JPH arah kurung ternakan

Langkah elak hawar berdarah daripada merebak selepas 37 ternakan terkorban di empat kampung

RANTAU PANJANG: Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) semalam mengarahkan semua pemilik lembu dan kerbau yang diternak secara lepas bebas di negeri ini, segera mengurung ternakan masing-masing sebagai langkah mengawal hawar berdarah daripada merebak.

Pengarah JPH Kelantan, Datuk Dr Mohd Zairi Serlan, berkata tindakan itu perlu berikutan setakat ini 37 kerbau dikesan menjadi mangsa serangan hawar berdarah membabitkan empat kampung iaitu Lubuk Gong, Danga, Tasik Tandak dan Kedak.

“Sebuah pasukan penyelidik sudah dibentuk bagi melakukan kajian terperinci mengenai penyakit ini di samping satu pasukan rondaan dibentuk bagi mengawal kawasan terdedah kepada hawar itu. JPH turut membantu menanam bangkai ternakan yang mati dengan segera.

“Bagi mengawal keadaan, JPH memohon kerjasama penternak supaya segera mengurung ternakan mereka ketika ini, bagi membolehkan kita memberi suntikan pelalian terhadap ternakan itu dalam usaha mengawal penyakit ini,” katanya di sini, semalam.

Difahamkan, penyakit Hawar Berdarah atau Haemoraghic Septicaemia (HS) yang menyerang ternakan kerbau dan lembu berpunca daripada kuman Pasteurella Multocida yang menyerang ternakan yang mengalami tekanan akibat perubahan cuaca.

Kerbau dikatakan lebih mudah dijangkiti HS berbanding lembu, manakala anak ternakan itu lebih terdedah kepada penyakit terbabit berbanding haiwan dewasa. Penyakit itu boleh mengakibatkan kematian tinggi sehingga 80% di kawasan wabak. Namun, suntikan pelalian yang segera boleh menyelamatkan nyawa ternakan terbabit.

Dr Mohd Zairi berkata, hawar berdarah merebak melalui air yang diminum oleh ternakan yang dicemari bangkai ternakan yang mati akibat penyakit terbabit.

“Mana-mana penternak yang mengesan ternakan mereka kurang bermaya, hendaklah segera membuat laporan kepada JPH untuk membolehkan pemeriksaan dilakukan.

“Setakat ini, kami mengesan 37 kematian ternakan, semuanya kerbau di kawasan terjejas. Hari ini, belum ada kematian dilaporkan tetapi petugas JPH masih meneruskan rondaan dan gerakan,” katanya.

Penternak dari Kampung Lubok Gong, Wan Yaakub Wan Deraman, 68, berkata 11 kerbau miliknya mati kelmarin ketika dilepas mencari makan sekitar sawah di kampung itu.

“Semua kerbau saya mati dalam keadaan bengkak di leher. Kematian ternakan dengan banyak sekali gus mengejutkan saya, kerana kejadian seperti ini tidak pernah berlaku. Kali terakhir kira-kira enam tahun lalu. Penyakit ini menyebabkan saya kehilangan punca pendapatan,” katanya yang mendakwa kerugian lebih RM10,000.

Rakannya, Yusoff Othman, 59, berkata beliau turut kerugian lebih RM10,000, apabila 10 kerbau mati sejak tiga hari lalu.

Ternak ikan tangki di Rhu 10

TEKNOLOGI TERKINI: Projek ternakan ikan kerapu menggunakan sistem ‘flow through’ di Kampung Rhu 10, Setiu, Terengganu.

Projek agrotani Trg Sukran dengan kerjasama TADC dan Permint beri peluang pekerjaan, tingkat pendapatan penduduk

KUALA TERENGGANU: Siapa kata kerja menternak tidak boleh mendatangkan hasil lumayan? Pandangan sinis bahawa bidang agrotani tidak akan membawa seseorang itu ke mana-mana sudah semakin lapuk dan tidak boleh lagi diguna pakai kini.

Dalam era serba moden dan berteknologi tinggi yang turut memberi tempias kepada sektor pertanian, penternakan dan nelayan, kini semakin ramai golongan itu boleh tersenyum bangga dan menikmati hidup lebih selesa dengan pendapatan bulanan setaraf ketua pegawai eksekutif syarikat.

Malah, golongan miskin dan hidup susah sebelum ini juga sudah mampu berkereta mewah, memiliki rumah besar yang lebih selesa, malah ada antara mereka yang berjaya menghantar anak belajar ke luar negara dengan hasil titik peluh sebagai petani dan penternak.

Dalam dunia yang semakin kurang menggunakan tenaga kerja manusia, lebih bergantung kepada mesin dan jentera berteknologi tinggi, selain pelbagai prasarana moden yang memudahkan lagi proses kerja, bidang agrotani kini semakin berkembang maju selaras dengan matlamat kerajaan memartabatkan industri asas tani ke tahap lebih tinggi.

Projek ternakan ikan kerapu menggunakan sistem ‘flow through’ di Kampung Rhu 10, Setiu yang dijalankan pengusaha Trg Sukran Hatchery Sdn Bhd (Trg Sukran) dengan kerjasama Terengganu Agriculture Development Corporation Sdn Bhd (TADC) serta Perbadanan Memajukan Iktisad Terengganu (Permint) menjadi satu contoh bidang penternakan semakin diberi keutamaan dan perhatian di negeri ini.

Ketua Pegawai Operasi Trg Sukran, Paul Mak, berkata projek yang bermula dengan 72 tangki ternakan yang mengepam dan mengalirkan air laut terus ke dalam kolam takungan itu menternak dua jenis kerapu iaitu kerapu harimau dan kerapu tikus yang bukan saja untuk pasaran tempatan, malah dieksport.

Beliau berkata, selain 72 kolam ternakan itu, pihaknya menempatkan enam kolam rawatan dan nurseri untuk ikan yang menjalani proses tumbesaran selain merawat ikan yang sakit supaya tidak bercampur dengan ikan lain sekali gus menyebabkan risiko jangkitan kepada ikan sihat.

Katanya, ikan sakit ditempatkan dalam tangki rawatan air laut bercampur ubatan yang berfungsi untuk memulihkan ikan sebelum boleh dijual di pasaran, bagi menjamin mutu dan kualiti ikan mendapat permintaan tinggi di negara luar terutama Hong Kong.

Dengan menggunakan 10 tenaga kerja tempatan yang setiap seorang mempunyai tugasan sendiri, Trg Sukran Rhu 10 yang menjadi tempat pusat pertumbuhan dan pembiakan ikan itu setakat ini sudah menghasilkan dua tan ikan untuk pasaran tempatan dan eksport.

“Dua jenis kerapu utama yang diternak di sini ialah kerapu harimau dan kerapu tikus yang diletakkan dalam kolam gentian yang putaran airnya ditukar sebanyak tiga kali sehari dan setiap ekor ikan ini dijual di pasaran tempatan dan Hong Kong pada harga mencecah RM30 hingga RM35 seekor.

“Usaha kerajaan negeri dan agensi berkaitan mengetengahkan konsep sebegini dalam penternakan ikan sangat baik kerana ia bukan saja dapat membantu meningkatkan peluang pekerjaan dan meningkatkan ekonomi rakyat tempatan, malah meningkatkan pendapatan dan pengeluaran negara,” katanya.

Beliau berkata, projek itu yang dirangka untuk membantu rakyat miskin meningkatkan pendapatan dan ekonomi keluarga sangat berkesan dan setakat ini dianggarkan dua tan tuaian sudah dibuat dengan 16 peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) dilantik dengan pendapatan sebanyak lebih RM500 sebulan sebagai pendapatan sampingan.

Menerangkan lebih lanjut proses penternakan ikan kerapu menggunakan sistem ‘flow through’ itu, beliau berkata benih ikan dari Indonesia yang dibeli dan dibawa masuk oleh TADC akan ditempatkan di Terengganu Marine Culture Centre (TMC) di Tanjung Demong, Besut sebelum dibawa ke Pusat Pertumbuhan Trg Sukran di Rhu 10.

Paul berkata, peringkat pertama ini adalah yang paling mustahak kerana ia permulaan untuk penetasan telur ikan sehinggalah ia membiak menjadi ikan bersaiz lima sentimeter (sm), sebelum dibawa ke Trg Sukran untuk dibiakkan sehingga sebesar 10 sm atau 550 gram, iaitu saiz yang menepati permintaan pasaran tempatan dan Hong Kong.

“Apabila saiz ikan sudah cukup besar barulah ia sedia untuk dijual. Jika di Malaysia ikan tilapia dan siakap sering menjadi pilihan ramai, di Hong Kong pula ikan kerapu menjadi menu pilihan utama terutama di rangkaian restoran terkemuka di negara itu.

“Daripada dua jenis kerapu itu (kerapu harimau dan tikus), kerapu tikus lebih diminati masyarakat di sana kerana rasanya yang lebih enak. Malah, nilai kerapu tikus juga jauh lebih tinggi daripada kerapu harimau. Salah satu sebab ia dijual pada harga mahal ialah kerana kerapu tikus mengambil masa lebih lama untuk membesar berbanding kerapu harimau,” katanya.

Beliau berkata, untuk bulan lalu saja, Trg Sukran sudah mengeksport bekalan lebih satu tan ikan kerapu ke pasaran Hong Kong dan permintaannya terus meningkat setiap bulan.

Mengulas cabaran dan risiko menjalankan projek ternakan ikan kerapu di dalam tangki, Paul berkata, air laut yang disalurkan ke dalam kolam harus dipastikan berada dalam gizi sesuai bagi memastikan ikan membesar di dalam air laut yang bersih dan tidak tercemar.

Katanya, pihaknya menghadapi kesukaran untuk menyalurkan air laut bersih pada musim tengkujuh kerana ketika itu air laut mudah bercampur pasir dan air limpahan sungai yang agak kotor, sekali gus dikhuatiri akan menjejaskan proses tumbesaran dan kualiti ikan yang akan dijual.

“Air yang disalirkan ke dalam tangki ternakan kebiasaannya diambil dari gigi laut hingga 400 meter ke arah laut. Air laut ini akan ditukar sebanyak tiga kali sehari bagi memastikan tahap semula jadi. Proses kitaran air ini dibuat bagi memastikan kesegaran air yang akan membantu pembiakan ikan dengan sempurna,” katanya.

FAKTA NOMBOR: Projek agrotani Trg Sukran

# RM500 sebulan – Pendapatan sampingan peserta PPRT

# 550 gram – Berat ikan yang dipasarkan.

Antara makanan dan bahan api

JAGUNG digunakan untuk makanan dan juga bahan api bio.

Bidang bioteknologi yang boleh dimanfaatkan untuk meningkatkan produktiviti tanaman dan haiwan ternakan tidak semestinya bebas memberi kesan terhadap krisis makanan.Sejak kesedaran terhadap keselamatan makanan meningkat, bioteknologi juga menjadi isu daripada aspek keselamatan dan terbaru, wujudnya tanggapan ia memungkin persaingan antara keperluan makanan dan bahan api bio (biofuel).

Sebagai contoh, apakah penanam canola atau soya dan tebu tidak tertarik dengan tawaran untuk menggunakan produk mereka sebagai bahan mentah penghasilan bahan api bio atau etanol berbanding untuk makanan semata-mata?

Isu ini telah lama timbul dan mengundang kebimbangan bagaimana persaingan menggunakan bahan mentah tersebut untuk tujuan makanan atau bukan makanan.

Seorang profesor pertanian tempatan, Prof. Datuk Dr. Makhdzir Mardan dari Fakulti Pertanian Universiti Putra Malaysia (UPM) berpendapat, isu bekalan makanan dan kenaikan harga ini bukanlah semata-mata kepada peringkat pengeluaran semata-mata, sebaliknya lebih kepada isu ekonomi.

Beliau tidak menolak kemungkinan, isu yang berlaku sekarang lebih banyak dipengaruhi oleh adanya dorongan pasaran berhubung penggunaan bahan api bio.

Beliau memberi contoh, meskipun ada faktor lain seperti cuaca buruk dan kenaikan harga minyak, isu lebih berkisar kepada kenaikan harga produk tanaman bijirin seperti gandum dan beras.

Beliau mempersoalkan kenapakah harga makanan lain seperti sayur-sayuran dan ikan tidak mengalami kenaikan sebaliknya, beras dan gandum yang menjadi isu.

”Ia bukan faktor kekurangan bekalan, sebaliknya kenaikan harga yang disebabkan oleh faktor lain,” ujarnya.

Makhdzir berkata, kenaikan harga gandum mungkin dipengaruhi oleh beberapa faktor antaranya kenaikan harga minyak yang menyebabkan kos pengangkutan naik berkali ganda, kos baja, racun rumpai dan serangga.

Namun katanya, di Eropah , petani mula tertarik dengan insentif menanam canola atau rapeseed dan ada kalangan mereka menukar tanaman gandum yang diusahakan kepada tanaman tersebut. Insentif tersebut diperkenalkan kerana Kesatuan Eropah (EU) meletakkan peratus kuota kepada penggunaan bahan api bio kepada lebih 5.7 5 peratus menjelang 2010 berbanding tiga peratus sebelum ini.

Justeru, peralihan pergantungan dunia daripada petroleum kepada pelbagai sumber seperti bahan api bio, suria, angin dan ombak akan terus mengakibatkan pergolakan harga makanan seperti yang dijangka.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kini mengutamakan dasar tidak menggalakkan penggunaan minyak yang boleh dimakan (edible oil) untuk kegunaan bahan api.

Oleh itu beliau menjangka, oleh kerana negara tidak mempunyai Dasar Tenaga Negara, ia akan menyukarkan peniaga untuk menjangka prospek pelaburan dalam banyak aspek kerana Malaysia bergantung kepada dasar tenaga sekutu blok ekonomi seperti EU dan Amerika Utara.

