Kenalpasti 12 Perosak Utama Mangga-Part III

1. HAMA LELABAH MERAH

  • Nama scientifik : Tetranychus cinnabarinus
  • Bahagian yang diserang: Daun.
  • Kitaran hidup:  Telur 2-4 h, larva 6-8 h, dewasa 30 h.
  • Simptom:
  1. Menghisap cairan sel pada daun.
  2. Daun kering.
  3. Sisi daun menggulung dan gugur.

 

2. LALAT BUAH

  • Nama scientifik : Bactrocera papayae, B. carambolae, B. umbrosus, B. cucurbitae
  • Bahagian yang diserang: Buah matang.
  • Kitaran hidup:  Telur 2-3 h, larva 8-10 h, kepompong 9-10 h, dewasa 5-7 h.
  • Simptom:
  1. Perosak menyerang buah yang matang (berumur 8-10 minggu).
  2. Buah masak mempunyai isi yang lembut.
  3. Telur menetas dan larva mengorek dan merosakkan isi.

 

3.KOYA

  • Nama scientifik : Rastrococcus iceryoides, Dysmicoccus neobrevipes, D. brevipes, Pseudococcus lilanus, Ferrisiana virgata                 
  • Bahagian yang diserang: Bunga, daun, buah.
  • Kitaran hidup:  Ovoviviparus, nim -26-55 h, dewasa 31-80 h Simbiosis dengan semut.
  • Simptom:
  1. Menghisap cairan sel di permukaan bahagian tanaman menyebabkan pertumbuhan pokok terencat.
  2. Pertumbuhan kulat Meliola sp.dan Capnodium sp. di permukaan daun dan buah.

 

Bersambung di Part IV

Kenalpasti 12 Perosak Utama Mangga-Part II

  1. PENGERAT DAUN MANGGA
  • Nama scientifik : Deporaus marginatus
  • Bahagian yang diserang: Daun muda.
  • Kitaran hidup:  Telur 1-2 h, larva 2-4 h, pupa 5-7 h, dewasa 9-10 h
  • Simptom:
  1. Kumbang makan lapisan epidermis daun muda menyebabkan daun kering.
  2. Kumbang betina bertelur pada hujung daun dan kemudian memotong daun tersebut.

Deporaus marginatus

Deporaus marginatus 2

Deporaus marginatus 3

Daun muda yang dimakan Deporaus marginatus

 

    2.ULAT PENYAWANG DAUN

  • Nama scientifik : Orthaga incarusalis
  • Bahagian yang diserang: Daun.
  • Kitaran hidup:  Telur 3-5 h, larva 7-10 h, kepompong 4-5 h, dewasa 8-12 h.
  • Simptom:
  1. Perosak menyerang daun muda dan matang.
  2. Larva menyerang dalam kumpulan, merosakkan permukaan daun-daun dan membina sesawang yang mengikat lapisan-lapisan daun.
  3. Larva dan kepompong berada di dalam lapisan-lapisan daun tersebut.

Orthaga incarusalis

Orthaga incarusalis 2

3. KUMBANG PEMAKAN DAUN

  • Nama scientifik : Basilepta musae.
  • Bahagian yang diserang: Daun muda.
  • Kitaran hidup:  Telur 4-6 h, nim 10-15 h, dewasa 10-14 h
  • Simptom:
  1. Larva menyerang dalam kumpulan.
  2. Makan dan merosakkan permukaan atas daun

Basilepta musae2

Basilepta musae

Menyerang secara berkumpulan

Bersambung di Part III

Kenalpasti 12 Perosak Utama Mangga-Part 1

Buah mangga sedapkan. Terliur pulak puasa-puasa ni. Tapi tahu tak anda dan saya sendiri ada 12 perosak utama pokok ni. Hish banyaknya!! Jom kenal antara perosak yang glamer:

