KURSUS USAHAWAN LINTAH – SHAH ALAM. SELANGOR

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

Tuan/Puan/Encik/Cik/Saudara/Saudari/Muslimin/Muslimah,

Bagi memenuhi hasrat Kerajaan
Berita gembira ini khas ditujukan untuk BUMIPUTRA yang ingin menjadi usahawan

dijemput untuk menyertai program:

KURSUS USAHAWAN LINTAH – TEORI DAN PRAKTIKAL

8HB MARCH 2009 – HARI AHAD
9:00 PAGI – 5:00 PETANG
JABATAN HAIWAN VETERINAR NEGERI SELANGOR
SEKSYEN 15 SHAH ALAM. SELANGOR

(belakang balai polis seksyen 15)

dengan yuran terendah hanya
RM190.00
setiap peserta

Termasuk sarapan pagi, makan tengahari dan minum petang
Sijil akan diberi pada hari yang sama setelah tamat kursus

Kursus dikendali dalam Bahasa Malaysia sepenuhnya
Terbuka kepada BUMIPUTRA sahaja.

Pertama kalinya yuran kursus usahawan lintah termurah di Malaysia
Yuran kursus sebenar RM300 – RM400 telah dipinda, demi untuk melahir dan menambah
usahawan kerana permintaan pasaran global yang terlalu tinggi dan rata-rata masih tidak
mencukupi, oleh yang demikian program ini perlu diadakan segera dan
yuran termurah ini hanya bersifat sementara sahaja

JAMINAN BELI BALIK PRODUK YANG DIHASILKAN
CONTRACT FARMING ATAU TANPA CONTRACT
(2 maklumat anda dapat dalam 1 kursus)

PALING PENTING
ANDA DIAJAR DAN DILATIH OLEH PENTERNAK SEBENAR

Kepada yang berminat untuk mengikuti kursus ini bolehlah berhubung dengan pegawai kami di talian
Hotline: 03-33634694
013-6755103 / 016-9550200

ENCIK ZAILAN OTHMAN (Pengurus Kursus)
Tempahan awal dialu-alukan kerana tempat adalah terhad.

Dengan salam hormat,
IMAN AGROTECH RESOURCES.
PENGANJUR KURSUS BERDAFTAR
(SA111545-W)

Bengkel Fertigasi Siri II bermula hari ini

ag_021

Sebahagian peserta Bengkel Fertigasi Siri I teruja dengan tanaman cili di Mambau, Negeri Sembilan.


BENGKEL Usahawan Fertigasi Mega-Utusan dengan kerjasama Agro Bank (Siri 2) bermula hari ini sehingga 1 Mac ini.

Peserta yang berjaya diterima pada siri kali ini berpeluang mendapat bimbingan beberapa topik seperti Pengenalan Skim Dari Agro Bank, Rancangan Perniagaan dan Strategi Pemasaran.

Topik lain termasuk PengenalanTeknologi Fertigasi, Sistem Pengairan Fertigasi, Penanaman Secara Fertigasi, Kawalan Musuh Tanaman dan Latihan Perniagaan

Latihan Amali akan dijalankan di Tapak Projek, Kampong Batu 3, Mambau, Negeri Sembilan, manakala bengkel teori diadakan di Pusat Latihan Agro Bank (Abadi) Bangi, Selangor.

Memandangkan sambutan yang menggalakkan, pihak penganjur akan mengadakan bengkel berikutnya yang dijadualkan pada 20 hingga 22 Mac.

Menurut Pengurus Abadi, Abdul Shukor Abdul Jabbar, peserta yang telah menghantar borang penyertaan diharap bersabar kerana peserta dihadkan kepada jumlah yang kecil.

Hasil maklum balas yang diperolehi oleh peserta bengkel siri pertama yang lalu, rata-rata peserta berpuas hati topik-topik yang diberikan amat berfaedah selain latihan amali di tapak bengkel.

