy diet

Optimum nutrition for your child begins with you serving up nutritious foods. The next step then is to know the reasonable amounts of food that your child should be eating each day. This is an important part of ensuring optimal nutritional intake. After all, like with most toddlers and preschoolers, getting him to stay still and eat properly might be a challenge. You may even find yourself discovering new levels of stress and anxiety if your child develops picky eating tendencies.

Our hearts reach out to you and all the other mothers who might have similar feeding troubles. So, join us next fortnight to find out, if your child is eating well.

# Article by Associate Professor Dr Poh Bee Koon from the Nutrition Society of Malaysia, a member of the Positive Parenting programme, managed by Malaysian Paediatric Association and supported by Abbott Nutrition International. For further information, please visit mypositiveparenting.org.

Panduan untuk pesakit diabetes jalani ibadah puasa

DIABETES Mellitus (DM) adalah penyakit kronik di mana terdapat kadar gula berlebihan di dalam darah yang disebabkan oleh gangguan hormon insulin iaitu hormon yang berperanan mengawal paras gula dalam darah, baik secara kuantiti (insulin berkurangan) atau kualiti (insulin tidak berkesan).

Mengikut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Kedua pada 1996, lebih 1.5 juta penduduk negara ini menghidap diabetes. Daripada jumlah itu, kira-kira satu juta terdiri daripada mereka yang beragama Islam yang secara amnya bertanggungjawab untuk berpuasa di bulan Ramadan.

Persoalannya, bolehkah pesakit diabetes berpuasa sedangkan mereka terpaksa begantung kepada ubat-ubatan atau suntikan insulin setiap hari untuk mengawal penyakit?

Pesakit diabetes yang beragama Islam bolehlah mengikuti panduan berikut, yang dipetik daripada persidangan yang menggabungkan pemikiran para ulama Islam dan doktor perubatan moden.

Siapa yang boleh dan tidak boleh berpuasa?

Secara umumnya, pesakit yang mempunyai berat badan berlebihan dan diabetesnya terkawal serta tidak memerlukan insulin memanglah digalakkan berpuasa.

Walau bagaimanapun, pesakit diabetes yang tidak terkawal paras gulanya dan tidak mengambil ubat-ubatan atau suntikan insulin seperti yang disyorkan oleh doktor mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk berdepan dengan komplikasi jika berpuasa.

Antara pesakit diabetes yang tidak digalakkan berpuasa termasuklah;

Penyakit diabetesnya tidak stabil. Dibimbangi ia akan mengakibatkan pelbagai komplikasi seperti dehidrasi (kekurangan air), jangkitan kuman dan koma.Mengalami komplikasi diabetes yang serius seperti penyakit jantung koronari dan tekanan darah tinggi yang tidak terkawal.Kerap mengalami komplikasi diabetik ketoasidosis (lebih cenderung bagi pengidap Diabetes Jenis I dan pesakit yang menggunakan suntikan insulin).

Kerap mengalami komplikasi hipoglisemia (kekurangan gula dalam darah).

Sedang mengalami jangkitan kuman.

Warga tua dan tinggal bersendirian.

Hamil yang memerlukan suntikan insulin.

Berusia di bawah 12 tahun.

Pesakit diabetes yang ingin berpuasa mestilah bersahur, menyegerakan berbuka puasa, makan ubat/menyuntik insulin mengikut nasihat doktor, mengawasi penyakit diabetes dan kesihatan mereka secara umumnya dan peka dengan tanda-tanda hipoglesemia, hiperglisemia (gula berlebihan dalam darah) dan dehidrasi.

Mereka harus segera berbuka apabila mengalami samada hipoglisemia, hiperglisemia atau dehidrasi. Adalah haram untuk pesakit meneruskan puasa kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan. Jangan sekali-kali mengubahsuai dos ubat atau insulin dan waktu ia harus dimakan/disuntik tanpa rujukan doktor.

Mengenal pasti keadaan hipoglisemia, hiperglisemia dan dehidrasi

Hipoglisemia Hiperglisemia Dehidrasi
Menggigil
Terlalu lemah
Amat lapar
Berpeluh
Pucat
Berdebar-debar
Gelisah
Koma (tidak sedarkan diri)
Kerap buang air kecil
Terlalu dahaga
Sangat letih
Amat dahaga
Kulit dan lidah yang terlalu kering
Fikiran terganggu
     

Panduan kepada pesakit diabetes yang dibenarkan berpuasa

Diet – Elakkan makan berlebihan ketika berbuka puasa dan pada waktu malam. Karbohidrat dan makanan berlemak boleh menambahkan berat badan serta menyukarkan kawalan diabetes.