  1. KUTU TRIP
  • Nama scientifik : Selenothrips rubrocinctus, Haplothrips pictipes
  • Bahagian yang diserang: Pucuk, bunga dan putik.
  • Kitaran hidup:  12-20 h. Membiak dengan cepat terutama di musim kemarau
  • Simptom:
  1. Mengikis permukaan daun muda, bunga dan putik buah.
  2. Bunga dan putik buah boleh gugur atau menjadikan parut berwarna perang kehitaman seperti terbakar.
  3. Jangkitan kulat sekunder seperti Elsinoe mangiferae pada buah.

kutu trip

kutu trip 2

kutu trip3

 

2. ULAT BOMBOTELIA

  • Nama scientifik : Bombotelia jocosatrix.
  • Bahagian yang diserang: Bunga dan daun muda.
  • Kitaran hidup:  Telur 3-4 h, larva 13-15 h, kepompong 10-14 h, dewasa 6-12 h
  • Simptom:
  1. Larva menyerang dalam bilangan yang banyak, lazimnya di antara 7-15 ekor, pada satu pucuk atau satu jambak bunga.
  2. Serangan perosak yang berlaku dalam masa 3-5 hari tanpa rawatan akan menyebabkan kerosakan teruk pada daun muda dan bunga.
  3. Terdapat banyak butiran fras pada daun dan juga di atas tanah.
BUTIRAN FRAS

Contoh butiran fras

Ulat Bombotelia

Ulat Bombotelia 2

 

3. LELOMPAT DAUN MANGGA

  • Nama scientifik : Idioscopus clypealis, I.nitidulus.
  • Bahagian yang diserang: Bunga dan daun muda.
  • Kitaran hidup:  Telur 4-6 h, nim 10-15 h, dewasa 10-14 h
  • Simptom:
  1. Menghisap cairan sel pada pucuk, daun, dan bunga.
  2. Daun dan bunga gugur.
  3. Mengeluarkan rembesan manisan yg mengalakkan kulat Meliola sp tumbuh.
  4. Menghalang fotosintisis dan jejaskan kualiti buah.

Idioscopus clypealis, I.nitidulus

lompat mangga

bersambung di Part II

 

AgroBazaar Online Macam-macam Ada

Snap 2016-06-21 at 12.37.39

Eh macam-macam ada dalam AgroBazaar ni rupanya

Anda pernah dengar tak AgroBazaar Online? Rugi tau kalau anda sebagai penternak atau petani diluar sana tak pernah guna atau lebih malang lagi tak pernah tahu pasal benda ni.

AgroBazaar ni diperkenalkan pada Disember 2014 oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Program di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang diakses melalui agrobazaar.com.my itu menyediakan pasaran baru untuk produk pertanian dengan mewujudkan komuniti agromakanan secara dalam talian.

Agrobazaar.com.my merangkumi maklumat, latihan, perkhidmatan sokongan, komuniti dan nilai rantaian online dan offline.

Yang bestnya AgroBazaar Online turut memaparkan maklumat seperti harga sayur dan buah terkini selain maklumat senarai pasar tani, lokasi dan kalendar buah bermusim. Program itu dilihat masih baru apabila jumlah peniaga berdaftar (dalam talian) baru mencecah 1,131 pekedai manakala jumlah pelawat sebanyak 15,467 orang.

Banyak  betul kebaikan portal ni sebab usahawan dalam talian menjimatkan kos operasi, berdikari selain memiliki pasaran luas tanpa orang tengah.

Insyaallah ada produk nanti saya nak daftar.Percuma pulak tu.Rugi tak daftar sekarang tau kawan-kawan.

Snap 2016-06-21 at 21.48.27

Banyaknya pilihan..best betul

Diubahsuai dari Harian Metro

Jom Tanam Bunga

Semenjak dua menjak ni saya sangat suka menanam bunga, pelbagai jenis bunga saya cuba tanam. Ada yang menjadi ada yang tidak. Tapi ini tidak mematahkan semangat saya. Tapi kadang-kadang bila kita keluar negara atau pergi bercuti untuk tempoh yang agak lama, pastinya saya risau. Sebabnya tiada siapa hendak siramkan pokok-pokok bunga saya. Dulu ada juga saya bela pokok petunia, tapi balik sahaja dari umrah habis mati.

