Kenalpasti 12 Perosak Utama Mangga-Part IV

1. PENGOREK BUAH MANGGA

  • Nama scientifik : Sternochetus frigidus
  • Bahagian yang diserang: Buah.
  • Kitaran hidup:  Telur 7 h, larva 30-36 h, pupa 5-7 h, dewasa 42-50 h.
  • Simptom:
  1. Mula menyerang buah berumur 4-6 minggu.
  2. Larva mengorek ke dalam isi buah.
  3. Tiada fras di permukaan buah.
  4. Bila kumbang keluar dari buah ia akan menebuk lubang di permukaan.

2. PENGOREK BATANG MANGGA

  • Nama scientifik : Rhytidodera simulans
  • Bahagian yang diserang: Ranting, dahan dan batang.
  • Kitaran hidup:  Telur 7-10 h, larva 108-360 h, pupa 20-30 h, dewasa 100-120h.
  • Simptom:
  1. Kumbang berterlur pada ranting.
  2. Larva akan mengorek ke dalam kayu dan menyebabkan dahan patah.
  3. Serangan serius pada batang akan menyebabkan pokok mati.

3. ANAI-ANAI

  • Nama scientifik : Coptotermes curvignathus
  • Bahagian yang diserang: Ranting, dahan dan batang.
  • Kitaran hidup:  Telur 7-10 h, larva 108-360 h, pupa 20-30 h, dewasa 100-120 h.
  • Simptom:
  1. Serangga dewasa makan dan merosakkan kulit pada akar dan pada pangkal batang utama.
  2. Menjejas pertumbuhan pokok dan membunuh pokok.

Sumber: Ithnin Badri -Mardi

 

Kenalpasti 12 Perosak Utama Mangga-Part III

1. HAMA LELABAH MERAH

  • Nama scientifik : Tetranychus cinnabarinus
  • Bahagian yang diserang: Daun.
  • Kitaran hidup:  Telur 2-4 h, larva 6-8 h, dewasa 30 h.
  • Simptom:
  1. Menghisap cairan sel pada daun.
  2. Daun kering.
  3. Sisi daun menggulung dan gugur.

 

2. LALAT BUAH

  • Nama scientifik : Bactrocera papayae, B. carambolae, B. umbrosus, B. cucurbitae
  • Bahagian yang diserang: Buah matang.
  • Kitaran hidup:  Telur 2-3 h, larva 8-10 h, kepompong 9-10 h, dewasa 5-7 h.
  • Simptom:
  1. Perosak menyerang buah yang matang (berumur 8-10 minggu).
  2. Buah masak mempunyai isi yang lembut.
  3. Telur menetas dan larva mengorek dan merosakkan isi.

 

3.KOYA

  • Nama scientifik : Rastrococcus iceryoides, Dysmicoccus neobrevipes, D. brevipes, Pseudococcus lilanus, Ferrisiana virgata                 
  • Bahagian yang diserang: Bunga, daun, buah.
  • Kitaran hidup:  Ovoviviparus, nim -26-55 h, dewasa 31-80 h Simbiosis dengan semut.
  • Simptom:
  1. Menghisap cairan sel di permukaan bahagian tanaman menyebabkan pertumbuhan pokok terencat.
  2. Pertumbuhan kulat Meliola sp.dan Capnodium sp. di permukaan daun dan buah.

 

Bersambung di Part IV

Kenalpasti 12 Perosak Utama Mangga-Part II

  1. PENGERAT DAUN MANGGA
  • Nama scientifik : Deporaus marginatus
  • Bahagian yang diserang: Daun muda.
  • Kitaran hidup:  Telur 1-2 h, larva 2-4 h, pupa 5-7 h, dewasa 9-10 h
  • Simptom:
  1. Kumbang makan lapisan epidermis daun muda menyebabkan daun kering.
  2. Kumbang betina bertelur pada hujung daun dan kemudian memotong daun tersebut.

