Contoh Dokumen Rancangan Perniagaan

Persembahan Rancangan Perniagaan

1. Muka surat hadapan Rancangan Perniagaan

– Nama perniagaan/projek
– Nama syarikat
– Tarikh siap Rancangan Perniagaan

2. Muka surat kandungan perlu menyenaraikan bahagian-bahagian utama dalam rancangan Perniagaan dan senarai lampiran serta bilangan muka surat yang berkaitan

3. Surat-surat iringan
Kandongan Rancangan Perniagaan

Bahagian 1 – Pengenalan

Bahagian pengenalan ini perlu memberi gambaran ringkas dan spesifik berkenaan aktiviti utama perniagaan dan maklumat-maklumat berkaitan.

Sebagai panduan, bahagian pengenalan ini perlu melebihi separuh muka suratdenagn maklumat-maklumat berikut.

i. Jenis perniagaan yang diceburi
ii. Nama dan lokasi/alamat perniagaan
iii. Tarikh perniagaan akan beroperasi
iv. Tren pasaran yang menjustifikasikan projek ini.

Bahagian 2 – Tujuan Rancangan Perniagan

Bahagian ini perlu menyatakan dengan spesifik samaada Rancanag Perniagaan ini disediakan untuk:

i. Memohon pembiayaan kewangan dari pihak institusi kewangan atau yang berkaitan.
ii. Merancang perlaksanaan projek
iii. Dijadikan garis panduan menguruskan perniagaan
iv. Lain-lain

Bahagian 3 – Latarbelakang Perniagaan

Bahagian ini membentangkan maklumat-maklumat asas berkenaan perniagaan yang dicadangkan seperti:

i. Alamat

Alamat perniagaan mungkin berbeza daripada alamat surat menyurat. Jika ianya bebeza nyatakan kedua-dua alamat ini. Jiak tidak berbeza nyatakan satu alamat sahaja.

ii. Bentuk perniagaan

Boleh membuat pilihan diantara Perniagaan Perkongsian atau Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.). Bentuk perniagaan Perseorangan boleh juga digunakan.

iii. Tarikh dan Nombor Pendaftaran.

Ini hanya sesuai untuk perniagaan yang sedang dijalankan. Perniagaan yang sedang dirancangkan mungkin belum ada butir-butir ini atau masih dalam proses pendaftaran.

iv. Modal Permulaan

Ini merupakan jumlah modal sendiri yang dibawa masuk ke perniagaan berkenaan. Untuk perniagaan Sendirian Berhad (Sdn.Bhd.), perlu menyatakan Modal dibenarkan dan Modal Dobyar perniagaan.

v. Bank
Nyatakan Bank pilihan dimana akaun perniagaan akan dibuka. Kebiasaanya bank berkenaan berkaitan dengan permhonan pembiayaan pinjaman.

Bahagian 4 – Latar Belakang Rakan Kongsi / Pemegang saham

i. Nama penuh
ii. No. kad pengenalan
iii. Tarikh lahir
iv. Umur
v. Alamat Tetap
vi. No telefon
vii. Taraf perkahwinan
viii. Kelulusan akedamik
ix. Kursus yang pernah dihadiri
x. Kemahiran
xi. Pengalaman
xii. Pekerjaan sekarang
xiii. Perniagaan yang pernah diceburi.

Bahagian 5 – Rancangan Pentadbiran

i. Pengenalan Organisasi
a. Alamat penuh Perniagaan
b. Pelan lokasi kedudukan

ii. Carta Organisasi
iii. Senarai jawatan dan bilangan Pekerja
iv. Spesifikasi Tugas
v. Imbuhan Balas jasa/ gaji
vi. Keperluan Pejabat
vii. Perbelanjaan Pentadburan
a. Perbelanjaan asset
b. Perbelanjaan bulanan
c. Lain-lain perbelanjaan

Bahagian 6 – Rancangan Pemasaran

1. Barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan

Nyatakan dengan jelas bentuk barangan/perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan. Kaitkan penawaran ini dengan keperluan atau kehendak pengguna yang ingin diberikan kepuasan

2. Sasaran Pasaran

Nyatakan profail pelanggan di sekitar kawasan pasaran yang dipilih. Kenalpasti kewujudan kumpulan pelanggan yang berbeza atau segmen-segmen pasaran dikawasan berkenaan.

3. Saiz Pasaran

Langkah ini adalah untuk mereamal jualan pernaigaan. Nyatakan saiz pasaran dalam bentuk unit jualan atau RM atau kedua-duanya sekali.

4. Pesaing-pesaing utama

Kenalpasti dan pilih pesaiang-pesaing utama. Lebih baik jika pesaing dikenalpasti mengikut nama perniagaan mereka.

5. Kekuatan dan kelemahan pesaing

Untuk semua pesaing nyatakan kekuatan dan kelemahan masing-masing.

6. Syer pasaran

Dari maklumat-maklumat yang didapati nyatakan pembahgian pasaran atau syer pasaran untuk perniagaan yang dicadangkan.

7. Ramalan Jualan

Sediakan pelunuran jualan bulanan untuk tahun pertama perniagan. Nyatakan anggaran /ramalan jualan tahunan untuk tahun-tahun berikutnya.

8. Strategi Pemasaran

i. Strategi Barangan
Reka bentuk barangan atau penjelasan pekej
Corak pembungkusan dan jenama berkaitan

ii. Strategi Promosi
Bentuk Promosi yang dicadangkan

iii. Strategi harga
Harga seunit yang dicadangkan.
iv. Strategi edaran
Corak pengedaran yang dicadangkan.
Kenderaan atau kaitangan pemasaran.

Bahagian 7- Rancangan Operasi

1. Carta aliran Proses

Nyatakan langkah-langkah utama dalam proses pengeluaran barangan atau penyediaan perkhidmatan berkenaan.
Proses ini di ersembahkan dalam carta proses kerja.

2. Unit pengeluaran / jam operasi

Nyatakan hasil operasi dalam unit produk pengeluaran mengikut kesesuaian projek. Anggran ini berlandaskan ramalan jualan yang telah dinyatakan dalam Rancangan Pemasaran.

3. Keperluan bahan

Senaraikan bahan mentah atau stok barang yang diperluakan nyatakan belain di buat dalam bentuk kredit atau tunai dan pembekalnya.

4. Tenga Kerja

Senaraikan keperluan tenaga kerja untuk bahagian operasi. Natakan status pekerja berkenaan.

5. Mesin dan peralatan

Senaraikan mesin dan peralatan yang diperlukan serta harga belian selaras dengan keperluan pengeluaran atau operasi. Nyatakan sumber pembekal mesin.

6. Susunatur Ruang Operasi

Nyatkan factor-faktor utama yang diambil kira dalam merancang susunatur ruang operasi sesuai dengan keperluan operasi perniagaan serta pelan grafik susun atur tersebut.

7. Lokasi

Nyatakan kedudukan bangunan dan nyatakan kos bangunan samada sewaan atau belian.

8. Overhed operasi

Ini termasuk kemudahan bekalan air dan letrik, gas dan lain-lain yang perlu sebagai penggerak proses operasi.

9. Perbelanjaan Operasi

Rumuskan segala perbelanjaan yang dianggarkan dalam bahagian ini mengikut kategori perbelanjaan harta, perbelanjaan bulanan dan lain-lain perbelanjaan.

Bahagian 8 – Rancangan Kewangan

Rancangan Kewangan merangkumi bahagian berikut:

1. Kos pelaksanaan Projek dan sumber pembiayaan projek

2. Penyata-penyata kewangan:
i. Aliran wang tunai
ii. Penyata pendapatan
iii. Kunci kira-kira
iv. Jadual pembayaran hutang jangka panjang.