Oleh itu, saya mengambil keputusan membela pokok bunga yang tidak banyak songeh dan tahan tidak disiram lama seperti pokok bunga kertas dan pokok bunga jam 10 @ ros jepun. Ada tak sesiapa yang ada idea bagaimana hendak memastikan pokok bunga sentiasa lembab. Tapi janganlah suruh jiran pula ye. Sebab jiran saya pun tak kenal (sebab warga asing).Salah satu idea saya untuk memastikan kelembapan tanah ialah dengan menggunakan sabut kelapa

Kalau anda ada idea sharelah dengan saya.:) Aman sikit saya nak bercuti.

Layan sikit pokok bunga saya

DSC00755[1]

DSC00762[1]

DSC00758[1]DSC00757[1]

DSC00756[1]

Petunia gurun

Petunia gurun atau nama saintifiknya Ruellia simplex juga dikenali sebagai Mexican Petunia, Florida Bluebells, Mexican Blue Bells. Berasal daripada negara Mexico, Carribean, Brazil dan Argentina.

Apa yang menarik mengenai bunga ini, warnanya yang sangat terang menaikkan seri laman pemiliknya. Petunia gurun ini juga sangat mudah ditanam. Cucuk sahaja keratan batang pada semua jenis tanah, insyaallah hidup! senang kan.

Petunia gurun juga akan berbunga setiap hari sepanjang tahun kerana bunganya hanya bertahan selama sehari. Dedahkan pokok ini pada cahaya matahari maka semakin banyak ia akan berbunga, semakin ceria laman anda! Pokok ini juga sangat digemari oleh rama-rama dan lebah.

Secara jujur pokok petunia bagi saya sangat senang dijaga. Saya gunakan baja tahi ayam  kadang-kadang dua minggu sekali atau sebulan sekali untuk menyuburkannya. Haiwan perosak pun tidak begitu banyak. Oleh kerana laman saya kecil, jadi saya menanannya di dalam pasu. Biasanya saya akan siram sekali sehari. Jomlah tanam!!

DSC00769[1]

Cantikkan warnanya!

DSC00768[1]

DSC00766[1]

Pokok bunga petunia gurun yang saya tanam di dalam pasu

DSC00765[1]

Kalau dah rajin…

Walaupun cacat di bahagian kaki sehingga membataskan pergerakannya dan ada kalanya terpaksa bertongkat, ia tidak menjadi penghalang kepada Mohd Arif Hasani Othman, 34, untuk mengusahakan ternakan udang kara atau lobster.

Kesungguhan dan minat menjadi rahsia kejayaannya mengusahakan projek ternakan akuakultur di Kampung Banting, Sabak Bernam.

Buat permulaan, dia menggunakan modal RM2,700 yang diberikan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam bentuk Bantuan Geran Pelancaran untuk melaksanakan projek itu selain bantuan bulanan RM350.

Pemegang Diploma Kejuruteraan Elektronik Komputer dari Politeknik Ungku Omar, Ipoh itu berkata, dengan modal RM2,000, dia membeli 20 ekor induk udang kara daripada seorang kenalan, manakala baki RM700 membeli beberapa peralatan dan tangki.

“Selepas tamat belajar di politeknik, saya buka kedai membaiki komputer di depan rumah, tapi terpaksa ditutup kerana kurang sambutan.

“Kemudian saya ternak ikan keli, namun usaha itu hanya sementara kerana pergerakan saya terbatas manakala kos menggajikan pekerja dan makanan ikan keli agak mahal.

“Saya kemudian berjinak-jinak dengan ternakan udang kara selepas diperkenalkan seorang rakan,” katanya yang tidak pernah berputus asa setiap kali menceburi bidang perniagaan.

Menurutnya, bermula dengan 20 ekor induk pada tahun 2014, kini jumlahnya bertambah kepada 2,000 ekor selepas berjaya menghasilkan benih secara semula jadi.

