PANDUAN MENANAM BAWANG MERAH

Bawang merah memang menjadi salah satu bahan utama dalam masakan di Malaysia. Memandangkan harga barang-barang di Malaysia semakin mahal, elok rasanya kita cuba-cuba untuk menanam sayuran sendiri. Selain boleh menjimatkan duit, kepuasan juga dapat diperoleh apabila kita menuai hasil sayuran kita nanti.

Khasiat bawang merah untuk kesihatan dan kecantikan memang tidak dapat dinafikan. Antaranya:

  1. Mengawal tekanan darah dan menurunkan kadar kolestrol.
  2. Mengurangkan risiko diabetes.
  3. Mencairkan kahak.
  4. Mengurangkan risiko penyakit kanser.
  5. Mencegah penuaan.
  6. Mencegah dan merawat jerawat.

Penanaman bawang di kebun pula bermanfaat sebagai penghalau serangga perosak, memperoleh daun bawang dan bawang. Panduan ini sesuai untuk tanaman di rumah atau kawasan kecil sahaja.

Cara penanaman bawang merah untuk mendapatkan daun bawang:

  1. Sediakan bebawang yang dibeli daripada kedai @ pasar.

Image result for pokok daun bawang

2. Penyediaan bebawang :a)  Potong 1/3 atas bawang untuk mempercepatkan pertumbuhan. b) Cara lain: biarkan bawang beberapa minggu dalam peri sejuk @ bekas bawang sehingga keluar tunas.

20151014_193722

Bawang yang dipotong 1/3 bahagian atasnya dan bawang yang dibiarkan bertunas dalam peti sejuk

3. Penyediaan medium tanah dan bekas tanaman: Letakkan medium tanah yang sesuai (Saya menggunakan tanah hitam yang dibeli dinurseri. Sepaket RM 1.50-2.00) di dalam bekas yang sesuai.

20151014_193058

Bekas air mineral 1.5l yang telah dipotong

20151014_193126

4. Pembajaan : Sepanjang tempoh penanaman bawang, kita perlulah membajanya sebanyak 2 kali iaitu semasa penanaman dan beberapa minggu selepas penanaman. Saya menggunakan baja organik.

20151016_192655

Selepas 3 hari ditanam. Tunas telah memanjang bagi bawang yang disimpan dalam peti sejuk. Tunas telah muncul untuk bawang yang dipotong 1/3 bahagian atas.

5.Penyiraman :Siram 2 kali sehari – 1x waktu pagi, 1x waktu petang. (saya renjiskan air sahaja 2 hari sekali).

6. Tuaian : Daun bawang boleh dituai 2 minggu selepas penanaman apabila sudah panjang.

Sumber: http://www.kebunbandar.com

PANDUAN TANAMAN DAUN SADERI

Image result for daun saderi

Pengenalan

Daun Saderi, daun sup atau ranting suri merupakan sejenis sayur yang berbatang lembut yang kaya dengan zat besi, fosforus, natrium, kalium, karotena, vitamin A, B-Kompleks dan C dan magnesium.

Kegunaan

Daun saderi merupakan herba yang sangat berguna bagi penawar beberapa penyakit antaranya:

  • Menurunkan tekanan darah tinggi.
  • Mengubati keracunan yang berpunca dari jangkitan bakteria seperti terpijak paku.
  • Merawat penyakit sendi
  • Merawat penyakit pundi kencing
  • Menghapuskan parasit usus

Cara Penanaman

  • Beli Daun Sup dari pasar yang mempunyai akar.
  • Rendamkan pokok daun sup itu di dalam bekas yang berisi air paip selama lebih kurang 1 hari.
  • Potong daunnya (untuk dibuat masakan) dan tinggalkan akar dan pangkal pokok lebih kurang 1 – 2 inci.
  • Tanam dalam pasu dan pastikan tanahnya sentiasa dijirus air dan sentiasa lembab.
  • Letak ditempat teduh dan jangan siram terlampau banyak.
  • Jangan cabut semua pokok apabila hendak mengambil daun saderi.