3. Kos pelaksanaan Projek
i. Pelaburan asset tetap
Termasuk semua asset yng dibeli dengan tunai atau kredit. Nyatkan harga asset-aset ini. Termasuk juga kos ubahsuai.

ii. Modal Pusingan
Merangkumi perbelanjaan pentadbiran , pemsaran dan operasi

iii. Lain-lain perbelanjaan
Seperti deposit sewaan dan utility serta belanja permulaan ( bayaran pendaftaran perniagaan, lessen dn sebagainya)

4. Sumber Pembiayaan Projek (SPP)

i. Modal sendiri yang merangkumi modal rakan kongsi dalam bentuk
tunai atau asset. Nyatakan nilai asset jika sumbangan adalah asset.

ii. Pinjaman bank merangkumi sebarang pinjaman berpenggal.

iii. Sewabeli merangkumi pembiayaan asset teap perniagaan. ( mesin operasi peralatan dan kenderaan)

5. Proforma penyata Aliran Wang Tunai

Penyata Alir wang Tunai perlu disediakan untuk 12 bulan bagi tahun pertama perniagaan. Untuk tahun seterusnya nyatakan secara tahunan sahaja.

6. Proforma Penyata Pendapatan

Proforma penyata pendapatan untuk tahunan selaras dengan proforma penyata aliran wang tunai.

7. Proforma Kunci kira-kira

Penyata ini juga selaras dengan proforma penyata pendapatan.

8. Analisis Daya Maju Kewangan
Dari jadual Aliran Tunai Analisis daya maju kewangan diolah.

Diantara petunjuk-petunjuk dayamaju kewangan yang kerap digunakan ialah:

1. Nilai kini bersih
2. Kadar Pulangan dalaman
3. Nisbah faedah kos
4. Tempoh pulang modal

Nilai kini bersih

Nilai kini bersih ialah aliran tunai yang di diskaunkan dengan satu kadar faedah untuk setiap tahun dan jumlah nilai kini tersebut dicampurkan untuk menentukan nilai kini bersih. Jika nilai kini bersih adalah bersamaan dengan sifar atau positif maka sesuatu projek itu adalah berdaya maju.

Kadar Pulangan Dalaman

Kadar pulangan dalaman adalah kadar diskaun (%) yang tertinggi yang membawa Nilai Kini Bersih bersamaan dengan sifar (0). Ini merupakan kadar tertinggi yang sanggup di bayar oleh pelabur.

Nisbah Faedah Kos

Ini merupakan petunjuk keberuntungan sesuatu projek. NFK adalah dikira dengan membahagikan nilai kini jumlah pendapatan dengan nilai kini jumlah kos.
Tempoh Pulang Modal

Merupakan tempoh bayar balik modal yang di biayai apda tahun permulaan projek.
Untuk menentukan daya maju projek ia bergantung dengan industri tersebut. Jika secara relatifnya tempoh adalah cepat maka pelabur mendapat semula wang pembiayaan dengan lebih cepat .

Dokumen-dokumen sokongan

1. Surat sebutharga
2. Sijil kursus
3. Surat sokongan pihak tertentu
4. Surat dapat tender
5. Sijil pendaftaran syarikat
6. Salinan permit/lessen
7. Surat-surat kepujian
8. Bukti modal sendiri
9. Salinan Cagaran

Contoh Jadual jawatan dan bilagan pekerja.

Bil

Jawatan

Bil pekerja

1

Pengurus

1

2

Kerani kewangan

2

3

Pekerja Ladang

4

²

Contoh jadual Spesifikasi Tugas

Jawatan

Tanggungjawab

Pengurus

  1. Mengkoordinasi bahagian /fungsi danalam perniagaan.
  2. Koordinasi tugas tanggungjawab pekerja.

Kerani Kewangan

1.Pembayaran gaji pekerja

2.Merekod wang masuk dan keluar.

Imbuhan Balas Jasa atau gaji

Contoh: jadual Gaji dan Caruman Pekerja Pentadbiran

Jawatan

Bil. Pekerja

Gaji Bulanan

KWSP

PERKESO

JUMLAH

Pengurus

1

3500.00

350.00

150.00

3900.00

Kerani

2

750.00

75.00

50.00

875.00

Keperluan Pejabat

Contoh: Senarai perabut dan peralatan pejabat

JENIS

BILANGAN

Jumlah RM

1.Perabut Pejabat

1 set

1000.00

2. Komputer

2 unit

5000.00

Perbelanjaan Pentadbiran

Butir

Perbelanjaan Harta

(RM)

Perbelanjaan

(bulanan) RM

Lain-lain Perbelanjaan (RM)

1. Perabut Pejabat

1000.00

2. Komputer

5000.00

3.Gaji dan caruman

4775.00

4. Pendaftaran dan kertas kerja

2500.00

Jadual Ramalan Jualan Tahun Pertama

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

Jumlah

Ramalan

Jualan

Jadual Perbelanjaan Pemasaran

Butir

Perbelanjaan harta (RM)

Perbelanjaan Bulanan

(RM)

Lain-lain Perbelanjaan (RM)

1.Kenderaaan (van)

40000.00

2. Promosi

100.00

3. Insuran dn cukai jalan

500.00

Jadual Keperluan Bahan Mentah

Jenis Bahan

Kuantiti Digunakan

Stok simpanan

Harga seunit

Jumlah belian

1. Jagung

100 kg

100 kg

0.40

80.00

Jadual Gaji dan Caruman Pekerja Operasi

Jawatan

Bil. Pekerja

Gaji Bulanan

KWSP

PERKESO

JUMLAH

Penyelia

2

3000.00

300.00

150.00

3450.00

Pekerja

4

2400.00

240.00

100.00

2740.00

Jadual mesin dan peralatan

Jenis

Harga

Bilangan

Jumlah Harga

1. Chopper

5000.00

1

5000.00

2. Otomatik drinker

12000.00

1

12000.00

Perbelanjaan Operasi

Jadual Perbelanjaan Operasi

Butir

Perbelanjaan Harta

(RM)

Perbelanjaan

(bulanan) RM

Lain-lain Perbelanjaan (RM)

1. Chopper

5000.00

2.otomatik drinker

12000.00

3.Gaji dan caruman

6190.00

4.

Contoh Kos Perlaksanaan Projek

1. Perbelanjaan harta
– (Pelaburan Aset Tetap ) ———————-

2. Perbelanjaan Bulanan
– (modal pusingan) ———————–

3. Lain-lain perbelanjaan
———————-
4. Belanja Luar Jangka

Jumlah Kos Projek

Sumber Pembiayaan Projek
1. Modal sendiri
2. Pinjaman
3. Sewa beli
4. Lain-lain (termasuk geran kerajaan)

Jumlah sumber Pembiayaan

Analisis Daya Kewangan.

Nilai kini bersih:

Untuk mengira Nilai kini bersih.

Contohya:

Alir tunai masuk adalah seperti berikut:

Tahun df* Nilai kini

0 Modal -40,000 1.000 -40,000
1 20,000 0.9091 18,182
2 18,000 0.8265 14,877
3 16,000 0.7513 12,021
4 13,000 0.6830 10245
5 19,000 0.6209 11,797

NKB pada 10% 27,122

Pelan Perniagaan: Membantu Anda Menuju Matlamat Perniagaan

Jika anda tidak dapat membuat keputusan samada untuk memulakan perniagaan dirumah anda sendiri, mendraf pelan perniagaan boleh membantu anda membuat keputusan apa yang anda akan lakukan. Ia akan membantu anda memikirkan keseluruhan proses perniagaan supaya anda tidak memulakan perniagaan secara membuta tuli atau kekurangan sumber maklumat didalam memiliki dan mempertahankan perniagaan anda.

