CARA BUAT GULA APONG SARAWAK

Gula apong dihasilkan menggunakan nira pokok nipah. Pokok Nipah adalah sejenis palma yang tumbuh di lingkungan hutan bakau atau daerah pasang-surut dekat tepi laut, juga dikenali sebagai buyuk di Indonesia. Penggunaan gula apong oleh penduduk tempatan pula sangat popular sebagai bahan untuk membuat pelbagai jenis kuih muih tradisional masyarakat Sarawak dan ia juga dijadikan perisa bagi menambah kelazatan sesuatu makanan atau masakan disamping dipercayai dapat mengurangkan penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Pokok nipah

Berikut adalah cara membuat gula apong sarawak secara ringkas:

Mengambil Nira Pokok Nipah

  1. Pilih pokok nipah yang sesuai. Biasanya satu pohon nipah boleh menghasilkan nira yang optimum selama 6-7 bulan.
  2. Pilih pokok nipah yang mempunyai buah nipah. Pokok nipah yang mempunyai buah nipah yang menegak tidak boleh digunakan.

Buah masih menegak

  1. Pokok nipah yang sesuai mempunyai tangkai yang sudah melentur dan jatuh ke bawah.

Tangkai yang sudah melentur ke bawah

4. Potong buah nipah tersebut dan buang hujung tangkai yang dipotong sebanyak dua kali.

tangkai nipah

5. Tadah air nira dengan bekas buluh dan biarkan selama 15 jam (4 ptg-7 pagi)

 

bekas nira

Memasak Nira Pokok Nipah

  1. Kumpul bekas buluh yang mengandungi nira dan masukkan dalam kawah masakan. Masak nira selama 3-4 jam.

masak nira 1

2. Peralatan yang digunakan masih menggunakan kaedah tradisional. Bekas kayu dan tempat memasak daripada tanah.

masak nira 2

3. Semakin lama, air nira akan melimpah keluar daripada bekas kayu dan memasuki kuali besar.

masak nira 3

4. Nira semakin memekat

masak nira 4

5. Angkat bekas kayu. Nira berada sepenuhnya di dalam kuali besar.

masak nira 5

6. Nira di dalam kuali yang semakin pekat. Kikis nira yang memekat di tepi kuali. Kacau selalu supaya tidak hangus dan melekat.

masak nira 5

7. Nira yang telah diangkat dari api. Sambung mengacau supaya tidak melekat.

masak nira 6

8. Teruskan mengacau sehingga likat

masak nira 7

9. Nira telah sedia untuk dimasukkan dalam acuan

masak nira 8

10. Gula apong yang berada dipasaran

 

Sumber: http://memori-kedah.com/, Persatuan Belia G2 Felda Pemanis

PANDUAN TANAM TEBU KUNING

Tebu kuning mempunyai permintaan yang tinggi di Malaysia

Tebu kuning (Saccharum offucinarum) ialah tanaman daripada keluarga Gramineaea yang berasal dari Asia Tenggara. Selain dijadikan bahan asas dalam pembuatan gula dan jus minuman, tebu juga telah digunakan sebagai bahan tambahan dalam penghasilan biodiesel. Tebu kuning juga berpotensi diintegrasikan bersama tanaman kontan seperti kelapa untuk menambah pendapatan petani dan berpotensi dijadikan satu tanaman industri negara. Tebu kuning ialah tanaman yang popular di Malaysia kerana mempunyai nilai komersial yang tinggi dalam industri pembuatan gula dan minuman kerana kaya dengan kandungan sukrosa.

Keperluan Asas Tanaman

  1. Suhu: Iklim panas seperti cuaca tropika
  2. Taburan hujan: melebihi 600 milimeter (mm)/tahun
  3. pH tanah : 6.4-7.7
  4. Jenis tanah: Semua jenis tanah yang bersaliran baik kecuali sangat berpasir dan bercerun atau berbukit.

Penyediaan Kawasan

Tanak dibajak supaya gembur sedalam 15-22 cm

  1. Tanah dibajak dengan bajak piring untuk membalik-balikan tanah, menghapuskan rumpai dan menambah bahan organik.
  2. Tanah dibajak dan digembur sedalam 15-22 cm.
  3. Kapur tanah sebanyak 2.5 tan/ha untuk meningkatkan pH tanah yang berasid.
  4. Terdapat dua jenis penyediaan lubang tanaman:
  • Sistem alur :  Dibina dengan kedalaman 0.30 – 0.35 m untuk memudahkan kerja menanam anak pokok tebu yang disemai. Jarak antara alur 1.5 m

a) Sistem alur benih tunggal

b) Sistem alur benih ganda

  • Sistem lubang: Saiz lubang 30 cm x 45 cm x 30 cm. Jarak tanaman 1 m x 2 m.