Sahur Berbuka
Sekurang-kurangnya semangkuk oat/bijirin ATAU
3-4 keping roti ATAU
Nasi dan lauk (lebihkan sayur-sayuran)
Hadkan pengambilan air bergula, kuih-muih manis.
Jika memakan kurma, hadkan kepada dua hingga tiga biji sahaja.
Kurangkan pengambilan nasi dan lebihkan sayur-sayuran.


Senaman
– Melakukan aktiviti fizikal yang ringan ketika berpuasa tidak akan mendatangkan kemudaratan. Perubahan terhadap diet dan ubat-ubatan ketika bersahur harus dibuat (mengikut nasihat doktor) bagi mengelakkan hipoglisemia.Ubat – Dapatkan nasihat doktor tentang pengubahsuaian dos serta waktu pengambilan ubat. Sebagai panduan, dos ubat-ubatan seperti glibenclamide, gliclazide, glipizide, chlorpropamide dan Acarbose yang di ambil sebelah pagi pada kebiasaannya di hari tidak berpuasa, ditukar masa pengambilannya ke waktu berbuka puasa.

Dos yang diambil sebelum makan malam malam sewaktu tidak berpuasa pula perlu diambil sebelum bersahur. Pengurangan dos yang diambil mungkin perlu untuk mengelakkan hipoglisemia.

Ubat seperti repaglinide perlu dimakan pada waktu bersahur dan berbuka puasa. Metformin dan Rosiglitazone secara amnya kurang mengakibatkan hiploglisemia dan selalunya tidak memerlukan perubahan dos.

Insulin – Dos dan waktu insulin disuntik harus diubahsuai mengikut arahan doktor berdasarkan ujian tahap gula dalam darah yang dilakukan pada permulaan puasa seperti berikut:

Tiga kali suntikan insulin: Dua dos insulin yang bertindak segera (short-acting insulin) ketika berbuka dan sebelum bersahur. Ini diikuti dengan satu dos insulin yang bertindak lama (intermediate acting insulin) sebelum tidur.

Dua kali suntikan insulin: Satu dos insulin yang sudah dicampur (premixed insulin) ketika berbuka puasa. Dos yang diperlukan adalah sama seperti dos yang diberika pada waktu pagi di hari tidak berpuasa. Satu dos insulin yang bertindak segera pula diberi sebelum bersahur .

Pada permulaan bulan puasa, tahap gula dalam darah perlu diuji pada waktu-waktu berikut:

*Sebelum bersahur
*Dua hingga empat jam sebelum bersahur
*Sebelum berbuka puasa
*Dua hingga empat jam kemudian

Perkara lain yang perlu diberi perhatian

Pesakit yang memerlukan insulin perlu menjalani ujian ketone di dalam air kencing atau darah, sekiranya tahap gula di dalam darah mereka terlalu tinggi. Langkah ini dapat mengelakkan berlakunya koma diabetik ketoasidosis. Pesakit ini juga mesti segera berbuka puasa.

Awasi berat badan di sepanjang bulan puasa. Pertambahan lebih dua kilogram perlu dimaklumkan kepada doktor. Jika dalam satu hari berat badan didapat berkurangan 3%, pesakit mestilah segera berbuka bagi mengelakkan kemungkinan berlakunya dehidrasi yang serius.

Banyakkan minum air tetapi elakkan minuman manis. Gantikan air yang hilang ketika membuang air kecil di tengah malam dengan meminum air.

Dengan pengawasan yang baik, ibadah puasa dapat dilaksanakan dengan selamat oleh pesakit diabetes. Pesakit perlu menjaga diet ketika berbuka, bersahur dan mendapatkan nasihat doktor berhubung pengubahsuaian dos dan waktu ubat/insulin harus dimakan/disuntik. Pesakit perlu peka terhadap tanda-tanda hipoglisemia atau dehidrasi. Sekiranya ia berlaku, pesakit mestilah segera berbuka puasa.