Cuba menjadi seorang yang S.M.A.R.TSpecific (khusus), Measurable (boleh diukur), Achievable (boleh dicapai), Realistic (wajar) dan Time-framed (Jangka masa). Pastikan anda mempunyai keseluruhan gambaran ini di fikiran pada setiap masa.

Specific (Khusus) bermakna anda tahu apakah yang membezakan barangan atau perkhidmatan anda daripada pesaing-pesaing anda yang lain. Sebagai contoh, sekiranya anda adalah pusat jagaan kanak-kanak dirumah, perniagaan anda mungkin akan lebih menonjol sekiranya anda memasukkan sekali pembelajaran diluar dan lawatan bulanan sebagai salah satu aktiviti yang terdapat didalam pakej jagaan anda.

Measurable (boleh diukur) berkaitan dengan kos tersembunyi yang timbul apabila anda memberikan perkhidmatan. Apabila memikirkan tentang harga sesuatu perkhidmatan atau barangan, kos tersembunyi ialah seperti kos ‘overhead’ dan bayaran pengangkutan, seharusnya dikira juga.

Achievable (boleh dicapai) berkaitan dengan memenuhi sesuatu sasaran. Beroperasi dirumah biasanya bermaksud bahawa klien-klien atau pelanggan-pelanggan anda adalah tempatan (kecuali hanya jika anda terlibat dalam perniagaan berunsurkan Internet dimana anda akan mempunyai pelanggan luar negeri juga). Walau bagaimanapun, adalah penting untuk mempastikan bahawa anda mempunyai cukup bilangan pelanggan bagi barangan atau perkhidmatan anda. Sesuatu perniagaan itu tidak akan dapat bertahan sekiranya hanya mempunyai beberapa transaksi sahaja yang mana tidak akan berulang lagi. Adalah penting juga anda mempunyai matlamat yang wajar dan tidak meletakkan jumlah sasaran jualan anda yang terlalu tinggi.

Time-frame (jangka masa) merujuk kepada mengekalkan suatu had masa dalam pelan perniagaan anda dan mengkajinya dari semasa ke semasa. Tetapkan matlamat anda untuk satu tempoh masa yang tertentu. Di hujung tempoh masa tersebut, nilai semula keupayaan perniagaan anda. Cuba kaji penyebab bagi setiap kegagalan, dan betulkan keadaan tersebut. Sebagai contoh, jika anda terlibat di dalam bidang pemasaran, anda mungkin patut mengkaji dan mengubah sasaran jualan anda setiap suku tahun sekali (3 bulan sekali).

Dalam erti kata yang mudah, pelan perniagaan ialah suatu cetak biru (blue print) yang merangkumi semua perkara-perkara dibawah ini secara objektif:

Kemahiran

Apakah barangan atau perkhidmatan yang dapat anda berikan dengan cekap? Tanya pada diri anda sendiri apakah kemahiran-kemahiran yang anda perlukan untuk memulakan sesuatu perniagaan itu?

Sekiranya anda cekap dalam membuat jem nenas (tat jem), anda boleh mencari pasaran di sekitar kawasan kediaman anda sendiri. Kenalkan perniagaan anda dengan memberikan sampel-sampel percuma kepada jiran-jiran anda.

Sekiranya anda cekap dalam komputer grafik dan animasi, anda mungkin patut mencuba menjadi seorang pereka bentuk grafik bebas. T. Rex dengan yakin telah memulakan perniagaannya sendirian kerana beliau yakin dengan bakatnya sendiri dan beliau juga mempunyai hubungan langsung dengan ramai kenalan dari pekerjaannya yang lalu. Perhubungan langsung ini telah membentuk jaringan pelanggannya sendiri.

Permintaan

Adakah terdapat cukup permintaan ke atas barangan atau perkhidmatan tersebut yang membolehkan perniagaan anda terus bertahan?

Skala ekonomi juga adalah perlu dalam mana-mana pembentukan perniagaan. Fikirkan pelbagai cara bagaimana anda boleh mempunyai jumlah urusniaga yang tinggi ataupun jumlah pengguna yang ramai. Faktor-faktor ini seterusnya akan memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi factor-faktor lain seperti harga barangan dan pemilihan saluran pemasaran.

Kembangkan pemikiran anda. Anda mungkin akan dapat memperolehi lebih ramai bakal-bakal pelanggan dari apa yang anda dapat fikirkan sekarang sekiranya, sebagai contoh, anda mencuba promosi jalinan bersama. Bolehkah barangan atau perkhidmatan anda dijalinkan dengan barangan atau perkhidmatan lain?

Sebagai contoh, sekiranya anda menjalankan perniagaan jahitan dirumah, fikirkan tentang promosi jalinan bersama dengan kedai dobi kawasan anda dan beri diskaun kepada setiap pelanggan masing-masing. Anda berdua akan mendapat faedah dari pasaran masing-masing dan dapat mempromosikan perniagaan masing-masing hanya dengan menampung kos kupon sahaja.

Harga

Bagaimana anda akan menetapkan harga dan memasarkan barangan dan perkhidmatan anda? Bagi menetapkan harga barangan dan perkhidmatan anda, anda perlu tahu kos pengeluaran anda. Kos bahan mentah kadangkala adalah yang paling tinggi sekali. Oleh itu, anda mestilah cuba mencari bahan mentah yang terbaik dengan harga yang paling rendah.

Anda juga perlu mengambil kira tentang harga yang dikenakan oleh pesaing-pesaing anda. Sebagai tambahan, anda juga perlu mengetahui kekuatan dan kelemahan mereka. Kaji bagaimana mereka menguruskan perniagaan mereka. Jika mereka berjaya, mungkin anda boleh belajar satu dua perkara daripada mereka; jika ada masalah, anda boleh belajar dari kesilapan mereka dan cuba memperbaikinya.

Setelah anda menetapkan harga, benarkan diri anda selesa pada tahap keuntungan biasa, tetapi pada masa yang sama jangan letakkan harga yang diluar harga pasaran. Mungkin juga ada pengganti yang lebih murah lagi (tetapi tetap bermutu). Anda juga boleh mempertimbangkan samada ingin memberikan tawaran harga pengenalan. Adakah anda boleh memberi jaminan keatas sesuatu barangan anda untuk suatu tempoh masa yang tertentu (dimana ini juga akan termasuk didalam harga tersebut)?

S. Suseela, seorang pakar kecantikan yang beroperasi dari rumah mendakwa bahawa bayaran beliau adalah 30 peratus kurang dari bayaran yang dikenakan oleh pusat kecantikan yang menawarkan perkhidmatan yang sama di Seremban. Beliau dapat menawarkan rawatan muka pada kadar harga yang lebih murah kerana beliau memperolehi barang-barang rawatan kecantikkannya terus dari seorang pembekal pada kadar diskaun sebanyak 40 peratus. Beliau juga tidak perlu membayar kos sewaan. Beliau menambahkan keuntungannya dengan memperkenalkan kadar harga promosi istimewa setiap 2 bulan sekali.

Pemasaran

Ia memainkan peranan yang paling penting didalam kejayaan sesuatu pembentukan perniagaan. Bagaimana bijak anda memasarkan perniagaan anda, bersama-sama dengan beberapa pertimbangan lain, pastinya akan menentukan tahap kejayaan atau kegagalan anda. Unsur utama yang terpenting didalam kejayaan pelan pemasaran anda ialah dengan mengenali pelanggan-pelanggan anda – kesukaan , kebencian dan keinginan mereka. Dengan mengenalpasti faktor-faktor ini, anda akan dapat menghasilkan strategi pemasaran yang membolehkan anda berkembang dan memenuhi keperluan-keperluan mereka.