Beliau memujikan peserta lalu yang memberi tumpuan kepada semua topik-topik yang disediakan.

Orang ramai yang ingin menyertai bengkel ini dikehendaki menghantar butir-butir peribadi ke:

Urusetia Bengkel Usahawan MEGA-Utusan-AgroBank, Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, Kompleks Sri Utusan, Lot 6, Jalan P/10,Kawasan Perusahaan Bangi, Seksyen 10, 43650 Bandar Baru Bangi,Selangor Darul Ehsan dan fakskan di nombor berikut 03-89243911.

Sebarang maklumat mengenai bengkel itu boleh menghubungi urusetia di talian 012-2846811 (Rosli).

30 sertai bengkel usahawan fertigasi

ABDUL Shukor Abdul Jabbar (depan, empat dari kiri) bersama jawatankuasa penganjur dan peserta Bengkel Usahawan Fertigasi Mega-Utusan Malaysia di Kajang, semalam.


BANGI 13 Feb. – Bengkel Usahawan Fertigasi Mega-Utusan Malaysia yang berlangsung hari ini mendapat sambutan hangat daripada golongan usahawan muda.

Program yang dianjurkan dengan kerjasama Agro Bank dan May Consult itu memberi pendedahan kepada para usahawan muda yang berminat untuk menceburi bidang pertanian.

Pengurus Pusat Latihan Agro Bank (Abadi), Abdul Shukor Abdul Jabbar berkata, menerusi bengkel itu, pelbagai maklumat dapat diperoleh oleh para peserta berkaitan fertigasi.

“Ramai yang berminat untuk menceburi bidang ini tetapi tidak tahu selok-belok. Menerusi bengkel ini mereka berpeluang mengetahui teknik untuk bergelar usahawan fertigasi,” katanya pada majlis pelancaran bengkel tersebut di sini hari ini.

Bengkel selama tiga hari itu akan membincangkan antaranya pengenalan teknologi fertigasi, sistem pengairan fertigasi, penanaman secara fertigasi, kawalan musuh tanaman dan latihan perniagaan.

Tambah Abdul Shukor, selain teori, para peserta juga berpeluang menjalani latihan praktikal yang disediakan pada hari terakhir bengkel.

“Selain teori, mereka turut didedahkan dengan latihan amali di Tapak Projek, Kampong Batu 3, Mambau, Negeri Sembilan,” jelasnya.

Seramai 30 peserta dipilih menyertai bengkel itu dan dikenakan bayaran RM150 meliputi penginapan, makan minum, pengangkutan di tapak amali dan sijil penyertaan.

Tambah beliau, pihaknya bersama Mega-Utusan Malaysia akan mengadakan beberapa lagi siri bengkel seumpama itu kerana penyertaan yang diterima amat memberangsangkan.

Bengkel Usahawan Fertigasi MEGA-Utusan bermula

Bengkel Usahawan Fertigasi Mega-Utusan dengan kerjasama Agro Bank (Siri 1) akan bermula 13 hingga 15 Februari ini.

Peserta yang berjaya diterima pada siri kali ini berpeluang mendapat bimbingan mengenai topik seperti Pengenalan Skim Dari Agro Bank, Rancangan Perniagaan dan Strategi Pemasaran,

Topik lain termasuk Pengenalan Teknologi Fertigasi, Sistem Pengairan Fertigasi, penanaman Secara Fertigasi, Kawalan Musuh Tanaman dan Latihan Perniagaan

Latihan Amali akan dijalankan di Tapak Projek, Kampong Batu 3, Mambau, Negeri Sembilan, manakala bengkel teori akan diadakan di Pusat Latihan Agro Bank (Abadi) Bangi, Selangor.

Memandangkan sambutan yang menggalakkan, pihak penganjur bercadang mengadakan Bengkel Fertigasi setiap bulan bagi memberi peluang orang ramai yang telah menghantar borang penyertaan mengikuti bengkel ini seterusnya.