”ASEAN seharusnya berganding bahu merangka strategi menguruskan dasar tenaga dan makanan rantau ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, peningkatan harga beras/padi juga kemungkinan disebabkan oleh satu faktor yang tidak boleh diketepikan.

Beliau mendakwa, dengan kenaikan harga beras hampir dua kali ganda, Amerika Syarikat (AS) lambat-laun akan berjaya menembusi pasaran eksport dari Arkansas ke Asia.

Pasaran”Selama ini, AS sukar menembusi pasaran Asia kerana harganya di rantau tersebut agak rendah dan tidak menguntungkan.

”Beras merupakan makanan utama 3.5 daripada enam bilion penduduk dunia manakala AS adalah pengeluar utama beras GMO yang berjaya dihasilkan menerusi penyelidikan dengan kerjasama Institut Penyelidikan Beras Antarabangsa (IRRI) di Filipina,” katanya.

Beliau mengulas lagi, dengan keadaan cuaca yang tidak menentu dan menggagalkan usaha menanam, maka dalam jangka masa panjang akan berlaku senario eksport dari AS ke Asia dengan lebih pantas.

Katanya lagi, kejayaan menambah nilai beras akan lebih dipelopori oleh China kerana penyelidiknya telah berjaya memetakan genom beras dan mereka akan menyerlah dalam memacu inovasi gen makanan tersebut.

AS dan China merupakan dua buah negara yang berjaya menghasilkan beras GM namun AS telah lama cuba menembusi pasaran beras Jepun dan Korea tetapi belum berjaya,

Bagaimanapun di peringkat domestik, kerajaan khususnya, perlu melihat isu tersebut sebagai satu fenomena global dan melihat di keseluruhan rantaian bekalan di manakah titik masalah atau bottle neck yang sebenarnya, kata Makhdzir.

Malaysia bernasib baik kerana memiliki tanaman sawit yang boleh digunakan untuk dua tujuan iaitu sama ada penghasilan minyak masak atau bahan api diesel bio (biodiesel).

Bagi Brazil, mereka boleh mengalih kepada tebu sebagai bahan api kerana negara tersebut bukan pengeluar minyak mentah.

Dalam industri bahan api bio, ada beberapa bahan asas yang boleh diterjemahkan kepada produk mesra alam itu antaranya tebu, kanji daripada jagung dan kanola,

Tanaman lain termasuk kelapa sawit, kacang soya dan alga dan pokok jarak.

Bahan buangan biomass juga boleh digunakan termasuk kayu untuk tujuan tersebut.

Faktor kenaikan harga gandum jagung dan beras:

lProduktiviti rendah di kalangan petani negara miskin.

lDasar bahan api bio di AS dan EU yang memberikan subsidi kepada peralihan tanaman daripada makanan kepada bahan api.

lPerubahan iklim yang menyebabkan berlakunya banjir dan kemarau.

lPertambahan penduduk dunia.

Oleh itu, cara terbaik mengatasinya ialah dengan memberi subsidi kepada petani miskin, mengubah dasar bahan api bio dan tangani perubahan iklim.

138,000 petani perlu raih manfaat

KENAIKAN harga beras dunia sekarang yang dijangka berterusan, lambat laun akan memberi rahmat kepada lebih 138,000 keluarga petani seluruh negara dengan syarat mereka perlu lebih rajin dan bersedia mengambil inisiatif untuk menguruskan sawah masing-masing secara lebih efisien.

Walaupun harga beras di pasaran dunia meningkat hampir 200 peratus dalam tempoh kurang dua tahun dan pada akhir-akhir ini turut melonjakkan harga runcit di pasaran tempatan, harga padi pada keseluruhannya tidak banyak berubah.

Ini menyebabkan ramai petani termasuk di Kedah seperti yang dilaporkan baru-baru ini, mengeluh kerana mereka tidak dapat menikmati faedah secara langsung daripada kenaikan harga beras sekarang.

Bagaimanapun, perkara itu hanya fenomena sementara kerana satu hari nanti mereka akan menikmati harga yang lebih baik sejajar dengan kenaikan harga beras di pasaran semasa apabila tiba musim menuai di utara Semenanjung, bermula akhir bulan depan.

Menurut laporan yang diterima, petani di kawasan lain yang menuai, sudah pun menikmati harga yang lebih baik untuk hasil keluaran mereka berbanding musim lepas.

Berdasarkan catatan, harga padi di daerah Krian, Perak, pada musim menuai lalu dalam lingkungan RM650 satu tan. Ini tidak termasuk RM24.81 subsidi bagi setiap tan yang dibayar kerajaan.

Paras harga padi boleh mencecah sehingga RM1,200 tan jika diambil kira harga beras semasa. Harga runcit beras yang ditawarkan di pasaran tempatan mengikut gred pada awal bulan ini adalah RM1.80 sekilogram bagi ST 15 peratus yang dikawal, RM3.28 sekilogram bagi gred SST 5 peratus, RM3.80 sekilogram bagi beras putih import, RM5.50 sekilogram bagi beras wangi import dan RM2.20 sekilogram bagi beras hancur import.

Kenaikan harga padi tentulah dengan sendirinya meningkatkan pendapatan pesawah tempatan yang sebahagiannya masih tergolong dalam kelompok termiskin.

Bagaimanapun, kenaikan harga saja belum tentu menjamin keselesaan taraf hidup petani apabila diambil kira faktor saiz tanah dan kadar pengeluaran yang secara relatifnya masih rendah berbanding imput pengeluaran.

Kini, ada 674,461 hektar tanah sawah yang diusahakan di seluruh negara termasuk kawasan jelapang di Mada, Kada, Kemasin/Semerak, Barat Laut Selangor, Krian Sungai Manik, Pulau Pinang dan Seberang Perak serta kawasan luar jelapang di tempat lain.

Kebanyakan daripada tanah sawah itu bersaiz kecil dan kurang ekonomik. Kadar pengeluaran purata pada 3.51 tan sehektar juga cukup rendah berbanding sasaran 10 tan yang ditetapkan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Sasaran yang ditetapkan itu bukan sesuatu yang mustahil dicapai jika tumpuan yang lebih serius diberikan oleh semua pihak untuk memperkasakan sektor padi yang selama ini seolah-olah diabaikan.

Rekod menunjukkan bahawa ada petani di Selangor sudah berjaya mencapai sasaran itu dengan menggunakan teknologi moden dan pengurusan sawah yang lebih rapi.

Malah, seorang usahawan tani di daerah Krian, Perak, Sabran Halim, 61 berkata ada petani di kawasan itu sudah berjaya menghasilkan lapan tan sehektar.

Beliau sendiri yang mengusahakan beberapa hektar tanah sawah sudah berjaya mencapai kira-kira 4.8 tan sehektar, jauh melepasi kadar purata kebangsaan.

Banyak sebab mengapa sektor itu selama ini tidak menarik. Pertama ia tidak menjanjikan pulangan yang memuaskan. Malah menurut anggaran kasar, jika ditolak pelbagai jenis input yang diberikan kerajaan dalam bentuk subsidi seperti benih, baja dan subsidi harga, maka tiada sebarang wajaran ekonomi yang boleh menarik seseorang untuk menceburi bidang ini.

Di samping itu, lebih banyak kos dapat dijimatkan dengan mengimport beras yang sebelum ini boleh didapati dengan lebih murah dan mudah. Situasi itu turut mengakibatkan jumlah kawasan sawah menguncup sejak 15 tahun lalu selepas banyak tanah sawah bertukar menjadi belukar, ditukar syarat untuk projek perumahan atau ditanam dengan tanaman lain seperti kelapa sawit yang lebih menguntungkan.

Anak muda juga lebih berminat berhijrah ke kawasan bandar untuk bekerja di sektor perkilangan dan sebagainya. Akibatnya, umur purata petani Malaysia kini sudah melebihi usia persaraan. Disebabkan usia lanjut dan pulangan yang tidak seberapa, mereka hanya mengerjakan tanah masing-masing secara sambil lewa sekadar cukup makan.

Bagaimanapun, senario ini dijangka berubah mulai sekarang berikutan kenaikan harga beras. Dengan sendirinya permintaan untuk padi daripada pekilang tempatan akan meningkat dan petani juga akan terdorong untuk meningkatkan pengeluaran untuk meraih pendapatan yang lebih tinggi.

Dalam hubungan ini, kerajaan membuat keputusan dasar yang tepat empat tahun dulu apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memilih untuk memperkasakan sektor pertanian sebagai salah satu penyumbang utama pertumbuhan ekonomi walaupun ketika itu harga beras di pasaran antarabangsa secara relatifnya masih rendah.

Dalam usaha meningkatkan tahap sara diri, kerajaan memperuntukkan RM1.2 bilion di bawah RMK-9 untuk pelbagai agensi berkaitan padi di dalam dan luar kawasan jelapang. Ini termasuk RM8.6 juta untuk kegiatan penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Baru-baru ini kerajaan meluluskan RM4 bilion lagi untuk memastikan bekalan makanan mencukupi dan stok penimbal makanan diwujudkan berikutan krisis makanan yang dihadapi dunia sekarang.

Menurut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed, sebahagian daripada peruntukan itu akan dibelanjakan untuk meningkatkan pengeluaran padi. Usaha juga sedang dibuat oleh beberapa agensi kerajaan untuk menggalakkan petani memulihkan tanah terbiar mereka.

Jelaslah bahawa jika petani bijak memanfaatkan insentif yang disediakan kerajaan, mereka pasti dapat meningkatkan hasil keluaran masing-masing.

Kini, negara mengeluarkan kira-kira 73.3 peratus daripada keperluan beras tempatan. Sekiranya petani tempatan dapat meningkatkan hasil purata mereka sebanyak sekali ganda saja – tahap yang masih rendah daripada sasaran yang ditetapkan – negara sudah mampu mencapai lebih daripada Tahap Sara Diri (TSD).

Sekiranya diambil kira, tanah baru yang diura-urakan akan dimajukan di Sarawak dan tempat lain, maka bukanlah sesuatu yang mustahil, suatu hari nanti Malaysia pula akan menjadi negara pengeksport beras.

Jika ini berlaku, yang akan turut bergembira tentulah petani sendiri di samping rakyat umumnya sebagai pengguna.

Tetapi jalan ke arah itu bukan mudah walaupun bukan mustahil untuk dicapai. Syaratnya, semua pihak termasuk kerajaan, agensi pelaksana dan petani sendiri perlu lebih serius, komited dan fokus.

Datuk Abdul Rahman Sulaiman adalah Pengarah Komunikasi Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri

Pusat R&D mampu lonjak industri bunga negara

VISI menjadikan Putrajaya sebagai bandar raya bunga seperti yang pernah diumumkan sebelum ini, bukan sekadar terhad dengan kerja menanam bunga berwarna-warni di sekitar Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan itu.

Sebaliknya, seperti dihasratkan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique, ialah mahukan satu pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) bunga-bungaan khas ditubuhkan di Putrajaya.

Sejajar dengan visi itu, perjanjian persefahaman antara tiga pihak sudah ditandatangani sempena sambutan 50 tahun merdeka pada 25 Ogos tahun lalu. Pihak terbabit ialah agensi penyelidikan pertanian menerusi Marditech, syarikat pengeluar biji benih dan anak pokok, Syngenta Seeds BV yang berpangkalan di Belanda dan Brightmark Sdn Bhd, syarikat yang mempelopori bidang bunga-bungaan sejak 20 tahun lalu.

Apabila pusat R&D ini siap ditubuhkan nanti, aktiviti yang bakal dilaksanakan akan melonjakkan lagi penyelidikan serta industri bunga-bungaan negara.

Selama ini, agensi penyelidikan pertanian seperti Mardi banyak memfokuskan aktiviti penyelidikan terhadap tanaman makanan. Jika ada sekalipun aktiviti penyelidikan dibuat ke atas pokok bunga, ia adalah sangat sedikit dan terhad pula kepada tanaman orkid.

Pusat R&D yang bakal ditubuhkan di Putrajaya ini bercadang memusatkan penyelidikan ke atas bunga-bungaan seperti Marigold, Vinca, Zinnia , Cellosia, Petunia, Impatiens-Balsam dan Sunflower yang sedang melata di Eropah, walaupun ia berasal dari negara tropika dan di tanam di tanah rendah.

Di samping itu, tumpuan juga tidak diabaikan terhadap pokok bunga kebangsaan iaitu hibiscus. Ada juga rancangan supaya pusat R&D ini memasukkan spesies bunga-bungaan eksotika Malaysia yang banyak di Sabah dan Sarawak untuk tujuan komersial selain kegunaan tempatan.

Pendekatan yang akan diambil oleh pusat R&D ini nanti adalah secara berperingkat dan berhemah supaya kos pembangunan dapat dikawal. Pada peringkat awal, penyelidikan akan lebih tertumpu kepada usaha mencari fakta dan analisis masalah amalan kultur dalam penanaman pokok bunga di negara ini serta menyediakan kaedah amalan kultur yang lebih standard dan bersesuaian.

Apabila kaedah awalan ini iaitu penambahbaikan budaya menanam dan keadaan menanam mencapai matlamat, barulah kaedah ‘biotech transgenic’ akan diaktifkan.

Secara keseluruhannya, objektif awalan pusat R&D ini ialah mengembalikan bunga-bungaan itu kepada keserasian iklim tropika tanah rendah seperti Malaysia dengan cara memanjangkan jangka hayat bunganya daripada tempoh empat minggu sekarang kepada dua hingga tiga bulan selain menambah spesies sedia ada kepada yang lebih berwarna-warni dan pelbagai lagi.