“Menternak udang kara tidak terlalu susah seperti didakwa sesetengah pihak. Kita hanya perlu menyediakan makanan sesuai, selain memastikan kolam tidak terdedah suhu panas kerana ia mempengaruhi suhu air.

“Udang kara makan tumbuh-tumbuhan hijau yang banyak tumbuh di dalam kolam selain saya tanam sendiri dan pelet. Pantangnya jangan beri makanan berlebihan kerana ia menghasilkan ammonia,” katanya.

Mohd Arif yang cacat sejak lahir berkata, kebersihan kolam perlu diutamakan bagi memastikan udang tidak mati atau pembesarannya terbantut.

“Setiap bulan saya menukar air baru bagi memastikan udang tidak dicemari. Saya keluarkan dulu udang dan asingkan sebelum memasukkan semula ke dalam tangki.

“Ada juga anak udang menjadi mangsa kepada yang lebih besar dan ganas. Udang kara mampu membesar hingga mencecah sekilogram seekor bergantung kepada beberapa faktor seperti usia dan makanan diberikan.

“Biasanya udang kara di sini tidak dapat dijual dengan saiz besar kerana pelanggan lebih suka membeli benih. Saya jual benih mengikut saiz iaitu satu inci dengan harga RM1, dua inci (RM2.50), tiga inci (RM2.50),” katanya.

Katanya, buat masa ini dia mempunyai 15 kolam simen, 12 tangki plastik dan tiga kolam plastik yang menampung lebih 2,000 udang kara pelbagai saiz.

“Saya memasarkan sendiri udang kara mengikut harga pasaran. Udang kara sejuk beku dijual sekitar RM80 sekilogram selain menjual benih induk.

“Biasanya jualan benih udang kara mampu menjana pendapatan sekitar RM1,500 hingga RM2,000 sebulan,” katanya yang sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki berusia dua minggu.

Mohd Arif berkata, permintaan udang kara begitu menggalakkan terutama daripada pemilik restoran makanan laut, namun bergantung kepada pengeluaran.

“Saya sedia berkongsi pengalaman dengan mana-mana pihak yang berminat mengusahakan ternakan udang kara. Sejak beroperasi, ramai individu dan syarikat datang melihat projek diusahakan.

“Saya tidak segan untuk mendapatkan ilmu daripada rakan yang sudah berjaya,” katanya yang merancang membuka pusat ternakan baru penghujung tahun ini.

Mohd Arif menunjukkan udang kara yang diternak

Mohd Arif menunjukkan kotak polisterina yang dijadikan tempat pembiakan induk udang

Tangki plastik biru digunakan untuk menternak udang kara

Antara kolam simen

Sumber: Harian Metro

Teknologi vermikompos bantu promosi pertanian organik

Vermikompos: baja daripada proses perkumuhan cacing terhadap bahan-bahan organik seperti sayur -sayuran, dedaun, habuk kayu, serbuk sabut kelapa malah sehingga kertas pejabat sekali pun berpotensi tinggi untuk dijadikan baja yang terbaik. bahan seperti lebihan sayur-sayuran, habuk kayu mahupun cebisan kertas perlu digaul sekata dan diletakkan bersama cacing tersebut.

  • Fakta

Pengutipan hasil

  • Vermikompos boleh dituai selepas dua atau empat bulan.
  • Vermikompos yang terhasil diasingkan dengan mengumpulkannya dalam satu bahagian dan bahan sisa tanaman baru ditempatkan di sebelahnya.
  • Cacing-cacing akan berpindah dengan sendirinya ke bahan sisa tanaman baru.
  • Vermikompos yang telah diasingkan ditapis sebelum dibungkus dan dijual atau digunakan.

Kebaikan vermikompos

  • Memperbaiki struktur tanah.
  • Memperbaiki kandungan biologi tanah dengan penambahbaikan mikrorganisma, hormon dan juga enzim.
  • Membekalkan unsur-unsur yang diperlukan untuk pertumbuhan pokok.
  • Mengandungi humus yang berguna untuk meningkatkan kesuburan tanah.