Menurut Pengurus Abadi, Abdul Shukor Abdul Jabbar, oleh kerana peserta dihadkan kepada jumlah yang kecil, pihaknya akan mengadakan siri bengkel usahawan Fertigasi setiap bulan untuk memberi peluang kepada orang ramai dapat mengikuti bengkel ini.

Harapan beliau, supaya semua peserta yang telah mengikuti bengkel ini dapat memulakan projek fertigasi ini.

Bagi membimbing peserta-peserta bengkel ini kelak, May Culsant yang dilantik oleh Agro Bank akan memberi perkhidmatan dan pemantauan dari semasa ke semasa kepada peserta yang telah memulakan projek tersebut.

Bayaran sebanyak RM150 dikenakan kepada setiap peserta meliputi penginapan, makan minum , pengangkutan di tapak amali dan sijil penyertaan.

Tambah beliau lagi, pihaknya bersama MEGA-Utusan Malaysia akan mengadakan beberapa siri bengkel usahawan untuk bulan Mac dan April ini, antaranya ternakan kambing, ternakan ikan air tawar dan cendawan.

Orang ramai yang ingin menyertai bengkel ini dikehendaki menghantar butir-butir peribadi melalui borang penyertaan yang disiarkan diakhbar ini ke : Urusetia Bengkel Usahawan MEGA-Utusan-AgroBank, Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, Kompleks Sri Utusan, Lot 6, Jalan P/10, Kawasan Perusahaan Bangi, Seksyen 10, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.

Sebarang maklumat mengenai bengkel itu boleh menghubungi urus setia di talian 012-2846811 (Rosli) atau 017-4661475 (Faiq).

Bengkel usahawan fertigasi

Teknologi fertigasi kini semakin popular dalam projek tanaman sayuran kerana ia membolehkan ladang diurus dengan lebih mudah.


Bagi pembaca-pembaca setia ruangan pertanian setiap hari Jumaat menerusi sisipan Mega akhbar Utusan Malaysia, mereka mungkin sentiasa ingin mendapatkan maklumat mengenai perkembangan terbaru bidang tersebut. Ia termasuk maklumat mengenai program bimbingan dan kursus pertanian yang dianjurkan pelbagai pihak dan hebahannya diperoleh menerusi akhbar ini. Seperti tahun sebelumnya, sisipan Mega sekali lagi bekerjasama dengan Agro Bank dan pihak swasta dalam menganjurkan bengkel usahawan pertanian. Jika pada tahun lepas, bengkel penanaman cendawan, ternakan keli dan kambing telah berjaya diadakan.

Menurut penganjur, sambutan yang diterima sehingga kini amat menggalakkan dan masih ada lagi pertanyaan meminta pihak Utusan Malaysia meneruskan bengkel tersebut, seperti tahun lalu.

Kali ini, akan mengadakan Bengkel Usahawan Mega-Utusan Malaysia memilih Bengkel Fertigasi untuk siri 1 dan ke 2 yang dijadualkan masing-masing pada 13 hingga 15 Februari ini dan 28 Februari hingga 1 Mac.

Pada tahun ini, Agro Bank selaku penaja utama di samping rakan kerjasama baru iaitu May Culsant berganding bahu menawarkan bengkel-bengkel pertanian khusus untuk orang ramai menyertainya.

Kerjasama yang diadakan itu bertujuan menyahut seruan kerajaan untuk menyemarakkan program pertanian dan menambah jumlah usahawan tani.

Bengkel tersebut akan dijalankan selama tiga hari itu memberi peluang kepada peserta mengenali teknologi fertigasi, motivasi, pengurusan dan penjagaan penanaman pertanian serta asas kewangan.

Bayaran sebanyak RM150 dikenakan kepada setiap peserta meliputi penginapan, makan minum, pengangkutan dan latihan amali.