Ia akan membabitkan proses pengubahsuaian amalan penanaman dan juga mungkin membabitkan kaedah ‘cross pollination’ yang bakal memantapkan sifat pokok bunga itu supaya lebih serasi dengan iklim tropika tanah rendah seperti Malaysia.

Selepas satu pokok bunga standard ditemui menerusi proses ini, barulah peringkat pengkomersialan boleh difikirkan menerusi pengeluaran biji benih yang bakal menghasilkan pokok bunga yang lebih serasi kepada iklim tropika tanah rendah seperti Malaysia di seluruh dunia.

Peluang pasaran ke negara iklim tropika tanah rendah seperti Malaysia ialah lebih kurang 30 peratus daripada pasaran dunia. Nilai anggaran industri bunga-bungaan dalam bentuk mata wang untuk 30 peratus daripada pasaran dunia ialah AS$2 bilion pada tahun lalu.

Diyakini Malaysia mampu menjadi kuasa utama ekonomi dalam industri bunga-bungaan untuk negara dunia yang beriklim tropika nanti.

Seperti kata seorang eksekutif kanan Syngenta dari Belanda itu, pusat R&D bunga-bungaan yang akan dibangunkan di Putrajaya adalah yang pertama seumpamanya di dunia yang menumpukan kepada pokok bunga untuk keserasian iklim tropika.

Pusat R&D bunga-bungaan yang lain di dunia hanya memberi tumpuan keserasian bunga-bungaan untuk iklim yang lain daripada iklim tropika.

Penubuhan pusat R&D bunga-bungaan ini sudah dikenal pasti di kawasan seluas lapan hektar di Presint 20 Putrajaya.

Ia mempunyai komponen seperti pusat pentadbiran, pusat latihan dan makmal, dewan pameran, pusat pembabitan masyarakat setempat dan ‘rumah lindungan hujan’ ala tropika.

Suatu komponen utama pusat R&D ini ialah ia akan menjadi mesra masyarakat dan mesra pelajar sekolah terhadap bunga-bungaan bagi menyemai nilai cintakan bunga-bungaan. Pada masa depan, diharapkan usaha ke arah mengindahkan landskap negara dengan bunga-bungaan tidak saja dipikul oleh pihak berkuasa tempatan seperti majlis perbandaran, malah lebih utama mendapat pembabitan meluas masyarakat seperti berlaku di negara maju.

Jika kita lihat di negara Barat, usaha menanam pokok bunga banyak membabitkan unit rumah yang mengambil daya usaha menanam bunga-bungaan berwarna-warni seterusnya menceriakan keseluruhan persekitaran.

Kita dapati di negara Barat, walaupun peluang mereka untuk menanam hanya untuk tempoh dua hingga tiga bulan dalam setahun (ketika musim panas), mereka menggunakan sepenuh masa kesempatan yang terhad itu.

Di Malaysia setakat ini, rata-rata masyarakat lebih cenderung menanam pokok kategori renek seperti bougainvilla, ixora dan alamanda untuk mendapatkan bunganya. Namun, kita ketahui atas sebab tertentu, terutama pencemaran udara, kita dapati hasrat mendapatkan bunga-bungaan dari pokok renek ini tidaklah kesampaian sepenuhnya.

Dalam pada itu, seperti masyarakat Malaysia selama ini tersalah anggap yang bunga-bungaan ini adalah milik eksklusif negara Barat, mereka juga sebenarnya tersalah anggap bahawa menanam pokok bunga seperti Marigold, Vinca, Zinnia , Cellosia, Petunia, Impaties – Balsam dan Sunflower adalah jauh lebih mahal daripada menanam pokok renek seperti bougainvilla, ixora dan alamanda untuk mendapatkan bunganya.

Salah anggapan ini disebabkan mereka tidak mengambil kira kos menanam awal pokok renek dan kos penyelenggaraan pokok renek itu dalam usaha untuk mendapatkan bunganya.

Sebenarnya, jika kita ingin mematuhi piawai pertanian dalam menanam dan menyelenggara pokok renek, kita terpaksa membaja dan meracun pokok itu hampir setiap bulan (12 kali setahun) . Begitu juga dengan aktiviti penyelenggaraan yang lain.

Kesimpulannya, penubuhan pusat R&D bunga-bungaan ini selain bakal mengembalikan bunga-bungaan menjadi milik negara iklim tropika tanah rendah seperti Malaysia, ia juga diharapkan dapat mengubah banyak salah tanggapan rakyat Malaysia terhadap penanaman bunga-bungaan ini.

Apabila rakyat Malaysia berubah menjadi penanam bunga-bungaan di sekeliling kediaman mereka sendiri, maka tanggungjawab pihak berkuasa tempatan dapatlah diringankan.

Dengan itu, barulah kita boleh berbangga bahawa kumpulan yang menjadikan Malaysia benar-benar negara dalam taman adalah masyarakat masa itu sendiri dan bukan pihak berkuasa kerajaan.

Sesungguhnya selepas kita mencapai peringkat itu, maka benarlah pokok bunga-bungaan sudah kembali menjadi milik kepunyaan Malaysia dan negara yang seiklim dengannya.

Penanaman Jambu Batu

Buah jambu batu (Psidium guajava) ada yang bulat, bujur, memanjang atau berbentuk seperti buah pear. Apabila masak, kulit buah jambu batu varieti komersial yang ditanam di Malaysia biasanya berwarna hijau muda. Namun, ada juga varieti yang kulitnya berwarna kuning. Isi jambu batu warnanya putih, kuning pucat, merah jambu atau jingga kesumba (salmon). Tekstur isi berjulat dari rangup hingga lembik. Apabila masak buah jambu biasanya manis dan beraroma. Terdapat banyak biji di dalam buah, tetapi ada juga varieti yang tiada biji.

Pokok jambu batu tumbuh rendang dengan cabang-cabang yang terbuka. Tingginya boleh mencapai sehingga 6-9 m. Pokok ini tidak panjang jangka hayatnya (lebih kurang 40 tahun) dan berbuah lebat selama 15-25 tahun. Pokok klon biasanya berbuah dalam masa setahun selepas ditanam. Di Malaysia pokok jambu batu berbuah sepanjang tahun .

Jambu batu sesuai dengan keadaan tropika. Ia lebih tahan terhadap kemarau dan lebih baik daripada kebanyakan buah tropika yang lain. Ia juga sesuai dengan pelbagai jenis tanah dan mampu hidup dalam tanah cetek yang kurang subur.

Di Malaysia, pengeluaran jambu batu komersial bermula pada pertengahan 80-an. Kini kebanyakan pokok jambu batu ditanam di Perak, Johor, Selangor dan Pahang. Ia ditanam untuk kegunaan domestik dan untuk dieksport. Pengimport utama buah jambu batu Malaysia ialah Singapura, Brunei, Hong Kong dan Arab Saudi. Dalam tahun 2000 nilai eksport jambu batu Malaysia ialah sebanyak RM3 juta.

Selain dimakan segar, jus jambu batu juga merupakan produk yang penting. Produk terproses yang lain termasuklah nekta, puri dan jeruk.

Nama saintifik
Psidium guajava

Common Names
Bahasa Inggeris: guava
Bahasa Melayu: jambu batu
Mandarin: fanshiliu
Tamil: koiyappalam
Indonesia: jambu batu
Lao: si da
Tagalog (Filipina): bayabas, guyabas
Thai: farang, ma-kuai, ma-man
Vietnam: oi
Kemboja: trapaek sruk
Burma: malakapen

Varieti:

Kampuchea

Klon jambu batu berbiji ini paling meluas penanamannya. Ia menunjukkan ciri berbuah agak awal iaitu 6-9 bulan selepas ditanam. Ia juga merupakan klon yang tinggi pengeluarannya, sebanyak 60 tan/ha/tahun pada kemuncak pengeluarannya. Kemuncak pembungaan dan pembuahan 2-3 kali setahun.

Pokoknya rendang hingga sederhana tinggi. Daunnya besar, bulat membujur dengan ukuran 12 cm x 6.5 cm. Daun ini mempunyai 24-27 pasang urat daun lateral yang amat ketara pada permukaan daun sebelah bawah. Margin daun rata dan licin. Buahnya berbentuk bulat memanjang hinggalah ke bentuk seperti buah pear. Oleh sebab banyak berlaku kacukan luar, terdapat juga variasi pada bentuk buah iaitu ada yang memanjang hinggalah ke bentuk bulat. Purata berat buah 400-600 g, namun ada yang beratnya mencapai sehingga 1 kg. Kulitnya berwarna kuning cair. Di peringkat matang warna kulit menjadi hijau muda, licin dan lekuk yang tidak berapa jelas di pangkal buah. Isi buah putih, tebal, rangup dan rasanya manis. Jumlah pepejal larutnya berjulat antara 6.5-7 o Brix, keasidannya 0.5, kandungan asid askorbik (Vitamin C) 55 mg/100 g kandungan yang boleh dimakan.

Kandungan biji jambu Kampuchea ini sedikit hingga ke sederhana banyak. Ia merupakan kultivar pencuci mulut yang amat baik. Ia juga boleh diproses menjadi minuman berjus yang menyegarkan dan sesuai untuk ditinkan. Klon ini rentan terhadap nematod puru akar, antraknos dan Phomopsis psidii (end ring rot).

Taiwan
Buah jambu ini besar dan bentuknya seperti buah pear. Pangkal buahnya lekuk ke dalam. Berat buah 300-500 g, tetapi boleh mencecah berat sehingga 1 kg. Isinya putih, masam-masam manis, rangup dan lebih tebal daripada Kampuchea. Jumlah pepejal larutnya 6.8 o Brix. Kulitnya kasar, bijinya sedikit dan kualiti penyimpanannya lebih baik daripada Kampuchea. Rentan terhadap penyakit antraknos, ‘end ring rot’ dan nematod puru akar.

Gloom Toon Klau

Di ladang, pokok ini mula berbuah 10-12 bulan selepas ditanam. Hasil pengeluarannya sederhana hingga tinggi iaitu 40-50 t/ha/tahun pada kemuncak pengeluaran (2-3 kali setahun). Buahnya bulat atau sedikit leper di hujung buah, kulitnya menggerutu, lekuk di pangkal buah, dan beratnya sekitar 400-500 g. Isinya putih, manis dan rangup di peringkat matang. Buah ini mempunyai teras biji yang besar tetapi kandungan bijinya sedikit. Kandungan pepejal larutnya 8-10 o Brix. Buah ini mempunyai tempoh simpan yang singkat iaitu sekitar 2-4 hari.

Gloom Sali

Pokok jambu ini rendang hingga sederhana tingginya . Hasilnya sama seperti Kampuchea. Daunnya panjang membulat, warna hijau dengan 15-18 pasang urat daun lateral yang nyata di bahagian bawah permukaan daun. Margin daun licin dan sedikit beralun. Buahnya bulat, kulit mengerutu, warna hijau muda di peringkat matang dan beratnya sekitar 200-400 g. Buah ini mempunyai rabung yang agak nyata pada pangkal buah yang biasanya lekuk. Kaliksnya gugur apabila buah masak. Isinya tebal, putih, rangup, manis dan mempunyai perisa dan aroma yang sedap. Rongga bijinya kecil dan mengandungi biji yang sedikit hingga sederhana banyak. Kandungan pepejal larutnya 6-7 o Brix. Klon ini rentan terhadap antraknos.

Thai Seedless

Klon tanpa biji ini mengeluarkan hasil yang rendah sebanyak 20-25 t/ha/tahun kerana 50% bunga dan buahnya gugur. Pokok ini berbuah selepas 14-18 bulan ditanam dan hanya mempunyai satu musim kemuncak. Berat buah 150-300 g. Buahnya bulat dan tidak seragam. Hujung buah lekuk ke dalam. Dalamnya lekuk ini boleh mencapai satu pertiga daripada panjang buah. Kulitnya hijau, licin dan nipis. Isinya putih, rangup dan rasanya manis.

Bangkok Apple

Klon triploid tanpa biji ini berbuah selepas 10 bulan ditanam. Lebih 50% buahnya gugur dan hasilnya sekitar 15-20 tan/ha/tahun pada kemuncak pengeluaran. Pokoknya rendang hingga sederhana tinggi, manakala daunnya besar, hijau gelap dengan margin daun beralun. Daunnya berbentuk ovat (seperti telur yang besar di hujung), dan mempunyai 25-27 pasang urat daun yang nyata di permukaan bawah daun. Buahnya berbentuk seperti buah epal, bulat (globose) atau leper sedikit pada hujung buah, biasanya berabung, cacat bentuk dan tidak seragam. Berat buah lebih kurang 100-250 g. Apabila matang, warna kulit buah menjadi hijau muda. Isinya putih dengan sedikit warna merah jambu dan rangup. Buah ini mempunyai rongga karpel yang dalam tetapi tiada biji. Kandungan pepejal larutnya 10-11 o Brix. Klon ini rentan terhadap antraknos dan nematod puru akar. Ia merupakan pencuci mulut yang enak.

MAHA 65 (GU5)

Pokoknya sederhana tinggi dan mempunyai tempoh berbuah yang lebih lama. Buahnya besar dan beratnya 220-250 g. Bentuknya bulat memanjang, kulit licin, isi merah jambu kemerah-merahan, lembut dan banyak biji. Rasanya masam-masam manis, tekstur berpasir kerana terdapat sel bebatu pada isi. Klon ini sesuai untuk pemprosesan.

Beaumont
Klon ini diimport dari Taiwan. Pokoknya subur dan bercabang terbuka. Hasilnya 24 tan/ha/tahun. Buahnya bulat membujur, rasanya sedikit masam dan beratnya 230-250 g. Kandungan jumlah pepejal larutnya 9.9 o Brix. Pulpa dalam lokul (locule) mudah longgar menyebabkan bengkak gebu (puffiness). Jambu ini amat rentan terhadap reput buah. Klon ini sesuai untuk pemprosesan dengan perolehan purinya sebanyak 77-79%.