Sumber: http://www.pertanianperak.gov.my, https://ms.wikipedia.org

PANDUAN TANAMAN ANGGUR

Image result for anggur malaysia

Anggur (Vitis spp) ialah tumbuhan beriklim sederhana dari keluarga Vitaceae yang digunakan sebagai buah segar dan diproses untuk dibuat minuman, kismis, jus, wain dan sebagainya. Penanaman anggur banyak di negara beriklim sub-tropika atau sederhana sejuk dan kini telah ada varieti yang telah sesuai diadaptasikan dengan iklim tropika. Terdapat banyak spesis tanaman anggur di dunia dan telah dikhususkan untuk kegunaan penanaman.

Tanaman anggur di Malaysia masih baru dan dalam peringkat pembangunan lagi. Thailand dan Indonesia telah maju dalam industri penanaman anggur berbanding dengan Malaysia. Penanaman anggur di Malaysia cuma dimulakan sekitar tahun 1980’an. Berikut adalah panduan menanam anggur yang boleh dipraktikkan di rumah:

Cara mengguna tapak:

  •  Tanah yang berpasir sesuai bagi tanaman anggur.
  • Gemburkan tanah dan korek lubang sedalam 3.5 meter – 0.60 meter (11.2 kaki, lebar 2 kaki). Adalah lagi baik bagi tanah berbukit yang tidak air bertakung didalamnya. Masukkan tanah yang telus air dicampurkan dengan sedikit baja ke dalam lubang yang disediakan.
  • Bagi tanah rata atau berpaya tanaman berbatas amat digalakkan bagi mengelakkan akar pokok daripada terendam air.
  • Sekurang-kurangnya 0.3 meter – 0.45 meter (1 kaki tinggi dan 1 1/2 kaki lebar) batas diperlukan.
  • Saluran air amat penting supaya air tidak bertakung di sekitar pokok.
  • Hindarkan menanam di tanah yang mengandungi garam (masin), tanah gersang atau tanah yang kurang penyerapan airnya.
  • Tanam secara pasu digalakkan bagi kawasan perumahan.
  • Sinaran matahari amat perlu bagi penanaman anggur, sekurang-kurang 80% ke 100% sinaran matahari diperlukan.
  • Kawasan berbumbung yang telus sinaran matahari digalakkan supaya mendapat tanaman yang sihat dan senang diawasi dari serangan penyakit.
  • Tanaman secara pasu pula, pasu yang berukuran 40.6 -45.7 cm (16-18 inci) luas dan 35.6 cm- 45.7 cm (14-18 inci) dalam sudah mencukupi bagi setiap pohon anggur yang sihat dan menghasilkan buah bermutu.

Pemangkasan dan latihan

  •  Permotongan hendaklah dibuat apabila pokok setinggi 1.52 meter (5 kaki). Buang semua daun, ranting yang kurang sihat dan potong pucuknya.
  • Pastikan cabang merayap ikut arah yang dikehendaki .

Pemangkasan untuk pembuahan

  • Tabur baja penggalak bunga 20 hari sebelum pemangkasan dibuat.
  • Buang semua daun dan potong cabang yang tidak dikehendaki.
  • Potong semua ranting yang kurang sihat dan potong ranting yang sihat sekadar 4 atau 5 mata tumbuh dari cabang.
  • Potong pucuk kira – kira 1.21 meter ke 1.52 meter (4 atau 5 kaki) dari cabang.
  • Uruskan kerja dengan baik dan teratur .
  • Bersihkan di kawasan pokok dan buangkan daun-daun yang gugur di sekitarnya .

Kadar pembajaan pohon anggur:

  •  Baja organik amat sesuai bagi pokok muda.
  • Sebaiknya gunakan baja NPK yang sama pada pokok muda.
  • Tabur baja 1 kaki dari pangkal pokok, jikalau ditanam diatas tanah dan sedikit jauh dari batang jikalau didalam pasu.
  • Jarak yang terbaik sesuatu pembajaan ialah 7 – 10 hari.
  • Kurangkan anggaran yang dicadangkan oleh pengeluar baja, gunakan 50% – 60% dari angaran yang sebenarnya.