Kenalpastikan pelanggan-pelanggan anda melalui umur, jantina, pendapatan, tahap pendidikan dan kawasan penginapan mereka. Pada mulanya, sasarkan kepada pelanggan-pelanggan yang besar kemungkinan akan membeli barangan atau perkhidmatan anda. Semakin jumlah pelanggan tetap anda bertambah, anda mungkin perlu mempertimbangkan samada perlu menukar pelan pemasaran anda supaya ia boleh merangkumi pelanggan-pelanggan lain pula.

Contoh yang paling memberangsangkan ialah tentang kejayaan seorang bapa yang telah memulakan perniaagan dirumah hinggalah berkembang ke perniagaan komersial, iaitu Lee Sin Keong, juga dikenali sebagai Reggie Lee. Pelukis yang berumur 46 tahun ini, merupakan pengasas dan CEO kepada Real Colours (M) Sdn Bhd, mempunyai laman webnya sendiri untuk mempromosikan barangan-barangannya. Setakat mana yang perniagaan Reggie Lee maklumi, terdapat lebih dari 200 pusat membeli-belah diseluruh negara yang menjual barangan-barangannya.

Anda boleh menjumpai barang-barang Reggie Lee seperti kemeja T, topi baseball, buku komik, mug, poskad dan jam tangan pelbagai warna dan tema.

Sasaran pasaran Lee ialah orang-orang muda – remaja yang bergaya dan berkemampuan (juga dikenali sebagai generasi X dan Y). “Mereka ini mempunyai kuasa beli yang tinggi dan mereka juga gemar untuk mengumpul barang-barang yang berkaitan dengan reka bentuk komik,” Lee berkata. Julai lepas, Lee telah mengembangkan pasarannya melepasi Tambak Johor, dimana ia akan dijual di hotel-hotel dan kedai-kedai cenderahati. Barangan-barangannya adalah dibuat sesuai dengan citarasa pasaran Singapura, yang mana beliau telah kaji selama setahun.

Pembiayaan

Dimana anda akan dapat modal yang anda perlukan untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan anda? Dari simpanan anda, pinjaman dari keluarga, kawan-kawan atau adakah anda bercadang untuk membuat pinjaman dari bank?

Neeta Gosalia, 37 tahun, pengasas Neeta’s Herbal (M) Sdn Bhd, mempunyai lima belas cawangan tempatan dan enam di luar negeri. Ibu kepada dua orang anak, beliau bermula sebagai pakar rambut yang beroperasi dari rumah dalam tahun 1985. Setahun kemudian, ketika perniagaannya semakin berkembang, beliau membelanjakan RM20,000 dari simpanannya untuk memindahkan perniagaannya dengan menyewa sebuah lot kedai di Brickfield.

Tempat

Anda memerlukan kelengkapan dan ruang yang sepatutnya untuk memulakan perniagaan dirumah. Jangan lupa bahawa perniagaan dirumah ini juga boleh mempengaruhi keluarga dan jiran-jiran anda. Pastikan ia tidak menimbulkan bahaya kebakaran atau bahaya kepada alam persekitaran anda.

Sebagai kesimpulannya, pelan perniagaan anda adalah suatu alat, dimana apabila ia digunakan dengan sebaiknya, ia akan membantu anda mengusahakan perniagaan anda secara efektif menuju kejayaan. Pelan perniagaan anda akan membolehkan anda menetapkan sasaran yang nyata dan objektif perjalanan untuk syarikat anda, dan, jika berterusan, ia juga dapat membantu anda menilai dan mengawal perjalanan syarikat anda dimasa hadapan.

Mengatur Strategi Pemasaran Berkesan

Apakah itu pemasaran? Dalam bahasa yang paling mudah, pemasaran bolehlah dibayangkan sebagai jambatan yang menghubungi antara pembeli, pengguna dengan sesuatu produk, perkhidmatan dan apa jua yang hendak ditawarkan.

Ciri-ciri strategi pemasaran yang berkesan mestilah mengambil kira faktor-faktor berikut:

* Budaya masyarakat setempat harus difahami dan dihayati.

* Nama produk hendaklah mudah dan senang disebut serta sentiasa mudah diingati.

* Lakukan promosi dan pengiklanan – usaha menyebaran maklumat produk wajar diberi pertimbangan dalam usaha promosi.

* Kos efektif – kaedah dan jenis promosi yang dilakukan haruslah efektif khususnya kos.

* Lakukan jualan dan promosi bagi menawar atau membeli jiwa pelanggan.

* Justeru itu peniaga/ usahawan wajar belajar bagaimana mengurus dan membeli emosi pelanggan.

* Kekalkan hubungan dengan pelanggan – ingat namanya dan senyum selalu.

* Kesimpulannya, strategi pemasaran yang berkesan mestilah berkeupayaan untuk menghebohkan produk atau perkhidmatan kepada seramai bakal pembeli yang boleh tanpa halangan geografi, demografi dan komunikasi.

Sukses dan Berani Gagal

Sukses dapat diraih siapa saja. Tapi, harus di tentukan dulu sasarannya agar tahu apa yang hendak diraih. Dan, siapapun juga harus siap gagal.

Sukses dapat diraih siapa saja. Tentukan sasarannya. Kalau Anda tidak tahu apa yang Anda inginkan, lalu apa yang akan Anda capai? Kegagalan tidak terjadi karena Anda tidak punya uang, bakat, atau pengetahuan. Tetapi, lebih karena kurangnya kemauan untuk mewujudkan apa yang diimpikan.karena itu, sikap mental dapat dikatakan embrio kesuksesan.

Tak cuma angan-angan, Anda juga dituntut untuk membuat rencana yanng matang. Selanjutnya, lakukan apa yang berani Anda rencanakan. Jangan sekedar membuat rencana-rencana. Tanpa ada aksi nyata, bagaimana mungkin rencana Anda akan terwujud, yakini apa yang berani Anda lakukan.

Dalam melaksanakan rencana, masalah sering kali menerpa. Untuk itu Anda harus berjuang. Tiada sukses diraih tanpa resiko, kegagalan, keberanian, dan pengorbanan.keindahan sukses justru berada saat kita berusaha meraihnya.

Kepuasan terbesar dalam hidup adalah dapat melakukan apa yang tidak dapat dilaksanakan oleh orang lain karena itu, nikmati apa yang telah berani Anda sukseskan. Terakhir, sadari apa yang sedang Anda nikmati.

Segala prestasi harus didukung dengan kepribadian dan sikap mental yang positif. Tanpa keduanya, kesuksesan yang kita raih dapat hilang dengan cepat. Hidup adalah perubahan. Karenanya lebih sulit untuk mempertahankan kesussesan. Segala sesuatu yang kita lakukan tidak akan terwujud jika Tuhan tidak menghendakinya. Jadi usahakan untuk hidup seimbang, yakni dengan menjalankan agama.

Berani gagal

Pakar kegagalan No. 1 sejagad, Billi PS Lim mengajak semua orang untuk berani gagal ketika berusaha mewujudkan cita-cita. Kegagalan adalah hal yang wajar dialami siapapun. Gagal bukanlah sesuatu yang memalukan. Kegagalan justru membuat Anda lebih matang, jika Anda mengambil pelajaran dari pengalaman pahit itu.

