150 daftar sertai Seminar Agro Fest

KUCHING: Lebih 150 peserta yang terdiri daripada peladang, penternak, nelayan dan orang awam, sudah mendaftar untuk menyertai Seminar Agro Fest Sarawak yang akan diadakan pada 2 November di Dewan Seminar Pusaka di sini.

Seminar bertemakan ‘Peluang-peluang Perniagaan Dalam Sektor Ternakan’ itu dianjurkan Kementerian Permodenan Pertanian Sarawak dengan kerjasama Angkatan Zaman Mansang (Azam).

Jurucakap Azam berkata, seminar itu diadakan sempena perayaan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan (HPPN) serta sambutan Ulang Tahun ke-45 Sarawak Maju dalam Malaysia.

Selain memberi gambaran umum mengenai pembangunan dan potensi sektor ternakan di Sarawak, pembentangan kertas kerja seminar turut meliputi topik pemasaran, polisi tanah untuk pembangunan sektor ternakan, isu alam sekitar, teknologi terkini, insentif kewangan dan pinjaman kepada petani.

Usahawan tani yang berjaya juga akan turut berkongsi pengalaman dan kejayaan masing-masing dalam penternakan lembu dan kambing pada seminar berkenaan.

Antara agensi yang terbabit dalam pembentangan kertas kerja pada seminar itu ialah Jabatan Pertanian Sarawak, Jabatan Tanah dan Survei, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), Agro Bank dan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Yuran pendaftaran adalah RM50 seorang dengan tarikh tutup pendaftaran pada 27 Oktober ini. Maklumat lanjut boleh diperolehi daripada Belinda Wilson atau Roslin Latip menerusi talian 082-411799.

Kursus cendawan tiram kelabu

Setia Gading Enterprise akan menganjurkan Kursus Intensif Penanaman Cendawan Tiram setiap Sabtu dan Ahad bermula November ini di Bukit Sentosa Rawang, Selangor.

Sepanjang kursus tersebut, peserta diberi pendedahan tentang cara penanaman cendawan tiram kelabu dari segi teori dan juga praktikal

Setiap peserta dikenakan yuran sebanyak RM200 meliputi kos nota kursus, sijil penyertaan, latihan praktikal serta makan dan minum sepanjang sesi kursus.

Untuk keterangan lanjut, hubungi Safri Ali di talian 017-3953654 atau kunjungi laman blog cendawanumi.blogspot.com.

Kursus industri asas tani!! Mohon sekarang..

Bagi melahirkan lebih ramai usahawan dalam bidang pertanian, Jabatan Pertanian telah memperkenalakn Kursus Keusahawanan Kemahiran Pemprosesan Makanan sejak tahun 2002.

Ini bertujuan melahirkan usahawan muda yang berminat menceburkan diri secara serius dalam perniagaan asas tani seperti makanan sejuk beku, bakeri, produk berasaskan kelapa dan buah-buahan.

Kursus berkenaan dijalankan secara hands-on bagi memastikan peserta mendapat pengetahuan dan mahir dari segi teknikal pengeluaran produk yang bermutu, komersial dan menepati standard GMP (Amalan Pengilangan Yang Baik).

Semasa kursus, peserta juga akan didedahkan dengan kaedah menjalankan perniagaan secara profesional meliputi aspek keusahawanan, pengurusan kewangan, pengurusan pemasaran dan penyediaan Rancangan Perniagaan.

Selepas tamat kursus peserta akan menjalani program bimbingan di premis usahawan berjaya di bawah bimbingan Jabatan Pertanian.

Pengambilan peserta dibuat setahun sekali dengan jangka masa kursus selama enam bulan bermula pada 10 Februari hingga 7 Ogos 2009.

Peserta yang terpilih perlu tinggal di tempat yang disediakan sepanjang tempoh kursus dan peserta akan diberikan elaun kursus.

Peserta yang berminat perlu memenuhi syarat yang ditetapkan seperti warganegara Malaysia, berumur antara 20 hingga 40 tahun, jantina lelaki dan perempuan.

Berkelulusan sekurang-kurangnya SPM/SPMV, tinggal di asrama sepanjang tempoh kursus, sihat tubuh badan dan berminat untuk meneruskan projek selepas tamat kursus.