Burma Red

Kultivar yang sesuai untuk pemprosesan ini dipercayai diimport dari Myanmar dan penanamannya kurang meluas. Pokoknya sederhana tinggi dengan percabangan terbuka yang berbunga dan berbuah dengan banyaknya. Tempoh buah matangnya singkat iaitu 2-3 minggu. Ia menghasilkan buah yang bulat, berkulit licin dan beratnya 150-200 g. Isinya berwarna merah jambu, rasa masam-masam manis dan bijinya sederhana banyak. Pokok ini berbuah selepas 10-12 bulan ditanam. Pengeluaran yang maksimum sebanyak 30-35 tan/ha dicapai pada umur 3-4 tahun dengan 2 musim kemuncak setahun.

Varieti Ciri-ciri buah
Bentuk Saiz Warna JPL (o Brix)* Tekstur dan rasa
Kampuchea (GU8) Bulat membujur hingga ke bentuk buah pear, panjang hingga bulat 400-600 g, sehingga 1 kg. Kulit: Kuning muda hingga hijau muda. Isi: putih 6.5-7 Rangup dan manis
Taiwan Seperti buah pear 300-500g, up to 1 kg Isi: Putih 6.8 Rangup dan masam-masam manis
Gloom Toon Klau (GU9) Bulat hingga leper sedikit di hujung buah 400-500g Isi: Putih 8-10 Rangup dan manis
Gloom Sali (GU10) Bulat 200-400g Kulit : hijau muda. Isi: Putih 6-7 Rangup dan manis
Thai Seedless Bulat dan tidak seragam 150-300g Kulit: Hijau Isi: Putih Rangup dan manis
Bangkok Apple Bulat dan leper sedikit di hujung buah hingga bulat betul, cacat bentuk dan tidak seragam 100-250g Kulit: Hijau muda. Isi: Putih dengan sedikit warna merah jambu 10-11 Rangup dan manis
GU5 Bulat hingga memanjang 220-250g Isi: Merah jambu kemerah-merahan Lembut, tekstur berpasir dan masam-masam manis
Beaumont Bulat membujur 230-250g Isi: Merah jambu 9.9 º Brix Lembut, sedikit rasa
Burma Red Bulat 150-200g Isi: Merah jambu Masam-masam manis

* Jumlah Pepejal Larut

Botanical Description

Pokok
Pokok jambu batu sentiasa menghijau, rendang, berakar cetek seperti pokok renek dan mempunyai percabangan terbuka. Pokok ini boleh mencapai ketinggian dan lebar kanopi sehingga 6-9 m dalam persekitaran berkelembapan tinggi. Batangnya pendek, mula bercabang dari pangkal pokok. Kulit nya licin, mengelupas dan berwarna perang kehijau-hijauan hingga ke warna perang.

Daun
Daun tersusun berpasangan bentuknya bujur panjang atau bujur telur. Licin pada permukaan atas daun dan terdapat rerambut halus pada bahagian bawah permukaan daun. Ukuran panjang daun lebih kurang 10-18 cm. Daun yang diramas mengeluarkan bau yang harum.

Bunga
Bunga jambu batu keluar secara tunggal atau berkelompok (2-3 kuntum/kelompok) pada ketiak daun pada pertumbuhan semasa atau sebelumnya. Bunganya dwiseks, bergarispusat 3.5 cm, warna putih dengan empat atau lima petal. Bunga jambu ini bersenyawa sendiri tetapi kerap juga berlaku pendebungaan silang. Biasanya bunga kembang antara pukul 5 hingga 7 pagi, bergantung pada kultivar dan suhu persekitaran pada waktu pagi.

Buah
Saiz buah berbagai-bagai, dari 2.5 cm hingga 10 cm garispusat. Bentuk buah bulat, bujur telur, bulat memanjang atau seperti buah pear. Kulit buah berwarna kuning apabila masak tetapi isinya boleh jadi merah jambu, jingga, putih atau kuning. Tekstur kulit ada yang kasar dan ada yang licin. Biji jambu ini biasanya banyak terletak dalam pulpa, berwarna kuning dan 3-5 mm panjang.

Pertumbuhan dan pembesaran

Pokok jambu batu tidak dapat bertahan lama (lebih kurang 40 tahun), tetapi pokok ini berbuah dengan banyak selama 15-25 tahun. Anak pokok berbunga dalam masa 2 tahun; pokok klon yang dibiakkan secara tampang biasanya mula berbuah dalam tahun pertama sesudah ditanam. Pokok berbuah sepenuhnya selepas 5-8 tahun, bergantung pada keadaan dan ruang.

Satu ciri penting jambu batu ialah bunganya keluar pada tunas sisi yang baru muncul, tanpa mengira masa. Ini bermakna bahawa pembungaan dan pembuahannya tidak menentu atau bermusim, bergantung pada bagaimana persekitaran mempengaruhi pertumbuhan pucuk. Ciri ini menyebabkan pokok jambu boleh dimanipulasi bagi menentukan bila untuk berbuah dalam keadaan iklim tropika yang sesuai.

Ekologi
Di kawasan tropika pokok jambu batu boleh ditemui dari aras laut hingga ke altitud lebih kurang 1 500 m. Pokok ini tahan suhu dari 15-45 o C; suhu optimumnya 23-28 o C. Ia juga tahan terhadap kemarau berbanding dengan pokok buah-buahan tropika yang lain. Ia hidup dengan amat baik di kawasan yang menerima taburan hujan yang seragam sebanyak 1 000-2 000 mm setahun.

Pokok jambu batu juga sesuai dengan pelbagai jenis tanah. Ia boleh hidup di tanah yang cetek dan tidak subur walaupun pertumbuhan dan pengeluaran hasilnya tidak memuaskan. Keadaan tanah yang optimum bagi pokok jambu batu ialah tanah yang mempunyai saliran yang baik, tinggi kandungan bahan organiknya, dengan julat pH 5-7. Tanah yang pHnya melebihi 7, akan menjadi masalah kerana kekurangan zat besi dan zink.

Asal dan sejarah
Pokok jambu batu ialah tumbuhan semula jadi kawasan tropika di Amerika. Pengembara Sepanyol membawa jambu batu ke Filipina dan pengembara Portugis pula membawanya dari Filipina ke India. Ia berkembang dengan pantas ke seluruh kawasan tropika dan menjadi sebati dengan kawasan ini, sehinggakan penduduk di negara-negara yang berbeza menganggap jambu batu itu tumbuhan semula jadi negara mereka.

Penyebaran geografis

Jambu batu banyak ditanam di negeri ini: Johor, Melaka, Perak dan Selangor.

Daerah utama yang menanam jambu batu di Malaysia ialah:

  • Johor : Johor Baru, Kota Tinggi, Muar
  • Melaka : Melaka Tengah, Alor Gajah
  • Perak : Batang Padang, Kinta, Hilir Perak
  • Selangor : Gombak, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling

Keluasan dan pengeluaran jambu batu di Malaysia (2000)

Negeri

Keluasan (ha) Kawasan Pengeluaran Pengeluaran

JOHOR

713.5 581.1 4,888.8

KEDAH

56.7 39.9 72.0

KELANTAN

38.5 14.5 92.7

MELAKA

49.4 49.4 1,235.0

NEGERI SEMBILAN

22.8 7.0 32.3

PAHANG

47.7 27.0 362.1

PERAK

342.7 304.7 3,812.1

PERLIS

2.0 2.0 3.0

PULAU PINANG

20.5 14.9 77.1

SELANGOR

49.8 46.5 794.6

TERENGGANU

26.4 10.1 304.5

PENINSULAR M’SIA

1,370.0 1,097.1 11,674.2

SABAH

183.2

SARAWAK

256.0

Jumlah

1,809.2 1,097.1 11,674.2

Sumber Jabatan Pertanian, 2003

Pemakanan

Nutrien Bahagian yang boleh dimakan (unit/100 g)
Tenaga 48.0 KCal
Protein 1.1 gm
Lemak 0.2 gm
Karbohidrat 10.0 gm
Gentian 6.8 gm
Kalsium 3.3 mg
Magnesium 10 mg
Fosforus 15 mg
Zat besi 1.2 mg
Natrium 23 mg
Kalium 12 mg
Vitamin A 18 mg
B1 (Thiamina) 0.1 mg
B2 (Riboflavin) 0.05 mg
B3 (Niasin) 1.1 mg
C (Asid askorbik) 152 mg

pemakaian / penggunaan

Sebagai makanan

Segar
Buah jambu batu yang matang dan baru dipetik amat popular di Malaysia. Buah yang matang dan hijau dimakan segar. Buah ini boleh juga dimasak, digunakan sebagai bahan dalam kek rapuh dan pai. Ia juga dikeringkan dalam bentuk hirisan kering.

Makanan terproses
Buah jambu batu boleh diproses menjadi jus atau puri. Produk terproses yang lain termasuklah jus jernih, nekta, jem, jeli, keju jambu batu dan sapuan. Jambu ini juga boleh dipotong dalam bentuk kiub, dibelah dua atau dihiris dan ditinkan di dalam sirap. Minyak biji jambu batu boleh digunakan dalam kuah salad.

Perubatan (makanan)
Daun, kulit dan akar jambu batu digunakan sebagai ubat untuk merawat pelbagai penyakit manusia, seperti cirit-birit, berak berdarah dan demam (thrush fever). Di Filipina teh daun jambu digunakan untuk membersihkan luka dan dijadikan kumuran untuk merawat gusi bengkak dan sakit gigi.

Di Malaysia, air rebusan daun jambu digunakan untuk merawat cirit-birit, sakit perut dan sebagai ubat cacing. Kulit dan daun juga digunakan sebagai emenagog bagi merangsang pengaliran haid. Di negeri Perak, kulit dan daunnya digunakan semasa melahirkan anak untuk mengeluarkan uri. Buah jambu dipercayai dapat membantu mengurangkan atau menghalang hipertensi, tekanan darah tinggi dan selesema.

Kegunaan bukan makanan

Gentian
Kandungan tanin yang tinggi dalam daun jambu batu sesuai dijadikan pewarna untuk fabrik kapas dan sutera, juga sebagai pewarna untuk tikar yang dianyam. Di Pekan, Pahang daun jambu digunakan untuk membuat air banyar iaitu bahan pewarna hitam untuk sutera.

Bahan kayu
Kayu jambu batu jenis berat dan kuat dengan ketumpatan graviti 0.8, yang amat baik untuk dibuat bahan api dan kayu arang. Kayunya juga sesuai untuk dibuat ukiran, batang lembing, pahat, lastik, joran, paku pokok, barangan isi rumah, barangan pertanian, tiang rumah yang kecil dan tiang pagar.

pembiakan

Walaupun buah jambu batu banyak bijinya, biji ini tidak digunakan untuk pembiakan walaupun ia tahan hidup lama (beberapa bulan) dan biasanya bercambah dalam masa 2-3 minggu. Sebabnya ialah ciri-ciri pokok induk tidak dapat dikekalkan oleh biji-biji ini. Namun, biji-biji ini boleh digunakan dalam program pembiakan dan pemilihan atau untuk menghasilkan pokok penanti untuk cantuman bagi kultivar terpilih.

Biasanya, biji yang matang sepenuhnya dalam musim semasa digunakan untuk penyemaian. Biji ini disemai di nurseri atau dalam beg polietilena. Biji disemai dalam medium pertumbuhan yang bersaliran baik. Lebih 90% biji benih akan bercambah dalam masa 15-20 hari. Anak benih dari dalam nurseri atau beg polietilena dipindahkan ke ladang apabila berumur 6-8 minggu. Pokok daripada biji benih mengeluarkan buah yang pelbagai saiz dan kuantiti, tetapi pokok sedemikian tahan hidup lama.

Walaupun tidak mudah mencantum pokok jambu batu, pembiakan tampang diamalkan dengan meluas bagi memastikan bahawa pokok yang tumbuh menepati jenisnya dan berbuah awal. Beberapa teknik didapati sesuai untuk cantuman jambu batu dan disenaraikan seperti berikut.

Cantuman mata tunas
Anak benih yang dibesarkan di nurseri mungkin dibiakkan secara cantuman mata tunas atau cantuman sisi apabila lilitan batang mencapai ukuran 12-20 mm, batang yang lebih besar diameternya lebih sesuai untuk cantuman mata tunas. Cantuman mata tunas lebih digemari berbanding dengan teknik cantuman yang lain kerana tunas ini tumbuh dengan pantas dan setiap tunas pada sion atau kayu mata tunas ialah pokok yang berpotensi. Teknik cantuman tunas keping memberi hasil yang baik. Kejayaan mencantum memerlukan anak pokok yang sihat yang kulitnya mudah mengelupas dan kayu mata tunas mempunyai mata tunas yang membengkak. Pakar pembiakbaka boleh mencapai kejayaan 90% atau lebih baik lagi jika dilakukan dengan betul.

Untuk cantuman, kaedah cantuman sisi paling kerap digunakan. Kayu sion atau kayu mata tunas disediakan lebih kurang 10-14 hari sebelum dipotong, dengan membuang daun dari batang. Amalan ini menggalakkan mata tunas aksil membesar dan mempercepatkan pertumbuhan selepas cantuman.

Batang yang sedang atau sudah mengelupas dan licin kulitnya, berwarna hijau kekelabu-kelabuan tanpa daun elok untuk mata tunas dan cantuman. Pengeluaran mata tunas dan cantuman amat berguna jika pokok penanti mempunyai ciri seperti rentan terhadap penyakit atau nematod atau pokok kerdil.