Selama ini masyarakat selalu memandang rendah orang yang gagal. Situasi itu tidak kondusif untuk mendorong orang untuk kembali baresaha. Sehingga belum-belum orang sudah takut gagal. Sebab dia sudah tahu bagaimana akibatnya jika dia gagal. Orang akan mencemooh. Padahal kegagalan hanyalah proses belajar yang mesti di lalui orang sebelum meraih kesuksesan. Masyarakat harus toleran terhadap orang yang sedang ditimpa kegagalan.

Didalam perusahaan, karyawan seringkali malas berinisiatif dan berkreasi. Sebab, terlalu banyak peraturan yang mengekang. Mereka takut akan dihukum jika melanggar peraturan yang telah digariskan. Padahal mestinya ada kompromi, dalam batas-batas tertentu peraturan boleh dilanggar. Dan bagi para pemimpin agar senantiasa berbagi pengetahuan dengan bawahannya. Dengan begitu, akan terjadi sinergi antara pimpinan dan bawahannya. Jika pikiran terbuka, ide-ide baru dapat muncul.untuk itu karyawan perlu di beri pelatihan.

Orang seringkali mengeluh tidak ada kesempatan bagi dirinya untuk sukses. “Saya kan tidak punya uang, tidak punya keahlian, dan orang tua saya buka siapa-siapa. Bagaimana bisa sukses?”. Pertanyaan itu sering dilontarkan orang. Mereka tidak sadar, Tuhan telah menciptakan mereka dengan sempurna. Tiap orang diberi kelebihan masing-masing. Carilah itu di dalam diri Anda. Gunakan akal dan juga tenaga Anda untuk berusaha menghidupi diri dan mengejar mimpi-mimpi Anda. Jangan terpaku dengan melamar pekerjaan di perusahaan lain, cobalah berwirausaha. Ciptakan lapangan pekerjaan sendiri. Cari tahu bagaimana cara berusaha yang baik.

Jika semua orang memiliki sikap mental positif sepert itu, bukan mustahil kemiskinan dan krisis ekonomi yang di hadapi banyak negara segera bisa berakhir. Mau belajar, berusaha dan perpikir apa yang dapat dilakukan selanjutnya , serta berani bermimpi, adalah hal yang harus dipegang teguh setiap orang.

Nasihat untuk Usahawan yang Sedang Meningkat

Nasihat untuk Usahawan yang Sedang Meningkat
by Dato’ Mohd Nadzmi Mohd Salleh

Untuk berjaya dalam perniagaan , usahawan perlu mempunyai minat yang mendalam dan jati diri yang tinggi” – Dato’ Mohd Nadzmi

Falsafah inilah yang dipegang oleh Y Bhg Dato’ Mohd Nadzmi Mohd Salleh, Pengerusi Eksekutif, Nadicorp Holdings Sdn Bhd. Beliau berkata demikian semasa memberi ceramah tengahari PUNB bertajuk ” Revitalising Companies – The Way Forward” pada 27 Julai 2004.

Bermula dari dunia korporat, Dato’ Nadzmi telah diberi peluang untuk mengendalikan syarikat-syarikat Kerajaan yang bermasalah dan berjaya membawa syarikat-syarikat ini keluar dari kemelut dan masalah perniagaan. Nama-nama seperti PROTON, MARA, Park May Sdn Bhd, BAM dan sebagainya banyak dikaitkan dengan ketegasan dan komitmen tinggi beliau mengurus secara lurus dan mantap. Bentuk pengurusan ini sinonim dengan nama beliau.

Sebagai seorang yang berjaya dan berpengalaman, beliau sering memberi tip sebagai panduan kepada usahawan PUNB untuk berjaya dalam dunia perrniagaan :-

Ini adalah nasihat beliau:

• Anda mesti mempunyai sikap rajin
• Seseorang yang ingin menjadi usahawan perlu mempunyai minat, keinginan dan kesungguhan yang tinggi dan tidak berbelah bahagi. Tanpa elemen ini , mungkin kejayaan yang diharapkan tidak akan tercapai. Menurut Dato’ Mohd Nadzmi, sikap untuk berusaha secara bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu kerja adalah satu sikap yang baik.

Mengikut Dato’ Mohd Nadzmi, kita tidak dapat meramal masa depan kita. Contohnya jika seseorang yang mendapat pangkat ‘A’ dalam peperiksaan bukan bermakna dia akan mendapat ‘A’ dalam semua perkara. Jika kita lihat usahawan yang berjaya, mungkin mereka bukan dari golongan yang mendapat pangkat ‘A’ dalam peperiksaan. Tetapi mereka terdiri dari golongan yang gemar mengambil risiko dan akan berbuat apa sahaja untuk bertahan. Mereka belajar dari pengalaman dan berani mengambil risiko. Tanpa minat yang tinggi, kesungguhan, kesabaran dan takwa, usahawan tidak akan beroleh kejayaan cemerlang.

• Anda mesti mempunyai keyakinan diri
• Disamping minat dan kesungguhan, kreativiti juga perlu ada dalam diri seseorang. Ini perlu dipupuk dengan sikap bertanggungjawab, semangat yang tekad , keimanan yang kukuh dan berfikiran terbuka dan positif. Bagi Dato’ Mohd Nadzmi, usahawan adalah insan yang istimewa. Mereka merupakan golongan yang berani dan sanggup mengharungi pahit getir dunia perniagaan yang mencabar. Oleh itu, menurut Dato’ Mohd Nadzmi, seorang usahawan tidak perlu teragak-agak untuk membuat sesuatu keputusan semasa mengurus perniagaan. Apa yang penting, perlu ada ketegasan dalam membuat keputusan untuk menjamin keutuhan perniagaan tersebut. Setiap keputusan yang dibuat mempunyai risiko yang bakal dihadapi, tetapi jangan terlalu difikirkanya. Usahawan perlu menghadapinya dan terpulanglah kepada diri bagaimana untuk menyelesaikannya

• Mengurus organisasi dan operasi syarikat adalah penting
• Mengurus organisasi dan operasi syarikat merupakan perkara penting yang perlu diberi perhatian khusus. Contohnya pengurusan aliran wang tunai (cash flow) amat penting kerana ia diibaratkan seperti nadi dalam tubuh manusia. Jika aliran wang tunai tidak diurus secara mantap, syarikat tersebut akan menjadi kelam kabut dan akhirnya akan runtuh. Oleh yang demikian, setiap usahawan perlu memastikan aliran wang tunai syarikat mereka berada dalam keaadan yang kukuh.

• Penghormatan mesti diberi dan bukan diminta
• Seseorang usahawan perlu mengetahui secara terperinci mengenai hal ehwal perjalanan operasi perniagaan mereka. Ini dapat tercapai jika mereka mempunyai ilmu pengetahuan dan pengalaman kerana kedua-dua ini penting untuk meletakkan seseorang usahawan itu di tahap yang lebih tinggi dari para pekerjanya dan pesaingnya. Menurut beliau, penghormatan mesti diberi dan bukan diminta dan usahawan hanya akan mendapatkannya melalui ilmu pengetahuan. Sekiranya ilmu tersebut tidak terdapat di sini maka usahawan perlulah berusaha mencarinya di tempat yang lain atau mendapatkannya dari orang yang lebih berpengalaman.

• Belajar apa yang perlu mengenai cara menguruskan operasi peniagaan
• Fokus kepada bagaimana sesuatu perniagaan itu harus dijalankan. Usahawan perlu menentukan misi dan visi diri dan syarikat. Lebihkan tumpuan kepada bagaimana cara untuk menangani sesuatu permasalahan perniagaan yang timbul. Jangan optimis kepada sesuatu yang anda suka sahaja tetapi belajarlah tentang semua perkara untuk mengurus perniagaan dengan cemerlang .