Mereka yang berminat mengikuti kursus boleh mendapatkan borang permohonan melalui:

Bahagian Pengembangan, Perundingan, Pelaburan dan Industri Asas Tani

Jabatan Pertanian
Wisma Tani, Aras 8, No. 30, Persiaran Perdana
Presint 4
62624 Putrajaya.
Tel: 88703553/3544 (Aiza Hayati Md. Noh, Rafidah Ibrahim atau Zaharina Hassan).
Mereka juga boleh menghubungi Jabatan Pertanian Negeri atau Pejabat Pertanian Daerah berhampiran atau melalui laman web www.doa.gov.my.

Permohonan akan ditutup pada 30 Oktober 2008.

Memanfaatkan khasiat pohon Neem (pokok semambu, Laksamana)

KEMAJUAN sains dan teknologi kini membuka ruang seluas-luasnya dalam penghasilan pelbagai produk kesihatan dan kecantikan berasaskan bahan-bahan semula jadi khususnya penggunaan herba dan ramuan tradisional yang sememangnya terkenal dengan khasiatnya yang luar biasa.

Tidak ketinggalan, jenama produk kecantikan dan kesihatan terkenal, Himalaya Herbal Healthcare turut menawarkan alternatif baru dalam rawatan penjagaan kulit dengan pelancaran semula rangkaian produk Acne Neem yang dirumus menggunakan seratus peratus Herba Aktif iaitu daripada pohon Neem.

Pohon Neem lebih dikenali dengan panggilan pokok semambu, Laksamana atau nama saintifiknya Azadirachta indica merupakan pohon yang kaya dengan unsur-unsur semula jadi yang digunakan dalam perubatan Ayurveda sejak lebih 2,000 tahun lamanya. Rupanya unik dengan tepi daunnya bergerigi jelas dan agak tajam. Di bahagian atas daun kelihatan jalinan uratnya yang lebih jelas dengan berwarna sedikit kekuningan. Ia juga mempunyai buah serta bunga yang berbau harum dan boleh ditemui di tepi-tepi jalan.

Bagaimanapun, di India pokok ajaib ini ditanam dan dikomersialkan serta dibuat penyelidikan bagi mengekalkan keasliannya. Bermula daripada akar, ranting, daun, bunga, buah dan bijinya mempunyai khasiat dan keistimewaan yang pelbagai. Ia telah digunakan secara tradisional untuk merawat keradangan, jangkitan, demam, penyakit kulit dan masalah gigi sejak dahulu lagi. Malah, daun mambu yang bersifat antiserangga juga boleh digunakan untuk mengelak serangan serangga pada tanaman.

Hasil kajian oleh Himalaya Drug Company di India membuktikan daun Neem dan elemen-elemennya memiliki unsur-unsur anti radang, anti bakteria, anti oksida dan anti karsinogenik. Unsur-unsur ini amat mujarab untuk membantu mengatasi masalah kulit seperti jerawat dan berkesan untuk menghindarkan kerosakan kulit yang disebabkan oleh radikal bebas.

Ketua Perkhidmatan Perubatan & Percubaan Klinikal, Pusat Penyelidikan & Pembangunan, The Himalaya Drug Company di India, Dr. Pralhad S Patki berkata, Neem disyorkan untuk merawat masalah kulit. Unsur-unsurnya yang antibakteria sangat berkesan untuk melawan kebanyakan masalah epidermis seterusnya memelihara kesihatan kulit.

Justeru, rangkaian produk Acne Herba Neem dari Himalaya yang terdiri daripada pembersih Neem Foaming Face dengan Neem dan Kunyit, Neem Face Pack dengan Neem dan kunyit, krim A-N-P mengandungi nimbidin, iaitu salah satu unsur aktif Azadirachta indica yang membantu melegakan keradangan.

Manakala untuk pembersihan dalam tubuh, Neem yang ditampilkan berbentuk kapsul, Neem Capsules dipercayai mempunyai unsur antibakteria, antikulat dan dapat mengurangkan toksin dalam darah sangat ideal untuk mengubati kulit yang berjerawat dan alahan. Produk berkenaan dipasarkan oleh Embun Elit Sdn. Bhd. dan boleh didapati di pasaran dengan lingkungan harga RM21.90 hingga RM39.90.