Deporaus marginatus

Deporaus marginatus 2

Deporaus marginatus 3

Daun muda yang dimakan Deporaus marginatus

 

    2.ULAT PENYAWANG DAUN

  • Nama scientifik : Orthaga incarusalis
  • Bahagian yang diserang: Daun.
  • Kitaran hidup:  Telur 3-5 h, larva 7-10 h, kepompong 4-5 h, dewasa 8-12 h.
  • Simptom:
  1. Perosak menyerang daun muda dan matang.
  2. Larva menyerang dalam kumpulan, merosakkan permukaan daun-daun dan membina sesawang yang mengikat lapisan-lapisan daun.
  3. Larva dan kepompong berada di dalam lapisan-lapisan daun tersebut.

Orthaga incarusalis

Orthaga incarusalis 2

3. KUMBANG PEMAKAN DAUN

  • Nama scientifik : Basilepta musae.
  • Bahagian yang diserang: Daun muda.
  • Kitaran hidup:  Telur 4-6 h, nim 10-15 h, dewasa 10-14 h
  • Simptom:
  1. Larva menyerang dalam kumpulan.
  2. Makan dan merosakkan permukaan atas daun

Basilepta musae2

Basilepta musae

Menyerang secara berkumpulan

Bersambung di Part III

Kenalpasti 12 Perosak Utama Mangga-Part 1

Buah mangga sedapkan. Terliur pulak puasa-puasa ni. Tapi tahu tak anda dan saya sendiri ada 12 perosak utama pokok ni. Hish banyaknya!! Jom kenal antara perosak yang glamer:

  1. KUTU TRIP
  • Nama scientifik : Selenothrips rubrocinctus, Haplothrips pictipes
  • Bahagian yang diserang: Pucuk, bunga dan putik.
  • Kitaran hidup:  12-20 h. Membiak dengan cepat terutama di musim kemarau
  • Simptom:
  1. Mengikis permukaan daun muda, bunga dan putik buah.
  2. Bunga dan putik buah boleh gugur atau menjadikan parut berwarna perang kehitaman seperti terbakar.
  3. Jangkitan kulat sekunder seperti Elsinoe mangiferae pada buah.

kutu trip

kutu trip 2

kutu trip3

 

2. ULAT BOMBOTELIA

  • Nama scientifik : Bombotelia jocosatrix.
  • Bahagian yang diserang: Bunga dan daun muda.
  • Kitaran hidup:  Telur 3-4 h, larva 13-15 h, kepompong 10-14 h, dewasa 6-12 h
  • Simptom:
  1. Larva menyerang dalam bilangan yang banyak, lazimnya di antara 7-15 ekor, pada satu pucuk atau satu jambak bunga.
  2. Serangan perosak yang berlaku dalam masa 3-5 hari tanpa rawatan akan menyebabkan kerosakan teruk pada daun muda dan bunga.
  3. Terdapat banyak butiran fras pada daun dan juga di atas tanah.
BUTIRAN FRAS

Contoh butiran fras

Ulat Bombotelia

Ulat Bombotelia 2

 

3. LELOMPAT DAUN MANGGA

  • Nama scientifik : Idioscopus clypealis, I.nitidulus.
  • Bahagian yang diserang: Bunga dan daun muda.
  • Kitaran hidup:  Telur 4-6 h, nim 10-15 h, dewasa 10-14 h
  • Simptom:
  1. Menghisap cairan sel pada pucuk, daun, dan bunga.
  2. Daun dan bunga gugur.
  3. Mengeluarkan rembesan manisan yg mengalakkan kulat Meliola sp tumbuh.
  4. Menghalang fotosintisis dan jejaskan kualiti buah.