Nota editor: Artikel asal disediakan oleh A/Prof Dr Nor Azmi Kamarudin, Klinik Diabetis dan Endokrinologi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan diterbitkan untuk pendidikan ehsan oleh Novo Nordisk Pharma (M) Sdn Bhd.

Penyakit jantung serang orang muda

RAMAI pesakit mengalami satu episod yang peribadi di dalam hidupnya apabila seorang ahli keluarga yang telah berumur atau yang disayangi menderita akibat penyakit jantung yang melumpuhkan.

Lama sebelum itu, timbul persoalan sama ada mereka juga bakal menghadapi risiko penyakit yang sama. Walaupun ramai orang muda mengaitkan penyakit jantung dengan generasi warga emas, kenyataannya, ia boleh menyerang kita semua tanpa mengira umur.

Gabungan gaya hidup tidak sihat seperti merokok, kurang bersenam, pemakanan tidak seimbang serta kekurangan nutrisi/zat makanan boleh membawa kepada penyakit kardiovaskular (CVD) dan lain-lain penyakit yang mengancam nyawa.

Apabila orang ramai makin menyedari keadaan-keadaan ini, ia menjadi pencetus dan pendorong untuk mereka mengubah amalan gaya hidup yang tidak sihat.

Jantung sihat dari mula

Penyumbang terbesar CVD adalah aterosklerosis, di mana berlakunya penebalan kolesterol serta bahan berserat yang dikenali sebagai plak, di sepanjang dinding arteri.

Ini menyebabkan arteri tersumbat dan akhirnya mengehadkan aliran oksigen dan darah ke jantung serta otak anda.

Dalam kes-kes di mana jantung tiba-tiba menerima aliran darah yang tidak mencukupi, kesakitan pada dada serta serangan jantung yang lebih serius boleh berlaku.

Persatuan Jantung Amerika menggambarkan aterosklerosis sebagai penyakit perlahan dan beransur-ansur yang selalunya bermula ketika zaman kanak-kanak dan berkembang cepat menjelang dekad ketiga hidup seorang mangsa.

Kebanyakan orang yang telah melalui ujian darah dalam hidup mereka akan diberitahu mengenai kehadiran lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL) atau kolesterol baik, dan lipoprotein berketumpatan rendah (LDL) atau kolestrol jahat dalam saluran darah mereka.

Tahap HDL lebih tinggi memberi perlindungan dari serangan jantung manakala tahap LDL yang lebih tinggi hanya meningkatkan kebarangkalian serangan jantung. Rosuvastatin, ahli terbaru dalam keluarga ubat jenis statins yang berfungsi mengurangkan tahap kolesterol, didapati telah memberikan kesan positif terhadap aterosklerosis.

Penemuan terbaru dari sebuah ujian penting di mana para pesakit yang mempunyai risiko penyakit koronari jantung yang rendah telah diberi rosuvastatin, mengalami 49 peratus pengurangan kolesterol jahat, dan 8 peratus peningkatan kolesterol baik.

Dikenali secara tradisi sebagai rawatan tetap penyakit jantung koronari, rosuvastation telah menunjukkan hasil yang memberangsangkan. Bagaimanapun, para pesakit digesa mendapatkan nasihat doktor mereka terlebih dahulu untuk analisis rawatan aterosklerosis yang lebih mendalam sebelum mencuba sebarang terapi perubatan.

Cara semula jadi

Tiada tandingan bagi pendekatan semula jadi dalam merendahkan faktor risiko mendapat penyakit jantung. Penyebaran penyakit jantung di kalangan populasi muda pada abad ini sangat memeranjatkan.

Dengan godaan makanan segera serta hidangan berkalori tinggi, adalah amat penting bagi golongan muda mengamalkan gaya hidup lebih sihat bagi mengurangkan risiko peningkatan tahap kolestrol jahat.

Pertama sekali, teruskan pemeriksaan rutin bersama pakar perubatan anda. Mengetahui lebih awal bahagian kesihatan anda yang bermasalah dapat membantu mencegah penyakit serius dalam jangka masa panjang serta merancang satu pelan kesihatan yang boleh anda ikuti.

Katakan tidak kepada rokok

Berhenti merokok sekiranya anda seorang perokok. Merokok boleh menyebabkan darah beku, kerosakan arteri serta menaikkan tahap kolesterol tubuh badan.