Di samping itu, jenama yang terkenal dengan produk berteraskan herba ini turut melancarkan kempen amal ‘Neem Tree For Charity’ yang bertemakan Pohon Ajaib Neem. Kempen ini akan dianjurkan di kedai-kedai Himalaya terpilih di Mid Valley, 1 Utama dan Suria KLCC. Pelanggan berpeluang untuk membawa pulang pohon Neem pada harga minimum RM10 dengan sebarang pembelian produk Neem dari Himalaya. Kempen ini akan bermula dari 13 Mac lalu hingga 13 April ini dan semua kutipan jualan akan disalurkan kepada Shelter One Charity

Pelajari teknik pembenihan keli pada 13 & 14 Sept.

Peserta berpeluang mendalami teknik pembenihan ikan keli secara aruhan pada kursus yang diadakan pada 13 dan 14 September ini.


AgroHUB 2008 – 2010 meneruskan agenda pertanian negara dengan menganjurkan satu Kursus Pembenihan Keli Aruhan bagi melahirkan lebih ramai usahawan benih keli berilmu.

Kursus ini dianjurkan selaras dengan konsep ‘Pertanian Adalah Perniagaan’ yang memerlukan program pembangunan pertanian berterusan dan konsisten diteruskan oleh pelbagai pihak dalam usaha menjadikan pertanian sebagai enjin ketiga pertumbuhan ekonomi negara.

Kursus Pembenihan Ikan Keli Aruhan tersebut akan diadakan pada 13 dan 14 September ini di Pusat Latihan Belia Bukit Lagong, Selayang, Selangor.

Menurut Ketua Pengarah Projek AgroHUB Norzana Rafie, kursus tersebut diteruskan memandangkan permintaan tinggi terhadap latihan seumpamanya daripada pelbagai pihak khususnya golongan belia yang ingin menceburi industri berpotensi itu.

‘‘Selain itu, permintaan terhadap benih keli meningkat berkali ganda dan pengeluaran benih keli pada masa ini tidak dapat menampung permintaan yang begitu tinggi,’’ katanya.

Anak benih keli yang bermutu tinggi mendapat permintaan di luar jangkaan dengan harga seekor anak benih bersaiz tiga inci semakin meningkat daripada 0.08 sen kepada 0.15 sen seekor mengikut kuantiti yang diminta.

Dalam erti kata yang lain, masa depan terhadap ikan air tawar ini dilihat semakin cerah jika dilihat kepada trend permintaan ikan keli mentah dipasaran.

Kursus pembenihan ikan keli ini akan mendedahkan kepada peserta tentang kemahiran untuk menghasilkan benih ikan keli menggunakan teknik aruhan.

Teknik aruhan merujuk kepada suntikan hormon kepada induk-induk keli di mana telur yang diperah daripada induk betina dan sperma yang dibedah dari induk jantan akan disenyawakan untuk mendapatkan benih yang maksimum dan pensenyawaan yang lebih sekata.

Menurut Norzana, bagi meningkatkan kualiti dan tumbesaran rega dan anak benih, penggunaan Bio-Aqua akan digunakan bagi tujuan tersebut.

‘‘Bio-Aqua akan bertindak balas dengan oksigen dan sebatian air untuk meningkatkan tahap imunisasi dan sistem pencernaan dan pemakanan benih ikan.

‘‘Hasilnya, tempoh tumbesaran dapat dipercepatkan dan tahap penjagaan rega dan benih ikan dapat diminimumkan,’’ ujar beliau.

Peserta juga turut didedahkan cara ternakan benih sehingga usia matang iaitu bersaiz antara dua dan tiga inci yang sedia dijual dipasaran.

Makanan rega dan benih keli bermula hari keempat sehingga tempoh satu bulan setengah turut diajar kepada peserta.

Kursus kemahiran ini menarik kerana ramai peserta-peserta lepas telah memulakan industri ini, sama ada secara kecil-kecilan atau komersial dan telah mendapat pendapatan yang lumayan dari industri ini.