Kaedah siraman:

  •  Penyiraman boleh dibuat apabila didapati tanah disekeliling pokok itu kering.
  • Penyiraman memerlukan air yang banyak, AWAS ! jangan bertakung.
  • Sebaik-baiknya penyiraman dibuat pada sebelah petang atau awal pagi.
  • Siram cara berhati-hati dengan siraman air yang perlahan.
  • Buat siraman pada pangkal pokok, daun tidak memerlukan air.
  • Kurangkan siraman semasa buah sedang masak atau 20 hari sebelum dipetik buahnya.

Sumber: http://www2.bharian.com.my

Tips hasilkan baja dan racun organik

PERTANIAN organik adalah satu kaedah penanaman yang tidak menggunakan baja kimia atau racun. Namun setiap tanaman tetap memerlukan baja sebagai sumber makanan dan juga sering diserang oleh serangga perosak dan penyakit.

Terdapat dua jenis baja organik iaitu baja organik buatan kilang dan baja organik buatan sendiri.

Baja organik mudah didapati di pasaran sekarang berbanding sebelum ini kerana ramai orang telah sedar kebaikan pertanian organik.

Selain itu, baja organik juga boleh dibuat sendiri di rumah dengan menggunakan bahan-bahan yang ada di sekeliling kita.

Ini sangat sesuai bagi petani yang ingin mengurangkan kos dan tidak terlalu bergantung kepada produk baja organik di pasaran.

Sama seperti baja organik, racun organik juga boleh diperoleh dengan mudah di pasaran.

Ia juga boleh dibuat sendiri dan prosesnya sangat mudah. Kita hanya perlu memilih sama ada membeli atau membuatnya sendiri.

Selain daripada racun organik, kita juga boleh menggunakan tanaman penarik atau penghalau serangga (repellent).

Baja organik

* Baja organik adalah berbeza mengikut kadar unsur di dalamnya. Ada baja organik yang kaya dengan unsur N, P atau K.

* Baja organik N adalah campuran bahan organik (tahi ayam kering), gula perang (molasses), bahan aktif mikroorganisme efektif (EM) dan air bersih yang diperam selama antara empat dan lima hari. Selepas itu, baja boleh disiram pada batas dan tanaman.

* Baja organik P adalah campuran batang pisang, kulit buah-buahan dan air kelapa muda yang diperam selama dua minggu.

– Baja organik K pula boleh dibuat dengan mencampurkan sabut kelapa dan air dan dibiarkan selama dua minggu.

* Kulit telur dan sisa tulang juga boleh dijadikan baja. Kedua-dua bahan tersebut dibakar dan ditumbuk lumat.

– Serbuk yang terhasil ditambah dengan air dan direndam selama antara tiga dan empat hari. Siram pada tanaman yang baru mula berbunga.

Hormon Pertumbuhan Semulajadi

* Terdapat dua jenis baja hormon yang juga boleh dihasilkan sendiri iaitu fermented fruit juice (FFJ) dan fermented plant juice (FPJ).

– FFJ adalah campuran buah-buahan yang manis (betik, mangga, nangka, jambu) dan gula perang . Tambah sedikit air dan diperam selama antara lima dan tujuh hari hari. Cecair yang terhasil kaya dengan unsur P dan K.

– FPJ pula adalah campuran tumbuhan (rumput, sisa sayuran, sisa pangkasan), gula perang dan sedikit air bersih, dibiarkan selama lima hingga tujuh hari. Hormon ini kaya dengan unsur N.

– Tapis untuk mengasingkan cecair dan juga hampas. Hampas jangan dibuang tetapi ia boleh dijadikan kompos.

Penghalau serangga (repellent)

-Tumbuhan repellent ini biasanya mempunya bau yang kuat. Bau yang dihasilkan oleh tumbuhan itu sebenarnya yang menghalau serangga perosak.

– Beberapa contoh repellent iaitu serai wangi, kesum, kemangi, selasih, daun kari, limau purut, pandan, daun bawang, kucai, ketumbar, marigold, pudina dan sebagainya.