Banyak anak pokok boleh dihasilkan dalam masa yang singkat untuk pembangunan dusun komersial. Caranya ialah dengan kaedah pengakaran. Dalam kaedah ini pangkal keratan kayu hijau dengan 2-4 helai daunnya masih ada dirawat dengan sebatian yang mengaruh pengeluaran akar dalam keadaan lembap berkabus yang sekejap-sekejap. Akar keluar dalam masa 6 minggu hingga 2 bulan. Perlu diingat bahawa keupayaan pengeluaran akar ini bergantung pada klon yang dibiakkan.

Tut
Pokok yang dibiakkan secara tut biasanya matang lebih awal berbanding dengan yang dibiakkan melalui cantuman mata tunas. Campuran tanah yang digunakan untuk mengetut ialah bahan organik dan tanah atas pada nisbah 1:2. Tanah ini memerlukan air untuk dibentuk kepada bebola tanah.

Dahan yang dicantas boleh digunakan sebagai bahan pembiakan, begitu juga dengan keratan akar. Akar pokok (kecuali yang terlalu kecil dan yang terlalu besar) dikerat sepanjang 12.5-20 cm. Akar ini diletakkan mendatar di tapak semaian yang telah disediakan dan ditutup dengan tanah setebal 5-20 cm, tapak ini hendaklah sentiasa lembap.

Satu masalah cantuman mata tunas pokok jambu batu ialah pengeluaran tunas air dan sulur dari pokok penanti, tetapi ia boleh dibuang dengan mencantas.

Kultur tisu/pengklonan

penanaman

Sebelum menanam, tanah perlu dibajak, disikat dan diratakan. Sistem tanaman segi empat (dengan jarak tanaman 4 m x 4 m) diamalkan kerana pokok jambu batu jenis malar hijau yang rendah hingga sederhana tinggi ini mempunyai ketinggian kira-kira 5-10 m dan lebar kanopinya 5-8 m sahaja. Sistem penanaman ini dapat memuatkan 625 batang pokok bagi keluasan 1 ha.

Pokok jambu batu hidup dengan baik apabila mendapat cahaya matahari yang banyak. Barisan pokok jambu perlulah menghala ku utara dan selatan, supaya setiap pokok dapat menerima cahaya matahari yang maksimum.

Sebelum menanam, lubang yang berukuran 0.3 m x 0.3 m x 0.3 m digali dulu. Selepas itu, 5 kg bahan organik atau kompos, 100 g baja Triple Super Phosphate (TSP) dan 250 g batu kapur magnesium kisar dimasukkan ke dalam lubang dan digaul dengan tanah dalam lubang. Anak pokok ditanam dengan berhati-hati supaya akar tidak rosak. Kayu penyokong digunakan supaya anak pokok tidak tumbang. Tanah yang menutupi lubang ditekan supaya anak pokok tegap berdiri. Penanaman anak pokok dan anak klon biasanya dijalankan di awal musim hujan.

Keadaan iklim mempunyai kesan yang nyata terhadap pertumbuhan pokok jambu batu. Pada amnya, pokok jambu gemarkan cahaya matahari dan amat sesuai dengan kawasan tropika yang panas dan lembap, yang suhu tahunannya 27-30 °C dan hujan tahunan 2 000 hingga 3 000 mm. Di ladang yang mempunyai sistem pengairan yang kurang baik, disyorkan supaya penanaman dijalankan pada musim hujan.

Pokok jambu batu boleh ditanam di pelbagai jenis keadaan tanah, tetapi hasil yang tinggi hanya diperoleh dari tanah yang tinggi kandungan bahan organiknya. Pokok ini juga lebih gemar tanah yang bersaliran baik dan tahan terhadap air bertakung sementara. Namun, pokok jambu tidak tahan langsung dengan tanah masin. Tanah terbiar seperti tanah bekas lombong, bris dan gambut juga boleh ditanam dengan pokok jambu batu, dengan syarat langkah-langkah pemulihan diambil. Pada amnya, pokok jambu batu boleh ditanam di kawasan yang pHnya antara 4.5 hingga 8.2. Walaupun pokok jambu batu tumbuh dengan baik di kawasan tanah rata, ia juga boleh ditanam di kawasan berbukit yang mempunyai teres yang baik bagi menghalang hakisan tanah. Semasa penyediaan kawasan penanaman, semua tumbuh-tumbuhan yang ada mesti dibersihkan dan dibajak sekurang-kurangnya 3 kali.

amalan penanaman

Merumpai

Pengawalan rumpai amat genting semasa 2-3 tahun pertama penubuhan sebuah dusun. Selepas itu kanopi pokok membekalkan teduhan bagi meminimumkan gangguan rumpai. Namun, masih ada rumpai kekal yang tumbuh di sekeliling pangkal pokok atau antara baris pokok, walaupun akar pokok merembeskan eksudat untuk cuba menghalang pertumbuhan rumpai supaya tidak mengganggu sistem akar. Rumpai yang tumbuh di pangkal pokok perlu dicabut dengan tangan. Rumpai yang berada di antara baris pokok boleh dikawal menggunakan racun herba sentuh atau kawasan tersebut ditanam dengan tanaman penutup bumi.

Sungkupan menggunakan plastik hitam polietilena atau bahan organik seperti jerami, rumput kering dan tatal kayu juga disyorkan bagi mengurangkan pertumbuhan rumpai di pangkal pokok. Sungkupan membantu menstabilkan suhu tanah dan menghalang kehilangan lembapan tanah, yang membawa kepada pertumbuhan yang lebih baik dan pokok menjadi lebih besar dan dapat membekalkan teduhan dan menghalang pertumbuhan rumpai, terutamanya rumput.

Penggunaan racun herba di dusun buah-buahan biasanya tidak digalakkan, kerana kemungkinan akan menyebabkan kerosakan yang teruk daripada tempias semburan atau sentuhan terus. Racun herba seperti glifosat boleh digunakan dengan menggunakan ‘rope wicks’ atau penggelek yang ditepukan dengan larutan racun herba. Laluan berumput untuk kenderaan penuai dipotong menggunakan mesin rumput.

Mencantas
Objektif mencantas ialah untuk membuka kanopi pokok supaya cahaya matahari dapat masuk ke dalam kanopi. Dengan itu pucuk baru lebih banyak muncul dan hasil yang akan dikeluarkan lebih tinggi. Pencantasan dilakukan pada awal pertumbuhan pokok bagi membentuk pokok yang mempunyai satu cabang utama dengan ruang antara cabang yang baik untuk pembentukan rangka pokok. Batang utama tanpa cabang yang jaraknya 0.5 m dari tanah sesuai untuk penuaian tangan dan penuai mekanikal jenis goncang/sambut.

Cantasan dahan boleh dilakukan segera selepas menuai atau pokok dibiar selama beberapa bulan. Pokok dicantas dan dibaja untuk mengaruh pertumbuhan putik dan pengeluaran bunga. Memotong hujung cabang pokok akan mengaruh pertumbuhan pucuk baru yang melempai panjang tetapi menghasilkan bunga yang sedikit. Ini bermakna bahawa pemotongan mestilah dibuat di percabangan dahan. Dahan yang tumbuh mendatar lebih produktif daripada dahan yang tumbuh menegak. Peralatan mencantas termasuklah alat pemotong dahan dan gergaji atau gergaji rantai yang kecil atau pemotong hidraulik/pneumatik.

Cantasan di peringkat awal dilakukan bagi mendapatkan saiz pokok yang sesuai dan sistem percabangan yang baik. Anak pokok tut yang mempunyai 2-3 cabang primer dicantas bagi menggalakkan pengeluaran pucuk baru. Sebanyak 3-4 dahan baru boleh dikekalkan pada satu pokok. Bagi anak pokok cantuman mata tunas, batang utamanya dipotong pada jarak 0.5 m dari aras permukaan tanah bagi menggalakkan pertumbuhan 3-4 dahan sekunder. Batang sekunder yang baru ini dipotong lagi bagi mendapatkan dahan tertier.

Cantasan yang berterusan perlu dilakukan bagi mengekalkan pokok supaya sentiasa sihat. Dahan yang bersilang, dahan yang mati dan dahan yang berpenyakit perlu dibuang. Kaedah percantasan seperti ini dapat mengurangkan pertumbuhan kanopi dan dahan yang berlebihan, jadi cahaya dapat tembus terus ke dalam kanopi.

Percantasan yang betul menggalakkan pembungaaan yang banyak, pembuahan yang baik, mengekalkan simpanan makanan dan dapat mengelakkan pembaziran nutrien. Oleh sebab buah keluar dari pertumbuhan baru, percantasan tidak mengganggu tanaman tahun selepasnya. Selepas 5 tahun ketinggian pokok perlu distruktur semula agar lebih rendah dengan memotong batang utama dua kali pada jarak masa 6 bulan. Pada ketika ini, pengeluaran buah agak berkurangan.

Pengairan
Dalam pengeluaran jambu batu secara komersial pengairan amat penting untuk mendapatkan buah yang berkualiti tinggi. Keadaan ini benar berlaku pada tanah berpasir yang keupayaan menahan airnya amat kurang. Selain keadaan tanah, keperluan air juga bergantung pada tempoh musim kering. Contohnya, bagi jarak tanaman 3 m x 3 m, dalam tempoh kering yang panjang iaitu selama 3-4 bulan, keperluan air/pokok/hari ialah 6, 19 dan 35 L, masing-masingnya bagi peringkat permulaan, vegetatif dan peringkat pokok matang. Keperluan ini menurun kepada 4, 16 dan 29 L apabila berlaku musim kering yang pendek iaitu hanya 1-2 bulan. Apabila tiada musim kering yang nyata keperluan masing-masing ialah 4, 17 dan 32 L. Bagi memastikan pokok jambu batu menerima air secukupnya, sistem pengairan amat kritikal di kawasan bermusim kering dan tanah yang tidak subur (terutamanya tanah berpasir),

Bekalan air secukupnya melalui sistem pengairan dapat membantu meningkatkan saiz dan kebolehpasaran buah yang dihasilkan. Kekurangan air di peringkat awal pertumbuhan menyebabkan pokok terbantut. Semasa peringkat vegetatif, kekurangan air akan menyebabkan pengeluaran pucuk yang sedikit dan lambat berbunga, yang membawa kepada pembungaan yang sedikit. Pada peringkat berputik, kekurangan air akan menyebabkan banyak putik yang gugur. Buah yang tidak gugur biasanya bersaiz kecil, dan hasil pokok amat rendah.

Beberapa jenis sistem pengairan boleh digunakan; paling biasa digunakan ialah semburan atas, semburan mikro dan pengairan titis. Daripada ketiga-tiga sistem ini, pengairan titis semakin meningkat penggunaannya untuk menggantikan air yang hilang setiap hari (25-50 mm/minggu). Kaedah ini dapat membekalkan air secukupnya jika keseluruhan dusun boleh diberi air setiap hari. Pada dusun yang lebih besar, yang sistem pengairannya dibahagi-bahagi mengikut bahagian, sistem mikrojet atau sistem pemercik rendah ialah pilihan yang lebih baik. Sistem ini juga memudahkan penggunaan baja dan menunjukkan kesan yang serta-merta. Perlu diingat bahawa air yang dibekalkan mesti bersih supaya paip pengagihan tidak tersumbat.

pembajaan

Pokok jambu batu mempunyai potensi mengeluarkan hasil sepanjang tahun apabila diurus dengan baik kerana pertumbuhannya pantas dan berterusan. Dengan itu, bekalan nutrien daripada baja pada tempoh yang tetap amat kritikal untuk pertumbuhan yang baik dan pengeluaran buah yang berkualiti. Dalam kes penanaman komersial secara intensif iaitu apabila pekebun mengamalkan sistem penanaman yang rapat dan kerap memetik buah amalan pembajaan sebegini memang diperlukan. Pada amnya pokok jambu batu memerlukan baja yang banyak. Ini dapat dipenuhi daripada pemberian baja yang banyak dan tetap, terutamanya sebelum cantasan.

Kaedah membaja yang diamalkan boleh menentukan kos dan keberkesanan pembajaan. Bagi mencapai kebaikan yang maksimum, pada peringkat awal penanaman jambu batu, terutamanya pada tahun pertama, baja seelok-eloknya ditabur 30 cm dari pangkal pokok dan perlahan-lahan digemburkan ke dalam tanah. Kaedah ini digunakan apabila pokok masih kecil dan kanopi antara satu pokok dengan pokok yang lain belum bersentuhan. Pada peringkat pokok telah membesar dan kanopinya telah mengembang, lebih praktikal jika baja ditabur di kawasan sekeliling pangkal pokok atau di antara barisan pokok.

Jenis dan kadar baja yang disyorkan dalam penanaman jambu batu berbagai-bagai, bergantung pada lokasi dan umur pokok. Pada umumnya, pada peringkat awal baja nitrogen dan fosforus perlu diberikan untuk pertumbuhan vegetatif yang baik. Semasa berbuah, paras kalium perlu ditambah bagi meningkatkan kualiti buah (e.g. warna isi lebih menarik, lebih manis dan buah lebih pejal). Pada masa yang sama paras fosforus perlu dikurangkan bagi mengekalkan saiz buah yang besar. Dipercayai bahawa bahan organik dapat memperbaiki saiz buah dan dapat memastikan buah yang dihasilkan berkualiti baik. Oleh itu, bahan organik diberikan pada setiap 6 bulan pada kadar 5 kg sepokok. Bagi tanah yang kurang subur seperti tanah bekas lombong dan tanah bris, jumlah baja organik yang perlu diberi digandakan kepada 10 kg sepokok.

Semasa pertumbuhan vegetatif, baja sebatian yang mengandungi nitrogen, fosfat dan kalium pada kadar 15:15:15 , digunakan 4 kali setahun seperti yang disyorkan dan kebanyakan pekebun mengikut amalan ini. Pembajaan ini diikuti dengan pemberian baja pada kadar 12:12:17:2 (ditambah unsur pekit) dalam tempoh pembiakan.