Ini membuktikan industri benih keli bertepatan dengan slogan Pertanian Adalah Masa Depan yang juga merupakan moto Projek AgroHUB.

Rangkaian usahawan benih ikan air tawar di bawah Projek Ketiga AgroHUB bakal dilancarkan November ini .

Di bawah projek itu , sebanyak 300 usahawan benih keli dan lain-lain ikan air tawar bakal dibentuk secara sistematik dan berkelompok dan dapat menyumbang ke arah pembangunan industri ikan air tawar negara yang masih kekurangan benih-benih ikan air tawar untuk menampung permintaan yang tinggi dalam negara.

Paling utama, usahawan-usahawan ini perlu menjalani proses latihan kemahiran dan menandatangani kontrak sebagai peserta Projek AgroHUB 2008-2010 agar kualiti ikan yang dihasilkan dapat dipantau dan diselaraskan.

Bagi mereka yang berminat mendalami kemahiran pembenihan keli aruhan boleh mendaftar diri sebagai peserta di talian 03-6187 3796.

Kursus Ternakan Cacing Tanah Secara Komersial

Borang Pendaftran.

Borang Daftar bulan Julai dan Ogos 2008

Objektif kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang teknik-teknik penternakan cacing tanah dan pasaran cacing tanah secara komersial.

MEGA VIEW HOTEL, KUANTAN PAHANG
26 JULAI 2008

PRESCOTT HOTEL, KLANG SELANGOR
09 OGOS 2008

YURAN : RM450.00 / SEORANG
Cara pembayaran:
Kiriman Wang / Wang Pos atas nama AZR AGRO CENTRE

Bayaran melalui bank ke dalam akaun Maybank (No akaun: 5120 5300 4926)
Atas nama AZR AGRO CENTRE

* Bayaran melalui cek tidak akan diterima

Sebarang pertanyaan, sila hubungi ibu pejabat 03-31803994/95/96 atau (012-2204795) En Naza dan (012-2232436 ) Puan Nurul.

Bengkel Cendawan Intensif bermula esok

Seramai 50 peserta Bengkel Lanjutan Usahawan Cendawan Mega-UPM dan Agrobank akan memulakan program mereka bermula esok hingga Isnin ini.

Peserta akan menginap di Institut Pembangunan Bank Pertanian Malaysia (Abadi) di Bangi, Selangor sepanjang tiga hari itu.

Justeru, penganjur meminta peserta yang telah terpilih supaya mendaftar pada pukul 8.30 pagi di Abadi sebelum program rasmi dimulakan dan membawa pakaian yang sesuai.

Bengkel intensif tersebut lebih dapat dengan latihan praktikal , bermula dari penyediaan polibeg dan media tanaman hingga, aspek penjagaan, pengukusan, penyuntikan benih yang mana peserta sendiri melakukannya menggunakan teknik yang betul.

Seperti mana pada bengkel pengenalan, yang melibatkan Agrobank dan Pusat Pengembangan ,Keusahawanan dan Pemaju Profesional (APEEC) Universiti Putra Malaysia (UPM, peserta didedahkan dengan teknik penyediaan kertas kerja projek yang betul oleh bank terbabit manakala UPM akan memberi motivasi bagaimana menjadi usahawan tulen.

Antara aktiviti menarik ialah melawat ladang cendawan Vita Agro di Tanjung Sepat, Sepang, Selangor.

Kursus Mendalami ilmu ternakan kambing

Selepas kejayaan penganjuran pertama Bengkel Usahawan Cendawan, Sisipan Mega Utusan Malaysia mengorak langkah setapak lagi dengan menganjurkan Bengkel Usahawan Kambing dengan kerjasama rakan-rakan strategiknya.Bengkel Usahawan Kambing Mega-Utusan kali ini akan dianjurkan dengan memberi sedikit kelainan yang mana peserta diperlukan menginap bersama keluarga angkat di Banghuris Homestay, Sepang.

Bengkel selama dua hari tersebut mengehadkan penyertaan 150 orang sahaja dan akan diadakan dengan kerjasama syarikat pengimport kambing terbesar tempatan, Perfect Agro Sdn. Bhd. dengan kerjasama AgroBank (dulunya Bank Pertanian Malaysia), dan Pusat Pengembangan, Keusahawan dan Pemajuan Profesional (APEEC), Universiti Putra Malaysia.