Sistem lubang

Penyediaan Anak Benih

Keratan batang untuk semaian perlu bebas penyakit

  1. Usia sesuai untuk dijadikan bahan tanaman adalah antara 7 – 8 bulan dan bebas daripada penyakit.
  2. Setiap keratan berukuran 20 – 25 cm panjang.
  3. Mempunyai 2 – 3 mata tunas yang sihat

Tunas tebu

4. Keratan tebu dirawat dengan racun kulat (benomil) dan racun serangga (endosulfan) sebelum disemai.

Penanaman di Tapak Semaian

  1. Keratan batang disusun secara selari dan sedikit tanah ditabur di atas keratan tersebut.
  2. Mata tunas perlu menghala ke arah atas dan semaian tersebut mestilah mempunyai naungan.
  3. Keratan disemai selama 10 – 14 hari atau sehingga mata tunas tumbuh setinggi 0.25 – 0.35 m sebelum ditanam ke ladang.

Keratan disemai

Penanaman di Ladang

Susun keratan batang dengan jarak sesuai untuk mengelakkan mata tunas terhimpit

  1. Keratan batang disusun dengan jarak 15-20 cm untuk mengelakkan mata tunas terhimpit.
  2. Anak pokok yang ditanam kemudian ditimbus dengan kedalaman 5.0 – 10.0 cm.
  3. Sulaman perlu dibuat untuk menggantikan keratan yang mati.
  4. Kerja-kerja menaikkan tanah di sekeliling pangkal rumpun pokok dilakukan ketika pokok berusia 2 bulan selepas ditanam atau ketika mata tunas telah tumbuh 15-20 cm tanpa perlu dipadatkan.

Kerja-kerja menaikkan tanah perlu sentiasa dilakukan

5. Timbunan seterusnya dilakukan beransur-ansur dan perlu dipadatkan.

6. Pembuangan sulur dilakukan pada bulan kedua selepas penanaman.

Pembuangan sulur dan daun tua perlu dilakukan. Daun yang dibuang dibiar diatas tanah sebagai baja organik

7. Daun tua juga perlu dibuang . Disyorkan hanya 8-10 helai daun untuk sebatang pokok.

Pengurusan Air

  1. Air yang mencukupi untuk tempoh tiga bulan pertama.
  2. Sistem pengairan renjis atau titis sangat sesuai.

Pembajaan

  1. 120N:100P2O5:450K2O kg/ha bergantung kepada kesuburan tanah, jarak tanaman dan keadaan tanah.

Pengurusan Perosak

Masalah utama tebu

Ulat pengorek batang (Eucosma isograma, Phragmatacia spp dan Proceras sacchariphagus)

  • Simptom: Terdapat najis pada daun dan pucuk serta mengorek batang tebu.
  • Kawalan: Kutip dan sembur racun

Koya (Saccharicoccus sacchari )

  • Simptom: Menghisap cairan menyebabkan kualiti seludang terjejas
  • Kawalan: Musnahkan seludang yang rosak.

Anai-anai (Coptotermes curvignathus)

  • Simptom: Makan isi tebu dan ada kesan tanah pada batang.
  • Kawalan: Sembur racun Nurelle dan chlorpyrifos.

Kutipan Hasil

Contoh pelbagai jenis tebu yang dituai

  1. Penuaian tebu kuning dilakukan apabila pokok berusia 7 – 10 bulan selepas disemai.
  2. Kaedah penuaian secara manual dengan menebang pangkal batang tebu sehingga ke aras permukaan tanah.
  3. Semua daun perlu dibuang dan pucuk dibiarkan untuk kesegaran tebu.
  4. Anggaran hasil adalah di antara 28 000 – 30 000 batang/ha atau kira-kira 56-60 tan/ha.
  5. Anggaran modal RM 5,250 sehektar dengan pendapatan kasar RM 12,000 sehektar.

Sumber : http://www.terengganu.gov.my/, http://ebuletin.mardi.gov.my/buletin/, http://ww1.utusan.com.my/