Dengan memberhentikan amalan merokok, anda boleh mengurangkan peluang terkena serangan jantung secara ketara, tidak termasuk menidakkan kesan sampingan asap rokok pasif kepada orang tersayang.

Mendapatkan berat badan ideal

Tahap kegemukan abdomen di Malaysia sedang meningkat. Amat memeranjatkan apabila 48.6 peratus lelaki dan 57.1 peratus wanita menderita akibat kegemukan, sekali gus meningkatkan risiko metabolik kardio.

Senaman tetap serta aktiviti fizikal mampu memperbaiki kesihatan jantung serta mengawal berat badan anda. Malahan, senaman meningkatkan jumlah kolesterol baik dan membantu mengurangkan tekanan.

Adakan pelan pemakanan berkhasiat yang memberi tumpuan kepada sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin.

Jauhi makanan yang mengandungi lemak buatan seperti snek dan makanan yang telah diproses, serta lemak tepu. Mulakan pelaburan kesihatan jantung pada umur muda dan nikmati masa tua yang bakal mendatang.

Dr. Khoo Kah Lin ber pengalaman meluas dalam bidang penambahbaikan serta kemajuan rawatan kardiovaskular sejak dulu lagi. Maklumat yang diterbitkan di dalam artikel ini tidak bermaksud mengganti, mengambil tempat atau menambah kepada rundingan yang diberikan oleh pakar perubatan tentang penjagaan perubatan individu pembaca.

* Datuk Dr. Khoo Kah Lin – Pengarah Pertubuhan Jantung Malaysia merangkap Presiden Persatuan Perubatan Malaysia

Gandum sumber tenaga

GARIS panduan pemakanan Malaysia menekankan betapa perlunya kita memilih diet yang mengandungi banyak bijirin dan kekacang. Piramid makanan mengesyorkan agar kita makan sekurang-kurangnya 8 – 12 hidangan nasi, mi, roti dan produk bijirin lain (bergantung kepada usia, jantina dan tahap aktiviti).

Bijian dipilih sebagai asas pemakanan yang sihat kerana rakyat Malaysia seharusnya mengambil sekurang-kurangnya 50 – 60 peratus daripada jumlah kalori mereka dalam bentuk karbohidrat. Produk bijian juga kaya dengan serat, vitamin B (tiamina, niasin, riboflavin dan asid folik) dan zat besi.

Gandum sebagai sumber karbohidrat

Terdapat dua jenis karbohidrat: Ringkas dan kompleks. Karbohidrat ringkas didapati dalam gula seperti gula biasa, madu, gula Melaka, laktosa (dalam susu) dan fruktosa (dalam buah-buahan). Ia terurai dengan mudah semasa penghadaman dan membekalkan sumber tenaga segera ke dalam aliran darah.

Karbohidrat kompleks adalah kanji yang didapati dalam produk bijian dan sesetengah sayuran (kentang, ubi kayu, keledek dan jagung). Ia terurai perlahan-lahan semasa penghadaman, memberi badan kita sumber tenaga yang dibebaskan beransur-ansur.

Nasi ialah sumber bijian penting malah ramai menganggap makan tidak sempurna kalau tak makan nasi! Namun begitu, gandum ialah bijirin kedua paling banyak dimakan oleh rakyat Malaysia. Kita mengambil gandum dalam pelbagai bentuk, seperti mi, roti dan tepung untuk membuat kuih, biskut, kek, cookies dan sebagainya. Gandum ialah sumber karbohidrat kompleks yang baik.

Protein

Kita seharusnya mengambil kira-kira 10 hingga 15 peratus daripada kalori dalam bentuk protein. Protein haiwan, yang diperoleh daripada sumber seperti telur, susu, ikan, ayam dan produk daging, dinamakan sumber protein lengkap kerana mengandungi lapan asid amino penting dalam jumlah yang diperlukan. Makanan daripada tumbuhan seperti tauhu, kekacang, gandum dan bijian lain mengandungi protein tidak lengkap, iaitu kelapan-lapan asid amino tetapi bukan pada kadar yang mencukupi.

Pemakan sayur yang mengambil beberapa produk gandum seperti mi dan tepung juga memperoleh semua asid amino jika diet mengandungi kekacang dan tauhu.