– Manakala tumbuhan yang boleh menarik serangga perosak ialah lobak putih, markisa, bunga Tunera dan jagung manis.

– Pokok repellent boleh ditanam di sekitar batas tanaman. Sebaik-baiknya tanam di bahagian angin sering bertiup supaya

angin boleh menyebarkan bau pokok repellent ke seluruh kawasan penanaman.

– Selain itu, pokok repellent juga boleh dipangkas dan dipotong kecil untuk ditabur di atas batas. Potongan repellent akan mengeluarkan bau yang tidak disukai serangga perosak.

– Dan kaedah terakhir, semua daun pokok repellent boleh dicampurkan dan dikisar halus dengan sedikit air dan sabun. Cecair yang terhasil boleh disembur pada tanaman untuk kawalan serangga perosak.

PANDUAN MENANAM STRAWBERRY DARI BIJI BENIH

Buah strawberry terkenal dengan kelazatannya, khasiatnya dan warnanya yang menarik. Stawberry biasanya ditanam di kawasan bertanah tinggi seperti di Cameron Highlands. Tetapi sebenarnya tanaman ini juga sesuai ditanam di kawasan bertanah rendah seperti di Lembah Kelang ni. Tetapi perlukan kesabaran dan tidak mudah putus asa. Berikut adalah langkah-langkah untuk menanam strawberry daripada biji benih. Selamat mencuba!

Langkah-langkah penyediaan biji benih:

1) Ambil biji benih daripada buah strawberry. Antara caranya:

  • cungkil daripada permukaan buah

  • Biar buah lembik sedikit dan lenyekkan buah tersebut dalam tapis halus.

2) Rendam biji benih dalam air lebih kurang 15 minit. Boleh juga merendam biji di dalam air hangat selama 12-24 jam. Letak atas wet tisu.

3) Simpan tisu yang mengadungi benih tadi dalam plastik berseal. Simpan dalam peti sejuk 2-4 minggu.

Langkah-langkah untuk menyemai anak benih:

1) Apabila masa  telah mencukupi keluarkan biji dari peti sejuk dan semai dengan kedalaman 1/2″ dalam “peat moss”/Spagnum moss” atau  “Peat  Pellet” . Ini bertujuan untuk mengurangkan kadar kematian semasa mengalih anak pokok akibat gangguan pada akar pokok.

  • Peat moss adalah bahan reput atau bahan mati daripada gabungan beberapa komponen di dalamnya seperti lumut, pokok renek, rumput dan lain-lain. Namun komponen utamanya ialah lumut sphagum.

Rupa lumut Sphagum yang masih hidup

Sphagum yang telah menjadi kompos/reput

Peat  Pellet

2) Siram secukupnya. Pastikan cahaya matahari mencukupi tetapi  ELAKKAN terkena secara lansung.

3) Percambahan pokok adalah berbeza-beza. Tetapi biasanya dalam tempoh 2 minggu.

Langkah-langkah untuk penanaman anak benih:

1) Apabila pokok strawberry semakin besar (sekurang-kurang sudah mempunyai 3 helai daun), boleh dipindahkah ke pasu yang lebih besar.

2) Letak di tempat redup tapi cukup mendapat cahaya matahari.

3) Siram dengan banyak di bahagian akar. Tapi JANGAN bertakung.

4) Baja 2 minggu sekali. (jangan terlampau banyak). JANGAN baja pokok sebelum umur 2 bulan.

5) Apabila pokok berbunga untuk pertama kali SAHAJA, buang bunga tersebut. Ini bertujuan untuk mengekalkan kestabilan pokok.

Sumber: http://mylestarygarden.blogspot.com,      http://mckelsohpunyerbelog.blogspot.com

PANDUAN PENJAGAAN UDANG GALAH

UDANG galah atau nama saintifiknya macrobrachium rosenbergii, berada dalam keluarga palaemonidae bersifat omnivora, cenderung aktif pada waktu malam.