 

Sumber: http://www.utusan.com.my

 

Istilah-istilah pertanian

Tentu ada segelintir daripada anda yang kurang tahu tentang istilah yang digunakan dalam bidang pertanian. Contohnya saya sendiri! Jom kita belajar serba sedikit istilah-istilah yang biasa digunakan dalam pertanian untuk tambahkan ilmu kita.

Ajir: batang yang berfungsi sebagai penyangga/tempat bersandar/merambat tanaman atau bisa juga berfungsi sebagai penanda, misalnya: batas petak, baris tanaman

Aklimatisasi: tahap perlakuan penyesuaian lingkungan tumbuh tanaman setelah dari persemaian ke tempat pembesaran

Alelopati : senyawa kimia yang dikeluarkan tumbuhan untuk menghambat pertumbuhan atau bahkan membunuh tumbuhan lain.

anak cabang : tunas baru pada cabang

ARANG SEKAM : sekam yang di bakar

Auksin :
– hormon pertumbuhan pemacu akar
– zat aktif dalam system perakaran yang membantu proses pembiakkan. Pada satu sel auxins dapat mempengaruhi pemanjangan cell, pembelahan sel dan pembentukan akar. beberapa type auxins aktif dalam konsentrasi yang sangat rendah antara 0.01 to 10 mg/L.

BAKTERISID : Racun untuk membunuh hama tanaman yang di sebabkan oleh bakteria

bakteria nitrifikasi

adalah bakteria-bakteria tertentu yang boleh menghasilkan  nitrat dari amonia secara aerob di dalam tanah. Nitrifikasi terdiri atas dua tahap

BARE-ROOT :salah satu kaedah yang digunakan dalam memudahkan “pengangkutan” tanaman yang dilakukan dengan membiarkan akar tanpa media.

BG : black giant (jenis adenium arabicum)

Bibit: semua bahagian tanaman yang digunakan untuk dibiakkan

Bonsai :  pohon yang diberi bentuk dan ditanam dalam pot yang dangkal

caudex : bonggol akar yang membesar

chokkan : batang pokok tegak lurus (5 gaya dasar bonsai)

cocopeat :
– sebuk sabut kelapa / cacahan sabut kelapa
– akar lembut kayak sabut kelapa

cucu cabang : tunas baru pada ranting

cutting : batang yang di potong kemudian di tanam

Cytokinins: merangsang pembelahan sel, pertumbuhan tunas, dan mengaktifkan gen serta aktifitas metabolis secara umum.pada saat yang sama cytokinins menghambat pembentukan akar. oleh karenanya cytokinin sangat berguna pada proses kultur jaringan dimana dibutuhkan pertumbuhan yang cepat tanpa pembentukan perakaran. secara umum konsntrasi cytokinin yang digunakan antara 0.1 to 10 mg/L

C/N ratio : perbandingan karbon (C) & N dalam suatu bahan

DC : diamond crown (jenis adenium arabicum)

DESERT ROSE : mawar gurun
dolomit = Untuk meningkatkan ph tanah. bentuknya seperti kapur.
Dormansi: tahap dimana benih/bibit/bahan perbanyakan berhenti tumbuh karena lingkungan tumbuh yang tidak sesuai

Dosis: Anggaran baja atau racun serangga yang diberikan seluruhnya per satuan luas kawasan

Drainase: sistem pembuangan air tanah atau air permukaan baik melalui cara alami maupun buatan

dwarf : pendek, kerdil ( perlakuan pada tanaman)

Eksplan: Bagian / Bahan tanaman yang digunakan untuk ditanam secara kultur jaringan.

embrionik = kemampuan sel2 tanam untuk terus membelah

Embryophyta = tumbuhan tak berpembuluh (lumut2an)

entres :
mata tunas diambil dari cabang yang tumbuh keatas (tunas air), yang merupakan cabang-cabang muda dari bagian yang telah dewasa.