Idioscopus clypealis, I.nitidulus

lompat mangga

bersambung di Part II

 

Teknologi vermikompos bantu promosi pertanian organik

Vermikompos: baja daripada proses perkumuhan cacing terhadap bahan-bahan organik seperti sayur -sayuran, dedaun, habuk kayu, serbuk sabut kelapa malah sehingga kertas pejabat sekali pun berpotensi tinggi untuk dijadikan baja yang terbaik. bahan seperti lebihan sayur-sayuran, habuk kayu mahupun cebisan kertas perlu digaul sekata dan diletakkan bersama cacing tersebut.

  • Fakta

Pengutipan hasil

  • Vermikompos boleh dituai selepas dua atau empat bulan.
  • Vermikompos yang terhasil diasingkan dengan mengumpulkannya dalam satu bahagian dan bahan sisa tanaman baru ditempatkan di sebelahnya.
  • Cacing-cacing akan berpindah dengan sendirinya ke bahan sisa tanaman baru.
  • Vermikompos yang telah diasingkan ditapis sebelum dibungkus dan dijual atau digunakan.

Kebaikan vermikompos

  • Memperbaiki struktur tanah.
  • Memperbaiki kandungan biologi tanah dengan penambahbaikan mikrorganisma, hormon dan juga enzim.
  • Membekalkan unsur-unsur yang diperlukan untuk pertumbuhan pokok.
  • Mengandungi humus yang berguna untuk meningkatkan kesuburan tanah.

 

Sumber: http://www.utusan.com.my

 

Batang pisang pengekal warna

Pewarna sintetik penyumbang utama dalam industri tekstil. Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini industri itu kembali mengetengahkan pewarna dari sumber asli.

Pewarna asli bukan saja dapat menjamin kelestarian alam sekitar, malah turut mengatasi isu pencemaran bahan kimia yang dihasilkan daripada pewarna tiruan.

Ini berikutan proses pewarnaan sintetik dalam industri tekstil banyak menyumbang kepada pencemaran alam sekitar kerana ada pelbagai logam dan bahan kimia digunakan.

Ia berbeza dengan pewarna asli yang lebih selamat digunakan, mesra alam dan dapat mempertingkat nilai estetika dalam produk tekstil.

Ada pelbagai sumber alam yang boleh dijadikan pewarna asli, antaranya tumbuh-tumbuhan, herba serta galian dengan komponen pigmen warna istimewa.

Kebiasaannya, ketika proses penghasilan pewarna asli untuk penggunaan fabrik, bahan pengekal warna atau mordan turut dicampur pada masa yang sama.

Penggunaan mordan bertujuan ‘menaikkan’ warna selain menjadikan warna itu tahan lama.

Menyedari kepentingan ini, penyelidik daripada Fakulti Rekabentuk dan Senibina Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Nazlina Shaari bersama pelajar sarjana fakulti itu mencipta mordan daripada batang pisang atau nama saintifiknya Musa paradisiaca.

Dr Nazlina berkata, sepanjang kajian dijalankan hanya bahan buangan digunakan bagi menghasilkan pigmen warna alam untuk fabrik.

DR Nazlina mengetuai penyelidikan mencipta mordan daripada batang pisang yang berfungsi sebagai pengekal serta penggalak pewarna asli.

“Pigmen warna diekstrak daripada daripada pokok, antaranya senduduk, sepang, ketapang dan mangga.

“Bahan untuk proses mengekalkan warna pula daripada sumber sisa buangan batang pisang yang berfungsi sebagai mordan dalam formula berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, hasil kajian mengenal pasti batang pisang berpotensi dijadikan mordan untuk mengekalkan warna apabila diaplikasi ke atas kain kapas dan sutera.

Lebih membanggakan, proses pencampuran kedua-dua bahan yang 100 peratus daripada sumber alam itu sesuai dan selamat digunakan, selain dapat menghasilkan pelbagai tona warna.

“Kepelbagaian tona warna dikaji dan diperoleh dengan mengawal suhu dan tahap alkali di dalam setiap larutan pewarna,” katanya.

