
Buluh Madu merupakan tanaman yang senang ditanam dan diselenggara selain dapat memberi hasil yang berterusan dan lumayan. Buluh madu dipercayai berasal dari Thailand (sebagai tanaman hiasan). Penanaman buluh ini dikesan ditanam secara komersial bermula di Perlis dan kini tanaman ini mulai ditanam di Kelantan, Perak, Pahang, Muar dan juga Kuala Berang.Keistimewaaan buluh madu adalah tidak miang, mempunyai rebung yang rasanya lemak manis bagi hidangan pelbagai jenis lauk, boleh dijadikan jeruk manisan, kerepek, tepung dan boleh juga dijadikan sebagai tanaman hiasan.
- Biji benih -jarang dilakukan kerana masalah untuk mendapatkan biji benih yang bernas dan penghasilan biji benih tidak bermusim.

Biji benih buluh
- Anak pokok yang bertunas selepas rebung diambil.

Anak pokok tumbuh selepas rebung diambil
- Kultur tisu

Anak benih buluh melalui proses kultur tisu di makmal
- Keratan dahan dan batang- kerana ia boleh menghasilkan bahan tanaman dengan lebih cepat.
Keperluan keratan dahan:
- Ciri-ciri keratan dahan yang dipilih untuk pembiakan adalah segar dan baru, bebas daripada pe–nyakit, mempunyai pertumbuhan akar udara pada bahagian pangkal dahan dan mempunyai mata atau tunas pada bahagian pangkal serta ruas dahan.
- Setiap keratan dahan perlu mempunyai tiga atau empat ruas. Potongan dahan dari batang perlu dilakukan dengan berhati-hati supaya tunas tidak cedera atau dirosakkan ketika kerja pengambilan keratan dijalankan.
- Keratan yang diambil seelok-eloknya ditanam segera kerana jika lewat keratan itu perlu disimpan di dalam keadaan lembap seperti di dalam guni atau dalam habuk kayu lembap dan peerlu ditanam dalam tempoh 3-4 hari.
- Bagi menggalakkan pertumbuhan akar dan tunas, disyorkan supaya hormon penggalak akar komersial diletakkan pada keratan dahan.

Pegawai FRIM menunjukkan cara penanaman buluh

Kaedah penanam buluh dilakukan
- Bahagian tengah dan atas batang buluh yang berusia dua hingga tiga tahun didapati mempunyai kadar kehidupan yang baik.
- Keratan batang yang digunakan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya dua ruas dan mempunyai mata atau tunas serta dahan kecil yang hidup.

Keratan batang buluh
- Jangka masa keratan dibiarkan di tapak semaian selama tiga hingga empat bulan iaitu hingga keratan itu berakar sebelum boleh ditanam di lapangan.
- 1 ekar tanah dapat ditanam kira-kira 300 hingga 350 pokok dengan menggunakan jarak tanaman 12 kaki x 12 kaki @ 15 kaki x 20 kaki.
- Rebung dibiarkan tumbuh terlebih dahulu sekitar 5-7 batang bagi satu rumpun sebelum hasil pertama dituai.
- Buluh madu perlu dicuci (pangkas) bagi mengelak pokok menjadi terlalu besar, tinggi dan terlalu banyak dalam satu rumpun bagi mengelakkan peningkatan kos pembajaan.

Jarak yang sesuai untuk tanaman buluh diperlukan

Buluh perlu dipangkas bagi mengurangkan kos pembajaan. Pucuk yang tumbuh aktif juga perlu dicantas
- Rebung buluh madu boleh dituai sekitar 8 bulan -1 tahun bergantung kepada cara penjagaannya.
- Rebung madu boleh dituai apabila telah mencapai ketinggian 0.8 – 1 meter dan potensi hasil bagi setiap rumpun adalah kira-kira 2 kg rebung /bulan.
- Rebung yang dituai perlu diproses segera bagi mengelakkan proses pengoksidaan.
- Harga bagi penjualan buluh rebung adalah sekitar RM3 –RM 7 sekilogram bergantung kepada tempat jualan.

Perabot yang boleh dihasilkan daripada buluh

Jeruk yang dihasilkan dari buluh madu

Rebung daripada buluh madu

Kerepek buluh madu