• Belajar dari kesilapan
• Menurut Dato’ Mohd Nadzmi, tiada manusia di dunia ini sempurna. Kesilapan yang timbul mengajar manusia untuk memperbaiki kelemahan diri agar dapat mengembangkan minda kita menjadi lebih kreatif menyelesai masalah. Buatlah ‘post mortem’, kaji kesilapan yang telah berlaku dan jangan ulangi kesilapan itu. Di samping itu, sikap ego perlu diketepikan dan akuilah kesilapan yang telah berlaku. Jika kesilapan yang lalu tidak diperbaiki dan diulangi, pasti kejayaan tidak dapat akan tercapai.

• Ambil tindakan berasakan keutamaan
• Usahawan perlu bijak bertindak mengikut kepentingan sesuatu perkara. Menurut Dato’ Mohd Nazmi, beliau akan menulis dalam buku nota tentang perkara yang memerlukan tindakan beliau apabila perkara tersebut terlintas di kotak fikirannya. Beliau kemudian menyenaraikan perkara-perkara tersebut mengikut kepentingan dan bertindak mengikut senarai yang tertulis. Menurut beliau lagi, sekiranya seseorang berada di dalam kemelut perniagaan, tulislah apa yang difikirkan. Tetapi apa yang penting, janganlah takut dengan masalah tersebut dan bertindaklah untuk menyelesaikanya secara bijak.

• Jadilah pemimpin yang bertanggungjawab
• Menurut Dato’ Mohd Nadzmi, beliau menjadikan YAB Tun Dr Mahathir Mohamed, bekas Perdana Menteri Malaysia sebagai mentor. Minat beliau untuk menjadi usahawan timbul setelah diberi tanggungjawab mengendali syarikat-syarikat Kerajaan yang bermasaalah. Beliau tidak diberi pilihan tetapi perlu memastikan syarikat-syarikat di bawah kendaliannya berjaya.

Dato’ Mohd Nadzmi juga menasihati para usahawan bahawa sekiranya diberi tugasan penting seseorang itu perlulah:-

– melakukan tugasan yang diamanahkan dengan cara yang terbaik
– mempunyai keupayaan untuk menganalisa dan menyelesaikan masalah
– kreatif dalam membuat keputusan
– jadikan masaalah yang timbul sebagai satu peluang untuk berjaya.

Seorang pemimpin mesti mempunyai imej yang baik supaya dihormati oleh orang-orang pimpinannya dan pesaingnya. Seorang peminpin juga perlu mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas tentang pengurusan dan operasi syarikatnya dan juga syarikat pesaing. Semua ini perlu untuk seseorang mencapai kejayaan cemerlang dalam perniagaan, Insyallah.

Perniagaan Memerlukan Pemasaran

Perniagaan Memerlukan Pemasaran
by Datuk Mohd Nasir Ahmad
 

Mengurus perniagaan memerlukan tahap kefahaman yang mencukupi. Tidak kira sama ada seseorang itu usahawan atau pengurus professional, kejayaan perniagaan yang diurusnya bergantung kepada tahap kefahamannya mengenai perniagaan.

Satu perkara asas mengenai perniagaan yang perlu difahami ialah Kitaran Perniagaan. Dengan memahami Kitaran Perniagaan, kita dapat melihat bagaimana sesuatu perniagaan itu bergerak dan menjana aliran tunai. Dalam perniagaan, aliran tunai adalah perkara paling penting dan kedudukan aliran tunai yang sihat akan menjamin perkembangan dan pertumbuhan perniagaan.

Secara ringkasnya Kitaran Perniagaan boleh ditunjukkan seperti Rajah 1 berikut:

ac_rajah1.gif

Rajah di atas menunjukkan bahawa perniagaan memerlukan modal wang untuk pembelian stok barangan atau bahan mentah yang mungkin perlu ditambah nilai melalui proses tertentu bagi menyediakan sesuatu produk atau keluaran. Bagi mendapat balik modal wang yang dibelanjakan, produk atau perkhidmatan yang dihasilkan perlu dijual di pasaran. Jika produk yang terhasil gagal dijual, kitaran perniagaan tidak akan lengkap dan ini menjejaskan aliran tunai perniagaan tersebut. Tanpa aliran tunai yang positif, perniagaan tidak mempunyai peluang untuk terus bertahan.

Penjualan produk atau perkhidmatan adalah satu perkara penting bagi operasi perniagaan. Untuk memastikan jualan dapat dilaksanakan ditahap paling tinggi, kefahaman tentang pemasaran dikalangan usahawan atau pihak pengurusan amat perlu. Kita telah melihat banyak perniagaan gagal kerana kelemahan dari segi pemasaran. Ramai usahawan mampu menghasilkan produk atau perkhidmatan yang baik dan berkualiti tetapi perniagaan mereka masih gagal kerana tidak dapat memasarkan produk seperti diharapkan. Oleh itu, setiap rancangan perniagaan harus memberi penekanan kepada aspek pemasaran.

Masih ramai yang memahami pemasaran sebagai hanya penjualan dan pengiklanan. Pemasaran sebenarnya adalah lebih dari itu. Kotler & Armstrong dalam Principles of Marketing menulis “Konsep pemasaran mengatakan bahawa pencapaian matlamat organisasi bergantung kepada usaha menentukan keperluan dan kehendak pasaran sasar dan memberi kepuasan yang dikehendaki dengan lebih efektif dan efisien daripada pesaing”. Konsep jualan berbeza dari konsep pemasaran di mana konsep jualan bermula dari kilang sementara konsep pemasaran bermula dengan pasaran. Perbezaan kedua konsep ini di tunjukkan seperti Rajah 2 berikut:

rajah 2.jpg

Konsep jualan tidak sesuai dalam pasaran di mana pelanggan yang berkuasa. Oleh kerana pemasaran berkait dengan kepuasan pelanggan, ia melibatkan produk, pembungkusan, promosi, harga dan pasaran. Maka tumpuan keatas faktor-faktor ini penting untuk menghasilkan pemasaran bersepadu yang boleh meningkatkan jualan. Kombinasi produk yang baik, pembungkusan yang menarik serta harga yang kompetitif hanya akan berkesan sekiranya ia memenuhi kehendak pasaran sasar.

Dalam keadaan pasaran yang semakin bersaing dan lebih terbuka, adalah wajar kaedah pemasaran memfokus kepada segmen pasaran dan produk diguna pakai. Syarikat perniagaan mungkin perlu mengenalpasti pasaran nich sebagai tumpuan. Memfokus kepada produk juga penting kerana apabila pasaran menjadi semakin besar, pengkhususan produk akan memberi kelebihan. Adalah lebih mudah memberi tumpuan kepada produk yang khusus daripada cuba mempelbagai produk dalam suasana pasaran yang luas. Dari masa kemasa, banyak perniagaan gagal apabila hilang fokus terhadap perniagaan asasnya.

Pengkhususan produk akan memastikan kualiti yang tinggi. Namun begitu, dalam keadaan di mana teknologi semakin memudahkan proses-proses pembuatan, kualiti produk yang tinggi mudah ditandingi oleh para pesaing. Oleh itu, kualiti yang tinggi harus pula ditawarkan pada harga yang lebih rendah dari pesaing.

Satu lagi aspek pemasaran yang harus diberi perhatian kini ialah konsep jenama (brand). Ada jenama yang besar dan terkenal diseluruh dunia dan ada juga jenama-jenama kecil yang khusus dan bertumpu kepada pasaran tertentu. Bagi perniagaan yang sukar menandingi jenama besar, strategi yang sesuai ialah membina jenama khusus untuk pasaran tertentu.