PENGGUNAAN BAJA

Fasa Umur pokok (tahun) Jenis baja Kadar (kg/pokok /tahun) Masa membaja
Penubuhan 0 Batu kapur magnesium kisar TSP Bahan organik 0.25

0.1
5

Dimasukkan ke dalam lubang
Vegetatif 1 – 2* NPK 15:15:15
or
NPKMg 15:15:6:4
0.5

1.0

4 kali setahun (terutamanya pada awal musim hujan)
Pembiakan 3 – 4* NPKMg 12:12:17:2+TE
or
13:13:13:17
1.5

2.0

sama diatas
Pembiakan 4+* NPKMg 12:12:17:2+TE
or
NPKMg 13:13:13:17
1.5

2.0

sama diatas

* Baja organik sebanyak 10 kg/pokok diberikan pada setiap 6 bulan

pembungaan dan pembuahan

Di Malaysia, pokok jambu batu berbunga 1-3 kali setahun bergantung pada klon, tetapi kebanyakan klon boleh menghasilkan dua kemuncak pembungaan setahun.

Keadaan persekitaran memainkan peranan penting dalam menentukan pembungaan dan pembuahan pokok jambu batu. Tempoh tegasan air amat kritikal untuk meningkatkan pembungaan dan cahaya matahari penuh diperlukan untuk pembungaan dan pembuahan yang berkesan. Biasanya dalam keadaan yang sesuai, bunga putih sama ada tunggal atau dalam kelompok muncul dengan banyaknya dari ketiak daun pucuk yang muda dan buah yang banyak dapat dilihat di atas pokok.

Dalam musim pertumbuhan semasa, pokok jambu batu berbunga tunggal atau dalam jambak 2-3 kuntum bunga di ketiak daun. Biasanya ranting yang berbunga memanjang beberapa cm lagi, dan mengeluarkan 4-5 helai daun. Apabila keluar bunga, pertumbuhan tunas terminal terhenti sehingga musim pertumbuhan kemudiannya. Kudup bunga daripada jenis bercampur dan pucuk yang berbunga mengeluarkan bunga ke arah sisi. Tunas sisi tidak tumbuh ke keseluruhan pucuk dan kemunculannya nampak bertaburan. Tempoh berbunga atau tempoh bunga berkembang adalah selama 25-45 hari bergantung pada varieti, musim dan tempat ditanam.

Jambu batu kebanyakannya mengalami pendebungaan sendiri, walaupun beberapa jenis menghasilkan lebih banyak buah apabila mengalami pendebungaan kacuk dengan varieti yang lain. Pendebunga utama jambu batu ialah lebah madu. Secara semula jadinya, pokok berputik amat banyak iaitu 80-86%, setelah gugur hanya 34-56% sahaja akan mencapai kematangan. Bagi klon tanpa biji pula tahap ini sangat rendah iaitu 6% sahaja. Buah gugur kerana faktor fisiologi dan persekitaran yang berbeza. Pembentukan putik dapat dilihat pada hari ke 12 selepas bunga kembang. Biasanya tempoh dari berputik hingga buah jambu batu dituai mengambil masa selama 15-17 minggu.

Pengeluaran putik buah dan hasil meningkat apabila dirawat dengan asid giberilik (GA) pada 15 bpj atau 30bpj. Pokok jambu batu yang telah dirawat dengan GA pada 200 bpj dapat mengekalkan buah sebanyak 90%. Buah yang dihasilkan rintang terhadap keguguran buah, buah lebih besar, kurang bijinya dan ciri-ciri kualiti seperti jumlah pepejal larut dan asid askorbik bertambah baik. Apabila kudup bunga dipotong dan permukaan yang dipotong disapu dengan campuran GA-lanolin, buah tanpa biji dihasilkan. Buah yang diperoleh daripada rawatan ini lebih besar daripada buah yang tidak dirawat tetapi mempunyai 6-8 rabung yang nyata dan membengkak dipangkal kaliks.

Pokok jambu batu yang dibiakkan dengan cara cantuman mata tunas atau cantuman kulit biasanya akan berbuah dalam masa 1-2 tahun, manakala pokok daripada biji benih mengambil masa 2-3 tahun sebelum mencapai peringkat berbuah. Tempoh matang juga berbeza-beza antara varieti berbiji. Contohnya, varieti Taiwan mengambil masa 20 minggu dari berputik hingga matang sepenuhnya, manakala varieti Kampuchea mengambil masa 16 minggu untuk matang. Pada amnya, hasil tahun pertama agak rendah tetapi meningkat dengan cepat sehingga 40-50 t/ha dalam masa 4-5 tahun penanaman.

Faktor-faktor persekitaran yang mempengaruhi pembungaan
Beberapa masalah timbul semasa pembungaan dan berputik pada klon jambu batu. Jambu batu biasanya mempunyai debunga yang mempunyai kadar percambahan yang tinggi kecuali klon triploid. Pembentukan putik bagi kultivar triploid amat baik apabila ditanam bersama-sama dengan kultivar klon diploid sebagai sumber debunga. Putik yang menjad, tetapi kemudiannya gugur ada berlaku disebabkan faktor kekurangan kalsium bukannya akibat pendebungaan. Terdapat sedikit ketidaksesuaian dalam pendebungaan sendiri atau pendebungaan kacuk antara klon jambu batu. Ketidaksesuaian ini hasil daripada perencatan pertumbuhan tiub debunga di dalam stil.

Pengaruhan bunga di luar musim
Buah yang dihasilkan semasa musim hujan agak tawar, berair dan tidak tahan lama. Bagi mendapatkan hasil yang baik, hentikan bekalan air dengan membuang tanah sekitar akar sebelah atas dan tutup bahagian ini dengan minyak dan campuran bahan organik. Dua kali pengairan pada kadar alir yang rendah disyorkan.

Pengawal atur pertumbuhan telah didapati berkesan dalam menjarangkan bunga dan memanipulasi musim penanaman. Bahan kimia yang berkesan ini ialah NAA (1-Naphthaleneacetic Acid), NAD (Naphthaleneacetamide) dan 2,4-D. Semburan 100 bpj NAA mengurangkan musim penanaman, tetapi hasil terbaik diperoleh daripada penjarangan bunga dengan menggunakan tangan. Ini akan mengurangkan hasil tanaman musim hujan sebanyak 80% dan meningkatkan hasil musim berikutnya sebanyak 180%.

NAA pada 80 bpj atau 100 bpj dapat mengurangkan pembentukan putik apabila disemburkan pada bulan-bulan tertentu dan disyorkan sebagai alternatif kepada kaedah konvensional yang menahan air sebelum berbunga.

Penjarangan bunga yang paling berkesan ialah dengan menggunakan NAD pada 50 bpj atau 2,4-D pada 30 bpj. Dengan kaedah menjarangkan bunga ini, hasil bertambah sebanyak 200-300%.

Ringkasan proses pengeluaran jambu batu

Tindakan Apa tindakan perlu diambil? Bagaimana tindakan dilakukan? Bila tindakan diambil? Kenapa tindakan dijalankan?
Penyediaan tanah Tanah dibajak Menggunakan traktor Sebelum membuat lubang Mengawal rumpai dan menggembur tanah
Membuat baris dan lubang Membaris dan memancang pada jarak 3 m x 3 m; korek lubang 30 cm x 30 cm x 30 cm Membuat baris secara manual; mengorek lubang secara manual atau menggunakan mesin
Bahan tanaman Tanaman disediakan atau dibeli 4-6 bulan sebelum menanam
Baja Baja asas (Lihat bahagian tentang penggunaan baja) Secara manual Sebelum anak pokok diletak dalam lubang Mengatur pH tanah dan memberi zat makanan tanah
Penggunaan baja (Lihat bahagian tentang penggunaan baja) Secara manual Pembubuhan berperingkat 4 kali setahun Memerlukan input baja yang banyak
Pengairan Mengawal pengairan Secara manual menggunakan getah paip atau baldi; sprinkler/titisan Setiap hari semasa musim kemarau Sensitif terhadap tegasan air; menjejaskan kualiti buah
Kawalan serangga dan penyakit Pantau perosak dan penyakit yang berlaku. Kawal sewajarnya. Pemeriksaan yang tetap terhadap tanaman. Seperti yang diperlukan Bagi mengurangkan serangan perosak dan memperbaiki hasil
Pengawalan rumpai Secara mekanikal dan/atau secara kimia Merumpai keliling atau merumpai bersih Seperti yang diperlukan Bagi mengurangkan serangan serangga dan persaingan untuk nutrien
Mencantas dan melatih pokok Mencantas agar bahagian tengah pokok terbuka dan mengurangkan tinggi. Membentuk pokok dan mengurangkan pertumbuhan vegetative yang lebat Dipotong secara manual Seperti yang diperlukan Bagi pertumbuhan yang kukuh dan menggalakan cabang yang berbuah dan memudahkan pemetikan buah
Penuaian Buah dipotong menggunakan gunting pokok 15-17 minggu hari selepas berputik

Pra-tuai

Membalut buah
Sanitasi dan amalan kultur yang baik amat perlu bagi memastikan buah yang dihasilkan berkualiti tinggi. Pengawalan perosak dan penyakit yang tetap perlu diamalkan, bermula dari peringkat awal pembentukan buah.

Buah dijarangkan dengan meninggalkan sebiji buah pada satu tempat pada dahan atau ranting.

Membalut atau menyampul buah jambu batu amat digalakkan bagi menghalang serangan lalat buah, pengorek buah dan penyakit dan mendapatkan buah yang bersih dan berkilat kulitnya, iaitu ciri yang menunjukkan buah yang berkualiti tinggi.

Sebelum menyampul, buah disembur dengan racun kulat terlebih dahulu bagi menghalang serangan penyakit. Semua buah yang berpenyakit atau busuk dibuang sebelum menyampul buah yang lain.

Buah yang cantik (tidak cacat dan tidak cacat bentuk) berukuran 4-5 cm atau sebesar sebiji telur dipilih untuk disampul. Buah disampul menggunakan kertas surat khabar lama berukuran 30 cm x 20 cm dan diketip pada 3 sisi menggunakan dawai kokot. Buah yang dipilih dimasukkan dalam sampul dan sampul diikat ke batang pokok dengan dawai halus.

Tuai

Pokok jambu batu cantuman mata tunas berbuah dalam masa setahun selepas ditanam. Tempoh dari berbunga hingga buah matang mengambil masa selama 3 bulan. Buah yang muda boleh dibalut apabila mencapai umur lebih kurang 1½ bulan. Pembungkusan bukan sahaja mengawal buah daripada serangan lalat buah, malahan menambah baik warnanya dan mengawal daripada lelasan semasa pembentukan buah.

Buah jambu batu dipetik apabila berubah warnanya, daripada warna hijau kepada warna hijau muda. Perubahan warna ini berlaku pada 90-150 hari selepas berbunga, bergantung pada kultivar. Buah dipetik dengan tangan, atau menggunakan gunting cantasan. Tempoh penuaian tidak boleh lebih 3-4 hari, jika tidak akan kerugian akibat buah terlampau masak.

Buah jambu biasanya dipetik secara manual. Perlu berhati-hati semasa memetik, mengendali dan mengangkut kerana kulit jambu batu sangat lembut dan mudah rosak.

Lepas Tuai

Operasi rumah pembungkusan
Di rumah pembungkusan, kertas pembalut buah ditanggalkan. Buah diasing-asingkan dan buah yang tidak cacat, tidak berpenyakit dan tidak rosak dipilih. Buah yang dipilih ini dibasuh bagi menghilangkan kekotoran, tanah dan bunga yang kering.

Bagi menghalang penyakit seperti antraknos, buah jambu ini direndam di dalam 200 bpj benomil selama 10 minit. Rawatan ini hanya dilakukan pada buah yang akan dieksport menggunakan jalan laut. Rawatan ini tidak perlu bagi buah untuk kegunaan tempatan atau eksport melalui udara. Selepas dibasuh dengan benomil, buah dikeringkan dan digred.

Penggredan
Buah jambu batu digred mengikut saiz dan bentuk. Saiznya besar, sederhana dan kecil. Bagi varieti Taiwan dan Kampuchea, buah bersaiz besar beratnya lebih 500 g, saiz sederhana antara 350-500 g dan saiz kecil kurang daripada 350 g.Penggredan juga berasaskan kebersihan dan kesegaran buah. Buah gred A paling segar dan hanya mempunyai 5% kecacatan. Jika kecacatan melebihi 5%, ia dikelaskan sebagai gred B. Standard penggredan jambu batu telah dibangunkan oleh SIRIM dalam tahun 1989 (MS 1149: 1989).

Pembungkusan
Untuk eksport, buah mesti dibungkus bagi mengekalkan kesegarannya. Bagi pengangkutan menggunakan kapal laut, buah dibungkus dengan net polistirena dan dimasukkan ke dalam kotak gentian beralun (CFB) jenis teleskopik. Pembungkusan menggunakan net polistirena dapat mengawal kerosakan semasa pengendalian.Pembungkusan untuk pasaran tempatan lebih mudah. Buah dimasukkan ke dalam bakul buluh atau bekas plastik tanpa membuka pembalutnya. Kotak CFB boleh juga digunakan.

Penyimpanan
Jambu batu boleh disimpan selama 1 minggu pada suhu ambien (28 ºC). Namun, penyimpanan pada suhu ini menggalakkan penyahhidratan dan penyakit antraknos.

Penyimpanan dalam suhu rendah pula dapat memanjangkan tempoh simpan. Suhu optimum untuk penyimpanan jambu batu ialah 5 ºC. Pada suhu ini, kesegaran buah dapat dikekalkan selama 2-3 minggu. Varieti Taiwan tahan lebih lama berbanding dengan varieti Kampuchea atau varieti tanpa biji.