Ia hidup di air tawar dan air payau seperti di sungai, paya, saliran, tasik dan perairan lain yang biasanya mempunyai hubungan air dengan laut.

Udang galah boleh diternak secara sejenis atau monokultur mahu pun polikultur dengan ikan atau secara ternakan bersepadu bersama itik, lembu dan haiwan lain.

Pengurusan ternakannya mudah dan jarang diserang penyakit serta jangka masa ternakan yang agak singkat.

Bagaimanapun kini, taburannya agak terbatas di kawasan perairan yang tidak tercemar dan di kolam-kolam ternakan.

Udang galah sesuai diternak kerana mempunyai permintaan yang baik di samping harga pasarannya yang agak tinggi.

Penyediaan kolam

Di Malaysia saiz biasa kolam udang adalah antara 0.25 ekar hingga 1.5 ekar dengan kedalaman sekitar satu hingga dua meter (m).

Kolam yang terlalu cetek menyebabkan rumput dan lumut tumbuh dan menyukarkan penjaringan, manakala kolam yang terlalu dalam akan menyukarkan pengurusan.

Pengeringan

Dedahan kepada cahaya matahari terik perlu untuk membunuh pemangsa (ikan, belut, serangga) dan patogen (bakteria, kulat, parasit).

Pendedahan dasar kolam kepada udara dan cahaya matahari pula mempercepatkan proses pereputan bahan organik (najis, makanan lebih, daun, rumput dan sebagainya) yang akan menambahkan kesuburan kolam.

Jangka masa pengeringan antara satu dan dua minggu biasa dibuat, bagaimanapun ada ketikanya kolam perlu dikeringkan untuk jangka masa lebih panjang, misalnya di musim hujan atau bila kolam telah terlalu lama digunakan.

Meracun

Kolam yang tidak boleh dikeringkan perlu diracun untuk membunuh ikan liar (pemangsa). Racun organik seperti akar tuba, hampas biji teh (tea seed cake), dan daun tembakau.

Untuk membunuh ikan seperti lampam adalah sekitar 10 miligram setiap liter (mg/l) manakala bagi ikan haruan kadar sekitar 30 mg/l adalah diperlukan.

Mengapur

Kolam dikapur dengan tujuan untuk menstabilkan pH, membunuh ikan liar, menggalakkan proses salin kulit udang, meninggikan kadar pereputan bahan organik seterusnya menyuburkan kolam.

Antara jenis-jenis kapur yang terdapat di pasaran adalah kapur abu panas (quicklime – CaO) berkesan dengan cepat, jangkamasa keberkesanannya pendek.

Kapur batu putih (lime stone – Ca(CO3)), berkesan secara perlahan-lahan tetapi jangkamasa keberkesanannya panjang.

Kapur abu sejuk (slake/hydrated lime) bertindakbalas cepat dan kesannya juga cepat hilang. Cara mengapur kolam yang biasa diamalkan adalah dengan menabur rata serbuk kapur abu sejuk (hydrated) di permukaan dalam kolam kering dengan sukatan sekitar satu kilogram bagi setiap 10 meter (kg/10m).

Membaja

Kolam perlu dibaja bagi menggalakkan pertumbuhan makanan semulajadi yang berbentuk cacing, siput, lumut dan tumbuhan air.

Dua jenis baja yang biasa digunakan adalah baja organik dan baja kimia.

Najis haiwan (ayam, itik, lembu, kambing) adalah jenis baja organik yang biasa digunakan. Bagi baja kimia pula, triple super phosphate (TSP) boleh digunakan dengan kadar 3.5kg/1000m/minggu.

Pengairan

Air memasuki kolam melalui penapis halus bagi menghindari kemasukan haiwan pemangsa.

Sebaiknya udang dilepas seminggu selepas air masuk.

Kadar tukaran air terbaik untuk kolam ternakan udang adalah sekali untuk seminggu hingga dua minggu.

Kadar ini mampu menampung kepadatan ternakan sebanyak 10/m tanpa perlukan alat pengudaraan. Kadar alir air yang lebih perlahan akan menyebabkan air kolam kurang bermutu dan memerlukan alat pengudaraan.