Maklumat Bengkel

Tempat: Banghuris Homestay, Sepang, Selangor.

Tarikh : 14 hingga 15 Jun 2008 (Sabtu dan Ahad)

PengenalanPerkembangan positif industri ternakan kambing telah berjaya menarik perhatian ramai usahawan untuk menceburkan diri dalam industri ini. Secara tidak langsung, industri ini dilihat mampu berkembang maju sebagai satu bidang ekonomi yang baik kepada negara.

Antara baka kambing yang popular di kalangan penternak adalah Boer, Jamnapari, Saanen, Katjang serta beberapa jenis bebiri seperti Merino, Barbados, Damara dan lain-lain.

Pada masa kini, permintaan terhadap kambing amat tinggi terutamanya bagi tujuan sembelihan dan juga pembiakbakaan.

Antara faktor utama yang mendorong ramai usahawan menceburi industri ini adalah:

lKeuntungan jangka panjang yang baik.

lPermintaan pasaran yang tinggi.

lKhasiat daging serta susu kambing yang baik untuk kesihatan.

Objektif

Memberikan pendedahan dan pengetahuan asas berkaitan industri ternakan kambing serta mengenal pasti potensi perniagaan dalam industri ini.

Kumpulan Sasaran Terbuka kepada semua orang awam dan bakal penternak yang berminat untuk menceburkan diri dalam industri ternakan kambing. Kursus ini dihadkan kepada 150 orang peserta sahaja.

Tenaga PengajarTenaga pengajar terdiri daripada pihak pengurusan Perfect Agro Sdn. Bhd. serta Dr. P. Azhar Zakaria selaku Penasihat Ternakan kepada syarikat yang juga merupakan seorang pakar dalam bidang ternakan di Malaysia begitu juga dengan khidmat nasihat daripada APEEC serta AgroBank.

Yuran Penyertaan

lYuran penyertaan adalah RM250 seorang.

lYuran merangkumi bahan bertulis, penginapan, lawatan, makan dan minum selama dua hari.

Sambutan menggalakkan bengkel cendawan

Cendawan tiram kelabu kini semakin menarik minat penanam mengusahakan tanaman tersebut.

Bengkel Pengenalan Usahawan Cendawan Bersama MEGA-Utusan yang akan diadakan Ahad ini menerima sambutan menggalakkan daripada bakal peserta sebaik diumumkan baru-baru ini.Menurut jurucakap penganjur, lebih 200 peserta telah mendaftar sehingga Rabu lepas dan penyertaan dijangka akan melebihi angka 300 menjelang hari bengkel diadakan.

“Kami terpaksa mengubah lokasi bengkel kepada dewan yang lebih besar untuk menampung peserta yang lebih ramai kerana sasaran awal hanya 200 peserta,” katanya.

Peserta diingatkan agar datang awal kerana pendaftaran bermula dari 7.30 hingga 8 pagi.

Bengkel tersebut merupakan anjuran bersama Sisipan Mega, Utusan Malaysia bersama Pusat Pengembangan, Keusahawanan dan Pemajuan Profesional (APEEC), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Agro Bank diadakan di Dewan Auditorium Fakulti Kejuruteraan, universiti tersebut.

Bengkel ini diadakan sebagai bengkel pengenalan dan berkongsi kejayaan dengan usahawan-usahawan berjaya serta nasihat daripada pihak UPM sendiri.

Sebarang maklumat mengenai bengkel boleh menghubungi urus setia di 03-89466991/019-7002040 (Puan Mahani), Faris (012-3417112) atau Rosli (012-2846811).

Sementara itu, Utusan Malaysia dan UPM telah memeterai kerjasama penganjuran bengkel tersebut dalam satu majlis ringkas yang diadakan, baru-baru ini.

UPM menerusi APEEC, dipilih berdasarkan berpengalaman dalam menganjurkan bengkel keusahawanan pertanian sesuai dengan peranannya sebagai agen pengembangan dan melahirkan tenaga profesional selain memupuk budaya keusahawanan khususnya di kalangan graduan universiti.