Ethylene merupakan senyawa unik dan hanya dijumpai dalam bentuk gas. senyawa ini memaksa pematangan buah, menyebabkan daun tanggal dan merangsang penuaan. Tanaman sering meningkatkan produksi ethylene sebagai respon terhadap stress dan sebelum mati. Konsentrasi Ethylene fluktuasi terhadap musim untuk mengatur kapan waktu menumbuhkan daun dan kapan mematangkan buah.

fotosintesis:  atau asimilasi karbon ialah proses pengubahan zat – zat anorganik H2O dan CO2 oleh klorofil menjadi zat organic karbohidrat dengan bantuan cahaya.

FUNGISID : Racun untuk membunuh hama tanaman yang di sebabkan oleh fungi / jamur

GB : golden bell (jenis adenium arabicum)

GC : goldencrown (jenis adenium arabicum)

GEN : informasi genetik yang di miliki oleh setiap individu

gelcin : gelombang cinta (anthurium)

Gibberellin :
– hormon pertumbuhan pemacu bunga & buah
– Merupakan hormon tumbuhan alami yang merangsang pembungaan, pemanjangan batang dan membuka benih yang masih dorman. Ada sekitar 100 jenis gibberellin, namun Gibberellic acid (GA3)-lah yang paling umum digunakan.

Grading: kegiatan mengubahsuai permukaan tanah dengan mengurangi dan atau dengan mengisi permukaan tanah asli

grafting :
– menggabungkan batang suatu tanaman dengan batang tananman lain yang sejenis.
– penyatuan dua kultivar yang masing2 membawa bekal sel tersendiri

Gulma: tumbuhan pengganggu tanaman utama atau tumbuhan yang bernilai negatif atau tidak dikehendaki kehadirannya.

hama : penyakit / gangguan pada tanaman

han kengai : batang pokoknya tumbuh setengah terjuntai (5 gaya dasar bonsai)

HERBISIDA : Racun untuk membunuh hama tanaman yang di sebabkan oleh tanaman pengganggu

HYBRID : hasil persilangan dari 2 species

Hydroseeding: Kaedah penanaman rumput dengan cara memancutkan campuran benih rumput dan air dengan nozzle pada bekas persemaian.

INSEKTISID : Racun untuk membunuh hama tanaman yang di sebabkan oleh binatang yang keliatan oleh mata

INTERNODE : mata tunas yang ada di batang/bekas daun yang rontok

nge-jin
guna nya membuat karakter poon bonsai menjadi tua dan terkesan karakter kuat

K : kalium

KALUS : suatu jaringan yang tersusun oleh sel-sel terdediferensiasi yang umumnya dihasilkan oleh jaringan yang luka atau kultur jaringan pada media yang berisi auxin tertentu

Kengai : batang pokoknya terjuntai seperti air terjun (5 gaya dasar bonsai)

KHZ : kho hin zon (jenis adenium arabicum)

Kimera = tanaman yang memiliki satu sifat

Kloroplas: Bahan dasar fotosintesis memiliki energi dari sinar matahari disimpan lalu diubah menjadi molekul dan glukosa

Kompos = Baja organik

Kompot (Compot): Bekas tanaman yang berisi lebih dari dua  tanaman(Community pot)

Kristata: kelainan yang terjadi “pecah” pada pucuk tunas,

Kultur jaringan: Teknik mengasingkan jaringan, organ, sel dan menumbuhkannya dalam lingkungan aseptik sehingga berkembang menjadi tanaman sempurna.

leaching = proses pencucian atau penguapan ion

LL = Laboratorium Lapangan

media padat : media yang mudah menyimpan air

media porous : media yang tidak menyimpan air terlalu banyak

Mistmaker : Alat untuk membuat wap buatan

mixed crop/tumpang sari = suatu usaha menanam beberapa jenis tanaman pada bekas pada waktu yang sama, yang diatur sedemikian rupa dalam barisan-barisan tanaman

Mother plant: pohon induk

Mutasi : perubahan bentuk daun, keriting, mengecil, menyempit, dsb

N : nitrogen

Naungan: atap, penutup bidang atas tanaman untuk mengurangi atau menutup sama sekali dari pencahayaan

Nitratasi = Oksidasi menghasilkan nitrit yang ditukarkan menjadi nitrat oleh bakteria   nitrat

Nitrisasi = Oksidasi amonia menjadi nitrit oleh bakteria nitrit

nursery : tempat menanam tanaman muda

obesum : kamboja jepang

Penempelan Mata Tunas : merupakan teknik perbanyak tanaman yang dilakukan secara menempelkan mata tunas tanaman ketanaman lain.

p/s: Istilah ni hanya sebahagian saja dan ada dalam bahasa indonesia yer.