Kadar aliran air yang sangat cepat sebaliknya membawa baja keluar kolam tanpa dapat dimanfaatkan untuk pertumbuhan makanan semulajadi udang.

Kolam udang yang tidak melakukan penukaran air memerlukan alat pengudaraan seperti kincir air (paddle wheel), penyembur angin (air blower), pemampat angin (air compressor) dan pam air bagi membantu menambah kandungan oksigen terutama waktu malam.

Pemakanan

Makanan rumusan udang galah (pellet) sesuai kerana mengandungi protein yang tinggi (30 hingga 40 peratus), mengandungi zat-zat lain yang diperlukan dan stabil dalam air.

Bagaimanapun didapati udang masih memerlukan bekalan makanan semula jadi dari kolam. Pemberian makanan adalah dua atau tiga kali sehari.

Makanan awalan (starter) diberikan untuk bulan pertama hingga kedua, diikuti dengan makanan tumbesaran (grower) bagi bulan kedua hingga keempat dan dua bulan berikutnya dengan makanan Penamat (finisher) sehingga udang dipasarkan.

Hasilkan makanan sendiri

Makanan boleh dihasilkan sendiri untuk mengurangkan kos. Bahan-bahan asas yang biasa diguna untuk membuat makanan adalah seperti tepung ikan, kulit udang, kacang soya, kacang tanah, tepung gandum, beras, ubi kayu, minyak kelapa, sawit dan minyak ikan.

Makanan sampingan seperti kopra kelapa, jagung, daging ayam atau itik, perut ayam dan hampas kacang soya juga boleh diberikan.

Bagaimanapun mutu air kolam hendaklah sentiasa dalam kawalan agar tidak terlalu subur yang memungkinkan kematian udang ternakan.

Pungutan hasil

Kadar tumbesaran individu udang berbeza bergantung kepada jantina, baka, mutu dan jumlah makanan, mutu air dan kadar pelepasan.

Penjaringan boleh dimulakan pada bulan ke empat dan diulangi tiga hingga empat minggu sekali sehingga semua udang dikeluarkan dari kolam.

Kolam kemudian dikeringkan dan rawatan kolam dilakukan. Udang yang terlalu kecil dari beberapa kolam boleh di asing dan di pindah ke satu kolam lain untuk dibesarkan.

Penyakit dan kawalan

Penyakit merupakan faktor yang membatas penghasilan udang galah.

Penyakit yang banyak menyerang udang galah adalah bintik hitam (black spot) iaitu penyakit yang disebabkan oleh bakteria sering menyerang peringkat larva tahap 4 dan 5.

Penyakit tersebut boleh dicegah melalui pengurusan air dan elakkan dari kecederaan fizikal udang, stok melebihi kadar muatan atau kekurangan makanan.

Rawatan

Rendam dalam 10 ppm asid oxolinic untuk selama sejam atau dua ppm nifurpirinol untuk 96 jam. Penyakit yang disebabkan oleh bakterial berasal dari air laut iaitu Vibro sp mempunyai simptom stres. Rawatan : Rendam dalam 11 – 13 ppm Furozolidone selama tiga hari.

PANDUAN MENANAM UBI KELADI

UBI keladi dengan nama saintifik Colocasia esculenta dari keluarga Araceae merupakan tanaman tropika dan dipercayai berasal dari kawasan lembah di Malaysia dan ditanam di India pada 5000 tahun sebelum Masehi sebelum dibawa ke Mesir.

Pokok keladi mempunyai daun yang lebar berbentuk hati dengan saiz yang pelbagai. Sesetengah spesies keladi mengeluarkan sulur yang menjalar. Di negara seperti Fiji, ubi keladi dijadikan sumber makanan utama.

Keladi tidak boleh dimakan mentah dan dianggap beracun kerana kandungan calcium oxalate di dalamnya. Ia selamat untuk dimakan setelah direbus atau direndam dalam air semalaman.

Di Malaysia ubi keladi dijadikan makanan manusia dan ternakan.