Orang ramai yang ingin menyertai bengkel ini dikehendaki menghantar butir-butir peribadi melalui borang penyertaan yang disiarkan di akhbar ini ke Urusetia Bengkel Usahawan MEGA-Utusan-AgroBank.

Peserta akan dipilih oleh satu panel untuk dinilai sebelum diambil untuk menyertai bengkel itu kelak.

Maklumat lanjut orang ramai boleh mendapat maklumat melalui Mega itui sisipan Utusan Malaysia setiap hari Isnin hingga Jumaat dengan menyiarkan artikel pertanian pada Jumaat.

Sebarang maklumat mengenai bengkel itu boleh menghubungi urus setia di talianĀ 012-2846811 (Rosli) atau 017-4661475 (Faiq).

Kursus menghasilkan benih cendawan pada 7 hingga 11 Februari ini di Institut Sains Biologi UM

Meskipun ada dakwaan bahawa pasaran untuk cendawan semakin kurang, namun keperluan untuk meningkatkan jumlah pengeluaran tanaman tersebut perlu diteruskan.

Kursus mengenai teknik penanaman cendawan masih giat dijalankan kerana sambutan daripada orang ramai sentiasa ada.

Ini membuktikan masih ramai berminat untuk menceburi bidang penanaman cendawan. Tetapi di sebalik keghairahan itu, masalah bekalan benih masih membelenggu industri tersebut.

Ia merupakan satu kekangan bagi mengembangkan industri berkenaan ke tahap yang lebih baik.

Selama ini ramai pengusaha tanaman cendawan menghadapi masalah mengenai harga benih yang melambung tanpa kawalan, kualiti benih cendawan yang dibekalkan serta kerumitan memperoleh bekalan yang berkualiti dan terjamin.

Justeru Persatuan Penyelidik Cendawan Universiti Malaya (UM) dengan kerjasama Genting Permai Resources Sdn. Bhd. mengadakan Kursus Tisu Didik Cendawan selama lima hari bermula 7 hingga 11 Februari ini di Institut Sains Biologi UM.

Kursus berkenaan yang dikendalikan oleh tenaga pakar dari UM ini meliputi teori dan praktikal bagi penyediaan benih cendawan bermula dari awal hingga akhir.

Pada awal kursus peserta akan diberikan penerangan mengenai kitar hidup cendawan, didedahkan mengenai teknik aseptik dan pensterilan secara amali.

Mereka juga akan diajar mengenai penyediaan media yang sesuai bagi tisu didik cendawan dimana segalanya akan dilakukan oleh peserta sendiri.

Selepas itu peserta juga akan didedahkan dengan penyediaan kultur cendawan sama ada daripada batang atau insang cendawan.

Semua kaedah ini akan dilakukan sendiri oleh peserta bagi melihat keupayaan menghasilkan benih cendawan menerusi kultur didik cendawan.

Bagi hari ketiga dan keempat sementara menunggu benih cendawan terhasil, peserta akan diberikan pilihan sama ada untuk melawat ladang cendawan yang menghasilkan benih cendawan di sekitar Lembah Kelang atau aktiviti lain yang sesuai.

Selepas benih cendawan dihasilkan, peserta akan diajar cara menyimpan kultur cendawan yang betul.

Akhir sekali, semua hasil benih cendawan yang dihasilkan peserta akan dinilai sebelum perbincangan bagi meningkatkan kualiti benih yang dikeluarkan.

Penanaman cendawan yang berminat menghadiri kursus berkenaan boleh mendapatkan maklumat berkenaan dengan menghubungi Zainon di talian 013-3418202.

Kursus penternakan ikan keli di Kulai Jaya pada 17 & 18 Januari 2009

KOTA TINGGI 13 Jan. – Penduduk tempatan di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Raja digalakkan menceburi bidang penternakan ikan keli yang semakin mendapat permintaan di pasaran kini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Raja, Datuk Dr. Adham Baba berkata, penglibatan dalam bidang tersebut secara tidak langsung menggalakkan penduduk di kawasan itu terbabit dengan bidang keusahawanan yang memberi peluang kepada mereka meningkatkan sumber pendapatan.