Batang pisang pengekal warna

Pewarna sintetik penyumbang utama dalam industri tekstil. Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini industri itu kembali mengetengahkan pewarna dari sumber asli.

Pewarna asli bukan saja dapat menjamin kelestarian alam sekitar, malah turut mengatasi isu pencemaran bahan kimia yang dihasilkan daripada pewarna tiruan.

Ini berikutan proses pewarnaan sintetik dalam industri tekstil banyak menyumbang kepada pencemaran alam sekitar kerana ada pelbagai logam dan bahan kimia digunakan.

Ia berbeza dengan pewarna asli yang lebih selamat digunakan, mesra alam dan dapat mempertingkat nilai estetika dalam produk tekstil.

Ada pelbagai sumber alam yang boleh dijadikan pewarna asli, antaranya tumbuh-tumbuhan, herba serta galian dengan komponen pigmen warna istimewa.

Kebiasaannya, ketika proses penghasilan pewarna asli untuk penggunaan fabrik, bahan pengekal warna atau mordan turut dicampur pada masa yang sama.

Penggunaan mordan bertujuan ‘menaikkan’ warna selain menjadikan warna itu tahan lama.

Menyedari kepentingan ini, penyelidik daripada Fakulti Rekabentuk dan Senibina Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Nazlina Shaari bersama pelajar sarjana fakulti itu mencipta mordan daripada batang pisang atau nama saintifiknya Musa paradisiaca.

Dr Nazlina berkata, sepanjang kajian dijalankan hanya bahan buangan digunakan bagi menghasilkan pigmen warna alam untuk fabrik.

DR Nazlina mengetuai penyelidikan mencipta mordan daripada batang pisang yang berfungsi sebagai pengekal serta penggalak pewarna asli.

“Pigmen warna diekstrak daripada daripada pokok, antaranya senduduk, sepang, ketapang dan mangga.

“Bahan untuk proses mengekalkan warna pula daripada sumber sisa buangan batang pisang yang berfungsi sebagai mordan dalam formula berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, hasil kajian mengenal pasti batang pisang berpotensi dijadikan mordan untuk mengekalkan warna apabila diaplikasi ke atas kain kapas dan sutera.

Lebih membanggakan, proses pencampuran kedua-dua bahan yang 100 peratus daripada sumber alam itu sesuai dan selamat digunakan, selain dapat menghasilkan pelbagai tona warna.

“Kepelbagaian tona warna dikaji dan diperoleh dengan mengawal suhu dan tahap alkali di dalam setiap larutan pewarna,” katanya.

Dr Nazlina berkata, keputusan menunjukkan semua pewarna semula jadi dengan kombinasi mordan daripada batang pisang menyerlahkan kombinasi warna ke atas fabrik sutera dan kapas.

“Keseluruhan rantaian kaedah melalui pengumpulan, pemprosesan dan pencelupan dijalankan dengan melihat faktor ekologi supaya ia selamat.

“Proses ini juga diharap dapat memberi impak lebih mesra alam terhadap alam sekitar, pengurangan penggunaan bahan kimia serta dapat menjana pendapatan pengusaha tekstil tempatan,” katanya.

Penyelidikan yang mengambil masa setahun itu menelan kos RM5,000 dan dalam proses untuk dipatenkan.

Beliau bercadang mengkomersialkan produk berkenaan yang dijangka dapat dipasarkan tahun ini juga.

Sumber:http://www.hmetro.com.my