Gula apong dihasilkan menggunakan nira pokok nipah. Pokok Nipah adalah sejenis palma yang tumbuh di lingkungan hutan bakau atau daerah pasang-surut dekat tepi laut, juga dikenali sebagai buyuk di Indonesia. Penggunaan gula apong oleh penduduk tempatan pula sangat popular sebagai bahan untuk membuat pelbagai jenis kuih muih tradisional masyarakat Sarawak dan ia juga dijadikan perisa bagi menambah kelazatan sesuatu makanan atau masakan disamping dipercayai dapat mengurangkan penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Pokok nipah
Berikut adalah cara membuat gula apong sarawak secara ringkas:
Mengambil Nira Pokok Nipah
- Pilih pokok nipah yang sesuai. Biasanya satu pohon nipah boleh menghasilkan nira yang optimum selama 6-7 bulan.
- Pilih pokok nipah yang mempunyai buah nipah. Pokok nipah yang mempunyai buah nipah yang menegak tidak boleh digunakan.

Buah masih menegak
- Pokok nipah yang sesuai mempunyai tangkai yang sudah melentur dan jatuh ke bawah.

Tangkai yang sudah melentur ke bawah
4. Potong buah nipah tersebut dan buang hujung tangkai yang dipotong sebanyak dua kali.
5. Tadah air nira dengan bekas buluh dan biarkan selama 15 jam (4 ptg-7 pagi)
Memasak Nira Pokok Nipah
- Kumpul bekas buluh yang mengandungi nira dan masukkan dalam kawah masakan. Masak nira selama 3-4 jam.
2. Peralatan yang digunakan masih menggunakan kaedah tradisional. Bekas kayu dan tempat memasak daripada tanah.
3. Semakin lama, air nira akan melimpah keluar daripada bekas kayu dan memasuki kuali besar.
4. Nira semakin memekat
5. Angkat bekas kayu. Nira berada sepenuhnya di dalam kuali besar.
6. Nira di dalam kuali yang semakin pekat. Kikis nira yang memekat di tepi kuali. Kacau selalu supaya tidak hangus dan melekat.
7. Nira yang telah diangkat dari api. Sambung mengacau supaya tidak melekat.
8. Teruskan mengacau sehingga likat
9. Nira telah sedia untuk dimasukkan dalam acuan
10. Gula apong yang berada dipasaran
Sumber: http://memori-kedah.com/, Persatuan Belia G2 Felda Pemanis