Penggunaan pembungkus polietilena berlubang atau tanpa lubang pada suhu yang rendah meningkatkan tempoh simpan dua kali ganda. Dengan menggunakan teknik ini varieti Taiwan, tanpa biji dan Kampuchea, masing-masingnya boleh disimpan selama 2-3 minggu, 4-5 minggu dan 6-7 minggu pada suhu 5 ºC. Tanpa pembungkusan dengan polietilena, buah jambu akan rosak dan kulit kering mengecut akibat penyahhidratan dan berubah warna kepada perang atau hitam.

Pemprosesan Minimal

Bahan mentah
Varieti jambu batu yang popular di Malaysia – Taiwan, Vietnam dan Kampuchea, sesuai untuk pengetinan atau pemprosesan jus kerana kandungan asidnya rendah.

Varieti yang tinggi kandungan asidnya, e.g. Beaumont, lebih sesuai dibuat kordial dan puri. Puri jambu batu digunakan dalam pembuatan jeli, nekta, jem, minuman, kordial dan gulungan buah-buahan.

Untuk pemprosesan, buah yang tidak busuk dan tidak cedera sahaja digunakan. Penggunaan bahan mentah berkualiti, tinggi menjamin produk yang berkualiti.

Kaedah pemprosesan

Hirisan jambu batu di dalam sirap
Buah yang matang dan pejal digunakan untuk pengetinan. Buah terpilih dibasuh, dikopek dan dipotong dua. Biji dibuang dan isi jambu itu dihiris nipis-nipis. Hirisan ini diisi ke dalam tin, sirap panas dengan pH 3.7 dituang ke dalam tin. Tin diwapkan di dalam ‘exhaust’ selama 2 minit. Tin dikedap dan dipasteur selama 7 minit dalam air mendidih. Tin disejukkan di bawah air yang mengalir sehingga suhunya turun ke 45oC.

Carta alir 1: Pemprosesan hirisan jambu batu

Puri jambu batu
Untuk membuat puri, buah yang masak dan lembut digunakan. Buah yang masih pejal dimasakkan dengan gas etilena supaya cukup lembut untuk pemprosesan.

Buah dibasuh, buang semua tompok hitam dan dicincang kecil-kecil. Celur dalam air panas selama 3-5 minit.. Buah perlu dicelur bagi menghalang puri daripada bertukar warna ke warna perang semasa pemprosesan. Kemudian dilumatkan dengan ‘pulper’. Buang biji dan pulpa diekstrak untuk dijadikan puri. Dengan penambahan asid sitrik pH diselaraskan p sehingga pH 3.7.

Puri dipasteur dengan rawatan haba ultra (UHT) pada suhu 121 o C selama 2-3 minit. Kemudian puri diisi ke dalam tin, dikedap dan disejukkan di bawah air mengalir sehingga suhu turun ke 45 o C.

Puri boleh juga dipasteur pada suhu 90-95 o C selama 10 minit. Dengan kaedah ini, puri dituang ke dalam tin, dikedap dan diwapkan sebelum pempasteuran. Tin disejukkan sehingga 45 o C di bawah air yang mengalir.

Carta alir 2: Pemprosesan puri jambu batu

Minuman jambu batu
Untuk membuat minuman, puri dan buah jambu batu yang masak digunakan. Jambu batu yang masak dijadikan puri dahulu sebelum diproses menjadi minuman.

Tambah sekurang-kurangnya 5% puri jambu batu dengan air, gula, asid sitrik dan selaraskan kemanisannya. Untuk nekta, kandungan purinya tidak kurang daripada 35%.

Minuman ini juga mengandungi karbon dioksida, bahan pengawet, pewarna, perisa dan perapi makanan yang dibenarkan.

Carta alir 3: Pemprosesan minuman jambu batu

Kordial jambu batu
Kordial jambu batu mengandungi air, puri jambu batu, sirap dan penstabil. Kordial mesti mengandungi sekurang-kurangnya 25% puri jambu batu.

Carta alir 4: Pemprosesan kordial jambu batu

Nekta jambu batu
Nekta jambu batu dibuat daripada puri jambu batu, air, gula dan asid sitrik. Ia ditinkan tanpa bahan awet. Sebelum diminum nekta dicairkan dengan air pada nisbah 4:1.

Jem jambu batu
Jem jambu batu mengandungi 35% puri jambu batu dengan 55% gula, 0.5% pektin, dan 0.4% asid sitrik. Semua bahan dicampur dan dimasak sehingga campuran ini mencapai kemanisan 65-68 o Brix. Jem dibotolkan semasa masih panas. Jem jambu batu dalam bekas kedap udara boleh disimpan lebih setahun tanpa bahan pengawet.

Jeli jambu batu
Jeli jambu batu dibuat daripada pektin, natrium nitrat, gula, puri jambu batu dan sirap glukosa dan dimasak sehingga jumlah pepejal larutnya mencapai 78 o Brix. Asid sitrik ditambah bagi mengurangkan pH. Campuran ini dimasak sehingga 108 o C sambil dikacau rata. Campuran disejukkan sehingga 98-100 o C dan dituang ke dalam acuan bertepung. Biarkan sejuk selama 12-24 jam. Jeli ditanggalkan daripada acuan, buang tepung dan lembapkan dengan wap dan digolek-golekkan dengan gula ising.

Gulungan buah jambu batu
Puri jambu batu dicampur dengan gula, pektin, gum yang boleh dimakan dan asid sitrik. Campuran ini dididihkan dan keringkan dalam dulang ‘dessicating’ pada suhu 60-70 o C selama 4-5 jam. Produk ini mengandungi helaian setebal 2 mm yang boleh digulung dan dipotong menjadi gulungan buah-buahan.

Jeruk jambu batu
Rendam jambu batu dalam larutan brine 10% selama 1-2 minggu. Potong sebesar saiz sekali gigitan dan rendam dalam larutan yang mengandungi agen perangup selama 4 jam. Bilas buah dan masukkan ke dalam botol. Tuang sirap yang mengandungi 35-40% gula, asid sitrik dan bahan pengawet ke dalam botol dan dikedap. Simpan jeruk selama 7 hari sebelum digunakan.

Pengeluaran

Senarai produk-produk jambu batu

  • Hirisan jambu batu di dalam sirup yang ditinkan
  • Puri jambu batu
  • Minuman jambu batu
  • Kordial jambu batu
  • Nekta jambu batu
  • Jem jambu batu
  • Jeli jambu batu
  • Gulungan jambu batu
  • Jeruk jambu batu
  • Jambu batu manis, masam dan masin

Maklumat Teknikal

Bahan mentah
Varieti jambu batu yang popular di Malaysia – Taiwan, Vietnam dan Kampuchea, sesuai untuk pengetinan atau pemprosesan jus kerana kandungan asidnya rendah.

Varieti yang tinggi kandungan asidnya, e.g. Beaumont, lebih sesuai dibuat kordial dan puri. Puri jambu batu digunakan dalam pembuatan jeli, nekta, jem, minuman, kordial dan gulungan buah-buahan.

Untuk pemprosesan, buah yang tidak busuk dan tidak cedera sahaja digunakan. Penggunaan bahan mentah berkualiti tinggi menjamin produk yang berkualiti.

Kaedah pemprosesan

Hirisan jambu batu di dalam sirap
Buah yang matang dan pejal digunakan untuk pengetinan. Buah terpilih dibasuh, dikopek dan dipotong dua. Biji dibuang dan isi jambu itu dihiris nipis-nipis. Hirisan ini diisi ke dalam tin, sirap panas dengan pH 3.7 dituang ke dalam tin. Tin diwapkan di dalam ‘exhaust’ selama 2 minit. Tin dikedap dan dipasteur selama 7 minit dalam air mendidih. Tin disejukkan di bawah air yang mengalir sehingga suhunya turun ke 45°C.

Pemprosesan hirisan jambu batu

Puri jambu batu

Untuk membuat puri, buah yang masak dan lembut digunakan. Buah yang masih pejal dimasakkan dengan gas etilena supaya cukup lembut untuk pemprosesan. Buah dibasuh, buang semua tompok hitam dan dicincang kecil-kecil. Celur dalam air panas selama 3-5 minit. Buah perlu dicelur bagi menghalang puri daripada bertukar warna ke warna perang semasa pemprosesan. Kemudian dilumatkan dengan ‘pulper’. Buang biji dan pulpa diekstrak untuk dijadikan puri. Dengan penambahan asid sitrik, pH diselaraskan sehingga pH 3.7.

Puri dipasteur dengan rawatan haba ultra (UHT) pada suhu 121 °C selama 2-3 minit. Kemudian puri diisi ke dalam tin, dikedap dan disejukkan di bawah air mengalir sehingga suhu turun ke 45 °C.

Puri boleh juga dipasteur pada suhu 90-95 °C selama 10 minit. Dengan kaedah ini, puri dituang ke dalam tin, dikedap dan diwapkan sebelum pempasteuran. Tin disejukkan sehingga 45 °C di bawah air yang mengalir.

Pemprosesan puri jambu batu

Minuman jambu batu
Untuk membuat minuman, puri dan buah jambu batu yang masak digunakan. Jambu batu yang masak dijadikan puri dahulu sebelum diproses menjadi minuman.

Tambah sekurang-kurangnya 5% puri jambu batu dengan air, gula, asid sitrik dan selaraskan kemanisannya. Untuk nekta, kandungan purinya tidak kurang daripada 35%.

Minuman ini juga mengandungi karbon dioksida, bahan pengawet, pewarna, perisa dan perapi makanan yang dibenarkan.

Pemprosesan minuman jambu batu

Kordial jambu batu
Kordial jambu batu mengandungi air, puri jambu batu, sirap dan penstabil. Kordial mesti mengandungi sekurang-kurangnya 25% puri jambu batu.

Guava cordial processing

Nekta jambu batu
Nekta jambu batu dibuat daripada puri jambu batu, air, gula dan asid sitrik. Ia ditinkan tanpa bahan awet. Sebelum diminum nekta dicairkan dengan air pada nisbah 4:1.

Jem jambu batu
Jem jambu batu mengandungi 35% puri jambu batu dengan 55% gula, 0.5% pektin, dan 0.4% asid sitrik. Semua bahan dicampur dan dimasak sehingga campuran ini mencapai kemanisan 65-68 o Brix. Jem dibotolkan semasa masih panas. Jem jambu batu dalam bekas kedap udara boleh disimpan lebih setahun tanpa bahan pengawet.

Jeli jambu batu
Jeli jambu batu dibuat daripada pektin, natrium nitrat, gula, puri jambu batu dan sirap glukosa dan dimasak sehingga jumlah pepejal larutnya mencapai 78 °Brix. Asid sitrik ditambah bagi mengurangkan pH. Campuran ini dimasak sehingga 108 °C sambil dikacau rata. Campuran disejukkan sehingga 98-100 °C dan dituang ke dalam acuan bertepung. Biarkan sejuk selama 12-24 jam. Jeli ditanggalkan daripada acuan, buang tepung dan lembapkan dengan wap dan digolek-golekkan dengan gula ising.

Gulungan buah jambu batu
Puri jambu batu dicampur dengan gula, pektin, gum yang boleh dimakan dan asid sitrik. Campuran ini dididihkan dan keringkan dalam dulang ‘dessicating’ pada suhu 60-70 °C selama 4-5 jam. Produk ini mengandungi helaian setebal 2 mm yang boleh digulung dan dipotong menjadi gulungan buah-buahan.

Jeruk jambu batu
Rendam jambu batu dalam larutan brine 10% selama 1-2 minggu. Potong sebesar saiz sekali gigitan dan rendam dalam larutan yang mengandungi agen perangup selama 4 jam. Bilas buah dan masukkan ke dalam botol. Tuang sirap yang mengandungi 35-40% gula, asid sitrik dan bahan pengawet ke dalam botol dan dikedap. Simpan jeruk selama 7 hari sebelum digunakan.

Informasi Am

Penggunaan tempatan bagi jambu batu dalam tahun 2003 dianggarkan sebanyak 72, 442 tan. Kilang-kilang pemprosesan merupakan pengguna jambu batu yang terbesar. Kilang pemprosesan, terutamanya kilang membuat jus, menggunakan sejumlah 53,832 tan atau 74% daripada jumlah penggunaan dalam tahun 2003.

Institusi dan isi rumah merangkumi yang 26% selebihnya itu. Dengan harga runcit RM2.30/kg, nilai pasaran tempatan bagi jambu batu dianggarkan sebanyak RM166.62 juta dalam tahun 2003.

Pasaran jambu batu domestik diunjurkan akan meningkat sebanyak 44% iaitu 72,442 tan dalam tahun 2003 kepada 104,107 tan dalam tahun 2006. Peningkatan dalam pasaran domestik dijangka datangnya dari kilang pemprosesan, sebagaimana ditunjukkan dalam Jadual 1 apabila permintaan terhadap jus jambu batu bertambah baik.Jadual 1. Unjuran permintaan domestik buah jambu batu segar (t)

Kategori 2002 2003 2004 2005 2006
Kilang 46,811 53,832 61,908 71,193 81,873
Isi rumah 13,437 13,785 14,143 14,510 14,891
Institusi 4,195 4,825 5,550 6,384 7,343
Jumlah 64,443 72,442 81,601 92,087 104,107

Sumber: FAMA

Eksport
Dalam tempoh 1992 hingga 2001, nilai eksport buah jambu batu segar meningkat sebanyak 374%, daripada RM0.9 juta kepada RM4.3 juta. Pasaran eksport utama jambu batu segar Malaysia ialah Singapura iaitu sebanyak 89% daripada jumlah nilai eksport tahun 2001 seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2. Pasaran eksport utama yang lain ialah Brunei dan Hong Kong juga ditunjukkan dalam Jadual 2.