Menurutnya, penglibatan penduduk khususnya kaum bumiputera dalam bidang penternakan ikan keli juga dilihat sebagai langkah awal membabitkan diri dengan dunia perniagaan yang boleh dikembangkan sehingga ke peringkat antarabangsa.

“Malah, projek penternakan ikan keli ini tidak melibatkan kos pengendalian yang tinggi. Jadi, ia sesuai diceburi oleh penduduk di kawasan luar bandar kerana ia memberi pulangan lumayan,” katanya semasa mengadakan lawatan ke tapak penternakan ikan keli milik Nor Faeszil Yussof di Felda Pasir Raja, Kulaijaya dekat sini baru-baru ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Perikanan Johor, Hamid Yassin dan timbalannya, Azhari Othman serta beberapa pemimpin masyarakat di kawasan berkenaan.

Adham turut melahirkan keyakinan bahawa penduduk di kawasan Tenggara khususnya di DUN Pasir Raja mampu melangkah lebih jauh dalam bidang penternakan ikan keli memandangkan belum terdapat pihak yang menceburi bidang terbabit secara serius di kawasan berkenaan.

Katanya, penduduk perlu sedar bahawa ikan keli mempunyai pasaran luas malah menjadi hidangan kegemaran orang ramai di restoran-restoran di bandar utama.

Sehubungan itu, beliau meminta pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan ketua persatuan belia mengenal pasti para penduduk yang berminat untuk menceburi penternakan ikan keli itu.

“Orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak bertanggungjawab khususnya Jabatan Perikanan sekiranya berminat untuk memulakan bidang ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut mempelawa masyarakat di sekitar Tenggara yang berminat mengikuti kursus berkaitan penternakan ikan keli dan haruan yang akan diadakan di Dewan Raya Felda Sungai Sayong, Kulaijaya pada 17 dan 18 Januari ini.

Maklumat dan keterangan lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi Marozan Ahmad di talian 013-7781276.

Sementara itu, Hamid berkata, kerajaan negeri sentiasa memberi galakan kepada masyarakat, terutamanya golongan muda menceburi bidang pertanian yang menjanjikan pulangan lumayan jika diusahakan dengan gigih dan baik.

“Masyarakat seharusnya merebut peluang ini dan pada masa sama perlu lebih kreatif serta melihat peluang baru untuk diterokai,” katanya.

Bengkel pembenihan keli aruhan

BAGI memenuhi permintaan pengguna yang berminat mempelajari pelbagai jenis ternakan dan pertanian, sebuah syarikat penggerak aktiviti akuakultur dan pertanian akan mengadakan bengkel pembenihan keli sepanjang Disember 2008 hingga Mac 2009.

Pengarah Projek, Nur Azizi Rapie berkata, bengkel berkenaan bertujuan memberikan pengetahuan dan melahirkan usahawan tani atau penternak ikan air tawar menghasilkan anak benih sendiri bagi menjimatkan kos dan memastikan bekalan sentiasa mencukupi.

ā€œSalah satu faktor penghalang industri air tawar berkembang maju ialah kesukaran pengusaha untuk mendapatkan bekalan anak benih.

ā€œAnak benih keli bermutu tinggi mendapat permintaan yang besar dengan harga seekor bersaiz tiga inci antara 10 hingga 20 sen.

ā€œApabila pengusaha mampu mengeluarkan anak benih sendiri, projek dapat dijalankan mengikut jadual tanpa menunggu bekalan dari tempat lain,ā€ katanya.

Kos membeli anak benih tadi dapat disalurkan kepada makanan ikan yang semakin hari meningkat.

Bengkel ini akan mendedahkan peserta mengenai kemahiran menghasilkan benih keli menerusi teknik aruhan.

