Cat Momento Vs Wall Paper

Hiasan dinding merupakan salah satu teknik untuk menyerikan kediaman anda. Pelbagai cara boleh digunakan untuk mencantikkan lagi ruang dalam rumah anda. Salah satunya menggunakan cat dan menggunakan kertas dinding. Saya sendiri sangat meminati kertas dinding antaranya kerana:

  • Pelbagai corak yang ditawarkan
  • Mudah dibersihkan
  • Membuatkan dinding anda tampak mewah

Motif damask menjadi pilihan golongan elit

  • Ruang yang hambar akan terus berubah jadi menarik tanpa perlu sebarang hiasan di dinding

Kertas dinding corak grafik mampu memberikan impak yang menonjol bagi mana-mana ruang

Set cat momento. Pic dari Lizzieasamummy

Walau bagaimanapun, disebabkan kos yang agak tinggi bagi pemasangan wall paper bagi saya (mungkin ada wall paper yang murah tetapi saya tidak jumpa) jadi saya menggunakan alternatif lain yang lebih murah. Anda pernah dengar tentang cat Nippon Momento? Kalau anda belum pernah mendengarnya meh saya cerita sedikit tentang cat ini. Cat ini mempunyai kelebihan yang tersendiri. Antaranya:

  • Menghasilkan permukaan dinding bertekstur

Antara contoh tekstur

  • Boleh menghasilkan pelbagai corak mengikut kreativiti anda
  • Lebih murah – RM 100++
  • Boleh digantikan dengan mudah bila sudah bosan dengan corak tersebut
DSC01007

Cat Momento di homestay saya. Saya lekatkan dengan hiasan

20160809_192620

Cat momento di rumah saya dan ditambah teknik stensil. Teknik ada diterangkan di sini

Contoh daripada gugel

 

Selamat menghias kediaman anda. Serlahkan kreativiti anda.

Fungsi cermin

Nak cantikkan rumah ada macam-macam cara. Salah satunya guna cermin. Selain senang nak telek muka, cermin ni sebenarnya banyak sangat fungsi sebagai salah satu alat yang boleh menyerlahkan lagi seri rumah anda. Antara fungsinya:

a) Buat ruang jadi besar.
b) Rumah jadi terang sebab cermin pantulkan cahaya.
c) Isi kekosongan ruang

d) Cipta titik tumpuan

e) Sembunyikan kecacatan dinding

Tapi macam mana nak pilih cermin yang sesuai. Banyak sangat sampai tak tahu nak pilih. Ni ada beberapa tips yang diharap dapat membantu ye.

1) Perhatikan ukuran cermin

Contoh kalau ruang tu kecil, sesuai cermin saiz sederhana @ besar. Tapi berhati2 sebab cermin besar lagi cepat rosak dan merobekkan poket.

2) Warna bingkai

Warna bingkai kena padan dengan warna dinding yang nak dilekat cermin.Warna semulajadi silver, hitam dan gold.

3) Selaraskan dengan konsep rumah

Pilih cermin ikut tema rumah. Contoh kalau konsep moden boleh pilih segi empat atau design moden lain. Jangan gantung terlalu tinggi ye.

4) Jangan terlalu banyak

Ni penting, jangan letak melambak2 cermin pulak pada satu tempat. Dah tak nampak mana focal pointnya.

Image result for contoh gambar cermin hiasan

antara cermin hiasan yang kreatif

Image result for contoh gambar cermin hiasan

Bentuk segiempat

Image result for contoh gambar cermin hiasan

Cermin dapat menghasilkan ilusi ruang menjadi besar

Image result for contoh gambar cermin hiasan

cermin pada kabinet dapur