Dr Nazlina berkata, keputusan menunjukkan semua pewarna semula jadi dengan kombinasi mordan daripada batang pisang menyerlahkan kombinasi warna ke atas fabrik sutera dan kapas.

“Keseluruhan rantaian kaedah melalui pengumpulan, pemprosesan dan pencelupan dijalankan dengan melihat faktor ekologi supaya ia selamat.

“Proses ini juga diharap dapat memberi impak lebih mesra alam terhadap alam sekitar, pengurangan penggunaan bahan kimia serta dapat menjana pendapatan pengusaha tekstil tempatan,” katanya.

Penyelidikan yang mengambil masa setahun itu menelan kos RM5,000 dan dalam proses untuk dipatenkan.

Beliau bercadang mengkomersialkan produk berkenaan yang dijangka dapat dipasarkan tahun ini juga.

Sumber:http://www.hmetro.com.my

Soal Jawab Agro: 6 tip sebelum berkebun

Saya sering menggunakan bekas seperti botol plastik, beg semaian atau pasu untuk menanam pelbagai jenis sayuran dan herba untuk menjimatkan kos membeli peralatan.

Saya ingin mendapatkan tip berkebun menggunakan pasu atau pot.

Salbiah Hassan, Kota Tinggi, Johor

Ada enam perkara yang perlu kita ketahui apabila ingin berkebun menggunakan pasu atau pot:

1. Lokasi pasu: Perkara pertama yang perlu diberi perhatian ialah di mana lokasi ingin berkebun.Lebih baik letak pasu pada tempat yang ada sinaran matahari seperti di tepi tingkap dan tepi bangunan.

2. Tanaman: Perlu juga tahu jenis tanaman hendak ditanam di dalam bekas. Saya cadangkan anda menanam kangkung dan bayam kerana dua tanaman itu mudah tumbuh. Cuba tanam di dalam bekas dan lihat perkembangannya di lokasi yang dipilih. Apabila sudah menuai, boleh cuba tanaman lain. Mulakan sedikit demi sedikit.

3. Pengairan: Jangan keliru istilah pengairan dengan penyiraman.Pengairan bermaksud air siraman diserap pokok manakala lebihan air disalurkan keluar dari bekas tanaman. Kebanyakan sayur dan pokok buah tidak tahan air bertakung di dalam bekas. Akar tumbuhan akan lemas, seterusnya menyebabkannya mati. Pastikan setiap bekas yang digunakan ada lubang pengairan di bawahnya agar air siraman yang lebih mengalir keluar dari pasu.

4. Baja: Pembajaan penting kepada pokok yang tumbuh di dalam bekas kerana pokok tidak boleh mencari sendiri nutriennya. Oleh itu, selalu bekalkan kompos sebagai baja organik kepada tanaman di dalam bekas. Selang selikan dengan baja kimia jika lihat kesannya lambat.

5. Media tanaman: Media di sini bermaksud jenis tanah yang boleh digunakan untuk bertanam. Ada yang guna tanah campur, tanah bakar atau kompos sebagai media dalam pasu. Untuk tanaman di dalam pasu, lebih elok gunakan media yang tidak berat seperti kompos. Campuran kompos dan tanah atas (top soil) sangat disarankan. Selain kompos boleh menjadi baja, ia juga bertindak sebagai media yang bagus untuk penanaman seperti tanaman sayur.

6. Penyiraman: Ada dua sistem siraman iaitu automatik dan manual. Biasanya kita lebih senang menggunakan sistem siraman manual iaitu dengan terus menyiram dari paip air atau tong siraman. Ada beberapa inovasi yang boleh digunakan untuk menyiram secara automatik. Jika ada duit lebih, boleh naik taraf menggunakan sistem titisan berasaskan sistem fertigasi. Tetapi jika ingin jimat kos, guna sahaja siraman automatik menggunakan bahan terbuang.