Teknik aruhan dilakukan dengan menyuntik hormon kepada induk- induk keli di mana induk betina akan diperah telurnya dan induk jantan dibedah bagi mendapatkan sperma.

Peserta juga akan didedahkan dengan cara membuat makanan anak benih keli yang berusia empat hari sehingga satu bulan.

Kursus praktikal pembenihan ikan keli teknik aruhan akan dilangsungkan pada 13 dan 14 Disember di ladang Prestasi Agro Farm, Bukit Lagong, Selayang.

Bagi mereka yang berminat mendalami kemahiran pembenihan ikan keli boleh menghubungi sekretariat di 012-6138059 atau 012-6157937.

Kursus tanam cendawan

Pusat Latihan dan Kajian Atiqah Trading Agrotech, akan menganjurkan Kursus Intensif Penanaman Cendawan Tiram setiap awal, pertengahan dan akhir bulan.

Kursus bakal diadakan pada 13 dan 27 Disember ini di ladang Al-Fadtullah Mushroom Tanjong Malim, Perak.

Pada kursus tersebut, peserta akan didedahkan tentang cara penanaman cendawan tiram dan cendawan lain dari segi teori dan juga praktikal oleh pemilik ladang, Dr. Johari Mat Isa.

Syarikat tersebut telah berjaya mengeluarkan lebih 700 orang peserta dari pelbagai pelosok negara serta Brunei.

Ramai kalangan peserta syarikat tersebut telah mempunyai ladang sendiri dan ada yang telah pun berhenti kerja.

Peserta juga diajar cara pemasaran dan juga membuat pinjaman.

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi Haji Dr. Johari dan Alia di talian 05- 4541635 atau 019-3544888. Penyertaan adalah terhad.

Kursus cendawan

PERUSAHAAN cendawan kini semakin mendapat sambutan yang menggalakkan dan di tanam secara meluas di seluruh negara.

Banyak faktor yang mendorong ramai pengusaha menceburi bidang ini seperti keuntungan yang tinggi dalam masa yang singkat, kos pengeluaran yang rendah, potensi pemasaran yang baik serta kandungan nutrien pemakanan yang tinggi.

Penerimaan yang baik itu telah mendorong Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan Kursus Asas Pengeluaran Cendawan Tiram Kelabu bermula 25 hingga 26 November ini.

Ia akan diadakan di Rumah Cendawan, Unit Hortikultur Seksyen Tanaman, Taman Pertanian Universiti, UPM.

Kursus tanaman cendawan tiram kelabu atau nama saintifiknya Pleurotus sajor-caju itu bermatlamat mendedahkan peserta dengan teknik pengeluaran asas supaya mereka dapat melaksanakan penanaman sendiri sebaik sahaja kursus tamat.

Ia terbuka kepada orang ramai yang berminat dengan yuran penyertaan RM400 seorang untuk fail, nota kursus, nota catatan, alat tulis, sijil penyertaan dan makanan tetapi tidak termasuk penginapan.

Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah seperti taklimat penyediaan media tanaman, penyuntikan benih, memetik hasil, penyelenggaraan, kaedah pembungkusan hasil, penerangan kemudahan pinjaman bank serta rancangan perniagaan.

Demonstrasi ringkas mengenai penyediaan benih juga akan dilakukan bagi memberi gambaran yang lebih kepada peserta.

Tenaga pengajarnya pula terdiri daripada pegawai dan kakitangan yang berpengalaman dari Unit Tanaman Cendawan, Seksyen Penyelidikan Agroteknologi, Taman Pertanian Universiti, UPM.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Helmi Azro Mohd. Hassan di talian 03-89471266 atau Abdull Ghaffar Othman di talian 03-89467429.

Untuk mendapatkan maklumat cadangan penginapan pula, peserta boleh menghubungi Rumah Tetamu UPM di 03-89467967.