Lemak

Walaupun pelbagai sumber dan berita mendakwa lemak kurang baik untuk kesihatan, jumlah lemak secukupnya dalam pemakanan penting. Tetapi lemak tidak harus mewakili lebih daripada 20 hingga 30 peratus daripada kalori harian. Makanan berasaskan gandum membekalkan jumlah lemak yang kecil melainkan dimasak dengan banyak minyak/mentega dan marjerin.

Vitamin dan mineral lain

Tiamina (B1) diperlukan setiap hari untuk menambah selera, membantu penghadaman dan menjaga kesihatan saraf. Makanan berasaskan gandum ialah sumber tiamina yang baik, cukup memenuhi keperluan harian.

Riboflavin (B2) didapati dalam banyak makanan berasaskan tumbuhan dan haiwan. Vitamin ini penting bagi penggunaan protein dalam badan. Makanan berasaskan gandum mengandungi sedikit riboflavin.

Niasin ialah vitamin B yang memainkan peranan penting dalam kecekapan penggunaan protein. Makanan berasaskan gandum ialah sumber niasin yang baik.

Asid folik mencegah kerosakan tiub neural dalam janin dan mungkin mengurangkan risiko sakit jantung. Di sesetengah negara Barat, produk gandum diperkuat dengan asid folik.

Zat besi

Makanan berasaskan gandum dianggap sumber zat besi yang baik untuk pemakanan biasa. Sesetengah bijirin dan biskut gandum penuh diperkuat dengan zat besi.

Zink

Pengambilan zink penting khususnya bagi penyembuhan kulit dan tumbesaran. Sesetengah produk berasaskan gandum seperti bijirin sarapan kaya dengan zink.

Magnesium

Magnesium diperlukan bagi pembentukan tulang dan gigi dan juga fungsi saraf dan otot. Magnesium umumnya terdapat dalam diet harian dan makanan berasaskan gandum adalah salah satu pilihan yang baik.

Kebaikan gandum bijian penuh

Bijian penuh terdiri daripada seluruh benih bijian tumbuh-tumbuhan. Benih ini, yang dikenali isirong, dibahagi kepada bran, germa dan endosperma. Pengisaran dan pemprosesan bijian, iaitu pembuangan bran dan germa menghasilkan tepung halus yang dinamakan endosperma. Proses ini boleh menyebabkan kehilangan serat, vitamin B, mineral surih dan nutrien lain.

(Rencana ini disumbangkan oleh Jacob’s – jenama biskut dan kraker yang dipercayai untuk pemakanan yang seimbang dan gaya hidup aktif dan sihat).

Asap rokok pengaruhi wanita lahirkan anak hiperaktif

Wanita yang terdedah kepada asap rokok semasa mengandung berisiko dapat anak mengalami masalah kesihatan terutamanya masalah hiperaktif.

Pengarah Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Datuk Dr Mafauzy Mohamed berkata masalah hiperaktif atau dalam istilah perubatan dipanggil ‘Attention Deficit Hyperactivity Disorder’ (ADHD) dikesan dialami oleh lapan sehingga 10 peratus kanak-kanak sekolah di negara ini.

“Kanak-kanak ADHD gemar bertindak sebelum berfikir, terlalu aktif dan sukar menumpukan perhatian terhadap sesuatu perkara,” katanya ketika merasmikan Majlis Sambutan Bulan Bebas Tembakau peringkat Kampus Kesihatan USM di sini, hari ini.

Beliau berkata, ibu-ibu mengandung yang terdedah kepada situasi itu juga berisiko melahirkan anak yang kurang berat badan, cacat, lemah otak dan lahir tidak cukup bulan.

Kementerian Kesihatan melaporkan pada akhir 2006, jumlah perokok di Malaysia adalah seramai 3.8 juta.

Daripada jumlah itu Orang Melayu merupakan kategori perokok paling ramai iaitu 50 peratus berbanding Cina (21 peratus) dan India (9 peratus).

Dr Mafauzy berkata, setiap tahun kira-kira lima juta penduduk dunia mati akibat merokok dan di Malaysia, bilangan kematian akibat penyakit yang berkaitan dengan rokok adalah kira-kira 10,000 orang setahun.

“Sebanyak 30 peratus kematian adalah disebabkan kanser, 25 peratus sakit jantung dan 25 peratus strok.

“Dua pertiga daripada semua jenis penyakit kanser boleh dielakkan, dan caranya sangat mudah iaitu dengan berhenti merokok,” katanya