Pasaran domestik
Buah jambu batu segar dipasarkan di pasaran tempatan melalui saluran runcit berikut:

  • Jual terus kepada pengguna melalui Pasar Tani yang dikendalikan oleh FAMA
  • Jualan ke pasar borong
  • Jual terus ke pasar raya besar/pasar raya
  • Jualan melalui ladang kontrak dan sistem pajak
  • Jual terus ke peruncit
  • Jual terus ke pengeksport
  • Jual terus kepada isi rumah dan pengguna

Jadual 2. Destinasi eksport utama jambu batu segar

Tahun Singapura Brunei Hong Kong Belanda Lain-lain Jumlah
MT RM (‘000s) MT RM (‘000s) MT RM
(‘000s)
MT RM (‘000s) MT RM (‘000s) MT RM
(‘000s)
1992 1,543 796 0 0 6 27 0 0 25 79 1,574 902
1993 2,837 1,519 40 41 0 0 0 0 127 254 3,005 1,814
1994 2,432 1,390 63 64 0 0 0 0 30 54 2,526 1,507
1995 2,499 1,724 45 45 20 19 3 7 17 42 2,584 1,838
1996 3,143 1,795 37 38 3 3 8 38 43 65 3,234 1,939
1997 4,267 2,672 17 17 8 12 15 52 10 22 4,317 2,775
1998 2,493 1,863 21 28 1 1 10 47 8 41 2,534 1,980
1999 2,944 2,880 35 83 2 3 1 10 13 31 2,994 3,006
2000 3,091 3,386 55 129 5 5 0 3 8 10 3,158 3,533
2001 3,362 3,798 6,279 387 5 40 0 2 36 46 9,683 4,273

Sumber: Jabatan Statistik, Malaysia LIST OF GUAVA EXPORTERS

Nama Alamat No. Telefon Negeri
LEE AH LAT JALAN BESAR YONG PENG,BT PAHAT,JOHOR 07-4671652 JOHOR
KOON HOCK TRADING NO 9,JLN BALAU PASIR,TMN KOTA,YONG PENG,BT PAHAT 07-4674617 JOHOR
PERNIAGAAN BUAHAN LONG PENG NO 3A,JLN MEWAH 1,TMN MEWAH,YONG PENG,BT PAHAT 07-4675667 JOHOR
PERNIAGAAN ADIK BERADIK THEN NO 193,JLN MANGGIS,TMN SRI JAYA,BKT GAMBIR,MUAR 06-9763514 JOHOR

Sumber: FAMA

National average price

Bulan Tahun
1995 1996 1997 1998 1999 2000 2001 2002
Jan 0.74 0.79 0.95 0.97 1.18 0.99 0.89 1.09
Feb 0.78 0.84 0.95 1.00 1.10 0.98 1.05 1.10
Mar 0.79 0.90 0.98 1.01 1.12 0.97 1.24 1.03
Apr 0.77 0.89 0.97 1.02 1.01 0.99 1.10 0.96
May 0.78 1.05 0.96 1.04 0.99 0.98 1.04 0.94
Jun 0.81 1.00 1.10 1.13 0.96 0.96 1.05 0.96
Jul 0.83 1.10 0.91 1.23 0.98 0.95 1.02 0.97
Aug 0.79 1.04 0.86 1.23 1.03 0.95 1.02 0.97
Sep 0.84 1.03 0.88 1.13 1.06 0.94 1.00 0.97
Oct 0.83 0.94 0.83 1.07 0.96 0.92 0.98 0.97
Nov 0.82 1.00 0.90 1.08 1.02 0.91 1.00 0.98
Dec 0.82 0.96 0.92 1.07 1.03 0.90 1.00 0.95
Average 0.80 0.96 0.93 1.08 1.04 0.95 1.03 0.99

Sumber: FAMAEx-Farm Prices (RM/kg)

Bulan Tahun
1995 1996 1997 1998 1999 2000 2001 2002
Jan 1.07 1.15 1.19 1.26 1.36 1.30 1.28 1.44
Feb 1.02 1.15 1.17 1.30 1.36 1.33 1.36 1.43
Mar 1.03 1.18 1.19 1.33 1.40 1.31 1.49 1.34
Apr 1.08 1.17 1.24 1.32 1.36 1.34 1.57 1.35
May 1.05 1.18 1.18 1.38 1.33 1.34 1.50 1.32
Jun 1.03 1.16 1.18 1.45 1.30 1.33 1.46 1.29
Jul 1.02 1.21 1.12 1.42 1.33 1.30 1.45 1.26
Aug 1.04 1.18 1.17 1.42 1.32 1.28 1.51 1.27
Sep 1.05 1.15 1.14 1.33 1.36 1.26 1.54 1.28
Oct 1.09 1.15 1.20 1.30 1.33 1.32 1.44 1.34
Nov 1.10 1.19 1.25 1.29 1.28 1.30 1.49 1.38
Dec 1.11 1.14 1.27 1.31 1.27 1.28 1.43 1.39
Average 1.06 1.17 1.19 1.34 1.33 1.31 1.46 1.34

Sumber: FAMA
Wholesale Prices (RM/kg)

Bulan Tahun
1995 1996 1997 1998 1999 2000 2001 2002
Jan 1.53 1.64 1.71 1.81 1.91 1.87 1.94 2.09
Feb 1.49 1.66 1.71 1.86 1.88 1.92 2.01 2.04
Mar 1.47 1.70 1.67 1.95 1.95 1.86 2.10 2.01
Apr 1.55 1.68 1.75 1.97 2.02 1.91 2.13 2.84
May 1.54 1.64 1.67 1.99 1.99 2.96 2.07 3.44
Jun 1.55 1.63 1.64 2.08 1.90 1.90 1.99 1.90
Jul 1.53 1.71 1.64 2.05 1.93 1.89 1.95 3.38
Aug 1.52 1.74 1.66 2.05 1.92 1.88 2.06 1.92
Sep 1.52 1.59 1.62 1.94 1.95 1.87 2.79 1.88
Oct 1.52 1.59 1.71 1.88 1.92 1.93 2.09 1.92
Nov 1.57 1.64 1.80 1.95 1.90 1.88 2.15 1.95
Dec 1.59 1.61 1.75 1.92 1.87 1.88 2.16 1.96
Average 1.53 1.65 1.69 1.95 1.93 1.98 2.12 2.28

Sumber: FAMARetail Prices (RM/kg)

Guava Monthly Price Trends 2002

Harga (RM/kg) Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec
Ex-Farm 1.09 1.10 1.03 0.96 0.94 0.96 0.97 0.49 0.97 0.97 0.98 0.95
Wholesale 1.44 1.43 1.34 1.35 1.32 1.29 1.26 0.83 1.28 1.34 1.38 1.39
Retail 2.09 2.04 2.01 2.84 3.44 1.90 3.38 1.22 1.88 1.92 1.95 1.96

Sumber: FAMA

Herba bahan alternatif kesihatan

Seperti yang diketahui umum, Malaysia amat kaya dengan ubat-ubatan tradisional dan alternatif seperti digambarkan daripada struktur etnik di negara ini. Masyarakat pelbagai etnik yang terdiri daripada pribumi atau Orang Asli, pelbagai suku kaum di Sabah dan Sarawak, di samping tiga kumpulan etnik utama iaitu Melayu, Cina dan India. Sejarah juga membuktikan penggunaan herba masyarakat berbilang etnik di negara ini untuk tujuan perubatan. Oleh itu Malaysia berada dalam kedudukan terbaik untuk membangunkan ubat-ubatan tradisional menjadi produk komersial.

Pada masa yang sama, dengan adanya kemudahan penyelidikan moden dan dilengkapi infrastruktur yang mencukupi, Malaysia mampu menjadi hab tumbuh-tumbuhan ubatan Asia.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas Herbal Asia, Safinah Yaakob, industri herba berpotensi menjana sumber kekayaan baru negara. Katanya, Rancangan Malaysia Ke-9 yang dibentangkan tidak lama dahulu akan melonjakkan pembangunan industri herba sebagai peneraju baru pertumbuhan ekonomi. Tumpuan akan diberi kepada penggunaan bahan dan sumber asli dalam pertanian, penjagaan kesihatan, aktiviti perindustrian dan bioinfomatik di mana pertumbuhan sektor-sektor ini sungguh luar biasa.

‘‘Apa yang penting ialah sumber asas yang kita miliki akan memiliki IP (harta intelek) sendiri yang secara langsung menggalakkan penggunaan produk tempatan untuk gaya hidup yang sihat,’’ katanya.

Pada masa ini, herba atau produk herba banyak digunakan sebagai ubat-ubatan sampingan atau sebagai bahan alternatif untuk meningkatkan kesihatan dan melawan penyakit. Ini dapat dilihat dengan jelas melalui peningkatan dalam jualan produk herba serta kewujudan banyak pusat kesihatan yang menyediakan perubatan tradisional seperti aromaterapi, qi-gong, refleksologi, terapi ozon dan sebagainya. Antara rawatan alternatif yang menggunakan herba adalah untuk merawat sakit belakang, sakit sendi dan urat, keletihan, migrain, menopaus, darah tinggi dan juga untuk tujuan kecantikan.

‘‘Ubat-ubatan tradisional yang diamalkan oleh orang Melayu dianggarkan melebihi 1,000 jenis tumbuhan berbunga dan paku-

pakis. Contohnya termasuklah tongkat ali, kacip fatimah, pinang, lilit memanjat seruntum, daun inai, mengkudu, pegaga, kecubung, hempedu bumi, dukung anak dan sebagainya,’’ kata Safinah.

Kesemua jenis tumbuhan dan herba tersebut amat bernilai dan mempunyai khasiat yang tinggi.

Jintan hitam yang tumbuh di bumi Arab dan India misalnya digunakan sejak ratusan tahun dahulu untuk mengubati penyakit gout, asma, batuk dan demam. ‘‘Aloe vera yang kaya dengan pelbagai jenis vitamin, mineral, asid amino, saponin, lignin, enzim, anthraquinoses dan asid seliksitik digunakan sepenuhya dalam kaedah perubatan.

“Hari ini, banyak syarikat farmaseutikal yang sudah memanfaatkan penggunaan herba dari sumber alam tropika yang kaya ini untuk dikomersialkan’’, kata Safinah.

Malah, di Malaysia sendiri, para penyelidik sudah mengkaji 1,300 jenis pokok dan tumbuhan hutan untuk mengenal pasti kemungkinan nilai perubatan yang ada padanya. Dalam masyarakat Orang Asli dan di kalangan orang Melayu, khasiat tumbuh-tumbuhan hutan yang hidup liar sudah dikenalpasti sejak sekian lama. Apa yang diperlukan adalah memanfaatkannya secara komersial.

‘‘Justeru, potensi sumber asli seperti herba cukup luas dalam memperkenalkan produk-produk alternatif kesihatan dan perubatan,’’ kata Safinah.

Di Amerika Syarikat (AS) sahaja, jutaan ringgit diperuntukkan setiap tahun untuk menghasilkan makanan kesihatan bagi pasaran tempatan dan antarabangsa. Dianggarkan, sebanyak 20 hingga 50 peratus penduduk di negara membangun bergantung kepada perubatan alternatif dan komplementari berasaskan tumbuhan. Fenomena yang sama juga ditunjukkan oleh negara-negara Asia seperti Jepun, Korea Selatan, India, Indonesia dan juga Malaysia.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula menganggarkan bahawa permintaan global terkini terhadap tumbuh-tumbuhan ubatan sekitar AS$14 bilion setahun dan menjangkakan permintaannya akan terus meningkat menjelang 2050 menjadi AS$5 trilion. Angka ini jelas membuktikan bahawa pasaran herba mempunyai potensi dan peluang yang tinggi untuk berkembang maju.

Laporan terkini juga menunjukkan bahawa jumlah jualan produk herba tempatan mencecah RM100 juta bagi tahun 2000. Pasaran ini meningkat kepada RM500 juta bagi tahun 2005 dan RM2.5 bilion pada 2010. Perkembangan global industri ini pastinya memberi kesan signifikan kepada pasaran herba Malaysia.

Berikutan itu, Pameran Herba Asia 2008 yang diadakan buat kali kelima minggu depan akan mendedahkan kepada masyarakat mengenai kepentingan industri herba sebagai alternatif kepada penjagaan kesihatan. Pelbagai produk yang dihasilkan dengan bahan semulajadi dari khazanah hutan negara boleh didapati terutamanya produk-produk kesihatan yang berasaskan kesihatan.

‘‘Sudah sampai masanya kita menggunakan sepenuhnya sumber semulajadi yang terbukti semakin hari mendapat permintaan yang tinggi kerana khasiatnya’,’’ kata Safinah yang menjadi penganjur utama pameran.

Pameran Dagangan Herbal Asia itu akan bermula pada 8 hingga 11 Mei ini di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade, Kuala Lumpur. Pameran ini merupakan satu platform kepada semua yang terbabit di dalam industri herba sama ada di dalam atau luar negara untuk bertukar idea dan maklumat, di samping mendapatkan perkembangan terkini isu-isu semasa serta teknologi-teknologi baru yang boleh membantu meningkatkan pertumbahan industri tersebut.

Antara bidang yang amat berkait rapat dengan industri herba ini ialah kesihatan di mana kini, sudah banyak herba dan produk-

produk semulajadi menjadi asas dalam pembuatan ubat-ubatan mahupun makanan kesihatan. Justeru, pameran ini akan memberi pendedahan yang lebih meluas mengenai pentingnya industri herba di negara ini dalam aspek penjagaan kesihatan.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai pameran ini bolehlah menghubungi sekretariat di talian 03-62803503/06 atau Faks: 03-62803607.