Jenis-jenis keladi

Terdapat lebih daripada 35 kultivar keladi yang berbeza dan umumnya keladi dibahagi kepada dua kumpulan utama iaitu:

1) Keladi jenis eddoe iaitu ubinya kecil dan dikelilingi oleh ubi-ubi sisi yang sempurna bentuknya dikenali sebagai Colocasia esculenta var. antiquorum.

2) Keladi jenis dasheen iaitu keladi yang mempunyai ubi yang besar dan terdapat kelompok ubi sisi yang kecil dipanggil Colocasia esculenta var. esculenta.

Keperluan tanaman keladi

  •  Ubi keladi boleh hidup dalam julat suhu 270 – 300C.
  • Taburan hujan melebihi 100 sm/tahun.
  • Ubi keladi sesuai pada tanah lom berpasir dan tidak bertakung air dan juga tanah gambut.
  • pH tanah yang sesuai adalah 4.5 hingga 7.

Penanaman

Penyediaan tanah

  • Tanah perlu dibajak dengan bajak piring untuk membalik-balikkan tanah untuk menghapuskan rumpai dan menambah bahan organik. Ia diikuti dengan bajak putar untuk menghancurkan tanah untuk mendapatkan tekstur yang gembur.
  • Jika tanah terlalu berasid, pengapuran perlu untuk menaikkan pH.
  • Keladi boleh ditanam sama ada di atas batas atau tanpa batas.

Bahan tanaman dan jarak tanaman

  • Benih keladi diperoleh dari sulur atau anak pokok yang berumur lebih kurang dua bulan dengan garis pusat tiga sentimeter.
  • Pucuk anak benih keladi dipotong dan tinggalkan batang atau tangkai daun keladi sepanjang 30 sentimeter.
  • Jarak antara pokok adalah 45 sentimeter dan antara barisan ialah 120 sentimeter.
  • Penyiraman perlu pada peringkat awal pertumbuhan pokok terutama jika cuaca kering.

Pembajaan

  • Bagi tanah yang berasid, pengapuran perlu untuk menaikan pH.
  • Kadar pembajaan yang biasa adalah 60N:50P2O5:100K2O kg/ha bergantung kepada kesuburan tanah, jarak tanaman dan keadaan tanah.
  • Baja diberi selepas 3-4 minggu ubi keladi ditanam.

Pengawalan rumpai

  • Merumpai dijalankan semasa pokok membesar iaitu tiga minggu selepas ditanam.
  • Kawalan rumpai boleh secara manual atau menggunakan racun rumpai.
  • Semasa merumpai secara manual, tanah akan dikambus ke pangkal perdu pokok selepas sulur keladi dibuang.
  • Sulur yang tidak diperlukan dibuang untuk memastikan tumbesaran pokok induk lebih sempurna.

Kawalan perosak dan penyakit

  • Musuh ubi keladi adalah serangga seperti ulat dan belalang. Ulat Hippotion celerio akan memakan daun keladi hingga ke tangkainya. Kawalan yang disyorkan adalah dengan mengutip ulat perosak ini dan dimusnahkan.
  • Belalang menyerang dengan memakan daun keladi yang menyebabkan pertumbuhan pokok terbantut. Kawalan dengan menggunakan racun serangga sekiranya serangan terlalu teruk.
  • Penyakit hawar daun oleh Phytophthora colocasia dapat dikawal dengan amalan kultura yang baik dan membuang dan musnahkan pokok yang diserang.
  • Penyakit reput umbisi oleh Sclerotium rolfsii juga boleh dikawal dengan amalan kultura seperti giliran tanaman dan musnahkan pokok yang dijangkiti.

Pemungutan hasil

  • Hasil ubi keladi boleh dikutip selepas tujuh hingga 12 bulan ditanam bergantung kepada jenis dan penjagaannya dimana saiz ubi keladi ini telah sesuai untuk dipasarkan.
  • Anggaran hasil adalah antara 6-12 tan/ha bergantung kepada penjagaan dan jenis ubi keladi.