Pemasaran adalah penting untuk pertumbuhan perniagaan. Perniagaan yang tidak memberi tumpuan kepada pemasaran akan gagal dalam jangka terdekat kerana jualan akan terjejas dan kitaran perniagaan juga akan terjejas. Untuk memastikan pemasaran lebih berkesan, pengurusan tertinggi syarikat hendaklah melibatkan diri secara langsung dalam proses pemasaran. Pemasaran adalah terlalu penting untuk diserahkan hanya kepada pengurus pemasaran dan jabatan pemasaran. Ketua-ketua eksekutif syarikat mesti memahami konsep pemasaran secara mendalam di samping memahami bidang kewangan, pengeluaran, pengurusan dan sebagainya.

Sedang berfikir untuk menceburi bidang perniagaan …. Sila baca ini dahulu!

Artikel ‘semua yang anda ingin tahu’ ini merupakan satu editorial yang berfaedah yang memberi satu senarai ‘sebelum anda bermula’ yang baik. Senarai ini berguna untuk mereka yang serius untuk memulakan perniagaan sendiri.

Memula dan mengurus perniagaan memerlukan motivasi, keinginan dan bakat. Ia juga memerlukan kajian dan perancangan yang rapi.Seperti permainan catur, kejayaan di dalam perniagaan bermula dengan langkah yang tegas dan tepat. Walaupun kesalahan yang dilakukan di peringkat permulaan berniagan tidak begitu menjejaskan perniagaan, tetapi ia memerlukan kemahiran, disiplin dan usaha gigih untuk mendapatkan semula peluang tersebut.

Untuk berjaya, cari dan nilai matlamat perniagaan dan juga diri anda.Gunakan maklumat ini untuk merangka pelan perniagaan secara menyeluruh yang dapat membantu anda mencapai matlamat tersebut.

Proses untuk merancang pelan perniagaan akan membantu anda untuk berfikir mengenai isu-isu penting yang belum anda pertimbangkan. Perancangan anda akan menjadi alat dan buku panduan yang berharga untuk anda berusaha mencari sumber pembiayaan.Ia juga berfungsi sebagai pengukur kejayaan perniagaan anda.

1. Baru Bermula
Sebelum bermula, senaraikan sebab-sebab anda mahu memulakan perniagaan. Sebahagian daripadanya ialah :
· Anda ingin menjadi seorang majikan
· Anda inginkan kebebesan kewangan
· Anda inginkan kebebasan kreativiti
· Anda ingin menggunakan sepenuhnya kemahiran dan pengetahuan yang ada

2. Menentukan perniagaan yang ‘sesuai untuk anda’. Tanya diri anda :
· Apa yang saya buat di masa lapang?
· Apakah kemahiran teknikal yang telah saya pelajari atau perolehi?
· Apa pendapat orang lain tentang kebolehan saya?
· Bolehkah saya mendapat sokongan dari keluarga ?
· Berapa banyak masa yang saya ada untuk mengusahakan perniagaan saya?
· Adakah saya mempunyai hobi atau minat yang boleh dipasarkan?

3. Kenalpasti ‘niche’ perniagaan anda. Jalankan kajian yang perlu untuk menjawab soalan-soalan ini:
· Apakah jenis perniagaan yang saya minati?
· Apakah khidmat atau produk yang saya akan pasarkan?
· Adakah idea saya praktikal dan bolehkah ia menepati kehendak/ keperluan?
· Siapakah persaing saya?
· Apakah kelebihan perniagaan saya berbanding dengan perniagaan sedia ada?
· Bolehkah saya memberikan khidmat yang berkualiti tinggi?
· Bolehkah saya mengwujudkan permintaan terhadap perniagaan saya?

4. Buat senarai ‘pra-perniagaan’.Anda perlu menjawab soalan-soalan ini:
· Apakah kemahiran dan pengalaman yang boleh saya sumbangkan kepada perniagaan ini?
· Bagaimana kedudukan saya di sisi undang-undang?
· Bagaimana rekod perniagaan akan dikendalikan?
· Apakah jenis perlindungan insuran yang diperlukan?
· Apakah peralatan atau bekalan yang diperlukan?
· Apakah imbuhan untuk diri saya?
· Apakah sumber yang saya perlukan?
· Di manakah premis perniagaan saya?
· Apakah nama perniagaan saya?

Jawapan ini akan membantu anda untuk membuat rancangan perniagaan lebih fokus dan menyeluruh yang boleh berfungsi sebagai ‘blueprint’. Ia akan memberi butiran terperinci bagaimana peniagaan akan dijalankan dan diuruskan.

Rancangan perniagaan merupakan asas penting untuk memulakan perniagaan. Setelah anda menyiapkan rancangan tersebut, semak dengan kawan dan rakan perniagaan. Apabila anda berpuas hati dengan isi dan strukturnya, buatlah temujanji dengan pegawai bank untuk semakan dan perbincangan lanjut. Rancangan perniagaan adalah dokumen fleksibel dan perlu berubah apabila perniagaan anda berkembang.

Tip untuk Mengusaha Perniagaan Runcit

Tip-tip ini diberikan oleh Y Bhg Dato’ Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan Mydin Mohamed & Sons Sdn Bhd yang memiliki rantaian Emporium persendirian borong Mydin yang terbesar di Malaysia.

Sebelum membuat keputusan untuk mengusahakan perniagaan runcit, pastikan;

* Anda belajar selok-belok perniagaan ini dari mereka menjalankan perniagaan yang sama.
* Anda belajar tentang asas-asas perniagaan bagi membolehkan anda mendapat pengetahuan secukupnya dalam setiap sudut perniagaan ini.
* Anda perlu belajar daripada pengalaman orang lain dari terus kekal dengan idea sendiri kerana mungkin idea tersebut tidak semestinya praktikal.
* Seseorang usahawan itu mesti ‘hands-on’ dalam mengusahakan perniagaan.
* Jangan terlebih atau terkurang dalam membayar gaji kakitangan anda.Bayarlah gaji mereka mengikut kadar yang berpatutan.
* Apabila anda membuat keputusan untuk terlibat dalam perniagaan, lakukan dengan betul dan berdisplin serta penuh komitmen.Usahalah perniagaan anda dengan sepenuh hati.
* Beri sepenuh tumpuan dalam perniagaan. Jangan mempelbagaikan perniagaan ke bidang lain menggunakan wang dari perniagaan yang sedia ada. Elakkan dari perkara penting ini.
* Dalam perniagaan, jangan bersikap terlalu baik hati. Dalam kehidupan, anda tidak boleh terlalu baik dengan orang lain.
* Anda perlu prihatin terhadap kos.Jangan membelanjakan wang hasil kerja keras anda ke atas perkara-perkara yang tidak berfaeadah.
* Jangan campur-aduk perbelanjaan perniagaan dengan perbelanjaan peribadi.
* Anda perlu menunjukkan kepada kakitangan anda yang anda faham dan tahu serba serbi tentang perniagaan anda. Ini menjadikan mereka tidak berani berbohong atau menipu anda.
* Usahalah perniagaan yang membezakan anda dari orang lain yang terlibat dalam perniagaan yang sama. Jadikan perniagaan anda sesuatu yang istimewa dan unik untuk berbeza anda dari orang lain.
* Jangan jalankan perniagaan dalam premis milik anda yang boleh di sewa dengan kadar yang tinggi. Sebaliknya carilah premis yang lebih murah yang bersesuaian dengan dengan bajet anda.
* Apabila menyewa , rancang dan buatlah bajet yang betul bagi memastikan kadar sewa premis mengikut bajet anda. Jangan menyewa di tempat yang mahal walaupun ianya merupakan tempat yang stragetik.
* Sebelum mencari lokasi perniagaan anda, buatlah perancangan, sediakan bajet dan aliran wang tunai, dapatkan pengesahan-pengesahan yang perlu (seperti pinjaman bank, lesen-lesen), sebutharga dan lain-lain perkara terlebih dahulu. Lokasi yang baik tidak akan menunggu anda.
* Rancanglah perkara-perkara diluar jangkaan anda.Mengikut hukum Murphy, banyak perkara boleh berlaku secara tidak dijangka, hanya anda cuma perlu bersedia untuk menghadapinya.
* Ambil insuran untuk melindungi stok, mesin pembayar (cash register), tunai runcit, komputer, sistem amaran dan apa-apa yang perlu diinsurankan.
* Sentiasa berwaspada dengan risiko perniagaan seperti cap dagangan, bomba, bandaraya dan isu-isu pasar malam.
* Tiada salahnya jika anda menjalankan perniagaan bersebelahan dengan pesaing anda sekiranya anda tahu kekuatan diri anda dan kelemahan pesaing anda.
* Dalam perniagaan, berhati-hati dengan nisbah keumpilan. Nisbah keumpilan penting kerana pinjaman mempunyai kadar bunga. Jangan gunakan aliran tunai dari pinjaman bank.Simpanlah untuk kegunaan masa hadapan.
* Anda perlu berhati-hati dan bertanggungjawab terhadap diri anda.
* Amalkan etika perniagaan yang baik.Ia akan menjadi contoh kepada orang lain dan ia akan mempermudahkan
kawalan dan pemantauan ke atas perniagaan anda.