Kerjasama tersebut julung kali diadakan membabitkan kedua-dua pihak bagi menyahut seruan kerajaan untuk menyemarakkan program pertanian dan menambah jumlah usahawan pertanian sedia ada.

Menurut Pengarah APEEC, Prof. Dr. Azimi Hamzah, pihaknya bersedia bekerjasama dengan Utusan Malaysia memandangkan pusat tersebut mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam bidang pertanian dan sejajar dengan fungsinya memberi ilmu pertanian kepada mereka yang berminat.

“APEEC ditubuhkan dengan tumpuan kepada bidang pengembangan, keusahawanan dan memupuk budaya profesional dalam pertanian khususnya di kalangan graduan,” katanya.

Azimi berkata, pihaknya bersedia menawarkan kerjasama dengan Utusan Malaysia pada masa akan datang kerana ia dapat membantu memupuk budaya pertanian kepada masyarakat.

APEEC yang ditubuhkan awal tahun lalu merupakan gabungan Institut Pengembangan Pertanian, Pusat Pembangunan Usahawan Tani dan Pusat Pemajuan Profesional manakala Mega merupakan sisipan Utusan Malaysia yang diterbitkan setiap minggu dari hari Isnin hingga Jumaat dan menyiarkan artikel pertanian pada hari Jumaat.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web www.apeec.upm.edu.my

Pakej ternak keli dalam kanvas

Satu program Ternakan Keli Kanvas Biotek telah dilancarkan oleh Pengurus Besar Perintis Agrotech Centre (Perintis), Hilmy Hamzah bersempena Kursus Keli Kanvas Komersial di Pusat Belia Antarabangsa, Cheras, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pelancaran ternakan keli kanvas bioteknologi bertujuan membantu menangani krisis makanan dunia dan negara yang semakin membimbangkan serta memanfaatkan ruang persekitaran rumah bagi memberikan pendapatan sampingan.

Program ternakan keli kanvas tersebut bermula dengan pengambilan 70 orang peserta pertama kursus yang dilatih dan diajar teknik dan kaedah penternakan sebenar menggunakan kanvas.

Penggunaan cecair bioteknologi iaitu Bio-Aqua keluaran Perintis juga didedahkan terbukti dapat membantu tumbesaran ikan dan mengawal mutu air daripada tercemar dan berbau akibat penghasilan ammonia.

Menurut Hilmy, galakan perlu diberikan kepada masyarakat agar mereka turut sama membantu mempertingkatkan pengeluaran ikan air tawar dan sumber protein negara dan pada masa sama dapat menjana pendapatan sampingan.

Ikan keli kanvas bioteknologi kini menjadi rebutan pembeli dan penggemar ikan keli kerana berkualiti tinggi, tidak berbau hanyir, kurang lemak, isi pejal dan paling utama pengguna yakin cara pemberian makanan yang halal dan bersih.

Pengguna sanggup membayar lebih untuk ikan keli kanvas walaupun harga yang ditawarkan lebih tinggi berbanding ikan keli yang tidak dijaga dan dikawal pemakanan dan kebersihan.

Bagi program ini satu pakej khas ditawarkan iaitu dengan harga serendah RM1,700, pembeli akan mendapat satu kanvas berukuran 4 x 15 kaki (jaminan tujuh tahun), 1,000 benih ikan keli bersaiz tiga inci dan satu botol Bio-Aqua lima liter.

Harga pasaran biasa ialah RM2,200 dan penghantaran bagi sekitar Lembah Klang adalah percuma.

Tambah Hilmy lagi, ia bukan pakej pertanian kontrak kerana pengusaha digalakkan dan diajar mendapatkan pasaran setempat kerana kadar keuntungan yang bakal diperoleh lebih tinggi dan lebih lumayan.

Harga ikan keli kanvas bioteknologi sekarang boleh mencecah antara RM5 dan RM7 sekilogram.

Sehingga kini banyak tempahan diperoleh terutamanya daripada koperasi, persatuan dan pengusaha ikan keli.

Diharapkan usaha sebegini dapat menarik minat pelbagai golongan dan untuk tempahan kanvas atau pembelian pakej sila hubungi talian 019-6634527.

Tel: 03-6189 4115 / 019-3311 298

Fax: 03-6187 3796