Tip Untuk Memohon- Panduan Untuk Menyediakan Pelan Perniagaan

Sebagai panduan untuk menyediakan pelan perniagaan untuk memohon pakej keusahawanan PKS, rangkakan dokumen anda dengan menunjukkan bahagian untuk Ringkasan Eksekutif, Peluang Perniagaan, Strategi Perniagaan & Petunjuk Pencapaian, Pelan Pemasaran, Pelan Operasi Pengurusan dan Kakitangan Utama dan Unjuran Kewangan.

* Ringkasan Eksekutif – Membincangkan peluang perniagaan, teknologi, produk, pasaran dan pengurusan; cadangan jumlah kewangan dan kegunaan untuk menjalankan perniagaan, ringkasan penyata pendapatan 5 tahun dan modal yang diperlukan.
* Peluang Perniagaan – Memberi gambaran tentang produk dan teknologi yang digunakan, mengapa pelanggan mahukannya dan bagaimana ia dapat memenuhi kehendak pelanggan.
* Strategi Perniagaan dan Petunjuk Pencapaian -Menyenaraikan strategi perniagaan termasuklah kewangan, teknologi dan pembangunan produk
* Pelan Pemasaran – Perlu merujuk kepada keperluan pelanggan, segmen pasaran, saluran pengagihan, strategi dan pelan jualan, saingan dan kedudukan pasaran.
* Pelan Operasi – Perlu menunjukkan Pelan Kejuruteraan dan pembuatan, pelan pentadbiran dan kemudahan pengeluaran.
* Pengurusan dan Kakitangan Utama – Biodata lengkap setiap kakitangan utama, organisasi, pelan perjawatan dan jumlah unjuran pekerja, dan program insentif dan ganti rugi sekiranya ada.
* Unjuran Kewangan – Unjuran proforma 5 tahun termasuk untung dan rugi, imbangan duga, penyata aliran tunai bersama andaian-andaian.

10 Kesilapan Utama Dalam Perniagaan Kecil

10 Kesilapan Utama Dalam Perniagaan Kecil

Kesilapan-kesilapan berikut merupakan kesilapan umum yang dilakukan oleh kebanyakan usahawan dan pemilik perniagaan kecil. Berhati-hatilah dengan kesilapan yang amat merbahaya ini……..

1. Terlalu yakin dengan sesuatu idea dan taksub dengannya.

Jangan terlalu yakin dengan satu idea sahaja. Ingat, idea adalah matawang kepada usahawan.Pelbagaikan idea dan lihat yang mana berupaya memberi ganjaran dan kejayaan kepada anda.

2. Tiada Pelan Pemasaran

Pelan Pemasaran boleh memberikan perhatian yang anda perlukan kepada pihak sasaran. Ia menjadi daya tarik pelanggan terhadap anda! Terdapat lebih dari 25 cara untuk memasarkan perniagaan anda dengan kos yang rendah ataupun tanpa melibatkan sebarang kos. Perlaksanaan pelan pemasaran secara berkesan, cekap, konsisten dan penuh bergaya dapat menjimatkan kos panggilan.

3. Tidak mengenali pelanggan anda

Perubahan pada citarasa pelanggan dan juga produk serta perkhidmatan persaing akan mempengaruhi perniagaan anda, kecuali jika anda kenal pelanggan secara dekat, tahu kehendak mereka pada masa kini dan masa hadapan, tahu corak pembelian mereka dan tahu bagaimana untuk membantu mereka walaupun anda tidak mempunyai produk atapun perkhidmatan tersebut.

4. Tidak peka dengan kedudukan aliran tunai syarikat

Walaupun anda mempunyai produk yang paling terbaik, pelanggan mungkin tidak akan membelinya dalam tempoh waktu yang anda fikirkan. Oleh itu kedudukan aliran tunai yang mantap penting untuk menampung diri dan syarikat anda dalam tempoh tersebut.

5. Tidak peduli tentang kakitangan

Salah satu cabaran yang paling sukar bagi seorang usahawan atau pemilik perniagaan ialah untuk memberi motivasi, bimbingan dan mengurus pekerja. Tanpa kesabaran, kesungguhan dan kemahiran, masalah tersebut akan menjadi lebih teruk. Moral dan produktiviti pekerja serta keuntungan syarikat boleh musnah dengan segera!

6. Keliru tentang kemungkinan dengan realiti

Usahawan yang berjaya hidup di dalam dunia yang penuh dengan kemungkinan tetapi mereka berbelanja dalam dunia realiti.

7. Tiada pelan penjualan.

Tanpa pelan penjualan, maka tidak ada cara untuk mengukur perkembangan kewangan dan kemajuan perniagaan anda. Anda memerlukan plan yang realistik untuk melihat dari mana, bagaimana, bila dan siapa yang membawa masuk jualan.

8. Penyendiri

Anda mungkin tahu kesemunya tetapi anda tidak boleh melakukanya seorang diri dan berkembang pada masa yang sama. Anda perlukan kakitangan untuk mengagihkan tanggungjawab kepada mereka.

9. Tiada ‘Mastermind’

Anda perlukan satu lembaga penasihat ataupun seorang mentor! Bagi mereka yang memopunyai pernigaan yang kecil , ini mungkin ini tidak masuk akal. Lembaga penasihat ini mungkin terdiri dari anggota keluarga atau sahabat yang anda percayai.Jadikan mereka Ahli Lembaga Pengarah, kaji pelan dan keputusan perniagaan bersama mereka. Adalah sangat kritikal untuk mempunyai seseorang yang boleh memberikan idea dan pandangan yang objektif.

10. Berputus Asa

Kebanyakkan usahawan yang berjaya pernah mengalami kegagalan. Oleh itu, sekiranya anda gagal, biarkan kegagalan itu. Bangun dan belajar dari kesilapan dan kegagalan lalu. Jangan berputus asa dan menderita.